Assalamualaikum, Hello, Hai... Wow tajuk entry macam wakil rakyat.
Wow lama menyepi ni.. Macamana semua sihat? Kak Pilla alhamdulilah sihat.. Ada banyak nak story mory tapi masa tak mengizinkan.. Gitewwwww...
Sila jangan makan hati sebab snap gambar guna camera samsung ni terus muka macam barbie doll.. boleh guna hashtag #nofilter #noedit #ellfiegoldserum and #ellfieessence.. kahkahkahh.. ada yang sakit hati ke? sabar... tarik napas urut dada.. jom beli Ellfie Gold Serum dan Ellfie Essence serious tak tipu confirm puas hati.. Aku rasa produk ni macam magik sebab dulu muka ahkak agak ngeri sampai ada yang komen cakap muka Kak Pilla dulu macam hantu, nasib sekarang pakai ellfie.. kongajo sangat komen, tapi terima kasih lah dalam dia mengutuk kata muka macam hantu, tapi nasib ada ellfie kata dia... maksudnya dalam masa yang sama dia pun mengkagumi produk Ellfie...thank you. hahahahhaha.. terngiang2 lagu "terpulanglah mau jadi apa, mau jadi hantu, mau jadi buaya".. hahaha
Kehidupan macam biasa, membahagikan tugas dengan sebaik mungkin.. masak memasak kekadang rasa tensi sebab tak tau nak masak apa.. selalunya Rabu-Jumaat je aku tensi sebab Kasih ada latihan netball balik lambat pastu kul 8 tuition.. terkejar-kejar masak supaya dia boleh makan dulu sebelum gi tuition.. by 9pm aku dah flat.. itulah kerjaya seorang perempuan sebenarnya.. kat office lain, business lain, keluarga lain.. tak pernah terbayang yang hidup akan melalui fasa-fasa yang macam ni.. dulu lepakkkkk je tau sampai ke subuh lepak tak habis-habis.. sekarang kalau keluar pun, tengok jam kalau dah kul 12 malam rasa macam, oiii gila lah, jom balik dah kul 12 malam ni.. kataku kepada suamiku.. gitewwww hahaha.. mana ada lepak dengan kengkawan sampai subuh nak mampos?
Semalam buat spaghetti je.. sedapnya *jilatskrin* ni gara-gara pemalas dah nak masak lauk dengan nasi.. licin budak-budak makan siap bertambah.. rupanya diorang pun bosan tengok nasi hahahaha.. harini otak aku dah berjalan lagi nak pikir lauk untuk malam karang.. saiko sangat kak pilla nie.. yes aku memang camtu.. suka fikir dari awal supaya aku dah set mind aku dan kerja lebih laju lagi..
Sabtu depan ada BBQ gathering dengan Kak Nana, Kak Tini and gang-gang Pak Radie sebab raya haritu tak de siapa buat open house kecuali Abg Ain and Kak Su.. Ni dah macam tradisi every year akan buat pot luck tapi confirm venue dia rumah Kak Nana hehehehe.. Ni lagi satu aku pening apa nak bawak..
Haish penat lah asyik pening pikir pasal makanan je.
Ni pun tengah pikir nak breakfast apa sedap, perot lapau nau nau nau.. kbai.
Love,
Filla.