Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

KULIT WAJAH BERCAHAYA LAGI FLAWLESS

$
0
0
Hi korang, apa khabar? Eh tetiba sopan sangat tanya-tanya khabar hehe..

Entry hari ni Kak Pilla nak share sikit ngan korang pasal produk BB Cream by Seqy Beauty ni.. Actually aku memang ada rasa nak try, tapi macam eh malassssnyaaaaaa... Dah jelita dah tak yah sapu apa-apa hahaha.. Memang tak laaa..

Sebenarnya Kak Pilla bukan apa.. Sekarang-sekarang ni jenis malas gila nak pakai foundation bagai.. Kalau bersiap pon just pakai compact powder je.. Kecuali kalau ada event yang rasa nak kena lawa sikit lah dari biasa... Itu baru kugagahi pakai foundation.. Sebab korang pahamlah pakai foundation pastu sapu compact powder lagi.. Memang lah menutup cela di wajah, tapi rasa rimas sebab macam selepung ke? tebal sangat ke? If malam ok lah, tak perasan sangat foundation tu tebal ke apa kann.. Kalau siang tak kuasa.

So haritu kan Kak Pilla meniaga kat Sarah Hughes Globe, jumpa lah ngan Sepet, jumpa Ceera jugak.. Aku kalau dengan Ceera memang main tolak-tolak je.. Sibuuukkkk dari mula datang globe tu sampai balik share satu kerusi.. Terpaksa duduk senget-senget tau. Nyampah sangatttt.. hahahaha.. Aku tau Ceera pon penjual Seqy Beauty BBCream ni jugak.. Eh haruslah kan.. So nak balik tu amik lah seketul nak try nanti.. I diva, i tak leh try depan-depan orang penuh-penuh kat Globe tu.. hahahahah.. 

So inilah kotak dia.. 

First impression Kak Pilla suka tengok botol ni kurus dan senang nak guna.. picit je. pastu campak masuk bag makeup sebab dia kurus.. Handbag Kak Pilla ni dah macam doraemon.. Segala macam ada.. kalau ko korek nak carik barang, mungkin amik masa 3 minit baru jumpa apa yang ko carik. hahahah.. 

Ini gambar sebelum pakai BBCream by Seqy Beauty.. Ni yang nyampah tau nak review produk.. terpaksa share muka "Before" pastu kena jujur pulak tu.. Tak leh filter ke edit ke.. Ye tau kulit ku tidak mulus tulus dan halus.. Tapi dah bersyukur lah apa yang ada.. Amboi sedih nau bunyik nya.. 

Ini selepas pakai BBCream ni.. Haaaaaa kan ke berseri dari tadi.. Ke aku je rasa camtu? Hahahha.. Ini review ikhlas ye.. Ramai katanya customer yang dah pakai Seqy Beauty BBCream ni puas hati sebab muka tak oily.. Sebab biasanya kalau pakai foundation nanti muka oily satu macam kan? Kak Pilla pon muka jenis oily kadang rimas siap amik tissue lap satu muka.. Saiko sangat, baik tak yah pakai makeup.

Pendapat Kak Pilla pulak bila dah try benda nie.. Kak Pilla teruja sebab BB Cream ni bertindak as foundation.. Tak yah pakai bedak dah.. Ni sapu BB Cream ni je takde bedak dah lepas tu.. Pastu dia macam waterbased kot, so takde rasa 'heavy' or 'thick' kat muka.. Rasa 'ringan' je.. Tapi yang pasti menutup cela diwajah...Muka rasa gebu and licin je.. Pastu dekat lapanploh kali tanya budak opis, selepung ke? selepung ke? tepung gomak ke??? Tapi dia kata natural je.. tak selepung pun.. phewwww lega...

Lepas pakai ni round satu opis nak tengok ada orang tegur tak hahahahah.. Tapi takde yang tegur sebab semua tengah buat kerja.. kahkahkahhh... Terus Kak Pilla panggil "Kak, nampak tak beza muka saya?" Akak tu toleh "A'ah lah bersih je muka ko pakai apa????" Eh sibukkk nak tau jugak hahah.. Terus Kak Pilla cakap "Ada laaaa"... Akak tu tarik-tarik tangan cakap jangan mengada nak simpan sorang-sorang.. So Kak Pilla pon amik lah BB Cream ni bagi kat dia.. dia sibuk nak try.. Lepas try tu dia puas hati.. terus dia campak dalam handbag dia.. Hoiiiiiii sukati je amik orang punya!!! Dia cakap esok malam dia dah nak balik kampung, nanti kalau order mesti tak sempat.. So dia suruh Kak Pilla order lain, dia amik Kak Pilla punya.. Terus dia keluarkan duit bagi kat Kak Pilla.. Eh? aku tak cakap ye ke tak ke.. tetiba je... hahahahahhah.. Sabarrrr jelah aku kann..  Terus Kak Pilla order 2 ketul sebab ada lagi sorang budak office ni nak.. 

Hantar kat Ceera gambar ni cakap kat dia "ko jangan nak mengada share gambar ni kat mana-mana ye.. nyampah tau kene amik gambar before and after, gambar before ni yang paling jelita dah yang aku pilih".. Hahahhaha terus dia cakap "Eh takpe, muka before tu kalau lagi hodoh lagi bagus".. Eh rasa nak lempang je Ceera ni tau.. 

Overall Kak Pilla puas hati lah dengan BB Cream by Seqy Beauty ni.. Harga pon murah je you olls.. RM55 je seketul.. Ada banyak benefit lain jugak BBCream ni tapi malas aku nak kaji.. tu semua tak penting bagi Kak Pilla.. yang penting kulit muka nampak berseri, kulit wajah nampak flolesssssss.. itu je yang penting. hehehehe.. 

So kalau nak order pegi order ngan Ceeranoh..

WhatsApp / Msg (Ceera) : 012-3388457
_____________________________________________________________________________
UPDATE : THEKASIHSSHAWL


Siapa nak beli jom beli sekarang.. Kalau dah habis tak dapek nak nolong ;)

SATIN SILK SHAWL
High quality satin silk
Size: 170 cm x 58 cm


PRICE: RM85
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

HOW TO PURCHASE

Email : framekasih@yahoo.com

or


Whatsapp (Peej): 012-2758575


Love, 
Filla.

MAKAN WHITE CURRY DI OLDTOWN WHITE COFFEE

$
0
0
*scroll down for new entry*

Mari telan ailioq beramai-ramai hahahahaha

Hari ni Kak Pilla nak buat food review pulak.. Amboi kemain kann.. Dah taraf-taraf Chef dah nak bagi review pulak hehe.. 

Baru-baru ni Kak Pilla gi makan-makan dengan kengkawan sebab nak cuba rasa sendiri kelazatan White Curry di One City Mall.. Memula tu tertanya-tanya jugak apa tu White Curry? Kari Putih? Macam pelikkkkk je... Takpe, tak cuba tak tahu kan? So mari kita cuba dulu sedap ke tak.. Actually OLDTOWN White Coffee tengah ada latest promotion bermula 17 November 2014 yang diberi nama White Curry Series.

White Curry berasal dari mana? Haaa tu diaaaa.. Siapa orang Penang mai angkat tangan mai nak tengok sikit Penang mai ni.. heheh.. Kak Pilla bukan orang Penang, tapi sukaaaa makanan kat Penang sebab semua sedap especially kari dia.. So untuk pengetahuan u olls, White Curry ni adalah partnership OLDTOWN White Coffee dan MyKuali yang famous dengan MyKuali Penang White Curry instant noodles product..Curry paste tu dari MyKuali dan noodle and soup tu from OLDTOWN White Coffee.. combination ni yang menghasilkan White Curry di OLDTOWN White Coffee sekarang ni... 

Kenapa tak pegi makan je kat MyKuali Penang? Jauhhhhhh lah sayang oiii.. takkan nak kene pegi sampai ke Penang... Kalau mengidam tengah malam camne?  So mari makan di OLDTOWN White Coffee.  Kalau ada yang masih tak tahu, OLDTOWN White Coffee adalah halal ye.


Nahhhhhhhh... Terlioq dakkk???? Hahahah.. sambil snap gambar ni sambil tertelan-telan ailioq.. Harga sangat reasonable for a full big bowl of white curry noodle macam ni.. Berbaloi sangat ok.. Dan juga sekarang tengah mempromosikan jugak OLDTOWN Peanut White Freezy™.. Kalau nak murah lagi, kene makan White Curry ni dan minum dengan OLDTOWN Peanut White Freezy™ .. 

Oh ni nak bagitau supaya you all kalau pergi OLDTOWN White Coffee dah penuh ilmu di dada hahaha... White Curry ni ada 5 jenis ya..  


White Curry Hor Fun - from RM8.90 


White Curry Mee Hoon - from RM7.90 


White Curry Macaroni - from RM8.90 


White Curry Pan Mee - from RM9.90


White Curry Mee - from RM7.90


Peanut White Freezy™ adalah antara yang patut korang cuba.. Ia adalah gabungan Peanut dan Soya.. Sedappppp sebab terasa-rasa peanut dan soya tu bergabung.. On top ada 1 scoop of vanilla icecream.  Masuk pulak kat tekak amboi nyamannnnnnnnn.... 

- Ala Carte RM7.80
- Add on RM4.60

So mari order White Curry dan Peanut White Freezy™.. Boleh jimat banyak :)


Kak Pilla gi makan ni dengan kengkawan masa ni.. tapi Kak Pilla tak nampak orang.. i nampak White Curry sahaja.. Sekian thank you.  hehehe

Kalau tanya pendapat Kak Pilla yang mana sedap? Semua pon sedap, lagipun White Curry tu sama cuma noodles dia yang berbeza.. So Kak Pilla suka macaroni sebab bila makan tu macam layannnnn kutip satu-satu masuk mulut hehehe... Cuba makan macaroni dengan chopstick.. memang mencabar hahahahah.. tu yang kite suke tuuuuuu....


Apa perbezaan Curry Noodles OLDTOWN yang dulu dengan yang baru nie? Sebenarnya yang baru ni lebih creamy dan terasa curry flavour dia tu.. Lagipun resepi ni gabungan MyKuali Penang dan OLDTOWN White Coffee so dah tentu lah lebih umphh.. Siapa peminat Mee Kari, silalah berkunjung ke mana-mana OLDTOWN White Coffee dan rasa sendiri.. Kuah dia lebih pekat dan pedas so make sure ada OLDTOWN Peanut White Freezy™ kat sebelah, kalau pedas boleh sedut minuman terus..  hahahaha... Fish ball dia pon fresh, i sukeeee ;)


Oh lupa nak bagitau.. White Curry ni menu tetap OLDTOWN White Coffee ke? No.. Menu ni dari 17 November 2014 dan berakhir pada 31 January 2015, or while stocks last sahaja.  Kalau dapat good feedback from customers kemungkinan besar Menu ni akan menjadi menu tetap di OLDTOWN White Coffee.. Silalah jadikan ini menu tetap sebab sodappppp.. Kalau takde dalam menu, pasni Kak Pilla nak order apa? Nanti Kak Pilla sedih caner?


Ni Kak Pilla tepek kat sini untuk panduan you all.. Oh ada jugak White Curry Fish Balls sahaja.. Kalau dah kenyang tak nak makan mee boleh order yang tu je.. RM3.90 sahaja.. Eh orderlah, sebab fish ball dia sedap!! Berebut kitorang makan fishball tu haritu hahahah.. Boleh gak order nasi makan ngan White Curry Fish Ball.. 


Perut dah kenyang, so sebelum pulang marilah bergambar dulu ye.. Bergambar kan wajib ;)

Visit here for details.



Love, 
Filla.

JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN.

$
0
0
Lama tak sembang so jom sembang sementara Kak Pilla tak berapa nak busy ni ;)

Semalam Kak Pilla jumpa Peej sebab hantar stok shawl kat dia..  Kalau lama tak jumpa mesti ada rasa rindu sikit hahah.. Popo Elly lagi lama tak jumpa.. nanti kita jumpa ya.. So banyaklah yang kitorang sembang-sembang.. Antaranya pengalaman Peej pegi Mabul dan tengok sendiri kepayahan hidup anak-anak Bajau Laut kat sana.. 

Actually kalau korang nak tau, Kak Pilla lahir kat Sabah sebab Atok and Wan kerja kat sana dulu.. So Kak Pilla membesar kat Kota Kinabalu tu dari lahir sampai tingkatan 1.. Bila Peej cerita betapa daifnya kehidupan masyarakat Bajau Laut tu sedih sangat dengar.. Mungkin kita yang rasa diorang ni daif, tapi diorang dah terbiasa dengan kehidupan yang susah macam tu, so diorang takde lah rasa apa kot? tapi kita tak tau lah apa perasaan diorang kan? Bak kata Peej, baju pon harap orang bagi kot.. kalau tak, memang takde baju, takde seluar nak dipakai.. duit yang diorang dapat dari tangkapan ikan ke apa ke.. maybe guna untuk beli minyak masak, beras atau beli kayu untuk buat rumah atas air.. Rambut diorang pon dah tukar kaler oren dan kulit dah hitam dek dimamah matahari.. Memang menginsafkan bila tengok sendiri depan mata.. Aku yang dengar pun dah sayu je rasa hati ni..

Zaman aku kecik dulu selalu ikut Wan ngan Atok pegi beli ikan kat Pasar KK tu.. Kat sana kau akan nampak budak-budak Filipin berkeliaran.. Kecik je maybe 5-6 tahun pon ada kot.. Diorang akan follow kita dan tanya if kita nak plastik ke tidak.. Sebab kan kita beli ikan mestilah nak plastik.. Plastik tu warna hitam, aku ingat lagi.. Nanti dengan baju lusuh koyak rabak, rambut oren, kulit hitam, dia datang dan tanya "Plastik pacik? Plastik macik? Kalau kita kata ok.. kelam kabut dia tolong masukkan barang yang kita beli dan tolong bawak sekali.. bayar masa tu 50 sen je kot.. dia follow je sampai kadang tu hantarkan sekali ke kereta.. Dah tu dia lari masuk pasar balik carik orang lain yang nak plastik.. 

Menginsafkan.  Anak-anak kita kat sini? Mewah, makan sedap, tidur lena, panas bukakkan aircond, bosan bukakkan upin ipin, pasangkan tv.. anak orang Bajau Laut tu hah, seluar pon takde..diapers? apa tu? silap-silap dia pon pelik tgk benda tu.. Memang tak boleh lah nak bandingkan kehidupan dia dengan kita kat sini.. Tapi elok untuk buat kita beringat sikit.. Macam time aku pergi Bandung dulu.. Kasih kecik lagi time tu.. Aku ingat lagi tetiba ada budak kecik datang kat aku "Ibuk, uwang buk, saya lapar, belum makan lagi" sambil dia pegang perot dia.. Arghh aku tak boleh, terus hati tersentak.. kelam kabut cari duit nak bagi.. sambil tu tanya "Ibu kamu mana?".. "Ibu lagi kerja".. Ohmyyy.. mak bapak takde sebab gi cari duit jugak, so pepandai lah kau anak, nak alas perot sendiri.. nangis ok bila pikir anak aku kalau aku terpaksa biarkan, lantak lah kau lapar ke pergi carik makanan sendiri, nanti malam kita jumpa.. Huwaaaa.. Pastu pernah nampak kat bandung dulu lagi kecik dari Amaani.. berdiri kat traffic light mintak sedekah.. Mampu ke anak kita yang umur 4 tahun berdikari macam tu? makan pun kita suap lagi kot? 

Bila keadaan memaksa, kau akan terpaksa.. so bersyukur lah hidup kita tak seteruk orang lain.. yang cuma ada duit untuk alas perot waktu tu je.. kalau lapar lepas tu, cari lagi jalan macamana nak makan lepas tu pulak.. 

Aku pernah suarakan kat Elly and Peej satu hari aku nak pergi India.. diorang gelakkan okay.. hahahahhaa.. aku tak tau kenapa aku nak pergi sana, sebab banyak lagi tempat yang cantik.. Tapi aku baca banyak jugaklah yang cerita culture diorang kat sana.. aku nak tengok kehidupan anak-anak yang berpeleseran kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. Aku mungkin boleh jadi sedih tengok semua tu.. Tapi teringin nak ada pengalaman untuk lihat sendiri.. pergi tengok budaya orang lain.. belajar kehidupan orang lain.. semua tu tak salah, bukan kita nak ikut cara diorang pon.. just nak menambahkan pengalaman.. jauh perjalanan kan luas pengalaman.. mana tau one day aku ke India.. Bombay ke? boleh jumpa artis Bollywood hahahahahahaha.. masa tu aku selfie tengah makan capati bagi gambar kat Elly and Peej .. ngeh ngeh ngeh.. 

Entry suka-suka :)



Love, 
Filla.

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

$
0
0
Hari ni Kak Pilla tetiba rajin nak share resepi sempoi :)

Sambal ikan bilis ni biasanya ada 2 jenis.. 1 sambal tumis ikan bilis tu biasanya yang terus terjun je ikan bilis tu.. ala-ala sambal nasi lemak tu.. Tapi Pak Radie tak suka ikan bilis lembik.. Dia suka sambal yang kering so ikan bilis tu kene rangup.

Hari ni kita share Sambal Ikan Bilis Kering kegemaran Pak Radie ok..

Masa nak masak ni tengok kepala ikan bilis tak buang.. Nak buang memang tak sempat.. Ilek laaa apa ada hal? tak Fear Factor laa takat kepala ikan pon tak makan..... muahahahah..

SAMBAL IKAN BILIS KERING
2 genggam ikan bilis
1 senduk minyak masak
1 sudu besar bawang merah blend
1/2 sudu bawang putih blend
1 senduk cili kering blend
1 keping asam keping
sedikit gula
sedikit garam

Dah itu je pun bahan-bahan dia.. Mula-mula panaskan minyak.. basuh ikan bilis dan toskan.. pastu terus goreng.. make sure goreng hingga garing.. then angkat dan ketepikan.

Keluarkan lebihan minyak tadi.. Tinggalkan agak-agak 1 senduk je dalam kuali.. tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering blend.. Kecilkan api dan masak hingga cili tadi betul-betul masak.. masukkan asam keping, gula dan garam.. (gula just untuk balance kan rasa, jangan sampai jadi manis ye) garam pon sikit je sebab ikan bilis selalunya dah masin.. agak-agak cili tadi dah betul-betul masak, masukkan ikan bilis dan kacau rata.. angkat dan letak kat pinggan.. sedia untuk dimakan bersama nasik panas-panas.. 

Gila senang, kalau tak reti jugak tak dapek lah Kak Pilla nak tolong hahaha.. 

"Selamat Mencuba"

p/s: esok Kak Pilla dah gi holiday.. rasanya confirm tak berupdate lah blog ni.. tapi kalau nak tengok live update sila follow ig @fillanie 



Love, 
Filla.

LUNCH DATE @KLCC

$
0
0
Hello :)

Lama tak bersiaran.. Busy ler katakannnn.. Gituhhh... Well sebelum cerita ni terkubur, baik kita publish ye.. Ini lunch date bersama Popo Elly and Dik Peej.. Actually perjumpaan kali ni sebab nak bincang pasal skincare.. Soon kitorang akan keluarkan skincare dan buat masa ni masih dalam proses.. Dah lama actually plan nie, tapi nak keluarkan produk yang bagus, kene amik masa yang agak lama.. Tak leh main tibai ikut suka je.. Kalau perasan muka elly banyak perbezaan dari dulu kannn.. Kak Pilla and Kak Peej masih try lagi, dan nampak jugak perbezaannya sekarang nie..cuma Peej baru balik pulau, so kulit dayang senandung sikit hahahahahha...  Dah, tu je nak share tak leh cakap banyak-banyak, nanti Popo Elly marah hehehe.. So korang sila tunggu ya!!! dijamin best sangat kalau pakai :)

Berseri-seri kulit elly sekarang kannn.. apa rahsia? eh rahsia lagi.. heheheh

Dik Peej.. yang sentiasa menceriakan hari-hariku.. 

Oh ya, masa ni actually turun KLCC sebab Peej nak passkan Ephyra and TheKasihsShawl kepada customer.. Dapat sembang kejap... Customer datang meeting sehari kat KL, pastu nak balik ke Jakarta.. sebab stay kat Jakarta.. Weeehoooo 6 helai terus customer Jakarta beli satin silk shawl by TheKasihsShawl.. Thank you customerku.. 

Bab order makanan, memang haku paling pemalas.. Tak nak pegang langsung menu.. Kalau suruh Elly nanti dia dah pening dia cakap "I want all" mampos ok.. kalau waiter cakap "I repeat your order" laju jawab "No no no need to repeat".. tetiba bil sampai terus tekujat hahahha.. 









Makan semua ni kat Spring Garden, KLCC.

Salah satu cara untuk gayakan Satin Silk Shawl by TheKasihsShawl.. Kak Pilla pakai ni warna Avocado.. almost licin dah kaler nie.. So itu je yang boleh disembangkan.. Ada masa Kak Pilla update entry kenduri Akikah anak buah baru kat Shah Alam haritu ;)

_____________________________________________________________________________
UPDATE: THEKASIHSSHAWL

Berita baik sebab TheKasihsShawl telah restock semula warna-warna lama.. Tapi tak banyak, just 3 warna seperti gambar di atas sahaja kerana permintaan yang tinggi.. Penat tau hari-hari tanya bila nak restock warna lama.... 3 warna tu ialah BlackBeauty, Emerald Green dan Thunder Gray.. 

So semua sekali, ada 5 warna yang still available.. 

PRICE
1 - RM35
3 - RM100 

HOW TO PURCHASE

Email : framekasih@yahoo.com
or
Whatsapp (Peej): 012-2758575

Love, 
Filla.

Shopping online baju muslimah murah nak pitam!!

$
0
0
Dah lama Kak Pilla tak terjebak membeli baju.. Bukan tak nak beli, tapi masa mencemburui ku huhu... Bila anak dah berderet-deret ni lagi lah.. Kalau keluar ramai-ramai takkan nak ajak semua sekali ikut je kita nak membeli baju kan?  Rasa tak selesa sebab nanti kang diorang nak menunggu pulak.. Pastu Kak Pilla jenis tak suka beli baju kelam kabut pastu buat orang tunggu-tunggu.. Terus takde mood :(
Lagi satu masalah Kak Pilla ialah tak tau mana nak beli baju muslimah..Takde lah muslimah sangat heheh cuma tak reti nak beli jubah kat kedai mana.. kat shopping mall kalau ada pon mahal gila kot... Pastu bukannya selalu pun nak pakai.. Cuma sesekali nak lah jugak pakai jubah ke.. long dress ke baru macam pompuan-pompuan sikit kannn.. Ini dalam lemari tu seluarrrr je banyak.. skirt labuh? jubah? long dress??? Tak ada.. Oih sedih sangat jadi pompuan tau, dress pon takde.. hahahaha... 
So haritu ada tengok orang dok cakap boleh usha kat www.nile.com.my sebab banyak baju untuk muslimah dan yang penting murah.. Ok dengar je murah laju-laju google.. Ok murah dia memang tak masuk akal.

 8 helai terus sekali beli.. Total RM319.98 sahaja.. Memang tak masuk akal ok.. Tak penah aku beli baju 8 helai harga macam tu hahahahahha... Jubah / Long dress tak de pon sampai RM60.. Ok beli beli beli jangan tak beli.. Dah buat payment.. Tup-tup sehari dah sampai? Hoiiii kenapa pantas sangat ni???

Kelas sangat.. Abang sado spek hitam lagi yang hantarkan baju-baju i.. Heheheheheee.. Ok sangat puas hati dengan servis yang pantas :)

Haishhh banyak sangat ni.. Tak tau nak bukak yang mana satu dulu ni..

Ok Kak Pilla jadi model kejap ye? Nak tunjuk kesemua baju dari www.nile.com.my yang harga tak masuk akal murah sangat ni.. Click kat tajuk baju tu kalau nak tengok detail pasal baju tu ok.. Mana lah tau kot-kot korang pon nak jugekkkkk...

Ok letak gambar ni paling atas sebab paling suka hahahah... Kain dia kembang so takde lah melekat ke apa.. Selesa boleh gi kenduri kendara duduk bersila atas lantai takde hal lah.. kalau pusing-pusing dress ni kembang macam princess.. Simple je cuma ada hiasan kat bahagian hujung tangan je untuk menambah seri.. Harga camtu je? Eh ok sangat lah ni..

 Blouse - Red  : RM22.90
Ini simple je blouse dia.. Boleh jugak buat belasah gi kerja pakai blazer kat luar match kan dengan black long skirt.. Dah settle tak yah pening nak iron bagai..  GIla murah, baju anak lagi mahal dari baju mak dia.. hahahahah...

 Saja try warna yang tak pernah nak try.. Ok lah bagi kelainan sikit sekali-sekala kan... Tudung boleh tukar kaler cream kalau nak.. Tapi Kak Pilla memang suka warna gelap-gelap baru ada rasa diriku sangat misteri hahahahahah.. 

 Lycra Dress  : RM42.60
Siapa suka effect dwi colour boleh cuba jugak.. Ingat nak pakai shawl warna sedondon tapi macam pelik pulak.. So pakai thekasihsshawl in black sahaja pon ok kasi tone down sikit.. dagu berlapis lupa plak nak cover ngan shawl tu cissssss!!!

 Blouse - Khakis  : RM29.90
Warna Khakis memang warna selamat.. Ini buat pakai gi kerja pon ok.. Sebab tu Kak Pilla suka sangat pakai shirt or blouse pegi kerja.. kain tak yah gosok.. pastu baju pon kalau tak gosok sangat takpe sebab cover dengan blazer.. hahah dasar pemalas sangat.. 

Kain ni jenis chiffon so rasa flowy dan selesa.. Warna plak lembut je pastel macam ni kan.. So kalau pakai black shawl tak kene pulak.. Kak Pilla tukar pakai thekasihsshawl in Ivory. Ha pastu dress ni dah ada lining kat dalam so tak perlu risau lagi.. 

Wowww macam ketua kumpulan nasyid posing masa ni hahahahah... Tapi biru dia tu cantik.. macam biru laut je.. pon boleh dipakai gi kenduri-kenduri nampak sopan je gitu..Murah oiii tak sampei 50 hengget.


Ni kalau nak gi wedding pon ok.. Peplum Top ni free size.. Kalau badan Kak Pilla besar lagi dari ni, terpaksa pass baju ni kat Kasih je hahahaha... Sib baik design peplum so cover lah sikit tang perot tu.. Kak Pilla match kan dengan thekasihsshawl satin silk shawl in silver untuk bagi glamour sikit bersesuaian ngan pearls silver kat kiri kanan baju peplum ni.. 

Ini baru 8 je Kak Pilla tunjuk kat korang.. Kalau nak tengok lagi banyak dan lagi murah murah boleh try tengok kat nile.com.my boleh bikin gila sebab harga murah sangat.. Bukan jual kain baju je.. segala kasut, barang rumah, barang sukan semua pon ada.. Ini antara website jual baju dan barang murah-murah.. So apa tunggu lagi.. Pegi tengok sendiri kat www.nile.com.my ok.. Selamat memborong!!!



Love, 
Filla.

UHT MARIGOLD SENTIASA ADA UNTUK THE KASIHS.

$
0
0
Bila tengok anak-anak sihat, Kak Pilla bersyukur sangat.. Alhamdulilah anak-anak sihat dan cergas.. Kak Pilla sebagai ibu sentiasa doakan anak-anak sihat supaya diorang dapat menjalani kehidupan dengan baik.. Berdoa selalu supaya anak-anak dihindari dan dijauhi dari sebarang bahaya.. Itulah ibu kan.. Keutamaan haruslah anak-anak, kemudian barulah diri sendiri ;)  Takpe, walaupun susah tetap rasa puas bila dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak..

Walaupun anak-anak Kak Pilla semua girls, tapi jangan ingat diorang tak lasak.. Kak Pilla jarang bagi diorang keluar dari rumah tanpa pengawasan.. Kalau Kak Pilla ada or Papa dia ada baru diorang boleh main kat luar rumah...So diorang lebih banyak habiskan masa dalam rumah je.. Meriah walaupun 3 orang.. Kasih Aleeya walaupun dah 9 tahun, tapi dia ok je kalau main dengan adik-adik.. Dah macam budak kecik!!! Berlari sana sini turun naik tangga keluar masuk dapur sampai ke hall depan.. Macam rumah banglo 18 bilik je dia buat hahahah.. Padahal umah kecik je... Kadang-kadang tu pening kepala tengok diorang berlari-lari main kejar-kejar dalam rumah.. Kak Pilla takut diorang jatuh atau terlanggar bucu meja ke apa kannn.. 

Tapi bila difikir-fikirkan balik.. tu pentanda positif.. bermaksud anak-anak aktif, sihat dan ceria.. Biarkan jelah, buat apa nak marah? Kenapa nak suruh diorang stop bermain dan suruh duduk diam-diam, duduk sopan-sopan.. hahaha.. Kalau rumah orang ok lah nak suruh sopan-sopan.. Hahhahaha.. Haihhh jadi mak pon susah jugak kan? Semua nak marah, anak bising marah, anak main marah, anak sepahkan rumah marah.. Ok mulai hari ini jom kita biarkan je anak-anak buat apa yang diorang suka, janji aktif ;)

Kak Pilla percaya salah satu punca mereka aktif, kuat dan sihat ialah disebabkan tulang yang kuat.. Bila tulang kuat, mereka akan seronok melakukan pelbagai aktiviti, bertenaga, kurang letih.. Semua ni tanda-tanda positif yang perlu ada untuk anak-anak membesar.. diorang ni tengah nak 'explore the world' gitu... so biarkan je.. jangan halang.. 

Kita sebagai parents kene alert apa yang paling penting untuk pembentukan tulang yang kuat??? Kalau sebut je pasal tulang, confirm kita dah terbayang susu.. betul tak??? Yes memang kalsium terkandung didalam susu.. Itu bermaksud susu sangat penting untuk pembentukan tulang yang kuat!  Kak Pilla sentiasa ada susu dalam fridge.. SENTIASA ok.. Tak pernah takde.. hahahah.. Anak-anak Kak Pilla suka susu.. Kadang tu minum macam tu je.. kadang makan dengan cereal.. Kak Pilla sendiri selalu guna MARIGOLD UHT untuk buat kek.. atau dalam masakan.. 

Pernah minum susu MARIGOLD UHT ni???? Ada 4 jenis tu... Sekarang ni kat rumah minum susu ni je.. Haritu lah masa beli groceries, nak restock milk.. Semua anak-anak nak susu MARIGOLD UHT sebab diorang kata gambar lembu tu comel hahahhahahaha... So ikut jelah anak-anak nak.. Balik tu minum lah, eh sedap pulak.. Amaani paling suka strawberry.. Kasih suka Full Cream milk.. Aleesya suka chocolate and strawberry.. Kak Pilla haruslah LOW FAT milk yeee hahahahah..


Susu MARIGOLD UHT sungguh Berkhasiat, Sungguh Bagus.

 Mula-mula ok tak gaduh.. dapat sorang satu.. Lepas tu gaduh berebut nak MARIGOLD UHT perisa coklat.. Nasib sentiasa ada extra dalam fridge tu..

Kasih pulak memang suka MARIGOLD UHT Full Cream Milk.. So tak yah gaduh-gaduh ;)

Selalu kita bayangkan nutrient yang ada dalam susu ialah kalsium kan?? Silap tu.. Susu MARIGOLD UHT ni bukan saja mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang, tapi turut kaya dengan Protein, Vitamin D dan Unique BonePlus formulation..

Kenapa ada Vitamin D? Ia membantu badan kita untuk menyerap kalsium.. antara source of kalsium termasuklah ikan, kuning telur (egg yolks) dan susu yang mengandungi vitamin D itu sendiri.  Protein pula membantu dalam pembinaan tulang, muscles, tulang rawan, kulit dan darah.  So kesemua nutrien ini penting dan ia terkandung dalam susu MARIGOLD UHT.

Kak Pilla memang sangat percaya bahawa susu sangat baik untuk tulang.. Bukan hanya untuk kanak-kanak je.. Kita orang dewasa pon perlu minum susu jugak.. Macam Kasih sejak berhenti menyusu botol 4 tahun lalu, Kak Pilla ikhtiarkan cara lain supaya dia still boleh mendapatkan kalsium.. Pilihan terbaik dah tentu susu MARIGOLD UHT kerana penuh dengan nutrient seperti  Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus.. Kesemua nutrient ni penting untuk tulang yang kuat dan Kak Pilla make sure anak-anak sentiada dibekalkan dengan susu MARIGOLD UHT.. Kak Pilla sebagai ibu dah tentu happy bila tengok anak-anak ceria dan aktif..

Kak Pilla yakin masa depan yang sihat bermula dengan MARIGOLD UHT MILK.. Susu yang diperkaya dengan Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus.. Nutrien yang lengkap, tak perlu ragu kerana ianya bagus dan yang penting HALAL..  

You all patut cuba MARIGOLD UHT sebab selain dari rasanya yang sedap, susu ini jugak dapat membekalkan khasiat yang cukup bagus untuk tubuh badan anak-anak kita..

MARIGOLD UHT MILK is available at all leading supermarkets, hypermarts, convenience stores, petrol marts, minimarts and provision stores.  Visit marigold.com.my for details.


Love, 
Filla.

KENDURI AKIKAH ANAK BUAH.

$
0
0
Hari Sabtu 6hb Disember yang lepas buat majlis akikah kepada anakanda Kak Liza (ibu) dan Abang Ogy (Ayah).. Kitorang memang panggilan keluarga macam tu.. Ada ayah, ibu, mama yati, abah.. Aku ngan Pak Radie je anak-anak buah panggil Pokcu and Mokcu... 

Ini cucu lelaki kedua dalam keluarga Pak Radie.. Semua cucu ada 7 perempuan, 2 lelaki.. Gituh.. Ramai nau anak dara.. Esok senang sikit, kerah je buat kerja rumah heheh..

Lauk pauk semua Mak Mertua masak sendiri.. Mak memang suka masak, masih kuat sihat dan bertenaga.. Kalau aku memang confirm tak leh bangun esoknya.. Yang tukang kacau kari daging tu memang terror berlakon.. jadi tukang kacau je pon.. bajet semua lauk dia masak.. huh.

Baby Zikri ni anak Ayah and Ibu yang ke4.. Cukup 2 lelaki 2 perempuan.. Tahniah dari kitorang buat Kak Liza and Abg Ogy.. Tahun depan tambah lagi.. Eh?

Siang tido je.. Malam kang berjaga berdukung.. dah kurus dah ibu sekejap je.. Naper Kak Pilla bersalin tak kurus-kurus????? 

Zikry jadi anak yang soleh kebanggan ayah dan ibu ya.. 

Pagi tu dalam pukul 10:30 macam tu dah start gang marhaban datang.. Actually MIL aku pon orang marhaban jugak.. so senang lah, semua gang-gang jugak yang datang ni..


Aleesya with Mama Yatie (kakak Pak Radie) amboi Mama Yati pakai satin silk shawl warna Avocado.. bersewi-sewi gitu.. 

Budak Leecha ni suara dia je tau.. kejap nangis.. kejap ok.. mengada sangat.

Amaani tu memula pakai jubah.. pastu aku tengok dah tanggal mana tah jubah dia.. selalu macam tu tauu.. 

bawak baby Zikry pusing-pusing jap.. 


Wan (mak Kak Liza) nak cukur jambul.. 

Cik Ana, mak sedara Pak Radie.

Nangis ke apa tu Zikry? Pokcu memang tak best ponnnn... hahahha

Hah nampak??? Bila Kak Pilla yang cukur jambul.. terus tido ok.. kelakar sangat.. telentok terus.

double check.. are u serious zikry? sleeping? Ibu pon kaget kejap anak dia tido ke apa tu.. 

Takpelah Zikry.. tido pon bolehhhh... 

Terus sambung tido dalam buai.. tu ada dua orang anak dara tukang buai.. (Ani and Nurin)

Acih ngan Kak Syasya.. Syasya pakai thekasihsshawl warna baru "Olive" (chiffon) soon kita keluarkan warna ni ok.. 

Sofea and Sabrina.. Masa kenal Pak Radie, Sofea tudung gold ni baru 7 bulan kot.. now, bukak sekolah ni dah SPM.. Wow pantasnya masa berlalu.. Kenapa Mokcu rasa masih di alam remaja? heheh..

Mama Yati banyak order makanan sedap-sedap.. 




Ni je sempat amik gambar.. yang datang kemudian tak sempat snap. 

Kak Pilla with Kasih Aleeya.. thekasihsshawl warna Emerald Green ni dah restock.. tapi tinggal sikit.. sapa nak order baik cepat, lepas ni tak restock ni dah... Dah seminggu lebih Kak Pilla pakai skincare yang kitorang akan keluarkan tak lama lagi tu.. gambar atas ni tak edit.. nampak ok kan? rasa kulit makin sekata, tegang dan cerah gitu.. tak sabar nak share dengan korang jugak ;)

Amaani memang camni.. Dah pakaikan jubah dah.. pastu kat celah-celah orang ramai tu aku perasan dia dah pakai macam ni dah.. tebeliak kejap mata tengok dia.. tapi dia buat muka sadin je ke hulu ke hilir.. bukan dia kisah pon.. 

Bersama kesayanganku Kasih Aleeya and Kasih Amaani.. rasa diorang dah besar sangat.. now malam-malam sebelum diorang masuk bilik tidur.. mesti tunggu mama sebab nak salam cium tangan, cium pipi pastu terus pegi tido dalam bilik diorang.. tinggallah Kak Pilla, Pak Radie and Aleesya.. nanti tak lama lagi mesti cepat je besar tau-tau nak masuk asrama ke apa.. huwaaaa tak sanggup.

Ok berbalik kepada cerita Baby Zikry pulak.. dulu lahir kecik je.. sekejap je baby dah besar.. ni dah bulat dah muka zikry.. 

Ini bapak mertuaku.. Orang dia kewl je.. tak pernah lah nak tengok Atok marah.. sebab tu cucu memang paling suka lah buli atok heheh.. Kalau dengan Nenek semua bertempiaran lari.. 

Muka Kasih banyak ikut belah-belah Pak Radie kan?? 



kambing golek 2 ekor.. aku sehari suntuk makan kambing golek je.. malam tu terus rasa kepala tak berapa nak balance.. eii takut.. tapi sedap.. camne tu?

Heishhh sedap gila... 

ni pun ada.. apa tah nama dia.. tapi tak larat nak makan.. perot dah macam orang mengandung.. 

sepupu sepapat

Ini my darling ni.. hahahah.. Tok Sedara Pak Radie.. kitorang panggil Tok Teh.. dia dulu bekas cikgu.. Umur tahun depan dah 80..  tapi relak je driving pon ok lagi.. ingatan pon bagus.. borak ngan Tok Teh memang kelakar.. ajak welfie selamba dia suka je hehe.. tapi mulut kene tutup sebab gigi takde hahahha.. 

Semoga Tok Teh sihat-sihat selalu ye.. 

Pak Radie tukang jaga stall kambing.. sapa tak dapat semua dia pi hantar kambing kat meja orang.. pastu charge.. Sepinggan RM5 ye bang.. hahahha

Aleesya selalu gaduh ngan Syasya nie.. sebab syasya paling terror nyakat dia.. Eii tengok muka Leecha tu.. muka nak start nakal.

Aku suka panggil dia Leecha kan dulu?? Sekarang suka panggil dia ChiCha.. selagi dia tak tengok selagi tu aku 
chicha
chicha
chicha
chicha

Dia paling rapat dengan Pak Radie.. walaupun apak dia selalu buat dia menangis macam ni.. Eish buruknya muka nangis camni???? tanak kawan chicha.

mak mertua masak ayam masak kicap, gulai nenas ikan masin, kari daging, sambal belacan, goreng ikan masin dan ulam-ulam.

Tudung biru ni my silent reader.. Kak Liza panggil kata ada orang nak jumpa.. rupanya masa Abg Ogy admitted kat IJN dulu dia pon duduk kat IJN jaga ayah.. so rapat lah dengan Kak Liza kat sana sesama jaga orang sakit.. kecik dunia nie kan.. dah lama dah baca blog Kak Pilla dari 2007 kot? Thank you, selamat bercuti ke Krabi and Phuket ye :)

Eh boipren i tu ada lagi nak bergambo ngan Kak Pilla lettew... Tok Teh Tok Teh... comel sangat.

Sapa follow blog ni dah lama sure kenal Barai.. Ok ni anak Barai yang pertama.. pompuan.. nama dia Sofea.. now Sofea dah ada adik, pompuan jugak.. Aku perasan gang2 Pak Radie ni semua kalau anak pompuan je terus dressing ala-ala camni.. Nak jugak mem-boy kan anak pompuan hahaha.. usik Barai, sib baik anak ko tak rupa ko Barai.. comel sangat Sopiah ni heheh.. 

Tetamu last datang.. Tak lain dan tak bukan Kak Nana.. kesian Kak Pilla, dah petang, jubah dan naik ke atas dah.. caner tu? hehehe.. Kak Nana sekarang aktif bersukan.. Ada jugak ajak Kak Pilla gi Zumba kat area umah.. Tapi haku macam kura-kura sangat nak bertindak.. malassssss.. pastu masa datang kenduri ni Kak Nana ajak gi zumba esok nya tu kul 9:30am.. Aku ckp apa2 hal whatsapp.. ok.. 

Esok nya bukak mata kul 9:30.. tengok whatsapp Kak Nana kul 8:45 mcm tu Jom Zumba ada bran???

Jawapan aku, Zumba dalam mimpi dah tadi.

Sekian.


Love, 
Filla.

Aleesya

$
0
0
Aleesya ni lagi 2 bukan dah genap 2 tahun.. sekejap je rasa dia dah besar.. eh pantas sangat masa berlalu kan??? tau2 dah mcm2 ragam dia sekarang ni..

Aleesya dah semestinya anak bapak.. dia ni kalau Pak Radie balik kerja menggelupur lari kat pintu.. boleh tercampak benda kat tgn kalau dgr bunyik motor bapak dia.. kalau aku yg balik kerja dia buat tak heran je... panggil banyak kali pon buat taktau.. toleh pon tak!  menaikkan darah betul.. tu yang kadang terus dukung peluk ketat2 sampai meronta2 dia aku keje kan.. sapa suruh sombong?

kalau dia hisap jari, apak dia je boleh tegur suruh jgn hisap jari.. cuba kalau aku tegur buat derk je..eh ada petua tak supaya anak tak hisap jari??? dah genting dah aku tgk ibu jari dia...

Aleesya ni cakap lambat sikit banding ngn kakak2 dia.. tapi kalau character upin ipin kemain laju cakap atok, opah, kakros, upin ipin, mei mei.. takpelah pelan2 kayuh ye leecha yer..

leechaaaaa.. sayang leechaaa sangat2 hahaha tetiba je taktau nak tulis apa pasal kenit ni.. eh tapi dia garang.. pak radie cakap ikut aku hahaha.. kalau dia duduk senget jgn nak betulkan, mengamuk kang.. nak suap x leh sebab nak makan sendiri.. bajet terror la sangat.. kalau tgk upin ipin kemain pandai siap ketawa terbahak2 kalau ada scene dia rasa lawak... eh rasa nak tumbuk je over sangat dia ni tau.  tido ganas leh tahan.. tapi yg selalu kene 'kaki' haruslah bapak dia hehhe.. sayang lebih harus dikaki-kakikan hehhe..

pasal kuat melalak pon dia gak yg terror.. x de apa pon melalak kemain over.. tapi kenit ni lah yg menghiburkan hati.. sementara kecik ni lah nak gomol2.. dah besar mcm kasih and amaani dah x de nak gomol lagi dah.. masing2 dah besar, buat aktiviti sendiri kadang main berdua je dah x layan kiter lagi dah :(

eh ko dah kenapa emo sangat ni Pillaaaaa? ok lah saja nak sembang2 pasal anak2.. 

selamat berhari minggu you olls!!!

BERNIAGA DI SARAH HUGHES GLOBE.

$
0
0
Hoi ni cerita berapa minggu lepas dah heheh.. Sorry ai is busy u know.. Tapi tetap lah nak abadikan jugak di dalam blog nie.. Bukan senang ye nak tengok Pak Radie turun padang tolong Kak Pilla ;) 

Actually dah janji ngan Peej untuk sama-sama jual TheKasihsShawl kat Sarah Hughes Globe ni masa tu.. Tapi Peej pergi vacation kat Mabul pulak.. So date tu clashed.. Pak Radie pulak offer nak tolong.. Eh boleh sangat lah, apa salahnya... 

Jualan ni actually berlangsung selama 2 hari.. Jualan langsir kat Sarah Hughes Globe ni sebenarnya khas untuk blog readers Moon.. So siapa yang datang 2 hari (Sabtu dan Ahad) akan dapat harga terpaling paling paling istimewa.. Langsir murah-murah, dan jangan ingat langsir dia kgdotcom ye.. lelawa sampai Kak Pilla rembat dua helai nak buat alas meja ngeh ngeh..

Ceera jual shawl hari Sabtu, Kak Pilla jual hari Ahad.. Tapi ahad tu pun Ceera ada sebab Ceera adik beradik pon ada jual benda lain seperti pin tudung (Kak Ira) dan BBCream by Seqy Beauty. 

Over sangat nie hahah.. Kak Pilla ni jenis pemalu sikit nak berniaga-niaga macam ni.. Tak biasa huhu.. Tapi Pak Radie selamba badak je, so tetiba aku pon jadi selamba... Pak Radie duduk sana banyak membantu sebab mulut dia bising.. Asal ada orang naik je escalator tu memang ngam-ngam akan muncul depan meja kitorang.. dia mesti "Kak, singgah kak.. tengok-tengok shawl mana yang sesuai".. orang belek shawl nak amik sehelai dia memekak lagi "kak, sehelai tak cukup kak.. pastu acu-acu kat muka orang tu kaler lain.. "Kak ni meletoppppp kak.. sesuai dengan muka akak".. dah tak pasal orang kene beli lebih dari sehelai.. pas orang bayar.. dia sambung lagi "Kak, kalau dah beli shawl, kene lah beli pin tudung kak, tu tengok lawa-lawa pin tudung kat meja sebelah.. lepas beli pin, akak mesti lapar, boleh pegi table hujung sana beli kuih tart pulak".. Ya ampun, pitam orang yang nak membeli tu.. terpaksa kak pilla tebalkan muka kejap hahahhaha.. 

Pastu asal ada orang lalu je Pak Radie beliakkan mata sebab dia cakap haku pemalas.. duduk je tau.. Eh ye lah.. malu lah nak panggil-panggil orang.. kalau orang nak dia datang je beli.. hahahha.. i tau meniaga online je.. jual depan-depan ni kekokkkkk.. apa guna i bawak assistant kan? hah, buat lah kerja, suruh orang pulakkkkkk... 

Ni first customer kiter.. Jauh datang dari Pahang kalau tak silap.. dia beli langsir rasanya.. rupanya dia dulu kerja kat Hospital Putrajaya sesama dengan arwah adik aku.. terima kasih ye beli shawl.. kalau ada berkenan warna lain boleh email or whatsapp je Peej ok?

Group Photo jap bersama Moon, family Noh dan Ati kuih Tart (hujung paling kiri, sebelah Ceera)

Sepanjang duduk sana aku duduk satu kerusi ngan Ceera.. Tak de lah bosan bila diorang ada.. pastu memekak je lapa lapa lappppaaaaaa... 

Ni customer kite jugak.. tak dapat amik gambar dengan semua customers sebab kengkadang lupa.. Terima kasih daun keladi ;)

Jangan carik pasal tak kenal siapa Moon ye.. Moon salah seorang yang try skincare baru kitorang.. Masa ni dah almost 1 week kot Moon try.. selalu lah update cemana kulit muka, semakin jelita tak? hahahha.. makin cerah kan muka we olls ;)

dan lagi.. kejap kang bergambar.. kejap kang bergambar lagi.. penat bergambar je haritu hahaha

Masa kat Sarah Hughes Globe haritu Kak Pilla jual warna-warna baru yang belum release kat blog lagi.. 

Lawa kan.. Kak Pilla beli hitam putih tu.. dengan sehelai lagi dah tak ingat warna apa.. 


aku tanya Moon.. Apa tu BMP? rupanya Blog Moon Price.. RM15 / meter.. kain semua berkualiti.. macam-macam jenis.. 

So siapa yang mencari langsir boleh datang Sarah Hughes Globe Level 7.. langsir dia cantik, tak kg.. so jangan risau ye.. 

Sepet datang lambat.. Eh budak kecik ni haku geram betul tau.. asik sumbat penumbuk dalam mulut dia.. Baby Qaiser yang comel macam anak mat salleh ;)

Seharian berniaga petang tu tutup kedai terus ajak Pak Radie makan.. 

Makan Nasi Briyani Mahboob kat Bangsar.. Sampai sengkak lah perot kekenyangan.. Seronok sangat berniaga kat sana.. Thank you Moon sebab jemput Kak Pilla berniaga kat sana.. Thank you buat Sarah Hughes Globe management jugak sebab memberi peluang kepada kami untuk berniaga ;)

________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Ramai yang dok tanya warna apa lagi yang available??? so korang boleh pilih ok.. Ada certain warna yang tinggal sehelai dua, dan ada yang masih banyak ;)

Chiffon Shawl
5 warna yang still available untuk di grab.. Harga masih lagi:
1 helai RM35
3 helai RM100
4 helai RM130


Satin Silk Shawl 

Cuma 5 warna available.. sehelai RM85. 

boleh tengok details ukuran kat ig @peachhub

Untuk order boleh email framekasih@yahoo.com or whatsapp Peej 012-2758575

Love, 
Filla.

KISAH TV DAN KEDAI BUKU.

$
0
0
Update di tengah malam yang sunyi bertemankan bunyi kipas betul-betul atas kepala.. Bulu roma meremang.. ini bukan cerita seram, ini kes rasa nak demam.. Badan rasa sejuk sikit, bernafas cuma melalui satu lubang hidung.. yang sebelah kanan dah tak function.. 

Tapi sempat jugak keluar malam sebab Pak Radie ajak gi amik tv.. Ni pun bukan cerita best.. Bukan gi amik TV baru 80 inci ye.. Ni kes tv kat rumah kene panah petir.. Huarghhh tensi ok.. So pegilah tadi, rupanya tak boleh buat.. Ntah lah dengan kepala aku tak berapa nak betul nie, aku langsung tak paham Pak Radie cakap apa.. Yang aku tau tadi dia ajak gi amik tv.. Pastu dia duduk berejam nunggu tv.. ku ingatkan siap lah.. rupanya dia angkut balik tv masuk kereta pastu cakap tv tak leh buat.. whattheheck haku tunggu berejam dalam kereta pastu kata tak leh buat? pastu ajak keluar tadi cakap nak amik tv dah siap? ni siapa yang demam ni? whateva.

Dalam perjalanan nak gi makan Pak Radie tanya, "eh, tv kat atas tu ok ke? bawak turun lah" aku pandang dia dengan ekor mata je.. "Pa, tv kat atas tu tv zaman batu, mana ada orang pakai dah"  pastu dia terus jawab "oh, tak leh lah, sebab guna astro" ntah ko jangan tanya aku.. aku bukan paham apa kene mengena tv ni ada sambung astro ke apa.. yang aku tau, aku stress tv takde.. pastu bila tanya "berapa lama kita takde tv ni?" dia kewl je jawab "ntah lahhhh, tengok lah nanti rajin anto tempat lain pulak".. 

Ok cun.. dia kalau cakap "tengoklah" memang kalau tak bulan depan, insyaAllah bulan lagi satu.. Nasib lah aku ni bukan kaki tv.. takde tv aku ok je.. Tapi ni cemana kes ni? jawapan dia kene beli tv baru ke apa??? Hoi tak de bajet nak beli tv.. bajet aku benda lain.. tetiba tv ni pulak buat hal.. Ok lah anak-anak, jom kita layan ipad je.. Upin Ipin pon boleh.

Tadi tengahari lari kejap nak settlekan buku sekolah Kasih.. Sampai je kat bookshop tu ada lah 4 orang parents kat depan tingkap bookshop tu.. Haku ni dah berpeluh-peluh nie.. slip darjah 4 tu pun tak boleh nak amik sebab bersesak pulak kat depan tu tak reti nak berganjak.. So aku bediri belakang tu pasang je lah telinga.. Masing-masing merungut tak dapat beli buku sebab buku takde.. Ini apa kes plak nie.. haku dah berpeluh-peluh ni, buku plak takde.. dah tau buku takde, kenapa bukak pulak bookshop ni.. yang akak kat depan tu kemain bising mulut dia.. dia siap mintak nombor telepon Indian lady yang jaga kedai buku tu.. Dah salin nombor tu dah lah.. mintak pulak nombor assistant orang sebelah tu.. Orang dah ramai kat belakang ni kak oi.. Last-last dah dia suka sangat dok depan tu, aku pon jadikan lah akak ni perantara.. "Kak, boleh tolong amik slip darjah 4?".. Bersemangat akak ni suruh Indian lady tu carik.. pastu dia pass kat aku kat belakang.. Aku tanya lagi "Kak, buku darjah 4 takde jugak ke?" then dia pusing pandang aku "Takde".. okkkk.. "Kak boleh bagi nombor telepon yang akak salin tadi tu?" dia pun bagi salin.. pastu aku tanya lagi "Kak, agak-agak bila buku ada?" pastu dia jawab "kena tunggu stok semua sampai baru boleh datang kot"..

Ni aku tak tanya auntie kedai buku.. ni aku tanya akak yang nak beli buku tu.. sebab dia tak nak berganjak dari situ.. so baik aku tanya dia je.. 

Tapi aku ada banyak lagi soalan nak tanya sebenarnya.. tapi paling aku rasa nak tanya ialah "kak, buku anak akak takde sebab stok tak sampai lagi.. kenapa akak tak nak balik?" Tapi tu kongajo namanya.. Sudahnya dengan hati yang sedikit hampa aku melangkah pergi.. Peluh mengalir turun setitik demi setitik dari dahiku.. Hati kecewa penat lelah hari ini tak menghasilkan apa-apa.. pulang dengan tangan kosong.. harap Kasih tahu menilai dan menghargai setiap titik peluh ibunya yang jatuh membasahi bumi... Ek eleh, lek aaaaa.. masuk kereta bukak aircond.. kejap je peluh dah kering.. jangan nak poyo sangat mama...

Harini mungkin bahasa novel 40 bab.. Selalu jadi macam ni kalau kondisi badan tak berada dalam keadaan baik.. Harap esok aku akan ok dan kembali normal... Itu saja laporan malam ini.. Eh tapi aku still terbayang muka akak yang tak nak berganjak dari kedai buku.. mesti Auntie kedai buku pon tak boleh tidur malam ni sebab terkenang muka akak tu.. tapi mungkin Auntie rasa lebih tercabar sebab ada orang cuba ambil alih tugas dia sebagai penjual buku sekolah.

Ok aku gila.

Good Night.

Love, 
Filla.

Astro melancarkan 10 saluran baharu! #AstroHDUniverse

$
0
0
Hari selasa (11 November 2014) Kak Pilla berpeluang menghadiri pelancaran 10 Channel, 8 HD dan 2 SD baru dari ASTRO bertempat di Soju, Sunway.. Majlis pelancaran ni wowwwww sangat!!! gilang gemilang tak berkelip mata Kak Pilla ok.

Astro dan kita dah tentu tak dapat dipisahkan lagi sebab hampir di setiap rumah kita ada Astro kannn.. So Kak Pilla agak excited bila dapat tahu Astro is launching 8 HD and 2 SD channels.. Banyak tu.. dan antaranya ada jugak ZooMoo channel untuk kanak-kanak.. Kat rumah tu yang pegang remote control dah tentu lah anak-anak.. Nanti Kak Pilla cerita lebih detail lagi tentang 10 channel baru di Astro ni..

Di perkarangan pintu masuk Soju.

Selepas registration, Kak Pilla di bawa masuk ke dalam ni.. Wow feeling dia macam nak masuk tengok wayang :) gempak sangat ni.

Tercengang sekejap bila melangkah masuk.. Dalam suasana samar-samar terpampang character-character handalan yang bakal menemui kaca tv anda.. Your New HD Universe!!!

Antara bloggers yang bertuah menghadiri launching of HD New Channel di ASTRO.

Orang ramai mula memenuhi ruang dan menunggu kemunculan Mr. Henry Tan selaku COO of ASTRO.

ASTRO Go Beyond, memang dah betul sangat tu.

Kami dihiburkan dengan muzik rancak dari sekumpulan abang-abang hensem ni.. Kak Pilla dah goyang-goyang kaki dah time nie hehehehehe.. rancak dan bersemangat sangat :)

Kemudian dalam suasana yang akan mendebarkan Mr Henry Tan, COO of ASTRO diiringi keluar oleh stormtroopers bersenjata.. Amboi dah macam tengok movie hahahah.. 

Ok now Kak Pilla nak terangkan dengan lebih terperinci mengenai 10 Channel baru dari ASTRO.

Kini kita boleh menikmati drama, sitcom, sports, movies, documentaries dan banyak lagi kerana kesemua 10 saluran baharu ini akan bersiaran bermula 16 November 2014 dan mengandungi 8 buah saluran Berdifinisi Tinggi (HD) dan dua buah saluran Definisi Standard (SD)

Dulu saluran HD Astro bermula dengan hanya empat buah saluran HD yang dilancarkan pada tahun 2009 dan kemudian meningkat kepada 40 buah saluran.  Kini dengan pelancaran lapan buah saluran HD menjadikan keseluruhannya 48 buah saluran HD.  Syabas ASTRO!  Dengan penambahan 10 saluran baharu ini, para pelanggan Astro kini mempunyai pilihan lebih dari 180 buah saluran yang ditawarkan menerusi pelbagai pakej menarik.. Pilih je nak yang mana ;)

Pelanggan HD channel boleh menonton kesemua sepuluh HD dan SD channel baru ini secara percuma dari 16 November hingga 28 February 2015. Semua pelanggan ASTRO HD juga boleh menikmati access to Astro on the Go (AOTG) dari 1 Disember hingga 8 February 2015 (tertera pada pakej)

Kini pelanggan Astro HD boleh menikmati 9 preview channels (8HD/1SD) dari 16 November 2014 hingga 28 Februari 2015.

ASTRO turut melancarkan dua pakej baharu iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada para pelanggan mengikut pilihan pakej mereka.  Fans Pack yang boleh dilanggan dengan bayaran RM99 sebulan, bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.

ASTRO Super Pack Plus yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaharu, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro On Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro's Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play.  Pelanggan Astro PVR dengan Super Pack akan menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 3 Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015.

Yuran HD juga akan dinaikkan dari RM20 ke RM25 bermula 1 Disember 2014, ini merupakan kenaikan pertama semenjak perkhidmatan HD diperkenalkan pada tahun 2009.  

Kak Pilla paling suka DIVA Universal HD coz channel ni memang sesuai untuk perempuan heheh.. ada drama, movies dan dynamic reality shows.  Paling suka tengok SupermodelMe S5 Sirens, The Good Wife S6 dan Brooklyn Nine-Nine S2.. Layaaannnn hahaha... Eh lagi satu Kak Pilla suka tengok FYI HD di channel 736.  dia macam contemporary lifestyle.. korang boleh tengok lifestyle programming ada mix of reality sikit, ada culinary utk yang suka memasak, ada home renovation untuk yang suka deco-deco rumah pastu siap ada makeover series yang Pak Radie suka tengok jugak :) 

DIVA Universal HD (CH723)

Tapi selalu berebut dengan The Kasihs sebab diorang suka Zoo Moo kat Channel 619.  Tapi Kak Pilla tak halang sebab channel ni bagus sebab ada educational bukan kartun semata-mata.. Budak-budak boleh belajar "All about animals" so budak-budak boleh explore the animal world dengan cara yang paling entertaining dan interactive.. So boleh lah diorang kenal animals.. Jangan jadi Kasih ye.. Sebab haritu Elly cerita Ameera yang 9 tahun sebaya Kasih tu tak tau lalang tu apa, dia ingat lalang tu sayur boleh makan.. Bila test Kasih pulak, Kasih apa tu lalang? Dia muka confident, lalang tu belalang lah! OMG.. Pasni kita tengok channel yang boleh bagi dia learn something sikit.. Zoo Moo bagus sangat. 

ZooMoo (CH619)

Kini ada 48 HD Channel di ASTRO.. Satu pencapaian yang sangat membanggakan!

Tahniah kepada pihak ASTRO dan semua pihak yang terlibat menjayakan pelancaran 10 HD Channel baharu di ASTRO.

Sebelum balik kami dihidangkan dengan makan malam yang sedap dan persembahan menakjubkan dari 2 orang gadis yang beraksi dengan gelung.. Kak Pilla tengok dia pusing-pusing kat gelung tu terus sakit perut.. Tinggi tu kalau jatuh caner? hahahahaha.. 

So mari lah kita menikmati 10 Channel HD dan SD baharu ni dengan gembira ye.. yelah Astro ni dah dinikmati 4.2 juta isi rumah dan 16 juta penonton serata dunia ok.. Syabas Astro! Semoga dengan peningkatan dan kemajuan melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menghiburkan kami semua, Astro akan sentiasa menjadi peneraju kumpulan media di Malaysia dan Asia Tenggara.  Syabas!

Visit www.astro.com.my for details.


Love, 
Filla.

YEAR 2015

$
0
0
Dah tak lama lagi nak habis 2014.. Tak lama lagi 2015 pulak menjelma.. So korang jenis suka ke kaji apa achievement sepanjang tahun? Aku jenis biasa je tak de nak buat kajian ke apa.. Namun tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan cuba perbaiki kehidupan, cuba perbaiki diri.

Alhamdulilah sepanjang tahun 2014 semuanya berlalu dengan baik.. Ntah? ke aku tak ingat apa yang dah terjadi sepanjang tahun tu? Aku pun takde membazir benda tak tentu arah.. So kat situ dah kira penjimatan dan tak boros.. Konon lah.. Tapi rasanya macam 2015 ni tahun yang akan keluar banyak uwang.. huwaaa nangislah camnie..

Ini antara plan 2015.. Tapi ni plan aku lah.. aku kalau buat plan memang terror tapi lepas tu senyap je hahah.. Takpe kita list down dulu.. Nanti mana yang lebih penting kita dulukan.

1. Buat Feature Wall
Ni dah bertahun aku rancang.. Dah lama sangat aku berkenan wood feature wall, cuma aku tak pasti nak tempah dengan timber flooring atau nak buat sendiri atau macamana.. Nanti nak push Pak Radie sikit.. Tapi kalau dia offer nak buat sendiri, takpelah.. ai tak setuju. muahahhahahaha.. 

2. Gantung painting
Ni pon dah ada dah panting besar tinggi beli kat Bali dulu.. Ingat lagi betapa gigih beli painting kat Bali masa bercuti berdua ngan Pak Radie dulu.. Kira habis duit beli painting je.. pastu jimat cermat makan McD je kat sana.. Masalahnya sebelum gantung painting tu nak kene make sure dinding kat tangga tu ok.. contoh nak kene cat balik ke? or nak pasal wall paper ke? Tu yang sampai ke sudah tak gantung lagi.. Selain alasan Pak Radie sebab bahagian tangga rumah kitorang tu terlalu tinggi so kalau guna tangga yang ada kat rumah pon macam tak sampai.. So kitorang hold dulu.. Yelah kang kalau aku push-push dia jatuh tegolek sapa susah? Hakak jugak yang nangis kang.

3.  Beli TV
Sebab tv kitorang dah kene sambar petir haritu.. So ingat nak repair dan letak je yang tu kat master bedroom.. So nak beli TV baru besar panggung wayang letak kat feature wall baru.. rumah aku kan banglo lapanbelas tingkat.. haruslah tv besar panggung wayang.. ok tak kelakar.. 

4.  Nak balut sofa
Sofa antik dua ketul yang leather tu abang aku bagi sebab dia dah tak nak.. So aku ngan Pak Radie suka sebab dia nampak macam buruk-buruk.. Kitorang suka yang buruk-buruk.. lagi buruk lagi klasik.. Tapi sekarang kerusi ni bukan lagi buruk, dah rabak dah tempat duduk tu.. Budak-budak kat rumah ni suka beraksi macam sarkas.. terlompat sana sini.. sampai koyak kusyen tu.. So aku plan nak tukar leather tu kepada fabric yang kasar sikit tu.. dan nak amik colour yang tahan kotor macam kelabu ke.. dark brown ke.. Sukati ko lah pastu nak lonjak ke nak tebalik ke... 

5. Nak simen bawah fridge
Siapa ingat kisah bawah fridge aku tu silap ukur so bila letak peti ais.. bawah tu tak leh support sebab tak cukup lebar tapak yang Pak Radie buat tu.. So sekarang petiais aku tu, bawah dia konsep klasik sebab pakai batu bata je nak support.. tu namanya seni ye.. Ni pun kes bertahun-tahun dah.. Aku akan pastikan 2015 dah tak guna batu bata.

6. Dinding luar rumah
Pak Radie ada bagi idea nak tukar batu-bata untuk dinding luar rumah yang antara rumah neighbour dgn rumah kitorang tu.. Oh yang tu aku suka.. baru ada feeling-feeling buruk dan rumah tak siap.. Feeling-feeling lepak kat cafe pon ada.. boleh OOTD background batu bata pasni.. 

7.  Pintu bilik air dan pintu dapur
Aku rasa macam nak tukar pintu bilik air dengan frame-frame dia sekali sebab dah reput.. Sebab benda tu dalam bilik, so plan tu lambat nau nak realisasikan.. Tapi takpe.. sebelum pintu bilik air ni roboh sebab reput, inshaAllah akan pastikan 2015 ni kita tukar baru.  Pintu dapur takde masalah, tapi macam kalau tukar yang lawa sikit tu lagi ok kot kot kot?

8.  Cermin meja makan
Haaaa ni yang paling utama sekali nak tukar.. Yang ada sekarang ni dari rumah lama, so aku tak suka sebab nampak tak balance dengan keluasan dinding.. dinding luas cermin kecik.. Ergh tak kene langsung.. Rasa nak tukar tapi masalahnya aku tak berkenan frame-frame cermin kat kedai bingkai tu.. Aku nak frame dia ala-ala cermin kat British India tu.. Tapi kat British India cermin besar gedabak yang frame dia kayu ukiran buruk tu semua harga dalam 3K.. telan ailio kejap.. Paaaaa tolonglah fikir mana nak carik kayu buruk-buruk nak buat frame cermin besar????

9.  Nak beli kereta
Tahun 2015 kereta yang kitorang guna sekarang ni akan habis bayar.. Lama dah kot kereta tu since 2006 kalau tak silap.. Dah selayaknya tukar baru.. Tapi aku sayang sangat kat kereta sekarang ni so kenapa nak jual? Biar jelah aku yang pakai.. So if ada rezeki 2015 amik kereta baru yang boleh muat anak-beranak yang dah ramai nie... Kereta baru boleh buat pakai weekend-weekend macam tu.. Aku gi kerja or gi mana-mana sendiri boleh guna je kereta sekarang.. Lagipun senang if ada 2 kereta.. Aku selalu keluar, so at least kalau aku drive, so ada lagi sebijik kereta yang Pak Radie boleh guna bawak budak-budak keluar dekat-dekat.. Dah ada dah dalam mind nak tukar kereta apa.. cuma hati berbelah bagi nak ini ke nak itu.. Ah macam tu... 

10.  Reward diri sendiri
Aku ni selalunya lastttt sekali baru pikir untuk diri sendiri.. Contoh handbag ke, orang perempuan mesti lah teringin nak pakai bag best-best sikit.. Bukan apa, kalau beli designer bag leather lah contohnya.. dia punya kualiti tu tahan lain macam.. Ko belasah cemana pun dia still akan ok.. Itu pendapat aku lah.. Aku ni dah lah lasak.. so kalau beli yang biasa-biasa je confirm jahanam aku kerjakan hahahahha.. Tapi aku ni sayang sikit duit nak beli bag hahahahha.. Untuk barang dalam rumah aku ok.. Guna duit untuk travel pon aku ok..Tapi tengoklah rasa macam nak reward diri sendiri jugak.. Eh tengoklah cemana.. masa ni baru tetiba keluar pepatah "alah membeli menang memakai" eh tetiba je time-time ni nak keluar slogan.. Haishh Elly nak gi travel tu... dia dah tanya dah tu nak kirim bag apa.. I hetchiu Elly.. suka buat ai pening kepala.

Cukup kot 10 wish list ni dulu??? Belum tentu terlaksana 2015 nie.. Tapi takpe, pelan-pelan kita laksanakan ikut kemampuan dan masa.. 



Love,
Filla.

LAGI WARNA-WARNA BARU BY THEKASIHSHAWL.. LAI LAI LAIII....

$
0
0
Warna baru lagi untuk Chiffon Shawl by TheKasihsShawl.  

Macam biasa ada 4 warna baru yang harus dimiliki ye... Few colours ni Kak Pilla dah pakai banyak kali dah kot hahahah.. certain untuk event-event yang Kak Pilla attend ;)

Ramai customers Chiffon Shawl ni dah tak nak pakai shawl lain selain TheKasihsShawl.. Wah terharu Kak Pilla dengar.. Bukan nak up cerita ke apa.. tapi Kak Pilla sendiri dah tak pakai chiffon lain selain dari TheKasihsShawl.. Maybe sebab Kak Pilla punya shawl so dah tentu lah pakai sebab nak promote kan? Tapi rasanya jujur bukan sebab semata-mata nak promote kot.. Memang selesa, sejuk dan flowy sebab tu Kak Pilla sendiri suka.. Selalu je Kak Pilla pakai cuma malas nak amik gambar je hahahaha.. Siapa yang dah try ramai yang mengakui.. siapa yang belum pernah try, marilah try dan rasakan sendiri ;)

Lighting maybe lain utk photoshoot outdoor dengan photoshoot indoor untuk warna shawl nie.. So sebab tu Kak Pilla tetap akan rajinkan diri untuk pakai dan snap gambar supaya customers dapat tengok sendiri.. 

 Ini namanya gaya pemalas.. hahahaha.. Kalau pakai elok-elok confirm lawa.. Tapi Kak Pilla rasa nak pitam keluar masuk nak shoot banyak kali.. So terimalah seadanya ya..

CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm

PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

PROMOTION PRICE
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
Buy 3 - RM100
Buy all 4 colours at RM130 only

HOW TO PURCHASE

Email : framekasih@yahoo.com

or

Whatsapp (Peej): 012-2758575

__________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Chiffon Shawl warna lama tinggal iceberg je.. pon boleh campur dengan 4 warna baru (gambar di atas) 

Satin Silk Shawl pon limited.. Anytime akan dipangkah sebab sold out.. So hurry, wedding banyak kan nak attend cuti sekolah ni :)

Jangan lambat-lambat ye.. Selalu je warna dah habis baru nak beli.. Kang Peej stress kang camne? Eh tetiba salahkan Peej hahahahah..

"Happy Shopping"



Love, 
Filla.

KEKALKAN GAYA HIDUP AKTIF.

$
0
0
*scroll down for new entry*

Rutin harian Kak Pilla bila balik kerja ialah bawak anak-anak beriadah kat depan rumah.. Selalu berdoa agar tak hujan petang-petang.. Especially sekarang ni tengah cuti sekolah, so dah boleh bayangkan diorang terperap je dalam rumah seharian.. Confirm bosan duduk dalam rumah.. So bila Kak Pilla sampai je rumah diorang mesti lompat-lompat seronok sebab dapat main basikal kat luar rumah..

Kak Pilla sebagai ibu memang sangat mementingkan kesihatan anak-anak.. Selain sihat, Kak Pilla juga pastikan anak-anak sentiasa aktif dan bertenaga.  Bila mereka mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, ini dapat membantu tumbesaran, perkembangan dan tahap fizikal yang kuat.  Selain dari tu, anak-anak boleh mencapai berat dan tinggi yang seimbang.. Apa caranya? Minum Susu MARIGOLD UHT!  Entry yang lepas Kak Pilla ada mention yang Susu MARIGOLD UHT mengandungi Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus yang bagus untuk tumbesaran anak-anak. 

Setiap kali anak-anak beriadah kat luar, Kak Pilla akan bawak biskut-biskut dan minuman.. The Kasihs sekarang ni memang Kak Pilla pastikan minum minuman berkhasiat seperti Susu MARIGOLD UHT.. 

Ada perisa coklat, strawberry, Full Cream milk dan Low Fat milk.. So diorang just pilih je nak minum perisa apa, semua pun diorang suka sebab sedap..

  Entry yang lepas Kak Pilla ada mention yang Susu MARIGOLD UHT mengandungi Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus yang bagus untuk tumbesaran anak-anak. Inilah yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk kekal sihat dan aktif..


Susu MARIGOLD UHT dah tentu minuman berkhasiat dan memberi pelbagai kebaikan untuk anak-anak.. Kak Pilla tak suka bancuhkan air manis-manis dengan kandungan gula yang tinggi untuk hidangkan buat anak-anak.. Kak Pilla selalu mention yang kita mesti minum air kosong banyak-banyak dan minum Susu MARIGOLD UHT supaya sihat ;) Elakkan minuman yang tinggi kandungan gula, especially untuk anak-anak.. Maybe Kak Pilla dah didik diorang dari kecik lagi supaya tak minum air yang mengandungi gula yang tinggi, so diorang pon tak suka sangat minuman manis.. fuhh lega hehe

Bila diorang beriadah, Kak Pilla akan perhatikan gerak-geri anak-anak.. Risau kalau terjatuh, tapi kalau terjatuh jugak, tu biasalah kan? Anak nak membesar memang macam tu.. kalau jatuh, muka macam nak nangis, cepat-cepat Kak Pilla pandang tempat lain.. tak nak manjakan sangat, nanti lembik tak aktif hehee.. Eh tapi kalau teruk memang laju-laju dukung laaa..

 Bila anak-anak bersukan, sometimes Kak Pilla akan join sama-sama supaya diorang happy.. Bila anak-anak tengok parents dia aktif, ini sedikit sebanyak akan mendorong anak-anak untuk turut bersemangat mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.  Pak Radie pun selalu melayan anak-anak dia bersukan.. Kalau Pak Radie balik rumah awal, kadang diorang main bola kat depan rumah, kalau diorang main bola, Kak Pilla tengok dari tepi je sambil tepuk-tepuk tangan hahaha...

 Kasih dengan Amaani selalu main sama-sama.. kadang tu bergaduh jugak, tapi sekarang nampak macam dah kurang bergaduh.. sebab petang-petang diorang boleh berbasikal happy je..

Aleesya tu dia kecik lagi, so Kak Pilla akan monitor dan melayan Aleesya je kat tepi tu sambil hulur biskut dan minum Susu MARIGOLD UHT.. Aleesya ok je, full cream, strawberry, low fat milk or chocolate semua pon dia suka.. 

Dah tinggi, dah besar, dah anak dara dah Amaani kan?  Sedar tak sedar dah tinggi dah dia.. Huhu sedihnya bila tengok anak-anak cepat membesar macam ni.. Eh anak tinggi pun sedih.. sepatutnya happy hahaha.. Ingat ye, jangan berhenti memberi anak-anak minum susu.. susu mengandungi kalsium yang tinggi, kalsium kan baik untuk tulang dan gigi.. So jangan ragu-ragu untuk pilih Susu MARIGOLD UHT sebab Kak Pilla ni walaupun dah tua tapi masih minum susu.. Nak sihat kita kena jaga badan kita.. dari kecil kita pastikan kita consume food and drinks yang healthy.. 

Sebab tu dalam masakan pon Kak Pilla akan pastikan ada ayam, ikan, sayuran, kekacang dan buah-buahan supaya mendapat nutrisi yang seimbang.  Nasib baik anak-anak Kak Pilla tak de masalah minum susu.. I'm a happy mama u know..  

 Kalau pergi kedai, perhatikan Susu MARIGOLD UHT yang gambar lembu ni ya.. Budak-budak mesti excited sebab comel sangat kotak dia.. Yang penting tinggi khasiat dan sedap ;)

Susu MARIGOLD UHT boleh dibeli di semua leading supermarkets, hypermarts, convenience stores, petrol marts, minimarts and provision stores.  Layari www.marigold.com.my/uht.html untuk maklumat lanjut.

 

Love, 
Filla.

JOM TERJAH HiDY BOUTIQUE!!

$
0
0
 Baru-baru ni Kak Pilla sempat melawat satu butik kat Wangsa Maju, KL.. Kitorang pernah pegi area sini tapi tak singgah pulak kat HiDY boutique ni.. Kali ni pergi ajak sekali Elly and Peej.. Masuk je sini terus macam Wowwwwww!!! teruja sebab baju-baju kat sini mostly memang taste Kak Pilla.. Kebanyakan collection kat sini sesuai untuk pelbagai bangsa.. tak kira Melayu, India atau Cina.. 

Pertama sekali Kak Pilla jatuh cinta sebab fabrics dia mostly dari linen and cotton.. Ingat tak haritu kes Kak Pilla nak beli baju nak bawak gi Phuket tu? Melilau carik baju putih kain linen tu.. Nampak kat Island Shop and British India tapi harga dia rasa nak tikam diri sendiri hahaha.. So siapa yang suka type-type baju macam tu memang Kak Pilla recommend korang datang sini.. Confirm tak menyesal ;)

 Apa yang menariknya kat sini ialah baju-baju kat HiDY ni lebih variety dan colourful.. Suka sangat hehehe.. So takde lah semuanya putih.. warna-warni sangat.. Lagi satu Kak Pilla suka sebab banyak yang ala-ala kurti style.. boleh pelbagaikan nak pakai dengan jeans boleh, pakai dengan palazo pon ok.. pakai dengan kain pon ok!! HiDY boleh dibeli di FashionValet dan Zalora juga.  Search for HiDY je dekat website dorang or shop online at www.hidy.com.my :)

 Terberkenan pulak kat baju ni so Kak Pilla pilih baju ni.. dah bayangkan nak pakai dengan white pants nanti ;) 

 Baju yang Kak Elly pakai ni pun cantik.. bezanya ni warna hitam.. Kak Elly pon confuse nak putih ke hitam.. Takpe Kak Elly dah siap cakap awal-awal haritu nanti time sale dia nak kirim Kak Pilla belikan warna putih sebab dia dah fly masa tu.. 

 Satu lagi yang menarik di Hidy ni ialah baju untuk PlusSize pon ada.. Yeayyyy.. Peej pon terjebak jugak.. Tapi Peej tak amik yang dia try orange tu..
 Tadaaaa.. Peej berkenan yang stripes black and gray tu.. Yesss cantik dan sesuai untuk Peej.

Cuma masa datang sini Peej pakai seluar biru.. So dah tak match pulak ngan baju tu.. Takpe nanti pakai seluar hitam baru meletopppsss.. Yang Kak Pilla pulak tudung kemain merah lagi hahah..

 Popo Elly berkenan baju hijau yang dia pegang tu.. Oh collection kat sini ada macam-macam.. ada HiDY basic, ada HiDY essence, HiDY tradisional, exclusive.. eh macam-macam sangat collection dia.. 

 Let me introduce HiDY's Managing Director, Hidayah Hassan.. Orangnya baik, cantik, lemah lembut dan bersemangat kental ;)

 Baju Hidayah pakai pon lawa..

 Semua memakai HiDY's collection ;)

 Bersama salah seorang HiDY's team.

 Kak Pilla sempat snap gambar baju-baju dan kasut kat sini.. Oh kalau korang nak tau dalam butik ni terbahagi kepada dua.. satu ialah HiDY (pakaian) dan Cipela Shoes (kasut) dan untuk pengetahuan korang, Cipela Shoes ialah hand made shoes tau.. Kasut dia lawa-lawa so Kak Pilla dah sambar sepasang.. Elly and Peej pon sambar jugak :) Cipela shoes ada di jual di Isetan KLCC, FashionValet dan Zalora jugak.








 Baju kurung pon ada jugak..


 Kasut atas ni Peej dah sambar sepasang.. Kak Pilla nak sambar tunggu sale nanti.. hahahha.. Siapa umur baya-baya Kak Pilla mesti ingat ada satu masa dulu trend kasut-kasut macam ni.. Pakai palazo khakis, baju putih, kasut tali-tali guni.. gatal pon hentam lah janji style hahaha.. zaman tu lah.. zaman sekarang dah lawa-lawa macam ni.. Peej kata kasut ni pakai ringan gila macam pakai socks je.. macam socks bertapak feeling dia hahahaha...

 Masa datang sini mata rambang.. bila dah balik menyesal pulak tak amik yang hijau tu.. tengok kat ig @cipelashoes terus macam huwaaa menyesal tak amik hijau tu..



 cantik-cantik Cipela shoes ni kan? 

 Kak Pilla punyerrrrr... baju dan kasut tak sabar nak pakai :)

Ada satu lagi berita baik Kak Pilla nak share ngan korang... HiDY akan organise MAJOR SALE pada 25 Dec 2014 yang diberi nama FUKUBUKURO Day.. Kalau kat UK kita panggil Boxing Day.. Kira lebih kurang macam tu lah.. HiDY is the first retailer in Malaysia yang organise FUKUBUKURO Day. So apa yang best nya FUKUBUKURO Day pada 25 Dec tu nanti?


 FUKUBUKURO tu bermaksud "Lucky Bag" or "the bag that brings luck" or "the mystery bag"
Bags tu nanti akan diletakkan baju HiDY atau kasut Cipelas.. atau kedua-duanya sekali.. tak tau lah apa isi dalam dia, tapi harga barang dalam tu jauhhhhhhhhhhhhh lebih murahhhhhhhh dari harga sebelum ni.. dekat bag tu nanti akan ditulis retail price berapa rm.. dan bag tu boleh dibeli dengan harga berapa.. contoh nya retail price: rm400 (3 items) tapi bag tu cuma dijual dengan harga rm150.. korang paham tak? so jauh lebih murah, dan surprise lah sebab dalam tu kita tak tau ada apa.. dan jangan risau, sebab collection HiDY and Cipela Shoes sangat cantik.. so tak perlu risau ;)

 Kita pon tak tau apa kat dalam bags tu, yang penting ianya HiDY dan Cipales.. Ada 110 lucky bags priced at RM50, RM80, RM100, RM150 and RM200.. dan terdapat 10 lucky "envelope bags" selling at RM200.  HiDY akan release bags ni bermula pukul 11.00am dan setiap 2 jam.. seorang cuma boleh beli 1 bag sahajaok?  Diorang takkan release banyak-banyak sebab the bags cuma untuk the lucky person sahaja.. kenapa? sebab korang takkan regret lah, totally worthy of the price offered, so don't worry confirm berebut lah.. so cepat sikit sampai depan kedai ok? Oh ya, boleh exchange dengan orang yang beli bags tu jugak.. kira suka sama suka lah.. no refund or exchange at HiDY store ye.. boleh exchange sesama buyer sahaja.

Berita baik untuk yang plan nak beli Cipela shoes.. pada Fukubukuro Day tu nanti, akan ada 50% OFF untuk 2015 shoes yang belum release lagi.. 2015 latest collection pon ada 50% discount.. bestnyaaa.. Kak Pilla dah tengok sendiri handmade shoes dia dan try sekali, memang selesa dan cantik..

InshaAllah Fukubukuro Day ni akan berlangsung dengan meriah sebab akan keluar surat khabar sebelum sale ni nanti.. So akan ada liputan jugak masa tu.. Kak Pilla datang ke masa sale tu? Of course lah.. siapa lah nak lepaskan peluang kan? Memula nak gi amik Peej dulu pastu terus laju-laju sampai sana.. Takut lambat kang licin plak yang Kak Pilla nak tu..

Kak Pilla tau mesti yang bermain-main dalam kepala you all sekarang ni ialah mahal ke HiDY items ni? Mahal ke Cipela Shoes nie? Affordable percayalah ;)

CIPELA shoes akan dijual dari harga RM30+++
HiDY items akan dijual dari harga RM30+++

FUKUBUKURO SALE

25 December 2014.. Ingat ya, SATU HARI SAHAJA.. Tapi jangan risau buat customers lain sebab itu Fukubukuro Sale.. Tapi Sale biasa akan berlanjutan dari:

SALE!!!!
 25 Dec - 11 January 2015 (up to 80%)

Alamat HiDY :

No. 46, Lorong Dataran Wangsa,
Dataran Wangsa Melawati,
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

Masa Fukubukuro Day tu nanti, diorang akan pasang khemah semua sampai kat luar-luar ok.. 

Kalau nak cuci mata boleh tengok-tengok dulu mereka kat sini:

Hope to see you guys on the FUKUBUKURO DAY this 25th Dec 2014 from 11am to 9pm!!


Love,
Filla. 
 

RESEPI TOM YAM DAN RESEPI AYAM GORENG INDONESIA WITH WORLDFOODS.

$
0
0
*scroll down for new entry*

Hai korang ;)

Kak Pilla sekarang dah kembali memasak seperti sediakala.. Haritu kat Phuket kan asik mengadap tom yam je.. Sambil tu ushaaa je cemana diorang buat tom yam sedap sangat ni? Tak puas hati betul hahahah.. Kak Pilla masak tom yam guna paste yang dalam paket je.. Tapi bila masak nanti kuah tu tak pekat pon.. Macam cair je, tu yang selalu guna sampai 2 packet pon tak umph jugak.. Nyampah tau.

Sampai lah Kak Pilla berpeluang cuba Tom Yum Paste dari jenama WORLDFOODS nie.. Kak Pilla perasan produk WORLDFOODS ni paste dia semua ala-ala international gitu.. Vietnamese, Burmese, Malaysia, China, Thailand and India semua ada.. So Kak Pilla rasa nak try Tom Yum paste ala Thailand dan resepi Indonesian Sweet Tamarind.

Sabarrr.. bunyi dia je macam terror sangat kan.. Cara nak buat dia.. Alahai.. Pak Radie pon boleh masak kot hahahahaha... Sebelum tu meh Kak Pilla cerita serba sedikit dulu tentang WORLDFOODS ni.. Jangan risau ye, produk ni cuma gunakan 100% Non-GMO Natural fresh ingredients, ada pelbagai authentic Asian flavours, ada HALAL certified, Food Allergen Free, Trans Fat Free, Gluten Free dan tiada added Oil.. Jadi sila yakin ye... jangan takut-takut..


Kenapa Kak Pilla nak share resepi ni kat korang? Sebab nak memudahkan korang jugak.. Semua bahan dah ada dalam WORLDFOODS Tom Yum Paste tu.. So tak payahlah sibuk-sibuk nak letak serai, halia, lengkuas.. TAK PERLU!!! semua dah ada dah.. kan senang kan?


Kita hanya perlukan WORLDFOODS Tom Yum Paste sahaja ;)


Kak Pilla mesti letak daun ketumbar dan hirisan daun limau purut.. Sebab daun ketumbar tu yang paling penting nak sedapkan lagi tom yum kita.. dan bila ada daun-daun dalam masakan memang akan menyerikan dan menambahkan lagi kesedapan masakan ;)


Selalu Kak Pilla masak tom yam tak pernah tumis.. Tapi kali ni Kak Pilla tumis.. Jom tengok resepi dari Kak Pilla dan cara-cara nak masak ;)

RESEPI SEAFOOD TOM YUM THAI KAK PILLA
-4 sudu Tom Yum paste WORLDFOODS
-2 sudu makan minyak masak
-3 ekor sotong dipotong bulat
-10 ekor udang size sederhana
-2 biji tomato size kecik dibelah dua
-1 biji bawang besar dipotong petak
-4 batang anak jagung (baby corn)
-sedikit bunga kubis (cauliflower)
-1/2 batang lobak merah dihiris
-6 biji cili padi
-sedikit daun limau purut
-daun ketumbar
-garam

CARA-CARA
Panaskan 2 sudu makan minyak masak.. Kemudian tumis Tom Yum paste WORLDFOODS.. kacau sehingga paste berbau harum.. Kemudian masukkan air dan juga lobak merah.. tutupkan periuk dan biarkan mendidih sehingga carrot agak empuk.. Kemudian letakkan garam dan letakkan anak jagung dan bunga kubis.. Setelah sayuran agak empuk letakkan udang, sotong, daun limau purut dan bawang besar.. Pecah-pecahkan cili padi dan masukkan ke dalam kuah tom yum tadi..

Akhir sekali masukkan tomato dan daun ketumbar.. Kacau dan tutup api.. Semasa hidang boleh tabur lebihan daun ketumbar sebagai hiasan..

Ok telan ailio sekarang hahahah.. Pak Radie, Kasih ngan Amaani makan banyak.. bila tanya Pak Radie, mana sedap?? Tom Yum ni ke atau yang sebelum-sebelum ni.. Pak Radie kata ni lagi sedap.. Amboi terus kembang-kembang hidung Kak Pilla hahahah.. Padahal senang gila kerja Kak Pilla.. tak payah risau nak carik serai, lengkuas semua tu.. 

Ok now next recipe pleaseeeee!!!!  

Ini kalau suruh Kasih masak pon boleh hahhahahahahah.. Kak Pilla sibuk sangat weekend kan.. Tapi selalunya weekend kena lah masak jugak for lunch.. Pilihan yang bijak ialah masak benda yang simple tapi rasa dan persembahan mesti ada gaya Chef skit.. hahahahha.. Senang je kan jadi orang perempuan?? Memang lah bila fikir balik, Ishhh Kak Pilla tak penat ke? Kerja lagi, nak uruskan anak lagi, uruskan TheKasihsShawl lagi, sometimes attend event lagi..anak tuition nak hantar sana sini lagi.. Eh busyyyyy.. siapa cakap tak busy? Tapi Kak Pilla tetap akan masak.. bila ada benda-benda yang memudahkan kerja Kak Pilla seperti WORLDFOODS product nie.. memang terima kasihlah banyak-banyak hahahah... 

Ini lagi senang giler.. cuma perlukan ayam je ngan sauce ni.. perap dan goreng. siap.. cemana tu nak share resepi? senang sangat.. 

perap je camni.. 

Dan goreng.. so yang ni tak yah detail sangat lah yer resepi dia.. marinate je ayam tu guna WORLDFOODS Indonesian Sweet Tamarind Marinade.. kemudian masukkan dalam peti ais dalam 1 jam.. Kemudian panaskan minyak dan goreng menggunakan api yang kecil.. Rasa dia memang betul-betul macam makan ayam bakar kat Indonesia.. Tanya bibik, dia cakap macam ni lah ayam goreng kat Indonesia.. 

So inilah 2 lauk yang Kak Pilla sediakan weekend haritu.. Simple, Sedap dan Healthy.. Kak Pilla orang yang suka bekerja pantas.. Tak suka lambat-lambat sebab nak rehat cepat hahah.. dan Kak Pilla jenis suka masak kat rumah sebab nak pastikan kita sediakan healthy food untuk keluarga.. So bila dah ada produk bagus yang betul-betul healthy sebab WORLDFOODS ni hanya gunakan high quality ingredients, Kak Pilla bertambah happy.. So if korang pon macam Kak Pilla, jenis health-conscious tapi nak masak yang mudah, pantas dan sedap.. boleh lah cuba WORLDFOODS.

Selain dari 2 jenis products yang Kak Pilla guna, WORLDFOODS ada banyak lagi produk lain seperti Vietnamese Five Spice Bo-Kho Stir-Fry Sauce, Thai Yellow Curry Paste, Thai Turmeric Lemon grass Marinade, Thai Basil Chilli "Pad Ki Mao" Stir-Fry Sauce dan lain-lain.  Tu nak kene study dulu cemana nak masak hahahaha.. 

Oh, Kak Pilla nak buat give away to my readers :) Sebab ada 5 bottles of WORLDFOODS products nak diberikan kepada readers Kak Pilla.. Anda boleh pilih daripada 5 jenis produk untuk give away ni:
  • Burmese Tamarind Stir Fry Sauce
  • Thai Basil Chili 'Pad Ki Mao' Stir Fry Sauce
  • Vietnamese Five Spice 'Bo Kho' Stir Fry Sauce
  • Thai Red Curry Paste
  • Indonesian Sweet Tamarind Marinade / Stir Fry
Best kan?!

Anda cuma perlu lengkapkan slogan ini dengan tidak lebih dari 30 patah perkataan.. Sertakan bersama email address supaya kalau you all terpilih senang nak hubungi yeeee.. Slogan tu hantar kat ruangan komen entry ni ok???

 "I would like to take up the Worldfoods cooking challenge because..." 

atau

"Saya ingin menyertai cabaran memasak bersama Worldfoods dengan (produk pilihan anda) kerana..."

Janganlah kecewa sangat kalau tak terpilih sebab anda boleh dapatkan WORLDFOODS sauces kat supermarketni pon.

Nak tahu lebih detail tentang produk WORLDFOODS ni sila layari www.worldfoods.com.my 

GOOD LUCK!!! 


Love, 
Filla.

KL BIRD PARK

$
0
0
Kalau korang yang stay kat KL ni tengah blur mana nak pergi cuti-cuti sekolah ni dengan anak-anak.. Meh Kak Pilla bagi suggestion.. Sila lah bawak ke KL Bird Park je.. dah lah kat KL je.. tak yah nak pegi jauh-jauh hahaha.. Ni pon sebab kes hotel semua penuh musim cuti sekolah nie.. Try lah google hotel kat PD memang takde yang available hahahha.. 

So fikir punya fikir mana nak bawak berjalan ni.. Jom gi KL Bird Park je.. Dulu pernah pegi sekali je masa Kasih kecik.. Not bad lah dari nak kene gi Zoo huwaaa panas pastu jauh nak jalan.. baik kita tengok burung je.. binatang gak tu hahahah..

Kalau nak tau berapa Admission Rate for My Kad Holder:

Adult : RM25 (Normal rate : RM48)
Child : RM12 (Normal rate : RM38)

So sila bangga jadi orang Malaysia.. Oh lupa plak, siapa ada AEON card, Metrojaya card, Hong Leong Bank card, SOGO card and PLUSMiles card boleh dapat discount.. Berbaloi-baloi gak discount dia.. nak detail check kat www.klbirdpark.com sebab Kak Pilla penat nak citer hahahha..

Anak buah Kak Pilla datang sini cuti sekolah.. Tu yang nak bawak dia jalan-jalan sekali.. 3 dari bawah tu untuk child.. Aleesya tak payah sebab dia baby.. 

Teruja lah budak-budak ni nampak bird bersepah-sepah.. 

Kesian merak ni kan? dah tak cantik dan bulu dia.. tapi jangan risau.. banyak gila merak kat sini.. ada yang muka eksyen sebab dia lawa.. nyampah ai tau.

Masa ni tengah bird feeding.. yang burung lain tu staff tu campak betik.. so ok lah tengok.. sekali tetiba datang buruk tak lawa ni.. dia makan anak ayam... Huwaaaa tak suka!! muka dia dah lah scary.. makan pon anak ayam??? i hetchiuuuuuuuuu.... 

Pastu jalan lagi merata-rata dalam ni..

Dah penat jalan nampak ada Photo Booth macam tu.. So boleh bergambar.. dia charge RM35 per photo.. duduk lah longgok satu family dapat 1 gambar dia print kat situ jugak.

lawak tengok budak kecik tu nangis.. sian dia.. dia takut tengok burung hitam tu dah sama besar dengan dia dahhh hahahha


Gambar ni bibik tolong snap.. 

Amaani pon dah ketepi sebab takut ngan bird hitam tu.. Dhya dah nangis sebab terkejut pusing-pusing ada bird besar depan muka dia.. 

Udak Ngada Ngada heheheheh... Tapi Leecha ok tak takut pon burung..good girl Leecha.

Pastu ada tempat nak feeding bird lagi.. 

Bird pon kene minum susu ok.. untuk tulang yang kuat hahahahah.. Atok sibuk ngan pop corn dia hahah

Tengok tu.. bird yang takut ngan dia hahahaha

Wan kata "ko berak atas kepala aku siapppp yehhh"

Heheheheh comelll je.. Selalu kalau nampak bird terbang dia yang kecoh.. ni bawak gi sini.. hamek kau banyak gila bird.



Buah hatiku...

Rasa ada 2x bird show ni.. first pukul 12.30, lagi sekali pukul 3.. korang leh tengok kat map tu ada tulis show time.

Setiap bird tu ada penjaga dia.. ni yang pertama..

ni yang kedua.. bijak giler bird nie..


dapat hadiah naik kereta gi jalan-jalan hehe comel je..

Semua leka menonton

aksi seterusnya main slide 

next letakkan block ke tempat yang betul.

next pilih dadu ada kat mangkuk mana

bijak sangat nie..

bagi peluang untuk penonton pulak pusingkan mangkuk

ni nama nya bijak matematik.. siap kira pastu bunyikan loceng berapa kali untuk jawapan..

ni pon terror.. educate penonton supaya buang sampah di tempat yang betul.. burung pon pandai tau.. 

Sampai tertidur lah Leecha kepenatan ;)

tepi tu ada playground.. bagi budak-budak main jap kat sini sebelum sambung perjalanan.. sempat gossip ngan Wan tunjuk handbag mana nak beli kehkehkehhh

Aku tak tau lepas ni camera semua bagi kat Pak Radie.. so dia yang snap gambar-gambar.. 

ostrich ni dah kenapa mata selaput?

Ok dah ok.. hebat jugak camera i olls ni.. hehehe.. tak jadi lah tukar camera ;)

yang bestnya kat sini.. bird merata-rata.. sambil jalan dia pon bersepah-sepah kat tepi kita.. 

tengok tu.. lek je betenggek belakang Wan.. ingat betenggek kat bahu hehehe

haha kelakar gambar ni.. rasa macam wowowowwwwwwwwwoooooo dia nak terbang.. Wan dah takut ke apa.. 

selfie kejap ;)

cantik sangat lah awak nie.

Harap Dhya happy jalan-jalan ngan kitorang kat Bird Park nie.. Bukan selalu dapat jumpa Dhya, so bila Dhya ada kat sini, kita cuba luangkan masa sebaik mungkin dengan dia.. nanti kita jumpa lagi ye Dhya.. tido umah Mama Filla lagi ok?

Kasih yang bulat macam donut.


burung hantu ni dia macam pelik kan? muka dia, mata dia tu.. macam scary je.. patutlah nama pon burung hantu.. duduk tegak keras tak begerak.. ingatkan patung..

Leecha pon enjoy sangat sebab dia tak takut ;)

Tengok Atok tu.. Ada je dia tau... Wan perati je tu.. 

Tengok gambar ni rasa muka Leecha and Amaani dah nak sama dah.. Leecha pon dah tembam.. Bibik cakap every month bibik akan timbang Leecha.. sekarang ni Leecha dah dekat 13kg dah.. 

My hero.. hahaha baru bagi makan burung dah my hero.. lain lah bagi makan buaya.. over tau..

Best kan kan kan??? Tapi merak ni takut-takut jugak.. datang makan laju-laju terus lari.. 

Dhya ni dia macam takut-takut sikit dengan burung.. Meh Mama Filla tolong Dhya.. 

Hahhaah tengok muka Dhya.. 

So itu je kisah di KL Bird Park.. Korang bawaklah anak-anak gi sini.. Seronok jalan-jalan sambil tengok burung.. Pengalaman buat anak-anak.. Kadang bosan jugak balik-balik tido hotel, mandi swimming pool.. takde apa yang nak di store dalam memory.. Nanti balik sekolah cikgu suruh buat karangan, boleh jugak diorang cerita pengalaman di KL Bird Park.. 

Balik tak tau nak makan mana.. Pak Radie suggest gi makan kari kepala ikan kat Kg Atap.. So jom.. Kak Pilla memang hantu kari kepala ikan ni ;)

Ni memang dia bagi.. bawang cili kicap perah limau.. oi sedapnya..

ayam untuk budak-budak.. Itu jelah kisah kami..

Nanti kita sembang lagi..

Tata..
_________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSHAWL

Boleh click SINI untuk lihat TheKasihsShawl yang still available :)


Love, 
Filla.

AFF SUZUKI CUP 2014 - MAKAN BOLA TIDUR BOLA! ELE LE LE LE LEEEEE LEEE LEEEEEH..

$
0
0
Ramai orang suka salahkan perempuan bila perempuan minat bola.. Kononnya orang perempuan yang suka tengok bola ni gedik je lebih.. mesti nak tengok player handsome.. Eh mestilah!!! Eleh, kalau lelaki tu suka tengok pompuan seksi, pompuan cantik takpe pulak? hahahahah 

Eleh tak yah nak kutuk-kutuk orang pompuan ye... Janji kita sehati sejiwa sebab sama-sama sokong Team Negara kita Malaysia.. Tapi lelaki ni aku tak daya sikit.. kalau tengok bola kemain dia jadi pengulas sukan.. macamkan dia yang player.. itu tak kene, ini tak kene... aku jeling je... Pompuan kalau tengok bola diam je.. time goal je baru terjerit and terlompat sikit hahahahhaha... 

Aku pernah tengok bola kat stadium masa zaman belajar kat Uitm dulu.. pastu serik sebab time aku pegi tu macam rusuhan ke apa.. penonton siap baling kerusi dari atas.. pastu baling botol mineral dari atas ke bawah.. ye aku yang duduk bawah.. ko gila ke apa? botol tu penuh lagi ok dengan air.. ko bayangkan kalau melayang botol tu tetiba elok je landing atas kepala Kak Pilla.. mana Kak Pilla nak sorok muka ni???? malu tau.. itu belum kalau kerusi stadium melayang atas kepala.. tak sempat nak malu, dah masuk hospital dah.. Tolonglah.. nak tengok bola takde sapa larang.. tapi tak yah nak sakai sangat menjahanamkan stadium ko dah kenapa.. saiko.

Ok tanak citer banyak, kang aku kalau dah start membebel kang habis kang.. 

Ini selfie Kak Pilla yang paling yakin sekali hahahah.. rasanya ada send gambar ni kat group whatsapp lakibinigangster.. cakap yang kitorang dah ready to go.. Semifinal Malaysia vs. Vietnam masa ni.. Bawak Kasih and Amaani nak bagi diorang rasa pengalaman pergi sokong bola kat stadium ;)

Kata sokong bola, so dari rumah dah kene over dan semangat hahahahah

Sampai awal masa ni, lepak dulu tunggu family Elly.. Tak tau pon Elly pakai baju kuning.. so kitorang dah macam team biru dan team kuning hahahaha

Park kat rumah sedara Pak Radie kat Sec.13 tu.. Then menapak ke stadium.. nak keluar dari perumahan tu takde jalan melainkan panjat pagar sebab nak keluar jalan besar dan short cut sikit.. Terpaksa dukung anak masing-masing.. part aku je hulur tangan nak dukung Pak Radie buat bodoh.. Nyampah tau.. Aku ngan Elly terpaksa panjat sendiri sebab laki tak layan... Nasib bak kata Elly time sekolah dah nakal, takat panjat pagar ni apa ada hal??? hahahaha



Semifinal tak segila final crowd dia.. Semifinal lawan kat Stadium Shah Alam.. 


Family Elly ada gambar.. family aku kat gopro kot.. malas nak amik memory card hahaha.. 

Penyokong kanak-kanak.. Diorang ni memula memalu kucing.. dah balik baru ye-ye jalan pimpin tangan empat orang.. sama perangai macam mak-mak diorang yang pemalu.. *matakeatas*



Tabik hormat kat Ultras Malaya nie.. Diorang memang terbaek lah.. dari mula sampai habis game tak henti-henti bagi sokongan.. menyanyi menaikkan semangat :)

Berebut nak tepek pipi dengan bendera Malaysia.. Ada akak tu bising-bising kenapa sticker kedai mamat ni RM2.. dia kata kedai hujung sana RM1 je.. pastu dia tak puas hati dia cakap meh lah RM1 saya lekat sendiri.. Eh bising sangat akak ni, aku terus hulur dua ringgit, menyelit depan akak tu terus amik sticker hulur depan muka budak jual sticker tu.. "Tampal pipi saya sekarang, nah RM2" hahahah bukan nak poyo tapi orang ramai ni.. kang setengah jam aku tak dapat nak tampal.. habis semua budak kecik terpaksa ke belakang memberi laluan dekat Kak Pilla hahahhahahahaha.. 

Amaani lapar rupanya.. masuk stadium dia buat perangai.. kaki gatal, nak bukak socks.. nak bukak kasut.. nak duduk sana, nak duduk sini.. Haih aku dah nak start hangin dah.. Win beli mihun goreng then aku suap.. habis sebekas dia makan.. terus ceria.. Ek eleh.. cakap lah lapaaaaa hahaha.. pastu gembira main lari-lari belakang kitorang dengan Ameera.. 

Eh tu je Semifinal punya cerita.. Malaysia kalah, tapi takpe.. kalah bermaruah.. then lawan kat Vietnam dah menang dah.. so layaklah kita ke Final ;)

Kisah Final Malaysia vs. Thailand pulak kat Stadium Bukit Jalil.. 

Kali ni budak-budak tinggal kat rumah.. Nasib lah tak bawak budak-budak.. hazab gila kat sana..

Blog mak-mak memang camni.. nak citer pasal bola, tapi sempat selit hasil tanaman depan rumah hahaha.. Ni pokok cili yang Pak Radie tanam benih dia.. dah berapa bulan kot, ingat dah tak hidup, tapi tetiba haritu dia bertunas dan now ada sebiji cili padi hahah.. bangga oooooo... 

Baju tetap sama macam Semifinal, tukar tudung je.. ni pon tudung balik dari bird park hahaha.. Syok gila g stadium naik motor.. nampak kereta tengah jam rasa nak angkat-angkat kening je heheheh.. jalan banyak tutup polis jaga laluan.. kitorang naik motor parking naik atas devider je..kewl sangat ni..

Bila elly dah sampai kitorang teruskan perjalanan masuk dalam stadium.. Anak buah Elly dah belikan tiket, diorang dah sampai awal, so kitorang tunggu kat luar nak amik tiket.. 

Lepas tu kitorang pon masuk stadium.. Gilaaaa lah.. kene panjat kat dinding stadium tu dah macam spiderman.. bila tengok macam omgggg tak lepas nie.. caner nak lalu nie.. kalau bawak anak kecik memang tak leh nak lalu ni.. ni kitorang redah je tarik napas.. rempuh.. siap melompat dari kerusi atas turun ke bawah.. Elly ngan plastik burger.. Kak Pilla ngan plastik air ngan keropok ikan sira kahkah.. pastu kene kutuk, tengok bola beli keropok sira.. Eh sukatilah.. nasib aku tak beli popcorn tau.. hahaha

Us.. memang happening gila dalam stadium.. orang penuh bersesak-sesak... aku dapat tengok suku padang je.. selebihnya tengok kepala orang.. 

Memula sikit.. pasatu makin lama makin penuh berdiri depan kitorang ni.. Ko tengok Pak Radie nya view tu je nampak.. last-last dia duduk makan kuaci je sbb sakit hati.. Yang Win tetiba menjerit kuat gila, "Oiiii duduk laaaaa, aku tak nampak!!!".. kuat gila aku ngan elly tekejut hahaha.. terus semua orang duduk hahahah.. suara macam gangster ok.. takut orang semua... kejap je... pastu penuh balik.. lantak kaulah situ..

Satu aku tak leh blah memacam ragam manusia ok.. yang pompuan sorang ni, aku nak tengok bola, dia boleh pusing mengadap aku pastu amik telefon dia berselfie.. annoying nyeeee... Ahkak nak tengok bolaaaaaaa bukan nak tengok ko selfie dik... Elly pandang aku, aku pandang elly.. 

Itu satu hal.. ni lagi sorang ni lagi terror.. aku tak tau lah laki bini ke, pakwe makwe ke.. bediri kat depan aku.. pastu peluk pinggang pompuan tu.. pastu kejap kang cium pipi.. kejap kang cium pipi.. menggelegak je aku yang tengok nie.. Apa masalah diorang ni??? aku ni belengas-lengas kepanasan ko boleh bercium pipi kat situ... nasib aku tak tempik "Oiiiiiiiiiiiiiiiii nak cium balik umah laaaaaaa, aku nak tengok bolaaaaaaaa!" 

ok dalam hati je hahahah.. 

Tapi malam tu memang best lah tengok bola walaupun tak nampak.. Terpaksa lah kitorang tengok bola sambil berdiri je.. bila Malaysia goal je semua orang automatik hilang ingatan kejap.. bersorak, melompat.. bak kata Elly aku terpeluk elly sampai elly tercekik.. hahah tak perasan.. pastu anak buah elly bersorak masa goal sampai tercampak spek elly dia langgar.. hahahah.. aku terus tengok bawah.. masa tu Yaya tengah lompat-lompat dengan Win.. aku tengok bawah.. omg, sipi lagi yaya lompat nak pijak.. potong stim betul kes spek elly nie.. dah amik spek, sambung balik lompat hahahahaha.. 

haaaa, dah habis game baru boleh amik gambar tak kacau orang.. Ini orang tengah suspen tengok bola ko sibuk selfie menghalang aku nak tengok bola.. Akak tak leh dik, kalau tengah tengok bola, akak concentrate, akak nak tau bola tu ada kat mana... akak rabun, so akak kene focus.. hehehehe.. 

Malaysia terbaekkkk!!! walaupun kalah 3-2 kepada Thailand.. tapi kalau tak kira aggregate kira Malaysia menang lah malam tu.. Kitorang stay lama gak dalam stadium tengok player Malaysia and Thailand pusing stadium.. Safik baling kasut dia kat penonton.. pastu diorang baling bola utk penonton.. 


Tengoklah orang dah macam ulat dah.. penuh stadium..

Bagus jugak dapat tengok bola nie.. Nampak kita ni rakyat Malaysia yang bersatu hati.. Yang jadi salah dan memalukan bila ada pihak yang tak bertanggungjawab menjahanamkan harta benda awam dan bergaduh dengan team lawan kat stadium sampai ada yang tercedera.. Bola je punnn.. apa yang emo sangat??? perlu ke sampai bergaduh berdarah-darah.. Jangan buat macam tu sampai orang pon rasa tak selamat nak pegi stadium.. Kita sokong je mana team yang kita rasa nak sokong.. kalah menang tu adat permainan lah.. tak perlu emo-emo sangat.. Ok??? 

Ni cerita nak balik pulak.. Ya Allah sesak gila sampai ko tak boleh bayangkan lah cemana sesak dia.... keluar tu berasak-asak macam mengikut arus orang berjalan je.. pastu dengan peluh dengan masam bau orang.. pastu dengar orang meniaga tu jerit "Hoi bodoh, aku nak meniaga laaaaaa, jangan rempuh".. susah nak cakap.. orang terlalu ramai dan berasak-asak, memang kene rempuh punya.. ada stall jual air tu tinggal air je.. orang dia dah takde.. hahahahah.. tak leh meniaga sebab orang terlampau ramai nak balik.. ada pulak aku nampak terselit orang bawak anak macam baru lepas pantang ke apa.. adoiii tak sesuai lah.. anak aku dulu sampai umur 1 tahun kot baru aku bawak keluar malam.. 

Win sampai menjerit "Radiiiiii awak kat manaaa awak kat manaaaa???" bongok gila hahaha.. yang Pak Radie jawab "Kat sini kat sini".. sesak macam ni lebih kot setengah jam.. dah sampai penghujung aku dah nak muntah, bau peluh masam gila.. terus aku dongak ke atas pandang langit.. "Ya Allah berikanlah aku oksigen, aku tak boleh bernafas dah ni"... 

Ok itu je cerita over dari Kak Pilla si penyokong Bola Sepak #HarimauMalaya

"Roarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!"

Atut tak??? Oh lupa nak cakap, Kak Pilla gi stadium memang sebab nak sokong #HarimauMalaya .. Tapi makin semangat nak pegi sebab nak tengok 2 orang ni beraksi :



Hohooooooiii.. Best kot diorang nie.. asal jersi nombor 13 lari je, Kak Pilla kuis Elly hahahah.... 

Ok jangan emo ye.. Kak Pilla saja je.. Cuma suka tengok Indra Putra ni lasak.. suka langgar orang hahahaha.. pastu bertenaga je dia.. bagus, keep it up.. goal keeper Farizal pon bagus.. Eh team Malaysia memang bagus lah!! Tahniah!!!!




Love, 
Filla.

STEP BY STEP CARA MASAK MAGGI ROYALE

$
0
0
*scroll down for new entry*

Haritu Kak Pilla berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana Chef Muluk menyediakan hidangan Maggi Royale Seafood Curry dan Korean Spicy.. Selalunya memang bertuahlah siapa yang dapat join kelas-kelas memasak macam ni.. Kenapa? Sebab memasak ni satu ilmu.. kadang-kadang kita tak jumpa ilmu atau tips di buku-buku pun.. melainkan Chef sendiri yang bermurah hati nak share ilmu :)

Kita selalu masak maggi ikut skill masing-masing kan? Sedap jugakkan? Tapi kalau ikut cara Chef Muluk masak, lagi sedapppppp yeeee!! Hahahha masa kitorang berpeluang rasa masakan Chef Muluk ni, semua cakap "Eh kenapa saya masak Maggi Royale tak sedap macam Chef masak?" hahahah.. 

Ok jom kita tengok.. Ilmu ni memang kita kena panjang-panjangkan.. Kak Pilla dapat ilmu, dah tentu Kak Pilla akan share dengan my readers :)

Sebelum kita borak panjang.. Hari ni Kak Pilla baik hati nak share sedetail-detailnya cara masak Maggi Royale Penang Seafood Curry dan Korean Spicy Braised Beef Flavour.

Resepi Pertama:
Maggi Royale Penang Seafood Curry

Chef Muluk akan memasak hidangan pertama iaitu Maggi Royale Penang Seafood Curry.  Siapa pernah rasa???? Sedap tak??? Kalau korang tak pernah rasa, sila pergi beli sekarang dan masak cara Chef Muluk masak.. Fuyohhh sedap giler lah!

Ok kalau nak sedap, make sure ada bahan-bahan seperti di atas ye.. Celur dulu kacang panjang tu dan asing letak dalam mangkuk macam tu.. Ok ni Chef Muluk bagi tips cemana nak bagi udang ni rasa sedap, manis dan tak lunyai.. Eh Kak Pilla ingatkan udang mentah-mentah tu campak dalam maggi tu sampai masak hahaha.. Silap pulak.. Chef kata didihkan air, kemudian celur udang ni sehingga kemerahan (masak) Jangan terlalu lama sebab kalau lama sangat nanti udang akan mengecut dan keras.. bila dah nampak cantik tu terus angkat dan masukkan dalam air yang berisi ais.. Kenapa? Ini untuk nak stopkan the cooking process.. Sebab tu nanti kita akan dapat udang yang fresh, segar dan still 'manis'.. Kalau buat banyak pastu frozen je.. nanti nak guna bila-bila pon lagi senang.. Tips tau tu!!! 

Didihkan air dan masukkan segala paste.. kecuali yang creamer tu ye!!! ingat! yang tu lasttt sekali.. 

Air dah mendidih, terus je masukkan mi maggi tu.. Lagi satu benda paling penting ya.. Untuk Penang Seafood Curry ni kene masak 3 minit.. Jangan lebih, jangan kurang.. sila tengok jam masing-masing.. Masa 3 minit tu yang menentukan kesedapan maggi tu ye.. tak nak benyek sangat dan tak nak rasa keras.

Eh lapar plak tengok gambar ni huhu.. 

Cukup 3 minit sila padamkan api.. dan taburkan sachet yang mengandungi creamer / santan.. Ok tu petua tu kata Chef Muluk.. Kenapa masukkan last? Supaya dia tak berketul-ketul dan pecah minyak.. 

Hiaskan dengan kacang panjang yang dicelur tadi dan jugak udang yang sudah dicelur.. perah limau kasturi masa nak makan tu.. Pergh sedap gila kot.

Resepi Kedua:
Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef Flavour

Siapa pernah try ni??? So spicyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! Berpeluh-peluh makan hahahaha

Chef kata Korean Spicy ni, mi dia lebih tebal.. Sama je masak dia.. didihkan air.. Tapi untuk resepi masak Korean Spicy ni, korang kene masak selama 5 minit.. Chef kata jangan melawan ye.. kalau dia kata 5 minit, sila ikut arahan.. Kalau tak nanti tak jadik.. Baik Chef, kami menurut perintah Chef ;)

Gila tak pedas???? Cili padi you allllllssss!! Wah ni yang Kak Pilla suka nie.. Lagi pedas lagi power!! 


Untuk hiasan, kita boleh letakkan sliced beef, sila guna daging batang pinang.. hiris nipis dan rebus sampai empuk.. pastu hias je kat Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef Flavour nie.. Terus feeling ada kat Korea.. Sedap jugak kalau dimakan dengan Kimchi.. Korang tau tak kimchi? Makanan wajib orang Korea tu.. Bila Kak Pilla makan Korean Spicy nie selalu rasa kenangan masa dekat Korea few years back tu datang menjelma.. Masa tu pergi berlima.. Atok, Wan, Kak Pilla, Pak Radie dan arwah adik Kak Pilla.. Arwah pun suka makan, sama macam Kak Pilla.. kitorang selera je makan makanan korea.. sebab banyak berasaskan sup-sup ni kan.. Hmmm rindunya Korea, tapi lebih rindu kat arwah adik :(

Ni masa Kak Pilla kat Korea dulu.. Kitorang belajar cara-cara buat Kimchi.


Nampak tu.. Ni yang cikgu tu tunjuk masa buat kimchi.. sempat lah kitorang rasa.. Kimchi ada macam-macam jenis, dan rasa dia unik dan sedap

Eh baik sangat Kak Pilla ni kan.. Resepi Kimchi pon nak share jugak.. bak RM5 sorang kalau nak belajar.. hahaha.. Ok ni resepi kimchi Chef Muluk.. 

Resepi Kimchi
Bahan-bahan:
bawang putih (blend)
bawang merah (blend)
halia (blend)
chili flakes
chili powder
cili merah dihiris halus (dibuang biji)
daun kucai
hirisan carrot
hirisan sengkuang
kubis panjang (cari yang macam gambar kat atas tu ye)
1 mangkuk kecil cuka

Eh cuka takde dalam gambar pulak.. tu yang paling penting ye.. 

Gaulkan semua bahan sehingga sebati.. Agak-agak lah banyak mana nak letak bahan tu kan.. 
Then bila dah siap.. korang rasa sikit.. if dah ok.. simpan dalam bekas bertutup, masuk dalam peti ais.. biarkan selama 2 hari.. Oiii rasa dia sedappppppp sangat.. Rasa macam kat Korea hahah.. 

Lepas masak tu kitorang semua dihidangkan dengan 3 resepi tu tadi.. Komen Kak Pilla, Korean Spicy ni pedas.. Tapi Kak Pilla suka pedas, so memang terbaek lah... sup dia jernih macam tu, so terkenang masa makan kat Korea dulu.. Korang kalau masak ni, matchkan dengan Kimchi yang kita buat sendiri tu.. Wah lagi power!!! Tak yah pegi Korea.. kat Malaysia pon boleh ;) Tapiii Tapiii Tapiiiiiii.. tiada apa masakan pon yang boleh beat Malaysian Food.. That's why Kak Pilla prefer Penang Seafood Curry more.. coz i'm Malaysian and i'm proud to be Malaysian.. Hahaha.. But why not kita try jugak citarasa negara lain kan?


Pendapat Kak Pilla tentang Maggi Royale Penang Seafood Curry pulak.. Ok telah ailioq dulu tengok gambar ni hahahah.. Ini memang terbaek.. Sedap sangat kot? masa makan ramai-ramai tu diorang tanya.. siapa suka ni? Semua angkat tangan ok.. hahahah.. Terus terang ye, masa event ni lah first time Kak Pilla rasa kedua-dua Maggi Royale nie.. Sebab Kak Pilla setia kepada Maggi Kari je.. Takut nak try yang lain, kang tak sedap caner? Tapi Kak Pilla memang dah terjatuh cinta dengan rasa dia.. Kak Pilla siap tanya ada tak Maggi Royale jenis cup???? Sebab Kak Pilla jenis wajib bawak maggi kalau travel.. Rupanya ada ye.. Yeayyyy pasni gi travel boleh bawak Maggi Royale cup je.. tak yah masak lama-lama.. curah air panas je settle masalah Kak Pilla ;)

Balik dari event, Kak Pilla bagi Kasih makan yang Korean Spicy dalam cup.. Hoi berpeluh-peluh dia makan.. Licin... dia cakap sedap sebab pedas :)





Chef, tolong pegang kejap, nak snap gambar.. hehehe.. So kalau korang nampak dua jenis Maggi Royale ni kat mana-mana, sila lah beli dan try ye.. Ikut betul-betul resepi yang Kak Pilla share tu.. Confirm sedap ;)

Korang boleh juga layari laman web Maggi Royale ni untuk tips-tips bagaimana nak masak Maggi Royale yang sedap ni.. hehe

Kak Pilla dan bloggers lain sempat bergambar kenangan bersama Chef Muluk.. 

Sebelum Kak Pilla akhiri entry ni, Kak Pilla ada satu berita baik dan tergempar nak bagitau kat my lovely readers.. Amboi tergempar katanya hahaha.. Hari ni Kak Pilla nak bagi giveaway kepada readers Kak Pilla.. Contest ni Kak Pilla yang suggestkan kat pihak Maggi.. dan diorang rasa benda ni sangat interesting ;)

Giveaway

Kak Pilla nak bagi peluang kepada 10 orang readers Kak Pilla untuk bagi special gift from maggi kepada yang tersayang.. Syaratnya, yang tersayang tu mesti berada di luar negara!!! Kenapa??? Sebab pihak Maggi akan post kan gift kepada kesayangan korang tu nanti.. Luar negara tu tak kisah lah dekat ke jauh ke.. Zimbabwe pon bolehhhhh hehehe.. Amboi over.. hehehe..  Best kan???? tak kisah lah keluarga ke, kawan rapat ke, peminat ke.. amboi ada peminat ke? hehehe.. 

Caranya ialah email kepada Kak Pilla di alamat framekasih@yahoo.com.. sertakan sekali nama dan alamat penuh penerima gift from Maggi.. 10 orang terpantas yang email akan dipilih sebagai pemenang ;)

Mesti keluarga/sahabat/kenalan kat overseas sana gembira dan teruja dapat hadiah dari you olls kan kan kan.. 

Ok, satuuuu... duaaa... tigaaaaa... mula!!  Kak Pilla tunggu ni ;)

*update: 10 orang readers bertuah telah dipilih, Kak Pilla akan reply email yang bertuah tu nanti ok? yang tak bertuah jangan bersedih yeee.. terima kasih kerana mencuba ;)



Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live