Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

BAGAIMANA MENGATASI KESEDIHAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG?

$
0
0
Kesedihan boleh diatasi, tetapi kenangan tak mungkin hilang :(

Hari ni 6 November.. Selamat hari jadi adikku Shafiq.



  



Bila rindu itu datang, hanya gambar yang boleh kutatap dan hanya kenangan yang datang satu persatu kuulang-ulang di dalam minda kerana aku takut aku akan lupa kepada kenangan bersama.

Mula-mula semasa arwah pergi aku tak boleh hadapi langsung.  Aku menangis hari-hari.. Ada kala aku kuat, ada kala aku lemah.. Sepanjang dua minggu tu aku nangis dan rindu.. Tapi tak menangis yang teruk.. Bila aku mula sedih aku cepat-cepat sibukkan diri supaya tak sedih.  Bila boss panggil tanya aku ok? Macamana kejadia tu.. Mulalah aku tak kuat.. tangan menggigil, cakap bergetar, suara tak keluar, sampai aku nangis macam budak kecik tapi tak boleh bercakap.. so aku diam.. dada bagai nak pecah.. 

Sampai satu tahap selepas 2 minggu macam tu.. Aku terlalu sedih sampai menangis berlagu-lagu.. Masa tu aku kat office.. Aku lari pergi kat tangga office sebab kat situ takde orang.. Aku nangis sepuas-puas hati.. Dalam hati terdetik.. Aku tak redho? Kenapa dalam berjuta manusia kat dunia ni, kenapa Ya Allah? Kenapa kau ambik adik aku? Apa salah aku dan keluarga sampai kena terima hakikat dia dah takde lagi? Dia sihat, kenapa pilih dia? Kenapa kau buat mama dan ayah sedih? Aku teringat Ayah aku terduduk kat kereta arwah sambil menangis berlagu-lagu.. Teringat waktu arwah terbaring kaku, Ayah duduk tersandar kat dinding dan tak dapat kawal perasaan sambil menangis Ayah kata "ambik aku Ya Allah, aku dah tua, aku yang patut pergi" Aku peluk ayah kuat-kuat sambil suruh dia beristighfar dan jangan buat aku takut.. Mama orang dia tenang masa tu..Mama mandikan arwah anak dia sendiri.. Tapi aku tau, mama orang paling terseksa dan paling merana kehilangan arwah.. bertahun-tahun dah berlalu sampai sekarang mama masih terasa.

Masa kat tangga tu aku menangis teruk.. Aku tak tau nak mengadu dengan siapa.. Aku tak nak call mama sebab tak nak buat dia sedih.  Aku tak de pilihan aku call Abang aku.. Dia panik tanya aku dah kenapa menangis macam budak kecik.. Aku dah tak boleh tanggung kesedihan ni tolonglah aku.  Abang banyak bagi nasihat kat aku... Aku luah apa aku rasa.. aku menangis puas-puas masa cakap dengan dia kat telefon.. Bila aku dah berhenti menangis baru dia nasihatkan aku.. Redho! Menangis puas-puas supaya lepas ni aku bertambah kuat sebab aku dah luah habis-habis.. dah puas aku menangis.. Abang cakap, kita adik beradik kena kuat.. Abang tak pernah menangis depan mama dengan ayah.. diorang nampak abang macam relax je.. Perlu ke menangis depan mama ayah? Nak tambah kesedihan diorang lagi?  dan macam-macam dia naikkan balik semangat aku.

 Selepas episode sedih di tangga tu.. Aku pulih sikit demi sedikit.. Aku mula redho dan terima semua ni dengan tenang.. Aku semakin rapat dengan penciptaku sebab aku tahu ini ujian yang Dia nak berikan.  Dia ambil adik aku bila-bila masa yang Dia mahu kerana kita adalah haknya.. Siapa kita untuk tidak redho? Adik aku hanya pinjaman.. Sampai masa aku harus pulangkan.. Dan siapa kita nak pertikaikan kenapa Dia ambil semula haknya? Adik aku hak Dia, bukan hak aku.. Kenapa Allah uji kita hambaNya ni? supaya kita sedar semula kelemahan kita.. perbaiki diri kita.. Allah berkuasa. kita  pun sama.. bila-bila masa yang Dia mahukan kita kembali, kita akan kembali.. Aku takut sebab aku belum bersedia... Allah nak tunjuk kalau tiba masa, takde amaran pun.. Aku takut.  Aku mula rapat kepada penciptaKu.. selama ni aku lalai... Ini kah petunjuk yang Dia nak berikan kepada aku?  Aku semakin terbuka mata menerima ini semua sebagai hikmah.. Allah jentik sikit je hati aku untuk beri sedikit kesedaran.. 

Aku ubah diri aku sedikit demi sedikit sementara aku masih dipinjamkan di dunia ni.. Aku sayang kat arwah adik aku.. Aku jarang tunjuk kasih sayang sebab aku bukan orang yang pandai tunjukkan apa aku rasa.. Aku belajar terima hakikat dan aku belajar untuk redho.. Kehilangan orang tersayang memang sangat sangat melumpuhkan jiwa.  Tapi percayalah setiap yang terjadi pasti ada yang mahu Dia sampaikan kepada kita.  

Kak Yang doakan Apit selalu... Tak pernah Apit tak ada dalam hati ni.  Semoga Allah ampunkan dosa-dosamu.. Suatu hari nanti kami semua akan menyusul.. 

Selamat Hari Jadi adikku Shafiq.



Love, 
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


5 Tagalog Relationship Rules


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.