Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

MAK YANG OVER.

$
0
0
Last week Pak Radie bawak Amaani gi dentist tapi Kak Pilla tak ikut sebab dia dah sakit sangat kitorang baru sampai rumah dari keluar berjalan.. So takpelah Pak Radie je bawak.. tanya member kat mana ada dentist dia suruh bawak kat area Bintang Bistro ada satu klinik kat sana.. 

Sambil tu Pak Radie whatsapp and send pic Amaani tengah tampal gigi sementara pastu Pak Radie cakap Amaani ok tak nangis dan dia cakap ok je tak sakit.. 

Sampai je rumah Amaani bekejar cari aku dia cakap "Mama, Amaani tak sakit, doktor kata kalau sakit angkat tangan, tapi Amaani tak angkat tangan pun"

"Wah kuat lah anak mama!!!"



Tiga gambar kat atas ni masa tampal gigi geraham dia last week.. gigi tu dah berlubang actually, sebab tu dia rasa sakit tiap kali makan.. Doktor suruh datang balik nak tengok if ada sakit lagi ke tak.. So selepas buat tu dalam seminggu dia ada mengadu still sakit.. So kitorang pun bawak lah dia hari Ahad baru ni lagipun memang dah buat appointment kedua ni masa pegi yang first haritu.. 

Tapi kali ni Pak Radie tak masuk sebab dia pening kepala sikit.. so dia duduk kat sofa kat luar.. This time aku je masuk teman Amaani..

Mula-mula doktor tanya still sakit ke gigi yang tampal haritu? Amaani angguk-angguk cakap sakit lagi.. Doktor decide untuk bukak balik tampal sementara tu dan doktor cakap what he can do is matikan saraf.. Aku tanya kenapa kena matikan saraf? tak boleh bersihkan and tampal balik? atau cabut ke? dia cakap normally diorang takkan remove gigi susu tu sebab kalau remove awal, nanti bila gigi asal tumbuh dia takkan duduk kat kedudukan yang sepatutnya.. so the only way is matikan saraf dan remainkan gigi susu tu kat situ.. 

Ok whatever janji Amaani tak sakit lagi lepas nie.. Aku setuju je.. dan bermulalah kesakitan tu :(

Masa ni Amaani ok lagi.. Doktor cakap kalau sakit angkat tangan ye Amaani.. Amaani angguk.. bila doktor start korek dengan alat dia tu.. darah pun keluar Amaani asyik angkat tangan.. aku ada kat bahagian kaki asyik genggam kaki dia sejuk.. ohh nooo i'm saddddddd...

doktor ada macam guna jarum untuk bius tu aku dah takut dah.. aku suruh Amaani tutup mata.. tak tau lah dia tutup ke tak disebalik spek hitam bergaya dia tu.. air mata dia non stop mengalir dari celah spek tu.. huwaaaaa aku tak boleh tengok.. rasa nak tolak nurse tu ketepi biar aku ganti kat sebelah tu untuk comfortkan dia.. 

Aku akuilah yang aku ni tak reti nak manjakan anak-anak.. Tapi aku sayang diorang melebihi segalanya.. Aku tak tau kenapa aku emo malam tu.. sebak aku tengok Amaani sakit macam tu.. gigil-gigil bahu dia.. pastu tak tentu arah dia angkat tangan kiri kanan.. maksudnya dia sakitttt.. 

Aku genggam lagi tapak kaki dia sambil cakap "Sikit je lagi, Amaani strong Amaani strong!"  Tak sanggup tengok dia sakit.. aku tanya kenapa sampai 3 kali kot bius? doktor cakap sebab walaupun dah bius Amaani still sakit so maknanya bius tu tak effective on her.. aku cakap takpe ke bius banyak kali? rupanya kalau bius untuk budak kecik dia tak cucuk kat gusi.. dia just picit kat gigi.. ntah aku tak paham.. dan tindakan kebas tu very short tak lama macam orang tua.. apa-apa lah janji aku tak boleh tengok anak aku sakit macam tu..

Kadang aku terpikir, eh aku ni emo lebih ke apa sampai rasa sedih sangat? tapi normal kan seorang ibu tu rasa sakit bila tengok anak dia dalam kesakitan.. ke aku over terlebih? masa tu aku doa dalam hati Ya Allah kau pindahkanlah kesakitan anak aku tu kat aku, biar aku tanggung sakit dia.. aku tak sanggup tengok dia sakit macam tu.. gegar-gegar bahu dia macam takut dan sakit.. 

Amaani ni korang pun tau kan.. dia takkan menangis meraung sebab dia penyegan.. dia berani, dia independent.. settle je bersihkan gigi dan matikan saraf tu.. doktor tampal balik dengan tampalan sementara tu.. dan doktor cakap mungkin malam ni dia akan rasa sakit sikit.. tapi 2-3 hari should be ok dah.. next week ada lagi satu appointment untuk gigi lain pulak.. sebelum jadi teruk baik tampal dulu siap-siap.. 

Balik tu dalam kereta aku pujuk ajak gi makan ke minum ke.. dia tak nak... dia cakap "Amaani nak tido je mama".. bila Pak Radie tanya "Amaani ok tak? next week ok tak nak datang tampal gigi lagi satu" ... dia jawab "Amaani ok"  "Next week datang lagi ok tak" dia jawab "ok papa"

Pastu dia tidur kat seat belakang.. ko tak sedih??? Huwaaaaaaaaaaaa sedih..

Balik tu aku cerita lah detail cemana Amaani kat dalam tu.. Kasih dengan Pak Radie tengah makan roti kat meja makan sebab dua beranak lapar... sambil cerita bertakung air mata.. Pastu Pak Radie cakap "Awak emo kenapa? dia ok je awak yang over".. Kasih pun pelik tengok aku.. Eh korang mana tau.. i'm a mother ok! u don't feel it.

Malam tu aku tengok dia tidur kat bilik dia.. kul 1 pagi masa tu.. nganga je dia tidur sambil tangan kat pipi.. pun aku rasa nak nangis.. pastu dia macam meracau-racau sikit.. aku selimutkan dia elok-elok dan rasa dahi dia takut demam ke apa.. takde plak panas.. so ok lah tu.. aku tak bagi dia pegi sekolah sebab dia pun siap dapat mc ;)

Tadi kat office aku call dia tengahari.. kemain gembira lagi cakap laju-laju.. dia cakap takde sakit dah.. pastu aku tengah cakap laju je dia pass telefon kat bibik.. Hey mama nak cakap dengan Amaani lah bukan bibik!! pastu dia cakap dia sibuk nak makan tapi mama sibuk nak cakap.. hahahha... 

Jadi mak memang over kan?

I'm happy coz my baby girl is happy :)

Sekian, 
Mak Over.




Love, 
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940