Hari ni sibuk sikit.. Pagi-pagi tadi temankan Wan dengan Atok Braim gi klinik presint 18.. Wah cantik klinik kesihatan baru, besar plak tu.. Wan tu batuk tak baik-baik, memacam dah petua try.. kesian Wan kadang batuk teruk sangat sampai susah bernafas.. risau tau.. Berbotol dah ubat batuk tak gak baik.. Bagusnya check dekat klinik kerajaan ni diorang very detail.. siap buat xray.. lepas tu cucuk kat lengan biarkan 3 hari jangan sabun nanti kena datang balik hari ketiga yg tu untuk check tibi kot? pastu 3 hari berturut-turut kena datang hantar sample kahak. Tadi dah buat xray semua clear, alhamdulilah..
Kes Atok plak dah 2-3 bulan kot memula dia cakap macam ada beguk.. memula dulu sampai demam.. pastu dah ok, now dia on off.. kejap ok kejap sakit.. betul-betul hujung rahang bawah telinga tu.. risau gak.. tadi teman Atok masuk bilik doktor.. lawa kemain doktor muda pompuan.. Atok pon citer lah pot pet pot pet.. dapat pulak surat refer ke Hospital Putrajaya.. kena pegi sana bawak surat refer tu untuk dapatkan appointment date. Hoih tu lah dia masalahnya banyak procedure.. tak leh main terjah je doktor.. Takpelah Wan dengan Atok tu rajin.. setakat jalan ulang alik Enstek ke Putrajaya tu takde hal..
Tengahari tadi lari kejap gi isi minyak kereta pastu gi amik gambar buat visa. Next week nak fly lagi. Doakan semuanya berjalan lancar.. Prefer fly masa cuti sekolah so budak-budak ni tak yah ponteng sekolah..
Now aku kalau boleh tak nak miss zumba class at least 3 times a week. Kalau tak turun berat pun takpe, janji peluh keluar dan badan rasa sihat sikit.. Kalau tak aku selalu rasa lemah dan lesu je.. Sejak join zumba rasa energetic sikit.. takdelah jalan seret kaki hahaha.. Ikutkan hati memang malas melampau nak siap gi kelas tu.. Tapi kesihatan ni kena jaga.. tengok bangsa lain tu sampai tua still jalan slow-slow.. ada yang jogging pagi-pagi.. seronok tengok. Kalau diteruskan aku punya pemalas bergolek je atas katil memang hancus.
Aku ni ada jugak masalah kesihatan lain macam masalah mata. Haritu masa event Ellfie 1 year tu kemain beria-ia aku pakai contact lens grey konon.. puiii hahahah.. pastu aku jadi rabun tahap maksima.. Kalau tak pakai pon memang dah rabun.. ini bila pakai aku tak nampak hahahaha.. aku kena kecikkan mata pun tak nampak.. dia punya tahap teruk sampai aku tengok muka Peej yang jarak 2 jengkal jari pun aku tak nampak sangat muka dia.. "Ko makeup ke Peej?" padahal terpampang muka dia depan aku dah siap makeup kemain meletop.. Peej pulak "Ko tak nampak langsung ke???" huwaaaaa "Takkkkk".. terpaksa bukak jugak contact lens.. puii membaziaq.. baru nak feeling mata kelabu.. memang confirm aku tak leh dah pakai lens kaler-kaler ni.. Now mata dah makin teruk.. Kalau driving malam, pastu hujan renyai lagi aku tak nampak.. habis cahaya semua pecah-pecah.. terpaksa bawak kereta 40km/j muahahhahahahaha.. Itu nantilah dipikirkan bila nak buat mata ni.
Eh perot lapar.. Bye.
Love,
Filla.