Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

PENING KEPALA KETIKA DATANG BULAN.

$
0
0
Itulah yang Kak Pilla alami setiap kali bulan datang, Eh?

Saja nak berkongsi masalah dengan readers yang mengalami masalah yang sama.. Apakah kita ni tak normal? Sebenarnya dulu aku takde pun masalah pening kepala semasa period.  Tapi lately ni selalu, eh memang everytime kot.. Kalau dia tak sakit kepala masa 1st day, 2nd day tak pun 3rd day.. tak pun sehari sebelum.. Mengapakah?

Haritu lagi teruk terlampau sakit sampai muntah .. Pagi tu terus pegi pergi klinik sebab risaulah takut benda lain pulakkan.. Masa tu doctor cakap ada setengah-setengah orang memang akan diserang migrain bila period.. Akulah tu salah seorang.. But why now? dulu takde pun.. Ntahlah tiada jawapan.

Mungkin juga faktor umur.. Semalam borak dengan Peej and Elly.. Peej kalau period akan senggugut dan sakit badan, sakit pinggang semua.. serba tak kena kata dia.. Elly pulak akan sakit badan.. Dulu takde pun macam tu.. So memang sahlah faktor umur kot.

Semalam aku pening kepala lagi.. Dia takde lah sakit gila.. cuma dia akan berpanjangan sehari suntuk macam tu.. So aku dah rasa sakit kepala dari pagi.. tapi light2 je.. So aku makan actifast 2 biji.. lega kejap je.. tapi still rasa kepala tu berat je.. biar jelah maybe petang akan ok.. Rupanya tak, petang lagi sakit.. sampai je kat sekolah kasih terus park and bukak pintu.. Bluekkk hamek kau muntah terus kat situ.. terus berdenyut-denyut kepala.. tutup pintu lock, jatuhkan seat dan tidur.. Tak larat gila.. Oh my memikirkan nak drive lagi sampai rumah mampos lah camni.. how? helpppp...

Kasih masuk kereta then singgah 7E jap.. dia nak beli makanan.. Pastu terus balik rumah.. Sampai kat area Alpinia tu jalan jam sebab ada traffic light.. Help badan aku dah seram sejuk sebab nak muntah.. Aku control je supaya tak muntah.. Nasib baik aku kereta last yang 'lepas' kat traffic light.. Aku dah menjerit-jerit dah cakap helppp tolonglah aku nak sampai rumah cepat.. sib baik lepas.. 

Sampai rumah je bibik tengok aku dari luar kereta.. Pastu aku turun je kereta dia tanya "kenapa puan tak sihat ke?""ye, nak muntah".. Terus lari masuk dalam masuk bilik.. terduduk kejap kat toilet bowl.. 4x muntah.. Huwaaa helpp kepala berdenyut sangat nie.. Aku gagahkan diri mandi jugak.. Pastu terus whatsapp Pak Radie cakap aku tak sihat kepala pening and muntah.. tolong belikan makanan untuk budak-budak.. Zassss padam terus aku dalam selimut.

Pukul 7:30 tu Pak Radie masuk dalam bilik dengan sepinggan nasik goreng ada telur mata.. Dia pass pinggan kat aku, pastu dia buat-buat sibuk apa ntah.. Wow sweet sangat nie.. Aku pun makan lah 3-4 suap pastu tanya dia "awak nak lagi ke nasi goreng nie".. "Naklah!".. Eh ingat bagi semua, nyampah.. Terus pass balik kat dia, aku sambung masuk selimut.. Sampailah aku terjaga balik pukul 11 mlm camtu.. Barulah rasa lega dan ringan sikit kepala nie..

Harini ok dah tak pening kepala.. Kalau macam ni lah tiap kali cik P datang.. tolonglah aku phobia.. Aku rasa ni semua sebab 'Angin'.. Bila aku pening tu aku pegang atas kepala tu rasa sakit.. bila picit-picit atas kepala tu rasa nak sendawa tapi tak boleh.. kalau keluar sendawa pun sikit-sikit je.. 

Siapa doktor kat sini? Help, ada penyelesaian tak?


Love, 
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940