Hai, korang plan apa sempena cuti sekolah? Ada banyak yang Kak Pilla plan untuk anak-anak.. Siapkan homework sekolah, hafal sifir, baca buku. Memang muka moncong je sebab mama asyik suruh belajar je.. Yelah kalau tak suruh memang tak buat.. Memang membebel lah mak dia dari pagi sampai ke malam.
Tapi cuti sekolah kita bagi kelonggaran sikit.. Meh mama bawak korang gi LG2 Blue Concourse kat Sunway Pyramid. Ini memang sesuai untuk budak-budak sebab bukan setakat fun games je disediakan tapi games dia semua educational games. So sambil diorang bergembira, sebenarnya banyak ilmu yang diorang dapat.
Kat situ semua berlatarbelakangkan Discovery Channel's Discovery Explorers.
Jom tengok gambar-gambar kitorang masa kat sana haritu ;)
Boleh bergambar sefamily hehehe
Ini next game yang kitorang main.. Electric Eel.. Kasih terror main ni..
Korang boleh collect stamps selepas main apa-apa game kat sini, pastu redeem kat kaunter.. boleh dapat gift ;)
Rajin betul abang ni melayan budak-budak
Si kecik ni pun nak join gak heheh
Ok ni Kasih dengan Amaani yang buat.. Bab pasang suis-suis ni wayar-wayar memang i fail hahaha.. Tapi budak-budak ingatan diorang bagus.. laju je buat terus mentol menyala.. kagum mama.
Ni sama macam yang besar tadi.. tapi ni versi kecik sikit
Ni semua berkaitan dengan sains.. bagaimana berlakunya puting beliung.. Kak Pilla tengok macam blender pun ada hahaha.. asyik ingat masak je hahahah
Masa ni budak-budak dah seronok dah.. memula macam segan-segan..
Animal Planet pun ada.. Comel je hahahaha..
Icha jangan over boleh tak?
Ni paling fun sekali.. Diorang kena korek batu-batu ni dah dapatkan batu berwarna emas.
Eh dia ni lagi hahahaha.. kemain dia sodok lagi..
Lega hati Kak Pilla dapat bawak diorang kat sini.. Semua seronok sebab dapat main games, dapat gift dan dapat ilmu jugak ;)
Thank you Sunway Pyramid sebab organised event yang bermanfaat untuk seisi keluarga sempena cuti sekolah :)
Kak Pilla with my new manager Miss Yee Yen from Nuffnang.
Ok kalau korang nak pergi Sunway Pyramid bawak anak-anak sempena cuti sekolah ni jadual dia:
Ok kalau korang nak pergi Sunway Pyramid bawak anak-anak sempena cuti sekolah ni jadual dia:
11-20 March: Discovery Channel’s Discovery Explorers at LG2 Blue Concourse
Aktiviti yang disediakan merangkumi Discovery Science, Discovery Channel dan Animal Planet.
Layari website di bawah untuk maklumat lanjut:
Love,
Filla.