Pernahkan kamu menghadapi situasi kehilangan orang tersayang? bukan hilang sebab putus cinta.. bukan hilang sebab dia pindah duduk overseas.. tapi hilang selamanya di dunia.. yang takkan pernah akan kembali lagi bersama kita.. pernah? aku pernah. Dia adik aku sendiri.. Tak tergambar kesedihan di hati.. Tak terluah dengan kata-kata. Takkan pernah dapat diselami orang lain apa yang aku rasa.. Takkan pernah!
Apa yang aku buat untuk mengubati luka dihati? Aku belajar untuk redha.. Betul ke aku redha? Dah tentu aku redha kerana aku cukup tahu, aku cukup faham, semua yang hidup pasti akan mati.. Mati itu pasti. Semua milik Allah, siapa kita untuk tidak redha? Rindu? Ya aku rindu.. Salah kah merindu? Akan murka kah Allah jika kita merindu milikNya yang pernah suatu masa dulu dipinjamkan sebentar buat kita? Bagaimana aku menyatakan rinduku pada adikku? Dengan berdoa.. Allah pasti sampaikan rinduku pada dia. Mudah-mudahan..
Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan. Menerima kehilangan itulah yang paling menyakitkan. Perwatakan setiap manusia berbeza-beza.. Mungkin aku nampak seperti seorang yang tabah.. seorang yang mudah melupakan kehilangan.. Ada ketika, bayangannya hadir tanpa kupinta, tak mampu kutepis, aku tau, saat itu mungkin rinduku memuncak, maka dia seolah-olah hadir disisiku.. Bahagia rasa. Walau ku tahu itu cuma anganku yang tak mungkin akan jadi nyata. Namun aku bersyukur, setiap detik aku bersamanya masih segar di ingatan. Tiada yang berubah, tiada yang mampu melunturkan kenanganku bersamanya.
Sakitkah hati kamu melihat orang lain merindu? Sakitkah hati kamu melihat orang lain bersedih? Sakitkah hati kamu melihat orang lain tidak mampu melupakan? Biarkan saja dia dan kenangannya.. Kamu tidak merasa apa yang dia rasai. Segunung simpati tidak mampu meredakan sendunya..
Aku pernah merasa kehilangan, dia juga pernah merasa kehilangan, biarkan dia meluahkan setiap inci perasaan sedihnya.. supaya lega rasa hatinya... jangan lah kamu sakiti hati dia.. dia sudah cukup menderita...
Ok dah itu je nak cakap.. Mungkin saya tujukan kepada seorang sahabat saya yang sedang bersedih.. Kamu tahu kamu siapa, saya harap kamu segera bangkit dan tersenyum seperti dulu kerana terlalu ramai yang rindukan senyum dan tawamu ;)
Love,
Filla.