Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

JALAN-JALAN CARI MAKAN.

$
0
0
Assalamualaikum..

Ini gambar berapa minggu lepas ntah.. muahahahha... nampak sangat dah takde bahan.. takpe, korang ok jer kan... kang KakPilla buat issue serious pon korang tak suka gak kannn... baiklah tatap muka kakpilla anak beranak sampai muntoh. heheh

Rutin mingguan hantar Acih gi tuition.. tapi memandangkan aku busy sikit last saturday and next saturday.. so tugas dah diambil alih oleh Wan, dan next saturday Pak Radie pulak.. 

Aaaaaaa dagu dah berlapis ni dah kenapa? takpe... ahkak happy je nak dua tiga lapis pon tak pe 
-_______-"

Oh ya, thank you Nad for this beautiful satin silk shawl.. jauh datang dari Bandung ;)

if sampai awal, aku selalunya bawak Acih gi lepak mamak dulu.. bagi dia makan.. perot dah kenyang baru happy nak belajar kan.. sebab kelas tu 3 jam.. 

dah lah hazab nak naik tangga.. kalau ikut aku yang pemalas ni.. aku suruh dia naik tangga sendiri je.. tapi aku tengok orang lain panjat jugak tangga ni hantar anak sampai ke dalam.. terus rasa diri adalah kijam.. so jom lah kita panjat tangga bersama-sama ;)

Last few weeks aku, Elly and Peej ada meeting on satu product.. tapi macam tak boleh nak carry on with that project.. so kita hold dulu.. baik makan, lagi sodap.. 

Ni makan dalam Ampang Point..

Elly makan ni.. sedap gak.. tapi mak ai besar gila mangkuk.. tak leh habis.. 

ini hari tu.. Elly ajak makan laksa kat gerai Mak Mah tepi jalan je.. kecur ailio aku hoihh..

aku makan mihun sup.. not bad.. tapi aku prefer kat gerai mihun sup bumbung zink yang peej bawak tu.. situ lagi power.. berpeluh-peluh makan.. 

Ni weekend bila tah.. Pak Radie dah bagi jelingan maut dah bila aku ajak gi breakfast kat kedai mamak.. Eiiiiiiiii atottttt.. terus lari turun bawah bancuh tepung buat cekodok.. Tensi tau jelingan maut dia tu.. Ite tak tukeeee tau.. ite atot.. 


Love, 
Filla.

LAGUNA REDANG ~ Part 1

$
0
0
Lama betul Kak Pilla tak update blog kan? I is busy u olls.. Ni hah baru lah bernapas sikit.. so mari kita start membebel.. baca tau..

Actually dah lama plan untuk bercuti nie.. Eh lama ke? hahaha.. ni sebab memasing kuat berangan.. pastu memasing kalau berangan mesti kene make sure ianya menjadi kenyataan.. Memula berangan nak pegi bertiga je, Aku, Peej and Elly.. tapi bila memikirkan tak mungkin dapat kelulusan.. dan rasa tak sampai hati nak tinggalkan para hubby bersendirian di rumah.. so mari tukar plan B.

Kitorang memang plan nak pergi dekat-dekat je.. tapi nak pulau lah kalau boleh.. so bersepakat ke Redang.. aku kene book flight ticket and hotel.. sampai stress2 aku busy carik tiket murah.. tak murah sangat lah sebab ala-ala last minute jugak.. 

Oh kalau korang nak gi Redang, tak leh gi musim tengkujuh ke apa tah.. semua resort tutup.. dia bukak balik early march kalau tak silap.. so kalau ko google pon.. website dia tak leh nak book.. ko call pon silap2 takde orang angkat.. orang kata bulan 6 cun.. aku ngan elly pulak kena fikir gak.. tak leh main pegi bila-bila ikut suka.. kena pegi cuti sekolah supaya boleh post anak kat parents or PIL.. gitu.. tak lama nak, 3 hari 2 malam je mak apak korang ilang kejap ;)

pagi 22 March (sabtu) aku ngan Radie pegi sendiri.. Elly kejam.. dia cakap kalau nak dia amik kena tido umah abang aku kat ampang.. selain dari tu, pandai-pandai pegi sendiri.. aku plak parking kat Enstek.. Peej and Ben pegi umah Elly.. so diorang berempat pegi sekali.. kitorang pulak neighbour Wan tolong hantar.. Tq Uncle Rosli and Auntie Rabitah :) 

Sampai sebelum subuh hahaha.. punya awal.. biasalah aku kann.. tak suka kelam kabut.. tapi rupanya kelam kabut jugak.. choiiii... kemain hebat lagi dengan kain sarung.. cer pakai macam tu terus naik katebang.. hehe

Ni semua idea Pak Radie.. dia paksa semuorang beli hadiah RM10.. dah lah kelam kabut.. terlintas aku Ben (laki Peej) beli keris.. huawaaa takut.. hehehe.. atas tu hadiah aku.. kitorang kan pegi 6 orang.. (laki bini) siap menyorok-nyorok beli hadiah.. tak nak bagitau punya pasal.. pastu kat whatsapp kecoh "sapa dapat hadiah aku untunglaaaa.. hadiah aku paling best".. semua nak best je.. choiiii

aku ngan pak radie breakfast kat burger king.. diorang lambat sikit.. elok diorang sampai je terus nak gi check in luggage lah kononnya.. sekali makkkkk aii.. panjang nak mampos.. aku bengang je sebab pegi tanya kat akak kerja kat kaunter ticketing tu.. pastu aku tanya elok-elok "cik, untuk check in luggage ke Terengganu kaunter mana ye?".. dia tak tengok muka aku dia jawab "beraturlah".. then aku tanya lagi "beratur kat kaunter mana?".. dengan muka nak tak nak dia jawab "yang panjang tulah".. eiii sakit hati aku.. ko kalau kerja front desk, senyum sikit boleh? gunting muncung tu kang baru tau.. 

sekali punya panjang orang tengah Q.. memang confirm tak sempat nie.. terus tengok bag masing-masing.. lepas ke ni? hentam jelah.. lari gi kat boarding gate.. ok cun.. semua lepas.. tapi sampai turn Pak Radie je.. dia suruh bukak haversack tu. rupanya ada pisau swiss tu.. huwaaa.. tak leh bawak ok.. dah lah mahal menatang tu.. dia cakap kalau bawak kereta boleh simpan dalam kereta.. semua pandang Win.. hahahha.. tak sampai 1/2 jam lagi nak fly dah.. sompek ko? Win offer nak lari gi kat kereta.. ok fineee.. kitorang terus masuk.. Win patah balik.. 

Berdebar-debar ok.. masa tunggu nak naik flight tu.. mana Win ni.. handphone dia kat Elly pulak.. pastu tetiba Pak Radie ngan Ben cakap nak gi kedai beli air ngan nak gi toilet.. diorang pon hilang.. rupanya diorang lari gi tunggu Win.. wowwww.. sehati sejiwa, susah senang bersama.. hahah.. pastu dah tinggal berapa minit nampak kelibat diorang tengah berlari-lari bersama nak sampai kat kitorang.. hahaha.. ada makcik tu relakkk je lenggang lenggok walaupon dah lambat.. hahha.. cepat diserang panik lah kita ni semua ;)

dapat seat sederet.. hoi berdebar ok masa nak take off.. macam jakun tak penah naik katebang pulak.. sejam pon sempat tido.. Elly ratu tido.. hahah aku? no.2 kot kaki tido selepas elly ;)

masa tengok kapalterbang MAS ni berdebar-debar aku.. aku sayu sangat.. membayangkan betapa besarnya kapal terbang ni.. ramainya orang dalam tu.. kemana ntah menghilangnya MH370.. sampai sekarang tiada sebarang bukti ianya terhempas :( semoga dipermudahkan pencarian MH370.. 

Perjalanan mengambil masa kira-kira 50 minit kalau tak silap.. ke 1 jam.. tak sempat lah nak bukak seat belt.. tetiba dah announce kata nak sampai.. hahah..

Boat transfer ke Laguna ada 2 time.. Please refer schedule here. Kitorang amik yang pagi.. 

sampai je airport Terengganu.. terus team perempuan berlari-lari cari teksi.. ada kaunter teksi kat dalam airport tu terus mintak 2 teksi ke Jetty area pasar payang tu.. satu teksi dia charge RM30.. 

team lelaki sampai dulu.. nampak depan tu kemain lagi gendong bag.. 

nak naik boat


Keturajaan Kak Elly terserlah.. muahahhaha

Oh ya, package ni kitorang amik 3 hari 2 malam, amik 2 room for 3 person, including breakfast, lunch and dinner, snorkeling and 2 way boat transfer.. 

Elly and Peej

Boat agak selesa sebab besar.. 

mengikut perjanjian.. takde siapa boleh berkepit ngan laki.. hahaha.. tidak boleh bersendirian di bilik bersama laki.. tidak ada alasan sakit perut, pening kepala, so tak leh nak join makan atau keluar berjalan-jalan.. muahahahha..
Ellyyyyy.. dah terlentok dah... kah kah kahhh.. Peej gak terror.. tak tido pon.. dia dok perati je aku ngan Elly tido.. hahahah

kah kah kahhh.. bersungguh ok aku ngan Elly tido.. ke kiri ke kanan lentok.. 

Ok dah sampaiiii... 

semua boleh turun kat jetty ye.. 


dulu aku pernah pergi.. 2010 kot.. so aku tak kuasa nak dengar briefing.. sebab dari jetty korang kene pegi hall ni kejap ada short briefing.. semua team gegirl lepak luar.. team lelaki dengar briefing.. Pak Radie dah jeling-jeling aku sebab dia yang kene dengar briefing.. eh ai tak kosa ok.. i nak berehat-rehat kat sini.. bukan nak kene dengar segala brief-brief ni dah macam sekolah plak.. hahah.. dah lah aku nak gi toilet punyaaa lamaaa tunggu 2 toilet tu.. dengar bunyi uwek uwek uwekk muntah pulak dalam tu.. choi sangat.
aku tak leh tahan tengok muka Ben.. pak lawak betul Ben tu.. dia ingat dia pandang tepi dengan renungan tajam tu adalah yang kata Wowww.. i teruja.. hahahahah.. "Kandarrrrrrrr, Kandar ok kandar?".. itu jelah ayat dia tekono kat sana ;)

All of us.. kelam kabut aku suruh diorang lari naik transport ni utk ke resort.. hahahah.. kitorang first kot naik ni.. sebab kalau lambat nanti kene tungguuu lagi.. aku malas.. semua dah hangin dah.. "ko ni filla, aku tensi tul lah.. semua nak kene lari.. semua nak kene kejar".. bahahahahahaha... diorang panggil aku urusetia.. sebab asyik bagi arahan.. nasib aku tak bawak wisel je.. hahaha

green flag bermaksud, air laut sesuai untuk aktiviti mandi manda.. red flag air bergelora dan kurang selamat.

Sampai je cepat-cepat register.. dapat 2 bilik.. rupanya dapat connecting room.. yeayyy.. 

percutian orang-orang tua.. ni kalau Noy tengok mesti dia "macam ni je percutian?".. hahahah.. percutian orang tua lebih relax dan kewl ok.. 

bukak je bilik.. Elly terus lari kat queen size bed terus baring.. "Ni aku punya, aku tido sini, korang kat sana".. Eh? hahaha.. terus aku lompat kat katil dia jugak "No No Nooo.. aku takut tido sorang.. aku nak tido sini jugak.. bertolak-tolak ok.. Peej geleng kepala je sambil menuju kat single bed "aku tak kisah.. aku katil ni pon dah ok sangat".. hahahaha.. Peej memang kewl ok.. kalau berebut bilik air pon dia tak kisah.. "Takpe korang mandi dulu.. aku last pon ok".. pastu dia paling lambat siap pon Elly sound "Peej, 3 minit lagi masa untuk ko siap".. nasib tak kene penampar buaya ngan Peej.. mentang-mentang ko dah lama siap.. hehehe.. Ko kene paham Peej.. aku ngan Elly ni kakak.. so kakak-kakak memang selalunya takkan mengalah.. eh camtu yeh? hehehe

peej kat katil ada bag merah kecik tu.. aku hujung sana.. 

spacious kan? actually ni boleh muat 4 orang ni.. tapi tak leh gak ko menipu sebab package ni include makan sekali.. 

ada balcony sekali.. tu pintu kat kiri tu sentiasa bukak.. connect ngan bilik laki-laki ku gangster.. memang sesuai team laki bini gangster... 

Dah check in, kitorang keluar balik nak lunch.. jalan kaki sikit.. 

So far dah dua kali aku kat Laguna Redang ni.. tak pernah mengecewakan lah food dia.. variety gila dah tak pernah lah tak refill kalau habis.. besar sangat tempat makan dia sebab ramai.. tapi makanan sentiasa cukup.. kat sini majority kaum cina lah.. sebab tempat ni sesuai utk family kot.. lebih comfortable utk bawak budak-budak.. mat salleh ada lah 2-3 ketul je. 



ktorang dah cakap no diet diet kat sini.. memang tibai habis lah ;)

ditiup angin laut sepoi-sepoi bahasa.. best gituh.. 


aku tak ingat betul ke tak susun atur food aku ni.. sebab tiap kali makan aku snap gambar.. hahaha.. 

cantik sangat.. pasir dia halus lembut terbenam kaki.. lepas makan kitorang jalan slow-slow ke pantai.. ada photoshoot session konon.. panas ok.. tebakar kulit memasing.. dah lah tak pakai sunblock time ni.. 

kat hujung tu Reef Resort kalau tak silap aku.. 

Ok sekarang no caption, jamu jelah mata ye.. hehe.. agak-agak nyampah, scroll je lelaju ;)








eh ni nak komen.. hahaha.. nampak tak Peej baik sangat kan.. selalu tak tau nak posing cemana.. nanti dia bediri je sambil tengok hahahahah.. elly tak yah cakap lah.. superman, spiderman, princess semua dia lah.. hahaha sedap aku mengutuk kan.. mampos lah diorang kutuk aku kat blog diorang pasni.. 


Eh Kak Pilla menari zapin sambil diperhatikan oleh Peej.. bahahahahahah

apa yang korang kene kelentong ngan pak radie tu.. ye ye je... hahaha








wow, romantik nye Pak Radie.. hihihi.. bila tengok Elly berpegangan tangan, terus aku tarik tangan pak radie.. paksa dia suh pegang tangan gak.. hahahahhaha.. 

Balik bilik rehat.. tak bagi chance Elly nak tido.. kitorang main kad.. bukan main judi ye.. main game focus.. untuk menguji ketajaman minda.. Ben kalah teruk.. hahahha.. memang kelaka lah.. pastu siap-siap nak gi mandi laut :)

Amboih, kemain suka lagi ko kan.. 

Peej ke Beyonce ni? ke Shakira? tapi ada satu benda aku ngan Elly pecah perot.. sampai terjatuh-jatuh Elly kat dalam air sebab ketawa.. 

snorkeling set boleh sewa Laguna punya.. RM30 je sewa. not refundable ye.. tapi boleh pakai selama ko berada kat sana.. 

masa ni sakit hati... aku kat sebelah elly je.. aku pegang roti, elly pon.. pastu semua ikan datang kat dia.. takde sekor pon datang kat aku.. penat aku hulur-hulur.. kemain bangga lagi elly.. nyampah.

huwaaaa cantik kan???? 

Peej, Elly and Filla.

kelas kak pilla.. macam professional gituh.. 


come fish, come to papa..

masa ni lah yang gelak tak hengat... pak radie lah.. dari jauh nampak Peej datang.. pastu pak radie cakap "Hoiiii Hussin datang oiiiii".. terus aku dengan Elly pusing.. hahah eh iyalah.. macam Hussin! citer Hantu Kak Limah.. hahahahahahhaha... 

Lariii... kongajo dorang gelakkan gambar aku ni.. eh tapi macam alien kan.. 

Elly ko gelakkan peej yeh??? peej tanak kawan ko baru ko tau.. ko jgn, Ben tu penah tampa orang ngan tapak kasut tau.. berani ko yeh? jap gi pipi ada logo timberland caner?? hehehe

Takpe moling, diorang kutuk moling ye? ai selamatkan u sekarang..

tapi merangkak... muahahahaha... tak yah lah Ben.. biar aku je selamatkan moling ko tu.. 

aku rasa gambar ni tebalik.. ni masa dari bilik nak gi laut ni.. hahah


Ben ni besar gila kot.. dah kitorang semua nampak kerdil di situ -___________-"

gambar ni semua gelakkan Pak Radie.. ko dah kenapa terselit celah Ben pulak hahah..

pinjam GoPro plak.. asik muka diorang je.. meh kita pulak try.. 

semua macam.. "Eh betul ke? senyum ke? senyum ke?"

pastu gi swimming pool pulak... sambung bilas badan kat sini.. ada gambar Win je seketul.. choiii sangat.. Aku berendam jugaklah dalam ni ngan Peej.. tapi Elly membuta kat tepi swimming pool.. menggelabah tul Popo Elly ni.. dia cakap dia nak percutian orang kaya.. dia nak baring je sambil pakai sunglasses gitu.. tapi aku tengok mana ada sunglasses dia.. tido bebungkus muka ngan towel ada lah.. 

-pic googled-

Lepas berendam memasing lapar.. aku dah sound.. cakap lagi sejam lebih je nak dinner.. tak yah la makan.. pastu Elly bangkang.. dia cakap dia tak kira.. dia nak makan jugak.. Eh eh... melawan budak ni.. jom jelah.. kita gi lepak Warong.

Gitewww.. sini semua sedap.. last-last semua makan.. tapi aku share makan nasi goreng kampung kot ngan Pak Radie.. diorang semua pon makan.. terbaek food kat sini.. sambil sembang makan kuaci.. pastu balik bilik laju-laju mandi sebab nak dinner pulak.. 

cantik kan? petang-petang dah start penuh orang.. melepak tepi laut.. 

Dah siap mandi.. Elly siap blow-blow rambut ala-ala Popo.. aku ngan Peej biasa-biasa je... then melangkah bersama-sama untuk makan..

Sabtu malam ada BBQ dinner.. sedap and banyak food.. lamb tu memang hari-hari kot ada.. eii tak berani aku kang pening pulak.. pak radie pon aku tak kasi makan banyak kambing.. tapi aku tengok dia bedal jugak..

sotong ni dia masak fresh gitu.. banyak sangat.. tak perlu nak berebut-rebut ;)

besar kan tempat makan dia? masa registration tu dia akan bagi coupon / card utk setiap bilik.. tiap kali datang makan bawak lah card tu.. nanti dia tebuk.. dan dia akan bagi meja.. biasanya kitorang akan lepak lama gila time makan.. sampai orang semua dah turun kitorang masih lagi lepak.. dah tu, semua nak dengar citer Ben yang kelakar tu.. 

Dah tu.. jalan-jalan pulak.. jumpa tempat lepak.. melepak lagi.. try nak gi karoke tapi tutup awal.. 

Aku pon tak sempat lagi nak korek gopro file tu.. so aku tepek je gambar apa yang ada.. nak tunggu aku rajin kang, sampai tahun depan pon aku tak publish entry ni..

Sampai bilik ingat nak sembang lagi tapi semua terdampar.. aku baring sebelah Elly, pastu Peej panggil kot.. "Filla ko dah tido ke?".. aku jawab "Belom lah".. padahal lepas 5 saat jawab camtu.. aku gone terus.. hahahahah.. nak jugak eksyen konon tak kaki tido.. last-last Peej yang tukang bancuh kopi kat para bapak kat bilik sebelah.. hahahah.. betul lah.. Peej kene buli je.. sian Peej.. 

Nanti aku sambung part 2 ye.. bagi ahkak berehat-rehat dulu.. 



Love, 
Filla.

LAGUNA REDANG ~ Part 2

$
0
0
Tak sangka aku masih rajin buat part by part vacation aku.. Hehe.. walaupon hazab memilih gambar dan meresize gambar tapi pelan2 aku buat jugak.. 

So sepatutnya dah day 2 kan? Tapi semalam aku selongkar gambar dari GoPro pulak.. Cisss ada banyak lagi gambar yang sepatutnya aku letak kat Part 1 haritu.. Tapi sebab blog sendiri, so sukati sendiri nak tonggang tebalikkan gambar kannnn hehehe.. Jangan pening.. ni kira flashback balik ingatan kita..

Ni masa baru sampai.. kemain excited lagi muka ;)

Mana boleh tak masukkan gambar berkepit-kepit camni.. mesti kene masuk jugak.. hahahah.. haversack Pak Radie tu pon boleh bergaduh.. dia cakap aku je dah nak penuh bag tu.. baju dia suku je.. nampak nau nipunya.. aku bawak baju sikit je ok.. 

Ni lah hall yang aku cakap ada briefing tu.. dekat jetty Laguna ni jugak.. 

Ni lah bilik kitorang.. kan kitorang amik 2 bilik.. tapi kitorang keluar masuk ikut satu pintu je.. pintu bilik laki hahahah.. sebab kaki berpasir, selipar, semua kena tinggal kat bilik diorang.. so bilik kitorang orang pompuan bersihhhhh je.. hahahah.. takde lah kejam sangat.. sikit je.. 

Nak makan kat level atas.. kena lalu ikut tangga.. kat situ ada orang jaga kad makan.. eh dah macam asrama pulak.. 

Lepas mandi laut.. kan kitorang gi swimming pool pulak.. ada ala-ala jacuzzi kat sini.. sandar pastu air tembak kat belakang.. sampai ke depan aku kena tolak ngan air.. pastu air tu kuat sangat tetiba baju aku menggelembung.. nyampah betul.. terus bangun blah.. oh kalau korang bawak anak-anak.. ada slide kat swimming pool dia ;)


tengok tu.. dalam tak dalam lah.. aku ni takat swimming biasa-biasa tu boleh lah.. tapi kalau kaki tak jejak lantai, aku agak panik sikit.. pastu kene marah.. Pak Radie cakap bukan tak sampai.. memanglah sampai.. tapi kene mendongak macam ni lah???? 



gitu.. cantikkan swimming pool dia.. 

Ni muka dah kenyang makan kat Warong tu.. on the way nak balik ke bilik.. 


diorang kata aku macam nak gi scuba diving.. jahat. 

Ok lah, cukup lah tu.. 

macam kanak-kanak ok kitorang kat sini.. padahal dah tua.. tapi gembira lah :)

Ok ni baru betul Part 2.. 

Pagi tu bangun awal.. kalau ikut program, snorkeling kat Marine Park tu kena kumpul kat Jetty kul 9.30pg.. Tapi memasing macam tak pasti nak pegi ke tak nak.. Lagi-lagi Elly lah.. jangan tanya dia.. nanti jawapan dia mesti tanak pegi.. mesti dia cakap tido lagi best.. 

Breakfast makan nasi lemak.. ada banyak food actually tapi malas nak amik gamba.. 

Dalam pukul 8.00 pagi macam tu.. hujan lebat mencurah-curah.. nampak tu air terjun ok.. terus Elly dah senyum-senyum sebab tak yah pegi Marine Park.. tengah lepak tu.. tetiba hujan berhenti.. pastu Win yang bersuara cakap kita kene pergi jugak Marine Park.. hahahha.. laki ko yang ajak.. i no comment hahahah.. terus kelam kabut balik bilik.. bersiap nak pegi.. padahal kalau ikutkan, Win tu bukannya suka sangat pantai-pantai nie.. tapi ok plak dia kat sini.. Ben dari takut menyelam, now dah terror terapung.. hahahah.. syabas!


Amboi feeling.. heheheh.. ramai ok beratur kat sini nak naik boat ke Marine Park tu.. aku, Elly ngan Peej dan masuk celah semak takut kene panas.. mengada sangat.


Laki-Lakiku Gangster.  Tapi paling gangster Ben lah.. mana ada orang boleh lawan.. Apa abang Kandar nak kita bagi je.. hehehe.. 

Ramai.. ada briefing lagi.. hoi letih ok.. dah macam assembly sekolah plak.. aku terus nyorok bawah pokok.. 

semua tanak kalah.. orang bagi briefing kitorang duduk kat pagar.. sebab bukak pagar je terus boleh serang.. hahah.. ni semua budak-budak nakal time sekolah.. terbawak-bawak perangai tu.. Tapi paling terror time sekolah Elly lah.. hahaha.. aku time sekolah dulu baik.. nakal sikit pon bila dah masuk Uitm.. hahah.. tapi Win, Kandar ngan Radie memang time sekolah lagi dah nakal kot.. tak leh lupa Elly citer masa zaman dia bercinta ngan Win time sekolah.. Win belanja Elly.. suruh Elly pilih je apa Elly nak.. Elly dah kembang dah sebab dapat anak orang kaya.. rupanya Win dapat credit card free ke apa tah.. main swipe je hahahahha.. pastu Elly belikan radio untuk bapak dia kot.. Win bayar.. sekali nak kene tarik ke apa radio tu.. hahahaha.. pucat muka.. takkan nak cakap kat bapak kot radio tak abis bayar ke apa.. ni semua angkara Win lah ni.. nasib cinta.. kalau tak dah bye bye dah.. cer tengok aku ngan Peej.. baik sangat *jungkitjungkitbahu*

Ok jom naik boat.. 
Eh apa peluk-peluk ni.. dari Jetty Laguna ke Marine Park tak jauh pon.. dalam 20 minit je kot.. 

sampai je cuaca mendung.. aku dah suka dah sebab takde lah tebakar sangat kulit.. lama gila tunggu turn nak mendarat kat jetty ni.. boleh tido dulu lah dalam boat..

Time kitorang turun dari boat, hujan lebat gila.. berlari 6-6 ekor gi cari tempat berteduh.. lepak jap tunggu hujan clear sikit..  

Tadaaaaaa... kat sini ikan banyak.. tapi ntah lah.. dalam gambar takde plak ikan.. aku cari je sapa bawak roti aku ngendeng swim tepi-tepi dia.. 

hujan lebat pon kitorang belasah jugak turun.. tapi air laut kat sini lain macam sikit.. penat nak berenang ke tepi pantai.. rasa macam ombak dia buat kita makin ke tengah.. oh ada tu aku nye gogle mata tu terjatuh dalam air.. time tu aku tengah berdiri sebelah Peej.. pastu cakap kat dia "Peej, tudung aku ni hah dan nak tercabut ke apa" sambil aku betulkan tudung.. aku rasa macam aku campak je gogle tu.. aku bajet dia terapung ke apa.. pastu hilang.. terus panik "Peej, tolong amik gogle aku bawah tu".. hahahah.. Peej terus "Memang tak laaaaaaaaaaa".. kongajo.. terus jerit-jerit mintak pertolong Pak Radie.. dalam jugak.. nasib ada GoPro nye batang tu..boleh kuis je.. aku ni memang suka menggelabah tak tentu hala tau.. Pak Radie dah biasa sangat dah ngadap perangai aku ni.. hehehehe.. 

Amboi moncong.. terjuih-juih mulut kuakakakakka.. teringat aku ajar Elly pakai ni.. "Gigit!!! ko gigit macam nie!! Jangan napas ikut idung.. napas ikut mulut".. Amboi Elly cakap "Aku tau lah, ko garang sangat kenapa?".. hahahahah.. ai urusetia, jangan melawan! 

Tu diaaaa... Ben kagum gila ngan gambar ni.. siap cakap "Radie, terima kasih Radie.. terima kasih".. aku ingat pasal apa.. "Memang terbaik bro gambar aku ni".. hahahahah... eksyen ok... padahal tangan je lebih macam terror.. kaki pijak pasir.. hahahah.. kitorang dah tau dah penipuan ko tu Ben.. tak yah lahhhh.. hahahah.. 

Amboi peace kacang peace.. tak tunjuk pon gambar kat anak-anak.. kang meroyan plak diorang tengok papa ngan mama swimming hahahaha.. 

Eh Popo, apa dah jadi ngan rambut Popo??? balik kene gigih blow tu.. hahahah

rapat lagi... rapat lagi.. buat bulatan.. Ek Eleh.. tak sangka aku, perangai macam budak tadika semua.


Dah puas berenang kitorang naik gi bilas badan.. ada kolam besar kat belah belakang sana.. macam mandi kat kampung-kampung tu.. guna gayung yang siap ikat ngan tali tu.. 

Pastu kitorang berjalan kat tempat ni lawa sangat.. 

Ye kat sini lah.. lawa tempat nie.. 





seni sangat awak ni Pa.. T_______T

Lawa kan? dia macam pulau kat tengah.. kitorang je lepak kat situ.. 



ni nak amik gambar batu karang ke gambar orang?

S.E.L.F.I.E.

Gambar kat bawah ni kelakar.. sian Peej tau.. semua plan nak amik gambar ala-ala berterabur.. kau kat sana.. aku kat sini.. kau sana.. ala-ala video clip gitu.. tapi sudahnya Peej yang takde tempat.. Radie suruh dia gi sana.. Elly suruh dia gi sini.. aku je tak suruh.. hahahaha.. amboi yang baik je aku :)

ko tengok Elly.. Aku peratiiiii je perangai kau.. hahahha.. dia suruh Peej pegi kat batu tu.. 

Peej pon dah pegi sana.. 

pastu macam eh? apasal Peej sorang je jauh sangat.. ko tengok tangan Elly. tu mesti dia suruh Peej pegi depan tu.. dia cantik je duduk kat situ.. kah kah kahhh.. 

dah peej gi belakang pulak

Pak Radie pulak suruh Peej pindah lagi.. ni dia berdua ni kaki buli niii... 

sian sayang i tau.. ke hulu ke hilir.. hahaha.. Ben, tumbuk Radie ngan Elly ni.. diorang buli moling tau.. 

dua orang jejaka perasan.

Dah letih dah time ni.. rasa nak heret je kaki gi kat jetty tu.. dah lah kena beratur.. penat ok.. 

rupanya kat sebelah jambatan yang belah sini lagi banyak gila ikan.. ni semua salah Win.. eh? Win pulak yang salah.. yelah.. takkan aku plak.. 


Auwww comel kita Peej.. tesentil je celah tu.... Balik tu terus balik bilik dan mandi.. penat ok.. dapat mandi, fuhhhhh selesaaaa sangat... 

Hah baru lah semenggah sikit rupa.. ni berjalan ke tempat makan.. aku ni jarang gila nak pakai kain-kain ni.. selalu memang seluar je doplohpatjam.. aku kan gangster.. mana ada gangster pakai kain.. tapi sebab nak jelita dari Elly ngan Peej.. so mestilah kena over sikit.. 

Ko tengokkk... diorang pegang handphone aku.. ini kerja dia... masukkan gambar sendiri kat ig aku.. pencerobohan telah berlaku.. Aku peratiiiii je perangai ko... 

Subhanallah cantik sangat ciptaan Allah.. bersyukur sangat masih diberi kesempatan untuk mengkagumi dan mensyukuri nikmat ini.. 


Ok.. itu sahaja laporan dari Kak Pilla.. Ada yang tanya pasal package 3 hari 2 malam kat Laguna Redang nie.. Kang nak tunggu last entry lambat sangat pulak kan.. nah click nie:


Very details.. tak yah aku explain.. kat sana semua ada, siap itinerary lagi ;)

Tunggu laporan Kak Pilla untuk entry Part 3 ok.. 




Love, 
Filla.

LANGKAWI.

$
0
0
Korang tengah bosan ke? Ok good.. Meh aku tambah lagi tahap kebosanan korang tu dengan entry kursus langkawi aku ni.. hahahah.. Nama pon pegi kursus, tapi sambil menyelam minum air.. boleh jugak jadikan entry kursus ni sebagai entry vacation.. hahaha nak jugakkkk...

Aku baru je balik from Terengganu hari Isnin malam.. Khamis pagi dah kene amik flight lagi ke Langkawi pulak.. sebu perot pon tak hilang lagi.. nak buat camne kan.. gamble je lah pegi.. Pagi tu aku pukul 7.45 macam tu dah tepacak kat KLIA.. terus whatsapp Elly sebab dia cakap dia kat KLIA jugak khamis... tapi dia gi Perth.. dia kan Popo Elly, tak main lah domestic2 nie.. dia main international je.. hahaha...korang tak yah panggil dia Kak Ton.. mulai hari ni panggil dia Popo Elly.. dia suka nama tu.. percaya lah cakap aku.. hahahahhahaha..

Disebabkan aku awal gila.. so aku gi self check-in dulu then gi check in luggage jap.. pastu terus gi breakfast.. aku ngan kawan aku Kak Mai... Actually ni course untuk PA.. so ramai lah PA-PA yang pegi.. dah minum lepak jap.. then terus gi boarding gate.. aku dah serik nak lambat-lambat ni.. 

sampai gate dia suruh bukak kasut.. kalau pakai belt pon kene bukak.. wow first time aku kene bukak kasut.. aku siap tanya "bukak kasut yeh?".. dia cakap "ye, now dah strict sikit sejak kes MH370".. well done.  Aku suka jugak tight security ni.. kebaikan untuk semua actually.. 

sambil lenggang lenggok tu ada lah sesi melawat jap.. hahaha.. berkenan plak kat laptop bag nie.. rasa nak beli tapi bila tengok tak multi-purpose sangat lah.. memang utk laptop jugak.. dalam dia tebal macam velvet tu.. apa plak aku nak letak.. bukan aku ni jenis usung lappy.. so lupakan saja nafsu kau fillanie.. siapa nak beli boleh beli.. lawaaaaa baq hang.. harga rasanya rm159 kot? ada 3 colour.. red, electric blue and black.. semua cun.. 

aku tak tau kenapa.. tapi time ni aku berdebar-debar.. hati tak sedap.. mungkin jugak sebab baru je kes malindo air kat subang airport tu.. yang flight ke Terengganu tu.. huwaaaaa.. aku asyik tengok kipas katebang je.. 

tapi takut-takut manja.. sempat selfie. hahaha

ye aku duduk betul-betul kat sini.. masa take off tu.. jantung aku mengecut sekejap.. kumat kamit aku baca macam-macam ayat.. 

bayangkan.. kat satu ketinggian beribu batu.. apa pun tak nampak kecuali lapang.. sunyi... dan ada satu garisan halus macam tu.. 

Ok dah nak sampai dah Langkawi.. 

Langkawi airport ni antara yang aku suka.. cantik sebab sebelah laut.. 

terus amik teksi ke Hotel.. pompuan ok driver dia.. 

3 hari kursus berlangsung di sini.. MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi.. tempat biasa-biasa je.. cost tak besar.. so bersyukur je lah, jangan banyak bunyik... Sampai je dah boleh check in.. so suruh akak teksi tu tunggu sat.. simpan barang terus keluar balik.. Aku memang takde nak shopping sangat.. nak belikan untuk orang je ngan nak beli coklat je untuk kengkawan n family sikit.. 

Tempat pertama ialah di Idaman Suri.. set melamine ni aku ada beli dulu tahun 2010.. now aku beli lagi untuk bibik.. amboi gila ke apa sanggup pikul untuk bibik... ntah lah kesian pulak.. dia suka sangat set pinggan ni.. dia pernah tanya aku beli kat mana set ni.. aku cakap langkawi.. tapi langkawi tu jauh.. bukan senang nak pegi... dah ni aku pegi.. dia nak kirim.. so aku tolong je lah belikan.. ko buat hal ko siap... hahahahah... 

Dah penat membeli belah lebih kurang.. now kitorang dah pening.. macamana nak amik teksi ni? nak gi beli coklat plak kat Pekan Kuah.. macam takde teksi je masuk sini.. tapi depan sana ada bus stop.. hoi jauh lah jugak, bepeluh-peluh nak sampai bus stop tu.. 

ni lah kawan saya Kak Mai.. lemah lembut orangnya ;)

berlengas ok.. mengada sangat aku ni kan.. panas tak leh.. peluh tak leh.. hehehe.. punya lah kematu tunggu teksi takde.. kalau ada semua tak nak berenti sebab ada passenger.. ada satu teksi lalu kat belakang aku tu.. dia berhenti.. kemain aku belari pegi kat teksi tu.. "Encik, pegi pekan kuah tak?".. then dia tengok muka aku dia jawab "Saya bawak orang rumah nak beli barang kat sini".. Eh? konpius mak kejap.. dah naik teksi, memang lah aku pegi kat dia.. kan ai dah malu dah.. "Oh sorry cik".. terus aku lari pegi kat bus stop balik heheh.. 

Pastu dapat jugak teksi.. 

Pakcik ni cakap loghat kedah kemain pekat lagi.. langsung aku tak paham.. laju plak tu cakap.. mesti aku suruh dia repeat sebab aku tak paham.. hahahah.. pastu aku cuit Kak Mai "napa aircond dia tak rasa???".. kak mai pon angkat bahu kata ntah tak tau lah.. aku pun ramah tamah "Pakcik, panas jugak Langkawi ni kan".. Pakcik tu jawab "memang panasss.. tu yang aircond tak rasa tu".. eh eh.. hahahha.. terasa pulak pakcik ni.. terus dia bukak cermin kereta.. "Hahhh sejuk sikit kan?".. Gilo apo.. lagilah panas.. "Eh takpe takpe.. tutup jelah Pakcik.. lagi panas kalau bukak tingkap".. hahahahahhahahahahah.. 

Bergilir lah aku ngan Kak Mai beli coklat.. menitik-nitik peluh aku.. pastu kebuluran pulak.. tanya orang.. dia cakap jalan depan ni ada kedai makan.. (lorong aku snap pic ni)


Order Nasi Goreng Kampung.. aik? dah macam nasi goreng cina je nie.. jeling meja sebelah, semua nasi goreng yang sama.. apakah? ni masak sekuali besar ke apa? tengah makan kawan aku whatsapp.. dia dah sampai hotel.. kunci mana? omggg.. aku gi usung sekali pulak kunci bilik.. hahahaha.. nasib lah kau Azza.. tunggu sampai aku sampai..  

Ini makan malam.. food so-so je.. air sirap manis 3x ganda.. i cannot makan nasi ngan air manis berganda.. memang fail... malam tu ada kelas sampai 10.30mlm.. 

Breakfast.. ala kadar.

Ni Azzah.. kawan lama zaman bujang.. sama-sama register kerja.. tahun 2002 masa tu.. now anak dia 3.. 2nd pregnancy dia dapat kembar.. wowww best nye ;)

Kelas ada belajar pasal indikator personaliti.. macam kuiz.. penceramah kata Tun pon pernah buat.. hehehe.. 

aku adalah Judging.. 

aku adalah Thinking jugak.. paling tepat ialah tidak kisah dengan perasaan sendiri ataupun individu lain.. hmmm.. susah jugak jadi orang jenis tak kisah.. tapi terimalah diriku seadanya.. perasaan aku sendiri pun aku tak jaga kengkadang.. inikan pulak perasaan orang lain.. maksudnya bukan aku tak jaga lah.. tapi aku tak alert sangat.. aku ingat orang ok.. rupanya orang kecik hati.. gitu.. sebab aku susah utk berkecil hati.. so please lah jangan berkecik hati jugak ngan aku.. boleh yeh paksa orang? heheh

materialistik? amboi melampau statement.. ai ni humble ok.. humble. hahaha




Ok cukup lah tu.. 

Hoi banyak lagi gambar bawah nie.. penat nak type..  

Petang tu kelas habis kul 4.30ptg.. pastu free.. cuma ada BBQ dinner je kul 8.30 mlm.. diorang ajak aku naik kereta sewa diorang.. i ok je.. jom ;)

petang tu gi Pantai Chenang.. ingat nak massage kaki.. tapi 45 minit.. oi lama tu tak nak lah aku.. 

teman adik-adik ni shopping t-shirt jap.. 

apa pesen tudung Kak Pilla tu? ntah lah.. hahahha.. inner ninja.. pastu silap belit ke apa.. gasak lah kau kat situ.. hahahah

Pak Radie cukup nyampah kalau aku posing berdiri.. dia cakap apahal bahu camtu.. pastu keras je.. eh sukatilah.. ai dulu model ok.. lu apa tau? hahahaha

amboi feeling korea sangat hahaha.. ni kat tepi jalan menuju ke under waterworld.

layannnn.. 

saja jenguk cawan corelle.. RM39 seketul.. tecekik kejap.. hahah.. baik aku beli biskut makan kat luar sementara tunggu budak-budak tu shopping coklat.. diorang ni boleh tahan shopping.. tak puas-puas.. habis gaji kat coklat je gamaknya.. hahha

kau mampu amik gambar macam ni? gangster habis.. 

tak baik buruk sangka.. KakPilla sebenarnya sopan lemah lembut manja orang nya ;) benanah mata haters KakPilla.. hahahahah

Dah siap shopping kitorang nak balik kat kereta.. tapi ikut pantai.. nak tengok sunset nak gedik-gedik selfie jap.. 


saiko.

fuyoh pipi kakpilla macam ada pau.. hehehe


bukan aku je ok.. diorang pon suka selfie.. hehehe

maafkan pipi KakPilla.. sentap anak-anak aku tengok pipi mak dia lebih gebu dari anak.. hahahah



kaki pon nak selfie.

Ok dah settle berjalan... balik mandi dan bersiap utk dinner.

tak sedap.. sekian. hahahah.. kambing dia rentung dan dry.. makan rasa pahit.. eh ni kambing ke arang? mushroom soup sejuk..amboi mulut laser kemain lagi.. yang sedap pon udang ngan ikan je.. 

Ada laksa jugak.. tawar.. nasib baik ada garam.. 

with Azzah.. kawan gila ni... masa mula masuk kerja diorang ni sewa rumah.. aku memang selalu melepak rumah diorang nie.. habis semua kengkawan dia pon aku kenal.. 12 tahun perkenalan, sayang Azzah.

malam tu jugak meraikan Kak Marliah senior PA..terima kasih Kak Marliah, sepanjang bekerjasama kalau ada salah dan silap harap maafkan.. walaupon garang-garang gitu tapi ok je sebenarnya.. dulu masa mula masuk kerja memang ada rasa segan dan takut ngan PA senior nie.. tapi bila selalu jumpa, selalu gi course sesama.. dah tak takut dah.. boleh je gurau kasar hahaha.. 



sedap suara adik ni.. 

breakfast


tu jeeeeeeeeeeeeee pon aku breakfast hahaha

hantar kat Pak Radie gambar nie.. auwwwwww baru 3 hari tak jumpa dah sibuk whatsapp gambar.. hehehe.. aku rimas sebenarnya ngan shawl tu.. sebab shawl tu tak lebar.. pastu aku just pakai inner yang serkup tu.. eiiiii tekeluar sana, tekeluar sini.. sakit hati betul.. balik bilik tukar tudung lain.. baru aku tenang sikit.. hahah

Lunch before check out. 

Airport Langkawi.. Kak Sham and Kak Jee ni pon kakak-kakak senior kesayangan.. kepala best ;)

Aku membuta dalam flight.. lepas take off terus tido.. rasa macam mamai sebab mengantuk gila.. sampai tak sempat nak rasa takut hahaha.. mata berat gila.. dan nak landing tu aku boleh sambung tido.. hahaha.. sampai je jalan laju-laju tak sabar nak jumpa Amaani.. sebab dia yang dtg amik ;)

Amaani nampak je aku terus jerit "Mamaaaaaaaaaaaaaaa!!!".. amboi jejak kasih ok.. hahaha.. terus balik amik Kasih pulak kat Setiawangsa.. 

Sweet je tengok ni.. sebenarnya kan.. walau sesibuk mana pun aku.. selama mana pun aku tinggalkan diorang nie.. hati aku tetap bersama diorang jugak.. dikelilingi orang-orang tersayang sangat membahagiakan :)

Kasih Aleeya kesayangan mama.

Kasih Amaani penghibur hati mama.

Gambar Aleesya takde.. tapi sayang gila-gila jugak.. Ok itu je laporan dari fillanie.. 


Love, 
Filla.

Happy Birthday Yaya!

$
0
0
Kejadian hari Ahad.  Aku balik from Langkawi hari Sabtu.. Memang sibuk betul seminggu dua nie.. Moon dah bagi invitation awal-awal lagi.. so aku cuba jugak untuk datang sama-sama memeriahkan birthday Yaya ;) 

Yaya nampak happy sangat masa tu.. tapi Yaya sangat lah pemalu.. aku tak dapat amik gambar birthday girl langsung sebab bila Yaya nampak je aku hala phone nak snap muka dia terus dia lari.. hahaha.. amboi Yaya, cer tengok mummy.. hala je phone terus pose hahah.. 

Happy Family ;)

geram betul tengok budak Sarah debot ni tau.. betis dia yummy sangat.. Aleesya betis dah cekeding dah, debab lagi betis Sarah hehehe.. 

Tebeliak mata Leecha tengok baby Sarah.. dia geram la tu.. tangan Leecha ni laju betul.. dia kalau suka ke.. geram ke... marah ke.. memang tangan dia laju je cekup muka orang.. Nurin cousin dia pon selalu kene cekup muka ngan dia ni.. hahaha

Suruh sayang baby.. lutut yang dia cium.. hahaha.. elok lah tu.. tu pon sempat dia cekup muka baby sekali ngan tangan dia.. tekejut aku.. merbahaya tul la Leecha ni.. hahaha

Comel sangat ok.. pipi dia bulatttttt... 

Abang Isk ni makin handsome.. macho ok.. habis lah ko Moon.. dah besar besok bederet anak dara nak tackle hati Moon.. hahahahah

Aku, Moon and Lenny with  her twins.

Mai pon datang.. dari Johor pulak tu.. aku memang tabik Mai nie :) Eh? Leecha kenapa muka tekejut??

Happy 6th Birthday Yaya.. 

Chocolate fountain sedap nya laaaa hai.. berapa batang buah tu aku mengadap.. Pak Radie dah hangin sebab dah nak balik tapi aku tersekat kat situ.. hahahaha

Mai kawan serumah masa kat UiTM dulu.. 

with Lenny, ibu hebat ni anak berderet gitu ;)

Ok itu je laporan Kak Pilla setakat nie.. later ada masa i share gambar i dengan pelakon Jericho Rosales ye.

Amboi manis sangat nie.


Love, 
Filla.

JERICHO ROSALES MALAYSIA

$
0
0
Sapa tengok citer Jumaat malam tajuk dia "Menjinak Ombak?"... siapa ingat scene Shukri Yahaya menjerit "Sakinahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!".. muahahahah... Muka dia ada iras-iras pelakon Filipin tu kan? 

Actually aku datang birthday party anak buah Shukri ni.. buat kat Metro Point Kajang.. Last minute plan sebab aku gi birthday anak Moon kat Salak Tinggi, so macam tak sempat je.. tapi Wan ngan Atok ajak jugak..dapat jugak invitation dari adik Shukri ni Ayu.. cuma tak leh nak janji sebab tak suka lah datang birthday orang berlenggang kangkung, dah lah lambat ngan hadiah takde plak tu.. ai is malu like that..

Tapi sudahnya singgah jugak lah.. dah nak habis majlis dah hahah.. takpe lah kan, saja nak melepak-lepak.. dah pernah bagitau kot Shukri ni ntah lah pangkat apa lah ngan aku.. tapi mak ayah Shukri ni rapatlah ngan Atok and Wan.. masa aku kahwin pon mana-mana majlis diorang ada.. even masa gi Redang first time dulu abang aku ajak sekali mak ayah dia.. adik beradik diorang ni memang sporting dan gila-gila.. tak sangka pulak dak Shukri ni dah jadi pelakon sekarang ;)

Kasih memang minat gila Abang Shukri ni.. kalau ada je drama Shukri ni berlakon memang dia follow lah.. tapi bila time ajak bergambar dia memalu plak.. 

Amaani jugak tak malu hehehe

Malu yeh? terus kene peluk.. merah kot telinga kasih hahahha.. 



Eh mak dia nak jugak.. hahahaha... takpelah, saja suka-suka.. kalau artis lain memang tak kuasa kot.. ai kan pemalu, nampak artis, aku yang berlagak.. acaner tu.. tapi kalau Abang Aron Ajis memang ai akan tebalkan muka hahahah

Anak-anak celebrate sekali anniversary mak ayah dia.. aku panggil Cik Rahim ngan Cik Nani.. diorang panggil Wan, Kak Busu.. anak-anak dia panggil Wan, NekSu... 

Ololllooooloooo romantik habis ;)

Atok Braim

Wan.

Siap usung anakanda Jenggo.. hehehe.. 

Ok nak balik dah.. ni lah Ayu.. dulu kitorang kecik-kecik bersama.. now anak memasing dah bederet hehehe.. Happy Birthday Raees!!! 

Amaani jom balik, jangan over sangat!



Love, 
Filla.

THE ATMOSPHERE, SERI KEMBANGAN dan MINI GARDENKU...

$
0
0
Penduduk Equine semua tau kot kewujudan building Artmosphere ni.. located betul-betul belakang Giant tu.. kat situ jugak aku selalu makan kat Restoran Ad-Dhuha tu.. Tapi Pak Radie tak pernah bawak aku gi sini.. dia selalu pegi ngan Amaani ngan Kasih je..  

Ahad petang haritu.. dia ajak budak-budak ni gi isi minyak motor.. tau-tau dah bedesup diorang hilang.. tinggal aku kat rumah ngan Leecha.. aku plak baru lepas makan nasi.. hamek kau, mata mengantuk.. apa lagi.. membuta lagi syoklah.. hehe


Gambar-gambar ni sikit je.. haritu aku pernah masuk gambar amaani kat dinding-dinding area sini.. banyak dinding yang diorang buat 4D ke 3D? tak reti aku.. 




Tapi dinding ni paling best ;) bukan main lagi diorang ni belakon.. ni mesti Apak dia yang paksa ni.. 

bila dah crop baru nampak macam real je.. 

Eh Amaani tu tido over sangat plak

Tapi tak boleh menandingi dia nie.. 

Eh? Pa, awak tido bukan macam tu ponnnn... 

macam ni pon bukan.. ni dah macam kalah perang ke apa ni.. hahahah.. 

Tapi memang kagum lah.. macam ni baru dikatakan seni.. aku ni kurang sikit lah seni-seni ni.. Tapi Pak Radie paling suka lah.. ramai sebenarnya budak-budak luar sana yang berbakat.. at least diorang boleh tunjuk bakat diorang dengan lukisan yang macam ni kat dinding-dinding.. ini tak.. asyik memberontak nak vandalism tak abis-abis.. 

Aku dok umah melayan Leecha je hahaha.. kereta mainan ni bagus.. aku pos gambar ni kat ig.. ada yang cakap anak dia dah 9 tahun dah.. kereta still elok.. eh sama lah! ini dari Kasih baby lagi.. maknanya dah almost 9 years jugak.. elok lagi siap ada lagu lagi.. 


Pak Radie jahat.. dia selalu cakap rambut Leecha kenapa bengkak? siottt je.. rambut Leecha curly la kat bahagian bawah kat belakang-belakang tu.. aku suka je.. sebab sebelum ni yang lain semua rambut lurus.. 

ni taman kecik depan rumah.. tak yah gediklah nak panggil taman.. hahah.. tapi ada lah kecik je kawasan dia.. dua pokok kat atas ni Pak Radie beli kat Ikea.. dulu kecik gila.. sekarang elok je subur ;)

Ni ntah lah.. Mak mertua aku tanam kot?

Ada yang request nak tengok taman kecik Kak Pilla.. nah.. ini je yang ada hahaha.. yang penting belakang tu pokok kari ngan pokok pandan.. best.. nak masak, petik je.. belah kiri tu pokok jiran sebelah.. biasalah taman kecik kena share.. ko sebelah aku sebelah.. janji muafakat membawa berkat ;) kalau aku kayaaaa.. boleh lah aku beli rumah yang laman dia 20x ganda dari yang ni.. haha.. masa tu aku nak bercucuk tanam.. aku nak tanam serai, kunyit, halia, cili, tomato, daun kesom, kacang buncis, sayur sawi, jagung, bendi, terung.. semua aku nak tanam... 

Ada yang request nak tengok dapur.. nanti aku share.. sebab bila nak snap gambar je, aku rasa dapur aku serabut dan tak siap.. so malas nak share sekarang hahah.. 


Love, 
Filla.

LAGUNA REDANG ~ Part 3

$
0
0
Oklah, jomlah kita sambung Part 3 pulak.. ni last part.. sebab bila dah hujung-hujung semua malas nak amik gambar.. just nak menikmati je suasana kat Redang ni :)

Oh sambung citer, balik dari Marine Park, mandi dan bersiap-siap untuk lunch.. so ini lauk lunch.. ini setengah je aku tunjuk.. food dia banyak ok.. tak larat amik gambar..

Aku, Elly, Peej and Ben memang tekak melayu.. gila tak makan nasi? lapar ok.. menggigil kalau tak dapat nasi.. Win ngan Pak Radie tekak omputih.. tengahari makan sandwich, makan steak, fries.. euwwww.. 

Ada plak ulam-ulam ngan sambal belacan.. phewww.. terbaekkkk!

Stall lamb ni memang sentiasa ada.. tapi dia tukar-tukar menu.. kadang beef, kadang lamb, kadang chicken.. tapi memang set western lah gitu.. 

ni fav Win nie..

pasta pon kengkadang ada.. overall aku rasa Laguna ni sesuai untuk family especially yang plan nak bawak budak-budak.. sangat comfortable, food pon banyak choice.. untuk orang bujang-bujang yang suka adventure macam tak berapa nak sesuai.. siapa nak feeling-feeling Popo (orang kaya) macam Popo Elly, boleh duduk Laguna ;) hahahah

Lepas lunch kitorang balik bilik.. semua tido sebab penat dan kenyang.. Elly paling happy kot dapat tido hahah.. pastu petang je bangun.. siap-siap nak keluar lepak-lepak minum.. 

kat sini ada jual ABC jugak.. 

sambil menikmati ABC sambil melihat pemandangan tepi laut yang air dia kehijauan dan kebiru-biruan.. di hembus angin petang.. berbau pantai.. ahhh indahnya... 

sedap sangat ke Popo?

Aku tengok Elly paling romantik lah.. mana boleh lawan dia.. hahah.. Peej ngan Ben pulak, Ben suka usik Peej.. macam manja-manjakan peej lah.. sesikit "molinggg molinggg".. Peej berpusing mata ke atas.. hahahah.. aku plak tak biasa nak romantik2 sangat nie.. tapi bila tengok diorang romantik, terus rasa nak romantik jugak.. hahahaha.. 

petang tu red flag.. tak leh swim sebab ombak kuat.. pastu mendung nak hujan.. tengah lepak-lepak tu tetiba hujan.. so kitorang move ke dalam.. 

order ni makan ramai-ramai.. lepas tu terus sambung dinner kat tingkat atas.. memang gems ok.. makan jeee keje kat sini..

Malam paling best.. kitorang buat games.. Paksaan ok.. aku tak kira.. korang kena main jugak game nie.. penat Pak Radie bawak kertas mahjong ngan marker pen.. Ben keje dia meniarap je kat katil.. lelama dia yang over terus duduk.. sian dia pening kepala gila2.. lepas makan actifast baru ok sikit kot.. so memang happening lah malam tu.. 

Memula kitorang buat sesi tukar hadiah.. dah plan dari awal masing-masing kene beli hadiah RM10 and above... lebih takpe.. kurang tak boleh.. pastu buat cabutan.. laki bini tak leh tukar hadiah.. so letih gila nak dapat nama orang lain.. 

Masa ni semua stok ayat "Siapa dapat aku punya untunglaaaaa, best nak mampos".. tanak kalah semua ok.. hadiah ni masa beli pon, laki bini tak leh tau.. puas la nak menyorok-nyorok.. semua plak masa kat KL beli sama-sama.. kau sana sikit aku kat sini.. siap cover2.. dah tu kedai sama.. macam aku beli kat Daiso, Pak Radie beli kat DIY.. tapi kedai tu berdepan je.. comel je keluar kedai.. sorok2 hadiah.. 

sesi cabutan bermula.. tapi semua orang target nak dapat nama Ben.. sebab hadiah Ben macam mahal je bungkusan dia.. pastu semua surprise nak tau hadiah Ben sebab Ben ni kan suka yang pelik-pelik.. takut dia beli keris je tak lepas babe kat airport hahah.. 

Amboih, dapat hadiah Win


muka riak gila dapat hadiah Kandar.. nyampah ai.

happy yeh dapat hadiah aku?? hahahahha



hahahah memasing tegelak-gelak sebab macam sesi penyampaian hadiah kat atas stage.. "tahniah cik".. ni hadiah Elly.. sedih gila muka aku dapat hadiah kecik je.. apa ni Elly? kecik sangat ni, mesti tak best nie... 

semua gelak golek-golek.. ko bagi aku paperclip je?????? pastu Elly cakap "bukan senang yeh nak dapat.. mana kau nak jumpa paper clip gambar trompet???" ye la ye laaaa.. nanti aku clip kat blazer.. bagi semuorang tengok... 

Elly dapat hadiah aku.. jangan nak muka tak puas hati yeh.. paling canggih ok hadiah aku tu.. ashtray ngan jam.. dua sekali aku bagi.. pemurah betul hati fillanie.. 

gempak hadiah aku.. wahahahahhaha

hadiah Win pon kecik.. ni laki bini memang tau.. nak senang je keja dia.. beli kecik je.. takde takde.. lepas ni aku nak hadiah besarrr.. aku nak 3 terus.. hahah

hahah Ben kalau dah tangan macam tu maksudnya "Itu Ai Likeeeeee!" hahaha.. paris clip.. boleh clip notes or photo.. kemain kau Kandar.. 

Tu diaaaaa.. hadiah dari Ben.. gempak siot... tabung tu.. semua macam terlopong 'Waaaaaaaaa Waaaaaaaaa Waaaaaaaaa bestnya Kandarrrr'.. terus pandangan tajam yang senget dari Kandar untuk semua.. hahahah

Peej jangan bekerut sangat muka tu.. tensi ok.. dah lah balut kertas suratkhabar je.. pastu banyak lapis.. tensi.

Oh ini laki aku beli.. untuk massage.. dan dan Ben suruh Peej urut masa tu jugak.. hahah

ini dari Peej.. mug gajah.. Peej kata "Aku bagi kau mug gajah supaya everytime ko minum, tengok gajah, ko ingat kat aku".. kahakahakakah how sweeeeeeeeettt.. hahah.. pastu bag belang tu anak ko boleh pakai.. bag ephyra aku tak tau apa motif.. haha

so ini lah hadiah-hadiahnya.. thanks you olls.. best kan tukar hadiah.. senak2 perot ketawa.. 

Lepas sesi tukar hadiah kitorang buat game pulak.. game teka tajuk filem melayu.. team laki vs. team bini.. kene pilih 10-15 tak ingat dah aku.. tajuk.. nanti kene lukis kat depan, team members kene teka dalam masa 2 minit.. tak boleh lukis boleh pass kat member lagi sorang.. 

Haruslah pilih yang susah.. tapi aku dah lupa.. antara team bini pilih ialah

Abu Hassan Pencuri - Aku tak tau pon citer ni.. ni semua Elly yang pilih dia kan orang lama.. hahah
Mr. Os
Ringgit Kassorga
Balistik
Misteri Rumah Tua
Azura
Maria Mariana

Hah tu antara nya lah.. ko gila.. susah ok nak lukis.. hahahhaha... tapi Ben tu terror.. kalau dia dah cakap "Aku tau jawapan dia".. dia kewl je macam nak berpantun.. sekali jawab betul.. tarik rambut kitorang ok.. hahahha.. 

Hah pucat muka tak leh nak lukis.. hahah.. tapi Ben paling kelaka la.. memula sakit kepala pastu bila dah ok.. asik dia je yang jawab.. betul plak tu.. nyampah.

Elly apa tu? buah kelapa ke? siap rambut besar.. Amy Search hahahaha.. 

Ko tengok kat jari tulunjuk kiri Peej tu.. siap lukis senduk ngan kuah..konon nasi kandar lahh..padahal nak bagitau tajuk movie tu "Iskandar" eh ada ke movie nama tu? gambar bawah tu sapa lukis tah.. nak bagi tau Abu Hassan Pencuri.. napa ada batu nisan? hahahahahah.. 

team lelaki menang.. arhh diorang menipu boleh lahhh.. sebenarnya pompuan lagi terel, malas nak gaduh je.. 

malam tu keluar merayap kat hotel lagi satu depan tu.. main hayun buai plak.. pastu lepak minum sampai kedai nak tutup.. baru reti nak balik.. 

belambak ok tak makan lagi.. malam tu aku, peej ngan radie makan.. Elly awal gila dah membuta.. diorang ni sambung lagi borak citer hantu.. aku takut.. tapi dengar jugak.. pastu nak gi toilet tarik Peej suruh teman.. hahaha

Yelah Pak Radie citer time dulu bawak budak-budak sekolah camping.. pastu buat aktiviti burung hantu.. pastu bila kumpulkan balik budak-budak tu.. dia kira budak jadi 34.. padahal sebenarnya ada 32 je.. bih kurang lah bilangan dia tu aku lupa.. tapi mana datang lagi dua orang tu? choi sangat.. suruh budak tu sebut sorang-sorang.. 1-2-3-4- sampai sudah.. tetap 34 ok.. ko gila tak seram.. pastu ntah diorang buat cemana ntah.. panggil ustaz kot.. masa tu dalam hutan.. gelap gelita, mana lah ko nak nampak siapa lagi 2 tu.. eiii tak suka la.. 

borak sampai kul 3 pagi kot... elly tebongkang sedap je.. citer hantu pon ada dia kisah? 

Pagi tu bangun breakfast.. terus dah siap pack barang.. 

pagi tu ada nasi dagang!!! sedapppppp nya.. ngan ikan tongkol lagi ;)

Ada roti canai panas-panas.. ni style Pak Radie kalau makan roti canai dia letak telur 3/4 masak.. pastu dia picit telur tu.. dia campur ngan dhal and kari.. nyamsss.. 

tapi chicken porridge dia paling win la... Ben makan 3x ok bubur nie.. aku 2x sedap gila kottt... terus tebayang kalau suap Aleesya mesti dia suka nie.. hahaha last day terus tebayang muka anak-anak pulak.. 

suasana pagi.. 

sempat beli fridge magnet ngan keychain untuk Acih and Ani.. belikan Leecha kereta mainan.. 

Bye Laguna.. 

kenapa aku rasa Laguna best? sebab selesa.. pastu kalau ko taknak gi snorkeling pon takpe.. sebab pantai depan laguna ni pon dah lawa gila.. sewa je snorkeling set tu RM30, ko gi snorkeling depan ni je.. banyak ikan lawa-lawa.. 

Hari nak balik.. semua dah tak berapa nak gila.. semua dah normal dah.. hahah

terpaksa mosaic kan perot Win dah tekeluar.. semua membuta ok.. ni dah check out.. tengah tunggu nak ke jetty.. boat tunggu kat laguna jetty kul 11.30pagi.. ada 2 time boat tu.. satu lagi, lagi awal kot.. 

Ni lah boat kitorang.. ni kat Jetty Terengganu dah ni.. 

Peej and Ben ada rasa nak muntah..Peej plak tak sedap badan time tu.. sian dia..boat ni besar sejuk selesa.. tapi ombak kan kuat.. so rasa membuai-buai dalam ni.. tapi aku ok je.. rasa tido dalam buai.. makin dia berbuai makin lena aku tido.. hahah orang kaki tido memang gitu.. 

Sampai je jetty berjalan cari hotel terdekat.. nak day use je.. dapat satu hotel ni RM120.. cisss.. dia takde kira day use ke apa.. ok lah belasah jelah.. sebab flight kitorang malam kul 9.30.. at least ada tempat nak rehat, letak bag dan mandi solat semua.. pastu kebulur.. tanya orang situ mana nak makan.. 

tadaaaaaa.. jumpa ni.. menggelupur ok sebab lapar.. 


haish sedapnya makan.. pastu meneruskan perjalanan ke Pasar Payang.. 


Sini pon dah ada yang Seberang Takir punya.. hentam je lah, nak bagi orang je pon.. masa kitorang sampai makcik ni kata belum sampai lagi.. elok borak-borak jap.. tetiba sampai.. 

semua order ngan makcik ni, suruh dia pack masuk kotak seal terus.. pastu berpecah kejap.. cari masing-masing punya barang.. 


aku share ngan Wan belikan Atok baju batik.. ada yang murah, ada yang mahal.. depends pada kualiti lah.. lagi lembut sedap tu lagi mahal.. eh kalau korang nak cari batik, beli kat Arfa Batik kat dalam Airport Terengganu tu lagi murah ok.. siap ada discout 30-40% lagi.. choiii sangat pasar payang ni mahal.. tengok orang luar, lagi dia tekan.. 


ko tengoookkkk ko tengokkkk.. kemain lagi siap beli bag besar.. ko nak bagi satu kampung apa kopok lekor?

gigih ok.. tahan cab terus balik hotel.. siap mandi shampoo rambut.. panas berbahang kat terengganu ni.. lepas tu terus call balik Pakcik Teksi tu suruh dia bawak kawan teksi jugak.. so terus ke airport.. airport terengganu ni sedih la.. ada Secret Recipe je.. tupon ramai sebab orang takde pilihan kot.. pegi tengok kat tingkat bawah tu kemain menu.. mihun goreng, nasi goreng, mee goreng, bila tanya semua takde.. dah tu apa yang ada????? apa yang ada dpn ni je dik.. kuih je.. adoi tak suka la camni.. terus patah balik makan simple2 dan pantas kat SR je.. 

ko tengokkkk ko tengokkkk.. macam orang kurang kasih sayang ok.. 

Ok tu jelah kisah percutain di Laguna Redang.. nak cuti lagi kene tunggu tahun depan pulak.. 




Love, 
Filla.

GRAND LEXIS PD

$
0
0
Huwaaaaa.. semenjak dua menjak ni aku busy betul ok.. Eh ke makin malas? no no no.. tak suka malas.. Ingatan pon semakin berkurangan.. sampaikan entry gi PD pon aku langsung tak ingat.. bila belek phone tengok album tu, ternampak gambar PD baru aku teringat hahah.. 

Jangan bosan dengan Kak Pilla ye.. Ok jom tengok gambar.. 

Ni on the way nak ke PD.. Actually aku plan nak bawak budak-budak ni cuti satu malam.. sebab kesian diorang.. dah lah aku begumbira gi Redang.. time cuti sekolah plak tu.. ada ke cuti sekolah tapi mak ngan bapak yang gi holiday? Hahahah.. ada.. aku lettew.. Eh Elly pon sama.. 

Aku masa tu consider jugak Cyberview Lodge.. tapi berat sangat rasa hati nak gi sana.. mengenangkan terlalu dekat dan swimming pool tutup awal.. kang malam apa nak buat kan? So 2nd option pegi Grand Lexis PD je.. sebab swimming pool ada dalam bilik.. malam pon boleh pegi keluar makan.. pastu boleh gerak awal time pegi tu boleh lepak-lepak dulu tepi pantai.. tapi harga memang meletop lah satu malam.. termenung kejap pikir nak pegi ke tak nak pegi ke tak.. 

Tapi takpelah.. demi nak happykan anak-anak.. InshaAllah rezeki ada dimana-mana.. 

Terharu aku tengok dia berdua ni.. Esoknya nak pegi PD tu.. malam tu muka berseri-seri.. aku asyik ugut je.. siapa makan nasi tak habis.. tak yah pegi.. tinggal je kat umah.. Sampai nak temuntah kot Amaani sumbat nasi dalam mulut.. hahahahah lawak gila.. 

Angin takde.. dah lah matahari tepacak atas kepala.. boleh diorang berjemur main kite kat situ.. aku perati dari jauh je sambil minum coconut shake.. hahahah bebulu je pak radie ngan aku.. ai tak leh kene panas u olls.. nanti kena pasir pastu nak naik kereta? no no i don't like.

First time kot Leecha jalan-jalan kat pasir pantai.. 

Happy kemain lagi dia.. 

The Kasihs.. Sumber inspirasi mama.. kesayangan mama.. buah hati mama... semua perangai lain-lain.. nasib aku tak jadi tarzan je kat rumah.. Leecha tu dah pandai melawan.. kalau aku marah dia.. dia suka baling barang.. muka tak bersalah pastu terkam muka orang.. grrrrrrrrrrrrrrr.... 


budak berdua ni memang suka bergaduh.. Amaani lately ni suka buat perangai.. aku syak dia mula jealous.. sikit-sikit nangis.. kalau aku balik je rumah petang tu.. dia boleh stay 5 minit je ngan Kasih.. pastu aku dengar dia menjerit "Amaani tak suka lah kakak tu!!!".. terus dia tinggalkan kasih, mengekor aku naik atas.. 


Aku dah tak pakai wayfarer rayban nie.. aku cakap aku hadiahkan kat Kasih.. kemain happy dia.. Pak Radie berbulu je.. sebab kalau tak silap dia kot hadiahkan kat aku.. pastu aku sukati bagi kat kasih.. Eh??? tu pun dah syukur aku tak jual hahahahahah.. 

Wah bossy gila kau disitu.

Amaani.. Eh aku tak pernah citer kan.. Amaani takut dengan kucing.. bukan takut sikit ok.. aku kadang sampai kesian tengok dia.. tapi kadang STRESS gila bila dia menangis-nangis kalau nampak kucing.. padahal kucing tu jauh kat bawah meja orang lain.. tapi kesian ok.. muka dia macam takut gila.. aku tak tau apa kenangan pahit dia dengan kucing sampai dia jadi macam tu.. kalau tengah makan kat luar, tetiba dia ternampak kucing.. terus besar biji mata dia.. terus dia ajak balik.. kalau pak radie marah terus mengalir air mata.. tapi mata dia fokus kat kucing je.. hahahahah.. tu ok lagi.. aku kan penakut lipas.. dulu time belajar kat uitm, aku kan suka lepak mamak.. pastu tak tau kenapa aku ada perasaan macam ada lipas.. padahal takde kot.. pastu aku terperanjat.. aku lambung bakul yang penuh sudu garpu tu.. omg.  macam sakai perangai.. macam attention seeker menggelabah.. tu pak radie bebulu ngan aku dulu tu.. dia cakap aku poyo.. eh biaaaaaaaa la... aku bukan poyo.. aku memang geli geleman ngan lipas.. kalau aku tekejut, bukan takat lambung sudu..tampa orang pon aku boleh.

habis pasir semua masuk dalam diaper hahaha.. 


eh nampak gemok plak.. memang camera canggih ni.. tapi mana nak cari camera yang boleh bagi orang gemok nampak kurus? muahahaha.. 

olo lo loooooo... Leecha jeling je kakak.. 

Ok.. ni lagi sekali nampak macam mak korang ni good-good. hahaha.. 


Leecha temenung jauh ke?


paksa Kasih pakai sunblock.. hitam gila dah dia.. 

Pak Radie cakap banyak gila Leecha makan pasir.. tangan penuh pasir lek je dia masuk ibu jari dalam mulut.. sukati lah dik... heheheheh

cinonet je.. 

Dah puas berjemur kat tepi laut.. kitorang gi cari makan kat Mc Donald's plak.. Aleesya mengamuk lapar.. masa Pak Radie beratur nak beli.. dia nampak meja orang lain ada fries.. tapi orang tu dah blah dah.. dia menjerit-jerit tunjuk fries tu.. hahahahha.. 

pastu tetiba ada reader tegur.. auww malu -____-" 

ingatkan dari kl jugak.. rupanya reader ni kerja kat area PD ni hah.. thank you datang tegur Kak Pilla.. oh ada jugak sorang tegur kat swimming pool, sorang lagi tegur waktu malam kat area market jual macam-macam tu.. haih dah lah ai comot.. segan ai.. 

kita makan dulu.

Hamik kau.. sampai mata putih je yang tinggal.. penat sangat lettew.

Kali ni aku pilih yang swimming pool dia bertutup plak.. kat dalam building.. ada yang tanya, tapi aku lupa sebab aku book melalui phone call.. rasana private pool villa ke apa tah.. saja amik yang macam ni supaya if hujan pon still boleh swimming lagi.. 

Untuk jenis ni lebih kurang rm700++ pernite.. tapi kalau nak jimat boleh beli kat groupon, aku tengok haritu rm520 (no breakfast) tapi kalau kat groupon ada terms n conditon lah.. validity dia ko kene tengok.. kadang beli hari ni.. tapi start boleh guna hujung bulan.. bukan beli terus boleh guna.. dan bila dah purchase tu.. ko kena call hotel dulu.. room available tak on sekian sekian date.. kalau full tak leh guna jugak.. gitu.  sebab aku ni kira last minute plan.. so aku book melalui call je.. lagipon aku dah janji nak pegi weekend tu jugak.. pastu fully booked pulak sabtu ahad.. yang available weekdays je.. so pegi jugaklah.. 

uihhh selesa sangat.. pastu aku ada satu lagi perangai if tido hotel.. aku tak suka tengok cadar tu bekeronyok.. kalau aku bangun tido mesti aku kemas licin-licin jugak walaupon hati tu jugak nak check out.. hahah.. aku rimas.. sebab tu kalau kat rumah, sapa bangun tido tak kemas katil memang haku tempik.. anak dara katil macam kucing beranak! ok tu ayat Wan kalau aku tak kemas katil.. maybe sebab Wan tu garang.. so aku pon dah terbiasa.. nanti mata aku sakit tengok berserabut.. aku kalau gi hotel tido ramai-ramai pon aku kalau boleh nak sapu lantai tu.. tak suka lah ada kulit kuaci la terabur.. pasir la...



ni aku suka.. terus aku imagine kalau rumah aku kecik je macam ni.. tapi semua ada.. ada swimming pool sendiri.. bukak pintu bilik terus terjun.. pastu ada dapur kecik if aku nak memasak sikit.. eish best nya.. tapi anak ciak miak camni tak leh lah.. ni kalau masih bujang.. pastu duduk sorang kat apartment macam ni.. fuyoooh.. 


shower and toilet asing.. 



pemandangan dari tempat kitorang.. 

ko tengok pak radie punya kerja.. siap pasang hot shower tu.. dia ikat hala kan ke pool tu.. so siapa sejuk boleh duduk kat tempat kasih tu.. hahaha.. 

petang sambung mandi kat swimming pool luar ni pulak.. aleesya pon kemain lagi dia.. 

takde orang.. dia bertiga je.. anak aku ni mandi macam ni pon aku tak dengar sangat suara diorang menjerit happy ke apa.. dalam hati aku.. tak cukup happy lagi ke?

pastu tak lama.. datang budak kecik dua orang.. kemain happy ok.. terjun ikut slide tu.. menjerit-jerit seronok.. siap ketawa-ketawa.. aku pon nak ketawa tengok budak-budak tu happy.. anak aku ada gak situ.. tapi takde suara.. hahahah.. konpius mak kau nie. 

ini pon sama.. masuk air.. diam je.. hehehehe... swimming suit Kasih nie.. elok lagi walaupon dah almost 9yrs.

hehehe

sayang mama... terus mulut muncung bunyik mwahhhhhhhhhhhhhh

Jom dah sejuk.. kita balik bilik dulu k

lepas maghrib, siap-siap nak gi makan satay.. haritu pegi sedap.. malam ni pegi tak sedap :( satay daging je sedap.. satay ayam dia macam semacam je rasa dia.. dah tu jalan-jalan jap.. diorang paw pak radie.. belikan sorang satu set scuba set.. scuba set katanya.. cap ayam.. yang plastik tu.. aku dah cakap tak yah.. nak jugak belikan.. sian budak-budak ni semangat nak balik hotel nak swim.. pakai kejap getah kaki itik tu putus. syabas!

malam semua pengsan.  Mata amaani pon dah merah.. sampai muntah keluar air sebab terminum air swimming pool banyak sangat hehehe

cumanya kat sini breakfast dia bagi aku kene upgrade sikit lah.. food biasa-biasa je.. 


bubur nasi pon cair tawar tak sedap.. oppss.. 

balik tu pekena choco top.. uish sedap nya.. pastu rasa apa hal perot lipat-lipat nie.. 

omg. ai is gemok oledy.

-Ads-
Now ada dua jenis.. sodap ok.. makan dengan nasi panas pon boleh, roti pon boleh.. agak-agak nak gi overseas, boleh lah bawak 2-3 pack nie.. 

Sambal Bilis Berapi 
atau
Sambal Bilis Berapi Extra Hot

sebekas ni cuma RM10.. berminat boleh whatsapp/sms 019-3567068




Love, 
Filla.

D'KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & BBQ TERBAEEEKK DI SHAH ALAM

$
0
0
Hari ni Kak Pilla nak bawak u olls gi makan pulak.. Amik tissue siap-siap sebab takut meleleh ailio korang hahaha.. aku yang tengah type ni pon boleh tertelan-telan ailio ni hah.. 

Berita baik untuk penggemar steamboat dan BBQ ye.. Kalau korang pernah makan kat seoul, ni lebih kurang jugak.. tapi ni lebih kemelayuan lah.. dah tentu owner melayu kannn.. Cerita banyak pon tak guna.. Sebab motif entry ni lebih kepada nak bagi korang slurrpp slurrppp slurrppppp hahaha..

Ini pandangan dari hadapan.. Sebelum pergi sini, aku refer alamat, aku bayangkan restoran ni kat shoplot biasa je.. sekali sampai, tekejut sebab besar gila rupanya.. meriah plak tu.. 

Nak makan kat dalam boleh, kat luar pon boleh.. dah macam buffet berbuka puasa plak meriahnya.. 

untuk pengetahuan u olls, restoran D'Kayangan ni dah pernah dilawati oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3.. patut lah meletops!


Don't play-play, dalam suratkhabar Sinar Harian pon dah keluar jugak.. memang terbaek ;)

So meh Kak Pilla ajar korang ye..kalau pegi sini.. ada 2 set yang korang boleh pilih.. Tapi dah alang-alang tu.. baik amik Set1.. sebab sizzling grill tu lah yang sedap ok.. marinate dia tu diberi pujian oleh Chef Fillanie. ko ada? hahaha

Harga pon sangat reasonable.. cuma RM33nett and all u can eat.  mampu ngan tak mampu je nak habiskan hahah.. 

boleh check #dkayangansteamboat kat instagram untuk menjamu mata.. jamu mata jelah.. if nak jamu tekak kena lah datang hehe.. 

Ok, dah sediakan tissue ke belum? ni nak mengganas tayang gambar ni..  

Ada banyak bahan mentah yang disediakan, lengkap dengan marinate sekali.. ikan keli tu super sedap.. ikan pari pon sedap.. 

seafood lover, tempat ni memang heaven.. udang, ketam, sotong, kerang, lala, ngan apa tu yang panjang2 tu aku tak reti nama dia.. warna hijau ni apa? kupang yeh? pon sedap.

fishball, fishcake, chicken ball dan macam-macam lagi... dan jangan risau, bekas-bekas ni akan selalu refill.. aku ni cukup tak suka kalau kata buffet tapi nak refill je lembap satu macam.. kat sini alhamdulilah tak berlaku.. 


pilih jangan tak pilih.. ketam tu paling win lah.. aku kan tak gila sangat ketam.. tapi ketam ni punya marinate tu sedap.. bila ko grill pastu makan.. isi dia fresh dan manis.. ai like ;)

sayuran pon bersusun.. 

Aku bawak Sofea and Sabrina jugak.. senang bawak anak dara ni.. nanti Kak Pilla tak yah bangun.. kita suruh anak dara je gi amik-amik food hahahahahha.. 

Bukan setakat tu je.. macam-macam lagi makanan yang ada.. Nasi goreng, Mee goreng, Kueyteow goreng.. Nasi putih, Kari ayam.. pon ada!!!! 


Pelbagai jenis mee disediakan jugak.. mee bulat, mee gulung, mee magi, mihun.. untuk steamboat ;)

Pelbagai jenis sos turut disediakan.. blackpaper sauce sodap ;)

buah-buahan dan dessert turun disediakan

cheese cake

bubur kacang

ice cream nyam nyammmmss


rojak power


ABC

Arghhhh banyak kan pilihan? semua ada.. tu pon terlepas plak nak snap.. ada Nescafe panas dan Air Oren jugak.. Ambik je buat macam rumah sendiri ;)

ni ntah berapa kali trip dah ni.. 

Amaani ngan Kasih suka benda star ni.. 

Acara memasak pon bermula.. Sambil masak, sambil berbual-bual sesama kita.. kalau pergi dengan family pon best sebab sambil makan, boleh enjoy masak-masak, borak-borak... 

Kak Nana pon join malam tu.. 

Hah gaya Kak Pilla memang mak tiri sikit kahkahkahhhh... sambil masak pon nak kecoh.. Eh napa muka korang stress ni sambil masak? hahaha.. Sofea ngan Sabrina tu kerut kemain lagi.. tak biasa masak lettew.. hahaha.. dah lecture diorang ni dalam kereta.. korang kene belajar masak dari sekarang.. nanti dah kawin senang.. amboi makcik-makcik sangat dah Kak Pilla.. dulu aku couple ngan Pak Radie.. Sofea tu baru 7 bulan kot? now dah nak SPM dah next year.. gila tak makcik dah aku ni? 

Amboi gigih sangat nak memasak hahaha

Kasih memang suka noodle2 macam maggi ni.. 

ni Amaani yang snap.. blur plak tu.. tapi boleh lah janji masuk dalam gambar ;)

Kuah ada 2 jenis.. Sup Ayam atau Tom Yam.. boleh mintak refill kalau habis.

Auwwwwww sotong tu terbaekkkk... fresh :)

Aleesya dari mula sampai ke sudah tak bangun-bangun.. tido je kat situ.. 

Ini bahagian dalam.. 

besar jugak lah dalam ni.. kat luar pon luas jugak.. 

Orang pon dah ramai dah balik.. Kak Pilla biasalah, sembang memang sampai besok pon boleh.. 

Bahagian luar restoran..  Oh ya, D'kayangan steamboat ni betul-betul bertentangan dengan Restoran Tupai-Tupai kat Section 13, Shah Alam.

Terima kasih En. Arif kerana sudi menjemput Kak Pilla untuk menjamu selera di Restoran D'Kayangan nie.. Keseluruhannya, akak memang berpuas hati dengan food dan layanan di sini.. Semasa makan di sini, Kak Pilla sempat jugak menjeling-jeling tengok pekerja mereka bekerja.. cepat dan tangkas.. takde yang jalan tehegeh-hegeh.. semua bekerja dengan laju.. makanan basah semua direfill dengan segera.. Cuma hari yang Kak Pilla pergi tu agak crowded sikit mungkin sebab Sabtu malam.. tu yang harus diberi pujian.. walaupun customer ramai, tapi tiada kekurangan dari segi service dan makanan *thumbs up*

Boleh usha hashtag #dkayangansteamboat kat ig.. ada muka Kak Pilla kat situ.. 

Nak tau lebih details boleh checkout FB D'Kayangan Steamboat ni.

Berita baik juga untuk student.. So students kat UiTM Shah Alam dan kolej-kolej swasta yang kat Shah Alam tu.. jangan lepaskan peluang ye.. bawak je ID card korang tu.. 


Details:

Restaurant Steamboat BBQ D'kayangan
Sri Acapella Servis Apartment
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m, Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinates: N3.088301 E101.54794 Shah Alam
Operation Hour: 6.00pm - 12 am (Everyday)
Tel: 012-2971091 /  012-3970091 / 03-55234979 (sila call untuk reservation) 




Love, 
Filla.

PERJUMPAAN DENGAN KAWAN LAMA....

$
0
0
Kejadian ni hari Jumaat lunch time kat Alamanda.. Susah gila nak jumpa Ila (baju biru) ni.. kawan lama since zaman FP lagi... so bila ada peluang untuk jumpa jom lah kita jumpa ;) Moon takkan korang tak kenal kannnnn... 

masa tengok balik gambar ni tetiba aku tepikir sapa amik gamba ni? punya lah pelupa.. tetiba baru teringat kak ti yang snapkan heheh

lunch kat Madam Kwan.. dap jugak noodle atas ni

Moon makan nasi goreng.. asyik cakap masin, sampai suapan terakhir pon masin, tapi licin hahah

Ila makan ni je.. share-share..

dan sagu gula melaka.

manja sangat ni hehehe

bagus camera korang ni.. floless muka ahkak.. hahahah.. 

Moon nie

Bila lama tak jumpa.. sembang kemain panjang lagi.. tengok jam.. terperanjat ahkak.. boss ai ada ok.. kang lambat-lambat masuk opis.. kene marah baru tau.. 

Ok itu lah sahaja gambar yang ado.. tetiba perot bekeroncong tengok mee tu.. 

Bye Ila.. nanti kita jumpa lagi k.. 

Eh ending camtu je? Bis nak camne lagi? Sebenarnya aku kat office nie.. Pak Radie tolong buatkan laci untuk menepati 5s.. aku kan tak reti.. dan aku kan manja.. hangin je dia aku paksa datang tolong aku nie.. hehehehehe.. 

Tata.


Love, 
Filla.

LEPAK NGAN FAMILY KECILKU

$
0
0
Disebabkan pagi-pagi ni perot aku lapa nak mam.. so mari upload gambar makanan untuk menyeksa diri sendiri ;)

Ini hari jumaat malam.. bawak budak-budak gi alamanda sebab Pak Radie nak cari wedding present untuk wedding Nawal anak kepada boss dia.. so jom kita bawak budak-budak ni sekali.. kesian diorang asik memeruk je kat umah..

Aku kalau keluar ngan diorang ni terpaksa ikut time diorang.. tensi.. kat bahagian mainan je berjam-jam.. aku lapa gila ni.. dah hint banyak kali pon anak ngan bapak buat tak dengar je.. aku cakap jomlah makan.. jap lagi semua kedai dah tutup.. last-last 9.30mlm baru nak keluar dari parkson.. Kasih nak makan sizzling yee mee.. nak sizzling apa dah nak tutup dah.. terus masam muka dia.. jom gi OldTown je.. padan muka apa yang diorder semua dah habis.. dah tu nak makan apa???? 

Nasib ni ada.. fav kitorang ni.. sodappppp!!


tu je lah food yang sempat snap.. kaya toast lupa snap.. tu pon fav gak.. Pak Radie ni ada satu perangai.. kalau apa dia order semua takde.. nanti dia sentap pastu terus tak nak makan.. atau order yang ringan-ringan je macam roti ke.. telur ke.. tu sentap lettew.. kalau aku "ni takde, tu takde, habis apa yang ada?" wah garang tul Kak Pilla ni.. sendiri yang datang lambat.. lagi nak eksyen.. 


Kasih dah tembam.

Amaani

with Aleesya.. (jangan tegur ootd kak pilla ye) dari siang sampai ke malam baju sama.. 

amaani sempat singgah kalau gi memana pon.. tetiba dia hilang.. 

papa ngan anak-anak pompuannya ;)


Love, 
Filla.

PERANGAI.

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua..

Dah makan? Korang biasanya breakfast makan apa yek? Aku ni dari dulu sampai sekarang dah biasa amik heavy breakfast and skip lunch.. tapi weekdays je lah macam tu.. weekend ialah hari aku makan ikut suka hati.. Semangat berkobar untuk diet dah lebur terkubur macam tu je.. Tapi aku takut-takut jugak nak makan nasi lemak kat office.. so menu pagi aku biasanya kueyteow ladna, mihun sup, kueyteow bandung.. aaa camtu-camtu je.. tak yah korang nak suruh aku kira-kira kalori bagai.. aku tak suka kira sebab aku tak tau kira dan aku tak nak amik tau cemana nak kira.. amboi ni nama dia bodoh sombong belagak.. hahaha.. sukati ai lah.

tapi biasanya petang aku lapar balik.. haha.. kadang tak layan sangat perot ni, kalau ada kawan ajak makan aku biasanya on je.. haha.. aku tak suka makan petang sebab nanti aku kenyang.. bila aku kenyang aku jadi malas nak masak untuk dinner.. gila selfish tul camtu.. Kasih ok je.. tapi aku kesian kat Amaani sebab Amaani tu lain sikit.. dia kene makan nasi.. kang kul 7.30 camtu dia dah sound "Mama, Amaani lapar, Amaani nak makan nasi".. hahahaha.. macam tu.. Amaani tu dia ada pendirian sikit dan tegas.. kalau dia cakap dia nak makan nasi, ko memang kena bagi dia nasi.  Kalau dia cakap dia tak nak nasi, dia memang tak nak nasi.. kalau nak makan kat luar dia dah plan dah apa dia nak makan.. biasanya takkan berubah menu dia as planned.  ko suggest lah macam-macam takkan dia berubah hati punya.. So aku kesian kat dia.. teringat kat Gold Coast dulu berapa hari asik makan kebab, fries, bubur nasi Aleesya.. pastu ada satu malam tu sampai nangis dia nak nasi.. dia tak nak nasi lain.. dia nak nasi putih jugak.. so bila nasi tu sampai aku tak tau nak bagi makan dengan lauk apa sebab pedas.. dia makan nasi putih macam tu je dengan gelojoh ok.. huwaaaaaaaaaaa nak nangis aku tengok dia macam tu.. hahahah.. 

Kasih and Amaani makan Rojak kat Enstek.. asyik paw Wan ngan Atok je diorang nie..

Kasih and Amaani

Kan aku ada cerita character Kasihs ni semua lain-lain.. Kasih cembeng dan manja.. ko tegur sikit terus berkaca-kaca mata.. kadang belum marah lagi.. baru tanya.. dah berkaca mata.. eh kenapa plak ni? hahahah taktaulah ikut sapa.. ni mesti ikut Pak Radie.. muahahahahha... Kasih ni jenis tak tau lah aku nak cakap, hati lembut ke hati keras.. dia cepat nangis.. tengok sedih sikit nangis.. cakap sikit nangis.. samada dia over sensitive atau dia protes dengan cara keluarkan air mata.. hahaha.. berani melawan memang aku bantai je.. 

Kasih Amaani

Amaani jenis happy.. tapi lately dia kuat menangis.. aku syak dia jealous dengan Aleesya.. jealous dengan kasih... Amaani jenis bangun awal pagi.. kalau gi Enstek dia bangun awal, dia nak ikut Atok.. dia suka jalan-jalan depan umah dengan Atok.. hari tu Wan cerita dia tolong Atok vacum rumah.. kalau suruh buat apa-apa memang boleh harap lah.. laju je tolong.. tapi jangan bagi dia angin la.. sekali dia sentap memang habis la.. hahahah.. tiap kali aku ngan Pak Radie keluar dia mesti nak ikut.. dia kan jenis aktif happy go lucky gitu.. mana boleh tinggal.. berlari amik selipar.. kakak nak tinggal lantak.. hahahaha.. janji dia pegi.. 

Aleesya tak de citer.. dia tido je tau.. hahah

-Ads-
Kak Pilla dah cuba product nie.. malam sebelum tido sapu bawah mata.. pastu tido.. esok nak gi keja pon sapu lagi bawah mata.. if korang nak try MIKA Concentrated Eye Theraphy which is formulated in France.

The benefit of the product:
-Diminish the look of under eye circle (lingkaran hitam bawah mata)
-Remove / Reduce eyebag (bengkak bawah mata)
-Reduce fine lines ( kurangkan kedut bawah mata)
-Boost natural collagen production.

Special formula that makes this product different from others:
-Caviar extracts
-Rose stemcell
-3.24K Gold
-Apple extracts

Result can be seen within 2 weeks with regular use.
Famous Femmes Resources

Please contact

Love, 
Filla.

BERIKLAN PENDEK.

$
0
0
Dah lama tak promote diri sendiri.. Sebab ramai yang bertanya dan Kak Pilla penat nak mereply email satu-satu.. so akak citer kat sini je ok?

Sesiapa yang berminat untuk mengiklankan product yang u olls jual.. akak ada buat package nie:

- ig/fb/twitter shoutout (3 serangkai)
atau
- side bar banner di blog ini untuk 1 bulan.

Selepas ini Kak Pilla dah tak buat dekat end of blog entry ads tu.. yang dah deal tu takpe.. selepas ni no more.. sebab akak ada letak link instagram kat side bar akak ni.. so u olls nye ads yang keluar kat ig tu will appear jugak kat side bar (instagram) tu.. siapa berminat boleh click kat link instagram Kak Pilla tu.. sama je, so jangan seksa kakpilla ok.. hehe.. Untuk yang nak promote kat fb,ig and twitter tu kalau boleh korang kena lah ada business ig/fb.. kalau tak acaner orang nak visit business adik tu.. paham? orang sekarang suka yang mudah.. nak tengok apa-apa kena ada link terus click je.. tu pun kadang nak click link pon malassssss.. nak bermanja ngan Kak Pilla jugak.. kalau Kak Pilla free boleh lah tolong jawabkan.. kalau tak sorry, pepandai lah click, link ai dah bagi.. don't be lazy.. 

Kalau u olls pandai buat gif file ke apa tu yang boleh slide2 gambar tu.. boleh blink2 gitu.. lagi bagus.. untuk iklan sidebar sebab very catchy.. kalau tak reti.. plis jangan suruh kakpilla yang buatkan.. 

Berminat boleh email framekasih@yahoo.com untuk quotation dan kalau lambat reply, sila fahami kesibukan Kak Pilla ye.

Pengumuman ke-2
Pemenang Ephyra Phase II telah pun diumumkan oleh pihak Ephyra.. sekiranya anda tidak menerima panggilan dari pihak Ephyra itu bermaksud anda tidak berjaya.. tapi jangan sedih-sedih sebab Kak Pilla ada nak bagi korang hadiah Ephyra lagi nie.. caranya mudah sahaja.. hantar testimonial anda (gambar sebelum dan selepas minum ephyra) kalau testimonial u olls menarik, pihak Ephyra nak bagi sorang sekotak Premium Pack (30 sachet).. Pihak Ephyra akan pilih 10 orang pemenang.. tapiiiiiii, kena ada bukti anda mengambil gambar bersama kotak Ephyra.. kalau tak kang.. ntah gambo sapa-sapa korang amik tepek kat situ.. kannnnnnnn.. no no no.. tak baik menipu.. 

Tempoh penyertaan ialah dari hari ini 15 April 2014 sehingga 24 April 2014. Senang kan? tak yah buat karangan.. email testimonial korang kepada Kak Filla di framekasih@yahoo.com .. Pemenang akan dihubungi oleh pihak Ephyra sendiri.. kalau pihak Ephyra bagi list pemenang, akak akan announce kat blog ni.. thank you.


Love, 
Filla.

STUDIO RAKAMAN.

$
0
0
Hari ni Kak Pilla nak mengimbau kisah lalu.. Zaman Kak Pilla kecik-kecik dulu.. Nak baca tak? kalau tak nak pon kena baca jugak.. ini paksaan *hentakkaki*

Akak dilahirkan di Sabah bah bah bah... Bukan sebab berasal dari negeri di bawah bayu.. tapi sebab Wan ngan Atok berhijrah bekerja mencari rezeki di sana.. so lahirlah kami 3 beradik di sana.. Tiap kali pergi kursus aku paling tak suka sekali bila kena bagi tau asal dari mana... Kebanyakan dari negeri-negeri lain pastu datang bekerja kat KL so diorang takde lah susah sangat.. Aku macam kurang paham maksud berasal dari mana ni.. Aku lahir je kat Sabah.. aku Form 2 aku dah pindah duduk KL.. kitorang sekeluarga duduk kat Ampang.. tapi Wan ngan Atok asal orang Melaka.. So aku ni orang apa? Sabah? Melaka? KeyEll? Amboi nak jugakkkk KeyEll.. tak sedor diri betol.. hahahah.. 

Ok lah nak cerita pengalaman aku di lahirkan jauh di Sabah sana.. Biasanya kitorang akan balik Melaka kalau hari raya.. tapi tak lah setiap tahun.. kaya sangat kau nak turun naik kapal terbang tiap tahun? Eh zaman dulu-dulu kan ada MAS je.. so bila dapat naik katerbang tu rasa macam orang kaya je.. Aku excited ok.. siap ada baju khas naik kapal terbang ni.. aku ingat lagi skirt labuh kembang warna pink pekat ada bunga-bunga.. bila pakai skirt tu aku siap pusing-pusing.. bajet princess.. tapi gigi rongak.. rambut boy cut.. aper citer hahah.. 

Aku kecik-kecik dulu Wan tu garang ok.. sampai sekarang pon garang.. takut tau.. hahah.. aku dah citer ke belum tak ingat pulak.. dulu masa kecik bila kene marah je.. asal aku hentak kaki.. mak aku memang hangin lah.. terngiang-ngiang suara petir dia.. "Hentak? Hentakkkk!! malawan kau yeh?" Nahhhhhh baling gunting besi.. melompat Kak Pilla mengelak ok.. phewwww nasib tak terpacak gunting kat kaki.. rumah kitorang dulu rumah lantai papan.. so bila berjalan tu memang lah berbunyi lantai tu.. bila aku kena marah, nanti kaki aku menghentak.. tak hentak banyak pon.. hentak sikit je.. ponnnnn tak boleh ok.. Wan memang pantang gila kau menghentak.. sebab tu aku menurun.. siapa hentak kaki kat aku sekarang.. memang aku jerit je.. "Hentakkk!! hentak lagi kaki tu.. sekali lagi mama dengar siap yeh".. amboih.. Kasih mesti jawab sambil melalak "mana ada kasih hentak kaki? tangga ni yang bunyi".. Ek eleh budak kecik nie.. mak kau makan garam dulu ok... tetiba plak tangga yang salah.. 

Bezanya aku kalau kene marah, aku tak nangis meraung macam Kasih. aku diam je.. air mata je meleleh.. tapi dada berombak ni, nak melawan tak dapat.. rasa nak meletop jantung ni..hahahah.. berani melawan.. ada yang dapat penampa jepun sekali.. kadang kalau Wan membebel, aku menjawab tapi dalam hati.. hahah.. kadang terkeluar kat mulut.. wahhh sampai terkeluar kat mulut ok, tapi bunyi melawan tu macam bisik-bisik je sebab takut.. pastu Wan jerit "Ko menjawabbbbbbbbbb yeh??? menjawabbbb???? satu haku cakap sepuluhhhhh kau jawabbbbb kan?" pangg pecah gelas sebijik kat lantai.. dengan muka sadin aku amik penyapu aku sapu kaca-kaca yang pecah tu masuk penyodok.. muka derkkkkkkkk je.. tapi air mata tetap meleleh ni.. pastu sambil sapu tu aku bersoal jawab dalam hati "sepuluh??? sepuluh???? mana ada sepuluh.. tak sampai pon tiga patah jawab, tu pun nak marah"... nakkkkkkkkkk jugak melawan ni.. hahahahha.. 

Ok lah, cukup lah cerita pasal aku kaki menjawab dulu-dulu.. semua budak meningkat dewasa memang suka menjawab kot.. masa tu semua kita buat rasa betul.. pastu terus rasa kenapa mak aku ni tak cuba untuk memahami??? kenapa? kenapa???? jangan nak over sangat... 

Nak cerita pengalaman aku sebenarnya.. dulu aku ada macam makcik kot.. tak tau lah title makcik ke apa.. sebab Atok and Wan ada anak angkat, nama dia Pakcik Mahat.. so dia kawin ngan orang sabah ni nama dia Auntie Nisa (kalau aku tak silap).. Aku rapat gila dengan dia.. dia DJ radio Sabah.. aku selalu ikut dia gi konti pagi-pagi buta pon pernah kot.. aku selalu tengok cara dia cakap kat konti tu.... so satu hari tu dia tanya aku if aku minat berlakon kat radio... Of courseeeeeeeeee aku nak! tapi korang macam tak tau.. Kak Pilla ni kan pemalu... tak confident.. aku dulu-dulu tak macam sekarang ok.. i mean tak confident macam sekarang.. dulu aku penakut.. last-last Atok ngan Wan pun izinkan so aku berlakon.. berlakon kat radio ni senang sikit.. sebab ko cuma kena jadi binatang kahkahkah.. time berlakon pon weekend je.. tengok berapa banyak watak kau pegang.. kadang jadi kambing, arnab, kucing, tikus.. bahahahahahha... 

-pic googled-

tapi camni lah lebih kurang studio tu.. tapi microphone tu dari atas panjang turun ke bawah.. then ko pegang script tu dan berlakon ikut watak masing-masing.. tapi kene senyap.. tak boleh kertas berlanggar ke apa.. gitu.... 

Nanti ada dialog ko bercakap je lah.. sebelum tu ada lah script untuk baca and berlatih dulu.. seram sejuk tangan Kak Pilla u ollsssss... terus aku rasa kepala aku jadi besar sebab panik.. hahahha... tapi bila dah selalu aku rasa ok.. rasa bila dapat watak sikit rasa macam alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa napa jadi tikus je????? aku nak jadi harimau.. ah macam tu rasa dia.. dia macam drama radio kanak-kanak.. rakaman gitu.. nanti bila on-air Kak Nisa tu call lah bagitau nanti dengar radio.. so beramai-ramai lah dengar.. merah telinga aku kejap sebab malu.. tapi eksyen ok.. rasa bangga... hahahahah.. pastu nanti ada lah sebut nama aku sebagai harimau.. ah macam tu.. siap cakap pulak dari sekolah mana.. glamour jap nama sekolah aku.. masa sekolah rendah aku sekolah kat St. Francis Convent.. pegi sekolah ada lah kengkawan tanya betul ke aku berlakon kat radio... ai buat biasa je.. wellllll....... tangan di bahu mata ke atas gitu.. hahah tak lah.. Kak Pilla kan sopan.. mana ada buat camtu.. baru jadi pelakon kanak-kanak kat radio ko jangan nak eksyen yeh.

Dapat duit ok berlakon radio tu.. bagi aku banyak jugaklah.. sebab ko kecik je lagi.. baru darjah 3 macam tu.. dah ada duit sendiri... Wan tolong simpankan duit yang aku dapat tu.. pastu form 2 aku dah balik KL.. pernah kot sekali Kak Nisa contact balik Wan.. tanya if aku nak involve lagi tapi kat TV pulak..tapi aku tak nak kot.. aku takut.. Wan pun takkan bagi kot.. pastu bila dah cakap tak nak tu ok lah.. tapi tetap buat-buat berlakon kat bilik air.. wah berdialog sorang-sorang kengkonon aku ni pengacara.. kesian Kak Pilla.. aku ni menyanyi dah lah suara terok gila.. tune bersepah-sepah.. kalau karaoke, baru keluar perkataan kat screen tu.. belum highlight lagi.. aku dah nyanyi dulu.. hahhaha.. aku panik ok.. pastu macam berdebar-debar "sekarang ke nak masuk, skarang ke".. haaaa macam tu perasaan dia.... eish kalau tak, confirm aku dah lawan Neelopa dah sekarang ni.. bahahahahahaha.. 

Elok ko ni tulis blog je la Kak Pilla.... kat blog senang.. takde plak nak rasa nervous ke apa.. hahahha..

Ok lah, semoga terhibur dengan cerita ahkak ni.. tata titi tutu..



-Ads-
Excited tak u olss tengok buih-buih tu ??

Rasa segar bugar je macam mandi air sabun ..
Picit sedikit sahaja, tapi kesan ... memang best, harum semerbak !!


Tidak mengira usia tua atau muda, berumah tangga atau tidak menjadi masalah besar bagi seorang wanita bila mengalami masalah :-


Keputihan Melampau
Kagatalan di kawasan intim
Kekeringan
Melecet

Jangan biarkan orang terdekat menjauhi anda
Kenapa perlu PILIH Felinna Beauty Hygienic Foam Wash ???

Apa kepentingan menggunakan Felinna Beauty Hygienic Foam dengan SUAMI ANDA?

Ramai..... malah hampir semua suami mahu isteri mereka menjadi lebih feminin. Felinna Beauty Hygienic Foam membantu anda untuk menjadikan anda lebih feminin diluar jangkaan!

Dengan tekstur buih yang lembut, wangi dan menyegarkan menjadikan Felinna Beauty Hygienic Foam satu produk penjagaan peribadi wanita yang sangat hebat mesti dimiliki.
Pilih Hygienic Foam untuk kembalikan keremajaan anda
Dapatkan segera Hygienic Foam Wash keluaran Felinna Beauty!

sms/whatsapp : 013-3310016




Love, 
Filla.

JOM KITA PEGI TEST-DRIVE FORD FIESTA BERSAMA-SAMA NAK?

$
0
0
*scroll down for new entry*


Siapa ada experience test-drive kereta??? Memang seronok betul dapat test-drive ok.. Lepas test-drive terus berangan nak beli kereta tu.. pastu balik rumah, pecah tabung kira duit cukup ke tak.. hehehe... Kalau dah memang ada duit simpanan dan loan approve lagi lah best ;)

Hari ni Kak Pilla tak nak cerita banyak sangat.. Akak cuma nak share kegembiraan bersama readers yang setia dari dulu hingga kini.. dari dulu lagi berangan kalau dapat berjumpa dengan readers, tapi tak payah nak berangan sangat.. So bila tetiba peluang keemasan ni datang.. apa lagi? 

Kak Pilla nak ajak readers Kak Pilla untuk bersama-sama ngan akak untuk pegi test-drive Ford Fiesta!! Selama ni kita hanya berkenalan kat blog je melalui comment-comment je.. So ni lah masanya untuk kita bertentang mata gitu.. hehehe.. 

saja je test market kat FB hahahah... nasib baik ahkak ni laku lagi.. kalau tak, confirm akak bersara je dari dunia blogging ni.. amboi merajuk je bunyik ;)

Kali ni dah tiba masanya Kak Pilla revealkan kepada u olls.. Kita akan test-drive Ford Fiesta bersama-sama ok..dalam satu kereta boleh bergurau senda dan selfie kah kah kahhh.. 

Kalau ada yang masih tak pasti bagaimana rupa Ford Fiesta.. ni hah Kak Pilla tunjukkan gambar keretanya yang warna biru tu.. Comel kot kan? If i'm not mistaken, masa test-drive tu nanti ada 3 session.. rasanya setiap session ada 2 orang akan bersama Kak Pilla untuk test-drive.. Kak Pilla akan ada dalam kesemua session tu nanti.. 

Ada banyak keistimewaan tentang Ford Fiesta ni.. Paling Kak Pilla suka sebab design dia yang comel dan warna-warna Ford Fiesta ni kebabommm.. Tapi ingat ye, ini bukan setakat comel je.. ni nama dia kecik-kecik cili padi.. Engine power ok.. Kalau korang nak tau, kereta Ford ni adalah berteknologi pintar, bergaya, prestasi mantap dan penjimatan minyak berganda.. 

Ford Fiesta menggunakan 3 silinder EcoBoost engine dimana size engine lebih kecil dan ringan dari biasa namun tetap mementingkan prestasi yang mantap buat pemandu yang mementingkan kemantapan engine.  

Ford dah menang banyak awards untuk prestasi engine yang mantap.. 

Ok lah, berbalik kepada siapa nak ikut test-drive Ford Fiesta bersama Kak Pilla pada 
19 April 2014 (Sabtu).. senang je cara nya.. Sila isi form ni dulu ya.. kalau tak isi form ni cemana Ford nak ajak korang join Kak Pilla.. susah la camtu.. sikit je nak kena isi.. lepas isi terus submit ok?

Click hereto fill up form.

6 Readers bertuah akan bersama-sama Kak Pilla untuk test-drive Ford Fiesta.. Yeayyyy sorak beramai-ramai.. Ada rezeki dapat lah kita berjumpa dan bergembira nanti ;)

Kalau anda teruja nak tahu kehebatan kereta pintar ini dengan lebih lanjut, jom ikut Kak Pilla test-drive!!! 

Detail adalah seperti berikut:

Venue: Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd. - Lot 5, Jalan 205, 46050 Petaling Jaya

Date: 19h of April (Saturday)

Time: 11am - 3pm

 Kita akan bersama-sama memandu uji Ford Fiesta 1.5L pada hari tersebut ;)

Ok itu je laporan dari saya, semoga kita bertemu nanti ya!! 


Love, 
Filla.

PON BOLEHHHH...

$
0
0
Rindu Kak Pilla? Rindu kannnnnnnnn.... hehehe ok kalau rindu meh dengar citer Kak Pilla pagi nie..

Semalam kan, balik dari kerja masa kat dalam kereta otw balik rumah.. berborak dengan Kasih.. 

Mama: Kasih sekolah ok hari ni?
Kasih: Ok..
Mama: Duit belanja habis?
Kasih: Habis.
Mama: Jimat-jimat lah sikit.. kalau lapar beli makanan mama tak marah, tapi jangan beli yang merepek-repek.. gula-gula semua tu tak payah.. tak bagus..
Kasih: Yeee.. Eh mama, Kasih nak tanya mama ni.. tapi Kasih tanya je.. kalau tak boleh tak pelah..
Mama: Tanya apa?
Kasih: Boleh tak mama masak maggi goreng?
Mama: Malam mama masak nasi, kena makan nasik.
Kasih: Bukannn.. Kasih nak bawak bekal pegi sekolah esok.. Kasih nak maggi goreng..
Mama: Ooohh.. ok besok mama buat..
Kasih: Thank you mama.

Erk?!! Aku bangun awal nak masak untuk Kasih nak bawak bekal? Ok fineeeeeee, ai kan ibu mithali, penyayang, memahami, sporting, lemah lembut.

Matiklah bangun awal masak.

Sampai je rumah terus kene peluk ngan Amaani.. peluk pinggang (eh ada ke pinggang?) hehe.. peluk kaki.. sampai aku nak berjalan pun susah.. Haih lah anak.. kenapa kau jadi begini Amaani? hahaha.. tak rawk langsung.. haku ni dah lah jalan nak laju je.. dah kene peluk kaki.. terus tersekat-sekat.. Aleesya biasanya tak heran tengok aku.. dia cuma sakit hati kalau Amaani peluk-peluk aku je.. terus dia datang menyerang Amaani.. memang kene tampar, kene lepuk-lepuk je Amaani tu.. siannnn dia.. 

Terus cembeng nangis.. "Aleesya ni kenapa buat kakak? tak sayang kakak yeh?" sambil menyelit bawah ketiak aku.. menitis-nitis air mata.. omg.. dua orang sekali duduk atas paha.. nasib paha mak kau ni agak gergasi.. so takde hal la..

camni gaya Amaani sekarang.. mata asyik tengok Aleesya.. 

Member muka dah masam.. sabar Aleesya ye.. tak lama lepas tu.. dia bantai begolek nangis atas lantai.. hehe lantak koranglah.. 

Malam tu borak ngan Amaani..

Mama: Amaani kat school ok harini?
Amaani: Ok
Mama: Makan tak kat school?
Amaani: Mamaaaaaa, kawan Amaani tu dia bawak bekal.. bawak meeeee..
Mama: Mama nak masak mee goreng besok, Amaani bawak bekal jugak ok?
Amaani: Tapi kawan Amaani tu kan.. dia bawak bekal..
Mama: Ohhh.. dia bagi Amaani rasa tak bekal dia?
Amaani: Takkk.. 
Mama: Amaani mintaklah sikit..
Amaani: Dah mintak, kawan cakap TAK BOLEH.
Mama: Ha? dia cakap tak boleh? abistu Amaani jawab apa?
Amaani: Amaani cakap Takpelah, Amaani tak kesahhhhhhhhhhhhhhhh..pastu ada lagi sorang kawan Amaani bawak sausage pon cakap tak boleh.
Mama: Hahaha.. alalalaaa sian anak mama.. esok bawak bekal ok? kawan mintak nak bagi tak?
Amaani: Bagi lah.. 
Mama: Ok esok kalau kawan mintak bekal Amaani, Amaani bagi lah ok? tapi bagi sikit je... hehe.. biar orang buat kita, kita jangan buat orang tau..

Huahahahhaahha mulalah mak kau jaki ni.. oooooooohh ko kedekut ngan anak auntie yeh? hahaha.. 

Buat ni hah je.. ada 3 bekal.. paling kiri Amaani punya.. yang tengah Kasih punya.. yang biru mama punya.. papa tak yah.. kang dia ikat kat motor dah macam Mat Despatch dah.. 

bangga tak muka Mama Filla buatkan anak-anak bekal? bahahahahahaaaaa.. 

OOTD.  over? biaaaaaaaaaaaaalaaaaaaaa..

Amboih garang sangat ni.


-Ads-
Kak Pilla tak pernah rasa Sambal Hitam Pahang ni.. Baru-baru ni Cik Nurul ni hantar kat akak.. Amboih memang sesuai makan sorang-sorang dengan nasi panas.. untung orang Pahang ni memang banyak makanan tradisi yang sedap-sedap kan? 

Sambal Hitam adalah makanan tradisi yang berasal dari Pahang.  Sambal Hitam ini juga adalah makanan pembuka selera yang diperbuat daripada campuran bawang, cili padi, ikan bilis dan belimbing buluh yang telah direbus.  boleh dimakan bersama roti, lempeng, pulut, nasi impit, nasi putih panas-panas dan apa saja ikut selera tekak sendiri.  Rasa dia masam pedas.  Sesuai bagi penggemar makanan pedas.

Maklumat Harga

100g : RM6
200g : RM10
         Postage : 100g-500g (RM6)
         : 500g-1kg (RM10)

Boleh COD area Putrajaya, Bangi, Serdang dan Puchong (minimum tempahan 500g)
Maklumat lanjut boleh WhatsApp/WeChat/Mesej ke 017-3981227 (Nurul) atau emelkan kepadanadiera.enterprise@yahoo.com

IG : @sambal_hitam_pahang



Love, 
Filla.

NUFFNANG DAN FILLA

$
0
0
Assalamualaikum...

Jangan tekejut tepampang muka Kak Pilla pagi ni menghiasi skrin2 komputer korang hahaha..


Kemain tembam pipi ai hahahha.. Ni pun aku tau bila tengok Ceera link kat entry dia kat FB dia.. kesian tul aku ni asyiklah tertinggal train hahaha... 

Actually ni photoshoot hujung tahun last year (2013) macam tu.. Nuffnang kumpulkan talent2 untuk dicompilekan dalam satu website supaya nampak lebih teratur gitu.. 

So kalau korang rajin boleh lah gi tengok-tengok kat website tu.. Eh sebelum tu.. ni caption yang diorang buat untuk profile Kak Pilla..


Fadilla started KasihAleeya.blogspot.com back in the year 2005 to document details of her firstborn daughter Kasih Aleeya’s growth. Since then, she has had two more beautiful daughters – Kasih Amaani and Kasih Aleesya. Aside from her responsibilities as a committed homemaker, Fadilla also juggles a fulltime career and dedicates herself to updating the blog on a daily basis. She enjoys talking about her daughters’ antics, home recipes, family getaways and style coordinates.

Yesza, nak baca panjang lagi boleh visit  kat sini:


Thank you nuffnang.. Selama kita bersama, banyak sungguh kenangan manis kita.. Walaupun wajah-wajah lama di Nuffnang sudah tiada, namun wajah-wajah baru pun saya suka :) semua pun very nice.. walaupun aku selalu kacau diorang malam-malam dengan never ending questions kat whatsapp sebab kengkadang aku tak paham assignment aku.. hahahhahaha... 

Terima kasih buat Shah dan Sue Ann yang banyak membantu saya... tidak dilupakan Adrian, Denise, Willy, Song, Nicholas, Michele, Joyce, June, Rachel, Sara, Trixha, Wy Lyn dan ramai lagi yang mungkin i terlupa sebutkan.. i love Nuffnang.. 



Love, 
Filla.

Panacea Beauty Serum Biowhite Collagen

$
0
0
Pernah dengar tentang Panacea Beauty & Serum Biowhite Collagen? Kalau tak pernah meh Kak Pilla citer sikit.. Akak baru je try produk ni.. Keistimewaan produk ini ialah ia boleh disapu pada wajah dan boleh diminum.. Best kan? Kenapa ianya boleh diminum? Jom kita lihat apakah bahan-bahan asas yang terkandung di dalam produk ini..

Panacea Beauty ini adalah Serum Biowhite Collagen yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang terdiri dari air suling, madu, ekstrak aloe vera, rumpai laut, kolagen ikan, sarang burung walit, pati oren dan 
vitamin C yang baik untuk kulit. Ia adalah serium pertama di Asia yang boleh disapu dan diminum! 

Aku dah try produk ni dan dah paksa Pak Radie pun sapu kat muka dia.. hahahah.. aku kan suka paksa.. Nak cantik tak? Nak lawa tak? macam lah dia heran kan.. tapi lelaki memang camtu.. kita kena mengadap depan muka dia baru dia nak sapu.. Aku pertama kali sapu serum ni kat muka dah terasa kesan masa tu jugak.. serum ni tak pekat.. so mudah disapu pada wajah dan akan kering dalam masa yang sangat singkat.. bila dia dah kering kita boleh rasa kulit tegang, bersih dan tak berminyak langsung.. takpe takpe.. aku nak tunggu lagi 2 minggu cemana hasil dia :) 

1 botol share sekali ngan suami.. muahahah.. kalau korang beli, korang pon share ngan suami ye.. bila dah habis baru kita minta suami belikan untuk kita ;)

satu lagi sebab yang buatkan Kak Pilla suka ialah teksturnya yang 'ringan' dan tidak melekit.. lepas sapu kat wajah, pastu kering terus pegang muka rasa licin dan lembut.. 

Kalau korang nak tau Panacea bermaksud 'penawar' atau 'ubat mujarab'.. sebab tu nama Panacea telah dipilih oleh pengasasnya.. Panacea Beauty adalah sebuah syarikat bumiputera berdaftar dan produk ini dikeluarkan oleh makmal kilang yang bertaraf GMP, mempunyai sijil ISO serta HALAL.. so tak payah nak ragu-ragu ok.. 

Kelebihan Serum Biowhite Collagen:

- Serum pertama yang boleh DISAPU dan DIMINUM
- Bebas bahan sentetik seperti Parabens, Mercury, Hidroquinon san Silbuteramine
- Telah terbukti berkesan secara klinikal
- Kesal seawal 10 hari
- 100% bahan semulajadi
- 100% keluaran bumiputera
- 100% islam product
- 100% jaminan 

Cik Abang ni mempunyai kulit yang bermasalah.. Setelah menggunakan Serum Biowhite Collagen, korang boleh tengok sendiri hasilnya kan? So kepada sesiapa yang ada masalah berjerawat, rasa kurang keyakinan diri, boleh lah ikhtiar dengan mencuba Panacea Beauty Serum Biowhite Collagen nie.. tapi pesanan Kak Pilla, kalau muka dah licin, jangan sombong dan bongkak pulak ye.. muahahaha

Ia juga berkesan untuk memudarkan kesan parut.. siapa ada parut dan jeragat memang elok pakai nie.. Kak Pilla pon dah tua-tua ni banyak sangat jeragat yang susahnya nak pudar.. so Kak Pilla pon berharap agar Serum ni dapat membantu Kak Pilla.. eh emo plak.. 

ia juga membantu untuk mengecilkan liang-liang pori.. Eh nanti kejap, biar Kak Pilla share dulu ni:

Khasiat

- Mencantikkan kulit wajah agar lebih berseri dan lembap sepanjang hari
-Melambatkan proses penuaan dengan menambahkan keanjalan kulit
- Menghilangkan parut jerawat, parut pembedahan dan kesan regangan kulit
- Menghasilkan kulit yang licin dan mengecilkan liang-liang pori
- Mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan tona kulit
- Membaiki sel-sel kulit yang mati dan pembentukan sel-sel baru
- Memulihkan kulit kering dan nyahhidrat
- Mengawal penghasilan minyak pada kulit dengan menyeimbangkan PH kulit
- Meningkatkan metabolisme kulit untuk memperbaharui kulit mati
(sesuai untuk semua jenis kulit)

Mendapat penghargaan dari Tunku Mariamz Iskandar (Johor), tahniah diucapkan!

Now, sesiapa berminat untuk mencari duit tambahan dengan menjadi stokis/dealer atau dropship boleh lah cuba ye.. tengok ni Kak Pilla share ngan korang kat bawah ni: 

Buat dropship pon boleh untung banyak.. 

Subhanallah..syukur beliau hanya dropship sahaja..tapi mampu menjual 40 botol dalam SEMINGGU..jom buat kira2:

-komisyen dropship 1 botol: RM15
-seminggu 40 botol : RM15 x 40 = RM600
-sebulam 160 botol : RM15 X 160 = RM2400

WOW! baru buat dropship tanpa modal pun boleh jana pendapatan dengan Panacea Beauty. alhamdulillah

Jom sertai kami di Panacea Beauty Official


Ini adalah senarai pengedar mengikut negeri.. so boleh lah u olls contact mereka ok?

NEGERI
NAMA
NO.FON
SELANGOR
Zubaidah Shaari
012-3067137/ 019-3029447
NoorShahida Sabari
013-6108268
EleenaZaini
019-2880827/ 018-3583824
Norhafisah Muhamad Nor
013-2591773
Nur Izzati Mazli
018-3623979
Nazaliza Azlin

 010-2555945

Siti Zahera Ibrahim
 019-4757404
Huzalfah Shamsudin

012-3155020

KUALALUMPUR
Maznah Muhamad Nor
019 3094315

NoorRafidah Mustaffa

017-6069029
NurHabeebaHanum

013-6604498
PULAUPINANG
NurfitriyanaAbd. Rashid
013-4892156
KELANTAN
Shaidatul Suhani
019-9738773
NorAfifah Rozali
019-9914990
 Che Farah Aini
013-2534116

PAHANG
Siti NorbayaKamar
019-9442251
Maisarah Bazin

019-3451378

JOHOR
AirmaAishah
013-7767999
Yanti Beauty House
017-7861801
 Masziah Mat Jaafar

012-6926726

Noor Hasyimah
017-6219667
KEDAH
Khalidah Ahmad
013-5208501
NoorAzlinaAbdullah
012-4950471
Jamilah Marzuki
014-9061494
Nur Fatin Aini Jamalludin
012-4488140
PERLIS
Farah DiyanaZolkafli
012-5655969

NEGERI SEMBILAN

NorasfalizaMohamad

013-2915983
Mazlifah Abas
 012-6189667

PERAK
SyilaAzura

 012-5127149
Hafizazli Bin Shahrolpileh

013-3010894

Nur Amira Amran
010-3938794
SABAH
Nik AzurainiNik Azlan
013-8531754
KiranaBeddu Halike
019-8022903
SARAWAK
Azam Muhamad Sabri
012-4950471
SINGAPORE
Rositah Ariffin
6594505884
Nurhayati
6591502602

Maklumat lanjut tentang Panacea Beauty Serum Biowhite Collagen seperti tertera di bawah.. tengok ler kat FB depa tu.. baru puas hati tengok testimonial pengguna ;)

Hotline: 013-4449531

Love, 
Filla.

MOVIE TIME.

$
0
0
Hari apa tah masa ni... Kasih dah lama ajak nak tengok wayang.. Dia nak tengok Frozen.. tapi dah lama kot citer tu dah tak main kat wayang.. So Pak Radie google lah tengok citer apa ada sekarang kat Alamanda.. Yang sesuai untuk budak-budak cuma Rio2 je kot.. Oklah dari takde... 

So jom lah kita gerak lepas maghrib.. Oh baru ingat ni hari Sabtu hahaha.. Kesian aku ni, hari pon dah tak ingat.. Aku ingat sebab aku letih gila.. aku ada event kat Ford Fiesta Test Drive dari pukul 8.30pagi aku dah keluar.. aku kan penakut lambat.. sebab aku ni bangsa suka sesat..hahah.. jadi aku sampai awal gila.. kerja semua settle dalam pukul 3.30ptg.. then terus jumpa pak radie kat OldTown ampang point.. join dia makan jap.. pastu hujan lebat aku lari gi amik Kasih plak habis tuition kat Setiawangsa.. pstu Kasih lapar so teman dia makan kat Ali Maju kat area tuition tu.. lepas makan hujan lebat.. belari anak beranak pegi kat kereta.. 

Hoi balik drive tu jalan jam sebab hujan lebat.. sampai rumah dah budak-budak nak tengok wayang plak.. huwaaaa nak nangis.. Pak Radie plak sound "Awak tak yah ikut lah kalau penat, biar Pa je bawak budak-budak ni".. Eh tapi korang kene tau ok.. nada dia kalau bercakap bukan yang macam urut-urut kaki ko sambil cakap lemah gemalai.. takkkk.. hahaha.. dia cakap dengan muka ketat.. nyampah ai.. so aku pegi jugak.. tapi aku tau dia memang kesian sebab aku penat.. tapi kitorang ni kalau cakap memang bunyi macam nak bergaduh je.. kadang aku pun confuse ni gaduh ke tak ni? heheheee

Tengok next movie kul 11.00 mlm.. elok lah jugak.. aku lapar nie.. so mari makan TGI Friday..

muka letih aku.. tak mandi ok.. terus salin baju ngan shawl je.. 

Kids eat free kan kalau amik main course.  Bagus, jimat duit.

For Amaani.

Chicken Fingers for Kasih.

walaupun aku tak larat dan penat.. tapi bab makan sentiasa larat ;)

Pak Radie memang always burger je.. masa makan pon aku rasa nak telepek kat atas meja.. awal-awal aku dah cakap aku nak tido dalam wayang tu.. Pak Radie angin je.. eh sukati ai la.

Legging kasih ni beli kat Cotton On.. aku suka legging cotton on ada yang jenis kain lembut.. aku beli ni supaya kalau tido memana biar dia pakai ni je.. dah besar pakai kain kang tido tekangkang2 tak elok.. tapi dia belasah nak pakai gi jenjalan.. ok sukatilah.


cakap ngan Pak Radie.. time dulu-dulu pernah lah kitorang keluar dating... amik cuti sehari pastu keluar berdua gi tengok wayang.. gi makan best-best.. tapi tu dulu lah.. huwaaaaaaaaaa dah lama tak dating.. ni aku kena paksa dia apply cuti nie.. nak naik moto merempit gi genting best gak nie.. leh lepak starbucks pakai jacket.. amboih.. 

Tak nak lah.. hehehe

Best Rio2.. Ye ye je aku kan.. padahal Rio1 pon tak penah tengok.. masuk wayang.. budak-budak ni memula ok.. half way semua tebongkang tido.. aku plak awal-awal tido jap.. pastu tebangun aku tengok pak radie sengih-sengih tengok citer nie.. tapi tak boleh blah tengok Roberto tu bajet hensem.. siap ada jambul lagi.. Roberto tu burung ye.. hahahah... lagi satu kelaka tengok kura-kura tu menari slow nak mampos.. nak high five pon lambat.. haha yelah kura-kura kannnn... bagi aku best lah.. sebab banyak nyanyi-nyanyi ngan burung-burung tu menari best gila kot.. so sesiapa plan bawak kids gi tengok wayang boleh consider Rio2 ok.. tapi tak yah tengok midnight.. kang semua tebongkang ;)

Bye.. Kak Pilla lapar nie.. 


Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live