Siapa tengok cerita ni sila angkat lutut.
Ok sesama kita angkat lutut hahahaha.. Aku dah lama gila tak tengok tv sebab aku bukan orang yang suka tengok tv.. Aku pun tak tau aku ni jenis apa sebab jarang tengok tv, jarang dengar radio.. aku suka suasana sunyi aman damai..
Tapiiiiii haritu TERtengok sebab aku follow ig Scha so tau lah dia tengah promote cerita dia nie.. Terpengaruh lalu tengok.. Sebab lain ialah sebab aku suka Scha sebab dia tak gedik, dia comel, anak dia Lara tu comel, ig dia relaks kewl je tak bajet cun.. so aku suka.
Memula tengok cerita ni best sebab Scha ni kan macam kasar sikit.. so bila dia dah cabar Zaim tu suruh masuk meminang, then zaim tu betul-betul masuk meminang dan kahwin.. Lepas kahwin Zaim still tak boleh lupakan ex tunang dia si Amira (Sharifah Sakinah) yang saiko tu.. Mula aku sakit hati sebab tak logik nak mampus.. Jantan apa lah perangai macam syaiton sangat nie.. yang si Scha (Lana) ni dah start jadi perempuan lembik dan redho je apa laki dia buat.. skandal dengan pompuan lain pon redho.. nampak laki dia dengan Mira jalan pegang tangan pun redho.. Eh? dulu kemain gangster lepas kahwin jadi lemah lembut dan redho..
Pastu lebih tak masuk akal berkumpul family Lana dan family Zaim sebab ada berita nak sampaikan.. Rupanya Zaim nak sampaikan dia akan bertunang dengan ex tunang dia tu in 2 weeks. dan family semua melopong.. Eh? melopong je hahahahah.. dan anggap semua tu takdir.. Eh i kennot.. at least mak dia teriak lah sikit "Sampai hati kau buat anak aku macam ni?????" wahhh Kak Pilla drama pulak.. come on lah in real life takde sapa akan melopong dan anggap ini semua takdir.. memang lah takdir tak kisah lah nak kawin lagi satu lepas 2 bulan je kahwin dengan isteri pertama tu.. tapi belasah lah dulu, redho tu redho lah jugak.. hahahahhaha..
Tapi takpe sebab aku plan akan terus nak tengok cerita ni sebab aku seronok tengok Sharifah Sakinah tu saiko hahahaha.. Degil kepala batu dasyat sungguh.. orang cakap lain, jawapan dia tetap "I want Zaim, he'll be mine".. penyepak baru tau.. saiko sangat.. dengan muka-muka konpiden rasa nak tumbuk. itu jelah ayat dia balik-balik si saiko ni.
Neway Scha tu lawa.. kurus je.. pakai seluar kembang setengah betis pon stylo je.. kalau kita konpom macam kau nak gi pasar ke pilla? hahahaa
Oklah selamat sakit hati menonton Isteri vs. Tunang.
Filla.