Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

HARI BERSAMA KELUARGA.

$
0
0
Sepanjang cuti Labour Day dengan Wesak Day (total 4 hari) Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej sibuk kat office baru.. Terpaksa berkorban sikit untuk memastikan semuanya berjalan lancar.  Alhamdulilah our new office dah 80% siap.. 

Hari ni 5 Mei 2015, dengan rasminya office Ellfie Beauty dah dibuka dari 9.00pg - 5.00ptg (Isnin-Jumaat)... Postage pon kami dah mula buat dari Isnin-Jumaat.  Boleh whatsapp 013-2755197 untuk purchase Ellfie Essence.  Kepada agent-agent Ellfie Beauty yang nak restock dan customer yang nak amik barang boleh lah berkunjung ke office kami di:

18-3, 3rd Floor Block B,
Platinum Walk
Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur

(Landmark: shoplot sebelah Festival City Mall, betul-betul atas Sen Heng)

Ok sambung balik cerita.. Ini hari apa tah.. Hoi dasyat ni, hari pon dah lupa hahaha.. Kesian tengok budak-budak asyik terperap kat rumah.. Jom lah kita jalan-jalan ye.. 

Tak pasti siapa yang terlalu excited sebab dapat jalan-jalan kat sini heheheheh.. Kitorang plan nak ke IOI City Mall je sebab dekat.. 

Takde apa pon.. just shopping baju 3 anak dara ni sebab cuti sekolah ni nak bawak diorang gi jalan sikit.. kesian baju jalan pon takde.. Letih mencarik baju... Anak baru 3 kot? Memula masuk H&M berkejar cari baju Aleesya dulu.. Pastu carik baju Amaani pulak.. Amaani tu dia tak suka pakai jeans.. dia cakap tak selesa, ketat, gatal, rimas.. Eh banyak cekadak.. Haritu menangis-nangis nak gi KLCC pakai seluar katok yang Wan jahit untuk pakai duduk rumah.. Memang tak laaa nak keluar gi jalan pakai baju tido.. 

Tengah dok carik baju untuk Amaani ngan Aleesya.. yang Kasih pulak muka dah masam.. mama tak carik baju untuk dia.. Sabarrr sabarrrrr.. tangan mak kau dua je nak.. bagi settle sorang-sorang dulu boleh?  Kasih dah pakai tudung so nak beli kat H&M memang takde lah baju long sleeves.. Pening kepala tau nak cari baju budak baya-baya Kasih yang long sleeves.. Kasih pulak nak ala-ala blouse macam baju mama.. Erkkk mana nak carik?

Rupanya kat dalam PADINI ke apa yek? Yang dia campur-campur dalam tu.. PDI semua tu.. banyak ok! murah pulak tu.. aku amik yang orang dewasa punya tapi pilih size S or XS.. settle ;)

Bila dah settle semua baju budak-budak baru lah carik tempat nak makan.. Jap, tengah pikir, kalau orang anak dia 8 orang came yeh???? Aku baru 3 pon nak tonggang tebalik.. baru pilih baju huhuhu

Dah tak tau nak makan mana.. last-last nampak Little Penang Cafe.. pon boleh lah sebab Amaani nak makan kueyteow.

Rojak dia sedappppp!!! Lagi sedap dari Madam Kwan punya rojak.

Ni Pak Radie order.. Lepas tu Amaani yang tibai.. habis half nasi tu dia makan dengan ayam kicap tu.. 

aku makan ni.. apa tah nama dia.. boleh tahan ;)

Kasih punya

Amaani tak tau kueyteow dengan mee.. bila suruh order kueyteow dia tanak, dia cakap nak mee.. bila mee ni sampai dia cakap dia tak order ni... urut dada mak kau nak.

dia ni lagi best.. tengah duduk tunggu food.. tetiba dah beradu.. 

Mulut tutup Leecha.. masuk lalat kang.

Anak dara ;)


tak lama lagi.. boleh jadi bestfriend dengan mama.. kejap je dah nak remaja.. 

Ni budak yang order lain, makan orang lain punya.

GST RM5.24 tapi food kat Little Penang Cafe sedap boleh tahan.. so tutup mata pasal GST.

Dah tu budak-budak ni nak makan ice cream.. Nampak MilkCow jom lah jom lahhh.. 

Fuyooooo kemain tinggi gula kapas.

Comelkannnnnn... 

Tu je cerita kami sekeluarga.. Anak-anak happy, Kak Pilla pon happy, walaupun macam nak sentap baju i sehelai pon takde... nyampah ai.



Love, 
Filla.

HATI-HATI DI JALAN RAYA.

$
0
0
Selamat malam semua ;)

Wow macam pengacara radio dulu-dulu hehehe.. Actually ni tengah mengadap pc kat rumah.. Rasa nak baling ikut tingkap belakang je komputer ni tau.. nak bukak internet tadi dekat 15 minit.. click pastu senyapppp apa pon tak keluar.. pastu dengan lembap macam siput.. Pak Radie keluar pulak hantar Kasih tuition tadi.. sakit jiwa ok..

Dah lah ada kerja nak buat, komputer buat hal pulak.. Eh macam nak kene beli laptop baru je nie... ehehehhe baru borak-borak dengan Peej pasal dia rasa nak beli.. Eh tanak lah, membaziaq nie.. 

Ni update ni pon kenapa tah.. takde apa pun nak citer saja nak main type-type kat sini.. 

Lately ni macam-macam cerita kita dengar.. Bukak je facebook macam-macam khabar berita keluar.. Semua menyedihkan sampai aku emo berhari-hari.. Kes Myvi dengan Pajero tu lah paling menyayat hati.. Tengok baby comel sangat tu tak boleh tahan nak nangis.. pastu tertengok pulak video anak arwah nangis panggil papa mama tu terus nangis teresak-esak dalam bilik air.. Ntah kalau melibatkan budak-budak ni memang hati cepat tersentuh.. tak boleh nak bayangkan perasaan diorang yang kehilangan mak ayah sekelip mata.. kecik lagi pulak tu.. memang lah time orang ramai-ramai bagi perhatian, datang melawat apa semua.. dia rasa terhibur dan boleh lupa kejap.. budak-budak kan.. tapi lepas seminggu bila semua orang dah jalani kehidupan seperti biasa.. macamana dengan anak-anak tu.. mesti tercari-cari mak ayah dia.. mesti malam rasa sunyi.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul :(

Tapi yelah kan, ajal maut ditangan tuhan.. nak elak celah mana pun kalau dah ajal, sesaat pon tak dapat ditunggu.. cuma cara dia pergi tu menyayat hati.. disebabkan orang lain sibuk berlumba haram, dia sekeluarga yang menjadi mangsa.. anak-anak yang tak bersalah terpaksa menjadi yatim piatu sekelip mata.. 

Itu yang aku selalu pikir tiap kali bawak kereta.. kita tak salah, orang lain yang salah.. tapi kalau nak kena, nak elak celah mana? Sekarang kalau bawak kereta aku mesti pakai seat belt.. dulu jenis pemalas jugak nak pakai rasa tercekik huhu.. Tapi bila tengok accident tercampak keluar dari kereta macam tu rasa tak sanggup kot.. tengok video Awal Ashaari share kat ig dia kata pakai seat belt.. ingat orang tersayang.. masa dia accident pon maybe sebab pakai seat belt so takde lah cedera teruk.. ada betulnya tu.. 

Ni lagi satu kes yang baby 9 bulan maut tercampak keluar dari kereta..  sedih tak boleh bayangkan baby tercampak atas jalan raya.. Allahuakbar kesiannya.. tapi kita kat Malaysia ni dah jadi budaya sambil lewa tentang keselamatan di jalan raya.. termasuk aku sekali lah tu.. kalau kat negara luar tu dah biasa baby and toddler semua duduk kat car seat lock dengan seat belt.. andai kata kereta berpusing ke terbalik ke.. at least baby tu lock kat seat dia.. percentage nak tercampak tu dah kurang dah tu.. tapi tulah, anak aku kecik-kecik dulu bangsa tak leh diletak.. meraung menggelupur sampai nangis muntah-muntah kat car seat.. buruk sangat perangai tu.  Kalau lepaskan habis dia panjat segala dashboard tu.. kita nak drive dah nak kene tarik dia pulak.. Amaani tu dulu pernah aku break termasuk pulak kat bawah seat depan.. terus melalak.. tu lah orang suruh duduk diam-diam pakai seat belt ko meraung.. kan dahhhhhh..

Sekarang aku dah ajar Kasih tu.. duduk depan sila pakai seat belt.. walaupun mak kau ni bawak kereta sangat berhati-hati tapi kalau nak jadi kita tak tau kan.. Aku kalau drive mata dah siap pandang jauh ke depan.. dah expect macam-macam.. jangan khayal bawak kereta.. jangan pandang jarak dekat je.. pandang sekali jauh ke depan supaya kita sentiasa dalam keadaan bersedia.. tangan tu kalau boleh dua-dua kat stereng.. kalau satu tangan je apa-apa jadi tak sempat nak buat apa.. senang hilang kawalan.  paling penting jangan pecut di jalan raya.. nak pegi mana pon laju sangat?? tapi janganlah slow sangat sampai bahaya kat orang lain.. ko dah macam siput 60km je dah kenapaaaaa???? duduk lane tengah je elok.. tak yah merempit sangat.. kalau rasa takde kereta then boleh amik kanan.. rasa confident nak laju sikit then laju lah.. ada kereta lagi laju, then ko ketepi bagi laluan.. jangan nak keras kepala duduk jugak lane kanan jalan macam siput sedut.. itu boleh mendatangkan marah.

Bila bawak kereta tu kene alert.. Tengok sikit penunggang motosikal.. diorang tu kecik, kadang kita tak perasan.. jangan sesuka hati je tukar arah.. melambung pulak budak motor.. Jangan ye, laki i bawak motor tu.. dia cakap ramai je bangsa bawak kereta tak pikir budak motor.. main masuk je.. budak motor ko jangan memain.. dia lalu kang dia terajang je body kereta pastu dia pecut.. nak kata apa? Oooooo pasal tu Pak Radie suka pakai boots baru kutahu muslihat dia.. 

Lagi satu pasal side mirror kereta.. Sila jangan percaya sangat setakat tengok side mirror.. kadang kereta atau motor dah dekat sangat tak nampak pon kat side mirror tu.. dah tengok kereta or motor takde, kita kene jeling jugak sikit pakai mata tu.. pusing sikit kepala tu tengok betul-betul.. bila confirm jalan clear baru boleh tukar arah.. 

Sorry lah dah macam instructor di jalan raya dah ni.. tadi kata takde apa nak borak.. Ko bagi keyboard ni kat sini memang silap lah.. sebelum terlajak membebel, izinkan saya mengundurkan diri..

Berhati-hati di jalan raya, tak sayang diri sendiri takpe, tapi ingat orang tersayang yang tunggu kita balik setiap hari.. 

Sekian.
 

Love, 
Filla. 
 

Jom Shop at Go Shop

$
0
0
Kalau Kak Pilla tanya mesti ramai boleh jawab... Apa tu Astro Go Shop?  Haaaaa ni yang nak citer kat korang semua ni.. Kak Pilla selalu tengok Astro channel 118 sebab suka tengok celoteh pengacara-pengacara dia.. Pengacara akan cerita dan buat demo sekali tentang produk-produk dari Korea nie.. Senang sebab sebelum beli kita dapat tengok demo dulu kan.. Pastu nak beli pon senang sangat konsep dia.. tu nanti Kak Pilla ajar ;)

Baru-baru ni Kak Pilla dan kawan-kawan blogger dijemput untuk menyaksikan sendiri bagaimana keadaan di dalam studio Go Shop ni.. Selama ni kita just tengok kat TV je kan.. So ni pengalaman berharga buat Kak Pilla jugak.. Dulu adalah cita-cita nak jadi Pengacara hahaha.. Tapi bila tengok sendiri huwaaaaaa macam susah jeee hahahaha.. 

Semuanya muka teruja sebab tak tau apa yang bakal dipersembahkan kejap lagi ;)

From Left :Kak Pilla, Kak Elly, Beautifulnara dan KampungBoyCityGal

Suka dengan 4 langkah mudah membeli di Shop At Go Shop ni.. 

Ada TV Boleh Beli
Ada PC Boleh Beli
Ada Fon Boleh Beli
Ada Tablet Boleh Beli

Zaman sekarang orang suka yang menyenangkan.. Kita tak nak benda-benda complicated ni.. Produk kat Go Shop ni ada macam-macam dan best-best.. Kalau tengah tengok kat Channel 118 tu serious teruja hahahah.. Haritu dah usha ni:

Comel kan??? takde lah besar gedabak tak tau mana nak letak.. harga pon affordable siap hantar sampai ke depan pintu pulak tu.. Kak Pilla kan tengah berangan nak kuruskan badan heheheh

Pengacara Go Shop ni ada 6 orang.. Ni takkan korang tak kenal kottt hahaha.. Jimmy Shanley dan Rai.. Dua-dua pun fun sangat.. Baru Kak Pilla tau macam tu cara nak menjadi pengacara.. Kene spontan dan hafal segala-gala.. Ok bye Kak Pilla memang fail lah bab hafal hahahaha.. 

Sebelum tu kami sempat mendengar sepatah dua kata dari CEO Astro Go Shop, Dato' Rozalila tentang bagaimana dan bila bermulanya Astro Go Shop ni di Malaysia.. Kagum sangat.. Tapi rancangan ni memang best pon.. Ingat lagi first time Kak Pilla tengok kat TV terus terpaku tak tukar channel sebab masa buat demo tu macam best hahahaha.. 

Kemudian ada aktiviti yang disediakan untuk kami semua.. Rupanya Kak Pilla, Kak Elly, Beautifulnara dan Kampungboycitygirl kene jadi team leader.. So semua ada 4 kumpulan.. Sebelum tu semua kene tengok dulu pengacara kita terangkan produk masing-masing.. 

Kak Pilla bersama pengacara cantik manis Syamim.. 

Produk ni nama dia Yogurberry Yogurt Maker

Fuyooo teruja sebab senang giler rupanya buat yogurt nie.. alat ni tak guna elektrik pon.. cuma perlukan 1 cup yogurt biasa (apa-apa brand) masukkan dalam bekas yang disediakan di dalam Yogurberry Yogurt Maker tu.. pastu tambah susu segar (Penuh Krim) tuang sampai ke sukatan yang ditetapkan.. tuang air panas dalam bekas maker tu.. pastu masukkan je yogurt yang kita dah campur dengan susu tu.. biarkan 8-10 jam.. Pastu bila siap.. Wow dapat sebalang besar tu.. boleh campur dengan strawberry jam untuk jadikan yogurt tadi berperisa strawberry.. atau campur lah apa-apa jam ikut kesukaan korang semua.. pastu sumbat dalam fridge.. dimakan sejuk lagi sedapppp!!! buat dressing untuk salad, tuang atas kek, makan cicah biskut.. ikut kreativiti masing-masing.. yang penting mudah, sihat, enak, jimat dan praktikal.. Boleh usha kat www.goshop.com.my

Nara pulak kene guna Steam Q Iron.. Pengacara kita ni nama dia Syakirin.. Orang yang pemalas iron baju nak angkat iron berat sampai semput-semput elok guna ni.. dah lah ringan.. tak yah nak guna iron board.. Paling sesuai untuk orang yang selalu gi travel pastu menyampah betul nak call receptionist suruh bawak iron kat bilik hahaha.. bawak ni je, dah lah kecik, ringan pulak tu.. senang nak iron shawl kalau gi travel ;)

selain daripada tu, Steam Q Iron ni pelbagai guna jugak.. boleh bersihkan teddy bear dan winter coat jenis berbulu-bulu nie.. boleh membunuh bakteria jugak sebab steam dia tu panas.. 

Kak Elly pulak berpeluang merasakan sendiri kehebatan originalraw 10 Cushion Foundation.. Produk ni terkenal di Korea sebab foundation ni kalis air.. kalau meredah hujan takde hal ok.. hahahaha.. pastu akan buat kulit wajah glowing lepas apply nie.. Sebijik awek Korea lah ;)

Jimat jugak sebab dapat 2 casing dan 2 refill.. So boleh share dengan kawan :)

Siap ada cover supaya bedak tu tak terdedah kepada kotoran ;) Beli online pon senang.. 

Kampungboycitygal pulak berpeluang mencuba sendiri kehebatan Hurom Slow Juicer ni.. Langsung tak berbunyi pon bila guna.. kalau ada bunyi pon slow sampai tak dengar.. takkan ganggu sesiapa pun masa nak sediakan juice kegemaran.. Juice ni tak perlu tambah gula, untuk sesiapa yang suka minum juice dari buah-buahan segar korang patut cuba.. nak basuh pon mudah.. just tuang air dan blend air tu.. dalam masa yang sama dia mencuci jugak.. sekelip mata terus bersih ;)

You go girl!!! dah minum dia cakap sedapppp!! hahahaha

Senang kan? terus tadah gelas dan minum.. 

Kemudian semua ikut team masing-masing dan disinilah cabaran bermula.. Kene pilih 2 orang ahli kumpulan untuk mencuba bakat sebagai Pengacara Go Shop.. 

Sambil tu Syamim tunjuk semula bagaimana menyediakan yogurt dengan menggunakan Yogurberry Yogurt Maker.. 

Memang berbakat betul adik-adik kita nie menjadi pengacara Go Shop.. kagum Kak Pilla dengan you all.

Ahli kumpulan Kak Pilla pon berbakat.. Kalau Kak Pilla dah lama senyap sunyi bunyi cengkerik krik krik krik kat depan tu hahahaha

Kumpulan Nara pon best jugak sebab kelakar dan ceria

Ni kumpulan Kak Elly.. Bangga kembang-kembang hidung Kak Elly sebab kumpulan dia menang hahahah.. Tapi dia berdua ni memang hebat sangat.. tepukan gemuruh untuk you all.. heheheh

Pening juri nak buat pilihan ;)

Sebelum mengumumkan kumpulan mana yang menjadi juara ;)

Tahniah kepada kumpulan Kak Elly iaitu kumpulan Magenta!! Good job, lepas ni boleh datang audition jadi pengacara Go Shop ye hihihihi... 

Memang satu pengalaman yang best tengok host-host Go Shop bekerja di studio.. Tahniah diucapkan buat mereka sebab bukan senang ya ;)

Bagi Kak Pilla sendiri, Home Shopping adalah lebih mudah sebab lepas kita order dan buat payment.. barang akan terus sampai kepada kita dan tak perlu nak angkat berat-berat hehe.. dan istimewanya Go Shop ni ialah kita boleh tengok kat TV bagaimana pengacara-pengacara di Go Shop buat demo semua barang-barang yang dijual di Go Shop.. Produk-produknya walaupon produk Korea, tapi tetap menepati ciri-ciri pengguna di Malaysia... 

Well, Kak Pilla ni a bit fussy sikit, so bila dapat tengok bagaimana nak guna produk-produk tu, kelebihan dia, benefit dia.. barulah tak ragu-ragu nak beli.. 

Happy us ;)

Kalau nak shopping kat Go Shop senang je.. Kak Pilla prefer shop kat www.goshop.com.my je.. boleh cuci-cuci mata dulu hahahah... Kalau nak beli, mula-mula register dulu (for first time buyer) pastu boleh login dan select apa kita nak, pastu boleh buat payment ;) pastu sila tunggu je barang sampai depan pintu rumah.. Senang kan?

Kalau takde tablet, takde PC pon tak pe.. Just tengok Astro Channel 118 dan boleh call je untuk beli.. kita boleh order 24 jam sehari takde tutup-tutup yer.. kita juga boleh pilih untuk bayaran secara credit card, debit card, Easy Payment Programme (Maybank or Citibank) atau Cash on Delivery.. 

Kalau susah jugak, nah call je no ni.. hehehehe 

Toll Free number 1-800-82 0088


Jangan lupa tonton Astro Channel 118 dan selamat bershopping :)




Love, 
Filla.

Masuk Majalah Harmoni.

$
0
0
Baru-baru ni Kak Pilla masuk magazine Harmoni.. Tak tau pon dah keluar magazine masa tu.. nasib Suraya inform baru lah terhegeh-hegeh nak beli hehehe.. tupon after few days baru ada masa nak gi cari kat kedai ;)

Dah lah takde gambar nak share.. wartawan Harmoni, Ruhaya kata nak gambar pegi vacation, gambar masa attend event-event dan gambar family.. So main hentam je ahkak pilih gambar hahaha.. yang lain Ruhaya pilih sendiri kat blog hihi.. 

Ni gambar paling menunjukkan bukan kat Malaysia.. Pastu baru perasan seluar satu ke atas satu ke bawah.. Wowww hebat sangat ni hahahaha.. 


Itulah serba sedikit tentang Kak Pilla dan dunia blogging, dunia business dan dunia bersama keluargaku.. Tapi paling tak tahan bila baca part Keluarga Jadi Prioriti tu.. "saya cuma akan blogging apabila tanggungjawab saya kepada keluarga telah selesai dan perut suami dan anak-anak telah diisi".  Muahahah Pak Radie jeling je aku.. dia cakap "yeke perot dah diisi tu?".. Ehhh betulll laaaaa!!!! hahahahah.. Kalau tak larat masak tolonglah beli makanan kat luar hahahaha.. tu tak nak citer plak kat magazine? of course citer yang good-good je muahahahahah.. 


So kalau ada dipasaran lagi majalah Harmoni Edisi 13 Mei 2015 boleh lah beli ;)

Terima kasih wartawan Harmoni, Ruhaya.. Love your writing nampak bersahaja ;) Terima kasih beri satu lagi kenangan manis buat Filla.


Love, 
Filla.

SELAMAT HARI IBU.

$
0
0
Hari Sabtu yang lepas aku lepak rumah abang jap lepas Kasih habis tuition.. malam tu nak singgah umah Mak Lang jap sebab ada buat kenduri tahlil.. So Pak Radie datang dari Kembangan bawak Amaani and Leecha.. Aku bawak Kasih tapi naik kereta Pak Long je.. 

Masa dalam kereta borak-borak kita dah lama tak keluar makan satu family.. Jom? Eh laju je dia suruh call.. Nak makan mana? Macam biasa Pak Long memang tak berapa sangat tempat lain.. dia nak Concorde jugak.. Ok lah jom lah dah lama tak makan-makan lagipon hari ibu kannn.. 

Kat concorde buffet dinner RM115 tapi tak tau lah tu harga sebab Hari Ibu kot? Tapi berbaloi sebab food semua sedap.. Udang belambak-lambak.. 

tempura pon ada.. tapi udang yang siap ada kulit (left) tu paling sedap.. 

Ni Wan punya.. Wan suka cantik-cantik.. dia suka sebab colourful heheh.. 

Lamb tak berani nak makan banyak.. so amik je rasa sorang sikit ;)

Ni paling sedap.. bawah tu mangga ngan cili padi.. pedas berasap telinga tapi macam tak leh stop makan ni hahahha.. 

honey dew tapi Kak Pilla mintak tambah ice cube.. 

kek kat concorde memang sedap-sedap.. tapi Kak Pilla kurang sikit benda manis-manis.. setakat rasa sikit-sikit ok lah.. 

Ok ye tu je gambar food.. bukan sebab makan sikit.. tapi tak kuasa nak snap, amik makanan terus masuk mulut hehehehe

Mama tak suka celebrate-celebrate mother's day nie.. Tapi takpelah, kita anggap je hari-hari ialah hari ibu.. dan ni saja nak berkumpul dan makan-makan.. rindu moment-moment macam ni.. Amaani photobomb plak cisss.. 

Thank you ma sebab selalu faham situasi ayang, selalu jadi tempat ayang luah masalah atau pendapat, selalu jadi tempat ayang minta pandangan.. selalu ingatkan ayang tentang dunia dan akhirat, selalu ingatkan ayang berjimat-cermat.. selalu nasihat supaya jadi mak yang baik untuk anak-anak.. sementara mak ayah kita masih ada disisi kita, taburlah kasih sayang dan bakti.. love u ma.

Buat mak mertuaku, selamat hari ibu.. Mak paling sporting sekali dan selalu memahami.. mak kalau tegur, takde simpan-simpan dalam hati.. mak cakap direct je.. tapi mak sporting dan selama jadi menantu mak, tak pernah rasa tersisih, tak pernah rasa mak tak suka Filla, mak selalu masak dan paksa Filla makan banyak-banyak.. pastu kalau Filla gemok, mak sound tepek je Filla gemok.. hahahahah.. tapi mak kata takpe lah gemok pon ok jeeee... mak tak pernah simpan dalam hati kalau ada yang mak tak suka... Filla sayang mak ;) 

Selamat datang ke dalam keluarga baru kami.. Semoga Aza dapat terima kami, macamana kami terima Aza.. selalu sayang family kecil kita ni dan jangan simpan dalam hati kalau ada masalah.. dalam keluarga kita semua kene ada rasa sayang dan ikhlas.. jangan ada rasa cemburu, rasa tak suka dan macam-macam rasa yang tak baik.. sebab semua benda-benda negatif ni yang akan memusnahkan hidup kita.. bersihkan hati, InshaAllah semuanya akan ok ;)  Thank you Aza sebab boleh tengok-tengokkan abang, mama and ayah.. 


cucu pertama Wan.. tetap kesayangan Wan.. macam-macam bodek Wan kan? kalau tido sana.. balik mesti ada benda dia beli... 

Ni budak dua orang ni asyik bergaduh je.. tak sorang sentap, sorang lagi sentap.. bertolak-tolak.. pukul sana sini.. menangis meraung.. darah tinggi mak kau tau?

The Kasihs kesayanganku


Bersyukur sebab Pak Radie paling pandai handle budak-budak ni hahhaha.. aku bukan tak pandai tapi pemalas hahahahaha.. tu ko nampak berpelukan tu.. sebenarnya bergaduh tu.. jelous masing-masing tu.. 

Nampak? Leecha tu tak boleh pon kalau Amaani pegang papa ke mama ke.. pegang apa-apa pon tak boleh.. 


Buah hati.. tapi selalu bergaduh ngan mama.. camne tu?

Pak Long.. ini je lah darah daging yang aku ada.. Sayang sangat.. tapi malu nak cakap.. masing-masing tau sudah.. dia cakap aku garang? Hishhh dia lagi garang dia tak tau ke???? 

dia ni pon garang.. tapi Kak Pilla selalu buat-buat berani hahahahha


Nampak je mcm tu.. Pak Long tu kesayangan Wan tu.. tapi selalu gaduh jugak hahahahaha.. tapi cepat je dah berdamai ;)

Ni lah 3 orang harta yang saya ada selain dari keluarga sendiri dan keluarga mertua.. Alhamdulilah aku dikelilingi insan-insan yang baik, penyayang... tu pun rezeki.. 

Ok lah.. tak boleh cerita lagi.. rasa emo plak tengok gambar-gambar ni semua hahaha.. over sangat Kak Pilla nie..

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu.. Siapa yang masih ada ibu, hargailah ibu sementara mereka masih ada.. ingat susah senang ibu besarkan kita, ibu tak makan takpe, janji anak makan.. ibu tak happy takpe, janji anak happy.. ibu tak dapat apa-apa takpe, janji apa anak nak kita turuti.. Hebat betul jasa ibu.. Semoga kita tergolong menjadi ibu yang hebat juga ;)


Love, 
Filla.

KEDAI NASI AYAM BEST DI LOW YATT..

$
0
0
Wah camtu ke nak bagi traffic kat blog? Jangan nak poyo sangat ye nak traffic-traffic nie...

Well well well haritu pegi lah makan kat sini.. Pegi area Low Yatt ni dengan Peej pastu Peej kata kita kene makan nasi ayam kat tempat nie.. Aku mana lah tau.. Peej kan orang KeyEll.. so dia membesar kat kawasan KeyEll ni.. setakat jalan-jalan simpang-simpang kat Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ni ko bagi je kat dia.. Pastu dia selalu cakap "Filla, serious kau tak tau jalan kat sini? "Ye aku tak tau".. "ko ni duduk KL ke mana? kenapa kau tak tau?" 

Sila lah mengerti yang aku ni buta jalan.. hahahah.. aku kene pegi at least 10x baru hafal.. tapi sekarang cuba ko suruh drive pegi Office Ellfie or rumah Peej.. Boleh drive tutup mata okkkkkkk!!! 

Peej kata kedai Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni dari dia kecik-kecik lagi parents dia bawak makan kat sini.. Jangan risau, makanan kat sini Halal nampak tu ada tanda Halal?

Meh Kak Pilla rasa betul ke sedap?

Huwaaaa sedapnyaaaaa kenapa nasi sikit sangat ni hahahah.. tapi Nasi Ayam ni memang diakui lah, ini antara menu kaum Cina.. so Nasi Ayam ni memang specialty mereka.. Sebab tu sedap :) 

Nampak cili dalam bekas kecik tu.. Hoiii pedas tapi sedap.. terangkat buntuit makan hahahahah


 Aku amik roasted chicken.. menyesal sebab terliur tengok steam chicken peej nie.. 

tak sabo nak makan :)

Amik gambar food ni semua send kat Elly.. berbulu je dia tengok kitorang makan hahahah.. 

Rasanya nanti kene repeat makan sini lah.. Elly nak? jom kita pegi.. sedap gils ok.

Kemudian misi diteruskan untuk membeli computer.. dah usha-usha laptop jugak tapi sebab haritu terkejar-kejar nak cepat.. Elly hasut suruh beli laptop macam dia baru beli tu.. aku tengok macam canggih sangat siap boleh pusing tebalik-tebalik depan belakang wwwwooooww sangat hahaha.. computer kat rumah tu lembap nak mam.. so ingat ada duit sikit nak beli lah laptop, boleh rajin sikit blogging lepas ni.. Eh janji manismu sangat ni hahahaha.. 

Ok itu saja laporan hari ini.. 



Love, 
Filla.

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT.

$
0
0
Dari dulu teringin nak makan Cencaru Sumbat buat sendiri.. Adalah jugak kawan-kawan ajar cemana.. macam-macam version ada.. Pastu pulak tengok kat Buku Resepi Chef Wan yang Pak Radie beli tu pun ada share jugak.. Lagi lah telioq cheq.

So siapa rasa nak buat ikut resepi Kak Pilla cedok sana sikit, sini sikit, ikut sedap tekak i.. silalah salin ye..


Sediakan batu tumbuk dulu ya.. Kak Pilla punya batu tumbuk mak mertua belikan.. besar gila kalau nak basuh semput nak angkat... heheheh


bawang besar, cili merah, belacan, garam, gula... tumbuk jangan sampai terlalu lumat.


sedikit asam jawa, letak air sesudu dua supaya pekat.  Pastu tuang kat bahan tumbuk gaul rata.

panaskan sedikit minyak untuk tumis bahan tumbuk tadi.. ada orang tak tumis, dia terus sumbat je kat ikan, tapi Kak Pilla tumis supaya dia masak.. 

Kak Pilla campur cili kering blend 1 sudu.  Bagi pedasssss sikit ;)

Tumis dengan api perlahan sampai masak.

Ni dah masak ye.. 

bahan tu untuk 2 ekor cencaru hensem lagi gagah perkasa.  Oh ye pegi pasar boleh mintak abang jual ikan tu belah belakang terus macam ni.. Kelakar masa gi beli ikan ni kat pasar haritu, suruh dia siang ikan tu.. Pastu dia tanya akak nak potong cemana ikan ni? Eh boleh ke belah belakang untuk buat cencaru sumbat? Boleh kak, nak potong sisi, potong atas, potong bawah, potong senget.. semua boleh.. Amboi pandai buat kelakar abang ikan ni.

Oh ya, gaul ikan tu dengan kunyit dan garam dulu.. 

Kemudian sumbat ikan tu padat-padat dengan bahan tadi tu.. dah siap sumbat, terus goreng.. tapi ada orang kata elok ikat dulu badan ikan tu supaya tak terburai keluar bahan sumbat tu.. Eh mano lah den tau nak ikat dengan apa? 

yang bahagian atas ikan tu ialah isi yang dah terburai keluar hahahaha...keriuk-keriuk rangup perghhh... tapi tak semua pon bahan sumbat tu terkeluar.. mana yang terkeluar tu kita cedok ler.. Guna penapis besi tu masa angkat ikan tu so boleh kutip sekali bawang-bawang yang dah terkeluar garing-garing tu.. 

Walaupon ni first time cuba buat.. Saya suka sangat.. Nora bagi 5 bintang kat diri Nora sendiri hahahaha..

Makan dengan nasi panas sedap oiiiiiii.. Jom cuba jom.. Nah resepi kat bawah:

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT
2 ekor cencaru segar (dibelah belakang)

Bahan Tumbuk
1 biji bawang besar di potong dadu
5 tangkai cili merah di potong dadu
1 inci belacan
1 sudu kecil gula
sedikit garam
sedikit asam jawa diambil airnya (pekat)
1 sudu cili kering blend

CARA-CARA
Tumbuk bahan-bahan tadi tapi jangan terlalu hancur.  Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga masak.. setelah bahan tumis siap dimasak angkat dan asingkan.

Gaul ikan cencaru dengan garam dan kunyit.. kemudian sumbatkan ikan tadi dengan bahan tumis.. panaskan minyak untuk menggorengkan ikan yang siap disumbat tadi.  Berhati-hati sewaktu terbalikkan ikan takut bahan sumbat terburai keluaq.. Agak-agak dah masak, boleh angkat ikan dan letak dalam tapis besi.. bahan tumbuk yang dah terkeluar dari badan ikan boleh diangkat dan ditapis.. Masa nak hidang, boleh taburkan atas ikan.. Boleh dimakan dengan nasi panas tanpa lauk lain..

Hoi merenjes ailioq hoi..



Nak beli Ellfie Essence? Dapatkan dari Agent kami :)

Love, 
Filla.

GUNAKAN WHATSAPP GROUP CHAT DENGAN BETUL.

$
0
0
Apa ni? Bukak je blog, cencaru sumbat, bukak je blog cencaru sumbat.. Tensi tau.

So macamana kehidupan korang semua? Masih berjalan lancar atau tersekat-sekat? Kalau tersekat-sekat tu perkara biasa, mana lah ada manusia kat dunia ni perjalanan hidup dia lancar je sepanjang masa.. Aku alhamdulilah masih bernafas, masih lagi diberi kudrat pegi kerja, hantar dan ambik anak sekolah, memasak hari-hari without fail katanya.. dan masih bersemangat bersama Team Ellfie.. Team Ellfie Beauty dah ramai, syukur alhamdulilah.. 

Pembahagian kerja untuk Team Ellfie dibahagikan dengan baik dan teratur setakat ni.. Kak Pilla memang handle agent dan segala masalah yang berkaitan dengan agent.. so far so good, still can handle and i love my agents very much.  Kak Pilla buat satu group chat khas untuk agent supaya senang nak announce apa-apa.. Takde lah aku terkial-kial nak whatsapp sorang-sorang.. Tapi dulu pikir lapanploh kali nak create group ke tak.  sebab faham-faham lah bila dah ramai dalam group kang macam-macam pulak benda yang tak best timbul nantikan?  Tapi Kak Pilla yakin boleh handle.. 

Bila dah ada group agent macam ni rupanya lebih senang sebab nampaknya semua masih respect Kak Pilla as admin kat situ.. Awal-awal Kak Pilla dah tunjuk gaya kakak pengawas kat situ.. hahaha.. dah cakap awal-awal no video sharing, no copy paste copy paste benda yang takde kene mengena dengan Ellfie..  Hoi cerita pasal whatsapp group chat ni... Kak Pilla ni memang jenis anti social ke apa tak tau lah.. Tapi ramai yang tak faham konsep kenapa group chat ni kita create kan?  Tajuk group chat bukan main lagi.. "ahli lembaga pengarah", "top management exec" amboi bukan calang-calang tu.. ni contoh ye.  Tapi kadang jadikan chat tu tempat berborak-borak, citer pasal anak dah pandai jalan ke? dah start makan ke? FORMAL kotttt group tu??? pastu send emoji hantar flowers, mata love-love.. Eh come on lah.. kalau group tu group kawan-kawan lepak ke apa then ok.. yang kita ni dah serba salah dah.. nak exit group kang, orang kecik hati.. kalau still dalam group.. omg, banyak kerja kot nak buat.... phone kejap-kejap bunyi.. ingatkan urgent, sekali bukak chat tu:

"you ollllssss dah makan ke? i olls makan kehepsi"

*diikuti gambar ayam kehepsi tegolek dua ketol*

yang lain menyatakan kekaguman dan kemengidaman nak makan kehepsi jugak.

ko bayangkan kalau ada 40 orang dalam group tu.. matiklah kerja asyik nak tengok phone takut urgent.  Sorry kalau ada yang terasa kat sini.. Tapi fahamilah kenapa orang create chat tu.. macam group Agent Ellfie so far so good.. baru-baru ni ada kes baru jadi kat agent-agent Ellfie Beauty.. Bagus jugak ada group chat so diorang discuss kat situ dan mengadu kat Kak Pilla... Hoi dunia business ni macam-macam kan? caras-mencaras perkara biasa bagi sesetengah orang.. 

Tiada jalan yang mudah untuk berjaya, usaha tu penting.  Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej usaha gigih untuk perkenalkan Ellfie Beauty kepada orang ramai.  Bukan senang nak yakinkan orang, so itu yang kami cuba lakukan sekarang tanpa henti.. Produk Ellfie Essence adalah yang terbaik bagi kami, alhamdulilah sambutan menggalakkan dan positive feedback pon banyak kami dapat dari customers.  Itu dah syukur alhamdulilah sebab dapat bagi orang lain gembira dengan hasilnya.  Now bila dah ramai agent, rasa bersyukur sebab dapat beri peluang untuk orang lain berniaga dan buat side income.

Kadang rezeki tu Allah s.w.t. bagi dengan pelbagai cara.  Ada lah certain benda jadi kitorang macam tergamamam jugak sebab dipermudahkan sangat.. Tipulah kalau takde difficult time dalam business ni.. Tapi kami bersatu hati lah untuk tangani sebaik mungkin.. Business bersama takde masalah ke? InsyaAllah itu yang kitorang tak pernah lupa untuk ingatkan sesama sendiri.  Tak puas hati cakap, jangan simpan.  Ada idea bagi dan boleh bincang ikut pendapat bersama.  Idea tak diterima? takpe janji dah bagi hahahah.. Pendapat berbeza tu perkara biasa, cara untuk menangani tu yang penting.  Orang tunggu masa tepuk tangan kalau kita berkecai.. itu confirm lah kan.. jadi elak lah dari berlaku benda-benda macam tu.  Kepala gila tu dah tentu, tapi bukan all the time.. ada masa kitorang very serious dan tak main-main. Keikhlasan hati tu penting :)

Ok itu je nak citer.. nanti sambung lagi.. 

Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com

Nak beli Ellfie Essence? Dapatkan dari Agent kami :)




Love, 
Filla.

WEDDING LAGI.

$
0
0
Akhirnya cousin aku Syazzwan selamat diijab kabulkan pada hari Sabtu yang lepas.. Tahniah diucapkan buat Busu sebab menerima menantu pertama ;)

Sabtu lepas majlis akad nikah berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam.. tapi aku tak dapat attend, so kita ganti datang hari ahad awal sikit hahaha.. cover line betul.

Cantik gak nikah kat sini.. sebab dia ada sediakan bilik khas untuk orang nak menikah.. so Wan cakap masa ni ada 4 pengantin kot, kene tunggu giliran masing-masing ;)

Nasib Bapak dan Mak sudi teman memeriahkan lagi majlis sebab ramai tak dapat hadir.. dahlah Busu tu dari Ipoh dah tentu dia je anak beranak..

Keesokan harinya terus buat majlis bersanding kat errr errrr errrr ni mana? Dewan kat Damansara ke apa hahaha.. Kak Pilla busy dalam kereta tau-tau je dah sampai heheheh 

Aleesya sampai-sampai je buat hal.. cranky tak tentu pasal.. melalak je.. tak leh orang pegang langsung.. terpaksalah mak kau gendong baby tua nie. Anak Busu semua sekali 4 orang.. semua lelaki.. diorang tu huiii tinggi-tinggi macam galah.. tu yang paling bongsu sebelah Mak Lang tu baru form 3 tau.. 

-us-

Ini Mak Teh yang duduk Seremban.. pon anjer-anjer angat iyer tu.. hahahah.. selalu tengok kat ig ke fb Kak Pilla, tapi tiap kali jumpa dia asyik cakap sedapnya laukkkk ko masak.. hahah.. nampak sangat tak de modal, asyik tepek gambar lauk tak habis-habis.

Antara tetamu paling awal sampai ialah anak-anak buah aku.. Fuyooo Azhar hensemmmmm fiwiitttttt.. 

Kasih and Syasya

Abang ipaq and bapak mertuaku..  

Mak Long, Pak Lang, Nadia, Mak Teh and ibunda terchenta ;)

Sila beratur.. pengantin nak sampai.. Eish tengok Aleesya nak dukung lagi la tu.. 

Tu diaaaaa.. Syazzwan ni aku ingat lagi.. dulu pernah masuk muka dia kat blog masa balik kampung tahun bila tah.. Kemain ramai suruh kirim salam nak berkenalan lah apa.. Berani korang yeh? Tapi Syazzwan ni antara cousin aku yang baik hati, soft spoken macam ayah dia.. tak tau nak cakap cemana, budi bahasa, hormat orang tua, macam lelaki budiman gitu kahkahkah.. pandai pulak belajo sampai ke US.. and now bertemu jodoh dengan Farah Nadhrah yang cantik, lemah lembut.. banyak kali dah jumpa.. selalu je kene serang dengan soalan bila nak kawin? hahahha.. akhirnya bersatu jua.. Tahniah dari akak untuk awak berdua :) 

Bagai pinang dibelah dua ;)


Suka tengok family Busu.. semua jenis baik-baik.. Pastu diorang suka gi travel ngan bapak dia berlima gi pulau-pulau.. selalu sebelum pergi mesti letak kereta kat rumah Wan kat Enstek kan dekat dengan airport.. So macam sempoi je anak-beranak back packers camtu.. yang depan kanan tu rasanya still single and available.. now amik Pilot dengan MAS sekali dengan husband Nonoy, Arip tu.. hahah.. what a small world :)

Aku jeling je udang atas meja tu tak usik pon.. hehehe.. 

Semoga berbahagia hingga ke jannah.. 

Eh? Pengantin lama pon ada hahahah.. 

Nah ni pengantin lagi lamaaaa heheheheh

Masa ni engine baru panas.. habis dia pusing satu dewan berlari sana sini ngan kakak-kakak dia.. Kasih tu ice cream ke5 hahahah.. 

Wow seram ni kalau jumpa budak tergantung kaki tak jejak tanah

Aleesya? kenapa nak lompat kene angkat kain tayang spender? Tak perlu Leecha, tak perlu.

Tak leh tegur sikit.. terus blah muka masam.. nak moncong tak dapat, pipi kembong sangat.. hehe

Ok tu je nak citer.. tata ;)

Sukati je penutup entry macam ni hahaha.. 


Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com

Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 atau dapatkan dari Agent sah kami :)




Love, 
Filla.

Dapatkan ONEPLUS One Phone Plan by Maxis.

$
0
0
*scroll down for new entry*

 Siapa kat sini tengah plan nak tukar phone baru? Atau nak belikan untuk yang tersayang handphone baru? Atau nak surprisekan seseorang dan hadiahkan telefon bimbit? Pening ke tak tau phone apa nak beli? Meh Kak Pilla bagi idea sikit ;)

Kak Pilla berpeluang untuk mencuba sendiri kehebatan phone ONEPLUS One dan share dengan you all apa yang bestnya tentang phone ni.. Untuk pengetahuan korang semua, Kak Pilla ni tak canggih pun kan? Kalau gadget-gadget ni memang tak reti lah nak guna kalau canggih sangat pastu nak refer-refer sana sini.. Susahnya nak belajar benda baru!!

Tapi bila first time pegang phone nie terus teruja.. Eh, macam senang sangat je nak guna??? Tak perlu sesiapa pun nak ajar.. Kak Pilla godek-godek sendiri je sebab senang ;)

 Haaa tu dia.. Mula-mula sekali Kak Pilla install instagram hahahahha... Lepas tu install facebook dan email.. Handphone bagi Kak Pilla paling penting sekali semua di bawah ni:

-instagram
-facebook
-blog
-boleh send and receive email
-whatsapp

Dan yang paling penting sekali camera!!! hahahahah dah tu apa lagi yang penting kan kan?

Hi nama saya Amaani.. Saya masih hisap susu dalam botol hahahaha.. Ni capture guna ONEPLUS One phone ;)

 Pak Radie pinjam kite punya ONEPLUS One phone sebab nak snap gambar kasut redwing baru dia.. dia pun suka sebab gambar cantik dan clear ;)

 Kak Pilla kan obses kepada food.. Suka gambar food yang clear dan cantik.. Terang dan cantik kan gambar?

 Baru-baru ni gi fashion show event.. Actually time ni dah macam gelap sikit kawasan ni.. tapi saje nak test guna camera ONEPLUS One.. Lepas snap wowwwww teruja i hahahha.. gambar jadi terang tak gelap pon.. test camera phone lain gelap hahahahahahha... so ONEPLUS One memang terbaik walaupun dalam keadaan cuaca gelap tapi bila snap gambar terus jadi terang.. 

 Disebabkan phone ni wide so memang tak yah susah-susah.. duduk je dan snap.. 



 Orang obses makanan dan gambar memang camni hahaha.. Hoih lapar la tengok ni :(

 capture gambar ni guna ONEPLUS One phone masa Kasih main layang-layang dengan cousins dia kat Shah Alam haritu..

gambar jadi wide dan sangat clear ;)

 wajah-wajah kesayangan saya ;)



First time pegang je phone ni Kak Pilla dah jatuh cinta sebab phone nie lebar dan nipis.. Korang pon faham Kak Pilla ni rabun.. kalau phone kecik-kecik ni jenuh nak kecikkan mata nak focus hahaha.. phone ni senang nak pegang sebab muat-muat tapak tangan je ;)

 Ini bahagian belakang ONEPLUS One.. Kak Pilla rasa orang yang cipta handphone ni memang bijak sebab surface belakang phone ni texture dia kasar sikit.. So memang tahan lasak.. kita kan memang suka letak phone kat lantai.. kadang kat meja.. Kak Pilla pulak kalau tidur malam charge phone memang letak atas lantai.. Pastu bila nak capai phone masa tengah charge memang terseret telefon.. habis belakang phone calar balar huhuhu.. Guna phone ni memang sesuai untuk orang macam Kak Pilla hahahah.. takde lagi calar ;)

 ONEPLUS One menggunakan Play Store untuk install apa-apa Apps yang kita suka.. Kak Pilla kene ada Google Maps dan Waze sebab memang banyak membantu untuk Kak Pilla nak pergi tempat-tempat yang tak pernah pergi sebelum nie.. Sekarang zaman dah modern.. tak perlu susahkan orang lain, kita mampu berdikari.. hahahah padahal bergantung kat apps jugak hahahaha... Sebab tu Kak Pilla kata phone sangat penting dalam kehidupan Kak Pilla..

 Nahhhhh besar godang muka kat ig kalau guna phone nie.. Sukaaaaaaa sangat!! Seronok layan ig, fb and youtube sebab screen terang dan lebar.. 


 Besttttt!!! view gambar-gambar kat ig pon puas je mata tengok sebab besar ;)

 Email pon sangat penting bagi Kak Pilla.. Comel kan kan kan??? Kalau sender tu bermula dengan huruf "N" nanti keluar petak tepi tu huruf "N"... 

 ONEPLUS One phone gallery pon puas hati tengok.. 

Seriously inilah phone terbaik buat korang yang nak kepuasan..ONEPLUS One nie nipis, bahagian belakang phone ni texture dia tahan lasak dan bahagian hadapan yang lebar namun cukup kemas bila dipegang dan digunakan.. ONEPLUS One ni menggunakan full HD Screen dan cara menggunakan phone ni pun sangat mudah dan sesuai untuk orang yang penat dan tak suka nak belajar phone-phone yang complicated nie hahahaha..

Battery Life ONEPLUS One ni memang gempak.. Charge tak lama pon dah full dan korang boleh guna sehari suntuk!!! Itu kalau heavy use lah.. kalau guna biasa-biasa je boleh tahan 2 hari..Ni memang bagus lah.. tak perlulah nak hangkut power bank yang gedabak buat berat bag je hehehehe..

Bab gadget-gadget ni Kak Pilla memang tak reti sangat.. So meh Kak Pilla bagi details tentang phone ni supaya lebih mudah difahami..

Kak Pilla suka ONEPLUS One ni sebab kehebatan dan rupa paras dia setanding dengan jenama yang terkenal tapi ONEPLUS One ni jauh lebih murah dan menjimatkan ;)


 Baca tu.. sebab tu lah gambar cantik 13 Megapixel tuuuuu..

Ok dah puas cerita pasal kehebatan ONEPLUS One phone.. Sekarang if korang tanya Kak Pilla bagaimana nak dapatkan phone ni?  Senang jeeeee... Jom amik MaxisONE Plan by Maxis.

Lebih jimat dan mudah..


 Berbaloi-baloi dengan MaxisONE Plan by Maxis.. Hanya di Maxis ye.. telco lain takde plan ni yeeeee...

So apa tunggu lagi? Layari website Maxis untuk dapatkan ONEPLUS One untuk diri sendiri atau untuk orang yang tersayang ;)

*Harga tertera tidak termasuk 6% GST.


Love, 
Filla.

BEST KE JADI SECRETARY?

$
0
0
Kalau zaman dulu-dulu orang suka pandang serong dengan kerja secretary.. Haku pon tak paham kenapa kene pandang serong.. Budaya masyarakat kita suka sangat buat perception sendiri dan memandai-mandai.  Secretary dulu-dulu suka pakai cutex merah, skirt pendek? Kalau tak, tak secretary lah ye? Heheheh.. zaman dulu-dulu tu tak yah lah kita cerita, zaman sekarang dah berubah.. orang dulu-dulu walaupun skirt pendek, kuku merah tapi kebanyakan akhlak elok je.. cuma zaman tu pendedahan tentang menutup aurat tu kurang, tak macam sekarang.  Kalau zaman dulu-dulu kemain susah nak cari orang bertudung.. kalau ada pon orang tua-tua yang just pakai selendang kain jarang gituh... Zaman sekarang bersepah-sepah pakai tudung tapi tak tau lah just for the sake of mak suruh ke atau ikhlas dari hati.  

Kadang tu kat mall-mall berkepit-kepit macam kan tu hari terakhir nak jumpa, esok nak mati dah takut tak dapat peluk agaknya.  Haish aku percaya yang jenis berpeluk berpekit macam takde hari esok ni semua belum kahwin.. Sebab kalau dah kahwin dah tak kuasa kot nak tekepit-kepit macam tu.. Baru-baru ni Kak Pilla gi KLCC duduk kat food court..  Almaklumlah ahkak ni dah tua, bukan remaja-remaja macam dulu, maybe tak leh nak terima perangai budak-budak sekarang.  Kat meja sebelah ni lelaki ngan pompuan couple lah kot.  Yang pompuan ni pakai tudung.. tapi macam malu-malu, first time kuar dating kot.. Makan pon malu.. tapi tekepit je ngan lelaki nie.. pastu bila bercakap tu berbisik-bisik, bila pandang memandang tu macam renung merenung.. Haku ni tengah makan sizzling noodle.. tapi ekor mata ke sana.. Takde lah nak kepochi sangat pon cumaaaa huwaaaaaaaaaaaaa tak berkenan!!!! pastu boyfriend dia hilang jap gi mana tah.. yang  pompuan ni punya resah.. tepusing sana, tepusing sini, sama macam kak pilla yang resah tunggu pak radie beli makanan tak sampai-sampai lagi kat meja hahahaha..  lama gak lah boyfriend dia hilang.

Dah siap makan, kitorang pun gerak lah dari situ.. Eh tetiba nampak couple tu duduk kat meja lain pulak, sambung lagi ko renung aku, aku renung kau.. Oh Em Gee.. serious aku dah tua, tak leh tengok benda-benda camtu hahahahah.. 

Sorry terbabas pulak cerita.. Ni nak citer pasal secretary kan? Aku rasa pekerjaan sebagai seorang secretary tu bagus selagi kita faham bidang tugas kita.  Setakat ni aku dah jaga macam-macam boss dan macam-macam ragam.. Termasuk jadi secretary masa zaman practical dulu.. Boss gatal, Boss baik gila, boss garang, boss perempuan.. Eh semua ada.. Apa pun pekerjaan kita, kita kena sentiasa kawal diri dan kene sentiasa berada di landasan yang betul.  

(source: google)

Macamana nak handle boss gatal? Alhamdulilah, boss gatal aku tak pernah dapat melainkan dulu waktu practical, tapi bukan direct sangat ngan boss tu pun.. sekali-sekali je.. Siapa kat sini boss dia gatal? Senang je nak handle orang tua macam ni.. Pertama check balik, kita pon gatal sama ke tak? Boss gatal ni senang je ubat dia... jangan layan.. Ko bagi peluang dia menggatal memang lah dia nak try.  Tak kira lah, boss ke gatal, officemate ke gatal.. kalau kita tak layan memang tak jadik.  Aku dulu adalah yang jenis miang-miang jugak.. kalau nak mintak tolong kat tempat kerja ni saja duduk rapat-rapat.. masa tu tak pakai tudung.. eh tetiba plak amik rambut i, selitkan kat telinga.. fuh tekejut aku, terus keras tebal muka.. benciiiii tak sukaaaaa!!!!!!! tapi setakat tu je sebab aku selalu buat gaya gangster dan muka garang malas nak layan.. so orang takut.. padan muka!  Eh ada kawan opis cerita dulu dia muda ada boss tetiba tepuk bontot dia.. menjerit akak tu hahahahah.. Kalau aku lah, ko tepok bontot aku, aku sepak ngan kasut tumit tajam ni.. baru padan muka. kurang ajar sangat tu perangai.

Jadi secretary semua benda kita kene amik tau pasal boss.. perangai boss macamana? so kita kene tau lah nak handle cemana.  Bila masa sesuai nak cakap sesuatu.. mood dia ok ke tak? Pastu jadi secretary jangan nak over sangat perangai.. orang nak jumpa boss kau kemain susah, ni sapa boss? ko boss ke boss kau boss? Macam aku sekarang.. semua flight dia kemana-mana aku yang uruskan.  kene check betul-betul sebab dia jenis suka tukar-tukar time last minute.. ye lah boss kan.. tetiba ada hal lain so kene tukar lagi time.. so kene sentiasa alert hal tu.  hotel pon aku selalu uruskan.. selalunya dia pilih aku book.. atau kadang-kadang dia suruh aku yang pilih.. book elok-elok, print out segala flight details, hotel details, transportation kat tempat dia nak pergi... buat satu file.. make sure bila boss nak sesuatu kita boleh beri on the spot.  

Lagi satu cara jawab call tu biar yakin dan confident.  Jangan jawab call pun takut-takut suara pon tak keluar.. Bila tanya je semua tak tau.. Kalau tak tau pun cakap je, nanti saya check, boleh tinggalkan phone no? nanti saya call balik.  Jangan jawab, mintak maaf encik, saya baru je kerja sini 2 hari.. saya tak tauuuuuu.. Kene dapat boss lemah lembut tak pelah.. kene boss kaki mengamuk dia tempik je "Apaa??? Tak tau?????????? apa yang u tau?????".. pitam, nangislah kau kat situ.

Jadi secretary kene amanah.. Bukan jenis bawak mulut sana-sini cerita hal boss.  Kalau nak cerita hal baik-baik takpelah... Kene jaga lah sikit, kalau kita ni secretary kepada dia pastu cerita semua hal peribadi boss kat staff-staff lain.. mana nak timbul rasa hormat orang kat boss kita? rasa hormat orang kat kita pun hilang sebab simply je cerita hal peribadi boss kat orang lain.  Kita kene faham, apa yang boleh cerita, apa yang tak boleh.. Yes, secretary orang paling rapat dengan boss kat office.  tapi kat office sahaja ya, jangan lebih-lebih.  Kita kene jadi orang paling dipercayai dan paling amanah.  Bukan senang nak kunci mulut ye, kadang tu geram nak share dengan kawan rapat, tapi aku selalu ingatkan diri, jangan jadi orang tak amanah dan jangan jadi mulut kepochi semua nak cerita.  Jangan ambil kesempatan sebab konon kita ni orang paling rapat, so kita jadi eksyen lupa diri.  Kita biasa je pun, yang boss tu dia, bukan kita.  

Aku tak suka tempat kerja aku jadi tempat orang datang melepak bergossip.  Kalau aku tengok jenis yang nak datang kat tempat aku tu jenis mulut bising nak borak panjang-panjang.. Aku layan kejap pastu aku akan buat-buat sibuk.. pusing sana-sini, kirai-kirai document, pastu type apa-apa, pusing-pusing mouse.. Pastu orang tu mesti tanya "Eh sibuk ke, sorry kacau".. haaa tau punnnnnnn!! hhahah.. nanti beralas lah jawab.. "Eh tak kacau, tapi sorry sangat, harini banyak pulak kerja".. Kalau tak kang.. duduk je depan muka, sat gi boss ko lalu, dia ingat kau ni kaki sembang.. orang suka-suka nak datang lepak sini.. Siapa jadi secretary to top management ni kene faham, tempat kita agak sulit sikit.. tak boleh jadi tempat lepak-lepak.. Boss tak suka ye.

Kalau adik-adik yang baru graduate amik course Office Management ke, Secretaryship ke.. normal perasaan takut tu.. takde pengalaman kan.. Tapi tak perlu nak takut sangat.. Siapa pon boss kita, apa pon jawatan dia, dia manusia biasa jugak.  Janji kita buat kerja dan ada rasa saling menghormati.. Tak tau, tanya!  Aku jenis tak reti bodek-bodek.. Dari boss dulu-dulu sampai ke boss sekarang aku memang tak reti.  Kalau aku rasa cerita dia tak kelakar aku terseksa nak pura-pura gelak.  boss aku sekarang garang, semua orang tau dia garang gila.. tapi aku tau dia tak de lah garang mana.. cuma dia strict dan berpendirian.  Kalau aku tunjuk aku ni ketakutan, suara keluar tak keluar lagi aku mampos.  So aku kene confident dan yakin.. Jangan tunjuk kelemahan kita.. Kalau kita tau boss kita jenis tak suka dengar kita menjawab, then diam.  Dah berapa orang aku tengok keluar dari bilik ni dengan deraian air mata.. aku tunduk je tanak pandang.. aku tau bila masa dia tengah hangin gila, so aku tau apa nak buat.. telinga kene alert, dia panggil berdesup aku masuk.. dia suruh buat apa, terus buat jangan delay. tu time dia tengah angin lah.. 

Kita kene selalu ingatkan diri kita.. Apa tugas kita dan sampai mana je tahap kita kalau dengan boss.  Kita boleh jadi pendengar yang baik, tapi jangan ambil kesempatan.  Boss aku garang, tapi baik.  Dulu masa arwah adik aku meninggal, aku masuk balik office lepas balik dari cuti tu.. Boss aku panggil.. Dia tanya aku ok ke tak dan macamana boleh jadi.. Aku ingat aku kuat.. Tengah cerita terus telan ailiur, suara tak boleh keluar dah, bergetar-getar suara.. last-last aku menangis depan dia macam orang gila.  Dia banyak bagi nasihat jugak sebagai boss dan sebagai seorang manusia biasa yang prihatin.  

Siapa pun boss kita, kita kena belajar mengenali diri dia dulu.  Fahamkan betul-betul apa dia suka, apa dia tak suka, cara dia bekerja macamana.  Bila kita dah betul-betul faham, inshaAllah senang nak bekerjasama dan takde timbul masalah.. Kalau boss kita lelaki dan berkeluarga, hormati isteri boss juga.  Kita kena pandai jaga diri supaya tanggapan isteri boss kepada kita sentiasa yang baik-baik je.. Kalau kau tak jealous ke? secretary lagi banyak masa dengan boss dari dengan isteri.. So kita ni lah sebagai secretary kene professional.  Kerja ialah kerja.  Nothing personal pon.

Itu saja nasihat atau tips jika ianya sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik yang bakal bergelar secretary.

Ingat pesanan Kak Pilla, kalau boss pegang-pegang, pacak kepala dia dengan kasut tumit tinggi.

Sekian, good luck.





Love, 
Filla.

HORMAT ORANG TUA.

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Lama betul Kak Pilla menyepikan diri ;)

So harini jom sembang sikit.. gambar ni sekadar nak bagi nampak real sikit bagi salam hihihi..


Semalam lunch hour keluar gi pasar sebab barang basah semua dah habis.. Kelam kabut beli ayam seekor.. "Kak ayam ni potong 16?" Eh mana aku tau potong 16 tu beso mana? hahah dah lama hidup kat dunia pon tak tau potong 16 camana.. "Potong kecik-kecik" itu jelah modal aku dari dulu sampai sekarang.. Nasib abang pasar memahami ;)

Lepas beli ayam pi tengok ikan pulak.. Beli ikan tenggiri 3 potong yang tebal sikit.. sekeping tu belah dua.  So dapat lah 6 keping.. beli ikan sardin 7 ekor ngan ikan kembung 5 ekor.. 3 jenis ikan dah RM34 ke berapa tah... 

Pastu abang jual ikan tu takde jual sotong pulak.. Lari kat abang belah sana pulak.. kutip-kutip sotong pastu suruh dia kira.. "RM13 kak".. bayar dan sumbat barang-barang tadi dalam kereta.. Sambung beli sayur pulak.. amik bunga kantan 1, bendi, bayam, sawi batang putih, sawi bunga kuning, serai 6 batang, kubis suku, carrot 3 batang, tahu 3 keping, taugeh sikit.. total RM15.80 kot macam tu.. 

Ni membeli kat Pasar Presint 8.  Boleh tahan harga.. ramai yang suka beli kat Pasar Borong kat Equine.. aku ni nama je duduk sana, tapi selalu takde masa.. kalau ada masa pon pemalas dia tiada tandingan.. hehehe.. so itulah perbelanjaan zaman sekarang.. kalau orang bujang or hidup berdua jimat jugak lah beli lauk masak nasi.. macam aku ni? satu rumah 6 orang termasuk bibik.. takkan asyik nak makan kat luar? pi kedai mamak breakfast pon kalau makan macam-macam dah dekat rm20 sekali makan.. tu pagi je.. kalau tengahari, malam makan kat luar, seratus dah tentu.. So marilah kita memasak sebab macam Pak Radie pon suka lauk simple.. dia tak suka lauk yang beria-ia sangat.

Oh 2 hari lepas dengar ceramah Ustaz Kazim tentang adab dengan ibu bapa.. Kasih dengan Amaani pon dengar sekali.. Bagus sebenarnya bagi dengar ceramah-ceramah bagaimana kita perlu hormat kedua orang tua kita.. Jangan makan sebelum ayah makan.. Tu namanya takde adab.. But whyyyy? hahahahha.. Ye aku jenis makan bersama-sama tiap kali makan.. semua kene duduk kat meja makan.. Tapi kadang Pak Radie tu lambat sangat hahaha.. aku perot dah bergelodak dah ni.. nanti kalau aku suap dulu dia turun jeling je.. Eh? napa garang sangat ni hahahahah.. tapi lepas dengar ceramah tu timbul kesedaran.. Simbolik sebenarnya tu.. disitulah datang rasa hormat anak-anak kepada bapa mereka.. kita pandang tu remeh je.. tapi percayalah impak dia sangat besar.  so siapa yang jenis suka makan sendiri-sendiri cubalah mulakan makan bersama-sama sekeluarga.. selagi ayah kita tak duduk rasmi, jangan makan dulu.. baru lah anak-anak ada rasa hormat kat bapak mereka.. 

Lagi satu ustaz Kazim kata.. budak-budak sekarang.. melepak dengan kawan-kawan depan rumah.. Ni bapak balik kerja ni naik motor.. parking motor, bukak helmet, amik plastik lauk dalam raga bakul.. jalan lah nak masuk rumah.. Anak pandang sekilas je terus sambung borak dengan kawan-kawan.. Amboi sombong nya.. ni bukan sombong... Ustaz Kazim kata ni TAKDE ADAB nama dia.. apa lah salahnya nampak ayah tu balik, sapa dia.. tegur dia.. bantu dia bawakkan barang-barang masuk rumah.. ni ko pandang je.. lepuk nak? macamana nak didik ni? dari kecik lah kalau nak didik.. bak orang tua-tua kata, nak melentur buluh biar dari rebung.. lembut lagi..

Lagi satu bilik orang tua (mak bapak) jangan sesuka hati keluar masuk ikut suka.. tu TAKDE ADAB nama dia.. benda ni aku dah praktikkan dari dulu.. tapi sebab budak-budak ni kecik lagi so sukati je lah nak masuk bilik pastu siap pakej lompat-lompat atas katil.. Haku ni dahlah pantang sikit orang main-main atas katil terlompat sana sini.. kang berkedut cadar.. kaki kotor.. ai don't like.. Kasih dengan Amaani dengar ceramah tu pastu aku pandang diorang "Dengar tu Ustaz kata? jangan suka hati keluar masuk bilik papa ngan mama.. ustaz kata tu takde adab nama dia".. Ustaz Kazim kata kalau nak masuk boleh.. ketuk dulu, mintak izin nak masuk.  Ye nampak macam kelakar dan macam bagus.. Tapi disitulah datangnya rasa hormat anak-anak kepada kita.. ini antara benda-benda simple je tapi mampu beri impak yang besar untuk didik anak menjadi beradab.. tak salah cuba kan?

Dan-dan lepas tu diorang nak masuk bilik ketuk pintu.. "Assalamualaikummmmmmm.. mama boleh masuk kejap?" hahahah bersopan betul hahahaha.. itulah dia.. zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu.. dah makin ramai yang rosak akhlak.. hisap dadah.. takde pegangan agama yang kuat, dah takde perasaan hormat kepada orang tua.. sampaikan sanggup tampar mak bapak.. tumbuk mak sebab tak bagi duit.. ugut orang tua.. 

Sebab tu ada istilah "Kalau aku tau kau dah besar menyusahkan aku, aku pijak-pijak kau bagi mati masa kecik" dalam maksudnya tu.. tak susah pun, hormat je... ibu yang mengandungkan kita 9 bulan.. kalau korang rasa mengandungkan korang 9 bulan tu kacang je.. silap tu.. ambik beras 10kg, ikat kat badan, jangan bukak selagi tak cukup 9 bulan.. tak patah pinggang ko tak tau lah aku nak cakap.. tengok seksa ke tidak terlantar atas katil tak boleh makan.. asal makan muntah, makan muntah.. muntah pahit pulak tu.. kepala dan toilet bowl dah jadi kawan baik.. ko rasa sikit sakitnya beranak tu demi nak bagi kau tengok dunia ni.. sakitnya beranak ni tak leh nak cakap.. ibu je yang rasa.. berjaga malam nak menjaga anak, mata dah jadi panda dah.. punyalah sayang, nyamuk sekor pon tak boleh hinggap ni.. 

sudahnya bila dah besar apa jadi? tampar mak? pukul mak? amik duit mak? kedekut dengan mak? kurang ajar dengan mak? takde adab dengan mak? tengking-tengking mak?

Yelah mak ni bukan siapa-siapa pun, syurga je pun ada kat tapak kaki mak. apalah sangat... 




Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com
Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 atau dapatkan dari Agent sah kami :)


Love, 
Filla.

MAKE UP ARTIST.

$
0
0
Entry harini berguna untuk mereka-mereka yang sedang mencari make up artist untuk apa-apa event seperti nak pegi dinner, makeup bertunang, makeup kahwin dan apa-apa yang memerlukan korang tampil jelita.. bahahahah citer je nak over nyampah ai *tunjalkepalasendiri*

Actually yang follow ig dan fb dah tau lah kan last weekend team Ellfie ada buat photoshoot untuk Product Ellfie.. tu nanti Kak Elly citer kot sebab dia bawak camera haritu.. ai tak bawak hehehe.. Harini bukan cerita pasal product Ellfie, tu dah tentu semua orang dah tau dan semua dah beli kan kan kan?? Siapa belum beli haishhhhhhh rugi la.. customers dok repeat order kata muka cerah sekata, jerawat dah takde.. ni kisah benar ya, tak main tipu-tipu ;)

Ok jangan merepek, now jom nak citer.. untuk makeup Kak Pilla and Kak Peej adalah dari hasil sentuhan ajaib Shae.. muka Kak Pilla ni kalau tak kene gaya make up memang tetiba jadi muka pondan siam.. ngeri kot? hahahahhaha.. mata dah lah sepet tak dapat dibuat apa dah.. kecuali orang yang tau cemana nak bagi mata nampak menyerlah je yang boleh handle Kak Pilla hahahah.. 

So Kak Pilla menaruh kepercayaan 100% kepada Shae untuk mencantikkan Kak Pilla hehehe.. 

yang si Shae ni pulak cakap nervous lah, tangan menggigil lah.. hahahah.. ko ingat ni Neelopa ke ko nak seram hahahahah.. tapi Shae ni baik budak dia.. sweet je ;)

Wah kelas kau bulu mata dah sampai ke kening hahahah... bila kelip-kelipkan mata terasa geli-geli kene kat area kening hahahaha... 

berubah tak muka? Kak Pilla dah inform yang Kak Pilla nak earth colour and natural sikit.. tak nak terlalu glamour ke apa.. sebab ni untuk Ellfie kan.. lipstick pon nak yang sweet-sweet je ;)

ini pulak make up untuk Peej.. lawa kan? kemain melentik bulu mata ni.. kalau hari hujan boleh guna buat takung air ni muahahahhaha.. 

hahaha sempat menyelit kat belakang.. ko tak boleh lari dari aku Peej.. aku sentiasa ada dimana-mana menghantui hidup mu HaaaHAAaaaaaHaaAAAAaaa.. *gelakhanturaya*

So inilah dia Shae yang ada magic kat tangan dia.. If korang rasa makeup Shae ni cantik, sila contact dia boleh set appointment terus.. Harga pon sangat lah mampu bayar hahahaha... tu yang penting yaaa.. 

Eh ramai plak tanya satin shawl Kak Pilla ni.. TheKasihsShawl laaa apa lagi.. tulah ni dah takde stock baru korang nak beli.. Tengok lah kalau rajin bulan puasa Kak Pilla jual, kalau malas babai hahahha.. 

Dah, now gi set appointment dengan makeup retis kitew ;)

SHAE - 012-2141810



Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com
Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 atau dapatkan dari Agent sah kami :)


Love, 
Filla.

NAK TAMPIL MELETOP RAYA NI?

$
0
0
 Alhamdulilah Ellfie Essence semakin mendapat sambutan.. Langsung tak duga sambutan sehangat ini dan rasa happy tak terkata sebab customer happy dengan result muka masing-masing.. Bila customer reply comment dan personally message team Ellfie bagitau yang diorang happy dan suka sangat Ellfie Essence ni omg terharu gila kot.. 

Aku sendiri ada masalah kulit muka, so bila pakai product sendiri pastu semakin lama semakin ok.. gila tak happy? kita sanggup kot keluar duit beratus, beribu janji kulit ok dan takde masalah lagi dah.. bukan nak cantik mengalahkan miss world ke apa, tapi siapa yang ada masalah kulit muka ni, confident level akan down sangat-sangat bila berdepan dengan orang.. kita tak minta pon muka naik jerawat ke, kusam tak sekata, lebam tak bermaya.. bukan kita tak jaga muka, masalahnya dah cuba macam-macam product tapi tak berkesan.

Kak Pilla tak paksa you all untuk beli Ellfie Essence.. Tapi bila orang tanya "ok ke kak? ok ke?" apa nak jawab hahaha.. Paling kuat pon aku cuma boleh kata, cuba sebab kalau tak cuba kita takkan tau hasil dia.. mungkin sesuai dan mungkin tak sesuai kita tak dapat nak jamin 100%.  Tapi so far ramai customers yang sesuai dan bagi good feedback.. cuma orang segan lah nak share muka sebelum dan selepas.. kalau aku pon segan hahahha.. 

Ni testimonial terbaru.. Agent Ellfie Essence from Sabah yang share gambar customer nie..Masalah customer kita ni ialah kulit ada jerawat halus (kasar) tona kulit tak sekata dan agak kusam...selepas sebulan menggunakan produk ni kulit semakin cerah, licin dan sihat.. gambar after tu cuma pakai day cream dan lipstick je ;)

Testimoni dari wanita mengandung.. kulit semakin cerah sekata dan jeragat semakin pudar

Kulit semakin cerah dan bersih

Masalah jerawat semakin berkurangan, kulit semakin cerah sekata dan kulit tidak berminyak.

Selepas lebih kurang 2 bulan menggunakan Ellfie Essence, wajah customer kita ni dah bebas jerawat.. kulit cerah sekata, parut jerawat juga hilang ;)

Kulit semakin glowing dan cerah.. 

Ok, ramai yang tanya dan nak tengok sendiri produk Ellfie Essence ni.. Oklah meh Kak Pilla layan you olls hehehehe... 

Dalam satu set Ellfie Essence ada 4 produk ya..

1 Cleanser 30ml
1 Toner 30ml
1 Day Cream 10g
1 Night Cream 15g

Pastikan tapak tangan bersih baru pump kan 2-3 kali cleanser.. Siapa dah try cleanser Ellfie Essence sila angkat tangan hahahah.. Ramai yang suka sebab bau dia wangi tapi lembut je.. salah satu ingredients yang terkandung di dalam cleanser ini ialah Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract.  Sebab tu bau dia harum.. 

Bila tangan kita bersih dan bebas minyak, buih pon terhasil dengan banyak.. syok je basuh muka.. Cleanser Ellfie Essence ni mampu membersihkan kotoran di wajah tanpa mengeringkan kulit seperti sesetengah cleanser lain.. ni kita rasa bersih tapi lembut dan tak kering.. paham ke tak paham ni? heheh

Lepas basuh muka dah lap bagi kering.. boleh pump kan 2-3 kali toner.. cara pakai toner ialah pump kan di facial cotton macam gambar di atas.. kemudian sapu ke seluruh wajah.. kene pakai facial cotton ya!! bukan pump kat tangan pastu dab-dab kat muka.. salah ye.. 

Ini paling digemari customer.. Kak Pilla pon suka gila dengan day cream ni.. siapa pernah pakai concealer? ye dia seakan-akan concealer sebab tu nak dekat 3 bulan tak habis-habis lagi walaupun 10g hahahah.. lepas pakai toner boleh sapu rata kat wajah.. Jangan risau bila mula-mula sapu kat muka tu nampak macam eh selepong ke apa ni? relakss jangan panik hahah.. lepas blend kat muka, lepas beberapa minit dia akan serap ke wajah dah takde nampak selepung dah.. Kak Pilla perasan sejak pakai day cream ni muka dah tak oily macam dulu.. Kalau tak tu fuhhhh kat dahi ngan hidung tu macam boleh goreng ikan hahahaha.. 

Ada yang tanya, kalau dah pakai day cream boleh ke pakai compact powder.. sebenarnya terpulang.. Kak Pilla kalau nak gi kerja pagi tu pakai jugaklah compact powder tapi tak suka pakai tebal-tebal.. nipis-nipis je cukup.. kalau lepas zohor tu just pakai cream je kadang malas nak pakai bedak dah.. saja je pakai 2x sehari sebab nak habiskan cepat.. lama sangat oiii nak habis *nangis*

Oh ada yang tanya, if tak keluar rumah boleh ke pakai day cream? Jawapan dia boleh!! kenapa pulak tak boleh hahahha.. Kak Pilla kalau weekend takde gi mana pon mesti pakai tak pernah skip ;)

Night Cream sama jugak macam Day Cream.. lepas pakai toner boleh sapu ni.. Kak Pilla selalunya akan pakai sebelum tidur.. night cream ni senang sikit nak blend kat muka sebab dia very moist.. Tapi jangan risau.. esok bangun tidur takde pon muka jadi orang minyak ke apa.. memang kulit akan betul-betul absorb night cream ni sebab tu bila bangun tidur tu muka rasa lembut dan takde berminyak :)

Tak lama lagi dah nak puasa.. pastu dah Raya.. siapa nak cantik jom order Ellfie Essence.. Sempat lagi nak lawa dalam masa sebulan hehehehe... 

Harga 1 set Ellfie Essence

RM120 (SM)
RM130 (SS)
*Free Postage seluruh Malaysia


Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 atau dapatkan dari Agent sah kami :)

Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com


Love, 
Filla.

GOODYEAR BERTAHAN SEHINGGA 100,000KM!!

$
0
0
*scroll down for new entry*

Aku dan jalan raya tak dapat dipisahkan.. Hahah dah macam lirik lagu dah ni.. 

Rutin harian ialah hantar anak pergi sekolah.. Pagi gelap lagi dah keluar dari rumah, first destination ialah hantar Kasih pegi sekolah.. Lepas dah hantar dia pegi sekolah, Kak Pilla meneruskan perjalanan ke tempat kerja.. Tengahari kadang tu kene keluar juga beli bahan-bahan basah atau keperluan lain yang dah habis.. nanti petang habis kerja terus gi sekolah nak amik Kasih balik dari sekolah.. dah amik dia balik terus balik rumah. Perjalanan dari Putrajaya ke Sri Kembangan tu amik masa lebih kurang 45 minit (termasuk jalan jam) Itu lah rutin 5 hari bekerja iaitu menjadi supir kepada anak hahahaha... malam pulak 3x seminggu kene hantar tuition malam.. Kalau papa dia takde, mak dia ni jugaklah kene hantar... 

Setiap hari Sabtu Kak Pilla kena hantar Kasih pegi tuition kat Wangsa Maju.. Bayangkan dari Seri Kembangan ke Wangsa Maju.. selalu ikut MEX Highway je senang, terus keluar kat Jalan Ampang.. pastu sibuk hal business Ellfie.. Hari cuti atau sabtu dan ahad memang Kak Pilla akan drive sorang-sorang pegi rumah Peej atau Office Ellfie Beauty.

Sepanjang jalan tu hanya berdoa semoga dilindungi perjalanan ni.. Especially bila bawak anak, lagi panjang doa dia hahaha.. Anak-anak jelah yang Kak Pilla ada, so keselamatan tu sangat lah penting.. Lately ni macam-macam pulak accident sana sini yang melibatkan seluruh keluarga terkoban, bayi terkorban.. Sedih dan tak dapat bayangkan semua tu.. 

Kak Pilla kalau bawak kereta memang muka macam tensi pastu muka garang macam nak makan orang hahahah... Fokus tu penting yaaa.. nak selfie boleh tapi bukan dalam keadaan kereta bergerak ye.. kang ada yang ko pi langgar plak kereta depan tak pasal-pasal je... 

Sejak dah ada 2 kereta sekarang ni.. Lagilah Kak Pilla panjang langkah nak ke hulu ke hilir settle kan kerja.. Kira macam, Pak Radie jaga kereta baru, Kak Pilla jaga kereta lama ni.. So semua kena make sure tip top.. 

Tapiii tapiiii tapiiii i orang perempuan... i tak reti pasal kereta...i tau bawakkkk je.. tayar takde angin? kereta dah service ke belum? minyak hitam ada ke tak? battery dah tukar ke belum? 

Tak tauuuuuuuuuuuuuuu!!!! i tau isi minyak kereta dengan topup touch and go je hahahahahah..  bab keselamatan kereta semua serah bulat-bulat kat laki.. 

Korang tau ke part-part kereta ni?? Tak yah citer banyak lah, nak tanya, korang tau harga tayar berapa?? Kalau tukar 4 tayar berapa cost dia??? Aku tau tu pun sebab tanya Pak Radie.. Bila dia cakap harga terus tak puas hati.. Eh tayar memang mahal ke?? Dah lah every 2 years kene tukar.. Nyampah nyaaaaaaaa!!!!! takde ke tayar yang tahan lebih lama? So tak yah asyik nak tukar je.. so duit lebih utk tayar boleh beli handbag or baju, eh? hehehehe

Gambar selingan kejap hehe.. ini antara jenis-jenis kereta yang boleh fit tayar Goodyear Assurance DuraPlus.

Pak Radie selalunya jadi tempat untuk aku refer pasal kereta.. Nanti dia tolong check kan tayar.. tayar dah nak start botak ke apa.. bila nak tukar.. semua dia yang tolong.. yelah, takkan tak sayang bini ngan anak-anak.. dah tentu aku yang selalu travel with the kids dan aku selalu travel sorang ke hulu ke hilir driving.. mestilah dia risau... tapi dia membebel suruh amik tau sikit pasal kereta.. jangan tau bawak je.. ni lah dia orang pompuan, semua tak reti... Haishhhhhhh sakit hati kite tauuuu!

Jangan ingat orang perempuan ni apa pun tak reti ya... I reti google and buat research ok!  Now Kak Pilla tertarik dengan kehebatan Goodyear Assurance DuraPlus.  Kalau korang nak tau, Goodyear Malaysia ni is one of the world's top tyre manufacturing company yang tip top dari segi sales dan teknologi.. Goodyear kot.. sapa tak kenal, betul tak?

Sekarang target Kak Pilla ialah nak cari tayar yang bertahan lebih lama dan tak perlu selalu tukar.. jimat perbelanjaan kat situ ;) Masa 'mencari' the best tyre tu la ternampak kat website Goodyear Assurance DuraPlus ni terus rasa macam, Ok, inilah yang aku cari selama ini.  Kan kereta yang Kak Pilla pakai sekarang ni Kak Pilla yang fully incharge dah pasal kereta ni.. of course i nak yang terbaik untuk kereta kesayangan i ni hahahhaah.. 

Goodyear Assurance DuraPlus boleh pergi sejauh 100,000km.. Eceh korang tau ke 100,000km tu sejauh mana hahahah.. itu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang sebanyak 282 kali.  Sekarang boleh bayangkan tak betapa jauhnya perjalanan dengan Goodyear Assurance DuraPlus.. Penjimatan di situ kan..  Kalau tak boleh bayangkan takpe.. Meh Kak Pilla share video ni best.. ternganga-nganga kagum Kak Pilla time tengok video ni hehehe..


Hebat kan? setakat Kak Pilla ni kalau travel ke mana je pun.. jadi supir anak setiap hari.. pastu sabtu ahad pusing satu KL je.. confirm lagi lama tayar dapat bertahan dan dapat lebih km dengan Goodyear Assurance DuraPlus.. 

Goodyear Assurance DuraPlus juga menawarkan Worry Free Assurance yang applicable untuk 6 jenis tayar.

 Dengan adanya Worry Free Assurance ni anda dah tak perlu risau kerana Goodyear Assurance DuraPlus akan menggantikan tayar yang baru jika tayar anda ada kerosakan bergantung kepada terma dan syarat.

Apa perlu anda buat sekiranya tayar anda bermasalah? 

Yes, itu sahaja.  Langkah kedua penting ya.. kene bawak sekali Worry Free Assurance card berserta original receipt pembelian dan tayar yang damaged tu.  Kemudian tak perlu risau, tayar anda akan diganti dengan yang baru ;)

Boleh refer Worry Free Assurance dan baca terms and conditions ya.

Masa tengok website dia syok pulak sebab ada banyak info and tips.  Korang boleh baca Driving and Safety Tips tu banyak sangat info.. So kita kene jadi pemandu wanita yang serba tahu pasal kereta dan tayar ye... Kalau husband kita tanya lepas ni, biar kita nampak lebih terror dari dia.. pasal tayar ni pon dah boleh explain kat dia why i want Goodyear Assurance DuraPlus ni.. 

So ladies out there, jom click Goodyear website untuk maklumat lanjut, lepas ni balik rumah boleh eksyen kat husband memasing dan tak nak tayar lain selain Goodyear Assurance DuraPlus ;)




Love, 
Filla.

NESCAFÉ Blend & Brew wajib minum setiap hari.

$
0
0
 Hari ni Kak Pilla nak cerita tentang minuman wajib setiap kali breakfast.. Tak kira lah kat rumah ke atau pon kat office ;)

Siapa yang dah follow Kak Pilla lama, korang mesti dah tau Kak Pilla paling susah nak skip coffee kan? Hahahah terseksa jiwa batinku hehehe... Kawan-kawan kat office pon semua dah faham dengan Kak Pilla, hari-hari without fail mesti kene ada NESCAFÉ Blend & Brew ni.. Kat office pon ada jual kat pantry, so makin menjadi-jadilah Kak Pilla minum hari-hari.. Orang yang addicted to coffee sahaja yang faham apa rasanya kalau tak dapat NESCAFÉ Blend &Brew ni at least sekali sehari.. Rasa tak tenang je nak buat kerja..

Korang dah try ke belum NESCAFÉ Blend & Brew ni?  Sedap oiii ketagih dibuatnya hahahah... Ada 3 jenis semuanya iaitu Original, Mild and Rich.. Ketiga-tiga jenis NESCAFÉ Blend & Brew ni diolah untuk mendapatkan rasa coffee yang dikisar bersama susu.. Tak perlu nak tambah-tambah susu atau gula lagi.. bancuhan tu akan membuatkan rasa NESCAFÉ Blend & Brew tadi cukup perfect dan lengkap!

Jom Kak Pilla cerita lebih detail tentang rasa bagi setiap jenis ni so korang boleh lah try ikut citarasa masing-masing nanti ;)

 Siapa peminum tegar NESCAFÉ Blend & Brew Original?  Saya angkat tangan.. Inilah yang Kak Pilla minum setiap pagi sejak berzaman lamanya hahaha.. Tapi tunggu Kak Pilla tak habis cerita lagi nie.. Bagi range Original, ianya sangat unik kerana dikisar bersama susu dan gula.  Ianya akan menghasilkan buih-buih halus yang sangat smooth, beraroma dan seimbang. Tak perlu ke cafe untuk menikmati secawan coffee sebab NESCAFÉ Blend & Brew Original ni mencapai tahap piawan Kak Pilla :)

Range Mild ni Kak Pilla tak pernah rasa lagi sebelum ni.. sebab setia dengan yang Original hehehe.. So selepas cuba yang Mild ni OMG terus jatuh cinta.. Rasanya lebih milky dan creamy dengan rasa light-roasted coffee dan on top tu ada layer buih-buih (foam) yang sangat smooth.. dapat minum seteguk terus terpejam mata sebab menikmati rasa NESCAFÉ Blend & Brew sebenar.. Siapa yang tak berapa suka rasa coffee yang agak 'strong' korang patut pilih Mild ni ok? 

Ok yang packaging dia warna hijau ni ialah Rich.  Ini kegemaran Pak Radie.. dan rasanya mostly kaum lelaki suka Rich ni sebab rasa coffee dia agak 'strong' dari Original dan Mild.  Kira siapa minum range Rich ni boleh rasa 'kick' lah coffee dia.. 

See? Apa pun breakfast Kak Pilla kat office mesti disertakan dengan NESCAFÉ Blend & Brew.. Now selang seli, harini Original, esok tukar amik Mild pulak.. 

Tengok ni pun dah terbau-bau dah aroma dia..

Selfie dulu sebelum minum hehehe

Sebab apa Kak Pilla jatuh cinta dengan NESCAFÉ Blend & Brew ni selain rasanya yang lazat? Salah satu sebab ialah cara penyediaannya mudah sangat. Koyakkan sachet dan tuang dalam mug.

Kemudian tuang air panas je.. Nampak tak foam yang smooth tu terbentuk kat situ.. 

Mudah dan yang penting dah ketagih dah ni.. Hari-hari kene minum ni... Kak Pilla tak kuasa kene bancuh-bancuh yang leceh-leceh ni.. susu lain, gula lain.. kang silap bancuh rasa pulak tak sedap.. so Kak Pilla memang puji lah bila ada benda yang mudah dan sedap macam ni.. sesuai untuk orang pemalas macam kita.. Eh? tetiba kita hehehe.. tanak lah nampak pemalas sorang-sorang.

Ni breakfast weekend haritu.. Kak Pilla sediakan cekodok udang dan matchkan dengan NESCAFÉ Blend & Brew ni.. Pak Radie punya range Rich, Kak Pilla punya Mild.  No sharing sorry! NESCAFÉ ni brand yang dah lama bertapak di Malaysia sebab tu ianya sangat dekat di hati Kak Pilla dan family.  Rasa bangga apabila NESCAFE Malaysia dipilih sebagai negara pertama didunia memperkenalkan produk ni.. susu yang digunakan untuk menghasilkan NESCAFÉ Blend & Brew ini ialah dari high quality New Zealand milk.

 Selalunya hari Sabtu dan Ahad, Kak Pilla akan sediakan simple breakfast kat rumah sebab malas nak keluar makan kat luar hehehe.. kata sekarang ni musim berjimat cermat.. Lagipun rasa NESCAFÉ Blend & Brew adalah setanding dengan coffee kat high end coffee stalls, malah lebih sedap kot, so kenapa nak membazir kan? Pak Radie pun lagi suka breakfast kat rumah dari kat kedai mamak hahahahah.. yelaaa yelaaaa kene rajin lah lepas ni..

Jom layari:



Love, 
Filla.

MAKAN LUAR.

$
0
0
Baru-baru ni makan kat luar.. Dah lama sangat tak makan-makan dengan family kat luar.. Sebab utama ialah MALAS.  Duduk rumah lagi best, masak simple-simple pastu lepak je kat rumah.. Ingat senang ke nak salin baju, nak bersiap angkut bala tentera ni? leceh ok.. Lagi satu kene belajar berjimat cermat sebab rasa macam satu pembaziran makan kat luar ni.. sesekali takpe.. kalau selalu boleh pokai hahaha.. Tapi Pak Radie nak belanja so semua lelaju siap heheheh...lagipun kesian tengok budak-budak ni.. asyik terperap duduk rumah.. Jomlah kita jalan... 

Nak makan apa? Nak makan western jom? Oklah jom lah.. Pak Radie suka burger, Amaani suka spaghetti, Kasih suka fish and chips, Aleesya dengan mama hentam je.. apa pon boleh ;)

Untuk kesayanganku Kasih Amaani.. 

Ni apa tah, chicken bites kot?

Ni Kasih punya.. 

Makan kat TGIF ni untung sebab kids eat free kalau amik main course.. dah tentu aku dengan Pak Radie dah dua main course.. so dapat 2 meals free for the kids.. yang satu lagi tu papa and mama paying for me.  Erk... 

Tak tau ni burger apa tah.. tapi atas burger tu yang selonggok tu bawang goreng.. sedap... 

mama teringin nak makan ribeye steak.. black pepper pastu malam tu kepanasan satu badan macam haper.. tidur kat kaki Pak Radie muka tala kat aircond.. hahahaha.. melampau sangat kepanasan dia tu.

Amaani ni dia senang diurus.. Tapi bab pakaian dia tak mendengar kata sikit.. Dia tak suka pakai seluar sampai menangis meleleh-leleh air mata kalau suruh pakai tights.. dia nak pakai dress je.. tapi aku suka yang jenis kain t-shirt tu sebab simple dan selesa.. so haritu beli sekali 4 helai.. pakai lah puas-puas.. 

Kasih dah anak dara.. kurang sikit sentap-sentap ni.. tapi ada peel baru grrrrrrr... aku dengan kasih selalu panas sikit.. dia kalau nak apa-apa main petik je.. mama nak ni.. mama nak tu.. eh eh ehhhhh... sukati dia je.. walaupun dia tau aku takkan beli apa dia nak tu.. dia takkan muak cakap benda yang sama.. kang aku dah mengamuk dia diam kejap.. pastu tak sampai setengah jam dia boleh cakap nak benda tu balik.. macam takde apa yang terjadi sebelum tu.. Pak Radie pon hangin je tengok aku bertekak dengan kasih.. 

Yang budak baju belang muka kerek tu memang kerek.. Sekarang perangai dia suka merajuk takde hal pon tetiba merajuk.. Eh? ko dah kenapa? aku balik kerja dia jeling sikit je pastu pegi satu sudut peluk tubuh muka masam mata jeling-jeling.. pastu lari kat apak dia mengadu.. "Papoooooo mama buat Echaaaaaaa".. Eh???? urut dada aku tau.. 

Ini so far ok je.. tapi ada satu masalah.. kuat melalak... sesikit nangis.. sesikit nangis.. pastu sesikit gaduh dengan Aleesya.. bingit tau telinga ni.. yang Aleesya pon satu.. asyik jealous dengan Amaani tak habis-habis.. Amaani duduk kerusi sini dia halau orang tu.. orang tu pindah duduk tempat lain pon dia kejar jugak suruh alih tempat.. Amaani pon satu, dah tau adik tu tak suka, lagi dia sengaja peluk-peluk aku ni.. maka terjadilah pergaduhan tampar menampar, tolak menolak sampai terjatuh-jatuh.. sekali haku tempik terus lari.. Amaani lah lari.. Aleesya relaks je.. nanti amaani nangis jerit "mama tak sayang Amaani kan?????"

Tolongggg helpppppp helppppppp nak pitam. Baru 3 pilla... kalau 8 tebongkang aku agaknya.

Ni dia budak kerek tu.. nak bagi dia diam terpaksa bukak upin ipin kat phone.. pastu dia bergelak ketawa sambil makan banyak gila tanpa pedulikan orang sekeliling.. bagus, itu yang mak kau nak.

Itulah kisah The Kasihs dengan perangai masing-masing.. tapi mama tetap sayang.. Tu belum perangai apak dia lagi.. sikit-sikit "makan apa harini?".. kalau tak masak muka moncong 2 batu.
Eh pitam lah macam ni.. tapi tetap sayang. 

*uwekkkkkk*

Habis aku sapa nak layan????

*melangkah longlai masuk bilik air*




Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 
Senarai Agent Ellfie Essence
Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com


Love, 
Filla.

SUSAH DAN SENANG.

$
0
0
Assalamualaikum :)

Amacam, muak tak tengok citer Nescafe tak habis-habis hahahaha... Actually Kak Pilla baru balik from Langkawi dengan anak-anak.. Hari Ahad dah sampai.. tapi semalam, Isnin Kak Pilla sibuk kat office Ellfie pulak.. Terlampau banyak kerja kat sana so kene turun padang sama-sama bantu.. Kak Pilla kan incharge agent so product baru sampai dan kene repack banyak gila kot untuk agent.. sampai bersila atas lantai office semalam sebab meja pon dah penuh diorang guna untuk uruskan postage.

Duduklah Kak Pilla bersila mengadap kotak-kotak Ellfie yang berlambak-lambak nak pack.  Pempahamlah agent kalau restock bukan sikit-sikit, so kena pack kemas-kemas untuk agent yang kita terpaksa pos ke negeri-negeri lain.. 

Berniaga ni bukan senang.. aku, Elly and Peej banyak belajar dari bawah.. Kitorang prefer macam tu.. sama-sama turun padang dari zaman mula-mula lagi Ellfie Beauty ni ditubuhkan.  Siang malam berkampung rumah Peej settlekan order.. Pernah sama-sama rasa susah, rasa panik bila barang habis.. upgrade product, packaging dari semasa ke semasa supaya semakin presentable.  Banyak sangat yang kitorang belajar, merangkak bersama-sama.. Di mata orang luar nampak takde apa.. tapi kitorang yang melalui, kitorang tau sangat kepayahan dia.. 

Ada masa kitorang duduk ingat balik kisah susah payah nak naikkan Ellfie Beauty ni memang tergelak.  Terkangkang-kangkang angkat stok, panik bila stok patut masuk tapi tak masuk.. orang dah bayar tapi barang takde.. gigil-gigil tangan nak whatsapp agent nak bagitau barang takde kene tunggu lagi seminggu-dua.  

Teringat masa restock product 4 hari berturut-turut dari pagi-pagi lepas subuh aku dah gerak gi rumah Peej.. yang Elly pagi cirit-birit gi klinik.. tengahari dah tepacak rumah peej walaupun tak sihat.  siap bawak baju nak salin supaya selesa nak mengadap kerja belambak-lambak.  terpaksa tinggalkan anak-anak kat bapak diorang.. dalam hati takut jugak nanti laki marah hahaha.. tapi nasib baik memahami.. memahami sengih sampai telinga tu tak lah, tapi bila dia sendiri tengok dengan mata dia macamana kerja kitorang yang macam orang gila nie, dia pun terus memahami ;)

Pernah sekali tu dari pagi kot aku kat rumah Peej.. masa tu dah hari ke-4 ke apa.. kitorang buat kerja sampai kul 9 ke 10 malam kot.. serious tenaga dah takde langsung, bontot dah cramp duduk bersila.. aku pack 1 set Ellfie tu masuk plastik poslaju pastu seal kan dia.. aku campak tepi terus amik tudung, capai bag.. Peej tengok je aku.. "Bye Peej, aku nak balik, tolong aku nak muntah"

Terus keluar start engine kereta blah.. Pastu now bila cerita balik part tu memang gelak.. Peej kata tetiba je kau kan, bangun amik bag blah.. tekejut aku. hahahahha.. dah bagus aku tak muntah kat pangkuan ko Peej. hahahahahahahaa..

Alhamdulilah nampak banyak sangat yang dah berubah.  Sekarang dah ada office kat Danau Kota.. Dah ada staff jugak sebab tak mampu kitorang bertiga nak handle order.. Masing-masing tau tugas masing-masing.. Elly jenis kalau tengah serious memang seram sikit dia ni.. Dia main petik je, "Filla, kau siapkan caption and entry untuk marketing, advertise kat bla bla bla ni deadline dia.. Esok aku nak".. kebil-kebil mata ahkak.

"Peej, siapkan accounts by tomorrow nak tengok pastu esok aku tak dapat pegi sini ko kene pegi" Peej jeling je.. Elly runner sana-sini settlekan macam-macam.  Kerja kene pantas bergerak ke depan.. After office hour cerita akan berkisar pasal anak, pasal masak.. hahahah itulah dia.. Aku walaupun jarang dapat turun Office Ellfie, aku communicate through whatsapp.

Ini kalau para laki turun office.. tak leh blah bising je hahahah....

Ni baru betul hahahah.. Ni actually gambar masa product photoshoot haritu..

Sesikit citer pasal Ellfie kan? Sila jangan bosan hahahahah.. nak ajak you olls ramai-ramai try ellfie sebab kitorang pon ter 'wowwww wowww wowww' bila dapat testimoni dari customer.. siapa ada masalah kulit kusam, kulit lebam, kulit kasar, kulit tak sekata, kulit jerawat.. jom try Ellfie Essence!!!

whatsapp 013-2755197 kalau nak jelita hahahahah

Love, 
Filla.

MERITUS PELANGI BEACH RESORT & SPA LANGKAWI MEMANG AWESOME!

$
0
0
Sebenarnya beberapa bulan sebelum cuti sekolah ni aku dah plan nak bawak anak-anak gi cuti-cuti.. Tapi menyampah pulak nak bawak gi Cyberview lagi.. hahaha nampak nau pemalas tu asal cuti ke situ.. 10 minit dari rumah melampau sangat.. Memula bincang ngan Pak Radie nak bawak diorang gi Bali tapi banyak benda aku pikir.. dah lah jauh, budak-budak ni kalau gi hotel nak berendam kat swimming pool je.. jadi macam tak berbaloi nak gi sampai Bali sana.. dah lah tak leh sewa motor.. anak ramai khennnn..

Eh tapi rindu Bali.. Kalau korang plan nak gi Bali boleh contact Supir Kak Pilla masa gi sana dulu.. Nama dia Pak Wayan +62812-3814-6664 boleh communicate through whatsapp ;)

Ok so sambung cerita.. Kak Pilla terpikir nak bawak budak-budak gi Langkawi je.. Tapi nak cari hotel yang swimming pool dia best untuk budak-budak.. duduklah korang mengadap swimming pool tu sampai muntah.  Survey punya survey jumpa Meritus Pelangi ni.. memang best.. baru teringat my SIL ngan family dia pegi last year so whatsapp lah Kak Yatie.. dia pun cakap cantik sangat tempat tu, nak makan pon senang sebab kalau naik kereta 5 minit je kot depan tu dah keluar kat Chenang.

Lawa kan? So siapa rasa nak stay sini boleh tengok kat Agoda or Booking.com atau boleh contact hotel ni di no 04-9528888

Flight pagi tu delay sejam.. tapi dah tau awal dia delay.. so kitorang pon gi airport Atok ngan Wan hantar.. tido sana siap-siap malam tu.. ceria je muka Amaani ngan Kasih ;) 

hahaha ni lagi ceria.

Aleesya pon sama jugak..dia ni lagi over rasa nak gigit.

Pagi tu habiskan masa kat The Loaf kejap.. 

Ni first time try naik malindo.. Not bad ruang tempat duduk dengan kaki tu agak spacious jugak dan ada screen untuk setiap passenger.. ada movies and games.. setakat gi langkawi 1 jam Kak Pilla dah sampai level 4 main game ala-ala pacman tu.. tau-tau dah nak landing.. cisssss tak sempat tambah level.

Aku duduk bertiga dengan Kasih and Amaani.. Leecha ni tak yah lah, dia memang melekat sikit dengan apak dia.. sikit-sikit Papoooo Papooo.. Papa lah!

Baru take off dia dah pengsan.. hahahah.. Leecha ni aku pon tak paham, kadang nampak kurus, kadang nampak gedebob..

Alhamdulilah perjalanan pergi semua ok.. 

Sebelum gi sini kitorang ada jugak plan nak drive je, pastu bawak masuk kereta dalam Langkawi tapi bila Pak Radie search sana-sini banyak yang tak best dari best.. so cancel lah.. kita sewa kereta je.. tapi takut cuti sekolah kereta penuh dan harga makin mahal.. so kita dah booked awal-awal sebelum pergi sana.. If korang nak book transport untuk sewa kat sana awal sila contact Encik Azmirul 019-5767202

Just pegi amik kereta kat kawasan parking tu.. tak yah jumpa pon penyewa tu.. dah ada kunci kat dalam kereta tu ;)

Nak check in hotel pon awal lagi.. so apa kata kita gi makan siap-siap.. Dulu kitorang pernah gi makan laksa kat area airport tu.. tepi laut.. so jom gi sana.. 

Tapi sebelum gi sana dah kene paw dulu hahahah.. suruh Pak Radie park ada kawasan lapang sikit sebab aku nak buat susu budak-budak ni.. tetiba datang satu motor kat tepi kereta.. dia tanya "ni kereta ahmad kan?".. Pak Radie pon nak tanak je lah jawab.. aku pon tak dengar sangat.. yang aku tau dia mintak tolong sebab kereta dia kandas takde minyak.. so minta simpati nak duit dalam RM5 ke RM10 ntah nak gi beli petrol.. Aku malas lah memekak-mekak so aku cakap bagi je lah.. Pak Radie pon bagi lah sikit pastu dia blah.. Aku cakap lantak dia, if dia tipu dia dosa, kalau betul rezeki dia.. Pastu Pak Radie cakap kalau dia tipu, sehari dapat lah RM100 kayo pakcik... yelah pelik gak, tetiba je datang citer minyak habis nak mintak tolong hulur duit skit.. 


Tak tau mana sedap mana tak sedap.. main hentam je.. janji laksa ;) kalau orang tanya ni kat mana.. ntah? tapi dekat je dari airport tu.. dia gerai-gerai tepi jalan tu semua jual laksa.

laksa kaw ikan sekoq.. 

ada jugak jual benda lain.. nugget2 pon ada.. ngan cucuq udang.

Eh menjilat screen betol gambar ni hahahah.. mana aku tau ikan sekoq tu rupanya memang dia bagi sekoq hahahah.. rasa dia ok gak sedap.. gigit pulak cili padi tu kang.. fuhhhh terangkat ;)

Jangan kacau mama ye.. nak menghayati rasa dia ni ;)


tengok Amaani ni.. dia memang minah lawak, minah cengeng, leh tahan kaki gaduh tapi confirm tewas dengan Aleesya hahahaha

ni dia budak yang selalu buli Amaani.. dah lah dia panggil Amaani tu A-may.. heheheh 

Sambil makan laksa tu boleh lah tengok kapalterbang turun naik

Ok lah dah kenyang jom kita gi check in hotel..

On lah waze dari tempat makan tu.. Ek elehhh 2km je hahahahaha.. Meritus ni dekat je rupanya dengan airport ;)

Suka sebab semua staff dia sangat friendly.. Even masa registration tu pun dia suruh duduk tak yah gi counter.. dia yang amikkan segala details dan registerkan ;)

ada buggy jugak.. selamat tak yah jalan heheh

room ni boleh masuk 2 adults 2 kids.. aku request 2 super single bed.. Aleesya tido kat celah sambungan katil hahaha.. nasib tak terperosok bawah tu.. Haish tak lama lagi anak dah besar-besar kene amik 2 rooms ke? 

Balcony dia luas nak mam.. selesa sangat.. 


kat Meritus ni wifi ada so jangan risau, boleh update sampai lembamsss.

ada small fridge bawah tu.. 

paling best ialah bathroom dia.. besar nak mam.. dah sama besar dengan bilik tido aku rasa hahahaha.. belah kiri tu ada ruang letak bag.. pastu celah tu lagi ada iron board, iron dan tempat hanger baju semua.. so lepas mandi terus siap je dalam bilik air.. best kan?

ada bathtub jugak, shower pon ado.. 

Eh Aleesya menari inang ke apa tu.. 

Semua dah tak sabar nak gi swimming pool tu.. tapi aku buat tak paham je.. Tapi diorang berjaya pujuk Pak Radie.. pegi jugak mandi panas-panas terik tu.. memang aku lumur sunblock diorang semua tu.. kalau tak habis tebakar kulit kang.

Gambar bawah ni semua kat swimming pool satu.. pastu ada lagi satu swimming pool dekat area Spa tapi tak pegi sebab sana bukan untuk budak-budak.. 






Best kan? besar gila kot swimming pool dia.. nak cetek ada, nak dalam gila ada, nak privacy ada 2nd swimming pool, nak yang ala-ala playground ada.. pilih kakkk pilihhh... 

pastu depan swimming pool je dah gi kat beach.. beach lawa plak tu sebab private beach katanya.. pasir halus bersih je.. inilah yang ahkak mahu.. satu tempat semua ada ;)

Ni yang Pak Radie berbulu tengok hahahahahah... Eh panas tau tak.. kulit i sensitif tak leh kene matahari.. kalau ikut hati nak je aku tido dalam bilik bukak aircond masuk dalam selimut hahahah.. tapi ko nak mampos? dahlah tak swim dengan budak-budak ko nak belagak mak dat pulak hahahahah.. 

muka dah nak sama dah kenapa ni??? amaani tu suka buat mimik muka kan? rasa nak tumbuk.

Tepi pool ada jual icecream.. 

gi lah pow papa tu heheheh


Ni lagi best.. Wan lah ni.. breakfast mihun goreng berlebih, Wan packed kan dia cakap nanti swimming budak-budak lapar boleh suap. Eh tapi aku yang suap untuk diri sendiri sampai licin, camne tu? hahahaha.. Eh tak lah, Amaani makan mihun Wan ni banyak!

nugget pon Wan kirim jugak.. Wan oh Wan... semua dia nak bekalkan hahahaha... tapi memang licin pon.. Eh bukan ni je ye, Wan siap bungkuskan pulut kuning dengan serunding ayam Wan masak.. hahahahahha selamba je aku sumbat dalam bag susu naik katebang.

Dah letih kuak lentang bagai.. balik bilik mandi-mandi rehat jap.. pastu malam keluar cari makan kat pantai chenang tu.. 

Aleesya memang pencinta kucing.. nampak kucing je dia menggelupur kegembiraan.. kalau Amaani, nampak kucing je menggelupur ketakutan hahahahah. 

Kasih memang jenis tahan mata.. dia susah sikit nak tidur.. malam pon jenis susah nak tidur.. tapi kalau cuti sekolah, lepas subuh, dia sambung tido.. hambik sampai kul berapa baru reti nak bangun.. apa ni anak dara bangun tengahari? kalau Wan dulu memang dia tempik je aku tau.. "anak dara bangun tengahari, elok sangat lah, esok kau dah berlaki, bangun tengahari, tak reti buat kerja rumah bla bla bla bla" eh eh ehhhh panjang lecture ni hahahahah..  

Amaani jenis tidur cepat jugak.. lagi-lagi kalau siang tu dia penat.. kul 10 dah juling-juling mata dia sebab ngantuk hehehe.. 

malam tu main hentam je makan kat sini.. tepi jalan je restoran dia.. 

butter prawn sedap tapi Kasih cakap manis sangat.. a'ah manis why lah kene manis?


tom yam dia pedas nak mampos.. ni kalau tersedak boleh masuk sepital ni.

Dah settle makan kitorang terus balik.. Pak Radie geram je tengok area pantai Chenang tu best kot kalau jalan-jalan malam-malam.. Lebih kurang macam Phuket, Bali semua.. Hoiii kita anak bederet ni, mana boleh jalan? sorang dah tido, sorang dah lemah dah.. 

Balik hotel lepak jap kat lobby sementara tunggu Pak Radie gi park kereta.

parah sangat dah Amaani.. mengantuk hahahhaa

So itu lah percutian day 1.. kalau boleh ada 2 part je percutian ni.. semoga diri ini tabah nak pilih gambar and buat entry hahahaha...

To Purchase Ellfie Essence please whatsapp 013-2755197
Check out our Ellfie Essence Agent here

Love, 
Filla.

PERCUTIAN DI LANGKAWI PART 2.. TAKDE PART 3.

$
0
0
 Baru complete masukkan gambar ni.. pastu baru nak mengarang ayat dah menguap.. acaner ni? takpe pelan-pelan lah kita menyusun ayat ye.. 

Ni breakfast day 2 pulak.. Oh ada ke citer kat previous entry, Kak Pilla book hotel ni melalui phone call je.. pastu buat online payment and bagi proof of payment.. so memang breakfast included for 2 adults.. children pulak 4 tahun ke bawah foc je.. so kitorang bayar untuk Kasih je, rasanya tak sampai rm40++ untuk budak.

Breakfast banyak jugak.. macam-macam ado.. ko malas dengan tak je nak bangun duduk.. aku memang malas lah kan.. bangun 2,3 kali cukup dah..

Adalah snap gambar sikit pastu tak snap dah.. hahaha dah tua2 ni segan plak nak snap gambar sambil jalan tengok-tengok.. ko dah kenapaaaaaa semua benda nak snap.. malu lah ai..

ni pun amik gambar camera gantung kat leher.. pastu buat-buat tengok makanan tangan snap.. level camera tu kat perot hahaha.. tak kelakar ke? gelak lah plis.

Oh atas ni mihun/kueyteow/mee sup.. boleh tahan sedap.. tiap pagi makan ni jugak ;)


 Nasi Lemak dia sedap... tapi sambal dia cair sikit.. 

 Leecha ngan Amaani makan mee ni..

 menu wajib.

kueyteow sup sedap

 budak ni suka makan pakai tangan.. lama-lama habis gak dia kutip selai-selai masuk mulut..

 Lepas breakfast kitorang terus keluar.. malam tu google tengok mana nak pegi bawak budak-budak... tak yah nak poyo sangat.. Langkawi je kot.. dah tau dah pon apa ada kann.. nak gi tengok makam mahsuri tu macam malas sebab panas.. kang meragam pulak memasing.. nak gi naik cable car malas (aku takut sebenarnya) hehehe.. nak gi naik boat malas sebab dulu dah pegi.. kang sampai setengah hari kat situ je.. so tanak.. budak-budak ni cakap nak mandi swimming pool lagi..

Underwater World je lah tempat paling sesuai.. dari hotel naik kereta tak sampai 10 minit hahahah.. nasiblah mak bapak memang dasar pemalas.

 Tapi tiap kali bercuti, Pak Radie memang boleh harap.. Pastu masa kat swimming pool aku cakap kat dia.. aku dah perati je kat swimming pool.. semua bapak2 yang layan anak.. mak-mak perati dari tepi je.. so aku tak pelik lah kan? Pak Radie hangin je.. dia kata mak-mak memang.. cer tengok keliling semua mak-mak sibuk belek phone.

*campakphonedalambag*

nyampah ai.

 ni rate untuk masuk Underwater World.


 feeding time


 Teruja gak lah budak kecik ni tengok fish..




 Wannnnnn, apa Jenggo buat kat sini??? dia carik kutu sapa tu???? hahahah.. spesis Jenggo (memorset monkey) Pak Long pon ada kat sini.. Jenggo tu Wan ngan Atok yang bela..

 Suka tengok ikan lumba-lumba ni.. sedap je dia berenang laju pastu pusing-pusing..

A video posted by fillanie (@fillanie) on



 geram kan tengok?

 Paling geram sekali dekat penguin ni.. 

 Hoiiiii apasal comel sangat.. yang bebulu bejanggut kuning tu.. omg rasa nak tampar muka dia.. 

 Penguin ni macam-macam spesis ada.. pastu diorang ni comel gila ok.. masa ni ada orang tengah bersihkan tempat diorang tu.. pastu penguin ni macam kumpul beramai-ramai pastu macam berpakat.. 

"Orang tu datang setapak kita terjun ramai-ramai"

Baik mak!!!

Pastu gedebushhhhhh beratur semua terjun hahahahah comelllll ;)

Dah tu naik pon beramai-ramai nak naik.. Eh? kenapa kena ramai-ramai.. tak leh naik sendiri sorang-sorang ke?  tengok aku yang saiko sekarang.

 Huaaaa tengok tu yang bajet hero hensem belah kanan tu... ko kenapa haaaaaaa???? perot boroi badan katek buat muka derkkkkkk plak kat situ.. tumbuk pengsan jugak kang.. Eh nak bela sekor kat rumah boleh ke? hahahahah

 dia berenang lajuuuuu...

 dalam ramai-ramai aku tak leh tahan tengok yang bawah sekali belah kanan ngan sebelah dia tu.. muka tu dah lah macam pemalas jalan seret kaki.. hahahaha 

Lama gak kitorang kat penguin ni sebab best tengok gelagat dia ;)

 sambung jalan tengok ikan *menguap*

 Ok ni agak seram.

 dah macam ketam mix spider



 kat sini pon ada jenis ikan lalu atas kepala :)




 ni fish ke bird? confuse mak.

Oklah habis cerita Underwater World.. Kalau korang tanya pendapat Kak Pilla memang recommended datang sini especially yang bawak anak-anak.. 

Balik tu Pak Radie drop kitorang kat playground.. aku ngan Leecha duduk dalam kereta sebab Leecha sleep.. Amaani ngan Kasih main kat playground sementara tunggu Pak Radie solat jumaat.

Sudah tu lapar..budak-budak ajak makan McD so jomlah..

 Lepas makan terus gi Pekan Kuah jap carik coklat ngan tengok pinggan mangkuk

Pastu kelam kelibut nak balik mandi kat beach pulak.. 

 Eh budak ni tido ke apa?




 Aleesya jenis berani.. aku yang seram tengok.. Pak Radie tu jenis biar je.. Aku kadang bising-bising cakap tak bahaya ke? kat swimming pool tu dia paling kecik tapi dah gaya orang besar.. naik tangga pastu turun slide tu tinggi gak berpusing pastu jatuh kat dalam swimming pool tu.. tapi pakai pelampung tangan tu lah.. selamba je dia terjun masuk air pastu bangun balik.. urut dada aku.

 malam tu Pak Radie ajak jalan kat Pantai Chenang.. So jom lah.. sebelum tu dah dinner makan maggi kat dalam bilik hahaha.. oh gambar atas tu shop yang ada dalam Meritus Pelangi..

 kedai coklat pon ada dalam hotel.. ingat mahal, tengok Eh lagi murah??? haishhh..

 entrance view di malam hari..

 another shop jual baju batik

 Ok ni kat Chenang.. rare jugak tapi bus butik macam ni nak amik gambar kene charge RM1??? perlu ke tak perlu?



 Banyak lagi kedai tapi malas nak amik gambar.. ngan Aleesya lagi mengamuk.. grrrrrrr.. 

Budak-budak pon dah ngantok marilah kita balik..

 Breakfast Day 3.


 Kali ni tak kejar masa.. memang tanak gi memana.. nak spend time kat hotel je.. aku ngan Pak Radie je mandi.. yang lain ni semua tipu.. 


 Ok siapa tak pernah book Malindo online boleh lah book.. harga boleh tahan murah pastu free 15kg luggage for each passenger.. 

Tapi better tak yah select seat.. book je macam biasa.. pastu 48 hours before departure boleh buat web check-in.. masa tu boleh pilih seat.. takde charge!!!!

Kat Meritus Pelangi ni ada internet room.. boleh print sekali.. aku try nak buat web check-in from Langkawi to KL tapi tak berjaya.. tensi tau.. last-last gi kat registration counter.. adik manis tu tolong.. siap pilihkan seat lagi pastu terus print out boarding pass.. Memang mesra sangat staff-staff kat sini ;)

 muka je poyo tapi try nak check in tak leh.. menci..

Pastu tengahari Pak Radie nak bawak The Kasihs gi swimming pool.. gilo apo? tengahari kot.. dah korang pegi lah.. mama nak gi Spa hehehehe

 Berjalanlah Kak Pilla seorang diri dari bilik ke spa.. boleh tahan jauh dia..

Sebelum massage, dapat air dulu.. Oii sedap plak tu hahah.. 

 Kemudian dilayan bagaikan tuan puteri.. Auwww perasan kejap ;)


 Bilik persalinan

 Dah.. sampai tahap tu gambar yang ada hehehe.. urut 1 jam.. bestnya walaupun kerut-kerut dahi jugak masa dia urut bahu.. sakittt hahahaha.. padahal lemah lembut je dia urut.. ai kan mengada lebih..

 Ok jom balik.. 

 Tengok boleh tembus ke pantai.. so jom ;)

 Huwaaaa cantikkkkk sangat.. 

Siapa amik chalet mengadap beach lagi best.. 

Tengok diorang mandi jap.. pastu ajak semua naik.. kita nak keluar lunch kat Chenang..

 Semua nak makan KFC ok jom ;)



 Eishhh tetiba rasa TheKasihs dah besar dah semua.. sedih pulak..

 KFC tu kat Chenang Mall kot nama dia.. mall biasa-biasa je.. tapi ada KFC, Chatime, Starbucks, OldTown dan siapa nak cucuk duit pon boleh.. ATM ada kat sini :)


kesayangans

Pastu balik kat hotel salin baju pegi pantai lagi.. dasyat betul diorang ni hahaha.. sampai lebam kulit..

Tu last mandi laut so pegi lah.. sebelum maghrib kene balik bilik kita siap-siap gi makan BBQ dinner.. for BBQ dinner ni dia ada every Fri, Sat and Sun.. harga RM99 for adult.. Eh ke RM98 lupa dah.. children half price.. tapi malam tu dia tak charge pon Kasih hehehe.. 

 cantikkk suka sangat ;)





 BBQ biasa jelah makanan.. Lamb ada, udang ada, satay ada, mihun s'pore, mee goreng mamak style, sotong bakar.. nasi goreng.. dan macam-macam lagi..


 sambil tu ada nyanyi-nyanyi.. pastu betul-betul depan pantai.. feel dia tu yang best..





 Hahahah ok dah jom balik..

 Esok pagi nya dah nak balik.. Semua mandi dan siap.. terus check out.. depan bilik ada playground.. layan diorang kejap sebelum balik.. tak join breakfast takut lambat..


 Tengok tangan dah berbelang ni.. 

 Oklah dah menguap 20x dah ni.. korang nguap jugak ke? biasaaa iyer tuuuu... 

Overall percutian kali ni best dan budak-budak happy.. misi tercapai hehehe... Siapa kata percutian dalam Malaysia bosan? Ok what? Siapa rasa nak bawak anak-anak sila lah ke Meritus Pelangi ni.. memang puas hati.. Eh macam iklan dah bunyi dia hahahah.. ni ikhlas dari hati Kak Pilla.. besttttt!! Tanya Pak Radie, best kan kat sini? kalau pegi lagi sekali nak? Pak Radie kata ok je sebab tempat ni best ;)

Ok lah itu je nak citer.. nanti kita citer lagi ye.. 

Tata





Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live