Mentang-mentang bulan puasa.. Tak nak miss lah kononnya update juadah berbuka puasa setiap hari.. heheh saja je bagi belambak-lambak entry nampak lah rajin sikit update blog ;)
Banyak juga dengar macam-macam pasal update lauk berbuka ni.. Ada kata tak elok sebab tayang-tayang makanan, ramai lagi orang yang susah dan tak cukup makan kat dunia ni.. Bagi aku terpulanglah kat niat masing-masing.. Kalau ada yang berfikiran kita ni tunjuk lauk sebab nak riak.. terpulanglah.. sayur goreng je kot nak riak apa nye.. Aku orang yang suka kepada makanan.. Aku sukaaaa sangat tengok gambar makanan sedap-sedap dan aku suka makan.. dan paling penting aku suka kalau orang pandai amik gambar makanan cantik-cantik.. bagi aku tu seni dan kelebihan yang dia ada.. so kita appreciate dan kita belajarlah untuk berseni.. seni amik gambar, seni memasak, seni menghias makanan.. bila kita berfikiran negatif maka jadilah negatif.
So kita anggap je sharing is caring ok? At least bila up gambar lauk berbuka puasa yang aku masak, mana lah tau ada yang tengah buntu nak masak apa, boleh lah bagi idea sikit.. Aku pun suka tengok blog yang update lauk berbuka puasa, sebab aku ni hari-hari kena masak, sampai nak gila memikirkan apa lagi nak masak hahaha.. korang tak paham, tekanan ok hehehe..
Masak lemak cili padi je yang memang confirm orang kat rumah semua suka makan.. So masak itu je.. Ini berbuka hari Isnin, masa ni Pak Radie whatsapp cakap tak balik berbuka sebab kerja kat office berlambak so dia buka kat office dan balik lambat..
Bulat-bulat tu meatballs just goreng je dengan sedikit minyak.. beli yang frozen jual kat Shah Alam haritu.
So itulah lauk berbuka kami yang serba simple :)
Bulat-bulat tu meatballs just goreng je dengan sedikit minyak.. beli yang frozen jual kat Shah Alam haritu.
So itulah lauk berbuka kami yang serba simple :)
Love,
Filla.