Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Play-Doh

$
0
0
 Semenjak dua menjak kene ketumbit ni.. jarang nak bergambar... tengok cermin pon malas.. nak suh bergamba? tak yah la.. hahahha... Alhamdulilah dah ok dah.. (tak tau berapa lama untuk yang next nak keluar pulak kannnnn) 

Hari Sabtu hari tu.. Wan pinjam Acih kejap... So tinggal Ani je ngan Leecha.. aku ada hal tengahari tu keluar.. Ani nak follow.. ok mari follow.. Pak Radie pon ada hal.. so aku bawak Ani jelah... lepas dah settle tu.. Ani ajak cari play-doh.. sebab yang Papa hadiahkan untuk dia Kakak dah amik.. berderai-derai ayo mato masa kakak bawak lari play-doh dia ikut Wan... actually Papa dah belikan lain untuk Ani.. so Kakak pon kebas lah yang papa beli memula tu... 

"Mama, cepat lahhhh.. bila nak belikan Play-Doh Amaani?" budak kecik ni.. kalau dia dah sebut.. better pergilah.. kalau tak tak tido malam dia terkenangkan play-doh dia tu.. Pak Radie cerita.. hari-hari Pak Radie sampai je rumah.. Amaani mesti bekejar bukak pintu pastu tanya "Papa, hari ni papa ada belikan play-doh untuk Amaani?".. papa cakap takde.. nanti muka dia kecewa!! Hari-hari ok!!!! serious tak sampai hati.. disebabkan Kasih dah rembat dia punya.. so jom lah mama plak belikan... ceria gila muka Ani.. 


Jangan salah sangka.. kereta is not moving.. ;) hati-hati di jalan raya.

Ramai tanya baju and seluar Ani ni.. both from ZaraKids.. seluar tu best sebab jenis legging takde adjustable waist lah apa lah.. leceh camtu.. ni jenis sarung je.. pinggang getah ;) Tapi pinggang kene solid macam Ani.. kalau kuruih kang jalan londeh plak hahahahha... Kalau jumpa Ani.. jangan panggil dia gemok ye.. kang sentap dia.. korang kene cakap dia kurus... kurus macam mama.. hahaha.. kitorang dah berpakat ok.. dia cakap aku kurus.. aku cakap dia kurus.. pastu berpelukan seronok sesama sendiri... bahahahahah.. 

Sib baik ada Play-Doh kat Parkson Alamanda.. kat ToysRus takde... hah pilih ani.. pilihhhhhh!!! ilek je dia kutip semua.. nak ni, nak ni nak ni nak ni.. saba jelah.. ingat cap duit ke apa? hahahah.. 

Tengok muka riak dia.. hahahah... seronok sangat dia.. lepas bayar aku nak tolong angkat pon tak bagi.. "Biar Amaani bawak.. takpe mama takpe"... pastu berat.. dia seret je sepanjang jalan T____T

Nampak ni nak singgah pulak... haih tensi hakak tau.. "Amaani cepatlah... Amaani janji nak teman mama beli ayam kan? Mama dah belikan play-doh dahhhh.. boleh tak teman mama pulak?".. "Bolehhhhh" pastu asyik tanya bila nak balik ni mama.. amaani nak main play-doh..... 

Nah!!! main lah play-doh sorang-sorang.. memang berjam-jam ok.. dekat 2 jam dia mengadap play-doh ni.. ada yang tanya "kak, berminyak tak lantai, kite nak belikan untuk anak kite jugak".. jawapan dia.. "Ye dik, berminyak.. tapi takpe..boleh mop".. 

Bila tanya dia 
"Amaani masak apa tu?" 
"Amaani masak pizza, nugget, daging ngan sayur"
KONPIDEN.

"mama nak?"
"Thanks but no thanks"

Pastu eksyen lah whatsapp kakak.. jangan jelessssss Amaani ada play-doh ;) 


Kakak send pic nie.. Tak jealous pon.. Kasih punya lagi best, Wan belikan..  

Hebat.  Kalau tak main lepas nie.. bosan ke apa.. mak ko sumbat Play-Doh dalam mulut memasing.
_______________________________________________________________________________
Nak tumpang tanya, kat Krabi ada Cyber Cafe ke? boleh guna macam biasa ke? sebab kat Korea dulu takleh sebab ada security country code ke apa tah... 

Soalan kedua.. aku pakai iphone.. nanti kat sana nak guna Internet Plan apa yek? kalau boleh nak amik yang weekly internet plan.. sebab aku kene tengok email jugak.. so any suggestion?

Aku gi Krabi esok.. Insha Allah aku try buat auto-publish entry.. tapi macam malas sikit.. hahahah.. rajin-rajinlah jenguk instagram ai.. (@fillanie) kalau u olls takde instagram takpe.. leh tengok kat sidebar blog ni.. so kena bukak jugaklah blog nie.. muahhaha.. bye.
_______________________________________________________________________________
-Ads-


Lumiere face savon merupakan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Treenea. Kalau nak ikutkan dah banyak produk2 skin care diluar sana.

TETAPI

Apa beza Lumiere Face Savon (LFS) dengan brand lain?

LFS lebih kepada "homemade" soap, yg mana sgt sesuai bagi mereka2 yang ambil berat mengenai produk-produk berasaskan natural ataupon GO GREEN lah senang citer :)

ok mari check apekah bahan2 yg digunakan bg menghasilkan LFS ini:
phospholipids, rose hip oil, vitamin C, Vitamin E, Tea Tree Oil, Honey, Virgin Coconut Oil, Glycerine Base and Aqua.

Kalau tengok ingredient ni tak de la nampak benda-benda pelik macam SLS, paraben ke apa ke kan Alhamdulillah! dan kerana itu saya berani mencuba dan sedang menikmati kesan ohsem hasil penggunaan LFS :)

Hubungi saya di 0122292739/ ig: @zainab_abidah /FB: Zai zack'a

untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Top 7 Lies of Boys


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.