Sorry lama betul Kak Pilla tak muncul di blog :(
Busy mengalahkan menteri kabinet hahahahah.. Kehidupan sekarang ni agak sibuk sikit.. Asal nak type je terhenti tengah jalan, atau belum mula lagi dah terpaksa off pc ni.. Kena atur betul-betul apa nak buat lepas ni..
Korang semua sihat ke? Semua busy jugak macam ahkak Pilla ke? So marilah kita bebel sikit-sikit ok...
Sekarang ni Kak Pilla tengah stress sebab rasa macam makin 'membesar' dan 'memberat' je ni.. Si bibik tu lagi aku stress dengar pengakuan ikhlas dia..
Aku: Bik, saya rasa macam gemok sikit lah.. gemok ke?
Bibik: A'ah puan, memang nampak berisi dari dulu.
Aku: Naik banyak ke? Eishhh dulu masa kamu baru kerja sini saya baru habis pantang rasa kurus je.. sekarang pulak gemok.
Bibik: Iya masa saya mula kerja, memang puan kurus.. kurus banyak lagi, sekarang agak berisi.
Eh shadap u. hahahah takde lah.. ai layan bibik ai baik tauuuu.. Memacam yang aku plan nak start buat dari sekarang.. antaranya ialahhhhhhhhhhh:
1. Bangun awal weekend dan ajak suami berjogging.
2. Balik dari kerja, settle masak nak tukar baju sukan dan workout dalam bilik tidur.
3. Lari 1000x (setempat)
4. Buat 10 minutes abs workout
5. Buat sit-up at least 50 kali sehari.
6. Join zumba semula
7. Skipping
8. DIET
Ok mari kita pecahkan lagi isu DIET ni.. Aku plan nak makan healthy food.. macam amik wholemeal bread.. TAK NAK MAKAN NASI.. nak buat salmon or chicken breast grill, malam bancuh quaker oat dan makan dengan lauk je.. no nasik.. or just hirup sup-sup je..
Tapi dari no 1 sampai no 8 takde satu pun aku start buat lagi.. muahahahhahahah rasa nak luku kepala sendiri.. Masalah aku ialah AKU SUKA MAKAN... aku takde belanja sangat untuk diri sendiri seperti beli baju, beli seluar.. aku takde masa nak beli semua tu.. Aku suka belanja duit beli makanan sedap je.. Herghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Gulp.
Gulp.
Gulp.
Gulp.
Caner nak kurus kalau tengok makanan rasa nak baham je.. Dulu aku tak macam ni pun.. Why why why???? Ada sesiapa bersama Kak Pilla tak? i'm not alone kan??? So agak-agak bila kita nak berubah ni... Suka tengok few kengkawan aku dah kurus.. Kawan masa belajar dulu nama dia Mimie.. Dia bukanlah besar sangat pun.. biasalah mak-mak dah ada anak-pinak ni.. Hari-hari aku tengok kat ig dia gambar lauk (healthy food) pastu letak caption ke hashtag tah #thicktothin.. Suka tengok semangat dia.. pastu sorang lagi Mimi Hamid tu.. aku kenal Mimi Hamid ni since dia bercinta dengan suami dia dulu.. Encik Awak ye? hahahhaha.. Mimi ni pernah datang umah aku masa aku buat birthday party Kasih kot.. Kasih baru 2 tahun ke 3 tahun macam tu.. Now Mimi pun dah kurus banyak gilaaaaaaaa!!! Suka jugak tengok gambar makanan dia yang berkhasiat tu..
Ok setakat suka je tapi aku still masak dan pastu terbayang makan dengan nasi panas-panas perghhhhhh hahahhhahaha.. Ku tak mampu melawan nafsu.
Koranggggggg jom kita start diet nak??? Kain ahkak dah sendat dah ni, sebab tu ahkak stress pagi ni..
Kalau korang ada resepi simple-simple tapi sedap untuk dijadikan lauk dinner sempena berkobar nak diet ni.. mohon share lah ya.. masak still kena masak untuk orang kat rumah tu.. cuma nak masak lauk diet untuk diri sendiri.. Help me k.
Love,
Filla.