Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

HIJRAH

$
0
0
Saja nak sembang.. saja nak share... perubahan imej saya baru-baru ini bukan atas desakan sesiapa.. saya berubah kerana ingin berubah.. cuma penampilan yang berubah, hakikatnya aku masih sama.. rock kapak... hahaha... tadi kat pantry office kelaka gila.. tengah makan and sembang ngan member.. pakai baju kurung.. kaki satu naik atas kusi dia.. macam gangster tengah makan nasik bungkus, tangan sebelah genggam teh tarik bungkus.. hahahaha.. tak leh blah.  tolong lah berubah fillanie... hahahah... ok ok.. slowly ok.. bila kene tegur, terus kaki turun bawah, duduk sipu-sipu betulkan tudung.. muahahahhaha.. dorang pakat gelak jer.. dah paham sangat kot.. 

hari tu jalan-jalan kat Penang, Atok jalan belakang aku.. pastu Atok cakap "Yang, kau memang jalan macam tu yeh?".. "Kenapa?" "kaki pendek sebelah ke?" Omagadddddddddd... Atok ni tak baik tau... terus aku jalan kepit-kepit.. tapi seriously kalau aku bejalan memang ikut suka langkah tu.. pastu bila ada cermin yang boleh nampak bayang tu.. terus dalam hati "Omg.. teruk gila ko ni bejalan?".. terus rapatkan kaki.. hoi buruk sangat ni... susah laaaaaa.. sebab aku memang jalan besepah-sepah.. 

So far sejak bertudung ni, Alhamdulilah ok jer.. hari pertama pakai tu memang rasa kekok.. rasa macam "eh kenapa pelik, kenapa aku pakai tak macam orang lain pakai elok je teletak".. pastu rasa macam "Eh napa orang pandang-pandang, senget ke? rambut tekeluar ke?".. macam tu lah perasaan aku.. dan sampai hari ni aku rasa style yang sesuai belum jumpa lagi.. hahahah.. orang kata aku elok pakai inner ninja yang silang tu.. tapi bila aku tengok lama-lama, pelik.. tak suka! hahaha.. mana nak carik inner ninja yang berkualiti pastu bila pakai teletak je kat kepala.. tak nak silang-silang.. aku nak yang macam anak tudung je.. macam Jojie pakai tu.. hari tu beli kat Ariani tapi dia tak berapa kemas.. bila tarik kiri kanan baru dia melekap.. klau lepas dia tak ketat melekap.. paham tak maksud makincik nie? ok lah takpelah kalau tak paham.. pastu anak rambut aku kat atas kening kiri tu banyak.. hoi tu tak boleh buat apa.. orang kalau jenis dahi luas bila pakai tarik kebelakang sikit ok jer.. sebab dahi luas kan.. aku luas tapi bahagian tepi sempit.. hahah tak paham yeh? tak pelah.

Takpe ni dugaan dan cabaran.. nanti aku shave.. eh? muahahha.. takpe... mula-mula memang lah rasa macam tercari-cari lagi yang sesuai dengan muka.. nanti lama-lama mesti aku jumpa jugak bentuk yang sesuai.. 

Ada yang tanya, apa yang membuatkan Kak Filla tukar penampilan.... takde apa.. takde lah aku mimpi ke apa ke.. cuma niat tu dah ada.. nak melaksanakan tu yang agak lambat sikit.. mungkin atas doa diri sendiri, doa ibu bapa dan orang-orang yang rapat dengan aku.. siapa tau kan? sebenarnya dah banyak fasa aku lalui dalam hidup.. faktor umur buat aku matang.. aku tak suka nak bercakap pasal isu ni sebab nanti orang meluat pulak.. eleh setakat baru pakai tudung, kecoh nak mampos... poyo pulak.. aku sendiri yang nak ubah diri aku... macam ada yang menggerakkan hati aku ni.. sebelum aku bertudung ni, aku cuba perbaiki kelemahan-kelemahan lain.... solat.. itu yang penting... 

Kenapa aku tutup comment for anonymous? antara sebabnya aku tak suka dengar atau melayan ayat-ayat sarcastic.. kalau kita nak ubah seseorang tu ke arah yang lebih baik, kita motivate dia elok-elok, lembut-lembut.. bukan dengan ayat-ayat menghina, ayat-ayat kasar yang boleh melukakan hati seseorang.. seolah-olah takde satu pun kebaikan orang tu sebab dia tak bertudung.. dulu aku tak bertudung.. kalau orang suruh aku pakai tapi ayat annoying, nanti aku sakit hati.. pastu buat aku lagi keras hati.. so dah tentu-tentu kekerasan tu bukan caranya kan.. tapi bila aku dapat email or comment yang membina.. yang lembut, sejuk sikit hati aku ni.. contoh macam "Kak filla, saya suka tengok gambar akak yang pakai tudung tu.. nampak manis jer.. saya tak sabar nak tengok akak bertudung, saya doakan akak ok? saya tau akak orang nya baik, kalau bertudung mesti lengkap".. lantaklah orang nak kata aku ni suka kena ampu ke apa ke.. ini tak.. ada je yang email/komen "Kau ni tak pakai tudung.. aku pelik lah.. apa kau jawab kalau anak kau tanya? kau ni ahli neraka kot" amboi mulut.. hebat betul kalau becakap... ke neraka or ke syurga bukan kita yang tentukan.. nak ajak orang buat kebaikan tu jangan lah bongkak sangat.. jangan lah menghina sangat.. walaupon niat ko tu elok sebab tak suka dengan cara orang tu yang macam tu.. doakan lah yang baik-baik untuk orang yang kau nak ubah tu.. manusia tak suka kekerasan.. gunalah cara yang halus.. jangan lah menghina.. 

Aku berubah ni pon aku tak nak orang expect yang terlalu tinggi.. aku baru belajar.. mesti ada kekurangan sana sini.. aku gembira dapat memberi kegembiraan kat kedua orang tua aku dan kat suami aku..dah lah aku satu-satunya anak perempuan.. bila aku kehilangan adik aku tahun lepas.. jantung aku ni bagai disentap-sentap.. pilu hati aku ni boleh datang bila-bila masa tak kira waktu.. ingatan aku kepada kenangan memang kuat.. aku jenis boleh ingat orang pakai baju apa.. warna apa.. mimik muka walaupon dah berlalu bertahun-tahun.. ingatan aku kat arwah adik aku terlalu kuat.. aku ingat senyuman dia.. aku ingat dialog-dialog dia.. aku ingat dia dukung anak-anak aku... aku ingat macamana dia jatuh dan kaku depan aku, depan keluarga aku... aku tak sanggup nak ingat semua tu.. tapi aku tak mampu untuk padam ingatan aku.. ada masa aku terlalu sebak tapi aku cepat-cepat ubah fikiran aku supaya tak fokus kepada kesedihan tu.. aku tau kematian tu pasti.. tapi bila orang yang pergi tu ialah adik beradik kita, dalam keadaan yang tak terjangka, ko akan jadi terkejut yang terlampau sangat sampai rasa tak percaya.. tapi itu hakikat dan kita mesti redho.. aku mesti berfikiran positif, aku anggap ini dugaan Allah untuk aku, untuk keluarga.. aku anggap Allah sayangkan adik aku, Allah sayangkan aku kerana masih beri kesempatan dan perlahan-lahan aku cuba berubah... setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.. mungkin hikmahnya aku mula belajar betulkan apa yang kurang.. aku sedih tengok mak aku... tak pernah sehari pon dia tak menangis ingat kat arwah.. aku tau dia terseksa sangat.. merana sangat... tapi aku tak boleh buat apa-apa.. cuma gembirakan hati dia sikit-sikit.. 

Aku nak menasihat orang, aku pon tak betul.. tapi cuma aku nak pesan.. kalau ada lah antara readers kat sini.. yang pernah guna ayat-ayat menghina untuk mengajak orang lain buat kebaikan, tolonglah sedar sikit.. menghina orang pon satu dosa jugak.. melukakan hati orang pon satu dosa jugak.. kalau amalan dan ilmu agama kita di peringkat tertinggi, kita takkan buat macam tu.... kita akan hormat manusia lain... kita tak tau, buatnya orang tu berubah, silap-silap dia berubah lagi elok dari kita... kan dah malu macam tu... jangan bongkak dan sombong.. sedangkan orang alim ulama pon rasa diri mereka tu kerdil, ni sedap-sedap je ko panggil orang ahli neraka, tanya orang tak reti-reti nak insaf ke.. haishhhhh tak baik macam tu.. kewl sikit boleh? 






EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE THE CHEAPEST RATE SO FAR ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE VISIT OUR BLOG FOR DETAILS http://www.framekasih.blogspot.com/ EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear