Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

SAYA JUAL.

$
0
0
Ini update kelam kelibut nama dia.. 

Untuk customers yang dah membeli thekasihsshawl, Kak Pilla nak ucapkan terima kasih banyak-banyak.. Harap semua customers Kak Pilla berpuas hati dengan kualiti kain dan warna-warna yang Kak Pilla pilih tu.. Buntu Kak Pilla memilih kain sebab sukaaa banyak warna sebenarnya.. Patutkah Kak Pilla bawak masuk lagi material yang sama tapi warna lain? Kak Pilla sebenarnya suka warna pastel dan jugak warna-warna gelap.. Korang suka tak?

First batch haritu sekejap dah sold out.. So ramai yang nak lagi jadi Kak Pilla restock.. Ni untuk pos 7/10 haritu..Tapi ada perbezaan warna untuk Aqua Marine tu.. Gambar kat atas ni warna latest..Tengok dia macam kebiruan sikit, tapi tetap Kak Pilla suka sebab warna dia terang dan cantik jugak.. So kalau siapa order Aqua marine berpandukan gambar dulu untuk Aqua Marine tu sila take note perbezaan warna dulu dengan sekarang ok? Warna dulu dia macam agak lebam sikit.. ni lebih fresh gitu.. Kak Pilla tak leh promote banyak-banyak sebab stok yang 2nd batch ni pon dah very limited.


Contoh shawl yang Kak Pilla lipat and letakkan tag The Kasihs.. Semua shawl Kak Pilla akan iron dulu lawa-lawa pastu lipat elok-elok and letakkan tag macam tu.. biarlah orang kata leceh penat ke apa.. Kak Pilla memang suka cantik-cantik macam tu.. hahah cantik ke masalahnye? Cantik di mata Kak Pilla, tak cantik dimata korang haku pedulik hapa hahahahaha 

Stock semua Kak Pilla serahkan kat Peej sebab Peej adalah wakil penjual Kak Pilla.. Kelas kau kan siap ada agent kahkah.. Peej akan uruskan bahagian postage dan pelanggan yang nak COD kat Setapak.. Korang boleh refer ig shop Peej kat @peachhub ye.. Selain tu Peej jual macam-macam jugak..tabita, ephyra, krim ibu putih, kacip fatimah dan Dr. Glow..Sila percaya kewibawaan Peej dalam perniagaan online sebab dia sangat teliti dan pantas orang nya.. Cemana kemas Kak Pilla pack shawl-shawl korang macam tulah kemasnya Peej pack barang-barang dia untuk pos.. Kami serasi bersama ;) Kak Pilla memang suka orang yang pentingkan semua tu... Sebab kepuasan pelanggan adalah yang utama bagi Kak Pilla.. Amboi.. 

Jom tengok jap email yang sempat Kak Pilla screenshotkan dari customers thekasihsshawl..




Tu yang sempat Kak Pilla carik balik email hahahah.. Yang lain-lain yang email Kak Pilla dengan kata-kata yang sweet-sweet terima kasih ye.. Kak Pilla jual tau... 

Ni layan Aleesya baru bangun tido nak bagi ikan makan.. Shawl Kak Pilla pakai tu purple rain.. Dah pakai tak bukak-bukak sebab kain dia sejuk dan jatuh je.. If korang nak tau, chiffon ada macam-macam jenis ye.. Kalau yang korang boleh dapat murah dari Kak Pilla jual tu, sila tengok fabrik dia kasar dan keras sikit.. thekasihsshawl lembut ye... Oh ada yang tanya baju Kak Pilla tempah mana? Hehehe tu Wan jahit.. Sulam tu tempah.. If korang nak tempah pon boleh je email tapi untuk orang duduk dekat-dekat ngan Enstek lah kot.. Jumpa lah Wan terus.. Tapi jahit sulam lama sikit tau.. Tu sulam ayak nama dia.. memang cantik sangat.. Kalau korang plan nak buat baju boleh upah kat orang pastu biarkan kat tangan tu jangan jahit dulu.. Nanti bagi kat Wan hantar sulam.. macam Kak Pilla ni RM120 untuk upah sulam..memang puas hati kemas halus buatan dia.. Kalau kain korang ada corak bunga-bunga, dia boleh ikut bunga kat bahagian kain tu sama je lawa.. Eh apa hal promote sulam plak ni? No no nooo.. Kak Pilla jual shawl ye.. Ingat tu!

Siapa nak beli chiffon wide shawl ni boleh email framekasih@yahoo.com cuma RM35 sahaja..tapi aku tak tipu, stock limited, ramai plak sekali beli borong semua warna.. Aku dok whatsapp Peej je suruh update kuantiti stok.. Tensi minah tu hahahahhaha... risau stock habis tapi order still masuk.. 

Dah tu, cepat order, Kak Pilla nak bawak masuk kaler lain pulok nie..  



Love, 
Filla.

HELLO HELLO HELLOOOOOO...

$
0
0
Hai korang... Serious Kak Pilla busy sekarang nie.. Kerja kat office melambak-lambak.. Balik rumah pon kerja melambak-lambak.. Tak pe Kak Pilla happy bila busy sebab Kak Pilla tak fikir pasal makanan sangat kalau tengah busy hahahaha... Cuma rasa ralat sikit sebab jarang dapat update blog.. Ai rindu kat blog ai.. Acaner tu?

Rutin harian Kak Pilla berjalan seperti biasa walaupun now Kak Pilla agak busy menguruskan hal thekasihsshawl.. Kak Pilla happy sebab dapat buat apa yang Kak Pilla suka.. Actually untung bukan banyak pun, tapi Kak Pilla percaya kepada rezeki.. dan Kak Pilla percaya rezeki tak datang bergolek.. Kita mesti usaha.. tak kira keuntungan besar atau kecik.. Jangan jadi orang berlagak yang hanya nak buat benda yang betul-betul menguntungkan saja.. Bagi Kak Pilla, benda ni lebih kepada rasa puas hati.. Kita buat apa yang kita suka dan minat.. Peluang yang ada kita gunakan dengan sebaiknya.. Be humble sentiasa tak rugi apa pun.. Kak Pilla bukan pandai sangat bab kira-kira.. Tapi Kak Pilla dibukakan jalan untuk ada kawan-kawan yang jujur, yang sanggup tolong Kak Pilla.. Dan kami saling memberi semangat to each other... Selalu nasihat menasihati supaya takde rasa tak puas hati di kemudian hari.. disamping tu kita kene selalu doa semoga apa yang kita buat diberkati, persahabatan kita berkekalan.. saling hormat menghormati pun penting.. 

Amboi berkhutbah ko dah kenapaaaaa hahahah.. Sejak bertudung ni Kak Pilla sukaaaa tengok-tengok shawl.. Now Kak Pilla happy sebab dah keluarkan shawl sendiri dan ikut citarasa sendiri.. Rasa hari-hari nak pakai sendiri punya kahkahkahhhh memang over sangat nie.. 

Cantik tak thekasihsshawl warna fuschia ni? Cantikk kannnnnn... hahaha.. rasa naik seri bila pakai ni.. auww.. Esok Kak Pilla ada surprise untuk korang.. Kalau sempat lah nak update blog.. selalu macam tak sempat je hahahaha.. So esok sila terpacak depan PC memasing ok?

Oh gambar kat atas ni masa hantar Kasih gi tuition pastu jumpa Peej sebab nak pass shawl lagi kat dia.. Pastu ktorang gi makan kat NZ wangsamaju.. 

Peej punye.. Nasi Kandaq abg Kandaq

Kak Pilla makan maggi goreng.. gambar ayam tak nak amik.. nanti korang kutuk asik makan je kata diet.  Eh ai dah turun dekat 2kg ok.. berkat kurang makan malam.. kalau makan pun ciput je.. hehehe

Ani and Acih.. asal aku balik je kemain lagi rambut memasing.. bagus gak bibik ni hahahaha.. suka nau gubah-gubah rambut.. kalau aku dulu memang tak laa.. camtu rambut ko macam tu lah sampai sudah.. paling hebat pon aku straightkan fringe tu je hahahahahah.. 

buah hati pengarang jantung.

Ok tu je.. nanti Kak Pilla update lagi yeeee... 


Love, 
Filla.

PERTAMA KALI.

$
0
0
*scroll down for new entries*



Hari tu sibuk google macam-macam sampailah tergoogle satu video ni.. Comelnya budak tu sebaya Aleesya kot.. Bila tengok video tu Kak Pilla rasa tu lah first time dia tengok dan pegang rabbit.. Macam soooo cute dia tak takut pon... Aleesya pon pernah tengok rabbit kat area rumah Wan ngan Atok Braim ni ada owner rabbit tapi dia lepas je rabbit dia sana sini.. So bila kitorang balik je Enstek the Kasihs memang happy kejar rabbit.. tapi rabbit tu tak jinak.. asyik lari je hahahaha.. Aleesya pon terjerit-jerit nak tangkap rabbit jugak..

Tapi kat rumah Atok and Wan ada kolam ikan.. Atok dari dulu suka bela ikan :)

So kali ni Kak Pilla pulak rasa seronok nak dedahkan something yang baru dan tak pernah Aleesya cuba.. Nak tengok reaksi dia bila tengok fish.. Tapi sebelum tu Kak Pilla sediakan makanan fish dulu untuk Aleesya cedok dan bagi ikan makan..

Aleesya sekarang ni semua nak buat sendiri.. Minum air, makan, buka baju, gosok gigi.. Semua dia tak bagi orang tolong.. Kalau minum kat kedai pun dia nak sendiri.. gelas dengan straw tu tak boleh pegang ye.. pegang je dia tolak-tolak tangan kita.. masuk ni dah berapa kali dia curah air kat baju dia sendiri.. menangis mak kau nakkkk.. Tapi nak buat macammana kan? Tu antara proses dia nak membesar.. dia nak explore semua sendiri dan dia tak nak pertolongan.. silakan lahhh buat lahhhh... baju kotor basuh sendiri ok?
 So masa ni Kak Pilla biarkan dia cedok sendiri... Eh tapi kelakar.. mula-mula dia kutip ngan tangan dia nak masukkan dalam mulut!!!! hahaha laju-laju Kak Pilla halang.. tu untuk ikan nakkkk... hahahah.. 

  
Ok kita bagi dia peluang untuk buat sendiri.. 

muka baru bangun tido time ni ;)
 
Aleesya campak sebutir-sebutir makanan ikan ke dalam kolam.. Mana yang jatuh berselerak tu Kak Pilla kutip dan masukkan semula dalam bekas dia.. 
 
Rasa seronok pulak bila sesekali kita buat outdoor activities bersama anak-anak.. Asyik terperap dalam rumah je, apa yang dia nak explore kannnn.. So itu aktiviti Kak Pilla bersama Aleesya.. Now bila sebut kolam ikan dia akan ingat macamana dia feed the fish.. 


Ada banyak lagi aktiviti yang korang pun boleh lakukan bersama anak-anak yang sedang membesar macam Aleesya.. 

Kak Pilla nak ajak semua ibu bapa di luar sana untuk ajak anak-anak menimba pengalaman baru.. Mesti seronok!! Kak Pilla juga dapat banyak inspirasi dan tips berguna khas untuk para ibu di laman FB Friso Growing Up Together 

So jangan lupa visit FB Friso Growing Up Together untuk mendapatkan info dan tips berguna buat si kecil anda :)


Love,
Filla.

CHIFFON SHAWL BY THEKASIHSSHAWL DENGAN WARNA LEBIH 'IN'

$
0
0
Assalamualaikum..

Pagi ni Kak Pilla ceriakan mata korang sikit ye... Jom tengok Kak Pilla bawak masuk warna lain as requested by some of you.. Lai lai laiiiii mulah mulah mulaaaaahhhh... 

But of course warna ni semua Kak Pilla yang pilih hahaha.. Ni semua yang cantik di mata Kak Pilla dan mengambil kira faktor warna-warna yang tengah 'IN' sekarang ni.. Huwaaaaaa sendiri tengok sendiri tergeram-geram acaner tu.. Kalau korang beli mesti suka sebab fabrik dia sejuk dan lembut.. 

Ni kat gambar.. Kalau tengok real lagi geram sebab gambar ni pempaham lah kan.. Warna yang dikekalkan ialah Black Beauty dan Peaches atas permintaan yang berterusan dan hangat.. well, black tu of course korang kena ada kan.. Black warna basic which semua orang mesti ada.. Peaches tu sweet.. Nak kata pink tak pink.. nak kata belacan tak belacan.. Tapi warna dia lembuttt bila pakai terus jadi sopan santun ayu jelita macam Kak Pilla.

Nah tengok satu-satu warna nie.. Dan sila buat pilihan nak yang mana.. Customer lama yang dah pernah beli thekasihsshawl mesti tahu kualiti shawl ni kan? So cepat tambah kaler lain pulak.. 







Fushcia ni ada lagi tinggal sikit.. Siapa nak sila email.. Jiwa muda macam Kak Pilla memang sesuai pakai warna ni.. Eh Kak Pilla pakai warna apa pon memang nampak muda... Korang ahkak tak tau lah kannnnnn.. hahahahaha


Sebab tu Kak Pilla snap banyak gambar.. Almaklumlah warna ni berubah-rubah pulak.. Tapi geram kan geram kan??? 

Patah pinggan Kak Pilla mengerjakan shawl ni tau.. Belambak lagi yang belum siap.. Tekebil-kebil mata sampai tengah malam buat kerja.. Nasib bibik tolong.. Eh bibik pon ai upah ye.. Jangan ingat Kak Pilla amik kesempatan pulak... Nak iron lagi, lipat tag, masuk plastik.. Semua tu Kak Pilla buat supaya bila korang receive thekasihsshawl semua dalam keadaan baik dan cantik.. Orang bayar kot.. So kena lah bagi you all happy.. Kalau tak happy jugak maafkanlah Kak Pilla ye.. 

Oh ye, untuk return customers, please take note ye.. Acc No MBB tu dah tukar yang baru.. Sila jangan save yang lama ok? Tiap kali korang email nanti akak akan bagi latest acc details tu.

Peringatan kedua: Kak Pilla tak boleh hold order korang lama-lama.. Sebab korang kene faham, Shawl ni pelabagai warna.. Kalau korang just book tapi takde buat payment, orang lain dah tak boleh nak beli sebab order dah stuck kat korang.. So untuk memudahkan Kak Pilla dan customer lain yang beria-ia "Saya bank in sekarang jugak kakkk" Kak Pilla cuma boleh hold order for 24hours je.. Lebih dari tu korang anggap Kak Pilla dah cancel your order dan open order untuk customer lain ye.. Kak Pilla susah nak track balik satu-satu email dan bagi tau terpaksa cancel order.. so paham-paham sendiri je lah ye.. Kak Pilla faham you all kadang ada masalah untuk ke bank dan sebagainya.. sebab tu Kak Pilla bagi 24hours.. Kalau dalam tempoh tu tak dapat bank in jugak, tak dapek lah ahkak nak tolong hahaha.. Tapi takpe, boleh email semula tanya, if stok masih ada then boleh lah beli :)

Customers Peej Burhan yang biasa beli produk dengan dia dan COD, korang pon boleh COD thekasihsshawl dengan Peej.. Sila visit ig @peachhub untuk contact details. 

Oh ramai yang request nak video tutorial cara pakai shawl.. Amboi Amboi Amboi... Terus Kak Pilla termenung, senang sangat kot hahaha.. nak share pon malu ai hahahha.. Tu akan diusahakan dalam masa terdekat.. 

Banyak sangat cekadak Kak Pilla ke? Ok tu je nak cakap.. Bawah ni measurement dan details.. Siapa tanya lagiiiii "Kak ukuran berapaaaaaaaa? besar keee? kecik keee?" i cubit-cubit paha you all sampai lebam ye.



CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm


PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

Email : framekasih@yahoo.com
Title: CHIFFON SHAWL

Love, 
Filla.

HAFIZ AF ADA CAFE?

$
0
0
Haiii.. 

Zombie kembali mengupdate blog hahaha.. Dah berapa malam bersengkang mata.. Macam nilah kehidupan mencari rezeki.. Amboi over sangat keluhan tu.. Nak update jugak cerita gi makan-makan bawak The Kasihs haritu.. Eh camne boleh makan kat luar malam tu ntah.. Pak Radie yang ajak.. Dia cakap jom cari makan ada restoran Hafiz AF tu kat area umah je.. Eh??? Hafiz tu bukak cafe ke? Hahaha best jugak buat title entry macam mengundang gitu.. hahahahaha.. terus rasa macam blog hiburan.

Nama tempat dia Thymes Cafe kalau tak silap.. Not bad lah tempat dia.. Sapa tau area Giant Sri Kembangan tu tau lah.. Tapi dia terceruk kat Atmosphere tu.. 

Service agak slow maybe tak cukup staff atau maybe baru kan.. So banyak lagi nak kene perbaiki.. 

Orderkan carbonara untuk Amaani.. boleh share ngan Leecha.. rasanya sedap lagi ai masak hahahaha.. Muak sikit sebab pekat melekit-lekit creamy sangat.. pastu dia slice kan daun tu gaul sekali ngan spaghetti tu.. budak-budak tak berapa suka kot.. Tapi Ani ok je dia telan je.. Leecha? lagilah dia tu bukan tau apa.. sumbat apa pon dia ok je.. 

Pak Radie makan chicken grill ke apa tah.. aku tak rasa dan aku tak tanya sedap ke tak.. 

Acih makan fish and chips.. 

Kak Pilla tak makan.. ai minum je.. sambil cuit sana sini rasa sikit-sikit.. 

Dia ni kannnn... Adoi laaa.. yang aku pun asal keluar je asyik lupa nak bawak bib dia.. Makan bersepah-sepah, sakit jiwa aku tengok hahah.. tak leh sentuh langsung.. Now kat rumah pon sama.. Bibik cakap kalau siang dah tak boleh suap langsung.. nanti dia nangis.. So kene letak depan muka dia.. bagi sudu.. ko duduk lah tengok dia makan.. sebutir nasi masuk mulut tangan sebelah dah pegang mug plastik nak minum air.. tak main lah botol baby corong2 semua tu.. dia akan jerit "Takkk Takkk Takkkk".. kalau tunjuk mug terus angguk angguk.. tumbuk kang.

Banyak dia makan.. tu pegang pinggan tu mana dia kasi tu.. asyik marah je macamkan terror sangat.. ai is tensi u know.

Oh tengok baju ni baru teringat petang tu aku dah makan maggi goreng masa keluar ngan Peej.. Tu yang rasa letih dan tak nak makan.. Ani kesayangan ;)

Suruh Pak Radie snap gamba aku ngan Ani.. tetiba Leecha pon senget-senget kepala dia ingat dia masuk dalam gambar.. Takat senget je.. tapi macam biasa laa.. tak nak tengok camera.

Lepas makan jalan-jalan kat keliling tu.. Takde orang pon kat sini.. main lah korang.. Aku dah menguap-nguap dah time ni.. Nak ajak balik takut Pak Radie jeling dengus-dengus hahahaha.. so diam je lah.. 

Kasih dah macam Jenggo kenapa tuuu heheh.. Ani posing dia tetap tangan di pinggang ;)

Nasib lah Pak Radie ni jenis rajin melayan anak-anak.. Eh ai pon rajin laaaaah.. ai rajin masak kat rumah.. baru lah adil dan saksama kan? hehehehe.. 

Oklah.. zombie mata takleh bukak dah ni... tinggal sekerat je mata ni.. 

Tata.



Love, 
Filla.

BERANI KENAKAN KAK PILLA KAN?

$
0
0
Waaa hari ni rasa lega sikit.. Few days Kak Pilla tak mendapat rehat yang secukupnya ok.. Terkejar sana sini sampai ke tengah malam tau.. Lari ke KL lari ke Setapak.. ulang alik sana sini tido tak cukup plak tu.. Sampai sakit-sakit badan.. Semalam baru dapat tidur awal sikit.. Ntah bila Aleesya tido sebelah aku ntah.. dia tengah main-main dalam bilik, aaahhh mak kau letih.. good night ai sleep dulu.. hahaha.. Pak Radie keluar ntah ke mana tah.. bila dia balik Leecha pon tak tido lagi.. aku yang tido.. bukak mata sekerat je pastu buat-buat tido.. kang kalau bangun tetiba dia suruh buat susu lah.. suruh tukar pampers lah.. Eh penat tau.. awak dah lama gila kot tak tukar pampers, awak lah pulak.. Hahhaha kita tak nak ada perkelahian laki bini macam tu ye adik-adik.. Maka cepat-cepat tutup mata buat-buat tido pastu mulut nganga sikit nampak macam letih nauuuu mesti laki aku tak kejut suruh tukar pampers anak hahahaha.. lakonan mesti mantap ye.

Well kemain seronok Popo Elly and Peej mengata ai blur ye.. Helloooo tak blur sangat ok.. Macam Elly tu.. laki dia jahatttt rasa nak tumbuk muka dia.. hahaha.. Aku tak save plak nombor laki dia.. so mana perasan no make up artis tu no dia sendiri.. kongajo betul.. 

Ada lagi satu laki Elly kene kan aku.. .. hahahha ini memang kelaka laki Elly sms Kak Pilla buat-buat nak beli tudung.. bahahahah rasa nak flying kick sekali.. aku pon lurus bendul hahaha.. tanya pulak, Kak Pilla saya nak beli tudung, tapi kulit saya gelap, warna apa ye sesuai untuk saya... Haku dah macam kau dah kenapa, kulit kau gelap pastu nak tanya plak warna apa sesuai.. ahkak busy okkk.. nak kene suggest2 plak warna apa... haku siap geram printscreen sent kat w/a peej.. pastu tanya peej.. 

Nah tengok ni..

Winnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn rasa nak tumbuk muka dia...




Lepas tu gelak guling-guling Elly ngan Win laki bini.. Hoihh nasib jauh.. kalau dekat aku dah flying kick dua-dua sekali hahahahah.. 

Dahlah i busy memang otak jadi celaru.. So diorang amik kesempatan nak mengenakan Kak Pilla di saat-saat macam ni.. Eh ke memang blur? hahahaha
________________________________________
update Thekasihsshawl



Semua 6 warna ni Kak Pilla dah restock.. Siapa order dan buat bayaran, shawl korang akan dipos pada hari Isnin 20/10/14.. Sila email framekasih@yahoo.com.. untuk details pasal shawl sila click HERE

*fuschia dah sold out dan tak restock ye.. sila jangan tanya.. sapa tanya ai cubit.



Love, 
Filla.

SHAWL TUTORIAL BY KAK PILLA.

$
0
0
 Tetiba tak reti nak embed ig nie.. terpaksalah printscreen je.. 

Dari haritu ramai yang mintak Kak Pilla buat tutorial pakai shawl.. Ada banyak cara sebenarnya.. tapi Kak Pilla kan pemalas.. So hari ni terajin nak share satu je.. 

 Kak Pilla share cara pakai shawl macam gambar Kak Pilla kat atas ni ok? 

 Buat customers thekasihsshawl, nah amek nie.. hadiah buat Kak Pilla untuk you olls yang tak jemu-jemu membeli shawl dari Kak Pilla.. 

Tak susah pon pakai shawl.. tak sampai 3 minit pon... Tak caya tengok video ni ;)


Ini salah satu cara yang simple untuk kita-kita yang baru belajar.. Kak Pilla pon tak reti sangat.. main hentam je.. So Kak Pilla harap dapat memberi idea kat you olls yang yang cuba pakai shawl ok?  Pastikan beli thekasihsshawl ok? Kalau shawl lain mesti tak jadi macam ni hahahah tak lawak eh?
 
So bila dah tengok video ni boleh lah pilih nak warna mana..  Lai lai laiiiii pilih kak, pilih dik..

Oh ye, yang haritu email pastu kecewa sebab shawl mostly dah sold out.. Sila email balik sebab pitamlah Kak Pilla kalau nak check balik sorang-sorang nak bagitau yang Kak Pilla dah restock.. You all baca blog kan? Ok email balik ye.. ai sayang u olls.. terimalah diriku memang pemalas.. 

Electric Blue tak yah order.. Fuschia pon tak yah order..Malas nak restock.. Restock 5 kaler kat atas ni je.. hehehe.. Customers baru yang nak tau measurement boleh click SINI

Email : framekasih@yahoo.com
Price: RM35



Penjual Tudung yang Gangster, 
Filla.

BABY CREPE SILK SHAWL by THEKASIHSSHAWL.

$
0
0
 Hari ni Kak Pilla bawakan new collection by thekasihsshawl.. Untuk collection kali ni, Kak Pilla labelkan sebagai exclusive collection yang semua orang kena ada.. Dulu Kak Pilla pernah cakap yang Kak Pilla jenis pakai shawl yang murah pon ok yang mahal sikit pon ok.. Janji cantik dan sesuai dengan tempat dan tema bila kita gayakan ;)

Dah tentu Kak Pilla bawak masuk segala shawl-shawl ni mengikut taste Kak Pilla dan mengambil kira taste customers juga.. Pilihan warna kali ni lebih natural, lembut dan sweet sesuai dengan fabriknya yang exclusive.

Fabrik kali ini ialah baby crepe silk (sutera crepe) which is sangat berkualiti dan siapa yang tahu tentang crepe so korang tau lah kan betapa exclusivenya fabrik ni.. Disebabkan ianya exclusive so macam biasa for first batch ni Kak Pilla bawak masuk sikit je untuk setiap colour.. Ni bukan marketing strategy untuk menghabiskan jualan ye.. Tapi Kak Pilla kan baru je menceburkan diri dalam bidang shawl-shawl nie.. So modal nak pusing balik pon harus diambil kira.. Matiklah tu pun nak bagitau hahahah.. dan yang penting harga yang Kak Pilla tawarkan untuk baby crepe shawl ni jauh lebih murah dari mana-mana online shop yang menjual material yang sama.. 

Macam biasa.. model rayban in da houze dimana korang takkan jumpa model shawl yang over macam ni melainkan kat sini je hahahaha... Mana satu idaman kalbu? Ya ampun lipstick pon comot hahah.. Eh tak kuasa aku nak snap banyak kali.. Orang tak nak tengok lipstick pon.. orang nak tengok shawl kan kan?

Haaaaa cantikkan? Kak Pilla suke sangat hahaha.. matiklah masuk bakul angkat sendiri.. Kak Pilla ada semua warna.. sayang nak pakai.. sesekali bila nak bajet vogue baru pakai ;)

Model menggayakan Goldie Silk.  (nak jugak type model kat situ) hahaha

Pakai kemas-kemas macam ni lawa kan? Nampak bersih dan ada iras-iras Neelopa sikit.. Popo Elly tolong jangan tikam Kak Pilla, tikam diri sendiri takpe.. kahkahkahhhh.. 

Ni pon Goldie Silk jugak.. 


Lavender Silk

Pinjam kereta jap nak posing.. Adoi tak match betul tetiba selipar jepun hahahah.. 

Oh ye, kalau you olls rajin nak dry clean itu yang sebaiknya.. Tapi Kak Pilla cuma basuh dengan softlan je.. celup-celup gelocok sikit lebih kurang pastu bilas sikit dengan sebaldi air bersih.. angkat terus jemur.. jangan perah ye.. celup terus angkat dan sidai ngan air-air sekali.. heheheh.. jimat duit dry clean hehehe.. 

So kalau korang pon meronta-ronta untuk memiliki Baby Crepe Silk by Thekasihsshawl dipersilakan ye..


BABY CREPE SILK SHAWL
High quality crepe silk
Size: 170 cm x 58 cm


PRICE: RM85
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

Email : framekasih@yahoo.com
Title: CHIFFON SHAWL

*chiffon shawl masih dijual seperti biasa.. boleh refer diSINI.

Love, 
Filla.

CHERATING.

$
0
0
Haaaahhh hamek kau.. Ni aku gi Cherating dah berzaman kot? Tu pun masa tengok phone gallery tetiba macam Eh? penah tulis kat blog ke tak eh? Oooo tak pernah.. so mari kita tulis sikit.. Seriously haku nak muntah tengok buku orang order shawl tu.. Peej pon hampir muntah... I need a breakkkk nak cuti please.. Eh gedik sangat pompuan nie.. 

Actually aku attend bengkel masa ni kat Cherating.. Ada option lah nak drive ke nak naik bas.. Tak kuasa aku nak drive jejauh tu.. takat PD ok la nak drive.. So memilih untuk naik bas yang disediakan.. 

Kenalkan ni Vicky my room mate.. masa baru naik bas ni memasing macam "uhh aahhh bestnya" siap ada tempat kaki selesa aircond sejuk gila

10x lagi best dari drive sendiri.. hehehe.. Pastu bas terkandas di tengah jalan.. Haru sungguh.. mekanik akan sampai 1jam setengah.. Oiii tepi jalan kot? nak turun pon panas gila.. nak duduk dalam bas pon mcm takut.. asal bas atau kenderaan besar lalu je.. bergegar aku dalam bas.. Aaarghh scary.. kang kene langgar takuttt.. 

Pastu baguslah. rupanya kalau bas tersidai tepi jalan ramai je nak tolong.. kebanyakan bas berhenti tanya nak gi mana.. Kebetulan satu bas penumpang ni nak gi Cherating.. so dia bagi kitorang semua naik bas dia sebab bas dia tak ramai orang.. Yeayyyy.. Maka pindahlah angkut barang-barang naik bas lain.. 

Sib baik bas ni pun selesa jugak.. 

berhenti kat R&R.. 

Kak Pilla makan mihun sup.. 

Sian ai.. takde orang nak kawan ngan ai.. dok sorang je... 

Ni lah bas yang banyak berjasa kat kitorang time tu ;)

Yeayyy dah sampai Cherating.. sukanya tengok tepi laut camni.. 

Untunglah siapa ada kampung camni.. Kak Pilla kampung batu.. boringggg..

Hui letih sangat masa ni.. 



Kot-kot ada sesapa nak bercuti ke Suria Cherating Beach Resort.. boleh lah tengok bilik cenggini.. Tapi ok lah kan saja jalan-jalan bawak family..

lauk pauk simple je.. 

melawa kemain vicky nie.. 

Malam tu kelas sampai kul baper tah.. juling-juling jik mata tahan ngantuk..

breakfast esoknya tu.. gemok kak pilla asik makan jeee dok cherating ni

single and available.. siapa mau meh contact ai.. 

tembam tul muka time nie.. 


tetiba anak buah hantar gambo Leecha.. aku kursus budak-budak ni duduk umah Nenek sebab cuti sekolah.. 

ni makan lagi.. pukul 10.30 pulak hahahhaha.. matiklah... 

Kul 1 makan lagi.. Aduyai.. tapi tempe tu tak suke.. manissss gila.. 

petang tu collect duit ramai-ramai beli benda-benda nie.. sedappp.. Kak Pilla tak makan dengan sos ye.. sos tu untuk kopok lekor

ni apa tah nama dia.. sedap gak.. 

dapat gambar ni pulak.. haish tak aman mak kau nak makan.. 

petang bengkel tunda ke malam.. nak bagi chance gi jenjalang.. tapi Kak Pilla tak bawak kereta.. diorang naik bas.. pastu ada kawan ajak naik kereta so apa lagiii jommmmm..

Sampai tak leh kancing lah kot seluar.. nasib ai pakai seluar pinggang getah hahahahah.. 

Banyak yang aku tak tau pasal food kat Ganu nie.. Eh Cherating ni border.. ko langkah ke depan sikit dah masuk ganu.. langkah balik sini dah kira pahang hehehe

Mee Calong.. Tapi kawan aku orang ganu dia cakap ni tak ori.. ni fishball biasa.. patutnya kene fish ball buat sendiri baru sedap.. 

ini yang ku idamkan.. masa gi Redang dengan Peej and Elly tak sempat nak makan.. sib baik jumpa kat sini ;)


makan sotong teringat kat Pak Radie.. dia kan suka sotong goreng tepung.. cuma ni tepung dah kenapa tak melekat ngan sotong..

sehari ko bayangkan banyak mana aku makan? sampai senak jalan pon sloww je haha


sedak ni, pulut panggang ikang.

panas-panas makan kepok lekor plak..  layannn

tengah sedap makan tetiba dapat gambar nie hahah.. lantak la ko dik.. mak kau bz ni makan.. 

pastu gambar ni pulak.. haha dia ni memang suka suki buat perangai tau.. 

amboi Kak Pilla... 

tak daya tengok gambar ni.. hahahah ko dah kenapa posing cenggini..

Anjer angat iyer tu.. 

ahahah kepala dah tak betul makan banyak sangat.. 

Eh macam best je gambar ni tukar blog header ni hahahahah.. 

Mari pulang ke pangkal jalan.. bye Ganu.. Ai nak balik Pahang dah ni.. 

pandangan dari tingkap bilik..

tup tup dapat anak buah baru hehehehe.. Zikry anak kepada Abang Pak Radie.. 

Malam makan lagiiiii hahahah.. tapi serious dah tak boleh nak makan.. kenyang sangat.. so makan tu je sikit.. 

Masuk kelas memula ok.. pastu ngantok.. ko tau tak.. bengkel ni habis dekat pukul 1 pagi.. omggg... nak nangissss... 

urusetia masa bengkel ni kengkawan jugak.. jahat gila.. sengaja hambik gambo Kak Pilla tak khusyuk dalam kelas.. 



huahahahahhaha semua orang kot ngan henpon memasing.. bukan ai je tau.. 

the next morning.. 


lagi lama Kak Pilla duduk sini lagi tembun pipi tu.. baik kita balik.. walaupun food kat hotel ni ala kadar je.. tetap tak miss makan ye.. 

lari kejap gi tengok pantai




ni lauk lunch before check out. 

tetap nak menyinggah beli kopok2..




orang sebelah tu bukan skandal kak pilla ye.. hahahah.. tu abang driver.. beria aku menunggu satar ni masak.. beli sikit bawak balik rumah semua tak makan sangat.. last-last bawak bagi peej.. pastu bagi uncle (papa peej).. 5 ketul uncle makan walaupun pedas sebab ada cili padi.. hehehe

Ok itu saje cerita berserta gambar belambak dari Kak Pilla.. 

_____________________________________________________________
Update: TheKasihsShaw

Kak Pilla tak tau nak update apa sebab rasa nak muntah hahaha.. 

Bukan haku je nak muntah.. Peej pon nak muntah mengadap ni.. ini yang pos sekali je.. sebelum-sebelum ni begini jua.. mostly ramai yang dah beli pastu puas hati dan balik semula nak beli warna-warna lain.. terima kasih buat semua customers ku..

pastu kes aku ngan peej pulak.. macam tak balance.. kenapa stok tak sama dengan order nie huawaaaa jgn sampai ada customer dah bayar tapi shawl dah habis.. memang haku tikam dada kau, kau tikam dada aku.. ada kes terlepas sorang dua yang kata akan pos rupanya tak pos.. sebab aku tak bagi kat Peej address dia.. maafkan lah Kak Pilla.. beratus kot order..juling-juling mata Kak Pilla nak reply email lagi.. nak copy paste bagi address kat Peej lagi..

Pastu siap peej kata.. ok kaler ni ada lebih 2 helai (konon lah) pastu aku dah happy dah sebab boleh bagi kat orang lain.. sekali tengok.. peej cakap "fillaaaaaaaaaa kaler tu takde lebih sebenarnya".. hampir jatuh dari kerusi kerana terkejut.. 

Ada sekali lagi lawak.. tengah berwhatsapp ngan Suraya Sulatin sebab dia nak beli.. of fine.. pastu dah buat payment semua.. sambil w/a tu.. sambil aku reply email customer.. pastu lek je aku copy paste bagi kat suraya.. bukan bagi kat peej hahaha.. tekejut agaknya suraya hahahah.. 

Aku sebenarnya nak update warna apa yang tinggal, tapi aku takut kes-kes aku cakap ada ada ada.. sekali takde.. hwaaa takut.. so korang tunggu lah yer.. after deepavali ni ker.. kalau semua customers takde yang email cakap "Kak Pillaaaa.. mana shawl saya tak sampai lagi nie????".. maksudnya ada lah lebih sikit utk i war-warkan kat sini ok?

Untuk crepe shawl tu Goldie sold out.  Warna lain tengah tunggu payment.. kalau ada backout buyer Kak Pilla boleh reserve nama korang.. sementara tu boleh order lagi untuk crepe silk.. nama paling atas akan diberi keutamaan..

Sekian, wassalam.. 


Penjual Tudung yang pening lalat, 
Filla.

NEW BLOG HEADER FOR KASIHALEEYA.BLOGSPOT.COM

$
0
0
Yeay blog header tukar lagi hahahaha...

Bosan dengan yang lama.. kita amik mood baru sikit.. Kalau agak-agak yang ni bosan..kita tukar lagi hahahah...

Kenapa gambar ni? Sebab rasa tenang.. Kak Pilla suka ketenangan so semoga dengan bertukarnya header baru ni, pembaca Kak Pilla pon akan berasa tenang dan damai.. Gituh.

Tu je nak cakap, bye.

Love, 
Filla.

BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG.

$
0
0
Hari ni terpanggil nak menulis tentang budak-budak zaman sekarang.. atau bahasa lebih sempoi, budak-budak ini zaman.. 

Aku bukan jenis suka membela atau menangkan anak.. Marah anak memang aku terror.. tapi tengok kesalahan lah kan.. Dan satu perangai aku dari dulu sampai sekarang.. tiap kali Kasih cerita apa-apa aku suka dengar je sambil buat muka macam takde perasaan.. Tapi otak aku ligat fikir.. So dia akan jadi macam "Mama?? mama dengar tak kasih cakap ni?" Ye dengarrrr.. Kenapa aku macam tu? Ntah lah.. Mungkin aku tak suka dia tau yang aku excited ke marah ke suka ke.. Ye aku memang macam tu.. 

Contoh kalau dia mengadu benda yang dia tak puas hati kat sekolah.. Aku takkan excited so that dia rasa aku terlalu berpihak kat dia.. Tapi kalau dia mengadu benda yang happy-happy then aku akan happy lah untuk dia.. 

Kasih dia boleh tahan kaki mengadu.. Tapi semalam aku rasa dah tahap melampau budak-budak sekolah nie.. Semalam balik sekolah je dia mengadu.. 
"Mama, ingat tak budak yang Kasih cakap kat mama tu?"
"Ntah, kenapa?"
"Hari ni dia cakap Kasih yang teruk-teruk"
"Cakap apa?"

"Dia cakap....Kasih kau ni Bodoh, Babi, Setan, F*ck"


Ko ada rasa nak melompat tak dengar semua perkataan tu???? Aku nak urut dada tapi macam biasa aku berlagak cool.. 

"Kenapa dia cakap macam tu? Kasih ada buat dia marah ke?"
"Mana adaaaaaa"
"Dah tu? Kenapa dia cakap macam tu?"
"Dia tak suka Kasih.. sebab dia cakap Kasih amik semua gang-gang dia"
*pic googled*

Amboi kecik-kecik dah gangster kan? Masalahnya kita tau ke perlakuan anak kita kat sekolah?  Sebab tu aku tak berani nak confident sangat dengan anak sendiri semuanya betul.. Aku tak tau if depan aku dia ok.. belakang aku mulut dia boleh keluar perkataan seteruk tu.. Tapi aku didik anak-anak aku dari kecik supaya mulut tu elok-elok sikit.. Aku ni garang, mak aku (Wan) tu lagi garang ok.. Aku kecik-kecik Wan pernah tonyoh cili padi kat mulut aku.. sebab apa? Aku cakap perkataan "Aku-Kau".. Yes sebab tu je dah kene cili ok.. Wan tak bagi cakap Aku-Kau.. cuma boleh cakap Saya-Awak.. Aku pandai cakap Aku-Kau sejak habis sekolah menengah kot? Tu dengan Natra kawan dari form 2 aku tu.. kitorang memang cakap Saya-Awak.. dah habis sekolah baru reti berAku-Kau.

Nak cakap perkataan seteruk Babi, Setan, Bodoh dan F*ck? Memang bakal disesah dengan getah paip kot?  Aku jarang pukul anak-anak aku.. Sebab aku garang kat mulut je.. Aku tau setiap anak-anak aku macamana gaya diorang.. Kasih paling dramatik.. Kalau aku mengamuk dengan rotan.. aku suruh dia pilih nak rotan kat tangan ke kaki? Dia akan menangis menggelupur kejap tunjuk tangan kejap tunjuk kaki.. pastu macam menggelupur.. Kalau Amaani pulak aku suruh pilih nak tangan ke kaki.. Dia nangis tapi dia confident hulur tangan sambil pejam mata kengkadang.. pastu nangis.. tak lama lepas tu dia akan datang hulur tangan macam nak berkenalan.. "Mama, Amaani mintak maaf"... Kasih pulak sebab dia pandai berdrama, so aku nak pukul pon jadi tak kuat.. hahaha.. dah rotan baru dalam hati terdetik "cis slow sangat pulak" hahaha.. lepas tu dia akan nangis lari masuk bilik tak keluar-keluar sampai tertidur.. Tu baru dua orang yang aku dah tau perangai.. Yang Leecha ni tak tau lagi cemana.. 

Pantang aku dengar perkataan maki hamun ni.. Dulu Amaani baru start sekolah dia pandai cakap Bodoh.. Amaani pon aku pernah cili mulut dia.. patahkan cili padi aku 'cecah' sikit kat bibir.. Pijar lah jugak hahah.. dan aku rasa cara tu berkesan untuk anak-anak aku..

So berbalik kepada cerita sekolah Kasih.. Aku panas hati jugak dengar ada budak cakap anak aku macam tu.. Tapi aku mak, aku kene rasional tak boleh mengamuk tak tentu hala.. Macam aku cakap lah, aku tak nak Kasih rasa aku backup dia sangat so nanti dia naik lemak.. Dia pun manja, sesikit nak mengadu.. so aku just cakap..

"Cakap dengan dia nanti mama nak jumpa dia"
"Tapi kan, Kasih rasa mesti dia tak nak jumpa mama"
"Cakap je mama nak jumpa"
"Ok, mama nak datang bila? pagi? tengahari?"

Eh eh Kasih ni pun over sangat..

"Petang lah balik sekolah"
"Ala petang dia takde mama.. cemana ni?"
"Kalau dia takde, cakap je kat dia bak nombor mak dia nanti mama cakap ngan mak dia"
"Okkkkk"

Eh eh Kasih ni pun kannnn.. tak lama pastu dia tanya lagi.. "Kasih risau nanti mesti dia tak nak jumpa mama" Ok aku dah rimas dah time nie.

"Kasih, biar jelah lah dia nak cakap apa pun.. Orang macam ni jangan layan boleh tak? Kalau dia cakap Kasih macam-macam lagi, pegi je tempat lain, tak yah dengar tak yah balas.. boleh tak?"

"Ni kawan tu cakap macam tu pegi lah bagitau cikgu.. dah cakap kat cikgu?"

"Dah.. cikgu diam je.. pastu cikgu kata takpe, biarkan jelah"


Fineeeeeeeeee.. biarkan.. Tapi aku pon paham, cikgu ni hari-hari dok mengadap macam-macam perangai murid.. tensi ok jadi cikgu.. Kang murid ni gaduh, kang ni maki hamun, yang ini nangis, yang ini mengadu.. Oih letih lah camtu kan.. Cikgu pun dah tak kuasa nak melayan.. 

Tapi memang dasyat budak-budak zaman sekarang kan? Darjah 3 dah pandai guna 4 perkataan tu? 
Aku dah tanya Kasih.. "Kasih pernah cakap macam tu????""Tak pernah.. kalau Kasih marah pun kasih cuma tanya je balik.. tak pernah kasih cakap macam tu"

Aku kalau dengar anak aku cakap macam tu.. Bukan takat cili padi.. Cili kering blend tu sekali aku suapkan... 




Love, 
Filla.

KELUARGA SAYA.

$
0
0
 Dinner kat luar haritu.. Eh dinner ke lunch ni? Lupa dahhh... 

Amaani, Kasih and Leecha memang suka Japanese Food.. Tapi masing-masing ada kegemaran memasing.. Kasih suka spicy noodle tu.. lupa plak nama.. Amaani suka Chawan Mushi tu.. Tiap kali pegi mesti dia nak tu.. Leecha suka sushi yang ada crab.. nasi tu pun dia makan.. habis satu muka ok.. 

Leecha ngan Ani sekarang dah tak sebulu.. Aleesya lah yang suka dengki ngan Amaani.. Apa je Amaani pegang dia nak.. Tak dapat je menangis.. yang Amaani lagi lah sentap.. Macam kelakar jugak tengok dia bergaduh sebab nampak nau kedengkian Leecha kat dia.. Apa Amaani ada dia mesti nak.. Amaani pegi kat papa nanti dia tolak.. Tapi dengan Kasih takde plak dia jealous ke apa.. kalau suruh salam memang tanak dia salam Amaani tu.. ngan Kasih je boleh hahahah.. 

Leecha ni memang rapat gila ngan papa dia.. Kalau makan nak duduk sebelah papa.. Kalau dia meragam tak nak makan, mengamuk nak makan sendiri ke apa.. Mesti ngan papa je dia makan pujuk.. Aku suap memang takkan dia nak punya.. Tapi kalau papa dia cakap "Ok papa suap yeeeeee".. Laju je angguk terus bagi sudu/garfu kat apak dia.. Eh mengada sangat lah!

Ye laaa papa lagi best laaaa.. 

Now selalu rasa rindu kat Amaani.. Sebab dia sangat independant.. Now malam pun dah tak takut tido ngan Kakak berdua.. dulu kan mesti aku kene teman dia nak peluk sampai dia tertidur.. Ni punca dia jadi penakut sebab dulu dia mimpi hantu pocong.. hahahah.. sekarang dia nak tido dia salam pastu terus masuk tido dalam bilik ngan kakak.. Pastu dia kalau study ke apa.. dia tekun.. dia datang suruh dengar je betul ke tak bacaan dia.. ejaan dia.. pastu dah habis baca, terus bangun simpan buku dalam bag.. buat apa dia rasa nak buat.. memang langsung tak mengada-ngada.. langsung tak de menyusahkan orang.. Kalau mintak tolong ok lah laju tolong.. Tapi kalau dia tengah penat, tak yah suruh.. Kang dia jawab.. "Mama, Amaani penat ni.. asyik Amaani je?".. Hah macam tu hahahha.. 

Tapi disebabkan dia macam tak berperangai sangat.. so aku rasa sometimes rinduuuu sangat kat dia.. sebab cepatnya dia besar dan berdikari.. dia kan semua jenis buat sendiri.. rasa macam ada jarak sikit kat situ bila anak terlampau berdikari.. Eh emo, anak kau 4 tahun je jangan poyo.

Kasih manja.. suka bercerita detail sangat kalau dia bercerita.. dia punya sifat penyayang tu memang tinggi lah.. Orang sensitif selalu macam tu kan? dia emo so dia nak perhatian.. dia sayang orang so dia nak orang pon sayang dia and bagi attention kat dia.. Sekarang Kasih dah gemok.. asyik makan jeeeee... 

Ni??? hahahah ni lah pelapis amaani sekarang.. Amaani gangster dulu tapi selalu kalah ngan Leecha.. ahahhahaha.. Manja papa sorang nie.. Kalau tido malam pun sama.. menangis-nangis.. buatkan susu nak bagi habis dia tepis.. pujuk-pujuk pon tak jalan... tetiba apak dia bersuara "Alaaalalaaa meh milk ngan papa ye?" Tetiba terus senyap angguk capai botol susu terus minum.. Over!.. So sekarang kalau dia buat perangai memang aku pass kat bapak dia je.. confirm settle masalah.. memang anak bapak sangat.

Tengok kaki tu.. Cuba kalau aku sound "Aleesyaaaaaa!!! kaki turun!!!!" mesti dia pandang muka aku pastu macam buat muka tak de buat salah.. tapi kaki tetap tak turun.. cuba kalau apak dia sound "Aleesyaaaa! kaki turun!" laju je kaki dia turun.. 

Haritu malam lepak kat rumah.. aku tengah makan.. betenggek Aleesya ngan Amaani kat belakang aku.. satu kerusi 3 orang... Grrrrr.. yang sikat rambut.. yang tarik rambut... Oiiii rimas oiiii.. mak kau tengah makan laaa agak2 laaa... pastu lari sana lompat sana sini.. sama je 3 orang tu.. menjerit, ketawa, melalak, bergaduh.. Pastu Wan cakap tanak tambah lagi sorang ke boy pulak??? 

Aku pusing tengok 3 orang tu lari menjerit tepekik telolong terus rasa nak pitam.. Ni dah macam duduk dalam taska dah.. nak tambah lagi? Adehhh cukuplah apa yang ada ni hah... 
_________________________________________________
Update TheKasihsShawl

Chiffon Shawl yang available black (3 helai) and green (1 helai)
Siapa nak sila email.. Kalau boleh serious buyer ya... Buyer yang main-main ni penat jantung kak pilla nie.

By next week akan keluar Chiffon Shawl warna-warna baru yang lebih meletop.. Nanti alert ya, jangan lambat-lambat nanti habis ;)


Love, 
Filla.

THEKASIHSSHAWL : NEW COLOUR

$
0
0
TheKasihsShawl datang lagi ;)

Kali ni dengan warna-warna baru which is lebih kepada basic colour yang senang nak mix and match dengan pakaian kita.. Kak Pilla perasan ramai orang suka beli shawl sambil fikir baju yang bersesuaian.. contoh macam ada baju ni so kene match dengan shawl warna ni... Tapi Kak Pilla pulak tak macam tu.. Kak Pilla boleh je pakai shawl warna apa-apa dengan baju warna apa-apa hahahah.. Sebab tu Kak Pilla ada banyak baju warna hitam dan putih.. senang nak match dengan pelbagai warna shawl .. So lepas ni pastikan anda ada banyak baju warna black and white ok?

 
Warna dulu dah sold out... Kalau ada pun black je yang tinggal kot (still can email).. So kepada my regular customers dan customer baru yang ingin memiliki high quality chiffon shawl by thekasihsshawl boleh lah order ye..

Meh close up sikit..




 
-Lilac Sold Out-

Ada 4 warna yang you all boleh collect.. Regular customers yang dah tau material Kak Pilla dan berpuas hati boleh repeat order ye... Ramai yang comment kata chiffon shawl thekasihsshawl ni the best chiffon dan mostly berpuas hati ;)  jahitan keliling juga kemas dan nipis..

Kak Pilla memang cerewet, lagipun setiap warna Kak Pilla akan collect jugak.. of course Kak Pilla nak yang berkualiti untuk diri sendiri dan orang lain ;)

"CHERRY"

Boleh lihat material ni sejuk, lembut dan 'jatuh' bila dipakai.. 

"LILAC"-Sold Out-

BACK VIEW

"NAVY BLUE"

BACK VIEW

"NUDE"

BACK VIEW

Ada customers yang tanya if shawl ni lebar menutup dada? yes ukurannya agak lebar dan terpulang cara untuk menggayakan.. boleh dilabuhkan atau dipendekkan sedikit.. Kak Pilla juga ada ramai customers yang belikan untuk anak-anak sekolah rendah dan anak-anak meningkat remaja.. 

Stok semua dah ready untuk diposkan.. So apa lagi? email dan buat payment cepat.. Serious buyer only ye..  Boleh order terus dengan my agent Peej Burhan di ig: @peachhub

CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm


PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

PROMOTION PRICE
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
Buy 3 - RM100
Buy all 4 colours at RM130 only


Email : framekasih@yahoo.com
Title: CHIFFON SHAWL


Love, 
Filla.

WEDDING.

$
0
0
Ini bila punya cerita tah... Reception belah lelaki pulak.. 

Masa nak datang ni makkk aiii hujan ribut petir.. slow je bawak kereta... nasib buat kat dewan.. nak hujan pon tak kisah... Masa ni perot ai bekeroncong ok.. lapaaaaaa...

tantek tangat penantin nie :)


couple of the year hehehehe


Lauk sedapppppsss licin ok hehehehe... 

pretzel ni pon sedap..

sago gula melaka ni manis skit.. tapi ok ler boleh dimakan... 

Pak Radie dah gomok.. perot ke depan hahahhaha


Tak leh nak type dah.. perot bekeroncong lapar.. 

______________________________________________________
UPDATE: THEKASIHSSHAWL

Sekarang dalam proses restock, InshaAllah by this week jugak dah boleh pos.. Peej selalu marah cakap kene ada ready stock banyak.. Gila banyakkkkk dah untuk satu warna aku pass kat dia.. mana nak tau sambutan sampai macam ni.. Tapi kebanyakan return customers yang dah tau kualiti TheKasihsShawl.. Kepada yang belom pernah cuba dialu-alukan ye.. Click here to order.



Love, 
Filla.

APABILA KAK PILLA RAJIN MEMASAK.

$
0
0
Lama dah tak jadi Chef Fillanie kan kan hahahah.. 

Korang suka tak benda pelik-pelik pastu saja gatal beli?  Kak Pilla sukaaaa, tapi biasanya sumbat dalam laci pastu lupa hahahaha.. Berangan memang kuat lahhhh pastu hangat-hangat tahik hunta... 

Ni lainn.. Ni macam besttt jeee. Hari tu gi Chow Kit teman Kak Tie kat opis ni beli sudu.. Pastu nampak acuan telur ni macam best jew.. macam best jew.. gedik sangat cakap macam tu rasa nak penampa je mulut herot herot jew jew jewwww...

Hari tu post gambar telur LOVE ni kat ig.. ada yang tanya, cemana Kak Pilla buat telur tu jadi bentuk love? resepi please. resepi???? hahah eh ke aku memandai citer nak bagi best jew niew.. hahahaha

Ni lah acuan tu.. 

Terus teruja tengok telur bentuk love.. kalau tak berapa nak jadi takpe, nanti dah siap korang potong je dengan pisau bagi shape dia tu lebih clear bentuk love gitu.. 

Gewdik tak? gewdik tak???? 

Haritu masak macaroni goreng ada yang mintak resepi.. Senang je.. ni ada leftover kuah spaghetti tu.. So Kak Pilla guna je balik.. Budak-budak suka lah makan camni.. Leecha makan banyak :)
Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering blend sikit.. masukkan leftover spaghetti sauce tu.. hiris button mushroom kalau suka.. kacau kacau kacau pastu masuk lah garam sikit pastu pecahkan 2-3 biji telur kacau kacau kacau.. last masukkan je balik macaroni bentuk siput ni dalam tu kacau kacau kacau.

Siap!

Balik dari pasar masa ni... Kasih teringin nak asam pedas ikan pari.. So fresh-fresh balik pasar terus masak.. kat pasar tu ada jual telor masin.. rebus sekali.. Pastu bibik nak belah dua.. haku tengok hegeh-hegeh nak potong terus cakap kat dia.. takpe bik, bak sini biar saya potong.. amboi eksyen.. pastu telur tu panas patut nak ketuk dulu ngan pisau.. cemana ntah tegelincir pisau terus kene kat jari.. Hoii ngiluuuuu hoiii.. terus campak pisau hala kan jari kat air paip... huwaaaaa darah banyakkk...sakitttttt!!!! tulah eksyen lagi.. 

Ada malam haritu teringin buat pizza sebab badan penat, otak tak leh fikir nak masak lauk apa.. Hari-hari masak lauk, boleh muntoh aku tau tak? last-last buat lah pizza.. satu adunan dough boleh dapat 2 pan pizza.. 

Feel makan luar ngan masak sendiri lain ok.. Seronok tengok muka anak-anak makan.. seronok tengok muka laki makan walaupon dia buat muka takde feel jek hahaha.. yang penting selalu licin je dia makan.. Tapi kengkadang stress bila Kasih asyik tanya "mama masak apa malam ni?" kalau sebut yang bukan favourite dia terus dia jawab "takpelah, kasih makan roti jelah" Hempuk nak????? 
________________________________________
UPDATE: THEKASIHSSHAWL
Sehelai RM35

Promosi 3 helai (Navy blue, Cherry and Nude) RM100 sahaja.

Lilac FULLY BOOKED.. kalau ada backout buyers akan diinform. 

Email: framekasih@yahoo.com


Love, 
Filla.

LEPAK PAVI.

$
0
0
Ini cerita 2 minggu lepas kalau tak silap.. Lepas hantar Kasih gi tuition kitorang ke Pavi kejap.. Lama gila tak jumpa pastu perjumpaan kali ni ada banyak benda nak discuss untuk our next project.

Elly ajak makan kat La Bodega.. Memula aku ngan Peej macam nak gi Publika pastu Popo Elly cakap huraikan apa yang best makan kat Publika tu? Eiiii eksyen nyampah.. terpaksa akur. hahaha.. 

Sesampai je sini terus gi makan sebab nak gi window shopping ke apa memang tak sempat... Sempat makan je.. Ye baiklah mari kita makan.

Tuan Tanah

Popo Elly kemain makan omputih sangat.

Peej Burhan 

Elly order ni tak tau apa nama.. Tapi makan dengan roti.. Masa benda ni sampai panas gila.. benda tu olive oil pastu menggelegak.. dalam tu bawang putih ayam dengan cili kering.. Memasing tengok pastu cakap, eleh ni senang gila ni.. nanti nak buat lah... memang tak laaaa nak makan ni kat rumah kann.. 

Pastu memasing share-share lah makan.. Kene time aku je amik pakai sudu, letak kat roti.. pastu masuk mulut.. Hamek kauuu.. tebakar gusi depan ni.. Tak sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! Diorang dah tengok pastu "Filla, orang makan tak tebakar pon gusi, ko kenapa?" Eh shadappppp!! sakitttt nak nangisss.. pastu balik rumah sampai 3-4 hari mengadu gusi bengkak terbakar tak baik-baik.. ni semua salah Elly. Eh? 

mine.

Peej's.  Ntah apa nama.. Tapi dari dulu suka tengok cara Peej makan.. Korang kene tengok dia makan macamana.. Dia kalau makan proper sangat.. Pastu dia akan makan dari depan ni cedok sikit-sikit pastu sampai habis.. dia tak de nak sudu sana, sudu sini.. sebab tu dia kalau buat kerja tu teliti.. pastu orang buat cincai tak menepati citarasa, terus dia yang saiko.

Peej suruh makan benda ni.. apa volcano tah.. dia cakap sedap, confirm pejam-pejam mata makan ni.. iyolah... 

Memang volcano sungguh.. takut Kak Pilla hahahaha.. makan plak ngan ice cream tu.. perghhh.. Terus Elly nyampuk, ohhhh aku tau buat nie.. senang je ni.. Ok fine, pasni ko buat, aku ngan Peej nak datang umah makan ni.. Jangan megelak ye.

Jarang lah dapat lepak makan bincang macam nie.. Sesekali bila dapat duduk sekali camni.. cakap pon laju-laju sebab kejar masa.. kang kejap dah nak balik amik anak pulak.. 

Oh masa lepak ni kan aku duduk ngadap sini.. tetiba diorang dah cuit-cuit cakap Nasha Aziz kat belakang.. Then aku pusing lah.. memang dia.. Lawaaaaaaaa tinggi lampai ok.. Pastu pusing depan balik.. Pastu Nasha terus nak masuk aku pandang lah.. Terus automatik terlambai hahahahah.. boleh ye TER hahaha.. Sebab dia macam friendly pandang kitorang senyum meleret-leret.. Pastu mesra je dia lambai kat Kak Pilla balik.. Auwwwww hahaha.. Selalu Kak Pilla kalau nampak artis, ai buat bodoh je.. Tapi sebab dia macam senyummmm je.. Eh jumpa Awie aritu aku ngan Peej selamba gi kat Awie nak amik gambar hahahah.. Peej memang idola dia Awie tu.. Aku suka gak Hussinnnnnnnnnn hahahahha.. 

Oh pastu on the way balik Elly drive.. pastu aku sakit perot.. agaknya minum latte ke apa tah.. Pastu ko tau lah jam cemana nak hala ke Tabung Haji tu kan.. aku cakap ni tak leh jadi aku kene gi toilet gak.. Elly pandang Peej muka memasing malas layan.. pastu diorang cakap "takde toilet ye, ko kene tahan jugak".. then aku cakap "No, aku nak toilet, sekarang!" hahaha.. Pastu Elly dengan muka jujur dia cakap "Ko cakap macam ni sebab ni petua ni".. "Cakap apa?" 

"Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas"

Aku ada rasa pelik jugak.. bukan "kepala kau botak kepala kau botak" ke??? tapi aku diam tak melawan.. Terus aku berzikir "Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas, Kepala ke bawah kaki ke atas"

Pastu Elly gelak terbahak-bahak rasa nak sepak je.. Peej pon sambung gelak jugak.. Dammnnnnnnnnnnnnn aku dah lah sakit perot.. pastu siap tekono lagi... Rasa nak flying kick je dua-dua ni.. Nasib kawan.

_____________________________________________________________________________
THEKASIHSSHAWL: UPDATE


Sehelai RM35


Promosi 3 helai (Navy blue, Cherry and Nude) RM100 sahaja.



Lilac ada 2 helai left.. Siapa nak email cepat, siapa email awal, i serahkan kat dia.



Email: framekasih@yahoo.com



Love, 
Filla.

BABY HENSEM.

$
0
0
Say Hello to Muhammad 

Inilah baby kepada BFF ai Anny tuuu.. Alahai omel angat iyer tuuuu.. Time aku datang visit, baby sleep je... 

Haritu ada hal kat KL dengan Wan.. so kitorang datang ler kat sini bersama-sama.. 

Anny selamat melahirkan baby boy.. berat 3.3 something rasanya.. normal delivery :)

welcome to the club Anny.. pasni leh angkut baby gi main futsal hahahaha

Nampak? nampak??? Macam ni ke orang baru lepas bersalin???? Apa yang gemuk? takde okkk.. tangan pun kurus je.. takde pon macam tembam ke.. atau sembab air ke apa.. takde ok.. bersih je kulit pon.. Aku dulu masa beranak, horror kot???? sembab, muka bengkak, kaki bengkak, tengkuk hitam.. omg.. kenot blah.  Masa anny pregnant lagi lah.. perot jeeee... badan, kaki tangan semua tak de symptom orang pregnant.. 

Banyak lah share tips-tips menjadi ibu kat Anny.. tapi bukan share tips jadi ibu yang baik.. tu semua pandai kot hahahahahahaha... Ini tips nak handle baby.. nak bagi susu.. berpantang camne.. mana aku tau aku share lah.. Tak sangka kesayangan ai ni dah ada baby.. 

Dah jenguk Anny ktorang lari gi makan kat Subang Parade pulak.. Ntah kenapa terbayang nak makan kat Uncle Lim's.

So aku order Lim's Laksa ni.. 

Orderkan Wan kueyteow soup.

Hahah kelakar lah Wan ni.. haritu dok borak-borak.. henpon Wan kan gedabak.. Wan kalau tak pakai spek tak nampak sangat nak baca.. so kene tengok dekat-dekat sikit... Pastu dia citer..

Wan: Mama dah berapa kali dah kene hempuk ngan telefon kat muka..
Aku: Hah? Kenapa?
Wan: Mama kadang sebelum tido tu tengok lah henpon, pastu ngantuk terlelap henpon jatuh kat muka.. Sakittttt.. teperanjat.
Aku: Hahaha pon boleh ke? orang baring telefon tu ke dada lah.. bukan atas muka... 

Wan kalau tengok henpon sambil baring.. henpon dia betul-betul atas muka.. macam pandang ceiling tu.. memang jatuh gedebuk tepat la atas muka kannnn.. Lepas ni beli Samsung Note 4, mesti kalau jatuh kat muka tak sakit. Eh?

Wan lah antara orang yang paling banyak jugak tolong Kak Pilla dalam business shawl ni.. thank you Ma.

Eh budak ni pandang-pandang pulak.. comel sangat kan????? baru umur sehari pandai nak tengok-tengok senyum-senyummmm.. Amboiiii biaceeeeerr iyerrr tuuuuu... 

Love, 
Filla.

SUSAH KE SENANG JADI PEREMPUAN?

$
0
0
Kau jadi lelaki senang ke? Susah jugak kan? Tugas lelaki kalau nak disenaraikan pon berlambak kot.. Tapi kalau ikut lah senarai tu kannn kalau tak ikut.. maknanya sikit je lah pun tugas dia.. Sama jugak macam perempuan.. kau ikut ke kewajipan-kewajipan seorang isteri / perempuan? Kalau betul ikut.. banyak kott..

Mana terdaya kita buat, mana tak terdaya tu sama-sama lah faham-memahami kan... Tapi aku tak tau apa motif aku buat tajuk poyo nie.. 


Aku tak nak merungut walaupun sometimes aku penat.. Bila merungut dah jatuh kita buat sesuatu tu tak ikhlas.. Bila tak ikhlas, ada ke pahala? sesilap dosa yang kita dapat.. No tak nak macam tu..

Cuma normal sebagai wanita ada masa hati tersentap.. ada masa sensitip tak tentu hala.. ada masa tetiba rasa nak nangis.. tetiba emo.. tetiba rasa aku ni tak penting ke dalam hidup sesetengah orang???? Aku jarang macam ni sebab aku bukan jenis melayan perasaan, jenis nak fefeling lebih ni memang tak la.. Eh tapi aku ni pompuan kan???? kan???

Mestilah ada masa pandai merajuk.. mestilah ada masa terpeleot.. ada masa nak orang tanya penat ke tak.. Kadang takde apa pun.. tapi sendiri yang fikir bukan-bukan.. orang tak fikir ke situ.. kita je tegedik-gedik fikir ke situ.. Pastu bisikan syaitonnirojim lagi menambah-nambahkan perasaan sayu dan hiba tu.. Amboi menari-nari syaiton bila kita terhasut dengan dia.. 

Semalam aku tensi.. semalam aku bengang... pastu semalam nangis-nangis.. semalam lapar tapi tak nak masak.. nak tengok apa jadi kalau tak masak.. tak boleh jadik, kene jugak makan nasik pastu nasib ada telor dadar ngan kicap pastu ada sambal tempoyak petai mak mertua bagi dulu.. Eh sedap pulak.. nak tambah lah nasik nie.. Eish baru je pikir, kalau hati sedih mesti tekak tak lalu, tidur dalam kelaparan.. rupanya tak.. makin kelaparan lagi ada.  Nyampah sangat.. 

Pastu sambung baring melayan-layan perasaan sedih... pastu terpikir aku ni dah isya' ke belum, rasa macam dah.. eh ke belum? pastu bangun amik wuduk.. solat.. masa solat terus rasa macammm ehh dah isya' lah tadi.. apa-apa jelah.. yang penting jiwa huru hara semalam.. 

Bangun pagi mandi.. rupanya sindrom orang wanita datang.. 

Oh wanita rupanya aku ni.

Syukurlah.


Love, 
Filla.

HARIJADI.

$
0
0
Assalamualaikum,

Hai korang.. dah berapa kali bukak tutup blog ni sebab tak tau nak tulis apa... Hari ni birthday kita.. tapi kita takut lah nanti orang kata kita sibuk nak kecoh bday sendiri, mesti orang kata kita nak harapkan orang wish kita kannnn.. Hahahah.. 

Saja lah nak story sikit ni sebab ada masa sikit ni... Tiap kali birthday biasanya aku tak harapkan apa-apa pun.. Lagi dah lanjut usia ni kan.. tak kuasa nak itu nak ini.. dulu masa muda-muda selalu gak berangan dan berharap kalau dapat itu dapat ini besttt nyeeee... Eh tu dulu.. ni dah tak berapa nak muda dah.. tak yah lah buat perangai mengada.

Tapi aku suka travel... Terlalu sukaaaaaaaaaaaaa sangat hahaha.. Tak perlu tempat yang kaya-kaya sangat.. Janji dapat travel... Last year birthday aku, bangun tido je ada kat Krabi.. gitu feel dia.. memang lah menggelabah tapi tu lah aku, nak buat cemana kan.. So aku ingat moment tu sampai hari nie.. moment last year tu aku bangun tido bancuh milo kot.. breakfast sorang-sorang sebab Pak Radie tebongkang.. Nyampah tau.. wish pon lambat.. Tapi dia kan pemalu... So takde dia nak duduk depan-depan pegang tangan, mata bertentang mata dan cakap "Ma, happy birthday, Pa sayang kat awak, tapi Pa tak tau macamana nak luahkan dengan kata-kata".. Mau aku muntah tebelahak kat situ.. Takde nye nak candle light dinner ke dari dulu sampai sekarang.. nak beli cake? pon tak yah, aku tak makan cake sangat pon.. Naper tak buat cam citer-citer kat tv... tetiba tutupkan mata.. pimpin tangan masuk kereta pastu sampai satu tempat di tepi pantai ada meja seketul, alas meja kotak-kotak, ada chicken chop and fresh orange.. bukakkan mata ai.. pastu leh ai buat-buat terkejut dengan muka paling jelita sekali...

Takpe, i simple je orangnya... i tak perlukan semua tu...cukuplah spek rayban seketul lagi kahkahkahhhhh... 

Kali ni takde ke mana.. aku gi travel tapi lambat sikit.. So birthday aku ada je kat rumah.. Semalam aku melayan Korean Drama.. ni semua gara-gara Moon.. hahahahhahaha.. terbaca kat blog dia tengah melayan drama korea yang tengah meletop-letop yang pelakon dia "Hai, nama saya Rain".. Ommaaaa hensem nyewwwwwwww.. hahahahahah... aku ni nama pelakon mmg tak hapal.. tapi aku kalau nak layan citer korea pon, yang pertama pelakon lelaki mesti hensem dan heroin kene cantik.. yang kedua, pelakon lelaki kene hensem, ketiga, hero kene hensem.. Sekian. hahahahah

Tengah layan drama tu.. Aleesya dah tido.. Kasih ngan Amaani pon dah tido.. Pak Radie aku tengok tengah belek phone.. Aku tau lah b'day aku esoknya tu.. tapi macam takde rasa apa pun.. birthday je pon.. takde apa yang best sangat pon... so semalam dah kul 11.30 mlm.. Tetiba Pak Radie cakap "Happy Birthday, wish awal sebab takut tetido".. Itu je kauuuuuuuuuuuuuuu ayat dia.. hahahah.. Tekejut ai.. hahahaha.. Terus mata aku tengok jam.. ooooo setengah jam pon tak leh tunggu kannnn... tapi aku ok... terus cakap "thank you".. pastu tengok dia letak phone kat meja tepi, terus berbungkus dengan selimut.. Bagus, makin tenang aku nak menghayati citer korea nie... heheheheh.. 

So hari ni macam hari-hari biasa jugak.. bezanya banyak orang wish kat ig kat fb kat wa.. Amboi penangan social media.. cer kalau social media ni takde.. Ramai tak yang agak-agak nak call and wish???? Eh banyak sangat tanda soalan macam marah jeeeee hahaha.. Neway terima kasih buat semua yang bagi ucapan kat saya... dan doakan yang baik-baik buat saya... saya hargai semuanya :)

Malam ni Atok and Pak Radie nak ajak gi makan.. Tu pun aku pening mana nak makan?? Nak keluar dari area umah memang aku pemalas... Kita makan biasa-biasa je lah ye... Ai kan baik.. tak suka paw-paw orang hahahahahha... Ok lah tu je nak citer.. Bye.




Love, 
Filla.

JOM BERDANSA DAN MENANG.

$
0
0
*please scroll down for new entry*

Ni Kak Pilla nak tanya korang.. Especially yang ada anak kecik-kecik nie.. Korang pernah tengok Rancangan Hi-5 tu tak? 

Haaaa yang nie... Kak Pilla boleh join TheKasihs mengadap Hi-5 ni petang-petang kat TV hahahaha.. Sebab seronok tengok dia bercerita, menyanyi dengan budak-budak.. Selain tu bagus untuk budak-budak belajar berbahasa Inggeris dengan baik sebab rancangan ni guna simple english :)

Berita baik sebab anda berpeluang untuk menonton Hi5 secara Live di KLPAC dan juga passes untuk Meet & Greet session with Hi5 cast.  Kalau menang mesti anak-anak happy dapat jumpa idola diorang hehehe..

Cara-cara untuk menang mudah sahaja.. 

-Rakam 15 saat video anda menari Yakult dance dan upload ke akaun instagram 

-Tonton Yakult Dance via Yakult youtube channel   http://goo.gl/hAOK3h untuk mendapatkan idea.

-Post video anda di instagram dari 1st-20th November 2014

- tag @yakultmalaysia, #hanyayakult dan #yakultmalaysia

Prize

1st &2nd Prize:
One pair of VVIP tickets to watch Hi5 LIVE at KLPAC (worth RM566) + Meet & Greet passes with Hi5 cast (4 pax)

3rd, 4th & 5th Prize:
One pair of VIP tickets to watch Hi5 LIVE at KLPAC (worth RM406) to watch Hi5 LIVE at KLPAC + Meet & Greet passes with Hi5 cast (4 pax).

6th - 13th Prize:
One pair of tickets to watch Hi5 LIVE at KLPAC (worth RM226)

30 x consolation prize


Layari link di bawah untuk maklumat lanjut:


YouTube: http://goo.gl/hAOK3h



Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live