Baru-baru ni Kak Pilla suggestkan kat Pak Radie..
Pilla: Pa kita pernah ke bawak budak-budak ni gi picnic? Picnic tepi tasek ke, tepi air terjun ke?
Pak Radie: Memang tak pernahlah.. awak kan pemalas nak picnic-picnic ni... Kecik-kecik dulu mak selalu bawak gi PD mandi laut, mak buat nasi lemak.
Pilla: Eh, mama pun selalulah bawak kitorang dulu.. masa tu duduk kat Sabah.. Kitorang selalu picnic kat Tanjung Aru Beach tu.. mama masak macam-macam.. bestnya..
Pak Radie: Kesian lah budak-budak tu tak pernah nak picnic.
Eh dia ni sindir ke apa ni? Sentap ai..
So weekend baru ni Kak Pilla suggestkan pegi picnic.. Tak yah jauh, kita pegi Tasek Cyberjaya je sudah.. kat situ ada playground.. pastu ada pokok-pokok berteduh tepi tasek.. cun lah tu hahahaha.. Janji kita menghargai Nikmat Hujung Minggu dengan family kecik kita ni.. Omputeh kata bonding time with the family gitew..
Masalahnya ahkak tak sempat nak masak Nasi Lemak bagai muahahahahha.. Idea paling bernas ialah pegi beli je McD's Weekend Indulgence (weekend breakfast meal).. Beli Family Breakfast Box je senang.. tak yah nak angkut-angkut bakul isi nasi lemak hahaha.. I kan ibu modern yang pantas dan cekap.. menjimatkan masa hahaha.. yang penting sekarang ni i nak spend quality time bersama family, tanak penat-penat peluh ketiak masak nasi lemak.. Nasi lomak kat umah je sudah.
See??? Nice place kan? Tapi panas boleh tahan.. lain kali kene pegi awal pagi sikit..
Wow gempak sangat ni hehehehe.. Tak main lah duduk kat meja kerusi semua.. Tu dah macam konsep kantin sekolah.. Kita nak picnic so kena bentang tikar duduk bersila anak-beranak..
Yes like this...
Tenang je lepak breakfast macam ni.. teringat time kecik-kecik dulu ;)
Bagi chance sikit nak feeling tepi tasek sambil minum kopi ;)
My kesayangan Kasih Amaani.
My kesayangan Kasih Aleeya.
Ingatkan Pak Radie tak suka picnic-picnic macam ni.. Tapi dia suka je muahahahha... Lepas makan dia layan budak-budak main kat playground sambil beli ice cream..
Tapi lepas tu ni kerja dia.. hahahahha
Best tak Tikar McD (picnic mat) Kak Pilla nie? Best gila kot.. nak guna bentang je.. nak balik lipat-lipat terus jadi bag comel..
Kalau Kak Pilla nak bagi korang nak tak? I bagi freeeeeeee je ni.. Tapi kena jawab satu soalan ;)
"Kenapa korang nak Tikar McD ni untuk bawak pegi picnic bersama family?"
Sila jawab di comment box ni.. tinggalkan email address anda.. Kalau boleh korang collect Tikar McD ni kat Sri Kembangan ok?
Tapi kalau you all jauh dari Kak Pilla, korang still berpeluang untuk dapatkan Tikar McD comel ni..
Hot FM Zoomers nak bagi you all Tikar McD ni.. Kalau korang nak, sila datang beramai-ramai jumpa mereka dan dapatkan Tikar McD masing-masing ya ;)
19 Mac 2016
Kepong Metropolitan Park
8:40 pagi - 9:40 pagi
20 Mac 2016
KL - Taman Botani Negara Shah Alam
8:40 pagi - 9:40 pagi
26 Mac 2016
Penang - Botanical Garden
8:40 pagi - 9:40 pagi
27 Mac 2016
Perak - Taiping Lake Garden
8:40 pagi - 9:40 pagi
2 April 2016
Johor - Taman Rekreasi Bukit Indah
8:40 pagi - 9:40 pagi
3 April 2016
KL - Taman Titiwangsa
8:40 pagi - 9:40 pagi
*Good Luck*
Next rasa macam nak plan gi Sungai Congkak pon best ni :)
Filla.