Wah camtu ke nak bagi traffic kat blog? Jangan nak poyo sangat ye nak traffic-traffic nie...
Well well well haritu pegi lah makan kat sini.. Pegi area Low Yatt ni dengan Peej pastu Peej kata kita kene makan nasi ayam kat tempat nie.. Aku mana lah tau.. Peej kan orang KeyEll.. so dia membesar kat kawasan KeyEll ni.. setakat jalan-jalan simpang-simpang kat Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ni ko bagi je kat dia.. Pastu dia selalu cakap "Filla, serious kau tak tau jalan kat sini? "Ye aku tak tau".. "ko ni duduk KL ke mana? kenapa kau tak tau?"
Sila lah mengerti yang aku ni buta jalan.. hahahah.. aku kene pegi at least 10x baru hafal.. tapi sekarang cuba ko suruh drive pegi Office Ellfie or rumah Peej.. Boleh drive tutup mata okkkkkkk!!!
Peej kata kedai Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni dari dia kecik-kecik lagi parents dia bawak makan kat sini.. Jangan risau, makanan kat sini Halal nampak tu ada tanda Halal?
Meh Kak Pilla rasa betul ke sedap?
Huwaaaa sedapnyaaaaa kenapa nasi sikit sangat ni hahahah.. tapi Nasi Ayam ni memang diakui lah, ini antara menu kaum Cina.. so Nasi Ayam ni memang specialty mereka.. Sebab tu sedap :)
Nampak cili dalam bekas kecik tu.. Hoiii pedas tapi sedap.. terangkat buntuit makan hahahahah
Aku amik roasted chicken.. menyesal sebab terliur tengok steam chicken peej nie..
tak sabo nak makan :)
Amik gambar food ni semua send kat Elly.. berbulu je dia tengok kitorang makan hahahah..
Rasanya nanti kene repeat makan sini lah.. Elly nak? jom kita pegi.. sedap gils ok.
Kemudian misi diteruskan untuk membeli computer.. dah usha-usha laptop jugak tapi sebab haritu terkejar-kejar nak cepat.. Elly hasut suruh beli laptop macam dia baru beli tu.. aku tengok macam canggih sangat siap boleh pusing tebalik-tebalik depan belakang wwwwooooww sangat hahaha.. computer kat rumah tu lembap nak mam.. so ingat ada duit sikit nak beli lah laptop, boleh rajin sikit blogging lepas ni.. Eh janji manismu sangat ni hahahaha..
Ok itu saja laporan hari ini..
Love,
Filla.