Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

EPHYRA DI KARNIVAL PUTRAJAYA DAN IPOH..

$
0
0
Kalau lah korang dah lupa.. meh aku refresh ingatan korang.. Produk Ephya sekarang terkenal sangat dah kat Malaysia ni.. Satu-satunya produk collagen yang aku masih amalkan setiap hari sampai ke hari ni ialah EPHYRA..Kenapa Kak Pilla masih setia dengan Ephyra, sebab aku suka rasa dia sedap ;) dan paling penting khasiat dia.. 

Khasiat dan keistimewaan Ephyra
1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema
5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu   makan
9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah
11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.


Kandungan Ephyra

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida 
membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.

Jangan lupa Kak Pilla pernah dah cakap dulu kannn.. Jangan ragu-ragu, Ephyra halal dan selamat ;)



TESTIMONIAL EPHYRA


Kebanyakan pengguna Ephyra memang berpuashati dengan kesan kebaikan Ephyra.. aku sendiri masih terus minum Ephyra setiap malam sebelum tidur.. sebab dulu memang aku ada masalah tumit pecah.. lepas minum Ephyra aku mula nampak tumit aku dah tak de pecah-pecah..kulit semakin lembab.. Aku ni dahlah kerja kat office memang sejuk dengan aircond.. kulit kering... tapi Alhamdulilah, kulit aku ok takde kering teruk macam dulu.. if dulu tu.. siap macam sisik gitu.. sebab tu aku tau Ephyra ni bagus untuk kulit.. dah benda elok kan? buat apa plak nak berhenti minum.. hahahah..

Lagi satu aku nak war-warkan kat sini.. Ephyra akan berada di Putrajaya dan Perak.. Duta Ephyra Norman Hakim dan Memey Suhaiza juga akan berada di sana.. So jangan lepaskan peluang ok? Boleh beli Ephyra dengan harga promosi dan boleh dapat free gift jugak ;)

Soon Ephyra akan mengadakan MEGA SALE sempena 2nd Anniversary bermula pada 28 April 2014.  Harga berbaloi-baloi.. so kepada yang memang dah try Ephyra tu korang memang dah tau lah kan kehebatan Ephyra.. untuk yang baru nak cuba, boleh lah beli bermula 28 April 2014 ok.. pasti puas hati ;) 

Sempena Ulang Tahun ke-2 Ephyra, korang boleh dapatkan T-Shirt eksklusif Ephyra ni.. Better cepat sebab kuantiti adalah terhad.. harga murah je.. cuma RM15 dan fabrik dia lembut dan selesa.. Kalau berminat nak beli, boleh call seperti nombor tertera di atas ye..

Details:
Instagram EPHYRA : @ephyra2u
Telefon: 0341417889 atau sms 019 3999 238
Email:info@oceanlife2u.com



Love,
Filla.

KULCATS BARRIO YOOOO...

$
0
0
Hari Ahad.  Jom jalan.

Memula kitorang gerak gi Shah Alam dulu.. Lama dah tak balik, ingatkan nak tengok BIL aku tak sihat.. rupanya dia kat rumah dia.. so tak pelah.. kita jenguk mertua kiter je lah ;) Kenyang siap makan plak lagi.. huhu... 

Ni masa nak ke sana.. Aleesya sekarang dah pandai memacam dah.. pandai buat muka merajuk.. pandai melawan.. pandai pukul orang.. Amboi dia dah jadi gangster.. Amaani dah tak gangster dah.. Amaani pon nangis kene lepuk je ngan Leecha nie.. 

Leechaaa.. buat mata dik.. buat mata... terus mata jadi gini... 

Ni kat umah Shah Alam.. hisap jari tetap.. bila kita cakap "takmoh hisap jari".. nanti mesti dia tarik jari keluar pastu mengempas.. amboih.

Kasih with Kakak Sofea..

Amaani bising aku suruh dia pakai baju nie.. amaani suka baju ngan seluar yang selesa je.. rupa tak penting.. tapi bila aku ugut tak nak bawak jalan.. terus dia setuju..

petang tu singgah Paradigm Mall jap.. aku suka gi sini sebab tak sesak... sini ada Zara, Zarakids, GAP, H&M, cotton on kids, cotton on orangtua, brands outlet, pandora, Dorothy Perkins dan banyak lagi lah.. Restaurants pon banyak! 

cinta-cinta hatiku.. muka amaani ngan roti tu dah sama bolat ;)

Ok pastu terus tensi tatau nak makan kat mana.. pak radie kata jomlah kita makan kat Kulcats Barrio sebab dah lama nak try.. Lagipun kawan Pak Radie memang orang Kulcats.. Black nama dia ;) Aku plak memang kawan ngan Suzzy wife Black tu.. tapi suzzy takde malam tu :(

Yeay boleh pegi sebab Black reservekan tempat.. kat sini selalu full house u olls.. so better call and make reservation.. tapi kalau nak walk in pon boleyyy.. sukati u olls la yer.. 

Dah besar anak dara ai kan :)

Kasih dah tembam sikit sekarang.. sebab dia kuat makan.. 

Muka Leecha ngan Ani dah nak sama dah kan? gaya2 merajuk, naik hangin semua dah bih kurang sama hahaha

Ni sedap.. Aglio Olio breadcrumbs.. dengan chili flakes.. pedas dan sedap..

Burger sapa lagi kan?


untuk Kasih ngan Ani.. share je.. 

Ni sedap ok.. hampir pitam sebab sedap dan sebab takut gems.. 

Sempat snap.. 




So itu yang sempat aku snap untuk price dia.. harga boleh tahan gak.. tapi rasa sedap.. aku tengok ramai order pizza.. next time kita leh rasa pizza dia pulak ok..


tu dia semua buat sign cat.

Thanks Black.. Next time leh datang lagi ajak Suzzy sekali ;)

Nak tau details pasal Kulcats Barrio boleh follow istagram @kulcats


Love, 
Filla.

H.E.L.L.OOOOOO

$
0
0
Lama dah Kak Pilla tak upload gambar masakan kan kan? Ada ke nak tengok ahhaha.. u olls boleh tengok kat ig and fb kan.. situ selalu lah.. dok repeat2 pon lauk sama jugak..

Asam pedas ni actually is my fav.. Orang Melaka memang gila asam pedas.. Ingat lagi dulu, hari-hari asam pedas pon aku ok.. maybe tak muak sebab tak bersantan, rasa dia masam dan pedas.. pergh asam pedas memang win ah.. 

Now yang menurun minat asam pedas ialah Kasih.. Hari-hari pun tak pe.. tu aku malas nak tanya dia nak makan apa for dinner.. mesti jawapan dia Asam Pedas.. tapi kasih nak asam pedas ikan yang sekeping-sekeping.. tau ikan apa? ikan pari.. hahaha.. memang takde lah.. ingat aku rajin nak gi pasar.. sekali pegi beli stok banyak-banyak.. makan je apa yang ada.. So asam pedas semalam ialah ikan tenggiri.

Wan call dari rumah Pak Long.. Wan tengok gambo ni kat FB kot.. Pak Long kata no good no good.. minyak melimpah.. bahahahah.. hoi tu lah sedap.. jangan makan permukaan dia.. godak-godak lah amik yang bawah.. tskkk bila nak start diet nie.. *nangis*

Aku penggembar sayur.. kau bagi jelah sayur apa pon.. aku takde hal.. aku boleh ratah sampai licin.. bagus jugak kat rumah ni memang semua jenis tak makan sayur.. Pak Radie kalau makan pun ada lah 2 helai.. bahahahah... udang tu Amaani habiskan.. Udang sekarang kemain mahal kan.. kalau yang XXL tu RM37 kot sekilo.. so aku beli yang kecik ni utk rencah sayur.. pastu goreng je telur dadar.. Sebab Amaani memang suka makan nasi, kicap, telur.. udang tu pon dia suka.. semua udang dia habiskan ;)

Dah anak dara kan Amaani.. dia kan jarang pakai macam nie.. so bila pakai ni terus berlari masuk bilik aku pakai lipstick.. terus dia lari masuk bilik amik soft toy.. pastu duduk sorang-sorang peluk soft toy.. pompuan sangat ni.. 

Pagi tadi subuh lagi dia dah bangun pastu nangis-nangis datang kat aku.. 

Mama: Amaani kenapa ni nangis?
Amaani: Mama nak tinggalkan Amaani....
Mama: Tinggalkan Amaani kat mana pulak ni?
Amaani: Kat hotel.. Amaani takut.. Amaani sorang...
Mama: Amaani mimpi tu.. len kali tido basuh kaki..
Amaani: Mama tinggalkan Amaani kat hotelllll.. uwaaaaa...

OMG
OMG
OMG

Oh My Goshhhhhhhhhhhhh
Oh My Goshhhhhhhhhhhhh
Oh My Goshhhhhhhhhhhhh

What The Fishhhhhhhhhhhh
What The Fishhhhhhhhhhhh
What The Fishhhhhhhhhhhh

Hahahah sapa dengar HotFm panggilan hangit pagi semalam je paham.. sakit perot aku.. rasa nak lempangkan je.. ok ok i paham perasaan seorang bakal pengantin T_________________T



Love, 
Filla.

ANAK TUDUNG KAK PILLA

$
0
0
Ramai jugak yang nak tau Kak Pilla pakai anak tudung jenis cemana? Hehehe.. memula pakai tudung dulu macam-macam jenis aku beli.. macam-macam warna ada.. tapi lepas tu tak pakai sebab aku rasa aku tak boleh pakai anak tudung jenis warna-warna.. Lagipon aku bukan jenis pakai anak tudung yang jenis nampak anak tudung tu.. 

Macam ni lah contohnya.. Anak tudung jenis ni aku beli kat Arzu KLCC.. Ada banyak warna.. 

Suka je tengok Dato Siti pakai anak tudung macam ni pastu pakai shawl longgar-longgar camni.. Tapi masalahnya aku tak boleh.. sebab nanti anak tudung aku ke belakang.. so rambut semua keluar.. masalah lain ialah anak rambut aku belambak.. so tak boleh.. nanti semua nak keluar.. masalah lain ialah sideburn aku ni banyak.. pon tak boleh jugak.. ishhh ingat senang ke nak pakai tudung yang betul-betul ko rasa comfortable with it.. dan rasa sesuai dengan gaya dan bentuk muka? 

Tapi biasanya bila dah lama pakai tudung baru kita tau jenis tudung apa yang sesuai dengan kita.. Aku biasanya simple je.. aku tak reti lah nak hijabista begulung tebal-tebal atas kepala.. mungkin ada orang memang sesuai gaya macam tu.. tapi Kak Pilla cannot.. nanti aku nangis sebab rasa bawak sebeban atas kepala.. 

Ini lagi satu jenis favourite aku.. yang jenis bertali.. orang pakai tali tu kebelakang, tapi memula dulu aku akan pakai kedepan cam baby.. macam patung kat atas ni.. hahaha.. kenapa? sebab kalau ikat kebelakang, nanti cuping telinga aku sakit.. saiko sangat Kak Pilla ni.. hahaha.. serious ok.. telinga aku jenis keras kot.. so kalau 2 jam macam tu.. aku mula rasa terseksa.. telinga aku macam menjerit-jerit suruh jangan dikepit ngan anak tudung tu.. hahah.. kalau aku tarik ikat ke depan camni.. dia tak de plak sakit telinga tu.. tapi sekarang aku dah bijak sikit.. aku pakai jugak kebelakang.. tapi aku selit anak tudung tu celah telinga.. so telinga aku terkeluar.. so pendengaran Kak Pilla pon makin jelas sekarang hahah.. 

Aku kan pakai shawl tutup semua.. takde nak tunjuk anak tudung pon.. so anak tudung tu sekadar untuk tak menggerakkan shawl tu je.. tapi aku agak kurang suka orang pakai anak tudung macam ni yang jenis sanggul tepacak kemain tinggi menggunung tu.. adoi lah.. buruk nau di mata aku nie.. aku nyer ada gak span.. tapi jenis lebar tu.. so takde nampak tinggi gila.. sebab kalau takde span langsung flat je turun ke bawah pon macam kelaka plak.. so ikut lah masing-masing, cuma bersederhana lah.. jangan melampau sangat memuncak bak kinabalu no no noooo..  

Ini pun penting untuk aku.. Inner Ninja orang panggil.. aku akan pakai inner ninja ni kalau shawl aku tu jarang.. so tak confident lah aku nak pakai anak tudung yang jenis nampak leher ko tepacak gitu kan.. so aku prefer inner camni.. dan kalau shawl aku tu bukaan dia tak lebar.. atau bukan wide shawl.. kang tak pasal aku pakai shawl.. bila tunduk sikit habis leher semua nampak.. tapi pakai inner ninja ni panas sikit kat leher.. sebab tu aku selalu match dengan shawl yang jarang kira ok lah tak panas.. tapi kalau ko pakai wide shawl yang kain tak jarang.. pastu pakai pulak inner camni.. mau bekepuk haba kat tengkuk.. muahahah.. Kak Pilla kan mengada sikit.. semua nak selesa.. Of course!! tak selesa cemana nak buat kerja..

Contoh shawl ni.. kat dalam tu Kak Pilla pakai inner jenis serkup pastu selak keluar kan telinga.. gitu.. shawl ni agak lebar.. so masa pakai lipat kan sikit bagi dia tak lebar sangat.. pakai sebelah pendek sebelah labuh.. then pinkan brooch kat leher.. pastu baki yang panjang tu pusing kan je.. letak peniti.. kemaskan sikit bahagian depan.. siap! Shawl ni comel kan? gi beli kat FB Dtrea huwaa lelawa ok.. 

Ok lah sekian saja rahsia anak tudung Kak Pilla untuk dikongsi kepada yang ingin tahu ;)


Love, 
Filla.

BUKAN SALAH AKU.

$
0
0
Korang pernah tak rasa rendah diri? Rendah diri ni ada banyak sangat.. tapi kita kecikkan scope dia.. Maksud aku kat sini dengan bentuk badan sendiri? Confirm kan.. cuma kadang malas nak fikir.. Lagi aku ni anak dah 3 kot.. So aku rasa ok je lah camni.. Pastu ditambah pulak dengan kata-kata positif yang kata "Ok dah Kak Pilla.. tak yah kurus lagi.. dah kurus dah tu".. Wahhh kembang hidung bila dengar camtu.. terus confident cedok nasi makan 2 pinggan.. 

Kalau korang kenal aku dari dulu.. Korang tau aku suka bersukan.. suka pergi gym.. suka futsal.. Aku bangsa tak leh duduk diam.. aku boleh lari turun naik tangga 13 tingkat.. aku suka seksa diri sendiri.. Itu dulu laaaaa... padahal masa tu takde bibik.. aku handle 2 orang sekali.. Pak Radie balik je umah.. aku mintak dia tengok jap bebudak ni.. aku nak keluar sebab ada futsal lah, tennis lah, gym lah.. kental betul jiwa aku time tu.. 

Now aku dah lemah.. Mungkin faktor umur buat aku jadi macam nie.. Bila umur dah cecah 30-an.. metabolisme dah tak tinggi macam dulu.. so effort tu kena lebih tinggi lagi untuk mencapai berat idaman.. Dah tau dahhhh.. tapi still malas.. Malas kalau dah menguasai diri habislah.. 

Tapi ada satu hari tu aku sentap.. Hahahaha.. nasib lah kalau orang tu baca blog nie.. orang tu bukan orang lain pun.. orang tu nama dia RADIE.. Nah hamek... geram aku tau.. Rasa macam kecik hati sikit.. Waaaa dah pandai kecik hati dah sekarang.. well, faktor umur like i said.  Dia kan bawak ktm sekarang ni.. Pastu jarang lah nak bawak aku naik motor.. lagipun aku malas.. memula aku tak kisah lah kan.. Pernah lah dia marah aku sebab aku naik motor ngan dia bawak henbeg.. Eh? sukatilah nak naik moto bawak henbeg.. Ok finee tak kisah kalau tak suka.. pastu yang baru ni dia cakap sikit je pun.. tapi ntah kenapa hati aku plak yang ala-ala macam sedih.. 

Aku cakap nak naik moto.. pastu dia cakap takde orang naik moto ni bawak bag gucci.. gi google tengok orang pakai apa.. ohmaigoddddddddddddddd! how dare u to talk to me like that? berkaca terus mata.. sikit lagi menitik.. eh dah menitik.. tapi dia yang tak nampak.. bila dia pusing tempat lain.. cepat-cepat ai lap airmata ngan lengan baju.. duduk bersimpuh tepi pintu rumah.. berlakon macam takde apa-apa.. What the fish? Kenapa plak aku nak emo? Come on laaa.. aku bukan macam nie.. terus terpikir, eh? aku period ke apa nie? Eh tak lah.. dah tu kau kenapaaaaaaaaaaaaaaaa nak emo? 

Oh baru aku terpikir.. hormon perempuan memang camni.. sesekali benda yang tak patut emo kau nak emo.. tapi benda yang kau patut emo, ko boleh lek lek kewl je.. saiko.  Terus aku rasa down.. Oh? Ok... Aku dressing naik motor selama ni macam KG la ni? so kau malu lah yeh? Ok, ko nak cakap aku macam makcik lah sekarang nie? ok fineee... (padahal dia tak cakap apa pun) aku yang emo terlebih.. terus aku terbayang ada pompuan cantik dressing lek lek kewl lepak ngan dia.. omg.. kau kenapa dah ni... pandai jealous ke? Terus aku rasa ada perempuan yang kongsi minat yang sama dengan dia.. enjoy riding bersama.. enjoy cerita pasal motor bersama.. ride motor ngan bikers jacket tu.. oh.em.gee.  Terus aku rasa nak check whatsapp dia.. Hhhahaha.. ok tu tak.. tu aku tambah. 

Mungkin jugak aku tetiba jadi macam tu bila ada sekali dua.. dia nampak aku exercise kat rumah.. pastu lemak bergoyang-goyang tak tentu hala... pastu siap geleng kepala.... oh.em.gee.. how could u? Orang yang selalu tak kisah macam aku ni sebenarnya adalah orang paling berbahaya ok.. Sebab sekali dia kisah.. dia akan meletus tanpa signal.. so orang keliling pon akan tekejut dan tak sangka.. dan kata "Kau kenapa Pilla? kau dah gila ke apa ni?".. 

Huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. Aku S.T.R.E.S.S.  pasai apa pon tak tau.. hahahaha.. Terus rasa nyampah dengan diri sendiri.. Terus tetiba macam nak marah.. Siap sound lagi dia.. "Eh, awak kurus, orang tak pernah complain pon tau, so diam je, jangan banyak bunyik".. sebenarnya leteran tu bersambung ~ orang dah beranak 3 kali hellooooo? logik la badan camni... cuba kalau awak beranak? bla bla bla.. 

Ok tu dia.. terserlah watak kebudak-budakkan yang langsung tak masuk dek akal.  Ok aku rasa tu normal.. semua manusia normal akan melalui tahap stress yang ntah apa-apa.. yang kalau kau fikir pon kau akan rasa 'eh apa ke bodoh sangat kau ni tu pun nak sentap?'.. 

So bermula dari semalam, aku dah berazam... Aku akan pastikan aku turun 5kg.. Aku akan buktikan kat dia yang aku akan kotakan janji aku... now berat aku 55.5kg.. aku nak berat aku 50kg.. Tengok lah nanti.. U wait and see ok.. Semalam aku start makan sup sayur je..pastu lari 2000x.. pastu sit up 50x... pastu ada lebih sup, aku bawak gi office breakfast tu je kul 8.00 pagi tadi.. Confirm aku kurus pasni.. Menangislah si kurus tu pasni.. bahahahahaha.. 

Tapi kul 10 pagi tadi kawan paksa, eh aku paksa kawan bakar kan aku roti 2 keping sapu kaya.. minum ngan nescafe.. pastu sambil tunggu roti siap bakar.. aku tumpang makan roti canai Kak Tie... Oh.Em.Gee ni semua salah Kak Tie kat office ni... dia yang bawak roti canai tu!!! 

Bukan salah aku!

Kalau tak kurus, siap kau Kak Tie.




Love, 
Filla.

PLA PLA SEAFOOD SRI KEMBANGAN

$
0
0
Hari ni nak bagi u olls kecur-kecur ailio sikit hahaha.. Aku tengok balik gambar makanan ni terus rasa menggelupur balik perot ni.. saba je lah pon Kak Pilla ni tau..

Aku ni kalau nak makan ala-ala Seafood memang akan menuju ke Pla Pla Seafood, Equine Sri Kembangan je.. dah itu je pun paling dekat nak gi makan.. tak kuasa nak gi tempat jauh-jauh.. Rasanya dah few times jugak aku dinner kat sini dan setakat ni tak pernah mengecewakan lah.. 

Pertama aku suka restaurant ni bersih, cantik, luas dan banyak kerusi meja.. So takdelah macam certain-certain kedai makan yang terlalu crowded dan ko nak menunggu berjam-jam nak dapat food.. No no i don't like.

Dulu aku pegi takde Western Food.. Sekali baru ni pergi, Eh? dah ada western food lah.. Ok bagus ni.. Budak-budak ni suka makan chicken chop.. so mari kita try apa rasa dia..

Chicken Chop with black pepper sauce.. RM9.90 only...kalau order ni, korang boleh mintak dia seperate kan kuah black pepper tu dalam mangkuk.. aku lupa nak mintak asing.. so bila sampai dah siap macam nie.. Tapi Amaani ngan Kasih ok je.. tak pedas pon.. rasa pon sodap.. so boleh try lagi lain kali ;)

Kerabu Mangga ni pon resepi baru rasanya.. Terpaling suka ok.. Cuma RM6 je.. fresh sangat mangga dia dan aku suka sebab rangup dan tak de masam sangat.. dia macam lemak-lemak masam sikit je.. siap ada kekacang yeh? oiii sedapnyaaaaa.. separuh aku habiskan.. lagi separuh Pak Radie yang sapu bagi licin.. 

Ramai yang komen kata Siakap Stim Lemon ni paling favourite kalau datang Pla Pla Seafood.. aku dah try 2 kali.. Memang sedap pon cukup rasa pedas dan masam dia.. Tapi Pak Radie prefer siakap goreng garing masak 3 rasa atau masak sweet sour pon sodap.. Eh tapi aku suggest korang try yang atas ni.. sodap wa cakap lu.. *telanailio*

Ni aku tak ingat masak apa.. rasanya Lala masak pedas kot.. 

Tom Yam campur sedap, standard kedai Thai.. 

Sotong Goreng Tepung.. Dulu first time aku datang bentuk ala-ala ring.. this time dia buat panjang-panjang pulak.. belasah janji sodap.. lupa nak amik gambar sotong ni datang sekali ngan sos cicah dia tu.. 

Haaa ni susah nak jumpa.. Puyuh masak Black Pepper.. sekor ni share ngan Pak Radie.. manis daging puyuh ni.. rasanya kalau goreng pon sodap.. Eh kat menu, goreng pon ada.. so terpulanglah kalau korang nak jenis ni ke atau goreng ;)

Orderkan budak-budak ni keropok ikan jugak..  

Digalakkan korang cuba ABC dia jugak.. sama macam ABC tempat lain jugak.. cuma aku suka sebab manis-manis buah je.. takde lah manis gila.. kalau manis gila i don't like.. 

Lai Chi Kang sedap... haus-haus ni sila lah order ni.. nyaman je masuk dalam tekak.. 

Dengar kata, Air Jagung ni antara favourite drinks kalau orang datang sini.. Ni baru sampai.. belum kacau lagi.. ko kena kacau dia bagi sebati baru slurpppp.. 

Air Belimbing

Tu diaaaa.. first sekali memang aku bantai kerabu mangga dulu.. aku tak berapa sangat kerabu mangga.. Pak Radie yang suka.. tapi sebab rasa dia tak masam sangat.. so aku boleh makan banyak ;)

Sambil makan.. budak-budak ni bagi dia main dulu kat playground kecik nie.. at least ada gak tempat nak bagi diorang leka dan tak kacau kitorang nak makan.. 

Bagus.. sedap sikit mak kau nak makan ;)

Pendengki tul Pak Radie.. hahahah.. 

Siakap tu besar ok.. nak makan dua orang je.. sengkak perot ahkak malam tu.. 

Anak Bapak.

Antara food-food lain yang ada.. macam biasa semuanya ada.. nak mee ke, kueyteow ke, nasi goreng ke.. semua ada.. 

Aku suggest kalau korang pegi sini bertiga, better korang amik Set RM49.90 ni.. Jimat ok.. Sekor Ikan Siakap godang.. sukati nak masak apa... ko cakap je lah nak 3 rasa ke, sweet sour ke atau yang macam Kak Pilla makan tu Siakap Stim Lemon.. ada Sayur Kailan atau apa-apa sayur korang nak, Tom Yam, Daging Masak Merah dan Nasi untuk 3 Orang.. 

Dulu aku pernah cerita jugak.. Nah baca kat SINI.

Direction ke Pla Pla Seafood:

Kalau korang dari jalan besar tu.. pasar borong sebelah kanan.. jalan straight lagi.. Jusco sebelah kiri.. jalan straight lagi.. depan tu ada Petronas yang ada KFC tu kan (menuju ke arah pekan sri kembangan tu).. nampak je Petronas tu.. slow sikit.. nanti ada simpang kiri betul-betul lepas Petronas tu.. masuk situ.. nanti kiri korang ada Maybank besar seketul tu.. kanan tu ada shoplots baru yang ada Hong Leong bank tak silap aku.. ye kat situ lah tempat dia ye adik-adik..

Pla Pla Seafood ni memang pilihan terbaik kalau bertandang ke Equine Sri Kembangan.. Amboi macam Jalan-Jalan Cari Makan plak dah muahahahha... 

Nah details:

Restaurant Pla Pla Seafood
Lot 17G Jalan Equine 1A,
Persiaran Lim Ah Soo
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinates: 2.998295,101.678798 Seri Kembangan
Operation Hour: 11.30 am - 11.30 pm (Everyday)
Tel: 013-3288787 /  013-2876614 (sila call untuk reservation) 


Love, 
Filla.

IKEA kami datang.

$
0
0
Adalah satu hari tu.. Popo nak jumpa sebab Popo Elly nak belanja makan kat The Curve.. Aku ngan Peej ok jer.. So aku datang ngan Peej.. Popo tunggu sana.. Kitorang ni kalau jumpa, mesti macam kelam kabut.. macam semua benda nak kena laju sebab nanti tak sempat.. 

Nachos makan ramai-ramai

mine.

Peej's.. 

Elly's.. eh aku ngan elly makan benda sama kot.. 

Thank you Popo Elly.. Elly ni satu lah perangai dia.. suka sangat belanja orang.. pemurah pulak tu.. naik segan plak kitorang ni.. Eh tapi dia Popo Elly.. mestilah kena rajin belanja.. hahahah.. kalau tak, tak Popo laaa.. mana spek itam popo? hahahah.. Elly jenis tak berkira dengan family, dengan kawan-kawan.. so rasa senang je berkawan dengan dia nie.. pastu korang pun tau dia ni kelaka tahap apa kan.. cuma aku nyampah dia ni tak suka cakap kat phone.. kalau call tu kelam kabut nak letak.. ada boss ke takde boss ke, memang dia tak suka cakap kat telefon.. 

Peej yang hati dia baik sangat.. outspoken.. kadang penakut jugak, nampak je berani.. tapi dia jenis ikhlas.. apa dia rasa dia akan cakap.. jujur dan selalu mengalah..Peej yang aku kenal ni tabah orang nya.. Anak yang baik untuk kedua ibu bapa dia.. Aku banyak belajar jugak dari Peej.. Pengorbanan dia.. bila ingat semua tu, terus aku rasa diri sangat kerdil.. tapi takpe.. kita ambik yang baik-baik untuk motivate diri kita jadi lebih baik.. now, bapak peej ada kat hospital.. sama-sama kita doakan uncle kembali sihat dan ceria macam dulu.. dan Peej jangan susah hati, nanti kang blood pressure naik pulak.. 

Tuan Blog.

Ok tu je nak cakap.. lately aku agak emosi sikit.. hahahah.. No no noooo.. tak mau emosi emosi sangat Kak Pilla.. 

Pastu makan laju-laju kitorang pakat nak gi Ikea sebab Elly lagi satu perangai dia, dia suka hasut orang.. "Korang... lawaaaa aku beli alas meja kat raya.. boleh collect untuk raya, rugi tak beli.. design baru-baru".. Eh geram pulak aku.. patut ko keje kat Ikea je Elly.. ada barang baru ko call ktorang.. Tak pasal-pasal aku ngan Peej terejbak ngan hasutan dia.. 

Tu diaaaaa... aku pun memang suka curtain tu jadikan alas meja.. tapi pesanan kitorang, jangan tiru ok.. kang meja makan kita sama.. mana boleh!!! 

Ni lah dia alas meja????? Huwaaaaaaaaaaa.. janji nak beli alas meja.. ni penuh satu troli apa citer???? tu pun sebab nak laju.. kalau lagi lama.. rabak poket aku.

ko tengok ko tengok gaya Popo Elly.. tu nak start hasut tu.. "Eh korangggg.. ni quilt cover set dia lawaaaa.. murahhhhhh" Haiyaaaa popo, wa mati looooh... hali-hali wa makan loti lorrrrr.. 

Ko tengokkkk...

Tapi memang lawa-lawa gak quilt cover set dia.. terjebak aku beli satu warna orange.. huhu..

Pastu aku ngan Peej terjebak beli ni.. Popo Elly kata.. ni bagus niiii.. nanti boleh susun barang make up.. baru lah organized sikit.. meja tak sepah-sepah.. ok fineeeee.. angkat terus masuk troli.

Ni pun aku beli gak.. nak letak kat laci office.. 

Warna pink aku beli untuk letak Aleesya nya bedak, sikat, diapers, socks, minyak angin.. so takde lah bibik tu bersepah2 naik rimas aku.. harga dia RM29.90 kot. 

Haaaaa lawa kan? ni aku beli 6.. table mate ni satu RM9.90 kot.

Aku ngan Elly beli nie.. terus bincang kat situ jugak.. "Ni lauk balance letak dalam ni.. pastu letak dalam fridge.. kemas je" kata Elly.. Ok betul tu Elly.. pastu aku amik yang size kecik.. "Elly ko kene beli yang kecik ni.. boleh letak sambal belacan, bekas dia kaca, so bila basuh takde lah busuk macam ko letak kat tupperware" kata Kak Pilla.. eh tu aku tambah.. aku suruh beli sebab boleh letak sambal belacan je hahaha

Amboi Elly.. balik tu terus send gambar dah guna letak lauk.. Eksyen Popo yeh?

Tapi dari semua benda tu.. aku paling LIKE yang nie lah.. nak tengok lepas Kak Pilla dah susun?

Jom tengok..




Dah tua-tua main scroll down scroll down dah tak cool kan?



Ok lah, tak yah scroll nah tengok je la..

Ahhhh cantik kan??? suka sangatt.. happy sangat.... yang aku letak mascara, eye pencil semua tu.. korang boleh tolak ke atas.. so bawah dia tu kosong dan luas.. boleh letak barang lain.. nak letak facial wipes ke.. facial cotton ke.. cotton buds ke.. pon boleh ;)

Ok lah, ada lagi benda nak beli kat Ikea tu.... Habislahhh.. Ikea ni macam berhantu.. tak leh pegi sekali.. mesti pergi berkali-kali.. Nanti kalau ada barang best, Kak Pilla share lagi k.. 

Tata.


Love, 
Filla.

FLASH FRENZY SALE

$
0
0
Aku jarang jugak bukak link-link butik online nie.. Kenapa? sebab aku takut terjebak membeli belah.. Tapi sebenarnya, membeli-belah secara online lagi banyak penjimatan.. Kalau dikaji-kaji balik, kadang kalau shopping kat mall, aku boleh habis beratus ringgit sekelip mata je.. baju dapat lah berapa helai je pun :(

But what to do, shopping dan perempuan tak boleh dipisahkan.. Sampai lah satu ketika aku bukak website www.mysale.my ni dan pelahan-lahan aku click satu-satu.. First step kita kene register dulu, tapi don't worry, register ni free je pun.. 

Memang berdebar-debar sebab mostly ada discount up to 80% dan barang-barang dan pakaian ni kebanyakannya branded ok.. Selama ni aku ingatkan MYSALE ni just jual pakaian je macam online shopping biasa tu.. rupanya macam-macam ada.. women's, men's and children's fashion, accessories, beauty, homewares, gifts and toys.. u name it semua ada.. 

Nah!!! macam tak percaya harga serendah tu? ini baru sikit.. So aku saja lah click kat Kids pulak.. 

Alahai apasal murah sangat ni? Dah lah tak yah keluar gi kedai.. duduk pakai baju tido kat rumah pun dah boleh order semua ni.. 

Murah kan? Jap kita tengok kat accessories pulak.. 

Cantik kan? murah pulak tu.. 

sorry sebab aku terlebih excited habis semua pun aku nak pritnscreen tepek kat sini.. Jewellery Hanger ni best jugak supaya accessories kita tak berselerak.. front and back pon ada ye.. hmmm harga memang murah sangat kat MYSALE.  

Jap, bukan tu je.. kalau terfikir nak memiliki set cosmetic tapi tak mampu sebab cosmetic yang berjenama terlalu mahal kan.. so boleh dapatkan di MYSALE dengan harga berpatutan atau murah lah bagi aku.. 

RM100 je u olls.. macam tak percaya je.. tapi percaya jelah.. kalau gi Clinique, sebijik lipstick je dah berapa?? ni satu set ye.. hmmmmm kalau beli untuk gift sempena mother's day pon ok ni.. 

Tak suka Clinique? Takpe.. Estee Lauder pon ada.. 7 piece set.. Berbaloi sangat :)

Nampak tak apa aku jumpa? cookware pon ada.. warna cantik plak tu.. discount banyak plak tu.. 

Tapi korang kena ingat tau.. MYSALE ni memang offer exclusive discounts yang kadang-kadang sampai 80%.. so korang kena laju.. sebab kalau lambat nanti SOLD OUT.. yang bestnya.. brand dan barang-barang dia selalu updated.. website dia memang active yang setiap minit pun kengkadang ada brand baru masuk.. gitu.. 

Aku dok click sana-sini tetiba aku jumpa ni.. Waaaaaaaa suka sangat!!!! 

Siapa kenal aku korang dah memang tau aku ni penggila Quilt Cover Set yang cantik-cantik kan? So bila terpandang je ni terus nafsu lain tertutup hahahahha... Aku tak kira.. Aku nak yang ni jugak.. Huwaaaa nangis aku tengok lawanyaaaa... Dah lama aku cari yang plain tapi still ada stripes macam nie.. memang lah ada jual kat luar.. tapi dengan fabric cotton macam ni memang tak dapat lah harga RM225 macam ni.. 

OMG aku confuse lama duduk mengadap ni.. Aku tak tau nak colour apa.. Merah tu macam wow sangat.. sukaaaa!! Tapi hati aku lebih kepada green.. sebab aku takde lagi colour lembut green macam tu.. 

So aku decide nak beli Pima Cotton Quilt Cover sets Sage Green.. Siap hafal ok nama dia.. sebab lama gila aku nak decide colour apa yang cun.. semua pon cun.. If korang tak biasa membeli belah secara online, bila dah click kat benda yang ko nak beli.. lepas tu terus je click 'Add To Cart'.. Then kalau takde benda lain nak beli.. click je 'Checkout' (kat atas kanan tu)

Ni aku guna phone.. pon boleh shopping jugak ;) Sebab aku amik masa lama nak fikir kan.. so bila dah tutup PC aku online guna iphone pulak.. hahahahha.. 

Sebelum tu aku dapat Email from MYSALE.. So aku dapat voucher RM30 pulak.. wowwwww jimattttt!!!! 

Best kannnn... Lagi satu aku suka baca pasal 3 benda tu..

-Up to 80% Off Designer Brands
-100% Authentic Brand Promise
-30 Days Money Back Guarantee

Seterusnya submit address korang untuk tujuan pos.. pastu proceed ke payment pulak.. 

MYSALE akan launched new sales setiap setengah jam.. So kalau rajin korang kene selalu refresh what's new supaya dapat grab dulu sebelum orang lain grab.. Ada lebih 60 Top brands yang ditawarkan oleh MYSALE which kebanyakannya up to 80% discount.. MYSALE ni salah satu online sales event yang terbesar di Australasia sehingga ada lebih dari 8 shopping kategori.. 

Ni contoh brands yang belum launch lagi masa aku tengah online.. Tapi dia dah siap bagitau yang brand-brand tu akan launch starting in 17 hours.. Gituuuu.. so ko boleh agaklah the next day tu ko leh standby dah.. Aku rasa harga kat MYSALE adalah sangat berbaloi dan murah.. Tapi aku just nak bagitau.. MYSALE akan adakan satu event yang dipanggil:

"FLASH FRENZY SALE"

Apa tu??? Apa lagi.. Sale laaaahhh.. SALE dengan harga runtuh ni hanya akan berlangsung selama 3 hari.. Yup betul, hanya 3 Hari sahaja.. bermula dari 4 - 6 May 2014.. Dulu dah pernah ada Flash Frenzy sale ni back in November 2013.. Sambutan sangat diluar jangkaan dan sekali lagi pada 4 May ni akan diadakan Flash Frenzy for 10.6 million members.. Arghhh ramainya... 

So what u've to do now is, click MYSALE and register to be a member.. ingat ye Free Registration.. Lepas dah jadi members baru kita dapat serbu Flash Frenzy Sale on the 4th - 6th May 2014.. 

During Flash Frenzy Sale, sesiapa yang dah register menjadi members berpeluang untuk membeli local dan international brands.. Nak tau brands apa???? 

Coach
Bonds
Revlon
Zara
Quiksilver
Havaians
Pandora
Dermalogica
Rayban
Redken
Australian Leather Uggs
Luxor Linen
Fitflop
Desigual
Thomas Sabo
Charlie and Me

dan banyaaaaaaaaaaakkk lagi.. ingat ye, sale up to 80%.. Aku dah target Pandora ngan Zara.. kah kah kahhhh.. 

Lagi satu nak bagi tau sebelum terlupa, sesiapa yang pakai handphone canggih, sila download MYSALE App sebab members yang shop via MYSALE App akan diberikan access to Flash Frenzy sejam lebih awal dari shop di website.. Faham? 

Click www.mysale.my for Flash Frenzy Sale on the 4th May - 6th May 2014


Love, 
Filla.

HIMPUNAN LAUK-PAUK MASAKAN FILLANIE.

$
0
0
Hai shemuaaaa.. Amboi bajet comel plak memalam nie.. Tak tau kenapa harini rasa penuh semangat.. tengahari tadi gi Alamanda beli baju selai dua pon mampu bagi mood ahkak ceria.. hehehe.. 

Petang sampai je rumah terus sinsing lengan baju.. sempat masak.. eh lauk tu gambar dia kat bawah.. ni lauk lain nie.. hahaha.. Tetiba rasa nak buat entry himpunan lauk-pauk masakan Kak Pilla.. tak tau ada yang dah keluar blog ke belum.. haku copy paste je gambar dari album phone.. so mana yang aku masak aku buat satu album, resize dan masuk blog ;)

Aku bukanlah dalam kategori pandai memasak.. kalaulah terpilih untuk masuk pertandingan memasak, sure Kak Pilla berdiri senyum depan camera pegang senduk pastu keras tak bergerak.. hahahah... Ai boleh masak kat dapur sendiri je.. dapur orang je aku fail.. hahahha.. Lagipun aku tak tau buat cake, tak tau buat roti.. tak tau buat pencuci mulut.. tak reti buat kuih.. semua aku tak tau.. aku tau masak lauk je.. tu pun lauk-lauk harian je.. hahahaha... 

Oh ya, ada reader bagitau Kak Pilla haritu.. blog Kak Pilla masuk Intrend May 2014 yang cover dia ada Fathiya ngan jejaka-jejaka kacak malaya tu.. belek-belek.. ada terselit sikit.. jadiklah.. tupun dah kembang kempis idung Kak Pilla nie.. hahahahha.. nanti tu kita citer lain k.. banyak yang kata blog kasihaleeya suka share pasal melancong, anak-anak dan masakan.. Amboi terus panas pipi Kak Pilla.. mampos aku.. bukan reti pon.. hahahaha.. 

Ok terima lah himpunan lauk-pauk al-hentam-kromo je ;)

Sambal tumis udang petai ni antara lauk kegemaran aku.. makan dengan nasi tak boleh campur lauk lain.. nanti kalau campur lauk lain, fail terus rasa dia.. kan kan?

ni aku pon tak ingat.. daging ke pedal.. lauk kering-kering macam ni favourite Pak Radie.. Aku boleh je makan.. tapi aku tak biasa makan kering-kering tak berkuah.. 

Ketam favourite Pak Radie jugak.. dulu Kasih suka.. now dia tak suka sangat.. tapi boleh lah.. kalau ada dia bedal jugaklah.. Amaani paling suka ketam.. 

Sotong aku tak reti masak lain selain dari masak kicap atau sambal tumis.. Pak Radie suka sotong goreng tepung.. tapi aku tak suka masak tu sebab takkan nak makan tu je ngan nasi.. dah tentu aku kene masak lauk lain.. dah satu kerja plak nak kene masak lauk lain.. so tak yah..

Rasanya ni ikan jenahak.. peria katak pon aku suka.. elok plak ikan ni ada telur.. sedappp.. 

ikan selar goreng garing ala-ala keropok favourite Pak Radie.. tapi syarat dia mesti garing sampai tulang pon boleh makan.. 

ni ada kesilapan teknikal sikit.. aku malas nak pakai cili padi buat sambal belacan ni.. so aku pakai lada merah je.. bila dah siap rasa sangat tak sedap.. hahahahahha... try and error... dah macam cili nasi ayam plak.. what the fish?

Asam pedas kegemaran Kasih.. hari-hari pun takpe.. Pak Radie kureng sikit asam pedas.. tapi aku suka.. so 2 lawan 1 sendiri mau ingat laaa.. 

Kalau aku rajin.. aku beli udang yang tak berapa nak besar macam ni.. buat rencah masak sayur.. aku paling suka sayur.. sayur apa pon aku boleh ratah sampai habis ;)

Ni aku tiru resepi Peej bulat-bulat.. tapi Peej punya lagi sedap.. Nasi Goreng Cili Padi Daging.. resepi gi terjah blog dia.. aku dah tak ingat kat entry Peej yang mana satu.. 

Ni nasi goreng budak-budak.. Datang rajin aku, masak sekali 2 jenis nasi goreng.. pastu diorang bukan makan pon.. makan sorang 2 sudu.. buat penat mak kau je masak :(

Musim hujan, kalau tak sihat.. memang sedap hirup sup.. letak kentang, carrot, telur, cendawan, suhun.. chicken balls pon boleh.. 

Haritu Wan ngan Atok baru balik dari Padang.. nak datang rumah jap amik Jenggo.. Bila tau Wan nak datang.. terus masak.. mesti Wan ngan Atok lapar nie.. 2 pinggan atok makan.. happy bila tengok ayah ngan mama makan lauk kite masak.. 


Ni rebus bodoh je.. campak bawang ngan serbuk ikan bilis je.. 

Siakan goreng berlada.. 

Ni kesukaan semua orang.. cili kicap tu blend cili padi banyak-banyak, letak gula, bawang putih seketul.. perah limau nipis sikit.. 

Ni lauk malam tadi..heheheh.. Pak Radie selsema, batuk, sakit-sakit badan.. dia kalau sakit memang payah nak makan nasi.. kalau sihat pon payah, apa lagi sakit.. so aku masak ni untuk budak-budak je.. yang makan Amaani je.. sabarrr jelah.. Macam bibik aku dia jenis tak makan malam.. biasanya aku masak lebih.. nanti bibik pack utk dia makan esoknya.. semua aku letak, capsicum, buncis, cili padi.. semua kaler sama.. so hati-hati cik salmah.. jangan salah pilih ;) 

Ramai kata aku rajin sangat buat carrot bunga-bunga.. alahai.. tu baper saat je pon buat.. hahahah.. aku dah biasa sebab Wan jenis suka presentation meletops.. hahahha.. bila mak kite suka buat macam tu.. dia akan turun ke anak.. nanti the kasihs dah besar.. dia potong carrot gaya orang malas.. memang aku cubit-cubit je.. 

Memandangkan aku tengah diet.. poyo hahahha.. so terlintas nak buat chicken grill sandwich.. lupa plak beli salad.. hantam je lah apa yang ada.. senang je buat chicken grill nie.. tebur je chilli flakes, black pepper, garam.. panaskan pan.. letak olive oil sikit kat pan.. letak je chicken breast.. agak dah masak.. terbalikkan.. cucuk ngan pisau, kalau isi dia dah putih maksudnya dah masak.. jangan kering sangat nanti keras tak sedap.. pastu slice kan je.. 

Ni khas untuk suamiku yang mengada lebih.. 

gitu.. gila ke apa siap aku buang kulit keliling roti.. roti wholemeal ni je yang ada.. aku diet, so sila diet sama hahahahhaha... angkat bawak ke bilik.. Amboi wad diraja ke apa nie.. siap cebik-cebik cakap tak nak makan.. pukul kang... berani tak nak makan? gigih aku potong kulit keliling roti.. sedappp je cakap tak nak makan.. pastu makan aku siap tadahkan pinggan bawah dagu.. ohemgee.. kemengadaan apakah ini? aku tadah tu bukan sebab kesian.. sebab dia makan atas katil.. pantang betul aku tau orang makan atas katil.. kang terabur aku jugak yang hangin.. 

Pastu dia cakap takde rasa.. dia nak makan tiramisu cake.. ohemgeeeee.. "gi beli cake, rasa nak makan yang manis-manis".. Eh cantikkkkk muka... memang tak lah... pastu dia cakap "Eh ada ice cream kan?".. memang la ada.. kenapa? nak?... ok la ok laaa... nak jadi isteri mithali.. so mari kita hidang kat putera raja nie.. 

3 scoops aku bagi.. siap mengada nak suruh aku tabur grapes.. pastu sampai je ice cream depan muka dia cakap "Suappppp"... memang tak laaaaaaaaaaaaaaaaaa... makan sendiri jangan nak mengada sangat.. tu aku cakap.. aku syak dia ni sakit takde nye sangat.. sikit je.. mengada je lebih nie... mesti lepas nie dia suka buat-buat demam.. kang mesti aku hantar lagi makanan kat bawah dagu dia.. 

pasni kene beli yang sukat temperature tu.. tak demam.. gi turun bawah amik sendiri.

Ok penat Kak Pilla type-type ni hah.. datang plak rajin aku nak update nie.. korang pon nak manja-manja gak...habis ai nak bermanja ngan sapa?




Love, 
Filla.

LEECHA 1TAHUN 2BULAN

$
0
0
Aleesya dah 1 tahun 2 bulan (lebih kurang) dia dah boleh jalan.. tapi kalau ada angin tiup dia memang boleh jatuh.. hahah.. maksudnya tak stabil sangat.. berlari tu memang belum lah.. hahah.. tapi compared to kakak-kakak dia.. rasanya Aleesya paling awal boleh jalan.. rekod paling lambat berjalan ialah Amaani.. hahahah.. dulu Atok Braim ingat dia memang tak leh jalan.. risau atok.. hahaha.. 

Aleesya suka makan.. letak apa pun dia telan.. Aku goreng mee ada pedas-pedas sikit pun selamba je dia bedal.. pastu dua kali yek yek.. muahahha.. nasib lah kan.. sapa suruh nak jugak.. kalau tak bagi mengamuk.. pastu Aleesya agak lambat bercakap.. kalau kakak-kakak dia dah laju kot bercakap.. 

Tapi kitorang dah faham signal-signal dia.. kalau tanya dia "Aleesya nak milk?" nanti laju dia cari bag milk dia.. tak pun dia buat tangan memanggil-manggil dia cakap "nah nah nahhh".. bukan nak.. tapi nah.. hahaha.. kadang kalau mood dia ok.. dia boleh sebut kakak dah.. tapi bukan kakak, tapi KATAK.. tak pun tak tak tak tak.. haaa itu maksud dia kakak.. hahah.. tak pasal kakak-kakak dah jadi katak.

Aleesya penghisap jari tegar.. Adoilah dah melentik ibu jari kanan dia.. naik kematu dah.. bila tegur dia merajuk.. haih kuat merajuk betul kenit nie.. asal tegur je.. terus tunduk muka ke bawah.. masam je.. tak pun keras je tapi mata jeling-jeling kita.. pembuli jugak.. haritu dia ketuk mulut kasih dengan remote.. tetiba bengkak besar gila mulut kasih.. tak pasal esok tak sekolah.. muahhahaha.. Amaani pun kene tampar dah berapa kali dah.. Amaani tu nampak je ganas.. tapi cengeng.. hahaha..

Kalau aku balik kerja.. Aleesya pandang takde perasaan.. takde pun macam nak kejar ke nak lompat kegembiraan ke.. tapi kalau apak dia balik.. dengar bunyi motor je.. kelam kabut ok.. tercampak lah barang kat tangan.. bekejar gi kat pintu.. mulut jerit-jerit pa pa pa pa pa paaaa... Eleh. best sgt ke apak korang? nyampah ai... 

Haritu gi rumah Pak Long.. tetiba eh melekat je ngan Pak Long.. diam je.. kalau tak dia ni payah sikit nak kat orang.. lelagi kalau jarang jumpa.. seronok dia.. sampai Pak Long nak makan pun susah.. padahal Pak Long tu bukan reti sangat ngan budak.. tapi Amaani ngan Aleesya suka plak kat dia.. 

Dah pandai posing jugak.. hehehe.. tapi ikut mood lah.. kalau dia tak nak.. memang dia cekau phone tu tak bagi snap.. datang gedik dia.. camnilah.. kengkadang Leecha ni kelakar gak.. kira character dia depan orang dia macam malu.. pendiam.. tak nak kat orang.. tapi kat belakang.. boleh tahan kenit nie.. dia kalau geram ngan Kasih ngan Amaani.. dia tengok jeeeeeee... dia diam jeee... yang dua orang tu suka sakat dia.. sekali dia dapat.. dia libas terus muka.. hahahahah.. masa tu macam dalam hati dia.. "haaaaa padan muka.. ingat aku diam ni tak reti melawan.. aku peratiiiii je kakak-kakak aku ni"

Sekarang Leecha dah besar.. dah tak sampai hati kitorang nak tinggalkan dia kalau gi jalan.. gi breakfast mamak pun kene angkut jugak.. 

rambut dah panjang... beserabai pulak tu.. hahaha.. sebab dia ni sorang je jenis rambut belakang tu melentik-lentik macam ikal sikit.. dah terus aku jadi tak reti nak gunting cemana dia ni.. kakak2 semua jenis straight. so senang aku nak gunting fringe tu straight je..  

pastu dia paling ramping.. hahahah.. kurus je kaki tu.. seluar tights masa baby pon boleh pakai lagi sampai sekarang.. penjimatan betul.. takpe.. biar kurus janji sihat.. 

Nanti sembang lagi ye..

Tata.



Love, 
Filla.

YANG PAHIT ITU UBAT.

$
0
0
Semalam hujan lebat masa on the way nak balik ke rumah.. Normally aku sampai rumah around 6pm.. Nasib baik masa amik Kasih hujan belum turun.. pernah sekali tu hujan lebat.. dia berteduh kat gazebo.. pastu aku gi lah turun amik dia.. kasut dia basah kuyup dah macam gayung bertakung air.. ngan kain sekolah basah kuyup.. sabar je lah.. suruh dia cabut kain.. menggigil dia dalam kereta.. 

Biasanya rutin harian aku.. dalam pukul 4 petang aku sms bibik suruh keluarkan apa yang aku nak masak.. Aku sampai rumah biasanya akan lepaskan rindu dulu kat Amaani and Leecha.. walaupun Leecha tu eksyen sikit.. tak aku tak pedulik la kannn.. Tapi amaani yang selalunya akan beria-ia peluk aku.. pastu macam sengaja bagi Leecha jealous.. bila Leecha jealous.. Leecha akan datang gi kat aku sambil lempang muka Amaani.. dah melalak pulakkkkkk Amaani kene lempang ngan adik.. Aku perati je.. nak marah malas.. penat.. selalunya aku cakap kat Amaani.. "Dah tau adik tak suka.. jangan lah sengaja bagi dia jealous.. kan dah kene".. 

Pastu Amaani ngan Kasih memang kuat bergaduh sekarang nie.. Anak dara 3 orang kat rumah ni memang pitam aku kejap.. pastu dengar Amaani menjerit.. "Amaani tak suka kakak!! Kakak tu dah lah gedik gedik gedikkkkkkkkkkkkkk!" Kang aku pulak menjerit "Amaani!! mama tak nak dengar lagi perkataan gedik tu! sekali lagi mama dengar siap la mama libas ngan rotan eh!!".. Pastu dengar Amaani melalak lagi "Kakak tu panggil Amaani Gemokkkkkkk!!".. 

kang aku menjerit lagi "Kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Kenapa panggil adik gemok???? balik je rumah begaduh, balik je rumah begaduh.. kang mama tinggal korang semua kat luar rumah nak????".. 

Aku sambung masak kat dapur.. lantak korang lah nak gaduh ke nak betumbuk ke begusti ke.. aku masak, Leecha peluk kaki aku.. "Bik, amik Aleesya ni bagi dia roti ke biskut ke, letak dia sana sikit, kang kene minyak kang".. Aleesya kalau ada makanan kat tangan, InshaAllah senang kerja aku.. 

Tung tang tung tang aku masak.. aku tak masak banyak lauk pun.. selalunya 1 main dish, amboi main dish gitu.. dan satu lagi sayur goreng ke.. telur dadar ke.. dah itu je yang mampu kalau hari kerja.. kalau hari tak kerja, biasanya lagi tak mampu masak.. ahhahaha.. 

So itulah kehidupan harian aku as a working mother.. takde hebat mana.. sama macam orang lain.. ada bibik kat rumah ni, at least banyak aku senang sikit.. sebab tu susah nauuu nak kurus hahahha.. Aku ni nak kata garang tak kot.. tapi sapa tengok video aku yang iklan ford fiesta tu ramai kata guru besar lah, urusetia lah, hahahah.. tapi aku memang strict sikit lah, tapi still comel, sweet, manja.. hahah celah mana tu.. bibik tu tak tau lah dia takut ke tak ngan aku.. sebab aku senang berubah-ubah.. kejap aku garang gila.. kejap aku baik gila.. so dia kene tau bila mood aku ok dia boleh lah nak mengada ke apa.. mood aku tak baik, dia buat silap memang dia kena lah.. 

Kalau ada video ala-ala Kim Kardashian kan.. aku pun takut tengok perangai aku sendiri kot.. hahah.. sebab biasanya kita tak tau diri kita sendiri.. bila dah kene rakam baru macam "ohhh macam tu ke aku? ohhh suara macam mak nenek".. hahhaha.. Tapi aku tak suka orang lembab2.. bibik aku tu kadang tak dengar.. aku ni balik kerja suara dah tak berapa nak berdaya sangat.. "bik kuarkan bawang".. "ya apa puan?".. "Bawanggggggggggggggggg".. mula lah aku nak tensi.. kang cakap lagi.. tak dengar lagi.. pastu kalau time aku masak jangan nak sempit-sempit.. hahaha.. ko kene bediri sana sikit.. kang aku langgar je.. aku ni nak cepat ni.. ke sana ke sana.. kadang aku dah cakap dah banyak kali.. kalau Atok datang.. hidang je Teh O suam.. kang lupaaaaaaaa lagi... "Bikkkkk mana teh o atok?".. "Ya Allahhhhhhh, iya iyaaaa lagi nak dibikin lah ni".... ko dah kenapa pelupa macam mak nenek ni.. sentapmaknak.

Pastu bab barang dapur.. bebuih mulut aku ni cakap.. apa barang dapur yang dah habis.. tulis kat kertas.. bila teringat je apa yang dah habis.. tulis terus.. nanti lupa.. kamu tu dah lah pelupa.. kang aku gi kedai.. beli sikit.. besok cakap benda lain habis.. aku pegi lagi kedai.. besok cakap barang ni pulak habis.. Hoiiiiii menyinga aku kejap... ingat aku ni keja gi kedai je beli barang ke apa... "Sebab tu saya cakap.. tulis. tulis. tulis. saya bukan senang nak pegi kedai berkali-kali".. bibik sengih-sengih angguk.. tensimaknak.

Eh kau dah kenapa pilla.. dari tadi membebel tak habis-habis.... Hahahha.. korang baru tau ke aku kuat membebel? tanya Kasih lah, aku kalau membebel hebat ke tak.. bertih goreng pun nangis tengok aku.. Aku bibik memang tak masak untuk dinner.. Pak Radie tak nak.. Nasi untuk makan malam pun aku yang masak sebab laki i tak nak tangan lain selain dari isteri terchenta yang masak.. bibik masak lauk tengahari untuk Leecha ngan Amaani je.. Laki i memang mengada.. tapi i suka je.. hahahah.. ok lah kan dia bangga bini dia masak untuk dia.. kena sampai tahap dia cakap "Ma, awak tak yah masak lah, Pa nak bibik masak untuk Pa".. memang haku humban mamat tu duduk luar rumah.. hahahahhahahaha.. 


Semalam aku masak peria.. Aku tak tau peria goreng ni korang masak apa.. tapi aku dah terbayang-bayang nak goreng ngan telur je.. tumbuk bawang merah, bawang putih ngan ikan bilis.. tumiskan dengan sedikit je minyak.. pastu masukkan garam sikit.. pecahkan telur.. aku letak telur sampai 2 biji sebab aku nak ratah ni je.. dah tu campakkan peria goreng sampai peria agak layu.. kalau susah nak layu masukkan air sikit.. kecikkan api.. tutup kuali tu dengan tudung periuk bagi dia empuk.. 

Ada yang tanya "Tak pahit ke?" hahahah mana ada peria tak pahit.. Pak Radie makan peria tu terus muka macam nak mintak tolong hantar gi hospital.. saikoistik sangat.. hahahahah... aku ni semua aku telan.. kalau lah korang tau khasiat peria mesti korang nak makan.. peria elok untuk orang ada kencing manis.. orang demam (dia menyejukkan), cirit birit dan penyakit darah kotor (selalu kene bisul dan penyakit berkaitan darah) nak lagi bagus.. blend je dan minum jus peria nie..  buat ulam-ulaman pon elok.. bibik aku lagi best dia cakap peria bagus untuk orang nak kurus.. pecahkan lemak.. amboi pepandai je.. aku google takde pun tulis camtu.. hehehe.. 

So boleh belajar-belajar makan peria ok? jangan asyik nak makan sedap je.. yang sedap tu lah selalunya menjadi penyakit.. aku sedappp je makan peria ni.. hahahah.. oh ada orang bagi petua untuk hilangkan pahit peria tu.. rendam dengan air garam sebelum peria tu dimasak ;)

Baru-baru ni, aku terserempak dengan Kak Zue, mama tia mia.. korang mesti kenal Kak Zue.. kalau tak kenal visitlah blog We Tell Sweet Stories nie.. aku ni nampak je jiwa kasar, jiwa garang, jiwa rock.. tapi i lembut sebenarnya.. hahahahha... suka masuk blog Kak Zue sebab hati rasa tenang dan blog Kak Zue ada aura yang hebat untuk bagi semangat buat ibu untuk membesarkan anak-anak dan beri semangat kasih sayang seorang anak kepada ibu.. kagum tengok cara kak zue uruskan ibu yang dah uzur dan melayan keletah anak kembar dia.. diam-diam banyak petua Kak Zue yang aku ambil dan apply.. itulah Kak Zue, cantik di luar, lebih indah di dalam *tabikspring*


Love, 
Filla.

MENU DIET BERSERTA RESEPI.

$
0
0
Kalau tak silap, dah seminggu Kak Pilla diet dan exercise sendiri kat rumah.. Alhamdulilah dari 55.5kg now dah 54.1kg.. Ok lah dari dia mencanak je naik kannnnnn.. hehehe.. long way to go.. semoga Kak Pilla terus bertabah, sebab selalu semangat berkubur di tengah jalan ;)

Target ialah 50kg.. InshaAllah usaha tangga kejayaan.. hidup mesti poyo, baru berjaya.. kahkahkah.. 

So kalau ada yang nak tau resepi menu diet paling simple dalam donia boleh lah tiru :) tapi kalau ada pakar nutrisi ke apa ke, sila lah jangan cebik-cebik tanda protes.. kalau ia berkesan untuk saya, mungkin tak berkesan untuk awak.. lagipon aku tak de lah drastik sangat.. just kawal pemakanan sikit-sikit dari tak terkawal langsung kannnn..

Caranya tersangatlah mudah.. Kasih pon boleh buat kot ;) dah lah dia suka.. aku makan suku je kot semalam.. anak mintak ok lah aku suap.. bapak dia mintak sorry nak bagi.. bagi 1 suap je.. dia aku dah masakkan ayam masak lomak cili api.. hahahahaha.. tapi Wan suruh Pak Radie pon amik healthy food.. baik mak.. lepas ni nak beli chicken breast banyak-banyak.. masak ni je.. aku lagi suka.. senang gila hehehe..

bersihkan dada ayam / chicken breast.. buang kulit dan lemak.. toskan.. dan tekap guna tisu masak.. kemudian lumurkan dengan sos barbeku tradisional knorr.

macam ni rupa dia.. paling favourite sebab rasa sedap dan bau semerbak.. tapi kalau ada menu lain tak guna ni, nanti aku share yang lain ye.. 

chilli flakes ialah kewajipan ada di rumah ye.. aku beli yang packet dan masukkan dalam botol ni.. tabur ikut tahap kepedasan yang korang suka.. 

table salt ni aku beli kat Gold Coast haritu.. halus sangat garam dia.. sesuai untuk tabur kat egg sandwich ke, omelette ke.. tapi carefull sebab takut tercurah.. aku tabur kat tapak tangan then boleh agak-agak nak masin mana.. 

nak perap lama pun boleh.. aku perap 10 minit je haha.. nak cepat ;)

panaskan non stick pan.. guna sedikit olive oil..

tak yah banyak.. sikit je.. sebab non stick pan kan.. bukan melekat pon.. 

kecilkan api.. biar je atas pan.. terbalik-terbalikkan sampai masak. kalau ayam korang tebal dan besar.. selar-selar sikit bagi cepat masak dalam dia.. jangan lama sangat takut isi dia keras dan dry.. tapi jangan tak masak pulak.. agak2 lah ye.. cucuk ngan garfu or pisau.. if isi dah putih tu maksudnya dah masak.. 

Ok itu je cara dia hahahah.. aku takde nak gravy-gravy.. celur broccoli dan carrot letak garam sikit kat air rebusan tu.. 

Selamat mencuba dan selamat berdiet :)

Eh tapi semalam kite masak asam pedas.. Kawan-kawan office nak.. diorang selalu tengok kat ig/fb hahaha.. so teringin.. semalam gigih kak pilla masak demi kawan-kawan terchenta.. 

Ni caner nie? Mesti Kak Pilla join sekali ni breakfast nasi hahahah.. tapi kita makan beras takde kanji.. so kira ok lah kan kan kan? ke tak? ehhhh lantak lahhh.. dah seminggu tak makan nasi ni hahahah




Love, 
Filla.

FORD FIESTA TEST DRIVE!

$
0
0
*scroll down for new entry*

Seperti yang u olls sedia maklum.. pada 19 April 2014 yang lepas.. Kak Pilla telah bertemu dengan readers Kak Pilla untuk bersama-sama memandu uji Ford Fiesta 1.5L..

Rugilah u olls tak pegi.. seronok ok bawak kereta.. sikit lagi kitorang nak melencong gi Mid Valley drive Ford Fiesta.. hahahahah... Actually test drive ni diadakan di Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd., Lot 5, Jalan 205, 46050 Petaling Jaya.. Alahai senang sangat ok.. dari Federal Highway tu susur je.. lagi 2 minit aku nak sampai.. aku boleh tersusur keluar balik ke Federal Highway.. Nice very nice! meredah jam dekat setengah jam sebab nak patah balik.. wow so nice.. hahahaha.. 

Ni lah readers Kak Pilla yang datang pada hari tu.. ada few tak dapat datang.. takpe takpe.. Kak Pilla maafkan... lain kali kalau tak datang.. Kak Pilla cubit ok.. 

Jom ikuti pengembaraan Kak Pilla pada hari tersebut ;)

Sampai awal sangat.. so mari berselfie dulu.. auwww putih melepak muka kak pilla. thanks 360 camera.. i lav u.. So bila dah sampai lepak jap dalam kereta.. pastu tu terus masuk showroom Ford.. ada beberapa buah kereta Ford dipamerkan kat situ.. mata Kak Pilla tertarik kat Ford biru tu.. bila tanya.. Ok, memang tu lah dia Ford Fiesta 1.5L yang jap lagi Kak Pilla nak pandu uji bersama readers.. tapi Kak Pilla tak drive yang display kat show room lah.. kita drive yang warna biru kat luar.. 

Baru Kak Pilla tau haritu ada video shoot.. 

Sebelum Kak Pilla memandu uji Ford Fiesta 1.5L nie.. mestilah ada wakil dari Ford yang akan brief tentang kereta ni terlebih dahulu.. Penerangan yang sangat jelas sampai Kak Pilla terangguk-angguk tanda faham.. walaupun bila masuk part yang canggih-canggih tu, Kak Pilla sebenarnya blur sikit.. tapi takpe.. itu kita fahamkan kemudian pon takpe.. 

Apa yang membuatkan Kak Pilla jatuh cinta pada Ford Fiesta ni ialah designnya yang kecik, comel tapi tetap sporty gitu.. Macam u olls semua sedia maklum, Kak Pilla kan suka yang sporty2 dan nampak ganas.. Ini kalau Kak Pilla drive sorang-sorang mesti orang ingat i bujang.. auwwww nak jugak.. hehehe

Kita pusing keliling Ford Fiesta nie.. sport rim dia pun Kak Pilla suka.. dan bahagian belakang kereta ni pun Kak Pilla suka... siapa yang sesuai drive Ford Fiesta? Pendapat Kak Pilla, kereta ni tersangat sesuai untuk wanita sporty, aktif dan comel namun tetap ingin menampilkan gaya yang feminin dan ekslusif... Namun kereta ni sesuai jugak untuk kaum lelaki.. pon yang sukakan kelainan, tampil lasak dan romeo.. eh? hahah.. ok lah, nampak ranggi kan kereta nie.. 

Ok paling penting ialah kereta ni jimat minyak!! itu Kak Pilla like.  hahah.. siapa tak nak jimat minyak kan kan kan?

Ok time ni tengah setting go-pro kat situ.. diorang nak suruh Kak Pilla bawak kereta ni sambil racing ke apa? hahah..



Haaaa tengok nie.. rekaan dalaman pun sporty kan kan? sukeee sangat ;)



nampak tu? blur Kak Pilla sekejap sebab terlalu canggih.. Kak Pilla ni jenis kena belajar step by step.. satu jam tak cukup untuk belajar yang canggih-canggih nie.. 

Ni ada dua benda Kak Pilla nak tunjuk..kunci untuk Ford Fiesta ni ialah smartkey ye.. untuk start engine, just push button start and stop je.. yang yang cucuk tu USB ye.. tapi lagu dalam tu tak banyak.. ada 3 lagu je.. yang ni Kak Pilla jakun sikit.. you all kena paham.. Kak Pilla ni bukan generasi belasan tahun atau 20-an.. Ahkak dah 30-an dik.. zaman akak dulu mana ada semua ni? dulu nak bukak tingkap pon kena pusing sampai nak tecabut tangan.. dulu kereta akak pakai kaset dik.. hahahah.. kadang tesangkut-sangkut film dalam tu.. ko mampu? hahahah

Voice Commands.. tak yah nak tekan-tekan apa-apa.. waaaaaaa *ngangakejap* 
So kalau kita driving.. kita just jerit je dalam kereta.. jerit nak lagu apa.. heheh over, tak yah lah jerit.. tapi cakap dengan jelas lah.. contoh Kak Pilla nak lagu Adele.. Kak Pilla cakap "Someone Like You".. gitu.. pastu terus keluar lagu tu... omg. sorry ahkak memang jakun.. so what?

Eh tapi pesanan ok.. make sure kat sebelah korang bukan lelaki.. kang korang pilih lagu yang title "I Love U".. nanti lelaki sebelah ingatkan u oll cakap kat dia macam tu.. tu memainkan perasaan orang.. tak baik ok.. tak kelaka ke? alaa gelak laaaa gelak laaaaa.. heheh

Tu, terus keluar lagu Someone Like You.. so canggih u know.. 

dan boleh sync dengan smartphone jugak... kelas kau Kak Pilla.. polis lalu kat sebelah, kita boleh lambai tangan je.. sebab hands free.. mana boleh saman i.. heheh.. ni pun sama.. kalau korang dah saved phonebook korang kat sini.. tak yah lah nak bagi command sebut nombor.. katalah aku saved nama Pak Radie tu sebagai Cayang.. so aku jerit je "Cayangggggg".. terus dia call kan cayang ai ok.. hukhukhuk.. tapi aku yang tak sanggup kot nak jerit "Cayanggggggg".. hahahahahha.. geli tekak aku.. hahaha

Semuanya digital.. reverse pon terasa lebih selamat dan confident.. takkan ada kejadian langgar tiang sampai roboh.. tiang selamat, kereta pon selamat ;) 





S-gear kalau nak try pon boleh.. memang pickup kuat dah macam kereta racing gitu.. tapi kalau macam Kak Pilla yang lemah lembut ni kita pakai D sudah lah ye.. lelaki memang suka lah S gear nie.. 

So itu serba sedikit yang boleh Kak Pilla share tentang interior Ford Fiesta 1.5L

Memang nampak bergaya Kak Pilla dalam Ford Fiesta ni kan? heheh


Interview session pulak.... 
Pukul 2 petang, readers Kak Pilla pun sampai.. 

Namanya Shima dari Bukut Beruntong.. Thank you Shima sudi datang jauh-jauh untuk sama-sama Test Drive Ford Fiesta dengan Kak Pilla yer ;)

Semasa Test Drive with my reader Bob.  Eh dia ni kawan Pak Radie sebenarnya.. tapi Bob memang baca blog ni.. Thank you Bob sudi datang memeriahkan suasana.. kemain dia buat corner 360darjah hahaha.. Oh lupa nak cerita tentang kehebatan Ford Fiesta punya power steering.. Aku cerita ikut pemahaman aku jelah ye.. power steering Ford adalah antara yang terbaik kerana sangat smooth, ringan dan pusingan dia lebih dari pusingan power steering kereta lain.. faham tak? hehehe.. so Bob ada try pusing power steering ni.. pusing sekali je.. cukup untuk buat pusingan kecil kat jalan raya.. memang power ah.

with my loyal reader Mr. Jamar atau lebih dikenal sebagai J.M.R. seorang blogger jugak.. kenal sejak dia belum berkahwin, now dah ada anak sorang ;) So suami isteri bergilir-gilir test-drive.. Kak Pilla tolong jaga baby kat seat belakang.. hahaha.. 

Hello Daddy, it's my birthday today, i don't want much from Mommy and Daddy, just buy me this car and i'll be fine...Thank you Mommy, Thank you Daddy.. i love u both... i'm so lucky to have both of you as my parents. 

Ok pandai Kak Pilla buat citer.. hahahah.. 

Hi, this is Shima.. dia ni malu-malu nak bawak kereta.. eh bukan malu tapi takut-takut.. tak yah takut dik.. Tapi semua happy lah dapat test-drive bersama-sama .. and of course Kak Pilla pon sangat happy ;)

Selesai test drive, kitorang semua berkumpul kat dalam show room.. Kak Pilla nak tengok engine pulak.

Amboi paham ke? memang tak paham laaa.. tapi sikit-sikit tu tau lah.. Engine untuk Ford Fiesta ialah 3 silinder Eco-Boost yang diyakini dapat menjimatkan penggunaan minyak dan enginenya adalah ringan.. 

Pandangan belakang yang seksi.

Pandangan depan yang garang dan sporty.


Itulah pengalaman berharga Kak Pilla dengan Ford Fiesta 1.5L .. sesiapa yang sedang memburu kereta impian, boleh masukkan Ford Fiesta 1.5L dalam list ;)

To all my readers, thank you so much for your effort and time.. i really appreciate each of you. 

Jom tengok video Kak Pilla.. 


OMG.. suara macam petir pastu laju macam keretapi.. haha.. 





Love, 
Filla.

KASIHALEEYA.BLOGSPOT.COM DALAM INTREND.

$
0
0
Baru-baru ni ada reader yang inform belog kasihaleeya.blogspot.com masuk dalam InTrend bulan Mei.. Thank you reader yang inform ;)

So bila keluar tu tengok ada plak magazine nie.. kita pon belek-belek lah. 

Aku rasa paling kacak sekali Zizan.. hahahaha.. eh biar lah.. aku suka Zizan sebab dia ada personaliti.. dia rare.. dan dia nampak macho.

ni hah. hehehe.. bukak-bukak je tekejut ahkak sebab eh gambar makanan.. ko dah kenapaaaaaa.. asik makanan je ni fillanie...  hehehe.. 

memang patut dicontohi hahahaha.. jangan lah contohi sifat ahkak yang tak berapa betul ye.. amboi tu aku ingat lagi lauk sedap kat Laguna Redang tu hahaha.. Ok pasni nak bercuti kat mana plak eh? aku tak leh lah.. rasa stress je tak berjalan.. hahaha banyak sangat duit kau nak bercuti memanjang hahah.. tapi bila rasa rindu nak bercuti tu datang.. aku akan bukak balik entry-entry lama.. terus rasa refresh.. haha tak yah pegi.. dapat tengok balik dan berangan-angan pun dah boleh buat aku happy.. 

Thank you InTrend!!! 



Love, 
Filla.

R.I.N.D.U.

$
0
0
Pernahkan kamu menghadapi situasi kehilangan orang tersayang? bukan hilang sebab putus cinta.. bukan hilang sebab dia pindah duduk overseas.. tapi hilang selamanya di dunia.. yang takkan pernah akan kembali lagi bersama kita.. pernah? aku pernah.  Dia adik aku sendiri.. Tak tergambar kesedihan di hati.. Tak terluah dengan kata-kata.  Takkan pernah dapat diselami orang lain apa yang aku rasa.. Takkan pernah! 

Apa yang aku buat untuk mengubati luka dihati? Aku belajar untuk redha.. Betul ke aku redha? Dah tentu aku redha kerana aku cukup tahu, aku cukup faham, semua yang hidup pasti akan mati.. Mati itu pasti.  Semua milik Allah, siapa kita untuk tidak redha?  Rindu? Ya aku rindu.. Salah kah merindu? Akan murka kah Allah jika kita merindu milikNya yang pernah suatu masa dulu dipinjamkan sebentar buat kita? Bagaimana aku menyatakan rinduku pada adikku? Dengan berdoa.. Allah pasti sampaikan rinduku pada dia.  Mudah-mudahan..

Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan.  Menerima kehilangan itulah yang paling menyakitkan.  Perwatakan setiap manusia berbeza-beza.. Mungkin aku nampak seperti seorang yang tabah.. seorang yang mudah melupakan kehilangan.. Ada ketika, bayangannya hadir tanpa kupinta, tak mampu kutepis, aku tau, saat itu mungkin rinduku memuncak, maka dia seolah-olah hadir disisiku.. Bahagia rasa.  Walau ku tahu itu cuma anganku yang tak mungkin akan jadi nyata.  Namun aku bersyukur, setiap detik aku bersamanya masih segar di ingatan.  Tiada yang berubah, tiada yang mampu melunturkan kenanganku bersamanya. 

Sakitkah hati kamu melihat orang lain merindu? Sakitkah hati kamu melihat orang lain bersedih? Sakitkah hati kamu melihat orang lain tidak mampu melupakan? Biarkan saja dia dan kenangannya.. Kamu tidak merasa apa yang dia rasai.  Segunung simpati tidak mampu meredakan sendunya.. 

Aku pernah merasa kehilangan, dia juga pernah merasa kehilangan, biarkan dia meluahkan setiap inci perasaan sedihnya.. supaya lega rasa hatinya... jangan lah kamu sakiti hati dia.. dia sudah cukup menderita... 


Ok dah itu je nak cakap.. Mungkin saya tujukan kepada seorang sahabat saya yang sedang bersedih.. Kamu tahu kamu siapa, saya harap kamu segera bangkit dan tersenyum seperti dulu kerana terlalu ramai yang rindukan senyum dan tawamu ;)



Love, 
Filla.

MAKAN LAGI.

$
0
0
Hari bila ntah ni malas nak masak.. So ajak Pak Radie gi makan kat luar jelah.. Bila tanya nak makan apa.. tak tau.. tanya nak makan mana.. pun tak tau.. ok biar ai yang decide.

ke Papa Rich kiter... 

Hoi tengok Laksa ni terus kecoq ailioq noooohhh.. hehehe

Tak tau napa Pak Radie order kuey teow ni.. padahal dia bukan suka benda2 camni.. last2 tak makan.. geram betul tau.

dim sum kegemaran tuan blog.

Acih makan nasi ayam.. share ngan Ani.

dia sekarang eksen ok.. nak amik gambar muka malassssss je.. 

Papa Rich kemain mahal sekarang ni.. tak leh selalu.. rabak poket.

Dah tu je nak citer.. nanti kita sambung lagi ye.. tata titi tutu.. 




Love,
Filla.

SEHARIAN KU.

$
0
0
Weekend biasanya akan bangun lewat sikit.. Sabtu biasanya aku suka makan kat Ad-Dhuha belakang giant.. capati dia sedap ;) bila aku cakap sedap nanti Pak Radie mesti nak menangkan Bestari kat office dia Hartamas tu.. dia cakap lagi sedappp sebab siap ada kuah yang kentang potong kecik-kecik tu.. Eleh bangga sangat ngan Bestari tu.. dah kene mandrem lah tu hahah..

Tapi sabtu baru ni aku tak keluar.. aku masak mee goreng je..

Ada yang nak resepi.. Tak sampai hati nak share resepi mee goreng je pun.. tapi secara ringkasnya.. aku tumbuk je bawang besar merah tu 1/2 biji, bawang putih 3 biji.. tumiskan.. then masukkan cili kering blend 1 sudu (tak pedas supaya budak boleh makan) masuk kicap manis, oyster, cili sos, tomato sos.. masuk fish cake, fish ball dan udang.. sayur pun boleh masuk sekali.. masukkan air panas sikit.. boleh letak garam sikit je sebab mee dah masin..bagi mendidih, pastu masuk mee.. kacaukan rata.. pastu tutup api.. 

Senang sangat. orang sabah kata Sanang bah tuuuu... hehehe.. Aleesya makan kemain banyak.. pastu yak-yak dua kali hahah.. pedas ke dik?

Aku masak diorang mengadap Frozen.. dengan mak dia sekali terjebak.. huwaaa best nyaaaa.. nak jadi Elsa jugak!!! Let it gooooooooooooooooo Let it goooooooooooooooooo *libasshawl*

dah siap terus gi rumah Pak Long.. Aleesya manja ngan Pak Long dia.. senyap je pak long dukung ;)

Wan dah siap masak sebab tau aku nak datang.. amboi suka perasan ko nak datang sebab tu mak ko masak.. hahaha.. biarlah.. dah lama tak perasan ;) tapi aku tak makan lah lauk ni semua untuk orang lain.. aku nak Wan buatkan aku ayam orang diet..

Asam Pedas Wan

Sambal Kering Tempe dan Bilis.. memang terbaik.. aku kejap-kejap gatal tangan ratah ni.. rangup!

dan ini.. 

Oh ada benda paling kelakar.. Masa aku makan.. tetiba Atok datang dengan nasi dia terus duduk sebelah aku.. tengah makan tetiba dengar Wan jerit.. "Siapa punya kerja masukkan mangkuk isi air dalam rice cooker ni??"

Rupanya mangkuk kaca yang Wan letak air kat sebelah periuk nasi tu ada dalam rice cooker.. dah tertumpah pon air tu dalam nasi.. sabar je lah.. Wan letak mangkuk tu untuk letak senduk nasi.. senduk ngan mangkuk semua dalam rice cooker.. terus pandang Atok.. 

Wan: Ayah kan letak dalam tu???
Atok: Takkan lah aku ni gila nak letak mangkuk dalam periuk nasi pulak?
Wan: Ayah yang last amik nasi kan???? takkan orang lain tetiba letak? Atok amik nasi tadi cemana?????
Atok: Jap pikir jap.. Eh mana logik.. takkan lah aku gila nak letak mangkuk ada air tu dalam tu??? *garukepala*
Wan: Tengok ayah kau.. selalu tak nak mengaku.. takkan hantu pulak letak?

Filla: Ni mesti masa ayah bukak tutup periuk tu panas.. letak atas mangkuk tu.. wap dia naik, pastu mangkuk ngan penutup periuk tu melekat.. pastu ayah angkat tutup periuk tu tutup balik periuk nasi tu kan kan kan??
Atok: Ntah? tapi memang berat sikit lah tutup periuk tu.

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... Atok sapa niiiii????

Kesian Wan makan nasi berair kahkahkahhh.. 

Atok plak berjam-jam dok fikir cemana mangkuk tu ada dalam periuk nasi.. heheheh.. 

Tadaaaaa.. ni untuk ai.. jangan usik!!! ada yang tanya resepi.. senang sangat..

tumbuk/hiris bawang merah dan bawang putih.. racik-racik halia.. lumur je kat ayam tu.. masuk dada ayam dalam magic pan.. letak air sikit.. letak garam sikti.. tabur black pepper dan chilli flakes.. masak! biar dia berair sikit.. masukkan jugak ubi manis yang warna kuning tu.. warna purple tak sedap.. last masukkan sayuran yang korang suka.. gaul-gaul semua biar meresap dengan rencah tu.. masak macam ni hentam je.. ada serbuk kari boleh kot tabur-tabur sikit.. serbuk kunyit ke sikit.. 

Aku keluar jap gi antar Kasih gi tuition.. Bibik tolong ikatkan rambut ala Elsa frozen nie.. 

Anak pompuan ramai.. berebut-rebut nak jadi Elsa.

Balik dari tuition gi makan kat GE Mall Cozy House... Kasih memang manja.. anjer ucuk Atok.. tapi selalu kene bebel gak ngan Atok.. Amaani je Atok tak bebel hahaha.. sebab Amaani suka tolong Atok.. 

Orang baru baik demam.. siannnnn... 

Aku order nie.. pastu Pak Radie cebik.. balik2 order nie.. eh sukatilah.. aku memang sukaaaa! hahaha

Pak Radie's tapi aku tau dia kurenggg kalau chicken chop nak buat ala-ala melayu siap mix vege ngan bawang-bawang camni.. 

Wan punya terbaekkkk.. memang win lah.. penang char kuey teow.

Atok, Kasih ngan Amaani makan kungfu yee mee.

Begitulah hari kami yang sibuk dan happy..

Tengah malam tu aku, Pak Radie, Atok ngan Wan buat gila pegi Sepang tengok Drag Battle 2014.. Nak tengok Pak Long.. tu nanti entry lain aku buat.. meremang bulu tengkuk tengok tahap kelajuan diorang ni bawak kereta.. tak tidur malam Wan kalau Pak Long gi lawan.. 

Alhamdulilah, i'm blessed to have such a lovely family and friends around me.




Love, 
Filla.

CARA MEMBERSIHKAN KOTORAN DEGIL TANPA MELUNTURKAN WARNA.

$
0
0
*scroll down for new entry*

Hari ni topik best sikit.. Aku lah rasa topik ni macam best.. aku yakin topik ni paling mengujakan untuk para ibu diluar sana.. Aku yakin korang pon ada masalah yang sama macam aku bila mencuci pakaian tapi still tak bersih.. Kawan aku si Elly tu kalau berus baju sekolah anak dia.. sampai menangis sebab letih memberus tapi kotoran degil tetap susah nak hilang.. eh tak payah Elly, aku sendiri pon pernah menangis sebab tension.. Bila letih memberus tapi tak hilang jugak, anak jadi mangsa... Memang aku tak berhenti lah membebel kat dia.. "Ni main kat lumpur ke apa???? kenapa kat siku ni kotor sangat?? kenapa kena water colour ke apa baju ni?? kenapa makan comot sangat habis kene sambal ni??? tak reti makan elok-elok? ni dagu bocor ke apa makan boleh tumpah habis kene kat baju???"

Well itulah sifat semulajadi kita mak-mak ni.. bila badan penat, mulut memang membebel.. asyik nak marah orang sana-sini.. setuju tak? 

Ni stokin sekolah Kasih.. hari-hari tukar stokin pun tetappppp kotor macam ni.. aku tak tau lah dia ni.. kat sekolah ada pertandingan pijak kaki ke apa ntah.. Aku memang dari zaman kecik-kecik dulu pon dah guna satu produk peluntur ni.. rendam lah 1 hari 1 malam, pastu memberus macam nak gila, tetap line-line hitam tu susah nak hilang.. yang aku benci sekali guna peluntur ni, nanti warna hitam kat tapak kaki stokin ni pon luntur jugak warna dia.. warna hitam jadi berbelang-belang warna coklat.. peluntur bukan meluntur kotoran sahaja ya, tapi bertindak melunturkan warna sekali.. itu lagiiiii aku tensi :( pastu tangan aku ni bukan tahan sangat.. nanti busuk bau peluntur tu aku tak suka.. pastu tak bagus untuk kulit jugak.. 

Sebelum ni aku geram sangat sebab baju Pak Radie warna putih, tapi lengan dia warna hijau.. baju dia kotor kat bahagian yang putih tu.. cuci guna sabun pencuci biasa pon tak hilang.. so apa lagi? aku nak rendam ngan bleach/peluntur tak boleh sebab nanti warna hijau tu luntur sekali.. pening kepala aku ok.. last-last aku buang.. lantak lah.. bila dia cari baju tu aku buat-buat tak tau je.. muahahahahah.. alamak dia baca blog ni ke hah? kantoi hehehehe.. 

Dulu ada kejadian aku dan peluntur.. Ingat lagi masa tu baju kesayangan Pak Radie.. dia suka pakai t-shirt yang sleeve warna lain pastu baju tu warna putih.. masa tu aku geram tengok baju putih tu kotor..so aku rendam dengan peluntur.. pastu habis kat bahagian tangan tu luntur.. bercapuk-capuk ok.. huwaaa aku takut sebab tu baju kesayangan dia.. habis aku kena marah dengan dia sebab kat bahagian tangan baju tu luntur.. gaduh lah jugak time tu hahahah.. tapi tu dulu lah.. kini tidak lagi ;)

Sebab now aku dah jumpa Vanish.. Dah lama aku tau jenama Vanish ni.. tapi aku tak pernah belek.. maybe sebab dah jadi tradisi keluarga aku untuk gunakan peluntur yang dah sinonim sangat dalam hati ni, so takdelah aku nak try yang lain.. Seriously, dulu aku ingatkan Vanish ni sabun pencuci / detergent macam kita selalu guna untuk basuh baju dalam washing machine tu.. mana lah aku tau vanish ni rupanya bertindak seperti bleach tapi yang bestnya dia tak lunturkan warna.. bau pun wangi ;)  Aku tergerak hati nak try Vanish sebab ada kawan kat office guna Vanish nie.. dia kata vanish ni tak lunturkan warna, tapi sangat berkesan untuk remove stain dan tak melusuhkan pakaian.. 

Berkesan ke??? itu yang aku takut nak cuba.. Tapi aku cuba nak cari pembaharuan.. aku cuba jugak akhirnya.. 

Kalau stokin anak korang pon serupa macam anak aku.. better korang cuba sendiri.. dan lihatlah keajaiban ini.. amboih... heheh.. basahkan socks tu sikit.. 

tuangkan sedikit serbuk vanish di bahagian yang paling kotor dan degil.. 

tonyoh-tonyoh sikit....

cedok 1/2 scope vanish dan tuang kedalam baldi berisi air.. rendam socks tadi.. tak payah lama sangat pon tak pe.. dalam 1/2 jam pon dah ok.. pastu berus macam biasa.. kalau socks tu hitam pon takde masalah sebab warna hitam akan kekal hitam.. ni contoh socks anak aku warna hitam dia dah luntur sebab aku bedal rendam dalam bleach/peluntur dulu.. 

Tadaaaaaaaaaaaa!!!! ini hasilnya lepas aku basuh guna vanish.. untuk socks atau pakaian putih seperti baju sekolah anak, better korang guna vanish botol putih tu.. itu power sikit lah.. Oh, kasut sekolah anak yang hitam berkerak tu ko rendam je 1/2 jam dengan vanish botol putih ni.. pastu ko berus sikit je.. habis tanggal semua  yang hitam tu.. kalau untuk pakaian biasa guna yang botol pink je.. 

Actually line hitam bergaris-garis tu susah gila nak hilang masa aku guna bleach/peluntur dulu.. tapi dengan vanish, hilang terus ok... putih berseri macam magik pulak aku rasa heheheheh..lepas ni tak yah lah asyik nak beli socks baru je.. sebab perangai aku ni pelik sikit.. kalau aku dah sakit hati sebab kotoran tu tak hilang.. aku campak je dalam tong sampah.. habis cerita.. 

Pak Radie pulak jenis perfectionist sikit.. pastu dia jenis kalau tak menepati piawaian dia.. dia takkan pakai baju tu kalau tak bersih.. pastu muka dia kelat je.. dulu dia tegur aku kemeja putih dia kat bahagian tengkuk tu kenapa ada garisan hitam tak hilang-hilang macam tak bersih.. padahal dia tak tau aku dah sental ngan berus.. dah guna peluntur yang aku selalu guna tu.. dah tu? bukan salah aku punnnnn... tapi tetap lah ada rasa tak best sebab suami gi kerja baju tak bersih.. nanti takut kengkawan dia mengata pulak isteri dia tak reti jaga pakaian dia.. siapa malu? aku jugakkk.. dia pon malu... sekarang ni bila baju dia bersih, aku rasa puas hati dan bangga jugaklah.. orang akan rasa benda ni remeh je.. tapi aku rasa benda ni serious.. kebersihan melambangkan keperibadian.. kalau pakaian tak bersih, orang akan ingat kita ni pengotor.. 

Peluntur biasa hanya bertindak untuk kotoran yang baru.. tak macam Vanish.. kalau kita guna Vanish, kotoran yang dah kering dan lama pun masih boleh dibersihkan.. 

 lepas ni aku nak basuh baju sekolah Acih yang berkarat tu pulak guna vanish botol putih ni.. kat siku, poket, lengan semua hitam je aku tengok kalau balik sekolah.. sakit je mata aku.. kalau guna bleach, lepas setahun aku rasa baju dah nak reput, dah jadi yellowish gitu.. terus aku campak dalam tong sampah, awal tahun je buat baju baru.. pembaziran ok.. pasni guna vanish aku nak tengok lepas setahun dia masih ok ke tak.. 

Nanti duluuuuu... sabarrrr.. aku nak citer Vanish botol pink pulak... kalau botol pink ni korang boleh guna untuk baju berwarna.. siapa ada baby yang dah start makan solid food macam Aleesya tu memang suka Vanish pink ni.. setakat kicap, cili sos, carrot stain ke apa.. senang je nak hilang.. ko tonyoh je dengan serbuk vanish, pastu campak washing machine.. letak detergent biasa dan pastu tambahkan vanish 1 scope.. picit button wash.. settle kerja korang.. berseri-seri baju takde stain langsung ;)


Haritu aku rendam alas kaki bilik air aku.. sakit mata aku tengok dah sampai hitam ok.. memalukan sungguh!!! nasib baik alas kaki ni dalam bilik tidur aku je.. so orang tak leh nampak ;)

Apasal ntah gedik sangat beli alas kaki warna pink.. sudahnya hitam bekarat camni.. tapi don't worry.. senang je nak tanggal kotoran tu dengan vanish.. ni aku saja nak try vanish pink pulak.. 


masukkan lebih kurang 1 scope dalam badli.. pastu aku campur detergent biasa sikit.. kocak-kocak sikit.. pastu aku rendam je alas kaki tu.. esok basuh.. 

Huwaaaaaaa... ni magik ke apa ni??? hahahahah.. teruja u ollssssss... lembut je rasa nak sapu kat pipi je ;)

Gitewwwww.... percaya ke tak sekarang? kalau tak percaya sudah.. pegilah korang nangis-nangis menyental sorang-sorang..

Kalau nak tau tips bagaimana menghilangkan kotoran degil (ink, milo stain, mascara, ice cream, kari, cooking oil, blood stain dan lain-lain) dengan Vanish.. sila lihat kat sini:

FB:  https://www.facebook.com/VanishMYSG

Kak Pilla dah happy dah sebab dah jumpa produk yang best gila dan menyenangkan hidup.. siapa guna vanish jugak, boleh share jugak pengalaman korang kat comment ok :)


Love, 
Filla.

BETTER TOGETHER.

$
0
0
Aku mula-mula pakai handphone masa belajar kat UiTM dulu.. tu pun yang terpaling tak canggih sekali.. Aku pakai handphone supaya mak aku senang nak cari aku.. Al-maklumlah dulu duduk sendiri.. masa tu cuma boleh receive calls dan buat call je.. camera pun takde.. yang ada SMS je.. Tapi tu zaman dulu.. 15 tahun yang lalu... 

Sekarang canggih.. Kasih pun ada handhone.. boleh call, boleh MMS, SMS, boleh snap picture, ada FB ada Instagram, ada whatsapp.. omg! anak aku baru 9 tahun kot? Dalam dilema.. Kalau tak belikan, kesian pulak sebab semua kawan-kawan dia ada handphone.. at least aku boleh contact dia kalau dia takde ngan aku.. Aku selalu kawal penggunaan handphone dia.. weekend aku bagi.. at least dia boleh whatsapp dengan cousins dia.. 

Amaani yang baru nak masuk 4 tahun memang tak berlekang dengan ipad.. pun aku kawal jugak.. dia boleh tengok ipad selepas aku balik dari kerja.. siang no ipad! kadang asyik bergaduh ngan Kasih berebutkan ipad.. 

Bila dapat ipad, diorang dah tak peduli apa jadi kat sekeliling.. mama ada ke takde ke, takde siapa yang kisah :(

Pak Radie???? kat rumah pun sama.. makan kat luar pun sama.. bila tegur dia tak mengaku.. padahal handphone sentiasa melekat kat tangan..

hahahah.. dari tadi membebel.. rupanya mak dia pun sama.. erk... hahahaha.. i'm a blogger.  social media sangat penting bagi saya.. hahahah.. itu bukan alasan untuk mengabaikan keluarga.. Ok ok ok.. aku salah! omg, apakah yang telah berlaku kepada kita semua rakyat Malaysia ni? sebelum makan amik gambar food dulu.. dah snap gambar nak update pulak kat fb, instagram and twitter.. dah tu bila nak makan? bila nak berbual dengan ahli keluarga.. 

Ini yang aku rasa macam tak best.. "Together But Alone" itu lah hakikat yang mesti kita ubah.  Selalunya pukul 8 malam adalah waktu aku sekeluarga berkumpul untuk makan malam.. Tapi semua diam.. sibuk melayan gadget masing-masing.. sambil makan pun kadang-kadang boleh berwhatsapp.. boleh check facebook.. omg! tak bagus ok.. family moment sangat penting bagi aku.. so kita tak boleh biarkan perkara macam ni berterusan sampai merenggangkan hubungan kekeluargaan kita.. setuju? 

Kalau makan kat luar pun sama jugak.. borak sikit je.. mata masing-masing mengadap handphone.. pernah sekali handphone dah tak de battery.. wahhh masa tu best je boleh berborak-borak.. ok lepas ni kita off telefon sementara.. dah habis makan baru on ;) 

Aku rasa nak buat peraturan baru untuk keluarga aku.. 

No gadgets at dinner table. at house or at restaurant. 

Setuju? Aku rasa kita patut buat macam tu.. tak lama pun.. kita makan lama sangat ke? setengah jam je kot?  
Sempena International Family Day, Oreo mempunyai satu misi hebat untuk menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang selama ini sering terganggu dengan masalah-masalah macam yang aku sebut tadi..

Cara-caranya:

Singgah di selected Secret Recipe outlets bermula 15-18 May.  Bersetuju untuk menjauhkan diri anda dari gadget-gadget anda sehinggalah selesai menikmati hidangan.  Izinkan Oreo untuk membawa keluarga anda lebih rapat dan mesra tanpa sebarang gangguan.  dan yang terakhir sekali, hadiahkan diri anda dengan special surprise dari Oreo!! 

Nak tahu apa dan bagaimana.. layari www.oreo.com.my untuk maklumat lanjut.

Jumpa di sana!!!!!


*terms and conditions apply*


Love,
Filla.

Drag Battle 2014.

$
0
0
Assalamualaikum my readers.. Apa khabar semua? Sihat... Kalau tak sihat gi klinik ye... Kalau sihat meh baca blog hahahah..

Ni kisah last 2 weeks.. yang aku gi umah abang aku tu.. ingat tak... lepas amik Kasih tuition kan kitorang gi GE Mall.. sambil tu dah datang plan-plan gila.. "Jom gi tengok abang lawan hari ni nak?".. Terus bulat biji mata Atok.. hahaha.. Wan macam muka nak ke tak nak ke aku pun tak tau.. 

Sebenarnya abang aku ni (Pak Long) dah lama menceburkan diri dalam bidang drag.. tau ke apa tu drag? haha.. aku pon tak tau.. tapi suka buat-buat terror.. hehehe.. dah sampai ke Songkhla dia gi beracing.. Wan? hari-hari membebel risau.. tapi Pak Long ni dia punya degil lain macam sikit.. dia cakap itu lah cita-cita dia.. itulah minat dia dari kecik.. tolong lah memahami.. ye memang lah kitorang faham.. tapi kitorang risau... tu je.. dia cakap InshaAllah takde apa.. bukan dia gi racing haram.. ni kat Sepang.. pastu safety dia ambil berat.. pakai jacket pakai helmet semua.. Wan tu tiap kali abang aku pegi 'berjuang' sampai ke subuh selagi abang aku belum balik, Wan tak leh tido.. bila Pak Long dah balik baru dia lega.. 

Pak Long plak bangsa degil.. selagi tak no.1 dia tak puas hati.. dunia dia kereta, motor.. tak tido malam.. duduk dalam bengkel pon dia boleh.. aku memang ingat lah.. zaman dia muda remaja lagi dia dah gila motor.. dulu memula dia pakai honda cup.. hahah.. macam gangster dia bikin motor tu.. berjahit-jahit motor tu.. lepas tu terror sikit.. dia pakai RXZ.. masa ni dia dah galak sikit.. aku pernah ikut dia lepak tepi bukit bintang tu sekali dulu.. bila polis datang bertempiaran penonton semua.. hahaha.. zaman rempit..

Aku ingat lagi dulu bulan puasa.. aku baru lepas form 5 rasanya.. dia accident motor.. pergelangan tangan patah.. sampai je rumah aku ngan Wan bawak dia gi klinik kat Ampang.. naik kancil masa tu.. tepekik-pekik "Ya Allahhh sakittttt... aduhhhh tolonggggggggggggggggg" omg.. beginikah gaya seorang rempit patah tangan je kot? hahahahah.. dia memang tau.. dah lah bulan puasa.. klinik tak leh buat.. terus kitorang kene hantar kat HKL pulak.. stress aku tau.. dia jerit-jerit sakit.. bengkak tangan dia. hahah.. pastu kene simen pulak.. 

Lepas ok simen dulu-dulu kan berat.. pastu tangan gatal.. aku ingat lagi dia pegi gergaji simen tangan dia..dia bukak sendiri sebab dia rimas hahahaha.. tu lah perangai dia.. now bawak ducati.. tapi sekarang aku tak serumah dengan dia.. so tak tau cara dia bawak motor cemana.. tapi aku tau dia pentingkan keselamatan.. 

Drag Battle 2014 round 1 dulu Greengoblin juara untuk Class A.. Greengoblin tu gelaran kereta hijau dia tu.. orang pun panggil dia Zal greengoblin kot sekarang heheh.. Baru aku tau bila gi sini.. ada banyak class.. ikut kategori kereta.. ada gang kancil.. makkkk aiii bunyi engine macam nak meletop.. sakit telinga aku.. laju gila ok.. 

Rasanya kitorang sampai dekat kul 10 malam kot.. Abang aku tak tau pon kitorang datang.. takut nak bagitau dia kang dia panik ke.. dia stress ke.. hahah poyo padahal Wan citer balik, bila dia dah tau tu dia siap cakap lagi.. time drag dia tak peduli orang pon.. dia focus.. lantak lah orang keliling hahahah.. 

Bayaran masuk... kitorang amik yang RM10 per head je.. yang RM55 tu kat area kereta tu.. so ko boleh lah meround tengok kereta-kereta racing tu.. 

Aaaaaaa comel nya Wan.. hahahahah.. memula ingat nak suruh Wan balik Enstek dulu salin seluar sebab Wan pakai jubah.. tapi kang lambat pulak.. Ah lantaklah.. pedulik apa tengok drag battle pakai jubah? anak aku yang lawan okkkkk (kata Wan) ok ayat aku tambah hahahahha... memula segan jugak.. hahahah gila kau.. yang datang semua gaya racing-racing je.. bawak girlfriend pon ada.. yang gang2 lelaki muda-muda.. mesti confuse, aku, atok ngan wan buat apa kat sini.. Eh hello, abang gua greengoblin tau.. dia racing ini malam tau.. wa nak support dia je.. lu sapa? 

masa baru sampai tak ramai sangat.. so boleh lah pilih nak duduk bawah atau atas.. 

tu semua kereta racer dalam tu.. siap mechanic masing-masing lagi.. kereta abang aku kanan sekali paling hujung.. 

gitu.. bersemangat ok.. ko tak tau cemana perasaan dia.. datang sini first time.. nak tengok abang sendiri pulak tu.. mak bapak pon datang nak tengok anak dia racing.. hahahah 

Ololooooo comey Wan hahaha.. takpe, bak kata Pak Radie, biarkan Wan ngan Atok datang sini.. at least lepas ni tau cemana keadaan dalam ni.. cemana abang aku racing selama ni dia dok risau.. so lepas tengok ni Wan ok lah sikit..tapi takde lah sokong gila babeng supaya dia terus beracing.. Wan tetap doa satu hari nanti dia akan bersara dari dunia perlumbaan macam ni.. 

we olls.. aku ye ye je kan.. pastu half way ngantuk tido ZZZzzzzzZZzzzz.. hahahah bebulu je Pak Radie ngan aku.. Wan ngan Atok pon steady.. aku boleh membuta.. hoi mengantuk ok.. sampai 3 pagi tu.. dah lah nak tunggu dia nyer turn keluar tu kemain punya lama... baik aku tido kejap.. engine kereta bagai nak pecah tengah beracing pon ada aku kesah? 

Atok yang gigih.. siap cakap lagi.. "Ayah masa muda macam ni lah.. kalau sekarang ayah muda.. ayah pon nak join racing ni".. Ye lah Tokkkkkkk.. Atok memang terbaeeeekkkkkk hahahha.. semua nak menang je.. 

Last-last Wan yang ajar aku cemana tengok timing.. hahah bebal jugak aku ni.. hahahah.. kat ending ada timing untuk dua-dua kereta.. 

nampak tu kereta dah mula beratur nak take turn untuk drag.

sekali jalan 2 kereta je.. makkkk laju ok.. bedesup.. kecut jantung aku terus tengok.. huwaaaa seram lah jugak.. 


Nampak tu? gigih Atok.. kejap kang hilang.. kejap kat tiang sini.. kejap tiang sana.. nak tengok anak dia.. omg.. so sweet kan?

Haaa ni turn abang aku.. kiri tu kereta kuning tu lawan dia.. abang aku belah kanan.. 

masa ni teruk dia kene tinggal.. huwaaaaa sian abang aku tau.. i cannottttt ok.. waaaa yang penonton pun bukan main sorak lagi kereta kuning tu menang.. Nooooooooooo :( tak suka!! kitorang diam je.. rupanya bila dah balik tu Wan citer lah kat kitorang.. Abang cakap kereta abang aku problem masa tu.. gear tak leh masuk.. gear tendang.. lepas-lepas tu pun ada masalah.. tapi dia hold gear tu ngan tangan.. so satu tangan lagi drive.. hoi gila bahaya ok.. 

Masa kereta kuning tu menang kan... semua orang kerumun kereta tu.. pastu nampak sunyi krik krikkk krikkkk bunyi cengkerik kat kereta hijau abang aku.. hahah.. aku bukan boleh.. aku ngan Wan dah rasa terharu.. Wan cakap "Sian anak aku.. orang menang kene kerumun kene sanjung.. anak aku takde orang pun kerumun kereta dia".. hahahahha pastu kitorang gelak..

kesian dia kene cicir.. 

lepas je diorang selesai.. game kene hold dulu.. minyak tumpah.. dah lah berzaman nak tunggu diorang bersihkan balik jalan tu.. eiii bahaya kan? minyak tumpah jalan licin.. scaryyy.. 

Nyampah lah.. gopro je lebih.. gambar sekeping pon aku tak dapat.. dah laaa.. gi simpan sorang2 lahhh.. 

second time keluar.. kereta kuning tu engine pecah kot.. kandas jugak.. abang aku masalah gear.. 

kali ketiga timing pulak rosak.. so takleh detect kelajuan.. hoi macam-macam hal.. abang aku pon cakap malam tu memang teruk lah.. semua bermasalah.. hahah badi kot kitorang ada sana? heheheheh.. 

Tapi lepas kitorang balik dalam kul 3 tu.. dia start balik.. abang aku menang balik.. choiiii betul.. nyampah lah.. orang dah balik baru nak semangat membara.. 



Kecikkan volume pc korang ye.... abang aku vs kereta apa tah warna biru.. terbabas kereta tu... tu yang takut kalau jadi camtu :( abang aku cakap malam tu ada kereta terbarai depan belakang.. kereta tu kot? 


Tahniah kepada Abangku Mohd Rizal sebab telah menjadi juara berturut-turut.. Semoga kekal juara untuk round 3 nanti.. we know u can do it bro! Jaga keselamatan jugak, jangan bagi mama ayah risau sangat.. Good Luck ;)



Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live