Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

BETTER TOGETHER.

$
0
0
Aku mula-mula pakai handphone masa belajar kat UiTM dulu.. tu pun yang terpaling tak canggih sekali.. Aku pakai handphone supaya mak aku senang nak cari aku.. Al-maklumlah dulu duduk sendiri.. masa tu cuma boleh receive calls dan buat call je.. camera pun takde.. yang ada SMS je.. Tapi tu zaman dulu.. 15 tahun yang lalu... 

Sekarang canggih.. Kasih pun ada handhone.. boleh call, boleh MMS, SMS, boleh snap picture, ada FB ada Instagram, ada whatsapp.. omg! anak aku baru 9 tahun kot? Dalam dilema.. Kalau tak belikan, kesian pulak sebab semua kawan-kawan dia ada handphone.. at least aku boleh contact dia kalau dia takde ngan aku.. Aku selalu kawal penggunaan handphone dia.. weekend aku bagi.. at least dia boleh whatsapp dengan cousins dia.. 

Amaani yang baru nak masuk 4 tahun memang tak berlekang dengan ipad.. pun aku kawal jugak.. dia boleh tengok ipad selepas aku balik dari kerja.. siang no ipad! kadang asyik bergaduh ngan Kasih berebutkan ipad.. 

Bila dapat ipad, diorang dah tak peduli apa jadi kat sekeliling.. mama ada ke takde ke, takde siapa yang kisah :(

Pak Radie???? kat rumah pun sama.. makan kat luar pun sama.. bila tegur dia tak mengaku.. padahal handphone sentiasa melekat kat tangan..

hahahah.. dari tadi membebel.. rupanya mak dia pun sama.. erk... hahahaha.. i'm a blogger.  social media sangat penting bagi saya.. hahahah.. itu bukan alasan untuk mengabaikan keluarga.. Ok ok ok.. aku salah! omg, apakah yang telah berlaku kepada kita semua rakyat Malaysia ni? sebelum makan amik gambar food dulu.. dah snap gambar nak update pulak kat fb, instagram and twitter.. dah tu bila nak makan? bila nak berbual dengan ahli keluarga.. 

Ini yang aku rasa macam tak best.. "Together But Alone" itu lah hakikat yang mesti kita ubah.  Selalunya pukul 8 malam adalah waktu aku sekeluarga berkumpul untuk makan malam.. Tapi semua diam.. sibuk melayan gadget masing-masing.. sambil makan pun kadang-kadang boleh berwhatsapp.. boleh check facebook.. omg! tak bagus ok.. family moment sangat penting bagi aku.. so kita tak boleh biarkan perkara macam ni berterusan sampai merenggangkan hubungan kekeluargaan kita.. setuju? 

Kalau makan kat luar pun sama jugak.. borak sikit je.. mata masing-masing mengadap handphone.. pernah sekali handphone dah tak de battery.. wahhh masa tu best je boleh berborak-borak.. ok lepas ni kita off telefon sementara.. dah habis makan baru on ;) 

Aku rasa nak buat peraturan baru untuk keluarga aku.. 

No gadgets at dinner table. at house or at restaurant. 

Setuju? Aku rasa kita patut buat macam tu.. tak lama pun.. kita makan lama sangat ke? setengah jam je kot?  
Sempena International Family Day, Oreo mempunyai satu misi hebat untuk menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang selama ini sering terganggu dengan masalah-masalah macam yang aku sebut tadi..

Cara-caranya:

Singgah di selected Secret Recipe outlets bermula 15-18 May.  Bersetuju untuk menjauhkan diri anda dari gadget-gadget anda sehinggalah selesai menikmati hidangan.  Izinkan Oreo untuk membawa keluarga anda lebih rapat dan mesra tanpa sebarang gangguan.  dan yang terakhir sekali, hadiahkan diri anda dengan special surprise dari Oreo!! 

Nak tahu apa dan bagaimana.. layari www.oreo.com.my untuk maklumat lanjut.

Jumpa di sana!!!!!


*terms and conditions apply*


Love,
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940