Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Parents - Teacher Meeting at Little Caliph.

$
0
0
 Last week ada parents meeting kat school Amaani.. If aku belum cerita, Amaani aku dah tukarkan ke Little Caliph.. Kalau orang tanya which one yang better? Smart Reader ke Little Caliph? Sebenarnya tengok kawasan lah kot.. Aku rasa Smart Reader kat Ampang lagi active compared kat rumah aku ni.. walaupun owner dia sama! 

Kisahnya kenapa Amaani tukar sekolah sebab Wan bagi suggestion jugak.. Wan nampak ada one group budak-budak Little Caliph kat kedai minum kat Enstek.. masa tu budak-budak tu dengan teacher dia.. Pastu comel-comel sangat.. communication pon in English.. Sempat lah Wan borak dengan teacher dia.. Little Caliph ni Islamic sikit lah pembelajaran dan konsep dia.. Tu tak kisahlah, sebab Smart Reader yang Amaani pegi masa 4 tahun pon aku amikkan yang Islamic jugak.  Lagipun takde apa yang aku nak push sangat, dia baru 4 tahun masa tu.. Now dah 5 tahun pon aku tak push apa sangat.. Sebab aku hantar dia pegi sekolah awal sejak umur 4 tahun supaya dia bergaul, bersocial, bermain, belajar adab, belajar doa, belajar surah-surah pendek dan belajar yang basic-basic... Aku pun amik half day je.. Daripada dia duduk je kat rumah mengadap bibik hahah.. memula bibik sampai, lepas berapa bulan tetiba Amaani cakap Indon.. Tekejut mak nak..

Gi kedai runcit nak amik ice cream.. pastu dia bukak lah glass yang boleh slide untuk amik ice cream tu.. pastu dia nak tutup.. dia boleh cakap kuat pulak tu.. "Nggak bisa tutup".. pitam aku kejap.. mamat cashier tu pandang aku, aku pandang dia.. pastu dua-dua sengih hahhaha.. pastu anak patung dalam kereta dia cakap 'Boneka Amaani" fuyohhh boneka ok.. 

Ingat lagi masa first time bagitau Amaani yang dia 5 tahun kene tukar sekolah.. dari Smart Reader ke Little Caliph.. Menitik-nitik air mata tak nak pindah :( sedihnya aku masa ni tuhan je tau.. Tapi buat-buat biasa je tak nak tunjuk kat dia.. Aku start google Little Caliph kat youtube, bagi Amaani tengok.. aktiviti diorang.. lagu-lagu diorang.. supaya dia seronok sikit.. Pastu aku tipu cakap kawan-kawan SR pon pindah sekolah bila diorang 5 tahun.. ;)

So far now dah genap 3 bulan Amaani kat Little Caliph dan aku boleh nampak macam-macam improvement dia.. Entry ni not to say yang Smart Reader tak bagus ye.. dan tak jugak cakap Little Caliph tu bagus.. macam aku cakap tadi, depends pada tempat lah.. dan cara pembelajaran Little Caliph lain sikit.. dia ada buku dia dan cara dia.. mungkin pendekatan yang dia guna untuk ajar students dia cara membaca dengan cepat dan mudah.. Pastu Little Caliph ni fees dia lebih murah dari SR.. dan untuk setahun tu semua dah include masa kita bayar yuran tahunan tu.. sports day, graduation day, school trip.. semua dah include.. cuma yang tak include bayaran untuk photographer datang end of year utk amik gambar graduate tu.. masa SR banyak benda nak kene bayar even dah bayar masa bayar yearly fees tu.. menyirap gak lah hahaha.. pegi sports day kene bayar, pegi concert kene bayar per head, sampai bawak anak-anak lain pon kene kira jugak.. katanya untuk food.. Ada je parents yang tak bayar untuk food.. datang tengok concert anak, then terus balik..  rasa tak best lah sebab semua tu kita dah bayar awal-awal dulu.. pastu bayar lagi.. sports day pon kutip lagi donation untuk sponsor medal lah, sponsor macam-macam dapat surat suruh tick nak sponsor apa.. hmmmmmm... sorry kalau ada yang terlibat dengan sekolah SR tempat Amaani dulu baca ni.  Aku cuma rasa tak berapa telus lah.. patut awal-awal masa nak register dulu bagi tau jelas-jelas.. takde lah kita parents rasa macam ni.. kejap-kejap duit kejap-kejap duit..

Ni Amaani semalam.. Happy sangat datang bawak buku suruh mama ajar baca.. Oh nak cerita masa parents meeting tu jumpa lah teacher dia.. Pak Radie tak naik sebab takde parking plak kat bawah.. so aku naik dengan Amaani, Kasih ngan Aleesya je.. First sekali teacher tanya "Puan kalau kat rumah ada ajar Amaani membaca ke tak ye?".. Hoih soalan ni terus terkejut mak kau hahaha.. "Hmmmm tak" pastu laju Kasih jawab, "Kasih ajar jugak Amaani baca buku dia tu"... Pastu teacher cakap "Saya tanya sebab Amaani cepat membaca, sebab tu saya ingat Puan sambung lagi ajar dia kat rumah, kakak ajar ye?".. 

Teacher kata Amaani independent, buat kerja laju, membaca pon dah sampai buku 2 sebab kawan-kawan semua still buku 1.. Wahhhh terharu nya mama rasa nak berkaca-kaca mata, padahal anak baru 5 tahun, jangan over please.. pastu dia kata Amaani rajin, selalu Amaani akan siap cepat kalau bagi apa-apa kerja.. Lepas tu dia akan tolong kawan-kawan siapkan dan ajar sekali.. Amaani ok, kalau suruh nyanyi dia nyanyi, suruh menari pon dia menari.. Pastu dia ada bestfriend kat sini, nama dia Dania.. Asyik berkepit dengan Dania.. pi dapur minum air pon sama-sama.. Pastu paling tak tahan bila teacher kata Amaani suka bercakap, bersembang, mulut dia bising.. So kitorang ingat tak nak panggil dia Kasih (kat LC ni semua panggil dia Kasih) kitorang nak tukar panggil dia Cik Kiah sebab dia kaki bergossip.. hahahahhaha.. tersipu-sipu Amaani bila teacher cakap camtu. 

Pastu sejak masuk Little Caliph ni English dia makin ok.. Dulu tak ok ye.. Kalau aku guna simple English pon dia akan kelip-kelip mata tak paham.. sebab kat sini teacher akan guna simple English, instruction semua in English..

Amaani memang jenis excited sikit, even kalau ada homework pon dia teruja lebih-lebih nak siapkan.. Aku tanya jugak, perangai dia kat school ok tak? dengan kawan-kawan ok tak? kaki bergaduh ke tak? Teacher kata Amaani ok, Amaani baik takde bergaduh pun.. Alhamdulilah anak mama baik :)

Aku tanya sebab kalau kat rumah dia punya terpekik kalau bergaduh ngan Aleesya hahahaha.. takut pulak kat school ko pekik anak orang kannnn.. hehehehe.. 

Itu jelah nak cerita pasal Amaani.. Aku tak expect pon nak dia struggle sangat score semua subject ke apa.. Aku nak dia happy, aku nak dia belajar bergaul, belajar berdikari, belajar basic-basic agama.. Jauh lagi perjalanan dia.. Kita bagi je apa yang terbaik untuk dia, kalau dia boleh score dalam academic dia, syukur alhamdulilah tu bonus.. 

I'm a happy mama..  Ani, muah cikedddddd.. 


Love, 
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940