*scroll down for new entry*
Hai korang ;)
Kak Pilla sekarang dah kembali memasak seperti sediakala.. Haritu kat Phuket kan asik mengadap tom yam je.. Sambil tu ushaaa je cemana diorang buat tom yam sedap sangat ni? Tak puas hati betul hahahah.. Kak Pilla masak tom yam guna paste yang dalam paket je.. Tapi bila masak nanti kuah tu tak pekat pon.. Macam cair je, tu yang selalu guna sampai 2 packet pon tak umph jugak.. Nyampah tau.
Sampai lah Kak Pilla berpeluang cuba Tom Yum Paste dari jenama WORLDFOODS nie.. Kak Pilla perasan produk WORLDFOODS ni paste dia semua ala-ala international gitu.. Vietnamese, Burmese, Malaysia, China, Thailand and India semua ada.. So Kak Pilla rasa nak try Tom Yum paste ala Thailand dan resepi Indonesian Sweet Tamarind.
Sabarrr.. bunyi dia je macam terror sangat kan.. Cara nak buat dia.. Alahai.. Pak Radie pon boleh masak kot hahahahaha... Sebelum tu meh Kak Pilla cerita serba sedikit dulu tentang WORLDFOODS ni.. Jangan risau ye, produk ni cuma gunakan 100% Non-GMO Natural fresh ingredients, ada pelbagai authentic Asian flavours, ada HALAL certified, Food Allergen Free, Trans Fat Free, Gluten Free dan tiada added Oil.. Jadi sila yakin ye... jangan takut-takut..
Kenapa Kak Pilla nak share resepi ni kat korang? Sebab nak memudahkan korang jugak.. Semua bahan dah ada dalam WORLDFOODS Tom Yum Paste tu.. So tak payahlah sibuk-sibuk nak letak serai, halia, lengkuas.. TAK PERLU!!! semua dah ada dah.. kan senang kan?
Kita hanya perlukan WORLDFOODS Tom Yum Paste sahaja ;)
Kak Pilla mesti letak daun ketumbar dan hirisan daun limau purut.. Sebab daun ketumbar tu yang paling penting nak sedapkan lagi tom yum kita.. dan bila ada daun-daun dalam masakan memang akan menyerikan dan menambahkan lagi kesedapan masakan ;)
Selalu Kak Pilla masak tom yam tak pernah tumis.. Tapi kali ni Kak Pilla tumis.. Jom tengok resepi dari Kak Pilla dan cara-cara nak masak ;)
RESEPI SEAFOOD TOM YUM THAI KAK PILLA
-4 sudu Tom Yum paste WORLDFOODS
-2 sudu makan minyak masak
-3 ekor sotong dipotong bulat
-10 ekor udang size sederhana
-2 biji tomato size kecik dibelah dua
-1 biji bawang besar dipotong petak
-4 batang anak jagung (baby corn)
-sedikit bunga kubis (cauliflower)
-1/2 batang lobak merah dihiris
-6 biji cili padi
-sedikit daun limau purut
-daun ketumbar
-garam
CARA-CARA
Panaskan 2 sudu makan minyak masak.. Kemudian tumis Tom Yum paste WORLDFOODS.. kacau sehingga paste berbau harum.. Kemudian masukkan air dan juga lobak merah.. tutupkan periuk dan biarkan mendidih sehingga carrot agak empuk.. Kemudian letakkan garam dan letakkan anak jagung dan bunga kubis.. Setelah sayuran agak empuk letakkan udang, sotong, daun limau purut dan bawang besar.. Pecah-pecahkan cili padi dan masukkan ke dalam kuah tom yum tadi..
Akhir sekali masukkan tomato dan daun ketumbar.. Kacau dan tutup api.. Semasa hidang boleh tabur lebihan daun ketumbar sebagai hiasan..
Ok telan ailio sekarang hahahah.. Pak Radie, Kasih ngan Amaani makan banyak.. bila tanya Pak Radie, mana sedap?? Tom Yum ni ke atau yang sebelum-sebelum ni.. Pak Radie kata ni lagi sedap.. Amboi terus kembang-kembang hidung Kak Pilla hahahah.. Padahal senang gila kerja Kak Pilla.. tak payah risau nak carik serai, lengkuas semua tu..
Ok now next recipe pleaseeeee!!!!
Ini kalau suruh Kasih masak pon boleh hahhahahahahah.. Kak Pilla sibuk sangat weekend kan.. Tapi selalunya weekend kena lah masak jugak for lunch.. Pilihan yang bijak ialah masak benda yang simple tapi rasa dan persembahan mesti ada gaya Chef skit.. hahahahha.. Senang je kan jadi orang perempuan?? Memang lah bila fikir balik, Ishhh Kak Pilla tak penat ke? Kerja lagi, nak uruskan anak lagi, uruskan TheKasihsShawl lagi, sometimes attend event lagi..anak tuition nak hantar sana sini lagi.. Eh busyyyyy.. siapa cakap tak busy? Tapi Kak Pilla tetap akan masak.. bila ada benda-benda yang memudahkan kerja Kak Pilla seperti WORLDFOODS product nie.. memang terima kasihlah banyak-banyak hahahah...
Ini lagi senang giler.. cuma perlukan ayam je ngan sauce ni.. perap dan goreng. siap.. cemana tu nak share resepi? senang sangat..
perap je camni..
Dan goreng.. so yang ni tak yah detail sangat lah yer resepi dia.. marinate je ayam tu guna WORLDFOODS Indonesian Sweet Tamarind Marinade.. kemudian masukkan dalam peti ais dalam 1 jam.. Kemudian panaskan minyak dan goreng menggunakan api yang kecil.. Rasa dia memang betul-betul macam makan ayam bakar kat Indonesia.. Tanya bibik, dia cakap macam ni lah ayam goreng kat Indonesia..
So inilah 2 lauk yang Kak Pilla sediakan weekend haritu.. Simple, Sedap dan Healthy.. Kak Pilla orang yang suka bekerja pantas.. Tak suka lambat-lambat sebab nak rehat cepat hahah.. dan Kak Pilla jenis suka masak kat rumah sebab nak pastikan kita sediakan healthy food untuk keluarga.. So bila dah ada produk bagus yang betul-betul healthy sebab WORLDFOODS ni hanya gunakan high quality ingredients, Kak Pilla bertambah happy.. So if korang pon macam Kak Pilla, jenis health-conscious tapi nak masak yang mudah, pantas dan sedap.. boleh lah cuba WORLDFOODS.
Selain dari 2 jenis products yang Kak Pilla guna, WORLDFOODS ada banyak lagi produk lain seperti Vietnamese Five Spice Bo-Kho Stir-Fry Sauce, Thai Yellow Curry Paste, Thai Turmeric Lemon grass Marinade, Thai Basil Chilli "Pad Ki Mao" Stir-Fry Sauce dan lain-lain. Tu nak kene study dulu cemana nak masak hahahaha..
Oh, Kak Pilla nak buat give away to my readers :) Sebab ada 5 bottles of WORLDFOODS products nak diberikan kepada readers Kak Pilla.. Anda boleh pilih daripada 5 jenis produk untuk give away ni:
- Burmese Tamarind Stir Fry Sauce
- Thai Basil Chili 'Pad Ki Mao' Stir Fry Sauce
- Vietnamese Five Spice 'Bo Kho' Stir Fry Sauce
- Thai Red Curry Paste
- Indonesian Sweet Tamarind Marinade / Stir Fry
Best kan?!
Anda cuma perlu lengkapkan slogan ini dengan tidak lebih dari 30 patah perkataan.. Sertakan bersama email address supaya kalau you all terpilih senang nak hubungi yeeee.. Slogan tu hantar kat ruangan komen entry ni ok???
"I would like to take up the Worldfoods cooking challenge because..."
atau
"Saya ingin menyertai cabaran memasak bersama Worldfoods dengan (produk pilihan anda) kerana..."
Janganlah kecewa sangat kalau tak terpilih sebab anda boleh dapatkan WORLDFOODS sauces kat supermarketni pon.
Nak tahu lebih detail tentang produk WORLDFOODS ni sila layari www.worldfoods.com.my
GOOD LUCK!!!
Love,
Filla.