Belum hari Jumaat lagi nak buat tazkirah pendek ponnn... Heheh.. sharing is caring... Apa yang kita faham tentang adab? Adab ni lebih kepada tatasusila, budi bahasa, kesopanan... tu lah yang aku tau... Adab ni perlu dididik dari kecik.. sebab kita akan panas telinga kalau orang cakap "Ko ni takde adab ke?" Amboi kasar nya bahasa...
Kalau kita tak suka orang mengata kita, eloklah kita jaga adab dan perlakuan kita.. Seeloknya adab tu dari kecik lagi dah dipupuk.. Sebab kalau kita tak beradab, nama first sekali yang orang akan sebut ialah mak bapak kita... "tu mak bapak tak ajar lah tu".. Kesian mak bapak jugak yang busuk... bayangkan kalau mak bapak budak tu orang baik-baik.. siang malam didik anak supaya dah besar jadi anak beradab.. tapi gagal.. siapa yang salah? anak tu ke mak bapak tu? susah nak cakap...
Adab ni ada bermacam-macam kategori dia.. Aku bagi contoh lah.. ni pun selalu kena kat aku.. dan terbaru kena kat kawan aku sendiri.. dia cerita.. so aku rasa memang tak patut lah... dia cerita dia pergi surau... masa dia tengah solat.. masuk lah sorang perempuan ni.. terserempak pulak dengan kawan lama kat dalam surau tu... Surau pulak sempit.. so kalau bercakap memang confirm boleh dengar.. masalahnya ni bukan tahap bercakap lagi.. ni tahap jumpa kawan lama ko pempaham je lah dia punya excited tu cemana... ni contoh ye.. sebab aku takde kat tempat kejadian, so mungkin aku akan menambah perisa bagi cerita lagi gempak T____T... so kawan ni tadi bila dah terserempak dengan kawan dia terus dia jadi excited..
"Omg... eh, u bila balik sini?"
"Eh uuuuuuuuuuu... i dah balik few years back!!!!!"
*berpelukan*
"Eh, u know what, i loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee cooking"
"Wowwww u totally changed, look at u now"
Yang kawan aku tu tengah solat... Hoi kalau aku lah.. Haishhh geram betul.. come on lah.. ni surau kot.. ko nak berpeluk ke, nak spiking ke... bukan dalam surau time ada orang lain tengah solat.. ada otak pakai la... ni namanya tak de adab.. sorry if aku terkasar bahasa.. tapi tolonglah hormat orang lain yang tengah solat.. jangan ganggu dengan suara petir korang tu.. aku ni kalau solat, memang tak leh dengar bunyi orang bercakap.. automatically aku lupa apa aku baca... ayat aku berterabur.. aku tak boleh focus.... Adab di dalam surau ni kadang ramai yang abaikan.. Orang tengah solat.. ko boleh sembang tak ingat dunia... Hormat each other please?
Adab dalam surau tak habis lagi nak cerita nie.. Ni kisah lama.. Wan cerita... Ada sekali Wan berhenti solat kat RnR kot... masa Wan masuk surau tu.. adalah sekumpulan budak-budak perempuan tengah duduk dalam 4-5 orang.. tengah makan ok... makan apa? makan KFC.. dalam surau. Memang terror sangat ni.. aku kalau solat pastu terbau pulak KFC, memang hilang fokus terus terbayang nak makan ayam... lagi sekali nak cakap.. adab mana? surau bukan tempat makan.. surau tempat solat.. semua tau, tapi buat jugak.. memang sedih... so Wan pon solat je lah... Lepas Wan selesai solat.. lipat telekung semua.. pusing belakang.. tengok.. kotak-kotak KFC tu belonggok tepi surau.. OMG.. biar je? tak buang kat tong sampah???? Hmmmmmhhh... perlu ke bab tu mak bapak nak ajar? "Nak.. nanti kalau dah besar, jangan makan dalam surau ye... kalau nak makan jugak, bekas makanan buang dalam tong sampah tau, nanti orang kata mak tak ajar".. Well, sendiri pikir lah.
Adab ni bukan kat dalam surau je.. kat mana-mana pon kita kena jagalah... Aku dah dengar macam-macam cerita.. bab anak takde adab dengan mak bapak... tak hormat mak bapak... rasa bila dengar tu macam tak percaya ada anak yang tak hormat mak bapak sampai tahap macam tu.... kalau ada anak, kita ajar lah anak-anak kita supaya jaga adab, budi bahasa dengan orang tua.. aku pernah kot jerkah Kasih sebab dia tertinggi suara kat bibik.. aku memang pantang betul orang cakap menengking nie.. bukan nak kata aku macam bagus nak cerita kat sini.. yelah, kadang aku paham, budak kann.. dia tak sengaja.. dia penat ke.. atau dia tengah bergaduh ke dengan adik dia.. so tetiba suara tertinggi pulak kat bibik.. aku bangun terus tanya "apa benda cakap menengking dengan bibik? cakap dengan orang tua elok-elok ye, kalau sekali lagi mama dengar kasih tinggi suara kat bibik, mama tepuk mulut sampai berdarah yeh?
Macam tu lah umpamanya.. kita nak tegur orang lain tak perlu kot.. nanti orang tersinggung.. so anak kita, kita kena tegur lah.. kalau bukan kita, siapa lagi nak tegur? Kalau kita dah jalankan tanggungjawab kita didik anak supaya beradab, tapi anak tu masih jugak tak beradab, kita dah buat tanggungjawab kita kot.. cuma kalau didikan kita tu tak dapat nak diserap oleh anak-anak, kita doa je lah kat Allah supaya anak-anak kita membesar jadi anak solehah, berjaya dan cemerlang dunia akhirat, tak menderhaka kepada orang tua..
Adab kat FB pon aku nak share jugak.. aku adalah tulis kat FB semalam... kalau siapa tak tgk status aku, aku retype kat sini:
"kalau boleh, tolonglah jgn sebarkan atau share gambar mangsa bunuh... tak baik kita menambahkan lagi aib mangsa... arwah ada keluarga yg perlu kita jaga hati mereka... bkn kes adik 2 tahun tu je... ada byk kes2 kematian ngeri yang rasanya tak perlu kita share gambar2 mereka.. cukuplah kita lahirkan rasa terharu atau express rasa marah dgn tindakan tak berperikemanusiaan mereka2 tu semoga yg lain boleh mengambil iktibar... just my 2 cents"
Ramai sangat yang share gambar-gambar macam tu... Kalau kita dah ternampak tu takpelah.. tengok jelah sebab dah tertengok kan.. tapi tak payah lah share-share kan pulak... Bukan apa.... berdosa buka aib orang lain... katalah mangsa kemalangan...kita pulak dok share lah gambar mangsa dalam keadaan macam tu.. sedap share-share, keluarga mangsa pulak yang tengok.. kalau kita jadi keluarga mangsa? ko sanggup tengok ke keluarga ko dalam keadaan macam tu? tak kan? so jangan lah kita tambahkan lagi kesedihan mereka... macam kes arwah yang mati ditembak kat bank tu.. Luluh betul hati aku tengok gambar tu.. bertambah luluh bila aku fikir anak dia pun ternampak gambar tu... biarlah anak dia just tau yang mak dia dah takde.. tak perlu sampai anak dia kene tengok keadaan arwah mak dia dalam keadaan yang memilukan macam tu.. kehilangan tu je dah boleh buatkan kita phobia.. apatah lagi kalau ternampak gambar tu.. seumur hidup akan terbayang :( so hentikan lah. Orang yang tau erti kehilangan je yang faham.. sedangkan aku yang kehilangan adik aku.. if aku ternampak gambar-gambar lama dia yang ceria, tersenyum pon aku boleh nangis.. kan? faham kan apa maksud aku?
Aku harap apa aku share hari ni, takkan mengundang rasa menyampah... harap pandang dari sudut positif.. kadang aku pon leka.. kadang aku pon tak sedar yang aku ada terbuat jugak.. so kita ingat mengingati untuk kebaikan bersama ;)
Oklah, bye, nak cari makanan jap.. ahkak lapo ni.
Filla.