Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

HARI BERSAMA KELUARGA.

$
0
0
Sepanjang cuti Labour Day dengan Wesak Day (total 4 hari) Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej sibuk kat office baru.. Terpaksa berkorban sikit untuk memastikan semuanya berjalan lancar.  Alhamdulilah our new office dah 80% siap.. 

Hari ni 5 Mei 2015, dengan rasminya office Ellfie Beauty dah dibuka dari 9.00pg - 5.00ptg (Isnin-Jumaat)... Postage pon kami dah mula buat dari Isnin-Jumaat.  Boleh whatsapp 013-2755197 untuk purchase Ellfie Essence.  Kepada agent-agent Ellfie Beauty yang nak restock dan customer yang nak amik barang boleh lah berkunjung ke office kami di:

18-3, 3rd Floor Block B,
Platinum Walk
Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur

(Landmark: shoplot sebelah Festival City Mall, betul-betul atas Sen Heng)

Ok sambung balik cerita.. Ini hari apa tah.. Hoi dasyat ni, hari pon dah lupa hahaha.. Kesian tengok budak-budak asyik terperap kat rumah.. Jom lah kita jalan-jalan ye.. 

Tak pasti siapa yang terlalu excited sebab dapat jalan-jalan kat sini heheheheh.. Kitorang plan nak ke IOI City Mall je sebab dekat.. 

Takde apa pon.. just shopping baju 3 anak dara ni sebab cuti sekolah ni nak bawak diorang gi jalan sikit.. kesian baju jalan pon takde.. Letih mencarik baju... Anak baru 3 kot? Memula masuk H&M berkejar cari baju Aleesya dulu.. Pastu carik baju Amaani pulak.. Amaani tu dia tak suka pakai jeans.. dia cakap tak selesa, ketat, gatal, rimas.. Eh banyak cekadak.. Haritu menangis-nangis nak gi KLCC pakai seluar katok yang Wan jahit untuk pakai duduk rumah.. Memang tak laaa nak keluar gi jalan pakai baju tido.. 

Tengah dok carik baju untuk Amaani ngan Aleesya.. yang Kasih pulak muka dah masam.. mama tak carik baju untuk dia.. Sabarrr sabarrrrr.. tangan mak kau dua je nak.. bagi settle sorang-sorang dulu boleh?  Kasih dah pakai tudung so nak beli kat H&M memang takde lah baju long sleeves.. Pening kepala tau nak cari baju budak baya-baya Kasih yang long sleeves.. Kasih pulak nak ala-ala blouse macam baju mama.. Erkkk mana nak carik?

Rupanya kat dalam PADINI ke apa yek? Yang dia campur-campur dalam tu.. PDI semua tu.. banyak ok! murah pulak tu.. aku amik yang orang dewasa punya tapi pilih size S or XS.. settle ;)

Bila dah settle semua baju budak-budak baru lah carik tempat nak makan.. Jap, tengah pikir, kalau orang anak dia 8 orang came yeh???? Aku baru 3 pon nak tonggang tebalik.. baru pilih baju huhuhu

Dah tak tau nak makan mana.. last-last nampak Little Penang Cafe.. pon boleh lah sebab Amaani nak makan kueyteow.

Rojak dia sedappppp!!! Lagi sedap dari Madam Kwan punya rojak.

Ni Pak Radie order.. Lepas tu Amaani yang tibai.. habis half nasi tu dia makan dengan ayam kicap tu.. 

aku makan ni.. apa tah nama dia.. boleh tahan ;)

Kasih punya

Amaani tak tau kueyteow dengan mee.. bila suruh order kueyteow dia tanak, dia cakap nak mee.. bila mee ni sampai dia cakap dia tak order ni... urut dada mak kau nak.

dia ni lagi best.. tengah duduk tunggu food.. tetiba dah beradu.. 

Mulut tutup Leecha.. masuk lalat kang.

Anak dara ;)


tak lama lagi.. boleh jadi bestfriend dengan mama.. kejap je dah nak remaja.. 

Ni budak yang order lain, makan orang lain punya.

GST RM5.24 tapi food kat Little Penang Cafe sedap boleh tahan.. so tutup mata pasal GST.

Dah tu budak-budak ni nak makan ice cream.. Nampak MilkCow jom lah jom lahhh.. 

Fuyooooo kemain tinggi gula kapas.

Comelkannnnnn... 

Tu je cerita kami sekeluarga.. Anak-anak happy, Kak Pilla pon happy, walaupun macam nak sentap baju i sehelai pon takde... nyampah ai.



Love, 
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940