Korang pernah kene ke? Huwaaaa ai is takut.. Boleh menggigil satu badan.. terus tak leh bawak kereta sebab badan menggigil.. Eh takde lah kene buli sangat.. but still...
-pic googled-
Amboi abang ni.. Siap tunjuk penumbuk.. Takutnyeeee...
Ni kisah semalam.. Kitorang nak gi KLIA2 pastu masa baru keluar rumah.. betul-betul sebelum traffic light depan Giant Equine tu.. India naik motor ada wife and anak dia macam 2 tahun kot.. Pastu dia tengah mengamuk dengan sorang perempuan cina bawak kereta Honda.. Scary ok!!! Lelaki india ni suruh dia bukak pintu kereta dan keluar.. Of course lah perempuan ni tak nak keluar sebab ketakutan kot.. Dia hayun helmet dia bantai bonet kereta Honda tu.. Kemik ok!! Yang Pak Radie lalu betul-betul sebelah kereta ni terus bukak cermin kereta.. Dia pulak marah India tu..
"Itu dalam kereta perempuan laaaaaa!!!! U tak boleh cakap baik-baik ka??????" pastu India tu macam nak datang ke arah kitorang.. Huwaaaa aku takut.. pastu terus aku cakap jangan campur laa.. jalan jeeeeeee... terus dia cakap "Saya anak adaaaaaa laaaaa" Dia refer kat anak dia yang kecik tu.. Sebenarnya tak tau siapa betul siapa salah.. Maybe jugak perempuan bawak Honda tu salah terlanggar sikit ke or bawak kereta main potong je ke.. Tapi yang pasti motor tu elok je. tak de pon wife ngan anak dia jatuh.. sebab masa tu wife ngan anak dia masih duduk atas motor..
Bukan nak backup sesapa lah.. Tapi perlu ke ko bertempik-tempik dengan muka bengis kat situ? Pastu orang tu tak nak turun ko boleh hayun helmet ko sampai kemik kereta orang tu? Aku rasa kalau ko cakap elok sikit, perempuan tu turunlah.. Kalau aku jadi perempuan tu pun tak hingin aku turun.. Scary ok.. muka macam nak tikam orang..
Aku takut road bully nie.. Sebab orang kalau marah dia akan bertindak di luar kawalan.. Macam-macam aku pikir.. Kot dia hangin tetiba dia rodok perot ko ngan benda tajam ke apa.. Huwaa takutttt... Dulu masa aku ngan Pak Radie.. Masa tu baru tunang kot.. Kat roundabout depan Caltex Seksyen 3 Shah Alam tu.. Teksi tu lah yang salah.. pastu bila ketepi waaaa dia pulak yang mengamuk-ngamuk situ.. Pak Radie ni ko taulah.. boleh tahan gak dia ni jenis berani gak.. dia turun terus mengadap pakcik teksi yang mengamuk-ngamuk.. Aku keras dalam kereta sebab ketakutan.. Pakcik tu tolak bahu Pak Radie sampai ke nak masuk roundabout tu balik kot.. Waaa aku takutttt.. tu kalau layan lagi mau bertumbuk kat situ.. Takyah tolak-tolak bahu orang boleh tak? Kau yang salah pon!!! Terus gi balai polis.. Tapi aku tak boleh keadaan macam ni aku jadi takut.. Aku rasa macam longlai je badan terus nak cakap pon tak boleh.. Terus Pak Radie takut tengok aku macam tu.. Terus dia tak jadi nak sambung hangin dia.. terus dia comfortkan kata takde apa.. ok je semua...
Lelaki ngan lelaki tu ko punya pasal.. Tapi jangan lah buat pemandu perempuan macam tu.. Benda boleh settle elok-elok kan? Kalau betul pemandu peremupan tu yang salah.. Jangan lah ko mengamuk macam orang gila.. Confirm perempuan tu takkan keluar kereta.. Silap-silap dia lagi langgar kau sambil pecut nak lari.. sebab takut...
So semalam masa kitorang dah jalan ke depan.. kereta dah banyak dah tak nampak perempuan nie.. Pastu tiba-tiba laju je perempuan cina ni lalu traffic light merah terus masuk kiri.. Tapi time tu takde kereta kat depan.. Aku tau, dia mesti ketakutan... Pastu kitorang dok tunggu mana gi motor india anak-beranak tu tak lalu pon.... Sibuk gak nak kepoci kan..
Bagi aku lah, jalan raya memang bahaya... Kita tak expect apa akan terjadi.. Kadang salah kita, kadang salah orang.. Dan pengguna jalan raya ni ada macam-macam perangai.. Ada yang baran, ada yang ok.. So nasib kalau terkene dengan yang baran tu memang agak scary.. Tapi kalau korang rasa korang orang yang baran, cubalah kawal kemarahan.. Kereta atau motosikal tu boleh hantar workshop boleh ketuk balik.. boleh claim insurans ke apa ke.. Jangan ikut sangat perangai panas baran tu.. Nanti sendiri rugi.. Tu kalau aku rakam video semalam tu letak kat FB, confirm viral punya lah!! Hahaha nak jugak!
Ok tu je nak share.. Kak Pilla sibuk... InshaAllah esok akan keluarlah entry shawl Kak Pilla.. Esok dah boleh beli.. rajin-rajin lah refresh ye.. maybe tengahari atau petang.. Siapa cepat dia dapat sebab stok tak banyak.. ni bukan marketing strategy ke apa.. Aku pon bongok buat tak banyak.. bila dah siap macam aku yang nak amik semua hahahhahaha.. Buat masa ni medium pertama yang aku akan release kan shawl ni ialah Blog ni ye.. dan korang kene email.. sebab aku takde no telefon untuk whatsapp.. Sila alert ok? Kau mampu nak berniaga tapi semua takde.. Eleh korang macam tak biasa beli dari aku kan memang kene email? Tulah keunikan Kak Pilla dari dulu sampai sekarang hahahahhaha..
Love,
Filla.