Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

ASTRO Circle Kid's Club

$
0
0
Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang bawa Aleesya ke acara Disney Dream Big, Princess Academy anjuran Astro Circle dan Disney di DoubleTree Hilton.  Silap tak sempat nak belikan Aleesya gown princess nasib baik dapat crown dalam goodie bags tu ;)

Seronok tengok semua kanak-kanak sporting habis dengan gown ala-ala princess.  Rata-rata yang hadir ialah keluarga yang melanggan Pek Astro Kids.. Kagum sebab semua ibu-bapa sporting habis dan teruja bersama anak-anak datang event tu..

Nak tau apa yang menarik perhatian adik-adik kecik ni? Dah tentulah kehadiran Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.  Characters ni semua datang untuk menceriakan kanak-kanak dan memberikan inspirasi serta membimbing kanak-kanak yang hadir untuk percaya pada impian mereka dan menonjolkan kreativiti masing-masing supaya mereka juga boleh menjadi seorang princess ;)

Cinderella tampil menawan dan lemah lembut sesuai sebagai seorang puteri ;)

Excited Aleesya dapat bergambar dengan Cinderella.. Nasib baik dia nak naik atas stage dan tak rasa malu pun.. 

Rapunzel ni cheeky sangat.. sempat betulkan crown Aleesya hehe

Tengok riak muka Aleesya teruja tak boleh nak control hahah

Sambil tu kita buat decoration menghias tanglung bersama papa..

Antara Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.. ini yang paling Aleesya teruja..

Sebelum naik stage dia asyik tanya je Sofia nak balik ke? nak balik ke? Takut sangat dia tak sempat amik gambar dengan Sofia the First.. Nah siap hug tak nak lepas hahahahaha.. Sukanya dia impian menjadi nyata.. bukan alam fantasi, tapi in real life dapat jumpa Sofia the First ni.. 

Puas hati Aleesya dapat bergambar dengan semua characters Disney yang dia suka..

Antara bloggers yang hadir event best ni Kathy and Audrey.. Semua anak-anak happy hehehe
 
Kak Pilla and Kathy pon enjoy sangat attend event ni sebab ibu-ibu ni apa lagi yang menggembirakan kita selain tengok anak happy ;)

Aleesya terus jadi lemah lembut macam princess hahaha..


Ni Kak Pilla nak bagitau korang yang ada anak-anak kecik yang suka princess-princess ni.. Jom register Disney Kids Club iaitu sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam Pek Astro Kids ni.. Nak tau apa benefit kalau you all register?


 Kelebihan mendaftar dengan Disney Kids Club:

- VIP event passes
-Meet and Greet with your favourite Disney Characters
-Disney movie screening tickets
-Disney giveaways 

Eh sapa tak suka kan? Jom kita register bersama-sama.. Untuk maklumat lanjut jom layari 



Love, 
Filla.

Teringat Jepun.

$
0
0
 Kalau orang tanya apa yang dapat memberikan kegembiraan buat Kak Pilla.. Jawapan dia ialah travelling.. Aku terlalu suka travel.. Mungkin ada orang akan spend beribu-ribu untuk handbag.  Sebab tu minat dia so tak salah pun... Macam Kak Pilla pulak suka tengok tempat cantik-cantik.. Walaupun duit habis macam tu je.. tapi kenangan tak boleh dijual beli kan?  Memang duit akan habis, tapi selamanya kita akan ingat percutian tu.  

Antara yang tak boleh dilupakan masa travel ke Jepun.

 Food kat sana macam-macam.. comel-comel.. masa tu ada Idham yang biasa duduk Jepun so takdelah was-was ke apa.. boleh try macam-macam food ;)

 Jepun orang dia rajin dan bersih.. Kreatif dan penyabar kot.. sebab boleh nampak hasil kerja diorang ni sangat halus dan comel-comel.. Tapi diorang sangat punctual.. bas takkan tunggu 1 minit pun kalau lambat bye bye.  Orang dia tegas tapi sangat menghormati orang lain.

 Belambak-lambak biskut, coklat dan jajan-jajan.. dekat setengah jam membelek haha.. takut halal ke haram ke? so baca ingredients macam kan paham hehehhe..

 Sempat rasa sotong kecik ni.. ada jual kat street je.. tutup mata kunyah telan cepat-cepat sebab size sotong ni besar so agak ngeri masa masuk dalam mulut.

 Sushi restaurant kat sana fresh gilaaaaaa... memang puas hati.. tak sama langsung dengan kat sini..

 dan variety juga.. pening kepala sebab menu tebal hahahaha

 makanan berasaskan tofu.  Sana semua makanan berkhasiat, takde minyak.. memang confirm badan sihat, kulit lawa kalau duduk sana lama-lama..

saja je mengimbau kenangan sebab tertengok pulak folder Japan.. Kalau tak pernah pegi Japan silalah masukkan dalam wish list.. sebab kak Pilla sendiri rasa macam nak pegi lagi.. Tapi Korea pun best juga.. rasa aman dan damai je.. 

Nantilah nak kumpul duit dulu hihihihi..





Love, 
Filla.

ENTRY UNTUK ADIK MANJE...

$
0
0
Kenapa Adik Manje? Sebab anjer-anjer sangat you all ni.. Kak, kaler Nude camne kaler dia? Kak saya sesuai ke pakai code Violet? Kak kalau kulit cerah ok tak Gossip tu? Kak oooohhh Kak... Rupanya Kak Pilla dah pitam.  Heheheheheh.. tapi takpe, Ahkak sedia melayan permintaan you all semua don't worry adik-adik anjer... Ni akak bagi contoh-contoh di bibir-bibir model dan celebrity kita ok? Wowwww celebrity pakai Fame Matte Lip Cream ke Kak Pilla??? Of courseeeeeeeeee ye hahahah.. Meletop pom pom pommmmm terus korang akan feeling celebrity jugak hahahahaha..

Jangan nak keji kata orang lawa pakai mestilah lawa.. Retis pakai mestilah lawa... Jangan lurus sangat dik.. Ahkak just nak tunjuk code colour sahaja supaya adik-adik boleh imagine warna tu bila di apply kat bibir diorang ni semua ;)  Murah, cantik, long lasting, tidak mengeringkan bibir, easy to apply, matte finishing, masa apply lembut licin je.. once dia kering.. terus jadi matte.. berbau harum (seperti bubble gum) masa apply..mudah dibersihkan..berkualiti eh semua nya lah.. Bukan kita yang cakap ye.. Ni semua feed back dari customer Fame Cosmetics sendiri.. 

So mari cuci mata tengok pompuan lawo.. Ahkak memang suka tengok orang lawo-lawo ni tak kelip-kelip mata hahahahahaha... Korang leh tengok code warna apa yang korang suka dan lepas tu boleh beli dengan agent-agent kita.. Jangan risau stokis kita diseluruh Malaysia akan bantu you all semua.. tanya je soalan kat instagram atau fb Fame Cosmetics tu.. berdesup berapa saat dah reply.. Tepukan gemuruh untuk Agent dan Stokis Fame.. 

 Juliana - Code Violet

 Eika Farhana - Code Violet

 Tya Adnan (wife Shukri Yahaya) - Code Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude 

 Code : Desire

 Code : Gossip

 Code : Violet

 Code : Violet

 Code : Gossip

 Code : Gossip

Code : Candy

Code : Candy

Code : Party

Eyka : Violet
Wawa Zainal : Violet + Nude
Sherry Ibrahim : Fuschia
Faezah Elai : Nude
Juliana Evans : Violet


Diharap Adik-Adik Anjer semua dah boleh tau dah colour apa yang sesuai untuk adik-adik semua.. So mari lihat detail di bawah:

Instagram : @fame_cosmetics
Facebook : Fame Cosmetics HQ

Nak beli? Sila dapatkan dari Agent dan Stokis berhampiran anda.. Boleh cari agent terdekat ikut kawasan masing-masing di:

Instagram : @agentfame



Berminat untuk menjadi Agent? Jom whatsapp kami di:
013-3760466





Love, 
Filla.

MENGOMEL LAGI.

$
0
0
Baru-baru ni Kak Pilla terlibat menjayakan campaign maggi 1-2-3.  Event ni Kak Pilla and Kak Azie form Azie's Kitchen dijemput sebagai ahli panel dalam perbincangan bagi pelancaran kempen ni.. Last minute baru tau rupanya kena jadi ahli panel.. Nak tolak pon susah hahahaha.. Aku memang ada sejenis nervous kalau bercakap depan orang ramai macam ni.. tapi aku still tau aku boleh dan aku tak nak layan sangat perasaan nervous dan takut.. Diorang nak discussion ni santai.. so mari kita santai tapi tetaplah agak formal dan duduk dengan sopan sambil ketawa tutup mulut muahahahhaha... 

Alhamdulilah satu lagi experience berharga buat Kak Pilla.. dan ini pertama kali jumpa Kak Azie which aku rasa macam kakak sendiri sebab dia baik sangat dan kitorang berdua melayan perasaan nervous sambil tenangkan diri masing-masing hehehe..

 Gaya kemain lagi cakap confident.  Tapi soalan pertama aku dan kantoi sebab kalau ikut script yang diorang bagi, soalan pertama lain.. ni dia terus jump to question lain.. aku yang dah set mind nak jawab utk soalan pertama dah terkebil-kebil.. nasib lepas tu terus ok hehehe

Aku tak tau pon ada masuk surat khabar dan berita kat TV1.. ni pun orang share gambar.. surat khabar pun aku malas nak cari.. so marilah kita abadikan kenangan di blog sahaja.. hahahha

Ok habis cerita tu.. kita masuk cerita lain.. mana sempat je aku sembang ye..

Hari Ahad (semalam) Kak Pilla ada short meeting sat dengan Elly and Peej.. Dah janji breakfast kat Coffee Bean.. bukan apa, Coffee Bean ni sangat istimewa di hati kitorang.. Sebab ni lah tempatnya kalau sesekali kitorang nak breakfast sebelum start meeting atau berhempas pulas dengan order.. tu zaman semua buat sendiri.. now alhamdulilah ada staff yang uruskan hal-hal macam tu.. So now dah lain sikit.. Asal ada meeting macam ni kitorang akan discuss tentang marketing dan project baru.  

Settle sembang, Peej and Elly temankan aku gi buat spek mata.. Dari duluuuuuuuuuuuuu  diorang suruh aku buat tapi aku malas hahaha.. Pastu aku selalu mengadu aku tak nampak.. dan diorang happy nanti bagi cheque ke apa aku tak nampak if diorang kurangkan amount.. Kongajo ni.. hahahhaha.. Jomlah buat.. penat telinga dengar diorang membebel.. ni pun diorang paksa ok alang-alang meeting kat Festival City Mall ni diorang heret aku gi buat spek.. 

Masa buat ni Peej temankan masuk dalam bilik yang nak check tahap rabun tu.. Kelaka jugak sebab mata kanan aku ni yang masalah teruk.. Kiri rabun 50 je plus silau 100.  Tapi mata kanan aku dipanggil "Lazy Eye" dan macam function tak function je.. kadang dia focus kadang dia lari focus.. dan silau aku di tahap luar jangkauan akal.. silau 800 ye.. Peej punya silau pun 25.. Aku 800???? Gilo apa.

Sebab tu mata aku selalu letih dan kalau driving waktu malam dan hujan renyai-renyai memang masalah besar bagi aku.. habis pecah silauan lampu tu.. memang ahkak akan menjadi kura-kura di lane kiri hahahaha... so apa orang ni recommend ialah buat glass utk sebelah kiri je.. kalau dia buat belah kanan jugak.. confirm aku akan muntah bila pakai spek kot.. sebab langsung tak balance kiri dan kanan.. Dan aku cuma boleh pakai spek ni waktu driving malam, membaca, menulis dan menaip.. sekarang ni tolonglah.. no 8 dengan 9 pon aku confuse.

So pilih frame ni je.. Lantak lah lawo ke tak lawo ke.. aku pakai untuk buat kerja je.. Hopefully lepas ni akan lebih ok mata aku ni.. masalah kepelikan mata kanan tu dari dulu-dulu lagi.. so biarkan je dia.. at least lepas ni tak yah pass phone kat Pak Radie "Pa baca ni tak nampak" Bebulu je dia.. Eleh dia pun rabun tapi nak eksyen. 

Tata.

Love, 
Filla.

S.T.R.A.N.G.E.R.

$
0
0
Strangers tu apa? Orang asing yang tak dikenali.. Orang luar.. Orang kita tak kenal.. Aku adalah penakut dengan benda-benda macam ni.. 

Saja nak borak.. Korang ada tak perangai macam aku?  Aku selalu tengok orang sekeliling dan anggap orang tu semua strangers dan mungkin boleh buat sesuatu kat aku.. Kadang bila fikir balik ko dah kenapa ni Pilla??? 

Aku rasa benda ni bermula masa aku lepas SPM dan kerja part time.. Kalau siapa ingat aku pernah cerita aku kena kacau dengan orang gila.. Seminggu aku tak boleh tidur malam dengan tenang.. Aku menggigil dan takut.. Aku takut gelap aku takut semua benda.. Aku akan jalan sambil tertoleh-toleh.. Rasanya tu orang panggil phobia kot?  Aku cerita sikit lah kat sini kot ada yang lom baca dan tak tau cerita.. Masa tu aku baru balik kerja (18 tahun) muda lagi hahahaa.. Pukul 8 malam kot.. turun dari bas aku jalan kaki nak balik ke rumah.. Sampai kat satu restoran cina tiba-tiba ada perempuan yang tengah guna public phone datang tarik handbag aku dan dia terpekik-pekik cakap tu bag dia.. Aku terkejut, blur, takut.. menjerit tapi suara aku tak keluar.. Yes itu lagi satu kelemahan aku.. kalau aku terlalu takut aku akan menjerit tapi takde suara kedengaran.. hahahahah pelik ke apa ni.. kalau naik roller coaster ke atau yang kat Genting tu yang tinggi pastu jatuh ke bawah tu.. Aku diam je, cuba jerit tapi takde suara.. Oiii bahaya ok.. kalau kecemasan ke apa suara aku takde.. So sesi berebut handbag berlaku sampai aku jatuh tertangkup atas jalan raya, tapak tangan luka kene jalan TAR.. dan aku still tak tau perempuan tu gila.. sampai lah ada sorang lelaki melayu datang, menjerit dan halau perempuan tu.. Wow drama swasta.. aku harapkan lelaki tu macho dan hensem tapi malangnya biasa-biasa saje.. muahahhahahahah... dia pelawa hantar aku balik naik moto.. tak yah! rumah aku depan tu je boleh nampak dah dari situ.. so dia jalan saing aku ke rumah.. Sampai rumah dia jumpa mak aku cakap aku kena kacau dengan orang gila.. sebelum tu mak aku bukak pintu nampak aku menangis pastu ada lelaki hantar.. Wan kau tau lah.. terus panik dia pun menangis sama ke apa hahahahaa.. 

Bermula dari tu aku jadi takut kat orang.. Pernah aku jalan tetiba ada orang lalu kat aku tanya "dik tumpang tanya, pukul berapa sekarang".. Aku terperanjat ye.. terus lari.. Nasib dah takde macam tu lagi.. Kalau tak mesti orang pelik.. apa hal pompuan ni.. tanya nama, terus lari pecut 100meter.. saiko sangat.

Teringat kat Amsterdam, ada stranger datang masa kitorang tengah lepak minum kat cafe malam tu.. Mabuk ke apa tah.. aku duduk dengan Elly.. husband-husband duduk dpn kitorang.. so aku tengok dia berdepan dengan aku.. Aku berdebar-debar dan aku tengok je tangan dia kat mana.. Aku bayangkan dia bawak pisau dan terus rodok tengkuk laki aku.. So aku cuak.. apa aku nak buat kalau dia rodok laki aku? Nak jerit nanti suara aku tak keluar.. sampai tahap tu imaginasi aku.. Balik dari minum tu on the way nak ke hotel aku pegang je tangan laki aku.. sambil jalan aku asyik toleh keliling.. toleh belakang.. Aku phobia.

Dan paling latest last week.. Aku pegi event kat Tesco awal pagi takde orang.. Tesco pun kedai dalam tu semua belum bukak.. Aku jalan macam biasa.. takde rasa apa pun.. pastu nampak cleaner aku tanya food court kat mana? Cleaner tu cakap tingkat 1.. kebetulan ada lif kat situ.. Aku terus masuk lif tapi aku nampak ada satu kelibat lelaki pakai sweater warna kelabu, tapi pakai kopiah.. Still muda.

Dalam lif dia berdiri sana, aku berdiri sini.. Mata aku tengok je kat button lif sambil diam.. Tapi aku nampak dengan ekor mata dia menyandar kat lif sambil tengok aku.  Damn u.. i is scared u know?  Terus aku terbayang.. kalau dia gila?? Kalau tetiba dia terus meluru dan rodok aku dengan pisau??? Huwaaaaaaaaaa itulah aku selalu bayangkan kalau naik lif dengan stranger.. Pastu tetiba dia tegur "Kalau senyum lagi cantik" Kepala hotak kauuu aku dah lah takut dengan kau yang berdiri tengok orang macam apa.. Aku pandang dia terus macam nak "Ha?".. tapi tak terkeluar dari mulut.. kelam kabut aku keluar dari lif macam kan dia orang jahat.. Tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Nasib depan tu dah ramai-ramai orang terus aku duduk hembus nafas lega.. Bukan ada apa-apa pun tapi aku memang imaginasi terlalu tinggi. Aku rasa insecure kalau ada orang tengok-tengok aku.. tak tengok aku pun aku rasa dia tengok.. Eh ni perasan ke apa hahaha.. Tapi aku rasa kes Pak Radie dengan aku terbalik.. Dia yang rasa aku ni menakutkan dulu.. Masa bercinta tertiba aku ada depan gate rumah dia.. kadang depan gate rumah orang sebab salah gate... dalam hati dia "minah ni lagi.. dah lah sibuk pastu salah gate" 

Bye.


Love, 
Filla.

ANAK-ANAK.

$
0
0
Kak Pilla kembali lagi ;)

Fuhhhh lega semua kerja dah selesai.. Haritu aku ngan Elly travel jap untuk buat survey product.  Bak kata Elly memang by petang dah seret kaki.. Tapi tulah masa singkat so tak boleh lambat-lambat.. semua kerja kena settle.. Peej tak dapat bersama sebab dia tau kaki dia takkan bertahan, ada yang dia duduk bersila atas jalan tahan cab terus balik hotel katanya hahaha.. Kitorang ni sampai berlapar, pukul 4 baru dapat lunch.  Alhamdulilah puas hati kerja settle.

Now plan dah siap rancang sampai end 2016 InshaAllah semua dah susun elok-elok.. Bukan setakat susun.. semua kena laju.. apa kita plan bulan 10, bulan 7 kena buat dah semua.. untuk bulan 2 tahun depan.. bulan 10 tahun ni kene bergerak.. macam tulah meniaga otak macam kena pecah-pecahkan untuk macam-macam benda kena fikir.. 

Now back to normal.. Dealing with stockist yang kemain pantas lagi.. Semua Fame Matte Lip Cream (7 colours) dah ada stock ya.. sila dapatkan dari stokis dan agent kami di kawasan berhampiran anda:

Fame Lip Cream : @agentfame

Fame BB Cushion : @agentfamebb

Boringkannn citer pasal business je.. Amboi pandai mengadu ni... Dah nak buat cemana dik.. Ni dah jadi sebahagian dari kehidupan kitorang sekarang ni.. Nak tanak kena tadah lah telinga.. Thanks kepada yang support Ellfie dan Fame :)

Paling happy of course sebab dah balik ke pangkuan anak-anak.. Rindu semua 3 orang ni.. Kasih aku selalu berborak time pegi and balik sekolah.. Amaani dia jenis tak kisah.. rasa nak borak dia borak.. rasa tanak borak dia buat tak tau je.. Aleesya pulak selalu layan dia malam-malam sebelum tidur.. Banyak betul songeh.. kalau kaki gatal dia akan suruh garu.. Tapi ada dekat 20x cara ko garu tu tak betul.  

"salah mama, bukan garu camtu, mcm ni"

Garu lah cemana cara sekali pun tetap salah.. Urut dada betul tau dia ni.. Sampai lah muka dia sentap mata ke atas "Ish mama niiiiiiiiiiiiiiii" Eh orang pulak salah.. pegi lah garu sendiri.

Oh ye harini Kak Pilla happy sebab sekolah Amaani untuk darjah 1 dah settle.. Dapat pun apa yang Kak Pilla mohon haritu.. Alhamdulilah lega sangat.. Sedar tak sedar dah nak masuk darjah 1 dah Amaani ni.. Kasih dah darjah 5 dah sekarang.. Rasa macam baru je hantar Kasih daftar masa darjah 1 yang dia panik pastu nak muntah tepi jalan.. Hahahhahah Kasih oh Kasih... 

Plan untuk Aleesya pulak nak start Little Caliph next year jugak.. Dia tu pelik-pelik sikit perangai hahaha.. Kalau suka tu sukaaaa sangat.. tapi kalau tak nak tu memang tak nak lah.. Nampak macam happy kemain kalau cakap nak gi sekolah.. Tapi bukan leh caya sangat dia tu.. Terbayang mata ke atas dia tu hahaha.. Now dia memang berdua je dengan bibik sampai lah Amaani balik sekolah tengahari.. Cakap pun ada sikit-sikit gaya indon hahahaha.. dah tentu lah kesayangan bibik dia tu.. Dari dia umur 1 bulan kot dengan bibik.. Ada satu je ayat Aleesya yang aku tak leh nak ubah.. 

"Itu punya Aleesya!!!"

Eh????? Puas aku marah tetap jugak tak leh ubah.

"Tu punya Amaani"

"Tu punya bibik"

"Tu punya papa"

Ko dah kenapaaaaaaaaa?? Oh ada lagi satu ayat dia.

"Nak makan nasi pakai ayam"

"Pakai sayur"
"Pakai telur"

Apa pakai-pakai??? Pakai baju boleh, pakai seluar boleh, pakai ayam CANNOT ye.

Eloklah aku hantar Aleesya gi sekolah next year hahahahah.. Tapi kira bibik ni ok jugak.. Dia bukan jenis yang hulu pedalaman sangat.. So dah lama-lama ni dia dah pandai cakap macam kita.. sikit-sikit tu biasalah.. 

Cuma kesian Aleesya bertahun duduk berkepit je dengan bibik.. Biar dia berkawan-kawan dan belajar sikit.. Takde lah bosan sangat.. Amaani dulu pun dah start sekolah umur 4 tahun.. So itu nanti nak register kat Little Caliph sebab so far aku suka perkembangan Amaani kat sana..

Rasa dah tua dah.. mata pun rasa ada garis-garis halus dah.. mata pun dah makin tak nampak and start pakai spek dah.  salah makan sikit badan berangin.. tak makan salah, makan lebih sikit salah.. sakit pinggang, sakit urat, sakit tapak kaki.. tak leh makan itu tak leh makan ini.. Wow so tua.  

Oklah.. nanti kita sembang lagi ya.. 

Tata.





Love, 
Filla.

FLYING KICK.

$
0
0
Kisah ni dah lama pun terjadi.. Dah 2 bulan lepas kot.. Kes ni jadi kat Kasih kat sekolah.. Nanti aku cerita..

Aku tak tau aku ni jenis macamana yek? Nak kat aku tak protective sebagai ibu tu tak jugak.. Gila kot? Anak kau kene tendang kat perut kot?  Ke aku jenis terlebih kewl so aku biarkan? Eh macam tak je.. Senang cerita aku tak suka besar-besarkan hal yang kecik.. Tapi kecik ke? hahaha ok mungkin aku confuse apa yang terbaik perlu aku buat.. 

Aku bukan jenis apa anak cerita aku terus percaya 100%.. Tapi tu tak bermaksud aku tak percayakan dia.  Cuma aku tak suka konsep, anak cerita sikit terus mak-pak nak melenting.  Sabarrrr bawak bertenang dulu.. Memula sekali Kasih balik sekolah tu.. masuk dalam kereta dia borak-borak macam biasa.. Tetiba dia cakap "Mama, Kasih nak cerita dengan mama, tapi mama jangan cerita kat papa" Well kasih dari dulu memang cenggitu ayat dia.. and aku pulak selalu janji tak cerita tapi lepas few days tetap cerita akan sampai ke bapak dia hahaha.. 

"Tadi kat sekolah.. Kasih borak dengan kawan kasih ni perempuan.. nama dia *** .. Kasih cakap kat dia yang kawan kitorang ni (lelaki) suka kat budak perempuan ni" 

"Kasih main-main jeeeee.. pastu Kasih dah cakap dah kat dia.. takdelah tipu jeeeee"

Lepas tu??

"Pastu rupanya dia dah bagitau kat budak lelaki tu Kasih cakap dia suka budak pompuan tu"

*budak perempuan tu tak hot, sebab tu budak lelaki tu marah*

Then aku kecikkan mata.. "Jappppp, betul ke Kasih dah cakap yang Kasih tipu je? Dah tu kenapa dia bagitau jugak kat budak lelaki tu???"

"Ye mama, Kasih dah cakap dah kat dia, Kasih tipu jeeee, tapi dia bagitau jugak budak lelaki tu, Kasih janji ni Kasih tak tipu"

Ok tu dialog dia.. now biar aku cerita bagi senang paham.. Budak lelaki tu kejar Kasih.. Kasih pulak lari ke toilet perempuan supaya budak tu tak leh masuk.. Tapi budak tu dapat kejar and flying kick satu kali.. Kat perut.  Kasih jatuh terduduk and tersandar kat dinding toilet.

Aku tau jugak Kasih tu nampak je macam tu.. tapi dia gangster boleh tahan.. pernah lah nampak dia bertolak bahu dengan budak lelaki.. Sebab dia cakap budak lelaki nakal suka buli orang.

Aku tak tau nak react macamana lepas dia cerita tu.. nak back up anak sendiri? nak marah budak tu? nak panggil budak tu? nak jumpa mak bapak budak tu? nak mengadu dengan cikgu?

OMG aku tak suka benda-benda macam ni.. So aku diam je.. Pastu Kasih cakap lagi "Mama tau tak, dia tendang Kasih tu.. kelakar jugak, Kasih rasa macam terbang pastu jatuh kat lantai"


*Gulp*

Hoiii anak aku sampai terbang kene flying kick.  "Kasih nangis tak?" Sambil dia teguk air dia angguk-angguk.. "Nangis kejap je masa tu".. "Dah tu, kawan Kasih yang pegi mengadu kat dia tu tau tak?? Dia tengok tak Kasih kene tendang?" "A ah dia tengok.. pastu dia minta maaf kat Kasih sebab dia pegi cakap kat budak tu walaupun Kasih dah cakap Kasih main-main je"

Budak-budak sekarang memang macam tu ke? Tak puas hati je terus terajang orang?  Aku tanya jugak ada apa-apa yang sakit ke.. luka ke.. Kasih cakap takde apa.. So ok lah.. Aku nasihat je kat Kasih.. "Kasih lain kali jangan cerita apa-apa kat orang.. jangan masuk campur hal orang.. buat hal sendiri.. jangan bergaduh kat sekolah.. Kalau sekali lagi dia tendang Kasih, pegi cakap kat dia mama nak jumpa"

Kasih terus jawab "Ok".. Eh dia ni ada perasaan ke tak.. aku tak sukalah jadi mak bapak yang over sangat.. Aku selalu pesan kat Kasih jangan buat orang.. biar orang buat kita.. jangan suka cari pasal.. so far ni dah takde dah kene pukul ke tendang ke.. bagus aku tak pening kepala.  Cuma baru ni dia cakap tengah makan dengan kengkawan kat kantin tetiba group budak lelaki yang tengah makan tu boleh baling diorang dengan makanan... makanan tu ialah nasi ye.. patutlah comot tudung kat bahagian kepala macam ada kuah kari ke sambal macam tu. 

"Dah tu Kasih buat apa???" "Kasih geram.. kitorang tengah makan takde pun kacau budak-budak lelaki tu.. Kasih bangun pegi kat diorang pastu Kasih cakap kenapa baling makanan kat orang??? ada masalah apa??"

Eh anak aku ni suka tau berani-berani macam tu.. Eishhhh aku nasihat lagi kat dia.. jangan lah layan sangat.. biar je nanti budak-budak lelaki tu marah ada yang kena tumbuk pulak.  Dah berapa hari tu aku citer kat Pak Radie yang Kasih kena flying kick.. dia diam je.. Eh eh dia ni? Dengar ke tak aku citer ni?  dah lama tu baru dia jawab "Kasih cakap kat dia, papa nak jumpa dia.. bukan mak bapak dia tau.. tapi dia"

Wow seram ni.. Aku pon cakaplah.. takyahlah biar je dulu.... kalau dia buat lagi sekali baru jumpa.. Pastu tetiba Pak Radie cakap "Sebab tu dari dulu papa nak korang ni semua masuk taekwando.. bila orang pukul kita, kita boleh protect diri dan balas balik" Eh? Boleh protect diri aku setuju, tapi balas membalas no ye..

Ke sebab tu aku ni selalu kena buli???? Aku selalu biar je apa orang buat kat aku.. Aku tak suka nak pening kepala melayan dan memanjang-manjang cerita.  Bagi aku buang masa.  Ke sebenarnya kita kena jugak panjangkan cerita, kena semuka dengan budak tu? Eh malassssssssssssssssssssssssss!!!!

Aku kecik-kecik dulu pun rasanya mak bapak aku tak kuasa nak masuk campur.. ko bergaduh pepandai lah ko settlekan sendiri.. takde nya diorang nak datang sekolah cari budak mana yang buli aku ke apa.. so aku mengikut konsep tu.. Korang rasa apa langkah patut kita buat sebagai mak bapak kepada anak yang di flying kick?  

A.  Beritahu cikgu
B. Jumpa budak yang flying kick
C. Jumpa mak bapak budak yang flying kick
D. Beri peluang kedua
E. Suruh anak aku flying kick dia balik.
F. Buat tak tau je.

Kalau ada jawapan yang tiada di atas boleh suggestkan jugak muahahhahaha.. 

*gambar hiasan, ibu bersama anak yang di flying kick*



Love, 
Filla.

GAYA SHAWL DARI JAN - AUG 2016

$
0
0
Teringat masa memula aku pakai tudung.. 1st day naik kerja lepas cuti bersalin Aleesya.  Maksudnya Aleesya umur 3 bulan.. Berdebar-debar masa tu sebab aku TAK RETI langsung ya.. Masa belum bertudung dulu pun aku tak pernah duduk-duduk depan cermin pastu nak gaya-gayakan tudung.. Bukan sebab dalam jiwa tu takde hati nak pakai tudung.. Tapi sebab aku memang bukan jenis suka berangan nak posing-posing depan cermin.. Aku tak suka.. Aku tak suka fitting-fitting baju pusing-pusing depan cermin kat rumah.. No itu bukan aku.. Nak try-try makeup gaya ni gaya tu.. pastu lap.. Eh malas lah.. So aku rasa sebab tu aku tak de pun nak try apa-apa style dulu bagi mahir baru nak pakai tudung..

Aku ingat lagi masa aku nak pakai tudung dulu, aku takde tudung nak pakai.. So sad.  Aku call kawan aku Moon minta tolong dia belikan shawl dekat Street Mall Cyberjaya tu.. kat sana banyak jual plain chiffon shawl.. murah.. pastu Moon datang rumah nak pass kan shawl.. Aku mintak tolong Moon ajar apa nak buat.. Aku tak reti hahahaha.. Sedih bila ingat balik, sedih juga sebab lambatnya baru aku nak start bertudung.. Moon kata "takpe Pilla, ko pakai caner-caner pun ok.. jangan malu".. Yelah aku segan jugak hehe.. 

So dengan nekadnya hari pertama aku naik kerja masa cuti bersalin tu aku gi kerja.. Ramailah ala-ala tak kenal "waaah dah pakai tudung ke.. tahniah" Eh? tahniah apa pulak.. ko ingat ko menang bertanding ke apa.. Malu aku jalan rasa nak tunduk je.. Dengan tudung ala-ala China Guangzhou pon ada hahahaha.. melepek.. pastu tetiba anak rambut semua keluar berebut-rebut say hello to the world pon ada hahahahah.. 

Sebab aku ni kadang jenis nak cepat dan blur ke apa tak tau lah.. Selalu perasan Peej lah.. Dia cakap kenapa tudung Pilla ni atas tu macam terbalik ke belakang.. dia ingat Fashion baru kot.. Lek je aku bayar kat cashier kedai mamak tu.. rupanya angin tiup yang ala-ala hijabista konon nak loose2 kat depan tu.. kene tiup angin pun aku tak perasan.. rupanya yang tinggal anak tudung je dengan shawl half dah kebelakang..wow so nice Pilla.. Thanks Peej tak bagitau and anggap aku fahionista. *iconmatakeatas*

Bab jalan terpelecok selalu pun aku.. Peej dengan Elly geleng kepala je.. "Why Pilla why???" tu je ayat diorang.. Elly tak suka cakap banyak.. dia ala-ala sengih sikit sambil geleng kepala.. amboi eksyen.. tumbuk kang.  sebab selalu kalau aku terpelecok aku mesti terus tangkap lengan dia, sambil cakap "Elllllyyyyyyyyy"..  hahahha cover malu.  Semua dah biasa dengan kelamkabut Pilla hahahah.. Kalau jalan dengan diorang mesti diorang kalau nampak ada tembok skit ke bumper sikit ke terus tengok muka aku.. tu tembok tu.. Eh macam bawak adik kecik jalan-jalan hahaha.. 

Well aku selalu je tertengok kat fb and youtube shawl tutorial bagai.. tapi aku tengok macam senang.. pastu lupa.. pastu tak kuasa nak carik.. sebab aku selesa pakai kemas.. Bak kata Peej "Ko memang suka pakai shawl tu kemas kan?" hahah bila Peej cakap camtu baru aku perasan memang aku suka pakai kemas.. Aku macam rimas kalau ada yang mengerbang-gerbang hahahaha... ke takut shawl ditiup angin lalu yang tinggal hanya serkup kepala?  Pilla oh Pilla.

Pastu aku godek gambar-gambar dari January till August 2016 and tepek sini.. Jom tengok pesyen tudung Kak Pilla yang agak bosan dan takde style mengerbang-ngerbang hahahah.. 



JANUARY


FEBRUARY



MARCH


APRIL



MAY




JUNE



JULY


AUGUST


Ok gambar last dah pakai spek.. Muka dah macam guru besar hahahahahaha.. Tapi sama je kan gaya tudung Kak Pilla?

Kagum ahkak tengok you alls kemain lagi bergaya.. sambil jalan ditiup angin pun shawl tetap steady.. Kalau Kak Pilla mesti mengerikan hahahaha..

Happy Friday and be Positive :)




Love, 
Filla.

RESEPI ORANG BUJANG.

$
0
0
Tajuk je okayyyy... weekend baru ni Pak Radie buat benda ni.. Well dia bukan bujang ye hehehe..

Aku rasa ada dekat 2 bulan kot dia peram resepi ni dia jumpa kat FB ke apa tah.. Dia memang suka benda-benda simple western food camni.. Ahkak suka nasik ngan ayam masak lomak cili api je ngeh ngeh.

Ahad haritu haku punyalah pemalas.. Baring je kat sofa tengok tv.. layan pulak citer korea kannn.. Pagi dah gi breakfast kat mamak makan puri pergh sedap.. pastu gi giant topup groceries sikit.. by the time sampai rumah dah pukul 12 tengahari.. Mari terbongkang.. Tapi Pak Radie keluar balik beli part paip kat dapur.. Air paip sinki dapur tu asyik keluar non-stop tapi halus je lah.. but still menyumbang kepada kenaikan bil air ye.. Aku dah cakap 2 kali.. nak buat, buat.. tanak buat sila bayar je bil.  *iconmatakeatas*

So masa ahkak layan citer Korea tu.. tengok dia bertukang kat dapur.. cepat-cepat Kak Pilla alih kedudukan hahaha. nanti dia nampak aku tido tebongkang tengok tv, mesti dia sakit hati hahahah.. Kitorang memang hidup saling mendengki.. Dah siap kerja dia aku jenguk dapur.. Hoi kuyup segala lantai.. tapi dia mop la, tapi tak betul-betul kering pun.. Haih lah orang lelaki buat kerja memang camtu kot..

Pastu dia cakap kat anak-anak dia "Ok harini papa nak masak fries macam yang kita tengok kat FB haritu"

Fuhhh ko tak tau aku ni menadah tangan penuh kesyukuran.. selamat mak kau tak yah masak hahahaha.. 

Pastu aku dengar dia jerit dari dapur.. 

"Bawang mana? Awak habiskan ke?"

Aku bangun ke dapur.. 

"Ni apa?" suakan bawang ke depan mata dia.. 

Pastu ai kedepan balik sambung layan Korea.

"Cheese pa beli dulu tu mana?" *sambil geledah freezer kat atas*

"Pa, orang tak letak shredded cheese kat tempat ikan atas tu.. cari belah bawah"

Pastu dia jumpa sengih je.

"Mana Prego Sauce yang gambar mushroom tu?"

Eh dia ni.. rasa nak tarik and tolak dia ke tepi.. bak sini biar aku yang masak.. dekat doplohkali aku bangun duduk nak mencari barang-barang dia nak masak.. 

Pastu aku nampak dia tenggek dua kuali.. Kenapa nak tenggek dua kuali?

"Satu nak buat sauce dia, satu nak goreng fries" aku jeling je tengok dia boleh handle tak.. aku datang balik tengok dia tengah masak sauce pastu kuali sebelah ada 2 batang fries sikit lagi nak hangus.. 

"Ni apa???"

"Eh tadi nak test minyak dah panas ke belum, tolong goreng fries"

Eishhhhh.. budget multi tasking dia ni.. kalau aku tak jenguk mau tebako dapo ni.

So Kak Pilla tolong dia goreng fries and tengok dia belagak ala-ala master chef.. kemain lagi dia letak memacam.. chilli powder lah.. oregano mende tah.. black pepper dan lain-lain.. dia pun tak tau lah aku rasa.. dah dia nampak tu je kat rack comel tu.. dia bajet la ala chef.

Kak Pilla jeling je keliling dapur tu.. becak atas meja dapur tepi sinki.. Haku diam je.. tapi tangan ai mengelap jugak.. dia nak masak tak leh complain, nanti langsung tak nak ke dapur habislah ahkak.

Proper resepi aku tak tau.. tapi kalau korang nak try rasanya senang je.. masak cincai je ni.. tuang minyak sikit then tumis bawang besar holland (bawang yang kulit orange).. bawang tu potong ala-ala hiris dadu kasar.. tu aku nampak Pak Radie yang potong camtu.. 

Dah tumis tu boleh masukkan minced beef kacau hingga kering air.. pastu tuang prego sauce original.. buh garam, black pepper, chilli powder dan apa-apa yang korang rasa logik nak letak hahahha.. masuk sekali sausage kalau nak bagi nampak meriah.

Goreng fries dan letak dalam loyang... tabur sedikit garam dan gaul fries bagi rata.

 Tuangkan sauce atas fries... Kalau boleh jangan kering sangat sauce yang korang masak tu sebab lepas ni nak bakar lagi dalam oven.

 Taburkan shredded mozarella cheese.

Bakar selama 10 - 15 minit dalam oven dengan suhu 180c.

Tengok-tengok kang rentung puler.. Pastu boleh dimakan bersama salad.. Gambar takde sebab semua gelojoh.

Korang cubalah kalau rajin.. senang, simple dan lazat.

Kembang lah tu hidung orang tu.. Neway thank you Pa.

Ma rasa awak masak sedap gilaaaa.. kalau digilap lagi bakat awak ni, ma yakin awak boleh sampai ke taraf chef-chef terkemuka antarabangsa.  Kalau nak lebih confident awak kena asah bakat ni.. gilap lagi bakat ni.. every week kena turun dapur masak macam-macam..

I support U.

*Yeay selamat ai leh tebongkang tengok Korea hari Ahad.  Gud luck Pa! U can do it Pa! #muahciked.



Love, 
Filla.

GUMMIES YANG KAYA DENGAN DHA.

$
0
0
Baru-baru ni Kak Pilla ada terbaca kalau kita nak didik anak or bagi makanan berkhasiat untuk otak, better mulakan dari kecil.. sebab otak akan mula berkembang dengan aktif dari bayi hingga berumur 6 tahun macam tu.. Maksudnya perkembangan otak masa tu sangat laju dan ni lah masa yang paling sesuai untuk kita berikan Scott's® DHA gummies, supplement, makanan berkhasiat dan lain-lain.. Dah tua macam mak dia ni memang tak dapat ditolong hahaha..

Kak Pilla tau DHA semua tu sangat penting untuk perkembangan otak dan bagus untuk mata.. Tapi tak pernah kaji hahaha.. tau lebih kurang je.. So bila berpeluang datang event yang dihadiri juga oleh Dr. Ali Azman Minhaj haritu barulah terbuka sikit minda.. Otak kita perlukan sekian-sekian DHA ya.. tapi secara logiknya kita tak mampu berikan DHA sebanyak itu untuk anak-anak dengan diet harian.. Apa makanan yang mengandungi DHA? Contohnya ikan air dalam (deep sea fish) seperti Salmon dan kuaci.. memanglah boleh beli je kat hypermarket.. tapi cukup ke setakat makan 2,3 suap?? Jawapannya ialah TAK CUKUP.

Ok itu apa yang Kak Pilla dengar sendiri.. dannn masalahnya sekarang anak-anak kita nak ke kalau kita suapkan fish oil?  Confirm berkejar-kejar nak tangkap dia bagi makan fish oil dalam bentuk liquid dan berbau hanyir.  Aku pun tak sanggup telan hahahahha.. ini kan pulak budak-budak tu.  Tapi cuba suapkan gula-gula.. Tak payah kejar ya.. dia yang akan kejar kita nak gula-gula hehehe..

Ni lah yang paling menggembirakan Kak Pilla sebagai ibu.. dah tak nak berperang terpekik-pekik bergaduh-gaduh kalau nak bagi diorang makan / telan benda berkhasiat seperti Scott's® DHA gummies.. Terima kasih lah sebab pihak Scott's boleh terlintas untuk keluarkan produk yang menyelamatkan para ibu bapa hahaha.. Paling suka sebab dia berbentuk 'gummies' so just kunyah-kunyah dan telan.. langsung takde bau dan rasa ikan.. ada dua perisa iaitu Orange dan Strawberry perghh sedapnya..

Dalam satu botol tu ada 3 shapes (crab, fish and octopus) which anak-anak Kak Pilla semua akan berebut-rebut.. Tapi Kak Pilla akan limitkan sorang boleh makan 3 ketul je sehari.. 3 ketul gummies mengandungi 40mg DHA.  Senang dah sekarang tak yah pujuk rayu dan berkejaran nak suruh makan fish oil.  Walaupun berbentuk crab, fish and octopus tapi kebaikan fish oil ni telah diperangkap di dalam gummies ni sendiri tanpa ada bau dan rasa ikan.. Siap dengan Vitamin D lagi, sebab tu budak-budak suka.. Dalam bentuk kunyah ni senang sikit kerja kita sebagai ibu.. kalau jenis liquid tuang kat sudu memang susah sikit.. nak kejar anak satu hal.. habislah tumpah-tumpah sebab nak kejar dengan sudu penuh tu hehehe..

Seronok dapat pergi Bright Little Explorers event yang penuh dengan perkongsian ilmu.. Barulah Kak Pilla tau apa kepentingan DHA ni.. Sangat-sangat penting untuk perkembangan otak anak-anak.. So kalau kita semua rasa kita perlu beri yang terbaik untuk anak-anak jom lah sama-sama bagi diorang makan Scott's® DHA gummies ni.. Dah ada dijual di semua leading retail outlets.. Kat rumah ni semua tak kisah Orange atau Strawberry flavours sebab dua-dua flavours ni sedap.

Nak tau lebih lanjut jom visit:





Love, 
Filla.

MASALAH JERAWAT TIADA LAGI.

$
0
0
Gembira betul tengok customer Ellfie ni happy pakai set Ellfie Essence.. Gambar ni actually Agent kita Liana dari Subang / Shah Alam yang hantar.. Thank you Liana ;)

Dia kata customer dia ni sangat consistent dan sabar.. now tengok sendiri hasil dia..


Tu lah Kak Pilla habaq kat you all.. Kalau ada masalah kulit wajah yang teruk pun kita boleh rawat dengan set Ellfie Essence ni.. Apa korang perlu lakukan cuma sabar dan consistent. 

Korang boleh nampak gambar sebelum pakai Ellfie ni.. Kulit ada masalah jerawat yang teruk, kemerah-merahan, bintik-bintik hitam dan jeragat.. Which memang kena ambil masa yang agak lama sikit untuk betul-betul pulih.. Tapi berkat kesabaran customer kita ni.. banyak perubahan yang kita nampak.. Selepas 4 bulan ;)

 Merah-merah dah hilang.. jerawat yang besar-besar dah banyak kurang, kulit cerah sekata.. bagi lagi masa 2 bulan inshaAllah bebas dari semua masalah ni.. 

Set Ellfie Essence ni actually sesuai untuk semua masalah kulit.. dari yang bermasalah teruk atau masalah biasa-biasa je.. Contoh Kak Pilla dulu muka berminyak di T-Zone, pori besar di dahi, jerawat selalu tumbuh merata, kulit kusam (ngeri) macam-macam lagi lah hahahah.. Macam tak percaya selepas mula guna Ellfie dari sebelum launch product ni lagi sampai lah sekarang, omg banyak gila perubahan.. wow taksub produk sendiri.. Eh biarlah dah memang betul hahaha.. 

Sebab tu Kak Pilla yakin set Ellfie Essence ni memang boleh bantu you all.  Harga pun tak mahal.. RM120 je satu set.. ada cleanser and toner 30ml dan day cream dan night cream.. So total ada 4 barang dalam satu set.  Apa yang jimat?? day cream tahan 4-5 bulan, night cream 3-4 bulan.. kalau habis dulu pun cleanser and toner.. Jangan risau kita ada jual loose cleanser and toner 50ml (lebih besar dari dalam set.. Each RM55 beli 2 loose tu RM100.. 


Now tengah Promosi Merdeka, beli 2 set dapat FREE 1 shopping bag Ellfie

 Tengok gambar ni pun boleh nampak kualiti bag terbaik yer.. inspired by Harrods gitu.

Ada dua kaler sila pilih nak warna mana.. dua-dua pun lawa.

Nak beli bag sahaja pun boleh cuma RM45 sahaja.  Tapi siapa belum pernah try set Ellfie Essence silalah cuba sebab memang best.. kalau tak i tak jadi pengguna setia sikit lagi nak masuk 2 tahun youolls.



Jangan lupa kalau nak COD/Pos Shah Alam or area Subang boleh contact agent kami :

Liana - 012-2937670

------------------------------------------------------------------------------

Siapa nak pos atau walk-in area Setapak boleh contact Ellfie Beauty HQ :

Whatsapp : 013-2755197




Love, 
Filla.

PROMO MERDEKA DAPAT FREE SHOPPING BAG!!!!!

$
0
0

*sticky post*
Ramai yang tak sabar nak Shopping Bag Ellfie kan? So ni lah masanya untuk korang dapatkan secara PERCUMA.


BELI 2 SET 

ELLFIE ESSENCE atau ELLFIE GOLD SERUM

+

PERCUMA 1 SHOPPING BAG ELLFIE


Contoh:

Set Ellfie Essence = RM120 x 2 = RM240 + Free 1 Shopping Bag Ellfie

Set Ellfie Gold Serum = RM130 x 2 = RM260 + Free 1 Shopping Bag Ellfie

atau 

1 Set Ellfie Essence (RM120) + 1 Set Ellfie Gold Serum (RM130) = RM250 
+ Free 1 Shopping Bag Ellfie




Boleh tak saya nak beli bag sahaja tanpa membeli Set Ellfie?
Ya, boleh.. Sila refer harga di bawah.


Shopping Bag = RM45 + RM8 (postage)
Total: RM53 sahaja.



Contoh size Shopping Bag Ellfie.  Berkualiti tinggi, menggunakan material yang tebal dan kalis air, jahitan yang kemas.

Boleh pilih warna yang disukai ok.. (Hitam atau Hijau) sementara stok masih ada ni baik pilih laju-laju warna kesukaan anda hehehe.. 

Promo Merdeka
22 Ogos 2016 - 16 September 2016




Whatsapp : 013-2755197



Love, 
Filla.

PUNG PANG PUNG PANG Kak Pilla berborak.

$
0
0
Huish dari pagi dok upload gambar pastu tengok eh tak letak watermark pulak.. so remove balik and buat balik.. pastu no internet connection.. sambung buat kerja office bla bla bla.. pastu eh nak gi pasar lunch time nak beli ikan, ayam, daging, sayur.. Wow berkejaran gitu..

Belum masuk lagi order stokis ohoi hampir pitam.  Tapi kalau free baru boleh reply sorang-sorang.. Sabar ye, i ada 10 jari je hehehe.. 

Rasa wow lamanya tak update blog.. Nak update pasal apa dah takde idea.. Tapi ada lah gambar sikit-sikit ni kita tepek sini ye..

 Gulp lapar.. Lunch tak makan.. so nampak ni pun rasa nak makan je pc depan muka ni, nyampah.  Hari jumaat kot ni.. Pak Radie keluar gi ride moto kapcai gi makan ikan bakar.. kemain lagi dia.. Tapi bagus gak dia takde.. so tak rasa bersalah sebab dia bukan suka sangat spaghetti hehehe.. Paling suka segala spaghetti noodle-noodle ni ialah Amaani ;)

Pastu Sabtu memang tak kemana.. penat keluar.. Kasih ada cakap nak ajak gi Pavi.. Eh malas ye.. jauh kottt.. Kita gi IOI mall cukup.. Ko tak pikir lagi masa nak keluar tu.. Aleesya buat hal pakai dah lawa, ntah apa yang tak kena dah terbaring je kat lantai.. Amaani cakap tak nak ikut.. pastu last minute nak ikut pulak.. yang kecik tu ngantuk kot dah lah mengamuk-ngamuk kat lantai.. peluh-peluh aku kehulu kehilir.. ni nak pegi ke nak tinggal???? menguji kesabaran hahahaha.. 

Dugaan betul bila budak-budak nangis meragam.. "Aleesya nak tinggal yeh?" Uwaaa waaaa waaa kemain kuat nangis.. maknanya tak nak tinggal lah kan? "Ok kalau tanak tinggal jom ikut mama kita gi jalan" Eh terus lembik sambung lagi nangis.. nak dukung terus lembikkan badan.. Eh budak ni.. Nak pegi ke tak nakkkkkkkk!!! Nasiblah sejak anak dah 3 ni kesabaran aku tinggi sikit.. Faktor umur pun ye jugak.. hehehe.. Kalau umur i 25 tahun memang siapa nangis sila tinggal.

Sampai je IOI mak kau dah kebulur.. Aku tak leh ye.. Kalau lapar memang jangan lah nak ajak singgah tengok itu ini.. Aku kena cari makanan dulu.  Pastu aku memekak "Pa cepatlah lapaaaa, nak makan mana? nak makan apa?" Terus Pak Radie hangin.. "Sabarlah.. jalan je dulu nanti nampak apa nak makan kita makan lah"

Eh i cannot ye.. Terus decide, terus pegi.. jangan nak tengok-tengok.. "No fastfood, nak nasik" kata Kak PIlla.  Pak Radie cebik.

Baru nak sentap pastu nampak Ayam Penyet.. Wow terus berseri muka ai ;)

 Laju gila duduk tak yah nak menu, aku ngan Kasih nak ayam penyet je.  Orang lain sila cepat sikit order.

 Pak Radie amik ayam bakar.. Dia tu tekak suka je manis.. Kak Pilla cannot ye.. apa ni ayam nak manis-manis pulak.. 

 Amaani nak noodle Bakso.  Aleesya nak nasi kosong je hahahah.. tapi dia share jugak mee dengan Amaani.. Meat balls tu tak leh telan erkk.. tak sedap sebab macam bau daging yang kuat tu.. ergh.

Ok dah kenyang baru best jalan.. Happy je jalan tengok itu ini.. Sempat lah rembat table cloth kegemaran kat H&M.. hehehe itu jelah aku ni.. ada lagi yang belum pakai, tapi Kak Pilla memang lemah dengan table cloth dan segala cadar, quilt cover semua tu heheheh..

Dah tu Pak Radie suruh pegi bawak budak dua orang ni naik train, dia gi solat dulu dengan Kasih.. Pastu dia siap pesan "Mata tu jangan nak tengok phone je, tengok budak-budak ni".. Of course darling, don't u worry.

Nyampah ai hahahaha.. Kemain happy budak dua orang ni.. Tadi eksyen tak nak ikut konon.

 Buah hati.  Amaani now pendiam sikit.. Aku rasa anak no.2 ni memang ada perangai aku sikit.. Sebab Kak Pilla anak no.2 gak.. Dia tak kacau orang pun, tapi jangan bagi dia marah.  Amaani sekarang ni kalau tegur sikit dia terus kerut kening mata kemain tajam lagi.. pastu dengar dia bisik tak puas hati "asyik Amaani je salah".. Wow wow wowwwww... Terus Kak Pilla marah Aleesya jugak.. biar sama-sama kena.. Dia dua orang ni kalau bergaduh, mak aih seram tengok.. dia ada sesi cengkam.  Nasib kaulah luka ke berdarah.. siapa lagi pantas cengkam dia menang.. si kecik ni pun tangan laju leh tahan.

Baru ni Kak Pilla masuk bilik air bawah.. bilik air bawah tu guna pintu folding door plastik tu.. elok duduk kat toilet bowl tengok eh apasal terbelah dua??? "Bik, kenapa pintu bilik air ni pecah dua??" Dia cakap "Ohhh haritu Kasih kejar-kejar dengan Amaani.. Amaani lari terus langgar pintu ni pecah".

Wow hebat korang kan? sampai pecah pintu.. urut dada mak kau.. nasib lah apak ko pandai pasang segala pintu.. dah tak pasal beli pintu baru.. anak dara i dah pecahkan pintu.

 Time baik.. Time gaduh agak seram.

Hari Ahad, Wan ngan Atok Brahim datang rumah beli breakfast utk budak-budak.. Sebelum Wan sampai, Kak Pilla and Pak Radie gi breakfast berdua makan puri.. Fuh first time kot dapat breakfast berdua.. Macam merpati dua sejoli wow. hahhahaha.. Pastu terus singgah basuh kereta.. 

Balik rumah, Wan dengan Atok dah ada. so kitorang melepak je kat rumah.. Pastu rasa dah lapar terus ajak Atok ngan Wan gi Pizza Hut hahahaha.. Pemalas betul nak masak.. Dahlah pemalas pegi pasar.. So kitorang pergi berempat je dengan Kasih sekali.. orang-orang kat rumah Kak Pilla dah orderkan Pizza delivery.. Sungguh pantas hahaha.. so sesama kita makan pizza, tempat je lain-lain.. Pak Radie tak habis lagi pasang pintu bilik air.. sian dia, takde anak boy, tapi anak ganas serupa boy.. Ok lettew hehehehe..

Dah kenyang balik rumah.. "Mama balik ni makan apa?""Memang tak makan lah, kenyang sangat dah ni".. Aku pun angguk ingat aku sama lah camtu gak hahahah..

Baring-baring dengan Icha ngan Pak Radie tetiba rasa lapar.. Pak Radie cakap macam lapar.. terus aku terbeliak.. Eh samaaaa.. lapar jugak.. Jom???? 

Terus sama-sama turun bawah.. dia goreng telur, Kak Pilla buat indomie hehehehe.. 

Gulp lagi sekali.. Lapar ni tak makan lagi huhu..

Eh apa merepek panjang sangat cerita ni? hahahha.. Ok meh Kak Pilla hint sikit pasal Fame Matte Lip Cream ni ;)

Soon kita akan keluarkan Set Limited Edition.  Dalam satu set ada 2 warna meletop pom pom.  Specialnya ialah 2 warna ni korang tak leh dapat di mana-mana sebab hanya ada dalam Set LE ni sahaja.. Once set ni habis dijual.. tata sayonara.  


2 kaler berbeza.. atas kaler brownish sikit.. Kalau buat smokey eyes pom pom pom meletops.. tapi ai tangan tak berapa kreatif nak makeup heavy-heavy ni hehehehe.. Yang bawah ni actually lebih gelap kaler dia.. tp dalam gambar nampak lain.. Favourite Kak Pilla, masa memula dapat rasa nak lompat bintang sebab well, this is my colour!!!!!! 

Tak boleh cerita lebih-lebih nanti tak surprise lah kan??? Tapi cuma nak bagitau.. korang semua boleh dapatkan Set Limited Edition Autumn Collection (matte lip cream) ni tak lama je lagi.. Eishhh sikit je lagi.. Kalau tak nak terlepas sila follow ig @fame_cosmetics sebab kita akan announce kat situ ;)


Gulp tak sabarnya.. Seriously 2 colour ni seksi di bibir, warna meletop!!!


Tata.



Love, 
Filla.

LOVE-HATE RELATIONSHIP DENGAN PASAR IKAN.

$
0
0
Semalam aku gi pasar.. dari sehari ke sehari rasa nak pergi pasar tapi hasrat terbantut sebab malas.. tapi mengenangkan esbok takde haiwan nak dimasak dah.. so kena jugak pegi.. Kali ni aku pegi lagi pasar yang aku dok gebang murah tu kat Putrajaya tu.. Presint 8 kalau terdesak baru pegi sebab mahal mencekik darah.

So kali ni perbelanjaan pasar beli ikan merah sekor (sekali masak) dapat harga RM20.. aku tak reti tu murah ke mahal? ok kot kan.. pastu tenggiri setengah ekor dapatlah 2 kali masak kot.. udang RM29 sekilo kira murah kan? kat area sekolah Kasih tu ada supermarket kecik ala shoplot nama BAZAAR orang putrajaya tau lah tu.. udang xxl tu RM39.99 sekilo.. dasyat sekarang ni harga semua mencanak naik.. dulu aku apa pun tak tau.. tapi dah tua, anak ramai, memang diri sendiri kene pegi pasar so aku tau lah sikit-sikit.. sambung balik, pastu beli udang dengan sotong tu.. tak tau berapa kg main ikut suka je amik.. then tambah kembung fresh gila keras-keras lagi badan dia.. amik 3 ekor (besar) pastu amik ikan sardin 6-7 ekor.. 

udang
sotong
ikan kembung
ikan sardin
ikan merah
ikan tenggiri

Kena RM98.. Ok kan?? Pastu suka beli sayur kat sana.. murah.. sorry pasar P8 ai asyik kutuk u je. sapa suruh mahal.  Ramai kengkawan aku bising kata Pasar P8 mahal.. sayur ko amik sikit-sikit je.. confirm berbelas ringgit.  Ni aku semalam beli
2 carrot
1 lemon
secekak serai
2 ikat sawi pendek
1 ikat bayam
bendi 7-8 biji
daun kesum seikat
kunyit hidup
cili padi segenggam
5 biji tomato
daun bawang + daun sup sikit

total dalam RM12-14 macam tu.. tak ingat.. Wow murah tu.. Lepas ni akan cuba istiqomah ke pasar hehehe

Ada yang tanya cemana masak sup ikan merah.. Actually lauk ni favourite Pak Long (abang aku) masa masak ni teringat kat dia..

Kak Pilla buat senang je.. Just guna sup ikan bunjut ni je ;)

Bawang merah blend (2 sudu)
bawang putih blend (1 sudu kecil)
kalau ada lada hitam boleh tumbuk sikit.. kalau takde pon takpe
sedikit halia hiris
Carrot

Dah itu je hehehe.. panaskan minyak sikit tumis je segala bawang, halia semua tu campakkan apa yang ada dalam packet sup ikan tu.. sampai dah naik bau baru masuk air dan carrot.. pastu leh masuk ikan.. perasakan dengan garam.. kalau suka pedas boleh hentak cili padi sikit.. tapi Kak Pilla tak leh lah sebab budak-budak nak makan.. last tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.. makan dengan nasi panas.. leh lawankan dengan tempoyak calit ke, sambal belacan ke, sambal hitam raub ke..

Eish bejejeh ailio pepagi ni citer masak memasak.




Love, 
Filla.

CUTI HARI MERDEKA.

$
0
0
 Ingatkan cuti Hari Merdeka sehari tu boleh lah tergolek-golek kat rumah.. Pukul 12:30 tengahari tu Pak Radie tetiba cakap "Jom"

Eh dia ni.. jom pegi mana??? Tak cakap apa pun?  Dia cakap jom keluar jalan gi makan ke apa-apa yang patut.

Terus Kak Pilla seret kaki bersiap hahaha.. Pagi tu breakfast berdua dengan Kasih.. Dia ada tanya "mama, Dip & Dip ada kat mana?" Eish dia ni dah membesar tauuuuu je tempat makan lah itu inilah.. Aku suruh dia google sendiri.. pastu dia cakap "Mama, kat IOI Mall Putrajaya ada!!" 

Aku cakap tengok lah kalau rajin.. pi tanya papa, mama tak tau.

Pergilah kitorang menuju IOI tu.. pergh tak tau ada apa kat sana? Jammed tak bergerak.. masuk parking, terus keluar balik tak sanggup.  So aku pulak google tengok kat Bangsar Jln Telawi ada.. tapi lapar nak makan steak, i teringin hahahah.. Oklah tu Chillis pon ada kat Bangsar so mari anak-anak ;)

Bestfriend sangat dia berdua ni.


 chubby ke pipi Kak Pilla.. korang silap ni... Now tengah cuba tak makan banyak hahahaha.. kat opis breakfast pagi akan makan mihun sup je, tak nak makan nasi.. tengahari tak lunch.. balik rumah masak, baru makan.. tu pun awal pukul 7:30 makan.  Pipi tu ilusi tudung je tu.. cara lipatan tudung tu nampak pipi pau.. hahahahah #ikenotterimahakikat

 Tak tau bila masa Kasih dah besar.. tetiba je besar. 

 See? Kasih mesti akan duduk sebelah Kak Pilla.. Dia jenis manja tapi mak dia jenis garang.

Tapi sekali mak dia datang angin gedik, dia akan pandang sambil cakap "omg mama, please don't be so gedik"

Berani eh????



 Alhamdulilah konyang.

Tengok jam dah pukul 5.  Kasih nak makan Dip n Dip tu.. baik asar dulu siap-siap nanti senang.. kat BSC ni ada Surau kat Level 4 tu.. First time Kak Pilla pegi surau sini, omg lawa kot surau dia... sukaaaaa!!! Kasih cakap "mama empuk gila carpet dia" tepi tu dia buat ala-ala gazebo panjang ada tempat lepak ala-ala Bali sikit.. Terus rasa macam tu impian aku tu, rumah ada tempat lepak kopi-kopi, breakfast pagi-pagi dengan family, petang minum kopi dengan goreng pisang sambil tengok anak-anak bermain kat tepi laman.. Pommmmm! terkejut dari lamunan hahahahahah.. berangan je kau ni.

 Icha heheh.. Icha ni sekarang dah amik alih tempat Amaani.. Now dia pelawak kat rumah.. Kasih cakap, "Mama, Kasih rasa adik-adik Kasih ni, Aleesya paling gangster" hahahhaha.. menjerit pun suara dia paling petir.  Aku selalulah ajar dia English tapi dia sakit hati hahahah.. dia nak cakap melayu jugak, pitam.  "Aleesya, what is this?" dia jawab "TELINGA""ok, Telinga is Ear".. dia pandang hujung mata dia jawab "TELINGA!! TELINGA!! TELINGA!!"

Ko ghaser? Ok tu takpe, aku tanya lagi "What is you name?""Aleesya" eh pandai pulak.. pastu aku tanya "What is my name" (refer kepada aku) relax je dia jawab "Mama Syafika".. Eh??? Syafika tu anak jiran kat depan tu.. apahal nama aku Mama Syafika??? "Nooooooo!!! ni Mama Filla!!" Dia tetap cakap "Mama Syafikaaaaa".. takpun dia panggil aku "Ni Mamak, Mamak roti canai" 

Ko ghaser?

Ok dah sudah lah citer pasal Icha tu.. dah settle start engine kereta kitorang ke Dip n Dip, Bangsar biasalah mana ada parking.. Pak Radie drop, aku turun dengan budak-budak.. dia gi cari parking.

Huishhhh tengok menu hoiii coklat semata-mata.. Siapa gila coklat silalah pergi hehehe.. Budak-budak ni paling happy lah makan benda-benda macam ni.. Ai on diet i tak makan semua ni.. hahah sila percaya.




 Alhamdulilah aku happy dikurniakan anak-anak 3 orang ni penyeri hidup aku.. Aku bersyukur aku ada Pak Radie yang rajin layan perangai aku and anak-anak.. Eh dia tak layan pun aku ni.. tapi aku tau dia sayang aku ni.. dari dulu dia pelindung aku.. siapa buat aku memang masak.. aku pun takut... sebab dia tak tunjuk, tapi dia buat..  dan aku happy dikurniakan seorang abang yang tak banyak songeh.  last sekali aku bahagia masih ada mama dengan ayah yang selalu support aku.. apa je yang melibatkan mama dengan ayah aku sedih, aku boleh hilang akal.  sila jauhi mak bapak aku walau dengan apa niat sekali pun.  sakitkan hati aku takpe aku dah biasa, tapi bukan hati mak bapak aku.

Sebab keluarga adalah segalanya bagi aku.  Anak, husband, mak ayah, abang, mertua dan keluarga mertua.. semua tu orang-orang penting bagi aku.. 

Sementara korang masih ada keluarga disisi, jagalah keluarga, berilah kasih sayang, lindungi keluarga dari orang-orang yang cuba menyakiti mereka, keluarga tak leh ditukar ganti, once dah takde, hanya memori yang tinggal :(




Love, 
Filla.

FAME MATTE LIP CREAM LIMITED EDITION DI PASARAN HARI INI.

$
0
0
Finally Fame Matte Lip Cream Limited Edition for Autumn Collection 2016 dah berada di pasaran.

Berdebar nak tunggu 'baby' ni keluar.. Pihak HQ baru distribute to stockists and agents pun diorang asyik non-stop restock.. Belum jual lagi kot masa tu.. Alhamdulilah Limited Edition ni 2 warna terbaik yang kita bawakan untuk peminat Fame Matte Lip Cream (FMLC)

Dua colour terbaru (Glam dan Topaz) yang modern dan bersesuaian dengan Autumn mood.  Packaging kali ni pun kita spend more supaya nampak cantik dan meletop ;)  Untuk dua warna ini hanya terdapat di dalam set Limited Edition sahaja dan kita takkan jual loose ya.. Once set ni habis di pasaran.. korang tak boleh dapatkan lagi.. So better grab sebelum sold out.

Jom tengok warna Limited Edtion yang model-model ni pakai.. Kita saja pilih 1 model berkulit cerah dan 1 model berkulit hitam manis ;)  Tapi you all kena tahu ya, setiap bibir berbeza sebab tu kita rasa macam orang tu pakai jadi warna lain? kenapa kita pakai jadi warna lain? pertama sebab bibir kita ada yang gelap semulajadi.. ada bibir yang memang pink sebelum pakai apa-apa pun.. so kaler akan jadi lain disetiap bibir ;)

Left: Glam
Right: Topaz

Topaz

 Glam

Packaging yang menarik sesuai untuk dibawa kemana-mana.. Kalau macam Kak Pilla memang akan bawak sekali dalam set macam tu.. campak dalam makeup bag :)

  

Kalau nak tengok di kulit boleh refer gambar di bawah.

Ni kulit tak berapa cerah ye.. So dia akan jadi kaler ni.. 

FMLC Limited Edition mula dipasarkan hari ini dengan hargaRM70 dan postage RM6.. So you all boleh dapatkan dari Stokis dan Agent kami yang sah ok?  Nak jimat boleh beli lebih dari satu set so jimat duit postage :)

Follow kami untuk maklumat terkini:







Love, 
Filla.

MARIGOLD YOGURT DRINK DANCE

$
0
0
Baru-baru ni Kak Pilla dapat invitation untuk datang ke Sunway Pyramid dan lihat sendiri "How Do I Look Asia which Official Beverage Sponsor ialah Marigold Yogurt Drink.

Ada few activities menarik disediakan pada haritu termasuk yang dinanti-nantikan ialah Zumba hehee.. So mari kita pakai pakaian yang selesa ;)

Wow sana sini ada sign How Do I Look Asia ni.

Kak Pilla sampai awal so acara belum bermula lagi.. 

Wow mirror selfie hehehe

Ada contest kat stage tu sebenarnya.. Semua peserta tu kena buat #MarigoldYogurtDrinkDance.. Ada budak kecik umur 4 tahun menari jugak.. Comellllllllllllll sangat hahahha.. kita yang tengok ni pun rasa nak joget sama sebab step dia fun dan buat kita rasa nak dance ;)

Adik baju hijau ni yang paling comel hehehe kemain lagi dia buat #MarigoldYogurtDrinkDance

Ni ada peluang baik untuk you all join contest jugak.. Caranya mudah je jom tengok step:

1. Upload #MarigoldYogurtDrinkDance video di Facebook dengan hashtag  #MarigoldYogurtDrinkDance dan pastikan post anda tu tak private ya.. setkan viewable by the public.

2. Share video link anda di ruangan komen Facebook Marigold sebelum 18 September 2016.

3.  Jangan lupa click button LIKE di Facebook page MARIGOLD Yogurt Malaysia untuk update terbaru ya.

Weekly winners akan berpeluang memenangi grand prize "RM1000 shopping gift card @ Zalora"memang sedaplah dapat shopping free hehehehe..

Sebelum tu nak tayang Marigold Yogurt Drink kiter heheheh.. Favourite i dah tentulah Strawberry and Mango.. Tapi letak kat rumah berebut dengan budak-budak.. Tensi akak.. tuang banyak-banyak dalam botol minuman dia.. terus bawak ke depan main basikal.. minum sikit-sikit lah nanti cepat habis hahaha..

Ok jangan lupa ya minum Marigold Yogurt Drink 0% Fat and 0% Cholestrol.. dibuat dari jus buah sebenar yang kaya dengan Kalsium.. Rasa dia nyummmehhhh ;)

Visit https://www.facebook.com/MARIGOLDYogurt.MY/ untuk maklumat lanjut.



Love, 
Filla.

HIJRAH DAH ISTIQOMAH.

$
0
0
Now hangat isu Uqasha dan Safiey.  Hangat sebab diorang berdua tu semua orang kenal.. Sebelum ni Kak Pilla just baca je lah apa yang viral kat social media tu.. Tapi terkesan di hati juga sebab sedihlah kan.. Hidayah tu bukan senang kita nak dapat..  Sesungguhnya kalau kita dapat hidayah tu tak ternilai harganya.. Tapi sayang atas sebab-sebab tertentu, hidayah tu hanya sementara.. Sebab tu istiqomah tu penting, mohon Ya Allah tetapkan hatiku.  Godaan-godaan ni semua tolak ke tepi tahan nafsu, tahan godaan.  Tapi godaan makan ai kenot, ai pasti tumpas heheh..

Banyak lah yang bersuara supaya mereka berdua kembali seperti dahulu.. maksudnya sorang kembali bertudung dan sorang lagi kembali menjadi lelaki sejati.  Termasuklah Da'i Wan, Heliza Helmi dan ntah sapa-sapa lagi.. Tapi dalam banyak-banyak tu, aku tersentuh dengan kata-kata Raisyyahrania / Felixia Yeap.


Cuba baca dan fahamkan betul-betul apa yang Raisyyah Rania cuba sampaikan ni






Ayat dia lembut tapi tegas.  Tak merepek-repek dan very clear.  

Semoga kau, aku dan mereka terus istiqomah.  Berhijrahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.





Love, 
Filla.

BUDAK DEMAM.

$
0
0
Semalam punya cerita.  Kasih demam kat sekolah :(

Hari sebelum tu balik sekolah dia cakap jugak kepala dia pening.. so malam tu dah bagi dia makan panadol sebiji.  Esok pagi pegi sekolah dia cakap kaki dia berat.. macam tak selesa.. aku rasa dahi dia ok je takde apa.. so pesan kat dia, kalau kat sekolah tetiba demam ke apa, pinjam phone cikgu call mama ok?

Kul 10.00 pagi kot cikgu call kata dia muntah-muntah kat sekolah.. Hmmmm.. laju-laju settlekan kerja pastu terus gi sekolah amik dia.. dahi panas.. terus bawak gi klinik.

Park kat tepi jalan klinik P9 tu.. pastu jalan sikit nak ke klinik tu.. Aku jalan depan.. tetiba tersadung jalan tu tetiba plak tinggi sikit.. nasib tak jatuh, tapi melompat jugak ke depan.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa malu.. Kasih jalan belakang terus lari ke depan.. "Mama ok? sian mama.. sakit tak??? tulaaaaaa mama jalan laju tak tengok bawak, kan dah sakit?" pastu aku buat lah tepuk-tepuk kaki tu sikit buat muka macam auuuuw sakitnyaa.. sebab depan aku ada orang dalam kereta.. mesti dia tengok.. nyampah.

Kasih ni jenis hati jelly.. Asyik tanya je mama ok ke? "Mama ok, tapi mama malu orang dalam kereta tu mesti nampak mama melompat ke depan".. Terus dia sengih.. "Eishhhh mama niiiiiiiiiiiiiiiiiii"

 Tapi pastu dia senyap.. turn lama nau nak jumpa doktor.   Panas sangat sampai keluar air mata :(

Doktor check and tanya bila start demam? muntah tak? check paru-paru ok clear.. Doktor kata lepas 3 hari kalau demam tak baik, dtg balik amik darah.  Yelah skrg banyak nau virus memacam, so scary.

Pastu cakap kat dia "Mama hantar Kasih balik rumah ye? boleh makan rehat, tido terus kat umah" "Alaaaaaa nak ikut mama pegi office, nak beli makanan kat kedai makcik masak lemak tu" Huh budak-budak memang suka ikut mak pegi office kan? Ok lah jom ikut mama kita terus gi beli makanan.. Dia tanak banyak lauk.. dia letak siput sedut je 5-6 ketul.. Eh tak sampai hati apa ni lauk tak amik? Tanya dia nak ikan keli? dia angguk.. so amikkan.

Anak je makan, takkan mak nak pandang.. beli lah sekali makanan mak kau hehehe.. sebab aku selalu skip lunch.. tapi this time kenot, Kasih lah ni.

 Demam pun selero hahahahah.. sama macam mak kau nak.  Kasih suka siput sedut.. licin ye dia makan.. 

 Suruh dia posing nak send gambar kat apak dia.. terus pose idong kembang.  Kalau dia tau idong kembang dia masuk blog mampos aku hahahhaha

Tengahari hantar balik rumah.. suruh dia mandi tido.. Aku jenguk dia tido dalam bilik, memula tido kat katil Amaani.. pastu tengok dan baring kat lantai.. sian pulak budak ni.. 

Petang suruh dia turun bawah baring kat bawah biar selesa luas sikit.. panas gila kepala dia.. takut aku.. aku masak kat dapur, minta bibik amik kain basah letak kat kepala Kasih.. Apak dia balik amik kain letak celah ketiak.. 

Tanya gak selera nak makan apa? Mama masak.. dia cakap tak nak, tak tau.


Since dia pon tak tau nak makan apa, aku masak jelah apa-apa pun.. Gorengkan ayam drumet sekali.. Icha dengan Amaani yang makan banyak hehehe.. Masa makan Kasih baring je tengok tv.. dia tak nak makan..

Lepas tu dia request nak milo sejuk dengan biskut kering gula tu.. Ok buatkan kat dia.. tengok habis semua ;)

Pastu kitorang baring sama-sama.. Kasih baring sebelah aku.. Amik vicks picitkan kepala dia.. "ahhh sedapnye mama".. baru 2-3 minit dia cakap "Takpelah mama, kesian mama penat".. 

Seriously aku ni tak reti nak manja-manja.. dengan anak sendiri pun 'keras' jugak.. hahaha.. Tapi Kasih tak macam tu.. dia suka peluk-peluk, manja-manja, emo semua dia lah hehehe.. terus dia peluk.. "mama peluk lah kasih".. eh tetiba sedih pulak.. terus peluk dia.. picit-picit lengan dia.. terus rasa macam dah besar dah kasih.. 

Dulu aku rasa rapat dengan Amaani.. Tapi sekarang ni rasa Kasih pulak paling rapat.. Masa sakit dia jalan pegang je tangan aku ni.. pastu kalau aku menangis dia akan datang peluk dan nangis sama-sama.. "mama janganlah nangis, dah lah tu mama".. pastu aku suruh dia keluar tinggalkan aku sorang.  Lama sikit lagi dia datang lagi "mama jom makan, mama tak makan dari tadi kan? nanti mama lapar".. Ok sebenarnya hati aku tersentuh tapi aku kalau sedih aku tak suka ada siapa-siapa datang dekat aku.. so semua orang akan faham dan takde sapa datang dekat.  Gila saiko sangat mak kau. sampai hati aku dah puas, baru aku akan act macam biasa dan ceria.  

Harap Kasih jaga mama sampai bila-bila.. walaupon Kasih dapat mama jenis hati tak jiwang, hati tak lemah lembut, hati macam keras, tak reti peluk-peluk, tapi Kasih tetap suka peluk-peluk mama.. tetap concern kalau mama sedih, tetap risau kalau kaki mama tersadung dan nak tersungkur.. kalau mama sakit, muka Kasih jugak yang doplohpat jam datang tanya mama ok?  Kasih lah yang rebut-rebut nak jalan dengan mama, rebut-rebut nak duduk sebelah mama, rebut-rebut nak pegang tangan mama.. Adik-adik tak gaduh pun nak pegang hahahahahah.. 

Adalah jugak perangai Kasih ni kadang menjawab.. kadang suka cakap slow sampai tak dengar kalau menjawab.. Hoiii naik hantu aku hehehehe.. suka pusing mata ke atas.. tapi hati dia baik.. dia jenis penyayang dan suka ambil berat.. Kasih rapat dengan aku sampai Pak Radie cakap "mengada manja sangat.. sama macam mama mengada-ngada" mihmihmih.. sibuk je papa tu. 

Jap lagi nak balik tengok budak demam.. I love u Kasih.




Love, 
Filla.

BERMULA DARI BAWAH.

$
0
0
Rasanya korang dah baca entry Kak Elly pasal "New Office" tu kan.. Terharunya rasa bila office baru ni dah siap.. Actually masih ditempat yang sama tapi kita buat renovation sikit sebab sebelum ni office tonggang langgang dan belum sedia nak gunakan modal yang ada untuk renovation office.. Kita rolling modal untuk benda yang lebih mustahak dulu baru boleh proceed ke office idaman heheh

Kalau korang baca blog ni, blog elly and blog peej.. sure korang dah tau cemana mulanya kitorang kenal.. Kalau ada yang tak perasan.. aku kawan dengan Elly sebab dia beli frame aku (masa tu aku and Pak Radie buat business frame) dia tempah sekali 6.. kitorang berurusan through email je rasanya.  masa deliver frame pon aku tak turun dari kereta sebab hujan.. So Pak Radie je turun.. aku nampak kelibat Elly terus rasa dalam hati "lawa gak pompuan ni" hahahha.. pastu aku email dia balik say thanks ke apa aku tanya if dia ada blog ke?. memalu dia bagitau blog dia Ellyinwonderland... Terus aku baca dan boleh tahan muka lawa tapi otak gila.

Peej pulak aku baca blog dia bila ntah.. Pastu nak try tabita.. so aku beli dan pick up dari dia.. Macam tu je kenal.. Basically kitorang bertiga memang ada business masing-masing sebelum start Ellfie dan Fame.  Aku start business kecik-kecik pulak lepas tu jual smurf, jual pants dan lain-lain dengan Elly.. Pastu ke Guangzhou jual baju-baju.. dan lepas tu ada keluarkan cardigan kitorang sendiri dan baju kurung untuk ibu dan anak-anak.. Lepas tu stop.. Aku berniaga shawl pulak dengan Peej.  Elly masih kerja di tempat lama.  Sampailah kitorang tubuhkan Ellfie Beauty dan diikuti dengan Fame Cosmetics.  Alhamdulilah semua bergerak laju mungkin juga dibantu dengan pengalaman masing-masing berniaga sebelum ni menjadikan perniagaan ni sedikit mudah.. Nampak mudah tapi effort dan ketahanan mental dan fizikal serta sokongan keluarga dan kawan-kawan tu penting jugak.

Bantuan dari suami-suami masing-masing pun penting.. Alhamdulilah Pak Radie banyak membantu dari segi design.. Baik design office mahupun design untuk Ellfie dan Fame semua Pak Radie banyak tolong.  Win suami Elly banyak bantu dari segi pelancaran business sebab Win banyak knowledge dalam bidang business.  Suami Peej, Ben banyak bantu dari segi moral support gitu.  

Gambar atas tu diorang melepak kat office.. kat Bean Bag kesayangan Peej pulak tu hehehe.. 

Ini hari pertama kitorang pegi tengok kedai untuk disewa kat Setapak.  Kosong takde apa.. Tapi kitorang dah tak boleh bekerja dari rumah Peej.. Kesian kat dia rumah dah macam kilang hahahah.. Nak ada office ni banyak benda kena fikir especially expenses.. Dah tentu akan bertambah.. bil letrik, bil air, sewa monthly.. pastu maju sikit amik pekerja.. sorang.. lepas tu tambah lagi dan lagi.. Alhamdulilah pelan-pelan kitorang merangkak.  

Setelah lebih dari setahun baru mampu sikit nak buat renovation kat office.  Dari mula design dan buat semua ni Pak Radie handle.. Kalau harap kitorang ni, kitorang tau nak cantik je.. Nak buat macamana tu semua serah kat dia.. Pepandai lah dia nak buat bagi cantik dan sesuai citarasa kitorang bertiga.  Kesian jugak kat dia sampai ke malam dan korbankan hari cuti memerap kat sini.. Masa kitorang pergi Bali dia cakap nak surprisekan kitorang bila balik dari Bali.. Dia memang suka surprise-surprisekan orang ni hahahha.. Ingat dulu aku balik dari mana ntah.. tetiba masuk rumah wow rak kat hall dah siap.. rasa nak lompat-lompat gembira hehehe.. 



 Rasa happy dan sedih sangat.  Penuh frame ada muka kitorang bertiga.. Tetiba perasan ada 3 selipar jugak kat situ.. wow kemain lagi dia hahahhaha.. Kitorang berharap apa yang kitorang usahakan selama ni akan berhasil dan semakin maju lagi walaupun ekonomi sekarang meleset tapi kami perlu tabah lalui semua halangan tu.. Doa ibu bapa mengiringi perjuangan kami InsyaAllah.  

Walaupun buat masa terdekat ni aku tak dapat nak join Peej and Elly kat office ni.. InshaAllah siapa tau soon aku akan ada disini bersama-sama dengan diorang jugak.. Pak Radie ada buatkan meja kecik untuk aku jugak kat dalam ni hahahahahha.. kalau sempit nanti nak duduk atas pangku Peej je hahahah.. for now aku bekerja dari jauh je menjaga stokis dan agent.  Stokis dan Agent adalah orang paling penting membangunkan Ellfie dan Fame.  Sebab tu relationships dengan stokis dan agent kena baik.. sebab sama-sama saling memerlukan untuk memajukan lagi perniagaan ni.  Jangan kedekut untuk reward usaha mereka.  Kitorang selalunya reward diri kitorang bertiga dengan makan sedap-sedap je ahhaha.. dan reward terbaru pegi vacation ala princess ke Bali.. tu nanti cerita ;) Hati dan kebajikan staff pun kena jaga juga, rezeki yang ada tu kita tak leh tamak, kena share dengan orang lain juga.  Tapi ada batasnya juga hubungan majikan dan pekerja kena saling menghormati supaya suasana kerja tu aman dan gembira je ;)

 Tak sangka Pak Radie ada framekan article atas ni.. Terus rasa sebak je dada ni.  Siapalah kitorang ni? Bermula dengan blogger biasa dan now ada business bertiga yang kami mulakan dari kecil-kecilan je.  Aku, Elly dan Peej ada impian yang menggunung.. Nak bahagiakan keluarga, nak selesakan taraf hidup di zaman yang semua mahal ni.. InshaAllah akan usaha lebih gigih lagi.

Support dari anda semua sangat kitorang hargai.. Alhamdulilah Ellfie Skincare pun diterima baik satu Malaysia.. Fame pun dah mendapat tempat di hati semua orang.. Sebut Fame je ramai yang kenal brand ni.  bukan senang nak pahatkan nama kita di hati dan minda orang.. Tapi takde benda yang mustahil selagi kita berusaha.

 Suka sangat design ni.. Cozy dan memang jiwa kitorang sangat.

 Ni lah kaki designer kita dan tukang merealisasikan impian kami.. Thanks Pa sebab walaupun garang tapi deep inside kitorang tau dia sayangkan Ellfie dan Fame sangat-sangat.  Sentiasa support kitorang.. Wow ucapan untuk laki terlebih sikit muahhahaha.. 

Terima kasih sangat-sangat atas doa dari semua yang nak tengok kitorang berjaya.. Doakan kitorang akan lebih maju dari sekarang ya..




Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live