Salam,
Tak tau nak mulakan cerita macamana.. Tapi lately ni aku perasan ada sorang Anonymous ni memang betul-betul benci kat aku.. Why?? Why???? Aku tak faham kenapa this Anon terlalu benci kat aku sedangkan aku tak pernah kacau life dia?
Aku okay if sesetengah Anon bagi pendapat tak suka aku buat camni, buat camtu.. Kira jenis Anon yang takde selindung-selindung tapi straight to the point bagi pendapat.. Yes, tu aku okay.. sometimes kita ada salah dan kita tak perasan kesalahan kita.. So teguran membina aku boleh terima, and thanks sebab remind aku..
Tapi orang yang menasihati kita kerana sayangkan kita dengan orang yang menghentam kita sebab bencikan kita is two different things. Kau sendiri boleh tau orang benci ke orang sayang. Aku bukan bodoh, aku bukan budak kecik yang tak paham orang benci ke orang cemburu ke.. aku tau.
Aku ambil pendekatan berdiam diri dan biarkan Anon ni dengan kebencian kat aku yang melampau-lampau.. who cares? Tapi kadang aku berfikir.. ye, aku jenis suka berfikir.. bak kata Peej, aku kalau nak order makanan pon lamaaaaa gila.. ye sebab aku suka berfikir hahah.. Ok, aku berfikir kenapa kau benci aku sangat ni? apa aku dah buat kat kau? Aku malas nak tepek-tepek lah comment anon nie.. tak kuasa aku.. kang readers aku baca, ko jugak yang kene hentam teruk.. pastu kang semakin dendam pulak kat aku yang tak pernah kacau life kau.. Orang ni kadang pelik-pelik sikit.. orang lain yang hentam dia, tapi kebencian dia tu bukan kat orang-orang tu.. tetaplah bertambah benci ngan aku jugakkk.. see??? ahkak jugak yang akhirnya dibenci..
Well, kalau sampai kau mintak aku ajar kau cara makeup, aku pakai makeup brand apa, tolong lah ajar sebab Kak Pilla kalau tak make up muka biasa-biasa je pun.. tak cantik pun... Astaghfirullahalazimmmm... kau ni dah kenapa? Aku tak pernah kata aku cantik with or without makeup.. buruk-buruk muka aku kalau tak makeup pon, dah Allah bagi aku muka camni.. bersyukur sangat dah aku ni dah ada muka ni hah.. tak pernah aku mintak orang puji-puji sebab kalau aku ni cantik aku dah jadi supermodel dah.. lagi lah aku riak kang... alhamdulilah muka aku biasa-biasa je.. kalau tak kang, aku jadi golongan yang tak bersyukur pulak..
Selalu pun aku mengadu ngan laki je lah pon.. Aku tunjuk komen Anon tu.. pastu Pak Radie kan jahat.. dia cakap, eh betul lah Anon tu cakap.. awak kalau tak makeup memang tak lawa.. tapi awak patut happy, sebab dia cakap awak kalau makeup lawa.. kan? Ada orang, dah make up pon tak lawa... kan? Aku tau dia nak comfortkan aku je sebenarnya...Hahah.. terus aku happy sebab laki aku kelakar.. bagi aku lah kelakar.. kalau bagi korang tak kelakar takpe.. hahah.. see?? aku nak type pon kene jaga hati Anon.. takut kene hentam lagi.. "Yelah.. laki kau je kelakar... macam bagus je puji laki sendiri" see???? see???
Tolonglah faham.. ini just luahan perasaan aku je.. Aku tak mintak readers untuk hentam anon ni lagi.. atau aku tak mintak readers untuk puji-puji ke apa.. cuma kalau aku boleh selitkan sikit tentang hati.. Kenapa kita mesti ada hati yang busuk? kenapa kita mesti benci orang yang tak pernah sakiti kita? Even kalau orang tu ada sakiti hati kita, kita doa jelah yang baik-baik.. Takde faedahnya benci orang yang kau tak kenal pon.. Ada banyak lagi kerja berfaedah yang kita boleh buat.. Cemana boleh rajin sangat komen dan nak bagi tau betapa kau tak suka kat orang tu? Aku tak boleh nak faham.. Mencari kesalahan orang yang kau benci.. tak payah lah susah-susah.. get a life lah.. biarkan je orang yang kau tak suka tu dengan kehidupan dia.. dia tak usik ko pun.. dia tak paksa kau untuk suka dia pun..
Susah sangat ke untuk membersihkan hati? Susah sangat ke nak tenangkan perasaan supaya tak membenci? Sakit sangatkah hati melihat kehidupan orang yang kau benci? Kau suka ke kalau tetiba orang yang kau tak kenal benci gila-gila kat kau? hari-hari nak komen dan luahkan betapa dia bencinya kat kau? Letak diri sendiri kat situation orang tu.. Suka? If betul kau suka, then u really need help. u're sick.
InshaAllah aku akan block Anonymous comment lepas nie.. Kalau menyampah jugak kat aku.. email je lah.. aku tak provoke this Anon, aku cuma bagi dia 'jalan' untuk meluahkan kebencian dia.. kot-kot nanti tensi pulak tak boleh comment kan? Cuma i think this is not fair untuk readers aku yang baik-baik hati yang berstatus anon.. but what to do? i've no choice.. i've to block anon comments supaya hati aku lebih tenteram lepas nie.. Aku pun manusia biasa.. bila kene hentam dengan benda yang aku tak buat. benda yang tak masuk akal, ada gak dup dap dada aku menahan marah.. so, benda tu tak bagus untuk diri aku.. kang Kak Pilla jugak yang cepat tua.. Kak Pilla jugak yang jadi seorang yang pemarah.. No good.
So, marilah kita berprasangka baik.. dijauhkan dari memiliki hati yang busuk..
*peace*
Love,
Filla.