Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

BEKAL / BENTO UNTUK ANAK.. BEST KE?

$
0
0
Seminggu dua ni selalu tengok kat news feed fb orang share bekal anak gi sekolah.. ai is sad you know.. Sebab terbayang muka anak aku telan-telan ailio tengok bekal kawan kat sebelah hahahah.. Walaupun tak sebenarnya, tapi ai kan suka berimaginasi yang bukan-bukan.. 

So Kak Pilla meluahkan perasaan di sosial media.. Tolong jangan selalu sangat meluah perasaan kat social media.. Tapi kes ni sila ampunkan sebab bukan luahan perasaan cinta atau kecewa dengan boipren.  Ni luahan hati seorang mak yang rasa bersalah tak bekalkan anak makanan kui kui kui..


 Dan ramailah para ibu-ibu di alam siber memberikan pendapat dan dorongan.. 

Habis aku screenshot semua tepek sini.. Korang semua patut baca semua ni okay?  Sangat memberi motivasi bila baca komen-komen ni.. Terus rasa macam omg teruknya aku ni? Berkira sangat nak bangun awal setengah jam untuk anak.. Pangggggg!!! *lempangpipisendiri* 

Semoga terus istiqomah hendaknya heheheeheee









Nampak tak betapa gigihnya sahabat-sahabat kita ni?  So korang yang pemalas bangun pagi macam Kak Pilla jom kita berazam sempena tahun 2016 ni sila kunci alarm bangun awal setengah jam.. Malam-malam kita siap-siapkan dulu apa nak masak.. Bangun pagi terus campak dalam kuali.. 

Meh tengok ni pulak... 


All photos below, credit to pic from FB Kelab Bekal / Bento Malaysia






Kau mampu???????? Ahkak memang tak mampu nak buat camni dik.. Tengok je mampu.. Tabik spring untuk ibu-ibu di Kelab Bekal / Bento tu.. Kalau anak aku lah aku buatkan bekal macam ni.. Menangis tik tik tik airmata syahdu mengalir di pipi sambil makan bekal.. Terus aku dapat title the best mama in the world.  bahahahahaha


Pagi tadi gigih Kak Pilla bangun pagi.. kelip-kelip mata masak nasi goreng cina je pun muahahhaa.. Panaskan majerin campur minyak masak sikit.. pastu amik sudu cedok bawang merah and bawang putih blend.. campak dalam kuali.. Hambekkkkkk kau minyak melompat kena kat tangan.. Dengan aku-aku sekali melompat terus bukak air paip tadah tangan.. Huwaaa kena minyak panas pulak pagi tadi.. ni merah dah.. esok confim gelembung.. Kalau Kasih-Kasih baca ni.. baru korang sedar memang betul the best mama in the world mak kau ni. nak jugekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... hehehe


Gitewwww... hijau mak dia punya, pink Amaani punya, orange tu Kasih punya.. Mesti makan sambil lelap-lelap mata sebab sedap.. muehehehe.. sorry lah, takde rumput keliling bekal.. takde muka kartun senyum-senyum.. nanti mama improve sikit bagi kreatif ye..

Selamat menjadi the best mother in the world ya korang semua ;)





Love, 
Filla.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940