21 Februari 2014
Yeayyyy Aleesya dah genap 1 tahun hari nie.. Setahun bersama Aleesya, tak pernah pon Aleesya menyusahkan mama.. Aleesya budak baik.. senang sangat nak jaga dia.. takde kes meragam tengah malam sampai mama menangis.. hahaha.. Alhamdulilah Aleesya sihat, makan tak memilih, sumbat apa pon ok ;)
Setahun bersama Aleesya sangat mendamaikan hati mama.. Mama suka tengok Leecha senyum.. manis sangat.. Walaupon Leecha belum boleh berjalan mama tak de hal lah.. take your sweet time.. berdiri jelah dulu lama-lama hahaha... Walaupon rambut Leecha lain dari kak Kasih ngan kak Ani.. tapi mama suka :) Rambut Leecha memang best sebab kasar.. mama suka tengok Leecha bangun tido sebab rambut Leecha kembang naik ke atas, pon mama tetap rasa anak mama paling comel dalam donia hahaha..
Gigi Leecha dah nak masuk 8 batang.. walaupon Leecha gigit bahu mama sampai luka dan lebam haritu.. mama tetap sayang Leecha... satu yang mama suka, Leecha tak pernah muntah.. dulu tiap-tiap malam sebelum tido, mama mesti alas comforter kecik khas buat Leecha sebab takut Leecha tetiba termuntah ke apa tengah malam.. mama tak kuasa nak bangun tukar cadar pukul 3 pagi.. Tapi alhamduililah, Leecha tak pernah susahkan mama.. sekarang Leecha tidur mama tak pernah alas sebab Leecha tak pernah buat hal ;)
Leecha dah big girl, Leecha nak makan macam orang besar.. haritu Leecha jerit-jerit tengok mama makan ketam masak lemak cili api.. bising sangat, mama cicah lidah Leecha ngan kuah tu.. terus besar biji mata Leecha kepedasan terus mata Leecha berkaca-kaca sambil buat muka panik.. sorry sayang, mama suka kacau Leecha ;)
Ni mama kumpul gambar Leecha dari Leecha baru lahir sampai pagi tadi :)
1 hari
1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
5 bulan
6 bulan
7 bulan
8 bulan
9 bulan
10 bulan
11 bulan
pagi tadi ;) hahahah
Genap 1 tahun Allah SWT pinjamkan Leecha buat mama, papa dan kakak Kasihs.. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami anak sebaik, secantik dan sebijak Kasih Aleesya. Happy Birthday sayang.
Love,
Mama Filla.