Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

PENCERAHAN.

$
0
0
Assalamualaikum.

Selalunya aku malas nak layan comment yang menghentam atau negatif dari anonymous.  Sebab aku malas nak bercanggah-canggah pendapat dan sebagainya.. Tapi sebab this anonymous actually not anonymous.. dia adalah 'jiran' aku jugak walaupun agak jauh.. 


First of all i mintak maaf if entry i tu membuatkan u sentap.  I takde maksud buruk.  Setiap orang ada pendapat masing-masing dan cara masing-masing untuk melayan maid masing-masing.  Same goes to how u educate your children.. aku didik anak aku macam ni.. kau didik anak kau macam tu.. mungkin kau tak suka cara aku, dan mungkin aku tak suka cara kau.. tapi tu anak kita masing-masing.. so terpulanglah cara mana kita rasa terbaik untuk anak-anak kita.. 

ye betul, bibik aku ni baru je setahun kerja ngan aku.. sebab tu aku ada mention, aku tak puji dia sangat, dan aku tak kutuk dia sangat.  macam-macam kemungkinan boleh belaku di kemudian hari.  Sama macam kalau bercinta.. tak perlu canang satu dunia boyfriend kita paling hebat, paling romantik, paling gempak, kita tak tau masa depan.  if satu hari besok dia tinggalkan kita, sapa malu? 

Aku tak tau if aku tak berperikemanusiaan sebab tak bagi bibik aku berborak dengan gang-gang maid kat luar sana.  bibik aku sendiri tak suka nak berborak kat luar.  kata dia lah.. if dia tipu aku, maka tipah tertipu lah.. tapi neighbour aku yang ada maid pon yang kat sebelah ni, majikan chinese.. tapi susah gila nak nampak maid dia sebab dia selalu ikut majikan dia gi jaga kedai.  sebelah aku ni indian, tapi tak de maid.  kalau nak berborak pon terpaksa lah borak ngan aku je.... nasib kau lah bik.. 

Aku kalau berborak ngan bibik ni, memacam isu aku borak.. now latest pasal isu MH370.. pon boleh jugak jadi isu.. ada jugak aku kawan berborak kat rumah.. dia cerita jugak kat Indon asyik keluar tv je pasal MH370, kakak dia yang selalu cerita kat dia.  kadang dia cerita pasal anak-anak dia, kakak dia yang baru lepas bersalin.. masalah-masalah dia.. cita-cita dia nak balik bercuti nanti nak borong segala rempah kari, kurma, sup nak masak kat sana.. dah tebal resepi aku dia salin :)

Ok sorry melalut.. bukan aku cerita ni sebab nak bagi tau aku ni majikan baik sangattttttttt lah tu.. no aku tak de intention pun nak memuji diri sendiri.. aku pernah naik angin juga bila dia buat hal masa mula-mula dia datang dulu.. sikit lagi aku nak hantar dia balik masa tu..tapi dia admit kesalahan dia dan janji untuk berubah.  aku bagi dia peluang dan so far dah setahun ni nampaklah dia betul-betul berubah.  cuma aku tak suka bibik aku berborak-borak melepak kat luar sana.. so itu cara aku.. dan dia pon takde rasa tertekan sebab dia sendiri pon tak suka nak melepak sembang kat luar.. aku tak pernah halang dia kalau dia nak keluar weekend untuk jalan-jalan.. tapi dia sendiri yang tak nak sebab kalau keluar nanti duit dia habis.. cuma nanti dia nak keluar dengan Wan nak gi Sogo sebab nak beli barang-barang untuk anak-anak dia sebelum dia balik bercuti.. 

Kita tak boleh pergi kat orang pastu cakap, i tak suka cara you treat your maid.. i treat my maid camni, so better u ikut cara i.. takkan? if u rasa u berperikemanusiaan that's why you bagi maid u berborak-borak kat luar rumah sambil anak-anak berkeliaran tengah jalan, dan kereta pulak kena berhati-hati sebab tau kat jalan tu memang setiap petang ada budak-budak berlari-lari tengah jalan walaupun ada maid 'jaga', then sila kan... if u rasa it's ok untuk melepak kat luar bersama anak kecik dalam gerimis petang hari, then go ahead.. if you rasa it's ok untuk melepak kat luar rumah bersama anak-anak dalam keadaan jerebu tebal, then it's ok.. aku tak suka macam tu.. so itu pendapat masing-masing... sama jugak ada majikan tak kisah makan maid masak.. makan malam pon maid masak.. ada orang tak suka.. macam aku, laki aku tak nak.. dia nak aku yang masak untuk dia nak makan.. dia nak air tangan isteri dia yang jelita ni jugak masak.. so aku masaklah.. elok jugak kan, kan orang tua-tua kata, dari air tangan isteri lah yang boleh mengikat hati suami.. gitu.. kang asyik maid masak untuk suami, terikat pulak hati suami acaner? tu aku cakap, pendapat masing-masing.. dan aku sendiri suka tengok laki aku makan dengan muka selera ke.. muka nak muntah ke.. aku sukaaa je tengok dia makan masakan aku.. hahahahha.. 

Aku ni memang zalim sikit.. petang je aku suruh tutup pintu sebab musim nyamuk aedes.. nak main, main dalam rumah.. tapi rumah kene spray tiap pagi dan sebelum tido.  nak main, boleh main dalam gate je.. gate tu kunci.. if aku ada atau pak radie ada, baru korang boleh main kat luar rumah.. sekarang musim anak hilang.. baby ada ngan mak dia pon orang boleh selamba badak colek anak bawak lari masuk kereta terus blah.. aku trauma baca surat khabar.. sebab tu aku paranoid macam ni.  

Harap bibik aku tak boring berkurung dalam rumah dan akhirnya melarikan diri.. Harapan aku selepas 7 tahun (kalau aku masih perlukan dia) bibik aku takkan berubah menjadi tak baik.. Amin.

*peace*



Love, 
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE