Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

HUWAAA MERANAAAA...

$
0
0
Ok kali ni kita update guna phone je.. tak kuasa nk bukak komputer.. badan dah berat ni, nak bangun pon malas.. syabas fillanie! syabas!!!! 

harini nak citer isu kenaikan berat badan.. bukan kenaikan harga barang ye.. barang naik pon boleh nangis, badan kalau naik memang boleh meraung hiba hahah.. eh hahahha pulak padahal tensi..

berat Kak Pilla sekarang ialah 55.8kg.. memang syabas sangat.  Ni yang terberat setakat ni ok!  benciiiiii sangat tau.. aku selalu sematkan di dalam hati, jangan sampai mencecah 55kg.  now apa dah jadi ni?  memang aku perasan yg badan dah berat, pinggang dah takde, yang lain-lain tu takyah citer la kannn.. ada org rasa eleh 55kg je apa ada hal.. 

korang kene paham.. eh suka2 je nak suruh org paham hahaha.. zaman dedolu kak pilla 48kg... itu dulu kak pilla, ko jgn nak berangan la nak dpt balik 48kg tu.. sedapkan ati anak dah 3 so ok je kan 55kg.. tak nakkkkk!!! aku x selesa nak pakai baju nak pakai seluar.. rasa rimas takut perot terkeluar gitu.. 

ni semua salah pak radie.. dia cakap kat opis dia selalu lupa makan.. omg gila ke apa ni? ada ke org telupa nak makan??? itulah rahsia dia selim sampai sekarang.. pastu balik rumah kebuluran.. kelam kabut aku masak sbb tak sanggup tgk dia kelaparan mcm tu.. bila dah masak takkan nak pandang? harus lah join sama kan? so mmg salah dia la kan?

dulu time aku belajar kat uitm shah alam aku pernah duduk rumah sewa kat seksyen 2.. aku sorang sewa satu bilik atas umah banglo lama.. aku duduk umah tu kejap je la berapa bulan tah sbb replace budak g praktikal 1 semester so bilik budak2 tu kosong.  masa duduk sana aku kerempeng gila sebab malas makan.. nak makan ko kene pegi jalan kaki kat gerai seksyen 2.. adalah 10-15 minit jln kaki.. aku malas so aku sanggup x makan.. bayangkan hari2 aku x makan, aku makan kul 5 ptg tak pon 9 malam.. sampai masuk angin pastu x lalu nak makan, dua tiga suap je.. seluar kecik gila jeans size 24 pon longgar.. amboi kalau nak citer zaman dulu ko kurus tu kemain hebat lagi hahahha.. mcm la org lain tu tak kurus gak masa bujang..

itu dulu.. sekarang kalau x makan aku boleh amukan hahahah.. dulu lek je? caner niiiii??? so ada rasa marah kat diri sendiri sekarang ni.. tapi marah je makan tetap makan.. huwaaaaaa helppp.

tadi rasa bengang je.. naik penimbang mintak tlg bibik tgk berat.. penimbang aku digital pastu battery nak mampos dah so tak nampak sgt.. bibik pon lek je "55.8 puan" rasa nak protes lompat2 atas penimbang tu bagi berkecai.. ai is stress u know?

maka kak pilla terus naik atas kunci pintu amik ipad google "zumba" eh sebelum tu chat ngan elly n peej.. mengadu domba.. hahaha tgk ada zumba dance for beginner.. wow macam best je.. tp sebelum start dia ada cakap make sure pakai kasut, make sure ruang spacious utk mudah bergerak.. eh sukati la.. ko ingat bilik aku besa nauuu? dalam bilik mana boleh pakai kasut? so mari zumba berkaki ayam. hehehhehe..

semputttttttt makincik.  omg segala latin dance berterabur step.. badan aku ni mmg kalau dance keras nak mampos.. bukan takat tak reti dance siap package step kelaut hahahah.. aku pon konpius aku ni menari ke kawat? hahahhaa tapi mmg bagus la zumba ni berpeluh kejap je.. aku ingat senaman aku yg lari setempat 2000x tu dah bagus gila hahahha hampeh ada la.. zumba ni 5-10 minit ko dah mintak nyawa..kemai besilang2 kaki hahahhaa org tu nari elok je lembut cantik.. aku??? x yah citer la.. nasib sorang diri je.. aku sendiri pon x sanggup tgk diri sendiri apatah lagi kalau org lain tgk.. mcm ni nak join zumba class? kim salammmmm laaa hahahah.. ok pastu makincik dah tak larat terus terduduk.. layan tgk org tu zumba kat youtube hahah sambil tgk sambil kepala terhangguk2 ikut rentak lagu.. ko menari la sensorang situ.. ai is penat oledy.

lepas maghrib terus bekejar nak masak pulak.. putera Radie nak makan kannn..

so Kak Pilla masak ayam berlada kering2 je.. siap cakap kat bibik byk kali "saya tak nak makan" eh macam la org tu tanya ko nak makan ke tak.. mcm merajuk je kak pilla ni kan hahaha...

pastu kesian plak x berkuah.. kang pedas sian budak2 nak makan.. so buat sup pecah telo sebijik masukkan suhun sekali.. pastu kak pilla ngadap dorang makan.. akhirnya makan jugak ayam kecik seketul ngan sup tu.. fuhh lega.

pak radie plak bawak balik pau instant.. tinggal kukus je.. ni order ngan kawan opis dia Wak.. kakak Wak mmg ada business buat kuih2 yg mcm jual kat tesco semua tu.. beli kaya ngan kacang.. kukus pastu diorang makan pau plak.. seronok kan kalau boleh makan byk2 tp tak naik berat? aku pandang jeeeee sambil telan ailio.. 

so kali ni nak tukar strategy pulak.. taknak makan malam especially nasi.. breakfast x nak heavy.. ok tu je.. oh lagi satu dah pesan kat elly n peej jgn nak ajak aku makan.. kalau tgk aku order makanan tlg marah aku hahaha over nak mam.

penat dah korang dengar memacam strategy kak pilla kan? tapi akhirnya tewas jugak.  semoga kali ni kak pilla lebih tabah. kalau gagal jugak silalah menangis sambil tumbuk2 perot sendiri.

sekian.

Love,
Kak Pilla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940