Akhirnya sahabat baik saya dah kahwin ;)
Natra kawan dari Tingkatan 2 lagi.. Kitorang close dari sekolah lagi.. Aku masuk Ampang Road Girls School masa Form 2..sebab aku kan membesar kat Sabah.. So pindah je KL terus masuk sekolah ni.. Ingat lagi masa mula-mula masuk kelas 2 Mawar kalau tak silap.. Cikgu suruh duduk sebelah Natra.. Masa tu dia skema boleh tahan, rambut sampai bahu, muka tembam badan pon tembam.. Cikgu kata kalau tak faham apa-apa boleh refer dengan Natra.
Ada lah berborak sikit masa baru masuk tu.. pastu Natra tanya "Awak dari mana?""Kita sekolah kat Sabah, baru pindah sini".. Bila cerita balik.. dia cakap memula dia ingat aku orang Indon.. Rasa nak sepak je. Hahahah.. sebab aku dah lama duduk Sabah kot.. so cara aku bercakap lain sikit dari orang Semenanjung.. Lama-lama jadi close.. Balik sekolah kitorang naik bas sesama gi rumah Natra.. makan pastu siap-siap gi tuition.. dulu aku pernah cerita kot cemana nakal kitorang.. Hehhe.. Kalau ada ko-kurikulum (sukan) petang.. kan kene kumpul buku ko-ko tunggu cikgu sign.. kitorang pindahkan buku kitorang letak paling atas supaya cikgu boleh sign cepat.. pastu cepat-cepat amik buku tu masuk bag.. cikgu tak nampak terus lari keluar sekolah.. hahaha.. tak pernah lah nak tunggu sukan habis..
Gi tuition pon sama.. muka paling last sampai kitorang lah.. Masa tu tuition rumah orang.. ramai lah students tuition situ.. Kitorang akan lepak dulu kat stall jual ABC Cendol tu.. makan dulu.. siap mintak kacang lebih.. lepak punya lepak baru masuk tuition.. Cikgu tu sakit ati je tengok muka kitorang.. heheh..
Dan sekarang Natra dah kahwin.. I'm happy for you Ta. Banyak lagi kenangan bersama lepas sekolah.. Kenangan kat Shah Alam.. Kisah suka duka aku, suka duka dia.. dan suka duka Anny.. Aku kenal Anny pon dari Natra.. diorang satu college.. aku kat uitm masa tu so terpisah kejap..
Natra. Dia kelakar, dia peramah, dia blur, dia fashionista, dia kelam-kabut, dia baik hati, dia pandai masak, dia suka stress tak tentu pasal, dia hormat orang tua, tapi dia memang penceria suasana sebab lawak dia tak masuk akal kelaka nak mam. Itu lah Natra.
Nervous.
Ini Hussin baby paling ceria aku pernah jumpa.. Asyik ketawa je.. agah sikit je, tapi dia punya gelak terbahak-bahak.. Hussin satu-satunya anak buah Natra.. Cucu kesayangan ni.
Memula ingatkan macam ni je.. Hantu Kak Limah sangat.
Ko tengok bulu mata dah ala Che Ta, pastu dia bukak sebab tak suka bulu mata panjang sangat.. Natra ni memang ikut sukati dia je.. Simple je dia. tak de nak contact lens bagai.. pakai mata ori je sudah.
Ni kawan-kawan Atta.. Yang sebelah Atta tu Ain, pon bestfriend aku kat sekolah dulu..
Kitorang bawak Amaani.. pastu Pak Radie dok whatsapp aku kata Ani lapar.. Aku cakap bawak gi makan dulu.. kang lambat lagi nak makan.. takut dia lapar.. Terus Pak Radie bawak makan..
Kesayangan nervous tak leh tahan.. sampai masa Natra kene baca apa tah.. dia cakap No. Passport.. orang No kad pengenalan.. hahahahahah..
Semasa Majlis Akad Nikah
Ok aku pon sebak time nie.
Syed.. Baik orangnya.. memang sesuai dengan Natra..
Sah dengan sekali lafaz.
FIL Natra.. suka tengok muka uncle nie.. baik asyik senyum je..
Hantaran *ehem*
So sweet.. Bapak Natra snap gambar anak kesayangan dia..
Pengapit Natra tu adik dia Nadirah.. diorang ni adik beradik semua jenis lawa-lawa.. suka tengok..
Tetiba ada surprise dari MIL Natra
MIL Natra hadiahkan seutas rantai untuk menantu...
Hantaran dari pihak perempuan..
Hahahah tengok Amaani.. kemain bergaya ngan handbag Auntie Mimi..
Family
Natra ko dah kenapaaaaaaaaa.. hahaha
Menjamu selera jap.. pon Amaani makan banyak kat sini.. pelik betul mana dia letak makanan dalam perot dia..
Arghhh cantik nya cincin.. Natra design sendiri gitu..
Ye faham.. dua-dua nak tayang cincin.. tu belom aku tayang cincin aku lagi.. nangis korang kang..
Nah dessert sebagai penutup entry..
Kepada Natra, Aku dan Anny nak pesan.. Jaga Syed elok-elok.. Jaga keluarga mertua elok-elok.. Rajin-rajin masak sebab Atta masak sedap.. Nanti ajak kitorang datang umah masak sedap-sedap.. Masa entry ni ke udara, Atta and Syed dah selamat sampai ke destinasi honeymoon.. Eh jeles tengok orang honeymoon.. Aku doakan ko dan Syed bahagia hingga ke akhir hayat, dilimpahi rezek, diberkati dan dikurniakan cahayamata yang comel-comel.. Eh cepat sikit lah, anak aku dah 3 dah.. kasi kembar 3 terus. muahahahha..
Bye Ta.
Filla.