Assalamualaikum..
Hari ni just nak share cerita sikit... Semalam ada group chat ngan Elly and Peej.. Macam Elly, dia pon ada anak dara 2 orang.. Aku anak dara 3 orang.. Peej walaupon belum ada anak.. tapi Peej pon selalu share apa yang dia baca dan apa-apa info yang berguna untuk aku dan Elly..
Semalam Peej share satu twitter budak sekolah umur 13 tahun.. Aku sibuk nak teman Amaani tidur.. so bila aku baca chat diorang pon dah tengah malam.. Peej letak sekali link budak tu.. OMG menakutkan budak-budak sekarang.. Cantik budak tu bertudung badan kecik-kecik je.. yelah budak 13 tahun kannnn...
Aku nak share dengan ayat yang paling molek untuk korang baca.. Bak kata Elly, kita ni nak bercakap pasal anak orang pon susah.. takutttt sebab kita pon ada anak dara.. mintak2 anak2 kita dijauhkan lah dari berperangai menakutkan macam tu.. Aku terkejut jugak lah bahasa budak-budak sekarang.. konon sempoi? konon kewl? konon up to date? apa yang diorang nak tunjukkan pon aku tak paham.. ketinggalan zaman sangat ke aku ni? Tapi aku yakin budak-budak yang berperangai macam ni, confirm mak bapak tak tau langsung..
Aku rasa budak tu tak bodoh pon.. Bukan dia tak tau kalau post kat twitter, semua orang boleh baca? itu dia post gambar dan ayat yang public which semua orang boleh baca.. cukup lah lucah dia semua.. kalau private message dengan partner???? Aku faham, budak baru nak melangkah alam remaja ni dia ada dia punya getik yang tak leh blah tu.. kau baru form 1 dan panggil mama-papa??? come on lah... aku dulu pon panggil pa and ma jugak.. memang zaman getik kot.. so bila ingat sekarang rasa nak lempang muka sendiri.. tapi aku start bagi suggestion kat Pak Radie (laki aku sekarang) untuk panggil pa and ma tu lagi setahun dua sebelum nak kawin kot? maknanya aku dah 22 tahun kot????? tu pon Pak Radie menyampah melayan getik aku.. tak pernah kot dia nak panggil aku "Maaaaa ohhhh Maaaaaaa".. aku je tehegeh-hegeh nak panggil dia Pa..
Budak tu bukan setakat panggil Papa ngan Mama.. siap pulak tulis "Mama sayang Papa sangat-sangat""Papa jangan tinggalkan mama tauuuu".. "Jangan suka perempuan lain selain mama" ada banyak lagi, tak suka aku nak type kat sini.. siap yang lucah-lucah.. yang tak tahan siap post gambar!! gambar apa, haih malas nak cerita.. kat private message ntah gambar lagi dasyat kot nak share?
Aku tak boleh terima budak hingusan nak tulis ayat macam sempoi sangat.. segala maki hamun yang konon sempoi.. malu lah aku baca.. Macam tu ke budak-budak zaman sekarang kalau berborak or bergurau? aku dulu sekolah rendah, baru guna perkataan 'aku' ngan 'kau' mak aku dah cili mulut aku.. sampai sekolah menengah aku still guna perkataan 'awak-kita'.. tak caya tanya Natra tu hah.. Hari tu aku gi antar Kasih gi tuition kat Setiawangsa.. aku lepak ngan Pak Radie kat mamak.. kat situ memang ramai budak-budak sekolah menengah sebab banyak pusat tuition.. pastu datang sorang budak lelaki.. dia pegi kat budak perempuan ni kebetulan bediri tepi meja kitorang.. pastu tetiba macam salam yang bersilang-silang tangan bagai tu... omaigod poyo nak mam.. nak tebeliak biji mata aku tengok.. aku pandang pak radie, pak radie pandang aku.. Pak Radie cakap, kat area office dia kat Hartamas lagi lah macam-macam.. well, budak-budak hartamas kan majoriti anak orang kaya-kaya.. kalau bersalam tu siap bersilang-silang.. takat kiss-kiss pipi tu selamba je..
Baru ni member aku whatsapp gambar budak sekolah darjah 3 ke 4 macam tu.. amik gambar tengah kiss, peluk semua.. DARJAH 3???? hmmmmm.. menakutkan? yes sangat menakutkan.. Aku rasa teknologi terlampau canggih.. mana diorang belajar ni semua? aku rasa dari gadget-gadget lah ni.. youtube sekarang semua orang install kat ipad.. one click je you olls.. di hujung jari je.. dulu aku bodoh jugak.. mana aku reti bukak youtube2 nie.. bila dah pandai aku kadang layan tengok video clip.. pastu yang related ngan lagu kita tengok tu link bersepah-sepah bawah tu.. kalau kita ni gatal tangan jugak nak click next clip tu.. budak-budak???? bukan susah pon.. touch je screen terus keluar.. kalau keluar benda elok takpe lah? kalau keluar benda-benda yang tak sesuai untuk anak-anak tengok????
Kang kalau tak bagi ipad semua tu, anak memberontak.. ketinggalan zaman katanya.. dulu aku tak kisah.. aku bagi je ipad kat Amaani sebab dia suka tengok upin ipin.. pastu haritu ntah apa dia buat ngan ipad ni retak plak.. so aku bagi reason tak boleh tengok dah.. lagipon siapa dah sekolah, no more ipad.. weekdays tak boleh.. kalau nak tengok, weekend je aku bagi.. asal Amaani mintak, aku cakap tak charge sebab ipad dah retak so tak leh charge.. hehehe.. Kasih dia kurang sikit.. aku perasan kalau dia tengok ipad pon dia search lagu-lagu Najwa Latip je.. aku monitor ok.. takutt.. malam kat bilik dia sorang-sorang or berdua ngan Amaani memang aku tak bagi.. nak tengok boleh, tapi aku ada sekali..
As parents, aku rasa memang dengan zaman yang dah macam nie.. kita kena pantau habis-habisan.. pedulikkan lah orang nak kata jadi mak bapak tak modern ke.. mak bapak mengongkong ke.. aku tak kisah.. esok jadi apa-apa kau nak kata apa? Bayangkan zaman kita dulu, nak tengok internet kene pegi cybercafe.. pastu cybercafe kan tempat public.. ko gila nak tengok benda-benda lucah ni? memang tak laa.. handphone? memang ada, tapi boleh call ngan sms je.. wifi mana ada.. Ada anak yang meningkat remaja ni pening.. aku tak nak jadi parent yang mengongkong sebab biasanya budak dikongkong ni dia akan memberontak dalam diam.. depan kita dia baikkkkk je.. belakang dia lah penyangak.. terpulang kat parents macamana nak membesarkan anak masing-masing.. aku rasa apa Elly cakap ada betulnya jugak.. anak-anak Elly sekolah kat KL.. lagi senang terdedah ngan kemodenan ni.. so anak dia nak gi tengok wayang ngan kawan-kawan.. ok boleh.. tapi Elly yang belikan tiket utk anak dan kawan-kawan anak.. hantar sampai depan pintu wayang.. wayang dah nak habis.. Elly dah standby depan pintu.. nak lepak minum ngan kengkawan? boleh, pegilah duduk kat meja sini.. Elly duduk meja hujung belah sini.. at least anak tu depan mata..
Ye nampak macam mengongkong.. tapi aku rasa ok je.. dari tak bagi langsung budak tu nak keluar.. lagi dia memberontak kang.. kawan office aku ni anak dia dah remaja dah.. memang kemana nak pegi mak or bapak yang hantar, tunggu.. takkan dia lepaskan.. anak dia sendiri suka mak bapak buat macam tu.. aku takut nak biar Kasih tu.. tiap kali aku hantar dia pegi sekolah aku pesan... Jangan sekali-kali keluar dari gate sekolah nie.. "Nampak tu gate? jangan keluar dari gate tu.. kalau mama tau, siap yeh!".. "Alaahhh longkang tepi gate tu boleh tak mama?".. "Longkang??? No, tak boleh".. terus muka monyok.. ada ke longkang ko nak main? Eiiii dalam surat khabar, berita semua aku tak sanggup nak baca.. budak kene rogol.. bunuh..kene tangkap.. budak hilang.. berleluasa... aku nak bayangkan pon tak sanggup.. aku boleh gila kot.. Wan kata dunia akhir zaman :(
So apa yang kita boleh buat lagi sebagai parents? Kita usahalah buat yang terbaik untuk anak-anak.. nasihatkan selalu... bagi didikan agama.. kalau sekolah ada KAFA, hantar je.. kita kawal.. aku tengok bersepah-sepah budak sekolah rendah balik rumah jalan kaki.. melintas jalan besar ok.. aku paham tak semua parents boleh keluar utk amik anak waktu lunch.. tapi sekolah tu ada bilik persalinan.. tak yah lah suruh anak tu balik sendiri tengahari? aku selalu bayangkan budak tengah jalan kaki,, kereta berenti, tarik je masuk dalam.. aaaaaaaaaaaaaarrr... takut.. macam aku kerja.. tengahari lunch break pon 1 jam je.. memang tak sempat.. sebab tu aku bekalkan baju siap-siap.. salin je kat sekolah.. kantin ada, duit mama dah bagi.. pegi salin baju sendiri.. pastu gi kantin makan.. pastu terus masuk kafa.. berdikari sikit.. petang mama amik.. jangan keluar dari gate..
Now Wan ajar aku.. kadang kita ni tak tahu.. Wan kata lepas solat.. masa berdoa.. selain kita sentiasa minta anak-anak dilindungi walau dimana pon diorang berada.. jauhkan dari benda-benda yang tak elok.. kita boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk anak-anak kita.. sebut nama anak-anak yang kita nak sedekahkan Al-Fatihah.. tak semestinya Al-Fatihah untuk orang yang dah tak de.. orang yang hidup pon elok kita amalkan sedekahkan Al-Fatihah.. mohon perlindungan Allah.. Aku percaya pada doa.. lambat atau cepat pasti dimakbulkan Allah.... Buat yang terbaik, doa yang terbaik, selebihnya kita serah kepada Allah S.W.T.
Filla.