Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

HUAWEI P9 KUALITI GAMBAR SETANDING DSLR.

$
0
0
Zaman sekarang semua dihujung jari.. Semua orang ada social media untuk share gambar, share cerita, share status.. dan semua orang akan tengok gambar kita, baca status kita dan ambil tahu tentang kita.. dan kita pun sama jugak tengok gambar orang lain dan baca kisah orang lain.

Dunia dah berubah, zaman canggih ni semua orang nak handphone canggih, nak camera canggih supaya upload gambar kat social media pun best je ;)  Kak Pilla terus terang tak tau sangat pasal gadget-gadget ni.. Kalau cari phone, Kak Pilla cuma nak yang camera phone dia gempak dan nak yang memory dia besar.

 Dah lama usha Huawei P9 ni sebenarnya.  Harga sangat affordable dan paling terror ialah camera dia hehehe.. Sebab apa camera dia canggih??? sebab Huawei P9 ni partnership dengan Leica.  Hoi Leica kottttttt!!! Kamera Kak Pilla yang compact tu pun lense Leica sebab semua orang tau camera yang lense Leica ni memang thorbaekkk gamba dia.. 

Masalahnya kemalasan melamapui batas.  Penat nak usung phone lagi, nak usung camera lagi.. Now selamba je gi vacation ke gi event tak perlu bawak camera.. Huawei P9 yang menggunakan camera Leica ni dah cukup gempak dah gambar ;)  2 in 1 gitu.. so, bye camera compact heheh.. 

Cantik kan? Simple, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.. Design very sleek dan mudah dipegang.  Kak Pilla suka jugak dia punya apa tu kita panggil? Apps ke icon yeh yang appear kat screen tu.. semua kaler gold-gold silver nampak wow sangat.. 

Rekabentuk dia pun ada kelassss gitu.. nipis, kemas dan nampak exclusive.. Huawei P9 ada tawarkan 6 kaler yang ko boleh pening kepala ye nak pilih warna apa semua lawa.

 Tengok tu ada dual camera situ.. Gempak gils kan?  Huawei P9 ni captures gambar memang sangat cantik sebab dia ada dual camera.  Satu camera RGB (gambar berwarna) dan satu lagi camera tu monochrome (hitam putih).. Bila snap dua camera ni akan bergabung untuk jadikan gambar tu meletop cantik kebabom.

Camera Huawei P9 ni 12 megapixel ya kengkawan.. dan paling best front-facing camera dia untuk selfie ialah 8 megapixel.  Pastu kalau nak selfie dengan lowlight takde masalah sebab front facing camera dia boleh capture dengan baik.. Kalau compare dengan phone lain yang Kak Pilla pakai, front-facing (selfie) camera dia tak cun muahahahhaa.. 

 Testing 1,2,3.

 Hahah sorry jakun kejap hehe

 Ok cukup lah 3 keping walaupun ada dekat 10 keping yang i snap.. hahaha ok tipu.

Oh ya, pakai apa-apa smartphone ni paling penting ialah camera phone dia betul tak? hahah sila jangan tipu.

Nah i payung satu gambar ni.. Hoi lawa gila ok.. sedangkan ni snap dari sebalik glass window, sebab takut nak hulur tangan keluar tingkap kalau jatuh phone ni menangis kang.

Tak cukup, meh payung lagi satu gambar.

 Inilah kehebatan Huawei P9 yang ada dual lens.. Hebat terpegun tengok gambar.. Hanya dengan smartphone korang leh amik gambar yang sharp dan belakang dia blur-blur gitu.. sebijik macam kualiti gambar yang diambil dngan DSLR.. Gedabak jenuh nak usung.. sila usung Huawei P9 ni sama hebat ok.

Dengan Huawei P9 ni dia ada 3 film modes iaitu Standard, Vivid dan Smooth Colours.. so korang leh main-main dengan phone dah setting macam-macam untuk dapatkan gambar yang menarik..

 Huwaa cantik kan? Sorry terpayung banyak pulak gambar sebab ai over excited hahahah

Inilah namanya bokeh.. Aku ni tak reti apamende bokeh bokeh ni?  Tanya Pak Radie.. dia cakap bokeh tu yang jenis gambar kita clear.. tapi background tu dia ala-ala blur.. wowww nilah yang dari dulu Kak Pilla cari camera macam ni, baru nampak professional nak ootd ke apa.. rupanya tak yah beli camera besar gedabak.. Huawei P9 pon boleh you alls...

Photographer : Mak Kasih.

Gempak kan????? Siapa suka smartphone yang kualiti gambar seakan-akan diambil dengan menggunakan DSLR, Kak Pilla recommend korang beli Huawei P9.. See? Mak Kasih snap pon ala-ala professional photographer gittew heheheh..

Kalau masih tak caya, boleh tengok video ni yang Malaysia Kini buat...

https://www.facebook.com/MalaysiaKini/videos/10153723002640906/

korang akan nampak memang besar perbezaannya gambar-gambar yang diambil oleh Huawei P9 ni.. dalam post tu ada link yang korang boleh ambil, nanti diorang bagitau smartphone apa yang sesuai.  So kaki-kaki selfie ngan photography ni cuba cepat.. heheh tau-tau beli juga phone baru kan..hahahah

Beli 32GB tak sampai RM2k.. so apa lagi pegi serang.. Pegi vacation bawak phone ni gambar meletop dikkkkk hahahahah..



Love, 
Filla.

GIRLS TRIP TO BALI 2016

$
0
0
Wow girls trip katanya.. layak lagi ke dipanggil girls? hahaha.. takpe yang penting happy ;)

Trip ni dah lama plan actually.. Sebut pasal Bali ni rasanya dari sebelum kitorang pegi Laguna Redang lagi kitorang pernah bincang pasal pegi Bali.. tapi memasing malas nak pikir nanti nak cakap kat laki takut hahaha.. 

Sampailah awal tahun ni kitorang plan nak pegi Bali jugak.. tapi only girls.  we need vacation, we need rest, we need girls trip.  wow hahahha...  Aku tak pernah kot nak gi vacation dengan kengkawan sebab ada sikit rasa bersalah walaupun kau tau apa kau buat tu tak salah.. ko dapat permission dari suami dan anak-anak ada orang jaga.. tu semua dah kira ok.. Pak Radie pun ok je dia bagi pegi, dia cakap anak-anak jangan risau, taulah dia nak urus.. silap-silap diorang lagi happy bila mama takde..sebab papa is the best.. Hoiiii nyampah aku dengar statement dia..

So kitorang pun berkumpul kat KLIA2 tu awal-awal pagi.. dah lah flight delay sejam :( sepatutnya pukul 9:30 tapi delay ke 10:30.. 

Teruja sangat ni :)

Percutian ni kitorang bertiga, pastu tambahan Nonoy, Joney and adik Jonet.. tapi diorang booked hotel lain.. kecuali Nonoy stay dengan kitorang.. tu  pun last minute Nonoy (adik Peej) booked flight ticket dah fully booked so dia naik MAS and sampai Bali awal berapa jam dari kitorang.. 

Sampai je airport udah ada yang menunggu.. Pak Gede' nama dia from Villa hahahha.. Urusan villa aku uruskan.. berpinar bijik mata nak mencari villa yang sekian-sekian kriteria dia.. nak yang walking distance to the beach, nak yang walking distance to main street, dekat dengan 24 hours shop, nak Seminyak area.. nak private swimming pool.. nak yang luas (ada taman sekeliling swimming pool).. tak nak tepi swimming pool terus ada dinding.. omg pitam.

Dalam kereta Pak Gede' terus semua menjadi gedek jugak hahahahah

Perasaan setiap kali buka pintu bilik hotel atau pintu villa ni.. Berdebar-debar.. matiklah kalau indah gambar dari rupa.. konpom pilla akan dikutuk secara berjemaah heheh..

Masuk je dalam private villa ni, first sekali aku nampak ada orang kat kitchen tu.. aku ingatkan tu registration counter.. Eh? kenapa tak private villa? memang orang-orang ni akan duduk kat area kitchen ni ke?  Rupanya tak hahahaha.. dia cuma siapkan makanan dan minuman je.. settle semua diorang akan keluar dan ko boleh lock pintu masuk tu.. yihhaaaaaaaa!!

So silakan, welcome drinks dan dengar sikit Buk Mira (manager) tu explain sikit-sikit.. Baik gila Mira tu aku suka heheh.. so aku pun explain jugak apa aku nak.. sebab breakfast is included so setiap hari dia akan bagi option nak breakfast apa.. wow so like princess hahahha.. so aku cakap semua ni Muslim, we eat halal food.. diorang cakap no problem.. if diorang beli sausage tu pun dari pack yang ada certified halal dan diorang akan masak in our villa.  

besar gila kot villa ni untuk kitorang berempat.. Actually villa ni untuk 6 orang.. so ada 3 rooms.. rooms paling hujung korang nampak tu aku tidur dengan Elly.. belah kanan tu ada 2 rooms lagi.. sebab kitorang 4 orang je.. so 1 room dia lock.

settlekan payment via credit card semua.. baru boleh round dalam villa ni.

Beratur semua anak-anak ;)

Gila puas hati villa ni terus rasa omg rindu sangat huhu.. air swimming pool ni belah depan ni cetek sikit.. belah hujung nak ke bilik aku and elly tu dalam.. memang aku tak kelihatanlah nak swim kat sana hahaha.. 

Wowwww romantik tak bilik i dengan Elly hahahahah.. mengalahkan pengantin ni.. hahaha.. balik je villa tengok kelambu dah turun.. Terus aku dan Elly berpandangan.. "Eh, nak keluar tadi bukan kita tak turunkan ke kelambu? siapa turunkan?""Shhhhh diam jangan tegur".. bodoh elly hahahahhaha.. 

Ni toilet Peej and Noy.. Gempak ni mandi celah semak.. sangat mencintai alam semula jadi hahahha

Kadang nak borak-borak aku duduk kat sofa bed merah ni dengan Elly.. 

Elly tu berani sikit nyampah tau.. ada satu malam kitorang swimming sampai kul 1:30 pagi kot.. pastu Elly cakap dia nak naik dulu nak mandi.. pas dia dah siap dia datang kat kitorang bertiga dia cakap "harini mandi macam lain macam sikit.. rasa macam ada orang jenguk-jenguk je".. Noooooooooooooooooooo!!! i cannot ok.. aku memang penakut tapi kalau aku x de dengar cerita-cerita macam ni aku akan ok je.. ni aku dah dengar macam ni aku dah start seram.. benci Elly!.. so aku mandi dalam bilik air yang ala-ala 'open' tu.. sambil bukak sliding door tu.. curtain je aku tutup.. Elly dah baring belek phone kat katil.. jap-jap aku singkap curtain.. kejap2 aku tengok Elly.. bodoh gila.. hahaha pastu Elly citer kat Peej.. si Pilla ni sibuk je, tengah mandi pon sibuk nak jenguk-jenguk hahahahha..

Malam tu tido aku paksa Elly tido pandang muka aku.. "Elly tidur pandanglah aku"... Elly kata "Eh x kuasa lah aku gila".. hahahhahaha.. x pelah, dia pandang sana aku tetap pandang belakang dia.. nasib i tak tidur peluk u.. kalau tak confirm aku kena tendang jatuh bergolek bawah katil.. damn...

memalam samar-samar je time mandi.. scaryyyy ni semua Elly punca cerita seram hahahha.. pastu diorang buat lagi cerita seram.. "Filla masa kau mandi tetiba ada yang tegur ala-ala mengilai.. Fillllaaaaaaaaaaaaaa buat apa tu? mandi ke?" tecongok je tepi sudut... kongajo punya Peej... ko rasa aku buat apa? maybe aku akan jawab "Yelah bodoh.. tak nampak ke?" hahaha atau aku akan pecut 100meter sampai langgar tembok villa paling depan.. 

Ok kalau korang nak book villa ni silakan.. nama dia Zanissa Villa.. aku booked guna Booking.com

Ok next.. dah settle apa yang patut, kitorang pun keluar.. Jalan keluar masuk ke villa ni so scary.. hahaha.. memalam gelap gila dan banyak hanjing ye.. so part itu memang kutukan berjemaah aku dapat hahah.. tapi diorang kata dimaafkan sebab dalam villa sangat heaven.. luar tu lantak lah hahaha.. 

Kitorang lunch kat satu cafe di jalan seminyak.. ada Asean Food.

Makan nasi je semua sebab kebuluran ;)

Then kitorang nak ke Seminyak Beach yang ada bean bag tu.. Berjalan jauh nak mampus ye.. Peej dan peluh-peluh.. aku takut nak pandang belakang tengok muka Peej hahahahah.. dengar dia cakap Oii jauhhnya, aku penat.. huhu takuttttt hahahah.. bila tanya orang.. semua cakap "iya nggak juah buk, jalan terus di depan sana pantainya".. tapi tak sampai-sampai, cilako sangat ni hahahha..

Akhirnya... Berbaloilah penat jalan kaki tadi..

Kat sini duduk free seat je.. tapi kena orderlah apa-apa.. kitorang order watermelon juice and fries je..

Live band pon ada... sampai tertidur-tidur kat bean bag ni.. dah lama tu baru bangun dan balik ke villa.. awal-awal Peej dan sound, aku nak naik taxi ye... ye jom.. aku pon kaki nak tecabut ni..

Oh kat Bali ni semua taksi kebanyakannya tak nak pakai meter.. Ada ke nak charge 150 ribu rp nak balik villa.. dekat RM50 mementang tengok kitorang semua gegirl.. Nooooo!! pastu panggil balik.. "100 ribu bisa buk, pokoknya jalannya macet, one way lagi" Eh ingat kita bodoh? Nooooo!.. 

Sampailah jumpa taxi depan sikit guna meter.. ya bagus.. rupanya baru dalam 30ribu rp.. 

Balik mandi bersiap gi dinner pulak.

Sebelum tu aku ada google Halal Restaurant in Seminyak, Kuta semua tu.. so ada lah satu ni Restoran Sederhana, Nasi Padang.. aku teringat dulu kat area monument Kuta tu ada satu.. so kitorang bajet nak kesana.. sekali sampai ke hujung jalan taxi tu pusing takde.. semua macam pandang muka aku.. erkkkk takuttttt hahahahha.. 

Nasib ada seketul, tapi still kene pusing 1 round lagi dengan jalan yang macet tu.. gulp.

masa ni pun dah kul 11:30 malam kot.. so lauk tinggal sikit.. pun hantam jelah hehehe

Settle makan.. jalan jap terus tahan cab balik villa.
.
.
.

Good morning ;)

Our first breakfast in Villa Nissa.  

Best gila.. pepagi orang villa call "Mbak, bisa dipuka pintu villa? Kami mau sediakan sarapan".. wow so princess hahaha.. terus aku bangun dan buka pintu villa.. diorang pun masak kat kithcen.. "Mbak, breakfastnya udah ready" "ya mbak, ada apa-apa lagi, enjoy your breakfast, kalau mau apa-apa panggil aja kami di luar" Wowwwww hahahha poyo nak mam heheheh..

Pastu mulalah memasing berangan.. wow kalau ada tukang masak sorang.. tukang jaga anak 3 orang sebab anak aku 3.. muahhahaha.. 

Settle breakfast aku dengan Elly mandi and bersiap nak jalan-jalan kat Seminyak street tu.. Peej and Nonoy decide nak swimming je..

Bayangkan lorong macam ni kalau malam.. sempit gila ye.. taxi nak lalu pon mak aihh sempit sangat selekoh dia.. Ada satu malam tu kelakar gilaaaa.. kitorang balik villa dah pukul 12 malam kot.. naik taxi.. pastu banyak anjing kat area villa siap kejar pastu duduk luar taxi.. huwaaaaaaa... pastu cakap kat driver tu "Pak, turun dulu pak, lihat anjingnya udah nggak ada ya?" ewah pepandai suruh driver taxi turun dulu hahahha.. Pastu aku cakap "takde dah anjing tu.. elly ko turun dulu sana".. aku turun pintu sini.. pastu Nonoy still dalam kereta tengah-tengah tak berganjak.. yang kelakar Elly turun pintu sana.. pastu laju je lari masuk pintu sini.. habis aku?????? hahahha terus cakap kat Elly "masuk lagi, masuk lagi aku nak masuk tak muat.. Nonoy plak keras situ tak berganjak..  dalam hati aku kalau ada anjing memang aku lah kena ni.. memang aku lompat je atas pangku elly hahahah.. yang driver tu pun sama.. kejap keluar kejap masuk balik taxi.. aku suspect dia takut anjing jugak hahhahaha..

Sib baik anjing tu akhirnya pergi jugak.. berlari kitorang masuk dalam villa.. Dalam villa plak leh tahan flora fauna.. katak meriah jugak menunggu sana sini hahahah.. 

Jalan-jalan berdua dengan Elly

Belikan Amaani dengan Aleesya baju tshirt yang jual dalam butik tepi jalan.. mahal boleh tahan gak sehelai 210ribu rp... murah lagi baju kat h&m huhu.. 

cool kan tempat ni.. 3rd day cari balik tak jumpa heheheh


Comel kan? belikan untuk Aleesya slipper havaianas ni.. aku memang lemah betul bab size.. baik kasut ke baju ke.. Pak Radie lagi bijak dari aku.. hahahhaa.. aku selalu rasa anak aku kecik, padahal dah besar huhu.. nasib selipar ni muat tapi ngam-ngam je..

Balik rehat dan siap balik nak keluar dengan Mak Datin ni hahahaha..  So nice kan Peej pakai tudung..

kat Zanissa Villa ni ada 2 je villa dia.. satu Nissa untuk 6 orang.. sebelah Nissa ni Zack Villa untuk 8 orang kalau tak silap..

Siap-siap nak gi lunch.. Jonet and Jilah sampai malam tadi.. so tak jumpa.. jumpa siang je..

Bale Udang Mak Engkeng ni pun aku google gak.. katanya sini terkenal halal restaurant di Bali.. so mari.

Kitorang naik 2 taxi ke sini.. Jonet, Jilah and Nonoy taxi depan.. Aku, Elly and Peej belakang.. pastu tanyalah driver taxi "berapa pak?".. dia jawab "Ya tanya aja taksi di depan berapa, sama aja" Terus Elly tanya Nonoy "berapa Noy taxi korang?" Nonoy cakap 20ribu.  Elly terus cakap "Pak 20ribu pak".. dia angguk then Elly hulur duit.. Masuk dalam ni tanya Jonet.. korang kena 20ribu ke? Jonet kata "Taklah, 200ribu"

Omg Jonet kena tipu... 200ribu bersamaan RM70 kot.. dekat nak mampus.. hahahha yang Nonoy pulak ingat 20ribu..  RM7 je hahahahhaha.. terus Jonet sentap sebab tertipu.. so korang hati-hati ya naik taxi kat sana kalau boleh tanya dulu pakai meter atau tak.. jangan risau belambak taxi kat sana.. kalau dia tak nak pakai meter dia boleh blah.. 

Bali Girls Trip 2016.  Kanan sekali ialah Jonet dan kiri sekali adik Jonet.. Best bila ada doktor dalam team.. Aku dengan Elly asyik tanya pasal penyakit je hahahahahha.. nasib doktor Jonet tak charge consultation heheheh

Minyak-minyak muka hehhehe

Ya Allah sedap banget makan kat Bale Udang ni.. perghhhhh licin ok.. Terus kitorang cakap lepas ni sebelum balik kene repeat lagi..



So nice kan???



Lepas tu terus ke W retreat hotel and spa area Seminyak Beach jugak next to Potato Head.  Lawa gila kat sini... 

Sempat tengok sunset.. lawanyaaaa...

with Sis Elly yang rupawan.

Jonet so nice.. suka sebab Jonet jenis relax je.. rasa nak jumpa kitorang janji je kat luar.. dia rasa nak makan tempat lain.. dia chow dulu naik taxi.. nanti jumpa.. wow rock sangat sis, i like u.  hahahaha.. mati Jonet tumbuk aku.. 


so nice toilet kat W retreat hotel and spa ni.. kemain tajam-tajam lagi kerusi dia..

Eh seram.. siapa jenguk ai tu?

Malam terus jalan lagi kat Kuta pulak.. Kebetulan minggu kitorang kat sana minggu perayaan diorang.. Perayaan Kuningan.

Nampaklah perarakan malam tu ;)

Malam tu makan Nasi Padang lagi kat tempat lain but still in Kuta... Pastu penat jalan singgah buat foot massage dlm 1/2 jam.  50ribu rp je.. best sangat ni heheheh..

Bangun pagi macam biasa ada orang siapkan breakfast.. Kali ni kita tukar nasi goreng pulak.

Dah hari Jumaat dah masa ni.. Kitorang memang amik Supir hari Jumaat ni untuk sehari.. Kalau korang nak Supir di Bali korang leh contact Pak Wayan +62812-3814-6664 insyaAllah dia tak charge mahal ;)

Kitorang naik Avanza just nice untuk 6 orang.

with Nonoy.

Program kitorang pagi tu pukul 10.00 macam tu gerak ke Factory Outlet.  Saja nak cari seluar quicksilver untuk laki, nak cari baju swimming utk Amaani.. dan diorang pon banyak nak cari untuk anak and laki memasing jugak..

Dah penat pusing FO kitorang gerak ke Sukawati sebab nak cari painting.. Nak belikan Atok/Wan painting sebab nak letak kat bahagian meja makan kat luar umah tu.. wow mesti berseri lepas ni ;)

Banyak jugak yang tutup sebab esoknya perayaan Kuningan.. Tapi oklah dapat cari apa yang kitorang nak.

Belikan painting cat minyak yang orang kat sawah padi tu.. biar ceria sikit..



Lepas settle terus gi cari makan pulak.. Pak Wayan bawak gi makan kat sini..Dewa Malen nama dia hehehe..

Kat pintu masuk udah ada yang nungguin dipakeikan bunga ;)

Makanan dia biasa-biasa je not my taste :(

Lepas tu minta Pak Wayan bawak ke Denpasar nak cari kain ela sikit.. So dah jumpa yang berkenan terus balik ke Jimbaran nak sunset dinner pulak ;)

with Oling Peej.

Dengan pengapit hehehe.. 

Tapi makan kat Jimbaran sangat menghampakan.. Harga mahal tapi masakan dah tak sedap macam dulu.. order udang sambal apebenda ntah rasa dah macam kedai jamu pulak.. not nice :(

Pastu balik villa.. Malam tu acara swimming beramai-ramai dengan Jonet dan Jilah jugak tido sini.. Tapi aku and Elly tak swim.. kitorang baring tepi je.. malam tu tido pukul 3 pagi kot.. asyik tegelak nak pecah perot je.. memasing kenapa lawak nak mam? hahahaha... Paling lawak bila borak-borak diorang kemain mengutuk aku time tu.. pastu Peej cerita pasal aku join event masak-masak santan tu.. ada tagline "Yummy yummy".. masa peej duduk kat kerusi yang baring tu.. dia cakap 'Filla lah beria-ia yummy yummy.. pastu PRAPPPPPPPPP"..sebatang kayu kerusi tu patah hahahahahhaha.. semua terdiam tengok Peej.. OMG peeeeeeeeeejjj patah!!! 

Mampos semua tegolek-golek ketawa sampai takde napas and cramp perot hahhahah.. ok tulah kenangan indah di Villa Zanissa hahahahah

Pagi bangun just relax and chill je.. sempat swim dulu lepas tu baru keluar jenjalan kat Seminyak Street..

Gang kaca mata ;)

Singgah roxy nak belikan Amaani nak baju swim macam ni.. so masalah lagi aku tak tau size dia.. hahaha.. snap gambar send kat Pak Radie heheh tu jelah keje aku..

Enjoy Magnum with Oling.

Eh suka sangat ni dapat makan ice cream heheh

Laki hantar gambar ni.. huwaaa rindu budak cheeky tuuu :(

Malamnya kitorang memang dah memang booked siap-siap Prana Spa.  Gempak gila spa ni dilayan seperti tuan puteri kahkahkah..

Kat sini cakap omputeh hahaha... you can choose your scrub.. this is rice and tumeric, and this is sea salt.  Pening lalat nak pilih..

Jalan nak ke bilik-bilik dia tu so scary hehehe.. macam cerita dulu kala tu.. lampu malap dan design bangunan seram je.. terus aku terbayang diorang nak lapah aku..

Lepas lulur kena jalan ke tempat nak stim.. stim tu untuk 10 minit je.. dia campak kitorang bertiga dalam satu stim room.. yang kelaka aku nampak Peej.. "i'm to share room with her? Nooooo" aku ingat nak kena bukak baju duduk ramai-ramai dalam tu.. nasib baik pakai towel hahahaha.. berasap dalam tu sampai tak bernapas.. memasing kalau x de napas belari bukak pintu keluarkan kepala.. nasib pastu dia bagi sorang satu air lemon ke apa penuh ais.. baru leh bernapas..

Last sekali body massage 1 hour.. pergh tertido terus.. tau-tau je "mba treatmentnya udah selesai" cissssssss..

Dah siap semua terus whatsapp lagi 3 orang tu ajak makan..

Makan fish and chips tapi tak sedap sebab fish tu dia guna ikan tuna.. erghh

Dah makan kitorang pon berjalan slow-slow tahan taxi balik ke villa.

Dah hari ahad.. flight petang.. so sempat lagi booked body massage 1 jam diorang datang massage kat villa.

Berakhirlah sudah percutian di villa nan indah ini :(

Sebelum ke airport kitorang gi makan dulu kat Male Udang Mang Engking..

Dap nyer alpukat juice ;)

Wow kembung pipi sis elly hahahaha

then terus menuju ke airport..

Sempat sauk beli perfume untuk laki ai.. semua orang membeli jugak kat airport.. penat semua bersila kat lantai..

Habislah sudah percutian kaum perempuan ni.. Rasa best sangat sekali-sekala cuti macam ni.. tapi tak leh selalu lah kang kene hempuk dengan laki hahahahha.. Penat bekerja so kena rehatkan badan sesekali macam ni.. Ada rezeki boleh pegi lagi lain kali.. Eh eh pepandai je hehehehe..

Sekian saja entry kali ini.. semoga terhibur :)


Love, 
Filla.

SLEEPING WITH THE SHARKS.

$
0
0
Haritu Kak Pilla bawak anak-anak pegi Aquaria KLCC.. Boleh tengok macam-macam kat dalam tu.. ada macam-macam jenis fish, ada sharks, octopus dan macam-macam lagi yang pelik-pelik dan menarik kat dalam tu.  Masa tu lah berderet-deret soalan anak-anak kita.. Especially Aleesya dengan Amaani.. Anak-anak bawah 6 tahun ni memang suka berimaginasi dan semua benda dia nak explore dan nak tahu.. 

Kenapa sharks besar? kenapa gigi dia tajam? kenapa ikan ni rupa dia lembik-lembik (obor-obor) kenapa ikan tu warna camni? Kenapa fish tinggal dalam air? Fish makan apa? Layankan jelah walaupun beratus-ratus soalan dia.. sebab anak-anak yang sibuk nak tahu macam-macam ni maksudnya otak dia sedang berkembang ;)

 Mestilah anak-anak nak tau macam-macam.. bukan selalu dapat tengok ikan macam ni hehe.. Selalu tengok dah jadi lauk dah tinggal nak masuk mulut je hehehe..

By the way, Scott's baru je launch Scott's® DHA Gummies nie yang berlatar belakangkan hidupan dalam air.. Sukaaa sangat sebab anak-anak pun excited nak makan gummies ni.  Berapa banyak DHA yang ada dalam 3 biji Scott's® DHA gummies? Ada 40mg DHA untuk 3 biji (satu hidangan setiap hari)  Sebab tu now tak miss bagi anak-anak sorang 3 gummies sehari.  Hari-hari anak-anak minta gummies ni which Kak Pilla pulak sekarang ni kena kawal, kalau tak habis sebotol ni sehari hahahah.. Diorang suka sebab ada macam-macam shapes (octopus, fish, crab) dan langsung takde rasa hanyir dari ikan.. Dua-dua perisa (strawberry dan orange) ni ada kat rumah.. kena sorok sikit sebab diorang pantang nampak.. melampau sangat nak makan 20 biji sorang huhuhu.. Sebelum makan Kak Pilla akan explain sikit-sikit kat diorang.. Confirm dia tak faham kalau kita cakap tentang DHA hahahah.. So Kak Pilla cakap siapa makan Scott's® DHA gummies ni nanti otak akan jadi bijak.. kemain bergaduh memasing nak jadi bijak hahaha.. Packaging dia pun comel je sebab tu anak berebut haihhhh lahhh.. 

Ni Kak Pilla nak tanya you all... Anak-anak nak tak sleep with the sharks kat Aquaria KLCC?  Bukan senang nak dapat peluang ni, Kak Pilla yakin kalau diberi peluang ni untuk anak-anak, confirm akan menjadi experience paling indah untuk mereka.. Boleh tidur dengan sharks for 24 hours tau kalau join contest ni ;)  Bukan itu saja, para ibu juga bakal memenangi shopping voucher AEON bernilai RM100!

So apa perlu kita buat kalau nak menang contest Sleep with the Sharks dan RM100 shopping voucher AEON ni?  Mudah je.

1.  Suruh anak anda lengkapkan ayat "If I could sleep next to a shark, I will ask Mr. Shark....." (in less than 25 words) dan guide anak anda untuk lukis shark yang sedang happy di atas sehelai kertas.

2.  Snap gambar lukisan anak anda dan post di ruangan komen FB tersebut berserta ayat tersebut.

3. 10 ayat yang paling kreatif akan memenangi a pair of tickets untuk merasai sendiri experience "Sleep with the Sharks" dan ibu akan memenangi RM100 shopping vouchers from AEON.

Contest ni bermula 19 September until 7 Oktober 2016 ye.

Untuk maklumat lanjut tentang contest ini sila layari :



atau klik sini


Good Luck Mothers and Kids :)





Love, 
Filla.

Hi orang Melaka ;)

$
0
0
Hai awak ;)

Saja kite nak ingatkan awak-awak semua... Kita join exhibition kat MITC Melaka hari Sabtu dan Ahad ni.. Kite ada jual Fame Matte Lip Cream (Limited Edition) jugak tau.. Meletops you all colour dia hahahaha.. So siapa nak turun Melaka jom kita jumpe kat Melakeeeeeee..

See lawa meletop ke tak dua colour Limited Edition kite? Kiri Topaz dan kanan tu Glam.. Pergh so sexy like vampire :)

Semalam event dengan makeup retis tersohor tanah air semua suka gila warna-warna Limited Edition ni.. diorang kata siapa pilih kak? Lawa meletops you all.. terus kembang kempis hidung Kak Pilla hahaha.. dan diorang suka Fame sebab Fame ni matte tapi tak kering gila macam sesetengah matte lip cream diorang kata terlalu kering.. Fame ni just nice kata diorang.. wow sekali lagi Kak Pilla hampir meletop kegembiraan ;)

Dan diulang sekali lagi bahawa Limited Edition ni tidak akan dijual lagi sekiranya stok dah licin ya.. so penggila fame tegar jom beli jadikan collection ;)

Bukan itu sahaja, masa exhibition kat Melaka ni kitorang akan jual Fame BB Cushion jugak.

 Fame BB Cushion is the best sila percaya.. Kitorang dah tak kuasa nak pakai segala foundation hahaha.. sebab Fame ni packaging dia compact, ada cermin.. tepek-tepek je siap meletop hilang segala bintik-bintik hitam dan cacat cela.. why pay more? hanya RM55 sahaja dik non.. Ada 2 code ye, Fair dan Natural..

Bukan itu sahaja.. 7 warna Fame Matte Lip Cream tetap ada juga di MITC Melaka nanti.. Sila bawak duit siap-siap borong jangan tak borong dik... Nanti menyesal..

 Bukan tu je.. Of course Ellfie Beauty juga akan dijual di sana.. Ramai suka datang booth masa exhibition untuk beli Ellfie tau.. So siapa yang nak cuba skincare Ellfie Essence, nak try Ellfie Gold Serum, nak beli cleanser and toner je, day or night cream yang dah nak habis? Jom jumpa kita kat MITC Melaka ok?  

Shopping Bag ni kita akan jual dengan harga tak masuk akal jugak ok?

Kot-kot kita rasa bermurah hati nak bagi free kat pengunjung terawal hahaha.. so mari datang ramai-ramai ok?

Jumpa kat sana!!



Event: Mood Republic Tour Melaka 2016

Venue: MITC Melaka
Booth: 075
Date: 1 - 2 October 2016
Time: 10.00 a.m - 12.00 a.m.





Love, 
Filla.

MUA Event at Orchid Room Majestic Hotel

$
0
0
Baru-baru niu ni Fame Cosmetics ada buat event kat orchid room, Majestic Hotel.  Tujuan kita buat event ni ialah untuk memperkenalkan Limited Edition Fame Matte Lip Cream.. Now kita dah ada 7 colours yang remain dan Limited Edition ni ada 2 lip cream in a set.. colour tu ialah Topaz dan Glam which korang boleh purchase set tu dengan harga RM70 sahaja.

Set tu dah mula di jual di pasaran September lepas, tapi event ni kita terpaksa buat lambat sikit untuk distribute kepada MUA pulak.. Happy sebab semua MUA tersangat suka dengan dua colours dalam set ni.. Selain tu event ni diadakan untuk menyampaikan rasa terima kasih kami kepada MUA2 yang always support Fame Cosmetics.

Suka dengar bila MUA cakap ramai yang kenal Fame Cosmetics ni.. Selain dari MUA2 yang selalu gunakan Fame ni, tak lupa jugak kepada stokis dan agent Fame yang banyak membantu untuk memperkenalkan lagi Fame Cosmetics.. Untuk stokis kita dah bagi reward bag LV haritu sempena sales meletop dari top-top stokis.. dan Kak Pilla dengar stokis pon baik hati juga ada buat reward untuk agent-agent bawah diorang ni..

Kami di Fame selalu kata tak rugi kita spend lebih kalau ada rezeki lebih.. apa salahnya rezeki yang ada kita kongsi-kongsi sebab kita kerja dalam satu team.. Dropship pon banyak membantu, sebab stokis-stokis semua ada bagitau Kak Pilla diorang ada ramai gila dropship.. siapa nak bagi extra income kan?? cari customer je pun lain semua stokis uruskan.. janji rajin ;)

Cantik sangatkan Orchid Room ni? Romantik je rasa ;)

 Sebelum event start, makan dulu supaya tak menggigil kelaparan hehe

Ikut plan asal, Kak Pilla macam tak dapat join sebab nak berkejar dari office takut tak sempat.. So makeup pon last minute je.. ingat make up jelah sendiri, tapi hazab jugak rupa tu kalau make up sendiri hahahah.. Sib baik MUA Ferra sedih tengok muka Kak Pilla make up sendiri macam tak make up.. Sib baik dia make up kan, sekali bila MUA2 ni sampai, hambik kau, meletop-letop masing-masing.. hahahah

Tulah paling besar mata Kak Pilla boleh bukak.. tak biasa pakai fake lashes ni.. mata sedia ada memang dah kuyu sepet... dah pakai ni lagi lah berat hehehe


 with Elly theme haritu ialah white.

 hadap ler ya muka belambak heheh

 with salah sorang MUA

Jangan terkejut ye sebab ramai lelaki jugak hehe.. sebenarnya semua ni MUA terkenal jugak.. 

tengah try Limited Edition.

Sedapnye ;)

 gorgeous semuanya

 candid katanye

 all of us



 Fame Cosmetics Founders


 sebenarnya haritu Kak Elly yang bercakap, tetiba dia minta aku ngan Peej plak sampaikan 2,3 patah kata-kata cisss tekejuit akak.


in Topaz.

Ok itu je update kali ni ya.. Kalau nak tengok lagi colour2 menarik selain Limited Edition ni you all boleh visit ig @fame_cosmetics ya

Thank you ;)




Love, Filla.

PARENTING JADI MUDAH DENGAN MAXIS ONE KID.

$
0
0
Hi korang ;)

Harini Kak Pilla nak cerita pasal Maxis ONE kid pulak.. Apa tu Kak Pilla.. Yeszaaa ni lah satu-satunya jam tangan pintar sesuai untuk anak-anak kita yang dah melangkah ke alam persekolahan dan ada masa-masa yang mereka terpaksa berjauhan dengan kita.  Bila berjauhan dari anak, mesti kita akan terbayang, anak makan apa? anak buat apa kat sekolah? Kak Pilla pasti ibu-ibu lain pun ada perasaan yang sama dengan Kak Pilla betul tak? Setiap detik tu asyik teringat anak tengah buat apa ;)

Well normal lah kan sebagai ibu bapa, otak kita ni memang fikir tentang anak-anak je.  Terima kasih kepada Maxis sebab melancarkan device dan plan for kids!  Jam ni ala-ala "smartphone" yang direka khas untuk kanak-kanak.. Jam ni warna-warna dia so cute and catchy, function dia mudah digunakan oleh kanak-kanak dan memang memudahkan tugas kita sebagai ibu-bapa nak berkomunikasi dan nak track anak kita berada di mana :)


Amaani kemain lagi dia nak gi sekolah hahahaha.. So canggih anak ai hahahah.. Dah pesan kat dia, kalau pakai jam ni jangan buka!! Jangan bagi kat orang lain.. 

Setahu Kak Pilla, Maxis adalah telco pertama yang mengeluarkan kid phone and plan ni.. So canggih, thumbs up Maxis sebab mengambil kira keperluan ibu bapa macam kitorang ni.. Sejak ada kids watch ni, Kak Pilla and Pak Radie selalu boleh call Amaani.. Kadang dia yang call kitorang.. Amboi kemain lagi dia tu hahaha.. Sebab apa kid watch ni best? Sebab kita boleh set 10 orang paling rapat untuk kita install number telefon dalam kid watch tu.. So senang dia nak call 10 orang tu.. Boleh letak nombor mama, papa, Wan, Atok, Nenek, Ibu, Mama Yatie.. Tu baru 7 orang hahaha.. Paling best sebab dia unlimited calls to all 10 contacts tu.

Best kan?



Konsep dia ialah anak kita pakai Kid Watch tu.. dan kita kena download apps mwatch macam gambar kat atas ni.. So bila kita dah linked dengan jam tu.. automatically kitalah yang registered as Admin kepada jam tu.  Macamana tu? 1 Admin untuk Kid Watch ni.. Tapi Kak Pilla as admin boleh assigned 3 orang untuk jadi Guardian kepada watch ni.. Maknanya Guardians pon boleh monitor anak yang pakai jam ni.

Kak, anak saya 3 orang, kalau saya nak belikan 3 jam ni untuk setiap anak macamana? Kena ada 3 orang Admin ke? Jawapannya Tidak! 1 Admin untuk 3 jam also can ;)  Senang sangat kan?

Kenapa kita nak kena assigned Guardian?  Haaaa guardian ni lah yang ada laluan untuk monitor location anak kita, receive SOS dan location notifications via parent's application tu.. 

Apa lagi function Kid Watch ni? 

So canggih ya, Kid Watch ni siap ada camera hahaha.. Amaani boleh send picture yang dia snap tu kat Kak Pilla dan semua 10 orang contacts yang ada dalam Kid Watch dia.. so cool kan? heheheh..  Watch ni boleh buat phone call dan voice message kepada contacts jugak ;)

Simple dan senang digunakan anak-anak

Siap ada family chat whahahah comel sangat

Bahagian belakang jam.. Nak charge pun senang je.. charger tu punya cable macam magnet.. terus melekat belakang jam ni dan kita charge macam biasa.. Battery life dia pun lama bertahan.. Let say kita charge sampai full 100% dia akan bertahan 3 hingga 5 hari.. Watch ni kita boleh tukar strap dia dan boleh bukak jugak, bawak watch je tanpa tali hehehe.. 


Jangan lupa call Mama ngan Papa harini ok? Kalau Amaani free boleh send picture Amaani harini tau? 

Memang seronok bila ada Kid Watch ni.. rasa dekat walaupun berjauhan.. siap boleh track location dia pulak tu.. so tau lah dia kat safe zone or dangerous zone.  Siap boleh silent call tau.. kalau silent call kita boleh dengar environment dia.. boleh try buat silent call masa dia kat dalam kelas hahahahahhaha... 

You guys boleh check youtube video kat bawah ni ok? Letting her go doesn't mean to let her go, stay in touch with your kids, no matter how far :)


Untuk maklumat lanjut tentang Maxis One Kid boleh check link ni ok:



Berbaloi-baloi ;)



Love, 
Filla.

RESEPI SAMBAL BILIS KENTANG KERING-KERING.

$
0
0
Harini nak share cemana nak masak sambal ikan bilis kentang..

Tapi Kak Pilla suka buat yang kering-kering supaya kekal rangup ;)

Cara dia senang je.. Pastikan korang ada bawang merah and putih blend.. cili kering blend.. 

So memula goreng dulu bilis tu sampai rangup.. lepas tu kentang tu potong wedges dan asingkan.. 

Panaskan kuali dan minyak.. Minyak tu biar lebih.. letak je 3 senduk macam tu.. bila minyak dah panas.. cedok je 2 sudu besar bawang merah blend, 1 sudu kecil bawang putih blend.. tumissss... pastu masukkan cili kering blend dalam 2 senduk.. masukkan sedikit garam dan sedikit gula.. masuk sekali 1 asam keping.. kacau rata sampai cili betul-betul masak dan hampir berbuih-buih.. 

Pastu terus masuk bilis dan kentang.. kacau sampai sebati pastu angkat letak dalam tapis besi tu, toskan minyak tu.. so nanti takde lah bilis korang tu selekeh-selekeh dengan minyak.. sebenarnya kalau ada kentang, bilis tu takkan rangup sangat esok-esoknya tu.. kalau nak sambal bilis kering tu tahan berhari-hari rangup, tak yah masuk kentang.. ni sebab nak makan terus ;)

So itu jelah pun masak dia.. senang nak mam kan? sila buat ni.. makan dengan nasi panas.. rajin sikit gi buat telo mata kobau.. buh kicap.. perghhhh terangkat..



Love, 
Filla.

NAK BELI FAME COSMETICS? NAH LIST STOKIS PI WHATSAPP ;)

$
0
0
Ni untuk korang yang malas nak carik agent / stokis Fame Matte Lip Cream dan Fame BB Cushion.

Meh akak senangkan kerja you all.. Nak beli tapi nak beli kat mana?

Fame Matte Lip Cream now ada 7 warna, you all boleh refer gambar bawah ni untuk warna-warna yang kita ada.. Cuma RM29 sebatang.  Kalau tak clear jugak boleh visit ig @fame_cosmetics ok..



Set Limited Edition pula seperti gambar di bawah ni.. Satu set RM70 (excl. postage)


▪Perlis
(stockist needed)

Sila whatsapp stokis-stokis di atas ni kalau nak ye.. boleh tanya diorang jugak kalau korang nak COD kat kawasan korang, diorang boleh pass kepada agent-agent bawah diorang ;)




Fame BB Cushion

BB Cushion Fame ni cuma RM55 sahaja.. ada dua code.. Kalau Kak Pilla pakai Code Fair.  So tengok bawah ni stokis-stokis BB Cushion:


Stokis

▪Kuala Lumpur 
Usmi : 0192782041
Suraiya : 01110734047
Mia : 0176098343
Ika : 0193713149

▪Selangor
Letchummy : 0123230198
Fizah : 0172092515
Baiah : ‪ 018‑324 0682‬
(1 stockist needed)

▪Melaka
Shuhada : 0176650135

▪Terengganu
Zuhaira : 0196544787

▪Penang
Nana : 0179409005

▪Negeri Sembilan
Hazlin : 0137447906

▪Johor
Noraini : +60 17-752 1506


▪Perlis
(stockist needed)

▪Kelantan
(stockist needed)

▪Perak
(stockist needed)

▪Kedah
(stockist needed)

▪Pahang
(stockist needed)

▪Sabah
(stockist needed)

▪Sarawak
(stockist needed)

Ok itu je.. Silalah contact mereka-mereka ni untuk membeli ya.. dan mana-mana negeri yang stockist needed tu korang yang nak mencuba menjadi keluarga Fame Cosmetics jom whatsapp.. InshaAllah kita boleh jual jangan risau... bermula dari sekarang kita sama-sama tambah income InshaAllah..

Whatsapp 013-3760466

Thank you korang..


Love, 
Filla.

Kak Pilla nak bagi Voucher bernilai RM80.

$
0
0
 Sekejap je dah tiba masa nak sambut Anniversary :)

Jangan tekejut pulak setahun berkali-kali pulak celebrate Anniversary hehehe.. Actually ni nak cerita tentang The BIG 1 Year Anniversary U for Life.. Kak Pilla dah sign up dengan U for Life ni last year August kalau tak silap.. Wow dah setahun bersama!

Ni lah syarikat insurans paling sempoi sekali pernah Kak Pilla tahu.. Siapa ingat lagi Kak Pilla cerita pasal Insurans U for Life ni? Kalau lupa sila click SINI.

Bayaran bulanan bermula daripada RM9.85 sahaja.. Depends umur jugak.. Last year umur Kak Pilla baru 36 tahun wowww BARU 36 tahun ye... Masa isi online form tu.. Kak Pilla cuma perlu bayar RM12.95 je sebulan.. untuk insurans bernilai berapa yek?  RM100,000.00 ye adik-adik.  Seronoknya dengan U for Life ni ialah cara nak apply tu macam petik jari je.. click click click terus dah dicover dengan insurans.. Eh tak caya lah.. Yes kisah benar ni tak tipu.. Less than 10 minutes korang boleh submit dan immediately covered dah.  minimum ialah RM100,000.00.. tapi jangan risau.. ada duit lebih sikit kita amik lah yang cover RM500,000.00.  

Pastu kannn.. tak yah lah korang nak isi form tebal-tebal yang rasa nak pitam banyak benda nak sign.. main sign je pahamnye tidak jugak hahahah.. dah tu nak submit dan kena tunggu berminggu-minggu pulak.. lulus ke? gagal ke?  dengan U for Life ni lepas click submit.. Lepas payment confirmed, terus dah dicover dengan insurans takyah tunggu approval dah.  Medical check up camne?? Eish tak yah susah-susah nak gi hospital bagai.. tak perlu semua tu.. Insurans U for Life ni mudah, bukan jenis menyusahkan orang.. Itu yang kita nak.. tak nak serabut-serabut kepala otak.

Sejak dah ada insurans, hati rasa tenang sikit.. Kalau tak tu terfikir jugak apa jadi kat anak aku kalau aku takde? Apa jadi kat aku kalau laki takde? Eish memang sensitif, siapa suka nak fikir kemungkinan yang tak best.. tapi itulah kehidupan, kena realistik.. Kita selalu fikir, eish tak baik fikir benda-benda tak elok.. Ini bukan sebab kita nak sangat benda tak elok terjadi kat kita dan family.. But what if??? masa tu baru nak menangis dan menyesal? Macamana nak besarkan anak ni? Duit cukup untuk makan je.. Sebab tu perancangan masa hadapan tu penting.. Kena selalu berhati-hati dan plan future elok-elok.

 Kesayangan ;)

Ok, sempena The BIG 1 Year Anniversary U for Life ni.. baiklah korang sign up je e-form tu dan submit.. Umur berapa? 36 tahun? Kalau 36 tahun x lebih RM13 sebulan.. kalau lagi muda dari tu lagi lah murah.. kalau lebih dari tu pun takkan mahal mana..

Kak Pilla nak ajak korang sign up sebelum 31 Oktober 2016 ni supaya korang boleh dapat voucher bernilai RM80.  Eish dah lah monthly murah.. dapat voucher RM80 pulak.. tunggu apa lagi... 

Senang je kan? Kalau sign up dapat voucher bernilai RM80.. Kalau introduce kan ahli keluarga atau kawan-kawan korang leh dapat RM50 untuk sorang yang berjaya sign up. 

Nak tau lebih detail boleh visit U for Life ya.





Love,
Filla.

MEMBESAR BAGAI JOHAN.

$
0
0
Sorry lama betul Kak Pilla tak muncul di blog :(

Busy mengalahkan menteri kabinet hahahahah.. Kehidupan sekarang ni agak sibuk sikit.. Asal nak type je terhenti tengah jalan, atau belum mula lagi dah terpaksa off pc ni.. Kena atur betul-betul apa nak buat lepas ni.. 

Korang semua sihat ke? Semua busy jugak macam ahkak Pilla ke? So marilah kita bebel sikit-sikit ok... 

Sekarang ni Kak Pilla tengah stress sebab rasa macam makin 'membesar' dan 'memberat' je ni.. Si bibik tu lagi aku stress dengar pengakuan ikhlas dia..

Aku: Bik, saya rasa macam gemok sikit lah.. gemok ke?

Bibik: A'ah puan, memang nampak berisi dari dulu.

Aku: Naik banyak ke? Eishhh dulu masa kamu baru kerja sini saya baru habis pantang rasa kurus je.. sekarang pulak gemok.

Bibik: Iya masa saya mula kerja, memang puan kurus.. kurus banyak lagi, sekarang agak berisi.

Eh shadap u.  hahahah takde lah.. ai layan bibik ai baik tauuuu.. Memacam yang aku plan nak start buat dari sekarang.. antaranya ialahhhhhhhhhhh:

1. Bangun awal weekend dan ajak suami berjogging.
2. Balik dari kerja, settle masak nak tukar baju sukan dan workout dalam bilik tidur.
3. Lari 1000x (setempat)
4. Buat 10 minutes abs workout
5. Buat sit-up at least 50 kali sehari.
6. Join zumba semula
7. Skipping
8. DIET

Ok mari kita pecahkan lagi isu DIET ni.. Aku plan nak makan healthy food.. macam amik wholemeal bread.. TAK NAK MAKAN NASI.. nak buat salmon or chicken breast grill, malam bancuh quaker oat dan makan dengan lauk je.. no nasik.. or just hirup sup-sup je.. 

Tapi dari no 1 sampai no 8 takde satu pun aku start buat lagi.. muahahahhahahah rasa nak luku kepala sendiri.. Masalah aku ialah AKU SUKA MAKAN... aku takde belanja sangat untuk diri sendiri seperti beli baju, beli seluar.. aku takde masa nak beli semua tu.. Aku suka belanja duit beli makanan sedap je.. Herghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... 

 Gulp.

Gulp.

Gulp.

Gulp.

Caner nak kurus kalau tengok makanan rasa nak baham je.. Dulu aku tak macam ni pun.. Why why why???? Ada sesiapa bersama Kak Pilla tak? i'm not alone kan??? So agak-agak bila kita nak berubah ni... Suka tengok few kengkawan aku dah kurus.. Kawan masa belajar dulu nama dia Mimie.. Dia bukanlah besar sangat pun.. biasalah mak-mak dah ada anak-pinak ni.. Hari-hari aku tengok kat ig dia gambar lauk (healthy food) pastu letak caption ke hashtag tah #thicktothin.. Suka tengok semangat dia.. pastu sorang lagi Mimi Hamid tu.. aku kenal Mimi Hamid ni since dia bercinta dengan suami dia dulu.. Encik Awak ye? hahahhaha.. Mimi ni pernah datang umah aku masa aku buat birthday party Kasih kot.. Kasih baru 2 tahun ke 3 tahun macam tu.. Now Mimi pun dah kurus banyak gilaaaaaaaa!!! Suka jugak tengok gambar makanan dia yang berkhasiat tu.. 

Ok setakat suka je tapi aku still masak dan pastu terbayang makan dengan nasi panas-panas perghhhhhh hahahhhahaha.. Ku tak mampu melawan nafsu.

Koranggggggg jom kita start diet nak??? Kain ahkak dah sendat dah ni, sebab tu ahkak stress pagi ni..

Kalau korang ada resepi simple-simple tapi sedap untuk dijadikan lauk dinner sempena berkobar nak diet ni.. mohon share lah ya.. masak still kena masak untuk orang kat rumah tu.. cuma nak masak lauk diet untuk diri sendiri.. Help me k.






Love, 
Filla.

Wow Pilla Update Blog.

$
0
0
Wow jarang berlaku ni.. semalam dah update, tetiba harini update lagi.. fewiitttttt hehehe..

Baru lepas melepaskan lelah ni... meja kerja berlonggok tapi ahkak dah settlekan semua kerja baru boleh tarik napas lega sambil bersila peluk bantal duduk kat kerusi ni.. 

Ahad haritu keluar dengan Atok and Wan gi Ikea.. Budak-budak ni bangun tidur melonjak gi mandi hehehe.. Budak memang suka pegi ikea kan? Singgah umah Pak Long dulu amik Wan ngan Atok.. Wan banyak nak tengok-tengok pasu comel-comel, nak beli rack kecik lekat kat dinding.. sebab Wan dah berkemas dapur Wan yang duduk kat luar tu.. meja kecik tu dah campakkan ke rumah sewa.. so now meja baru ;)

 Makan dulu.. Aku kalau bab makan ko tak yah citer lah.. Semua benda rasa nak makan.. beli meat balls 3 pinggan total (50 ketul meatballs) hahahha ingatkan cukup, rupanya tak cukup hahahahahah... belikan atok chicken grill ke apa tah.. beli chicken wings lagi.. Pastu Wan pulak bangun nak tambah lagi meatballs.. Sekali Wan datang balik, dia bawak meatballs, garlic bread, cake, mushroom soup.. Homaiiii.. perangai sama ni dengan anak dia.. dedua suka je cuit sana cuit sini.. pastu Wan ngadu 

"Mama pun rasa macam dah gemok sikit"

Ooooooo.. pastu dah balik, esoknya Wan send gambar ni:

Lagi dasyat Wan ni kan?  Kalau aku duduk dengan dia je berdua confirm badan ai bagai di pam-pam.. sungguh mengerikan... Ni pon Wan dah call tadi, dia ada beli macam rak tu kat HomePro pastu dia try pasang sendiri tapi tak reti hahaha.. banyak nau skru ni.. dah lah mata mama tak nampak.. nak datang umah ko lah minta tolong radie pasang.. 

"Eleh, pasang rak pun tak reti?"

"Ko pandai ke?"

Hahahha eh gaduh pulak.. Kitorang memang teruk bab pasang-pasang ni.. Pak Radie je suka benda-benda macam tu.. Ingat lagi dulu beli rak pinggan yang kena pasang dengan skru.. berpeluh-peluh aku pasang dengan Atok Braim.. pastu berjaya siap "Yesss Yesss!!!" dengan Atok.. sekali rupanya pasang terbalik muahahhahahahah sesama gelakkan diri masing-masing.. so like father like daughter.  Radie terbalikkan mata je tengok perangai aku.

Ni Wan dah pesan tak yah masak.. mama masak bawak sana.. Haishhhhhh bergegar nafsu makan acaner ni.. Wan cakap dia masuk sayur je untuk aku.. Ok kalau sesiapa kat rumah tu nampak aku amik nasi dengan lauk lain sila cucuk tangan aku dengan garpu.  #adiktakkuadddddd

Eh apa merapu banyak sangat ni hahahhaha.. Sambung lagi gambar Ikea.

Anak dari intan payung ketipang ketipung.. Kasih Aleesya atau Icha atau Ncha.  Dah bulat pipi.. badan debab, dagu berlipat.. bakal mewarisi Ani time kecik, mewarisi Kasih time sekarang hahaha.. Ni pun selalu bergaduh ngan aku gak.. menjawab no.1.  nak ikut perintah dia je.. cantik muka?  dengan Papa boleh, dengan mama sorry.  

 Comelkan baju Ncha tu? Beli kat Bali haritu.. Pagi tu bergaduh sebab dia tak nak pakai baju tu.. pastu aku cakap "kalau tak pakai, tak yah ikut.. duduk rumah dengan bibik".

Terus dia senyap tapi mata hitam berpusing ke belakang.

Ramai yang cakap Amaani dah kurus.. A'ah betul dia dah kurus.. Biasalah budak-budak.. teringat dulu Kasih darjah 1 pun kurus sampai boleh kira tulang kat badan melengkung macam gitar.. Ko tengok sekarang perot dia kedepan.. kalau melompat bergegar satu badan hahahahah.. so don't worry ok? Amaani alhamdulilah sihat dan berselera makan.. 

 Lawa tak tempat makan and lepak Wan ngan Atok?  Wan dah lama cari-cari meja untuk kawasan belakang ni.. Wan cakap suka tengok kat Korea rumah diorang semua meja makan kayu macam ni.. So yang designkan ni sapa lagi kalau bukan Pak Radie.. siap ada bench ada penyandar.. bench tak de penyandar.. dan single chair dua ketul.. 

Comel sangat.. terbayang Wan ngan Atok berdua makan kat sini.. sebab diorang tak suka makan kat meja makan kat dalam tu.. ni keluar je dari pintu dapur terus ke sini.. Haritu masa dah keluarkan meja lama tu.. Wan cakap dia bentang tikar makan dengan Atok.. olo lo looo sweetnya.. 

Atok kan cerewet? Pastu baru ni Wan citer yang Wan tercalarkan meja ni sikit.. Wan kan dah letak pasu ikea yang beli aritu.. pastu wan tarik kot tercalar.. hahahah Wan takut kot.. cover sikit letak apa tah atas tu, pastu wan keluar gi kelas.. balik dari kelas terus kena soal dengan Atok kenapa meja tu calar.. hahahahahah Atok Braimmmmmm memang pantas ya.. dari kitorang kecik lagi.. dia suka belek barang-barang.. calar tak leh, habuk tak leh.. semua tak leh.

Terus Wan bentang table runner.  heheheheheeh.. Kak Pilla hadiahkan set meja makan ni.. Wan siap bising-bising cakap tak payahlah tak payahlah.. Aku cakap takpe saja je sempena Wedding Anniversary Wan ngan Atok 6 November.. bersamaan tarikh lahir arwah adik aku.. So sad.  

Painting tu belikan masa gi Bali aritu.. sebab dah tau Wan ngan Atok nak elokkan sikit tempat makan tu kan.. tu saja beli.. Tak sabar nak balik Enstek sebab kitorang suka berlonggok duduk belakang ni.. Kalau Wan masak aku lepak kat sini.. heheheheh.. 

Semoga ayah dan mama panjang umur, sihat sejahtera.. Tak boleh bayangkan kalau takde ayah dengan mama.. I'm manja like that, what to do.. aku memang anak pompuan sorang.. itulah tempat bergaduh, itulah jugak tempat nak berborak luah perasaan.. sebab tu kepantangan aku orang usik family aku.. buatlah apa je kat aku, aku ok.. tapi jangan buat mak aku menangis.. dari dulu bertahun-tahun dulu aku pernah cakap don't ever bagi mak aku menangis tak kira kau siapa pun.  

Dulu jahil sikit, aku cakap aku takkan maafkan siapa yang buat mak aku menangis dan kacau family aku.. tapi Wan marah, jangan putus silaturrohim Allah benci dan Allah kata, kau putuskan silaturrohim kau dengan orang lain, maka aku putuskan silaturrohim aku dengan kau.. Ok takut.  So aku maafkan, tapi seriously aku serik dan takkan simply percaya dan lebih berhati-hati memilih kawan.. orang tua-tua cakap berkawan berpada-pada.. bercinta berpada-pada.. Gitew.  Now dah tua baru aku paham.

Eh banyak pulak bunyik.. Nak citer pasal ikea dengan meja je kot.. 

Ok tata semoga terhibur ;)



Love, 
Filla.

Kongsi Diet Cara Kak Pilla, walau pun belum terbukti berjaya.

$
0
0
Aku tak tau if diet dan angan-angan nak turunkan berat badan ni berjaya ke tidak.. Sebab kalau korang baca blog, follow ig dan lain-lain korang tau kot ni kali ke berapa puluh ratus ribu kali aku diet heheheh... 

But this time aku tak stress sangat masa berdiet.  Aku relax dan go with the flow.. Memang lah kalau tengok makanan tu rasa tertelan ailio sebab normally aku akan masak setiap petang untuk dinner sekeluarga.  Wan pulak cakap, masa semua makan jangan lah mengadap orang makan.. Masalahnya dah 12 tahun aku kahwin ni, aku memang dah terbiasa makan bersama.. hahahah bagus jugak Pak Radie ni sebab pasal dia aku jadi camni.. Family aku kalau bab makan ni kitorang jenis "Nasi Malaya" Wan memang rajin masak masa kitorang kecik-kecik, tapi Wan kerja, Atok kerja polis shift so memang takdelah selalu dapat makan semeja anak beranak.. Mama akan masak dan tinggalkan lauk kat atas dapur.. so siapa lapar, konsep dia cedok nasi sendiri amik lauk sendiri pegi lah kau makan, janji kenyang.. 

Pak Radie masa bujang pun hampeh jugak.. Ingat lagi mak mertua dulu pernah cerita.. "Radie tu kalau mak masak, dia bukak tudung saji tengok tak berkenan je dia memang amik kunci terus keluar makan kat luar".. Wow.. kalau aku, memang aku piat-piat telinga dia.. berani bukak saji tengok lauk tak kena selera terus blah.. Tapi mak mertua memang jenis sempoi, ko nak makan kat rumah ke kat luar lantak ler.. janji mak kau dah masak.

So kami berlainan sebenarnya.. tapi sejak kahwin dan ada keluarga sendiri ni.. aku banyak terikut cara dia yang makan kena sama-sama.. pinggan makan kena atur atas meja.. lauk kena hidang.. gelas, air semua kena ada atas meja siap-siap.. OMG aku kawin dengan anak raja ke apa ni.  in a way memang bagus sebenarnya sebab seronok tengok diorang semua makan lauk-pauk aku masak.. Pastu tak berkesudahan berpuluh tahun tetaplah aku tak bosan tanya

"Pa sedap tak ma masak?" 
"Kasih dap tak?"
"Amaani sedap tak mama masak?"
"Icha dap tak?"

Padahal Icha makan nasi dengan kicap letak telur dadar je kot.. "Pandaiiii mama masak" wow kembang kempis pom pom pom meletop mak kau.  

Eh melencong pulak.. Aku nak cerita pasal diet aku dah seminggu ni.  Ramai yang cakap aku takde lah gemok mana.. Ye aku ni jenis badan kecik bahagian atas.. bahagian bawah je selalunya kembang.. Kalau aku ni main hentam je makan dari dulu aku percaya aku dah jadi labu sayung huhu.. Dari dulu aku jarang gila breakfast makan nasi.. tapi nampaknya tak berjaya jugak kurus... Aku bukan nak kurus gila.. cuma lately ni baju kat bahagian pinggul macam tersekat je.. dan kain baju kurung macam sendat je.. lagi nak biar ke? Nooooooooooooo takut.. 



Breakfast
Pagi kat office aku akan makan 2 keping wholemeal bread letak tuna and salad.. buat ler nes letak 1 sudu kecik gula.  Walaupun korang suka bagi perbandingan "Kak, 2 keping roti bersamaan 1 pinggan nasi, so baik akak makan nasik je" Ye aku memang tak pandai dan tak kuasa nak kira-kira kalori semua ni.. Aku tau badan aku sendiri.. Kalau aku tak makan nasi, memang aku turun berat badan dengan cepat.. Kain pun rasa tak berapa sendat walaupun baru seminggu.. perut pun dan kempis sikit.. 


Lunch
Biasanya kalau lunch time ni aku pemalas sikit.. food court kat office ni belambak makanan tapi still aku malas nak pegi.. Kecuali aku lapar sangat aku seret jugak lah kaki.. beli sayur-sayur je buat ratah-ratah.. kenyang dia boleh tahan lah sampai ke lewat petang.  Lagipun aku memang suka sayur-sayur goreng atau sup.. Aku tak diet giler-giler sampai tak boleh ada minyak ke apa ye.. aku cuma kawal pemakanan aku supaya tak terlebih makan ;)

Petang
Aku takde kudap-kudapan petang ke? Memang takde kalau aku dah amik lunch.. Aku lebih kepada makan yang heavy-heavy terus.. dari dulu macam tu.. So selamat lah sikit sebab aku takde teragak nak kudap-kudap.  Tapiiii kalau aku just breakfast je dan tak lunch.. Ko giler.. masuk pukul 3:30 macam tu terus menggelupur hahahaha.. so aku ami Kasih balik sekolah dalam kul 5 petang tu makan lah roti seketul buat alas perut.


Dinner

 Oats.

Sayur Wan masak.. 

Rutin aku biasanya sampai rumah aku akan masak untuk diorang nak makan.. Kitorang akan dinner awal.  Sekarang maghrib dah cepat kan.. so maghrib dulu siap-siap pastu terus makan.. orang lain memang makan nasi.. Kak Pilla kadang makan sayur, kadang sup sayur.. atau kadang buat quaker oats makan dengan lauk.  Ahad pagi haritu Pak Radie tapau puri, tertelan ailio ai olls hahaha.. Tapi aku buat oats makan dengan kuah kari ngan letak kentang yang lauk puri tu.. Pergh lazat.  Oat pun jangan lah kau tala semangkuk besar.. buat mangkuk comel je makan dengan lauk-lauk.. serious takdelah seteruk yang korang bayangkan.. sedap je rasa macam bubur nasi makan dengan lauk je.. 

Sekian saja Kak Pilla share diet Kak Pilla yang baru seminggu ni.. Kita chill je jangan stress atau ada target sangat... sebab bila ada target ni selalunya kita jadi stress sebab nak achieve target tu.. Pastu nanti end up putus asa.  Ni aku weight scale pon takdo kat rumah hahahahah.. Nantilah beli.. so sekarang jaga-jaga jelah bab makan tu.. nanti lelama biasa lah kot.. Korang bila nak start diet? Jomlah kita sama-sama cuba.. kita tengok siapa kecundang dulu kahkahkah..

Kalau Kak Pilla tak istiqomah sila jangan kecam ye.. Awas kalau kecam.



Love, 
Filla.

PROMO DEEPAVALI 2016.

$
0
0

Jom beli Set Ellfie Essence dan Set Ellfie Gold Serum sempena Promo Deepavali ni.. Bukan selalu pihak Ellfie Beauty nak bagi promo ni, so better beli dalam masa 3 hari ni je.

Promo selama 3 hari bermula:

26 Oktober 2016 (Rabu) - 28 Oktober 2016 (Jumaat)



Set Ellfie Essence
Harga Asal : RM120 (Semenanjung Malaysia)
RM130 (Sabah / Sarawak)

Harga Promo : RM100



Set Ellfie Gold Serum (10 botol)
Harga Asal : RM130 (Semenanjung Malaysia)
RM140 (Sabah / Sarawak)

Harga Promo : RM110

*Free Postage*

Kita bagi adil dan saksama.. Orang Sabah dan Sarawak pun dapat harga Promo jugak.. So ni lah masanya untuk korang yang asyik berfikir nak try tapi tak try-try lagi.. Beli masa harga promosi sebab penjimatan berbaloi-baloi.

Kepada pengguna tegar Set Skincare dari Ellfie Beauty ni silalah stock up masa tengah murah ya.. Selepas pukul 12 malam 28 Okt 2016 promosi habis tau jangan menangis di bucu katil ye.. Jom whatsapp sekarang.


Whatsapp: 013-2755197



"Happy Deepavali"


Love, 
Filla.

Lobster Treat.

$
0
0
3 November 1979

Lahir seorang bayi perempuan di sebuah hospital di Kota Kinabalu.  Lahir dengan rambut terpacak naik ke atas tak berapa nak comel.. Menangis lah si Ibu melihat anak perempuan pelik sangat rupanye hehehehe... Itulah aku namun syukur sebulan dua selepas tu rambut dah kembali turun dan tak terpacak macam memula lahir ;)

Terima kasih kepada ibuku Hazizah yang susah payah melahirkan aku secara scissorian cesarean pastu perut kene stapler je.. yelah zaman dulu tak canggih macam sekarang.  Maka berbekaslah perut ibuku sehingga sekarang parut ibarat lipan bara.  Itulah pengorbanan seorang ibu yang dulu nya kita anggap biasa-biasa je.  Bila dah jadi ibu, baru tau seksanya mengandung 9 bulan bulan.. sakitnya bersalin sampai tahap phobia nak bersalin lagi.

Pagi ni on the way ke office hujan renyai-renyai.. sayup je rasa hati.. Drive slow sambil tengok ke langit, sambil tengok kiri dan kanan jalan yang basah.. Bersyukur masih bernafas di bumi tuhan ni.. Bersyukur masih ada anak-anak, masih ada suami yang sentiasa ada disisi, masih ada mama dan ayah, masih ada keluarga mertua dan anak-anak buah tersayang dan masih ada teman-teman yang sentiasa mendoakan yang baik-baik.  

Ntah kenapa harini rasa syahdu semacam je.  Faktor usia mungkin.  Aku tak nak cake, aku tak nak celebration semua tu.. sebab takde apa pun setakat birthday ni rasa biasa je.  Mama tanya nak hadiah apa? Ayah pun tanya nak hadiah apa.. hahaha rasa nak gelak, dah tua kot, takde apa yang aku nak.. Now pun dah bahagia.. orang wish pun dah rasa dihargai je.. tak wish pun takpe hehehe.. tapi paling comel Atok Braim.. Tadi dia call.. dia tak selalu call yer.. so bila nampak nama dia call tu rasa wowwww hahaha..

Ayah: Hellllooooo Assalamualaikum.

Aku: Waalaikumsalam.. Hheheheh napa call? (saja usik dia)

Ayah: Tulah harini Ayah nak ucapkan selamat hari raya, eh Hari Jadi yang keberapa tahun?

Aku: Apa??? Selamat Hari Raya??? muahahahhahaha 

Ayah: Ayah doakan ko sihat sejahtera, bahagia selalu, murah rezeki... nak hadiah apa? nak kain?

Aku: Tanak lah.. takyah, tanak apa-apa.. kain pulak nak buat apa?

Ayah: Yeke tak nak apa-apa?

Aku: Yelah tanak apa-apa pun, dah tua dah pun... tanak apa-apa dah.. Eh napa call??? Napa tak type?? Napa tak whatsapp?

Ayah: Ntah tadi nak type tekan-tekan apa tah susah sangat.. call je senang.



Atok oh Atok... selalu je tersasul-sasul tau.. ada pulak hari raya..  pastu kenapa kain? Hoh terbayang kain kapan ke apa ni? jangan nak buat citer seram ye Tok ye...

Wan pulak pepagi tadi call tapi call je dia citer benda lain.. pastu dah lama tu terus aku cakap "Hari ni hari apa? Napa tak wishhhhhhhhhh? penat tau tunggu".. Terus dia jerit nyanyi "Happy Birthday To Youuuuuuu.. Happy Birthday To Youuuuuu"..

Pitam semua kena paksa harini hahahhaha.. saja je menyakat... tu belum Pak Radie kena sakat lagi tu.. semalam dia tanya nak hadiah apa? jawab kat dia "tanak apa-apa,  tolong urut kaki boleh? tu je, tanak hadiah.. kaki sakit ni".. terus berputar mata dia ke atas.. Eh? Tapi aku tak sihat sangat semalam.. so sedar tak sedar rasa gak dia tolong urut tangan.. tapi macam urut tangan je? kaki takde pun? mustahil aku tidur tak sedar diri.... awas ye, kaki tu kira hutang belum selesai lagi tu.

Alhamdulilah hidup dikelilingi keluarga dan teman-teman yang menyayangi.. Hari tu Team Fame / Ellfie kata nak bawak aku gi makan.. Tapi lunch time.. Ok boleh je.. Tanya diorang.. tanak tutup mata Pilla ke?.. Jawapan diorang serentak "Eh kosser yaaaaa".. hahahah.. dahlah sampai sudah tanak bagi tau lunch kat ne.. Diorang cakap kang tutup mata ko.. kita pusing seround kat block opis ni rupanya stop kat warung "Lauk Omak Den" ntah camtu kot nama gerai baru area situ hahaha.. Omak den pun tak kisahlah.. Omak kau pun lagi ok hahahaha..

 with Sis Peej and Sis Elly

 Umur kitorang jauh beza kot.. wow matilah Elly tumbuk aku hahaha.. Peej ni adik lagi.. baru 33 kalau tak silap.. ke 23 ahkak pun confuse... Aku and Elly dah akak-akak sangat dari Peej.. Tapi biasa jelah kalau borak takde lah kitorang rasa dia adik-adik sangat sebab dia kan jenis derk tak kisah tu.. so nampak matang lah kot.. Kitorang banyak persamaan tang suka makan.. heheheh.. bila lapar tu asyik borak pasal makan ini makan itu.. yang paling suka buat suara ialah Elly.. sikit-sikit dia berbunyik "Slurrrrppp""Slurpppp" dah aku dengan Peej pon sekarang sikit-sikit "Slurrrppp".. hahahaha.. 

Persahabatan kitorang biasa je sebab kitorang rock-rock sikit.. keluarga tetap jatuh no.1 bagi kitorang.. janji hormat each other, nasihat each other.. sebab aku rasa aku kawan je dengan semua orang, mungkin aku bukan jenis yang very concern dan menjaga hati.. tapi aku still keep in touch with my old friends macam Natra tu selalu je rindu.. tapi sukahati je.. lepas sebulan tetiba "Oit rindu" hehehehe.. kawan-kawan uitm pon still lah keep in touch walaupun tak macam dulu.. Aku takut orang kata aku sombong ke apa.. aku masih macam dulu.. sebab dulu pun aku sombong hahahahah...Sama je semua cuma bezanya sekarang masa aku banyak kat pekerjaan.. so bebalik muka Elly and Peej yang aku jumpa.. dan aku banyak belajar dari kehidupan dan pengalaman.. bersahabat dan bercinta tu biar berpada-pada.. hati manusia ni lain-lain.. so aku lebih berhati-hati supaya aku, keluarga dan orang sekeliling aku tak terkena tempiasnya.  Aku pulak jenis tak kuasa nak 'mempertahankan' diri sebab bagi aku cukuplah aku tahu, and i don't need to explain to others.  

Ok cukup.

Cerita bab makan kat tempat ni nama dia Red Lobster kat Intermark tu.. Diorang cakap ko kan teringin nak makan Lobster? Haritu kat Bali dah plan baekk punya supaya kitorang akan makan lobster stok kaki lobster terjuntai keluar dari bibir.. Tapi tak jadi makan sebab Jimbaran tu mahal tak masuk akal dan takdelah sedap pun.. So diorang kata kali ni aku kena pilih menu yang ada Lobster.

Eh paksa ni. hehehhehe.. Neway thanks ;)

Meh Kak Pilla kumpulkan semua jenis makanan haritu... Hancus diet.



Kak Pilla kat gambar atas ni.. Tak perasan ada rice sebab tak baca bebetul.. So ketepikan nasi dan makan lobster, prawn and salmon tu je pun membuak kekenyangan.

 Kitorang amik squid ni 2 ketul sebab macam menarik je.. sodap gak ;)

Kelakar sangat ni.. Nak suap pun Peej nak lari dah.. Aku tarik dia.. sini sini siniii... belakon je kejap..  hahahah nak anjer-anjer pun tak leh *matakeatas* yang Sis elly ok sikit.. tapi dia lagi suka kalau laki dia suap.. Over sangat ni.. Pastu aku sound peluk peluk.. terus dia kaut bahu aku.. Ouch sakit tau.  Elly ni ko jangan memain ye.. garang ni.. kalau gaduh dengan Yaya sambil driving dia leh hulur tangan ke belakang dia libas-libas je dengan harapan dapat libas Yaya tu.. hahahah..gelak-gelak aku dengan Peej dengar citer dia.. 

Nak amik gambar pun susah.. 

 Ok cukup.. 1 je tak yah banyak-banyak.

Laki ai banyak-banyak takpe muahahahhaah.. Oitt Pak Radie dah boroi.. Gumbira hati Kak Pilla hehehe.. Haritu gi rumah Elly jap.. Kat rumah Elly tu ada ala-ala tiang-tiang tu.. Dulu Pak Radie selamba je masuk situ keluar sana.. ni baru ni dia masuk tersekat tak leh lalu dah.. hahahahahah.. dah gems tapi tang perot je.. Kembang idong Kak Pilla.. Kak Pilla sangat yakin dia jadi macam tu sebab makan masakan Kak Pilla.. wow yakin sangat ni.. Nak tambat hati suami mestilah jaga perot dia dulu.. Hahahhahah jangan poyo ye.. Konsep Kak Pilla senang je.. Haku dah masak, nak makan sila makan.. tanak makan sudah.. Walaupun bunyik nye agak kejam.. tapi takpe.. semua kat rumah dah paham konsep ni.  Faktor umur kot perot dan maju kedepan hehehehe.. Jangan marah ye Pa.. i lap u.  

Itu je cerita kemain panjang lebau lagi.


Love, 
Filla.

Wangi angat kitew arini :)

$
0
0
Lama nau kisah Lobster kau pilla.. sila move on hehehe..

Ok lah kita citer lain pulak ye... Haritu birthday kita tu, kita dapat surprise lagi.. Moon datang rumah kita siap bawak helium balloon tulis happy birthday.. hahaha kesian Moon siap bawak baloon masuk dalam kereta kena tutup tingkap takut belon dia terkeluar pulak hahah..

Masa Moon sampai tu Kak Pilla ada kat atas.. budak-budak semua jerit-jerit "Mama, Auntie Moon datang".. Aku pun turun.. tengah turun tangga tetiba semua jerit Happy Birthday kat bawah tangga hehehe.. Sweet angat ni.

Thanks Moon susah-susah je..

Kat tangga je gambar terang.. umah aku ni semua tempat gelap ala romantik hahahah 

 Thanks bawak donut for thekasihs.. licinnnn.. mak dia telan ailio je.. diet pilla diet..

Moon datang tu actually sebab nak menghantar Perfume Dr. Halina and Dr. Sheikh angkasawan tu.. Kak Pilla order dengan Moon sebab Moon tu stokis produk ni.. Kak Pilla ni memang ada satu perangai suka kumpul perfume dan sayang semua perfume yang dah collect tu :)

Perfume yang mahal-mahal selalunya pakai waktu weekend ke.. atau ada benda-benda yang special sikit.. sebab tu perfume ai tahan lamaaaaaa hahahaha.. Perfume yang murah sikit selalunya tibai pakai buat belasahan pegi kerja.. Kak Pilla pulak tak suka nak spray banyak-banyak macam orang spray nyamuk.. Cukup letak kat nadi tangan tu rub-rub gitu.. letak kat leher sikit rub-rub.. sebab kalau banyak-banyak pening lalat jadiknye..

 Syoknyeeee... pagi tadi dah rasmikan.. dalam kereta sebelum masuk office spray sikit.. harummmmmmm sedap bau dia tak nyesal beli.. Lembut je bau dia takde lah menusuk-nusuk hidung tu i don't like.

 Satu botol tu 30ml.. Pink tu for women and black tu for men gittew.. Harga pun memang masuk akal sebab RM49 je satu.. belikan untuk Pak Radie sekali.. Dia tu, kalau perfume dia dah habis, senyap-senyap pakai haku punya.. yang mahal pulak tu.. Kak Pilla jeling je tengok perangai dia.. Hari tu balik dari Bali dah belikan dia perfume kat airport.. yang tu mahal, jangan pakai selalu ye.. kalau nak pakai gi keroje hari-hari boleh pakai INSPIRE for men ni sajer.. kalau habis, i belikan lagi 10 botol ;)

Comel kan? senang bawak gi travel sebab comel dan senang campak dalam handbag nak kesana sini.. Bau INSPIRE for men pun sedap.. bau lelaki sejati gituh.

 Pueh hati den dapat perfume best tapi murah hehehe.. 

Kalau korang nak beli untuk diri sendiri or for gift ke boleh cari Moon ya.. Whatsapp je:

Moon 
011-39990764

IG
moonpunyershop (perfume)
moonpunyerblog (personal)

FB
https://www.facebook.com/perfumeDrSheikh/


Thanks Moon, nanti Pilla repeat order ye..



Love, 
Filla.

PENGALAMAN BERHARGA.

$
0
0
Curi masa sikit update cerita ke Kelantan haritu.. Kali ni kita ke Kelantan untuk 2 event.. pertama tu Fame Cosmetics sebagai penaja utama malam Gala Dinner for 100 MUAs yang diadakan di Tanah Merah, Kelantan.  Yang kedua pulak kita turun padang untuk join make up class by MUA di Felda Kemahang 1, Tanah Merah sambil promote dan jual product fame.

Booked flight ticket sabtu awal pagi.. Flight pukul 6:30 pagi dari KL.. sampai Kota Bharu awal pagi hehehe.. Sebab by 2 dah kena ada kat Tanah Merah.. Haruslah kitorang nak gi jalan-jalan dulu kat Pasar Siti Khadijah heheh

Sampai je sana terus tanya kat FB dan IG mana tempat best nak breakfast.. ramai suggest breakfast kat Kopitiam Kita.. So apa lagi on waze so mari kita terjah :)

 Eh sebelum terjah Kopitiam Kita tu.. kita minum kat airport dulu..

 Orang Kota Bharu mesti semua pernah pegi sini.. Kitorang jakun sikit hehehe.. Last Kak Pilla gi Kelantan 11 tahun dulu.. Pergh lama sangat tu.. masa tu pun takde pegi Kota Bharu ni semua.. so ibaratnya ni first time ke sini :)

 Ramai suggest makan Roti Titab ni.. ni lah first time dengar nama ni.. Rupanya sedap giler hahahaha.. Pak Radie suka giler kot.. ni memang jenis-jenis makanan yang dia suka.. belah tepi sana.. sepanjang-panjang makanan ada.. kebanyakan jenis nasi.. Orang Kelantan memang terkenal breakfast makan nasi..

 Sampailah kami di Pasar Siti Khadijah.. aku memang pantang betul tengok sayur-sayur ni.. geram je rasa..

 Heheheheh kelam kabut aku dengan Elly sebab kejar masa.. nak belikan family kaftan, nak cari batik creep, nak beli kain sampin, nak cari kaftan anak, kaftan bibik, keropok kering goreng lagi.. Macam kartun kitorang ;)

 Now memang trend batik creep jubah kot.. Huwaaaa suka tapi dia jarang so memang kena cari dress putih kat dalam kalau nak pakai jubah ni.. dalam gambar nampak biasa.. tapi sebenarnya dia ada batu-batu terabur so rasa glam je :)

 berkenan so mari beli hahaha

Settle kat Pasar Siti Khadijah kitorang terus gerak ke Tanah Merah.. Lapar boleh tahan tapi kitorang plan cari makan kat area Hotel je.. sampai je nak kena siapkan gift untuk malam Gala Night tu.. bersila aku dengan Elly menyiapkan gift masuk paperbag.. settle baru turun bawah cari cafe nak makan.

 Eh Spicy Wantan Noodle ni sedap ok.. licin Kak Pilla makan hehehe

 Malamnya bersiap-siap untuk ke Event tu.. Pak Radie and Win dah usha tempat ni masa diorang keluar petang tu.. dekat je dari hotel dalam 10 minit je..

Wow dinner by the pool gittew.. Memula tempat ni gelap.. mati aku tercekik time makan kalau gelap gelita.. rupanya bila event start baru gilang gemilang gitu.. Untuk event ni ada 100 orang MUA termasuk bridal Kelantan yang join.. Orang Kelantan memang sporting sangat.. aku dengan Elly macam segan sikit memula tu.. tapi lelama ok memang fun sangat.. siap ada karoake bagai ;)

Pembukaan event tu Kak Elly ke depan untuk memperkenalkan produk Fame Cosmetics kepada semua tetamu yang datang malam tu.. Kak Pilla duduk tepi tepuk tangan and amik video je muahahahhaha.. pastu kena tolak suruh sampaikan hamper.. hahah.. now kena berani ke depan untuk bercakap, kitorang banyak belajar perbaiki diri, belajar untuk berdepan dengan orang ramai, belajar untuk ke depan jumpa orang sana sini.. experience yang bagus jugak sebab lama-lama dah kurang sikit rasa takut dan dapat bina confident dalam diri..

Gelap ler pulak.. Kak Pilla sampaikan hamper kepada pemenang cabutan bertuah malam tu.. Ko tak tau, kaki sakit gila dah lama tak pakai heels... keluar dari event tu.. aku bukak kasut jalan kaki ayam pegi kat kereta T___T Elly terus 'omg Filla, dasyat betul perangai pengasas jalan kaki ayam' Kaki aku sikit lagi nak cramp asyik terjongket je berjalan huahhhhhhh..


Esoknya pukul 8 pagi dah keluar dari hotel.. breakfast nasi kerabu kat area dekat-dekat situ sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Kemahang 1.

Silapnya event ni buat hari Ahad.. Kelantan kerja hari Ahad huhu lupa plak.. tapi takpelah ramai jugak yang datang... Kalau tak lagi penuh dewan tu sepatutnya.. ramai jugak yang mengadu kenapa buat kat Tanah Merah? Kenapa tak buat kat Kota Bharu... ramai rupanya orang Kota Bharu yang nak datang tapi jauh sangat huhu.. Takpe ada rezeki kita turun lagi Kota Bharu ye.. Banyak lagi tak shopping kat Pasar Siti Khadijah tu.. Eh? hehehe.

Seronok orang Felda Kemahang ni bermakeup dan cuba Fame Matte Lip Cream and Fame BB Cushion :)

 Alhamdulilah satu pengalaman yang menyeronokkan dapat turun sama-sama untuk perkenalkan Fame.. InshaAllah kita turun lagi ke negeri-negeri lain pulak lepas ni ok?

Sampai rumah terus meluru ke gate rumah nak jumpa anak-anak.. sampai je kat pintu terus Kak Pilla jerit.. Ichaaaaaaaaaa rindu mama tak? Kelam kabut dia salam, mata tak pandang pun aku.. berlari dia kat gate jerit-jerit "Papa Papa Papa!!!!"

OMG ko rasa nak amik pisau tikam dada sendiri ke apa ni?  Helloooooooooo??? Aku terkebil-kebil kot kat tepi pintu.. dia lari terus pegi kat papa.. peluk papa tak ingat punya... Eh tekanan jiwa aku tau.

Pastu malam tu jugak Kak Pilla bagi kat budak-budak ni kaftan sorang satu..


 Hahahah Icha suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kaftan ni tolonglahhhh.. aku plak bijak beli sehelai je untuk dia haritu.. hari-hari ya dia pakai ni.. basuh cepat-cepat sidai supaya malam karang dia nak pakai dah kering T__T  menyesal tak beli lebih..

Sebab dia rasa kaftan tu terlalu cantik, terus cium-cium mama... Mama ni comel lah.. mama ni cantik lah.. mama ni pandai lah.. Sudahlah... lakonan semata-mata..*matakeatas*

Kepada orang-orang Kelantan, terima kasih daun keladi untuk experience berharga buat kami Team Fame Cosmetics.. Doakan kami berjaya dan nama Fame Cosmetics terpahat di hati semua ;)

 Oklah, nanti sembang lagi ok? ai is very the busy today.

Bye.


Love, 
Filla.

RESEPI PASTA PREGO

$
0
0
 Hai :)

Harini mesti semua suka sebab Kak Pilla nak share cara-cara masak carbonara with angel hair dan spiral pasta.. wow nama dah canggih dah tu hahahahah.. Rajin sangat ni masak dua resepi..

Kak Pilla memang sentiasa ada stok Prego kat rumah sebab itu jelah penyelamat kalau sesekali nak tukar selera sebab jemu dengan masakan melayu.. Kat rumah ni anak-anak semua penggila pasta ;)  Stok button mushroom dan daging hancur pun mesti sentiasa ada supaya senang kalau nak guna..

Normally Kak Pilla akan masak bila anak-anak request nak makan spaghetti.. Kat rumah ni tekak lain-lain sikit.. Amaani suka carbonara, Kasih suka spaghetti bolognese.  Aleesya pulak suka pasta jangan letak apa-apa dia makan macam tu je.. haihhhh nasib anak ada 3 je heheheh..

Kak Pilla nak sahut cabaran Prego Friday sebab rasa nak try setiap hari jumaat ialah Hari Prego hahahah.. Selalunya hari jumaat Kak Pilla lebih suka makan kat luar sebab esoknya sabtu kita tak kerja.. so boleh lah bersuka ria makan kat luar.. Tapi semenjak dua menjak ni hoihhh malas betul nak keluar.. rasa duduk kat rumah lagi best sebab tak yah nak bersiap.. boleh makan spaghetti dengan family dan relaks-relaks je dengan family tengok tv bila perut dah kenyang ;)

U know me kan.. family moment tu paling diutamakan.

Eh menceceh banyak sangat ni, jom tengok apa Kak Pilla prepare di hari Jumaat sempena Prego Friday hehehe.. 

SPIRAL PASTA WITH PREGO TRADITIONAL

 Kak Pilla guna Spiral Prego ni.. Nak masak pun mudah sebab cuma perlu rebus 5-8 minit.. Depends lah masing-masing.. Kak Pilla suka dia kembang dan lembut sikit so dalam 8 minit tu dia memang lembut betul.. Korang just rebus letak garam sikit.. dah siap sila toskan.

 Actually apa-apa masakan guna Prego ni senang je sebab Prego sauce tu sendiri dah sedap.. Tapi kita nak tambah bahan-bahan sikit bagi dia lagi power.. sila jangan pemalas sangat ye heheh.. Ini je pun bahan Kak Pilla guna.. bawang besar holland tu potong dadu, cendawan butang slicekan, setengah paket daging kisar, satu sudu cili kering blend, sedikit garam.. dan satu tin Prego Traditional.

 Panaskan minyak dan tumis bawang..

 Masukkan satu sudu cili kering blend dan daging kisar.. kacau rata hingga daging masak..

 Masukkan satu tin Prego Traditional dan kacau rata..

 Masukkan cendawan butang dan kacau hingga sebati.

 Boleh letak sedikit garam.. Kak Pilla tak masukkan air langsung sebab Kak Pilla suka Prego ni dia very thick dan kalau kita goreng dengan pasta kita nak dia pekat baru rasa umph!!

 Last sekali masukkan Prego Spiral ni dan kacau rata.. kemudian boleh tutup api dan hidangkan cantik-cantik ;)

 Tadaaaaaaaa siap satu menu.. boleh nampak sauce Prego tu meresap cantik je kat Spiral tu kan.. cukup rasa dan lazat nyamssss..

Ok jom tengok resepi kedua pulak..

CARBONARA WITH ANGEL HAIR

 Ini pun senang sangat nak buat.. budak darjah 6 pun boleh masak ni hahahaha.. Untuk carbonara ni sebenarnya boleh guna macam-macam jenis Pasta.. Prego pun ada macam-macam pilihan pasta untuk korang gunakan kalau nak masak Carbonara ni.. Ada Angel Hair, Spaghetti biasa dan Fetuccini pasta.

Tapi kali ni Kak Pilla saja nak guna Angel Hair ;) rebus pun sekejap je dan lembut.. 5 minit siap!!! 

Kali ni gunakan 4 biji bawang putih dipotong dadu, 1/4 biji bawang holland dipotong dadu, sedikit isi ayam dipotong kecil, 3 batang sosej dihiris, 1/2 gelas cawan susu segar dan sedikit lada putih.

 Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar..

 Masukkan isi ayam dan kacau rata hingga isi ayam masak..

 Masukkan sosej.. kemudian masukkan satu tin Prego Cendawan / Mushroom.. Oh ya, Prego Cendawan ni pekat (refer gambar di atas)  Sebab tu rasa dia sedap, thick, rich and creamy gitu.. Perfectly balanced taste omputeh kata hahahaha.. 

 Untuk satu hidangan keluarga tu cukup kalau guna 1 tin Prego Mushroom tu sebab dia pekat.. so boleh tambah 3/4 air..

 Boleh juga letak 1/2 gelas susu segar kalau nak.. Kalau tak nak pun ok je.. 

 Last sekali boleh letak sedikit garam dan sedikit lada putih untuk menambah perisa ;)

 Sekelip mata je siap 2 resepi ringkas menggunakan Prego Pasta dan Prego sauce ni.. Semudah 1,2,3 gittewwwwww... petik jari 3 kali je siapppp semua atas meja.. ecewahhhh..

 Licin sepinggan Amaani makan.. lepas tu yang spiral pun dia makan jugak.. cukup 2 pinggan..

 Kasih eksyen.. memula nak yang spiral je, dah habis spiral tu dia rasa kuah carbonara pulak.. terus amik pinggan baru makan carbonara pulak hehehehe

 Ncha pulak jangan kacau dia.. Dia suka makan pasta kosong je.. ni pun sama eksyen jugak.. pastu bagi dia rasa kuah carbonara terus terbeliak mata dia cakap sedap.. pastu dia amik sendiri kuah tu letak kat spiral dia hehehehe

Kak Pilla lah ibu paling gumbira sebab inilah masakan paling mudah nak disediakan, ingredients dia pun sangat berkualiti dan jangan risau sebab semua produk Prego ada certified Halal by Jakim.  Paling happy sebab satu keluarga suka.. tak payah susah-susah tanya soalan "sedap tak mama masak?" hahaha confirm diorang yang akan cakap "sedapppp mama masak" sebelum Kak Pilla tanya.. Hebat sangat ni.. sila beri tepukan gemuruh hehehehe.. 

 Prego ni ada dalam bentuk jar dan ada yang dalam bentuk can.. Yang dalam jar ni ada dua size.. 350g dan 680g.  Semua stok Prego Kak Pilla ada macam-macam jenis dan perisa hahaha.. can ada jar pon ada.. penuh dalam rack hehehehehe... 

So jom kita jayakan Prego Friday ye.. tak yah sibuk makan kat luar.. Hari Jumaat ialah hari masakan simple dan berkhasiat di rumah :)

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Facebook : Prego Malaysia
Instagram : @PregoMalaysia

Love, Filla.

FAME MASCARA AND EYELINER.

$
0
0
 Alhamdulilah now dah ke stage seterusnya.. Selepas 7 warna Fame Matte Lip Cream kita melangkah ke depan untuk mengeluarkan Fame BB Cushion.. tak lama selepas tu kita keluarkan Fame Limited Edition pulak dan syukur produk Fame Cosmetics mendapat sambutan luar jangkaan.. 

Kami melangkah setapak lagi untuk menghasilkan Mascara dan Eyeliner.

Matlamat kami ialah berkongsi produk berkualiti dengan harga mampu milik.. Itu azam kami sebelum Fame Cosmetics ditubuhkan lagi.. Now kalau nak berkualiti je semua mencecah ratusan ringgit.. Kak Pilla salah seorang daripada yang jenis terpaksa / sanggup spend barang makeup berjenama sebab nak kan kualiti.. Lagipun Kak Pilla ada bibir yang sensitif.. tak boleh silap, confirm bengkak, kering, gatal dan kadang sampai berair dan mengeras.. Alhamdulilah Fame Matte Lip Cream takde masalah bagi Kak Pilla.. Takut ye memula dulu sebab dah terbayang dah lah jenis Matte confirm bibir tak leh terima ni.. Tapi semuanya okay dan happy sangat dapat kongsi dengan orang lain untuk memiliki matte lip cream yang harganya sangat affordable dan dalam masa yang sama berkualiti :)

Eh terpanjang pulak cerita lain hahaha.. Now nak cerita kenapa korang patut miliki Fame Mascara dan Fame Eyeliner.. 

Kak Pilla adalah orang yang paling suka mascara dan eyeliner.. maybe sebab mata Kak Pilla bukan jenis 'galak' dan mata Kak Pilla jenis kuyu dan sepet.. Kalau tak pakai mascara and eyeliner memang macam orang baru bangun tidur dan macam orang tak mandi hahahaha..
 
 Wow terus panjang bulu mata ai hehehehe.. Hanya dengan 3 kali coat sahaja.. 3 kali tu banyak ke? Kalau you all belajar make up.. kita memang kena coat banyak kali baru nampak bulu mata tu ada 'volume' dan panjang.. Dulu tak reti pakai mascara kat bulu mata bawah.. Now dah terror sikit heheheheh.. 

Pastu tips ye... Nak bagi bulu mata extra melentik, cara dia tunggu mascara kat mata tu kering.. pastu amik eye curler kepit satu kali.. perghhhhh nangis Aisywarya Rai tengok.. hehehehe

Kak Pilla pernah try 'washable' mascara dan 'waterproof' mascara.. so apa bezanya? Dulu beli washable sebab kita budget tak perlu pakai eye make up remover.. pakai air pun boleh remove.. tapi ternyata salah.. nak bersihkan solekan korang still kena pakai makeup remover baru dia betul-betul bersih.. dan dulu Kak Pilla pakai satu brand mascara ni harga dekat RM100 dan washable.. tapi hakikatnya bila bersihkan guna eye makeup remover, tetap mata jadi panda.. kesan hitam bawah mata tu susah gila nak remove.. dan ada rasa tebal melekit-lekit.. itu washable tu.. 

Fame Mascara ni kalau kita bersihkan dengan eye makeup remover dia akan tanggal tanpa ada kesan mata panda.  Tapi tipulah sekali wipe je semua tanggal.. dah ko pakai sampai bercoating-coating kennnn.. letak je eye makeup remover kat facial cotton tu.. pastu wipe mata hingga bersih.. dan Kak Pilla suka kepit facial cotton tu atas dan bawah bulu mata dan tarik-tarik sikit.. supaya betul-betul bersih.. kena bersihkan betul-betul lagi-lagi sebab nak amik wudhu.. pastu Kak Pilla suka tarik-tarik sikit bulu mata tu guna ibu jari dan jari telunjuk.. hahahah pelik yeh? yelah sementara mata kita tu ada kesan-kesan eye makeup remover tu senang sikit tarik-tarik dengan jari.. baru yakin bersih ;)

 Mascara ni packaging dia sangat berkualiti tau.. dia bukan botol plastik bodoh dan ringan tu.. dia macam licin metal sikit tu.. tak reti nak cakap hahaha.. dan Kak Pilla suka brush Fame Mascara ni bila kita apply takkan jadi yang ketul-ketul tu.. dia macam sikat halus yang takkan bagi bulu mata melekat-lekat sesama dia.. dah kering takde smudge langsung walaupun berjam-jam pakai.. 

Oh ye lipstick untuk gambar kat atas tu ialah Code Violet.. warna favourite sebab tak over hehe..

 Apa yang bestnya Fame Eyeliner?  

Pertama sebab dia very very very black!!!! Kak Pilla suka gila eyeliner yang very black gittewwww.. 

Kedua sebab dia jenis liquid pen.. very sharp dan mudah nak apply.. nak buat line jenis halus nipis sangat lah mudah.. kalau nak tebalkan pun mudah..

Ketiga sebab dia bukan jenis brush yang berbulu tu.. sebab kalau jenis eyeliner yang brush bulu tu possibilities dia nak comot tu sangat mudah.. nanti ada je bulu dua tiga helai nak terkeluar time kita nak garis tu dan akan menyebabkan comot.. so Fame Eyeliner tak ya.

 Mata Kak Pilla jenis kedalam dan sepet hahahaha.. dalam gambar susah korang nak tengok bulu mata ai... hehehe.. mata tu macam termasuk plak dalam soket mata.. 

Fame Matte Lip Cream gambar atas ni Code Topaz (Limited Edition) 


Ok now korang dah boleh dapatkan Fame Mascara dan Fame Eyeliner ni..


Both adalah waterproof dan mudah dibersihkan..

So jom cuba Fame Cosmetics, dijamin puas hati :) Jom whatsapp sekarang.. 


Whatsapp 013-3760466


 Agent sah : @agentfame


Love, 
Filla.

SMECTA untuk rawatan diarrhoea dari seawal usia bayi 1 bulan.

$
0
0
Susah tau nak dapat mak macam Kak Pilla ni heheheheh.. Suka makan.  Kat mana-mana pun boleh.. kat gerai? Huish sedap tuuuuu!! kat restoran? pon boleh, janji sedap.. Bawak je Kak Pilla makan di mana-mana.. confirm tertelan-telan airliur tengok makanan.. 

Lagi-lagi kalau gi travel, tak kira travel sendiri ke, dengan kawan ke atau dengan family dan anak-anak sekali pun, memang confirm makan kat luar.. Setakat sakit perut sebab makan kat luar tu memang perkara biasa hahahah..


Tengok tu.. rasa nak amik semua letak dalam pinggan ;)

 Kak Pilla kalau gi travel, perkara paling penting selain book hotel yang location best dan selesa, Kak Pilla paling suka buat research makan kat mana yang best hahahaha.. Teruk sangat perangai ni hehehe..  

 Uishhhh tengok ni... Ni makan kat gerai nasi campur makanan memang best.. Tapi satu je masalah.. balik hotel tetiba rasa sakit perut huk huk huk.. Masa tu baru terfikir.. makanan tadi tak bersih ke? dah nak basi ke? why sakit perut ni? Adoiiii dah tergendala program lain sebab nak melayan lepak dalam toilet hahaha..

Itu takpe.. tapi kalau bawak anak lagi lah stress kalau anak kena diarrhoea.  Jangan buat pasal ye.. mana nak mencari toilet? public toilet pulak tu... kang anak confirm meragam menangis kalau perut dia tak selesa.. sudahnya duduk diam-diam dalam bilik hotel.. apa pun tak boleh lah huhu..

Now Kak Pilla nak share dengan you all, especially ibu-ibu muda yang ada anak kecil dan sentiasa belajar untuk memastikan anak-anak kita sihat dan cuba protect mereka dari benda yang berbahaya.  Selalunya if ada anak kecil yang diserang diarrhoea atau cirit birit apa yang kita akan lakukan? Nak bagi ubat apa? Takkan baby kita nak bagi makan ubat orang dewasa pulak.. Noooo! jangan ya..

 1 kotak Smecta ni ada 30 sachets.  
Pernah dengan SMECTA?  Smecta ni actually is a French product dan jangan risau kerana ianya prescribed by doctors untuk diarrhoea treatment. Smecta ni ada unique structure yang mampu untuk menyerap bacteria, virus, toxin dan seterusnya boleh clearkan semua tu dari body system.  Smecta ni juga mampu untuk protect intestinal mucosa layer semasa cirit birit menyerang so that penyerapan nutrient akan less affected.  Sebab tu Smecta ni sangat sesuai dan selamat dari baby yang berumur 1 bulan.

Comel sangat travelling bag for kids ni kan?  Comel je anak pakai gi travel ;) Nak ke? hehehe.. Nanti end of entry Kak Pilla bagi ok?

Kalau kita plan nak travel with kids, jangan lupa bawa Smecta bersama.. Samalah macamana kita selalu bersedia dengan ubat demam, ubat selsema, minyak angin dan lain-lain.. Smecta juga penting sebab kanak-kanak selalu diserang diarrhoea bila travel ke tempat lain yang dia tak biasa.. Sometimes kita tak tau, maybe disebabkan air minuman? makanan? persekitaran.. semua tu boleh menjadi punca kepada sakit perut..

 Rasanya sedap sebab perisa Orange - Vanilla.. Don't worry anak mesti takde masalah dengan rasa ni.. Kalau anak kita masih baby boleh campurkan dalam botol susu ok?  Bancuh susu,, letak sekali smecta ni..

Ingat ya kalau boleh kita tak nak lah anak kecil kita kena diarrhoea sebab badan akan lemah dan kehilangan banyak air.. so better prepare siap-siap smecta ni bawak sekali masa gi travel..


Pengambilan Smecta

Untuk diambil selama at least 3 hari berturut-turut.

1 month - 1 year old
2 sachets / day (total 6 sachets)

1 year old and above
4 sachets / day (total 12 sachets)

Adult
6 sachets / day (total 18 sachets)

Korang boleh dapatkan 1 box Smecta di mana-mana pharmacies berdekatan.

Tapi Kak Pilla baik hati ni sebab nak buat giveaway 30 travelling bag comel untuk readers kesayangan via lucky draw.  Caranya mudah je, korang cuma perlu participate in a survey dan akan berpeluang dapat bag yang comel tu.. click here ---> https://thankiew.typeform.com/to/bsBkQM

Check out website mereka di www.smecta.com.my

Good luck semua!




Love, 
Filla.

UMRAH 2016.

$
0
0
 Assalamualaikum..

Pertama sekali alhamdulilah Kak Pilla, Radie dan Kasih dah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.. Dari 24 November hingga 6 Disember 2016.

Panjang kisahnye.. hehehe kalau Kak Pilla yang cerita mana boleh pendek-pendek kan? Ok memula sekali pernah terlintas juga untuk umrah ni rasa macam malas nak buat entry sebab umrah ni bukannya vacation yang kita bersuka ria.. Tapi tukar fikiran sebab nak abadikan kisah umrah ni di blog supaya bila-bila Kak Pilla rindu, boleh baca balik entry ni ;)

Kak Pilla risau sekiranya dalam entry ni nanti ada timbul rasa riak atau korang yang membaca akan fikir Kak Pilla riak.. so tak nak benda-benda macam tu terjadi.. tapi Kak Pilla harap kita semua boleh sama-sama positif ya.. Lagipun ni umrah pertama kali buat kami.. rasa berbesar hati dapat share kat sini ;)

Actually plan untuk ke umrah ni lama dah.. Dah memang ada niat dihati, kalau ada rezeki satu hari nanti nak menunaikan umrah.. jangan pergi kalau pergi tu rasa nak tak nak pergi.. Pergilah dengan hati yang tak sabar dan seronok.. Kak Pilla berdebar-debar bila dah dekat tarikh nak pergi.. Sebab rasa diri ni ilmu takde, takut tak reti nak buat apa.. Adalah sebelum pergi tu kita baca-baca, study sikit, pergi kursus, tengok youtube... bila tengok youtube dan tengok cara-cara mengerjakan umrah tu, wahhh rasa berdebar-debar macam nak pegi esok.. excited dia lain macam..

Kak Pilla pergi ni amik Andalusia.. main gamble and google je.. takde nak tanya sangat mana travel agency yang bagus ke tak bagus ke.. Anggap je semua tu rezeki masing-masing.. kita pergi jelah..

Sehari sebelum pergi dah siap pack barang dan tidur rumah Wan kat Enstek.. Oh ada benda yang terjadi sebelum pergi tu.. Memula masa apply nak pegi tu memang kalau boleh nak amik package yang masuk Mekah dulu then baru ke Madinah.. Tetiba bila dapat surat, kata kita kena pergi Madinah dulu baru ke Mekah.. Takpelah memana pun ok janji dapat pergi.. Pastu mutawif call 2 hari kot sebelum pergi cakap tukar.. kita akan ke Mekah buat umrah terus.. lepas dah selesai semua last baru pergi Madinah dalam 4 hari kat sana then baru balik KL.. Wah seronok betul Kak Pilla sebab apa yang dirancang memula tu menjadi jugak.. 

So agak kelam kabut jugak sebab dahlah pertama kali pergi.. takde pengalaman.. pastu Kak Pilla bukan main lagi study dari Madinah ke Mekah, miqat kat mana.. baca doa kat mana.. bla bla bla.. tup tup tukar heheheheh.. Pak Radie kena pakai ihram dari sini pulak..  Ok sempat lagi study kalau ihram dari sini macamana pulak.. Sebenarnya takde apa pun.. cuma biasalah, aku kan cepat panik..

 Kat depan rumah Wan.. Jubah putih Wan yang jahitkan.. Wan kata "pakailah jubah putih masa buat umrah nanti, cantik je putih kan warna kesukaan Rasulullah".. Keluarkan balik jubah putih dari dalam bag sebab plan bertukar hehehe.. 

 Keluarga mertua 

 Keluarga kami.. Pak Long dah datang malam tu kat rumah Wan.. siangnya dia tak dapat datang.. Masa ni dah nak bertolak..

 Ok ni sedih... Sebaknye dada ni masa peluk Amaani dengan Aleesya.. nak tinggalkan lama dalam 2 minggu.. Amaani pulak dah nangis masa ni.. Huwaaaa lagi lah aku sedih..

Tengok Amaani tu.. Eishhh sedihnya, aku dah tak boleh tengok muka dia masa ni.. drama sangat Kak Pilla ni heheheheh...

 Walaupun sedih, tapi pose tetapp hahahah.. Selamat tinggal semua ;)

 Penerbangan dalam 8 jam kot.. Pergi dan balik naik Saudi Airlines... Ok luas dan selesa.. 

 Sepanjang flight makan 2 kali.. Rasa nak terkeluar balik hahahaha.. Diet semua tolak tepi.. jangan nak mengada diet..

 Baru selesai melepaskan diri kat imigresen dia.. Imigresen Jeddah ni harap maklum.. kena istighfar banyak-banyak dan bersabar ya.. So ni dah settle dan tengah menunggu bas untuk ke Hotel di Tanah Haram.

 Ingat lagi dulu Kasih ni kecik-kecik dia lah minah kuat sentap, kuat emo, lembik... dan banyak lah hal dia hahaha.. Alhamdulilah now dia dah besar memang senang sangat dengan dia.. Langsung tak de bagi masalah.. Ceria je dia sepanjang kat sana ;)

Masa dalam bas mutawif cakap "kita dah masuk ke tanah haram.. lagi beberapa minit kita akan sampai di hotel.. nanti dari hotel kita sama-sama jalan kaki ke Masjidil Haram"  tak tau hati tu nak kata macamana.. sayu, gembira, sedih, berdebar.. semua perasaan bercampur baur..

 Sampai Hotel uruskan bag dan mutawif bagi kunci bilik masing-masing.. dan boleh berehat dalam 1 jam sebelum berkumpul semula di bawah untuk solat subuh dan Umrah.  so still kena jaga ihram kita.. kang takut kena dam.. so duduk diam-diam je.. 

Masa berjalan kaki beramai-ramai dari hotel ke Masjidil Haram (adalah dalam 15 minit) aku berdebar-debar... Sampai je ustaz ajak lari-lari sikit takut pintu Masjidil Haram tutup nanti kena solat kat luar.. Alhamdulilah sempat masuk.. Masuk tu aku toleh kiri kanan.. cantiknyaaaaaaaaaaaa... dalam hati terdetik mana kaabah ni.. sebab orang kata saat pertama kali nampak kaabah, hati akan sedih dan sebak.. tuppppp tetiba toleh je depan kaabah depan mata... menitik juga air mata masa dapat pandang kaabah depan mata... rasa Ya Allah, terima kasih jemput aku yang hina penuh dosa ni untuk ke rumahMu.. terima kasih Ya Allah.. 

Ustaz suruh jemaah perempuan solat subuh kat satu kawasan ni.. nanti jumpa balik area depan kaabah tu kita buat tawaf umrah.. selesai je solat subuh terus berkumpul dan buat umrah.. Masa buat pusingan tu doalah, zikir lah dan mengadulah kepada Allah SWT.. mohonlah ampun atas dosa-dosa besar dan kecil.. Bukan aku je menitik-nitik air mata.. Kasih pun sama.. Allahuakbar... sedihnya tengok Kasih.. sebab aku dah banyak pesan kat dia.. "Kasih, nanti masa kita pusing kaabah tu.. doalah apa je yang Kasih nak untuk diri kasih, Kasih mohonlah ampunkan dosa mama dan papa, mohonlah terangkan hati untuk menduduki peperiksaan, mohon jadi anak solehah, mohon Allah jaga adik-adik Kasih.. mohon ampunkan dosa arwah Busu, ampunkan Atok ngan Wan, Atok ngan Nenek.. Apa yang kasih nak, kasih boleh minta dengan Allah, sebab Allah ada dekat sangat dengan kita.. Allah dengar apa yang Kasih minta".

Ok jap sedih nak type.

 Keadaan di Kaabah selesai tawaf 7 pusingan.. dan seterusnya bergerak untuk Saei pulak..

 Alhamdulilah selesai Saei 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah.. First day tu aku sakit sikit.. sakit belakang maybe dalam flight tu 8 jam belakang aku dah memang sakit.. Tapi alhamdulilah selesai juga.. 

Safa dan Marwah merupakan dua bukit yang terletak dekat dengan Ka'bah. Sejarah Safa - Marwah tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim AS, yaitu Siti Hajar dan putranya Ismail AS. Sewaktu Ismail dan Ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air, berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.

So itulah sejarahnya.. Setiap kali mengerjakan Saei tu terus terbayang hebatnya Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah untuk anaknya..

Dah selesai semuanya marilah balik ke hotel..

 Seronoknya dapat mengaji mengadap Kaabah..

 Menara Jam terbesar dalam dunia.. 

 budak penakut burung heheheh

 Kasih tanya kenapa amik gambar taxi ni? Eh Taxi Makkah ni bukan selalu jumpa.. kena lah amik gambar buat kenangan..

 Inilah jalan kami lalu ulang alik berhari-hari bertiga ;)

 Kalau ada yang tanya makanan kat Andalusia ni ok ke? Aku susah nak jawab.. sebab kita tak tau tekak masing-masing.. Tujuan aku ke sini bukan untuk fikir soal makan sedap atau tak.. so aku akan makan apa je yang orang hidang.. kalau bosan, kitorang akan makan kat luar.. heheh simple je macam tu.. Tapi bagi aku not bad.. sodap je semua aku telan hahahahha.. cuma kalau korang plan ke sini.. boleh consider bawak cili sos pack-pack tu.. sebab kat sini segala kebab atau burger semua diorang pakai tomato sos.. takde cili sos.. kita tekak melayu nak cili hahahaha..

 Pak Radie dah botak.. bersama salah seorang mutawif.. kat sana ramai usik-usik cakap Pak Radie leh jadi mutawif hahhaa.. sebab dia selalu jadi tukang bagi makanan, tukang itu ini.. sebab dia kamcing dengan mutawif yang sorang lagi.. mutawif pulak muda-muda.. sejuk mata memandang anak-anak muda dah jadi mutawif..

 Kasih ni hantu shopping jugak hahaha.. dia dari dulu memang suka ingat kat orang.. nak beli utk dia ni dia tu.. kawan ni kawan tu.. kakak-kakak sedara, Dhya semua dia ingat.

 Sepanjang umrah ni.. Kasihlah peneman aku ke sana sini.. Dia pun gembira agaknya sebab perhatian untuk dia je.. heheheheh..


 Banyak gambar aku amik semuanya untuk share dengan family.. takde terfikir amik gambar sebab nak upload semua kat blog.. so gambar pun biasa-biasa jelah hahahah


 Ini miqat di Tana'im.  Selesai umrah kedua kitorang lunch kat luar..

 Aku dahlah memang kena makan nasik.. orang lain semua tak nak nasi.. Eishhh besar gila kalau korang order Briyani chicken macam ni dalam 20 riyal kot.. boleh makan 2-3 orang..
Lantak aku makan sorang.. setengah lagi bawak balik hotel buat makan malam hahahah..


 Masa kitorang pergi ni suhu 33c kira oklah.. 

 Masa kat sana baru tahu tiles seluruh kawasan masjidil haram ni dia susun mengikut arah kaabah.. so kat mana pun kita sekitar masjid kita tengok je tiles tu dah tau kaabah kat mana.. dan lantai dia bersih licin berkilauan...

 Ini pemandangan selesai solat maghrib.. ada lah jugak beberapa kali dapat solat kat level kaabah ni tapi bersesak-sesak sikit untuk jemaah perempuan.. "Hajjah Hajjah" kena halau hehehe.. setakat kene tepis ngan kepala kena pegang dengan orang Pakistan tu banyak kali lah.. lek je sudah.. bila Kasih kena dia tengok muka aku, aku tengok muka dia.. tapi aku buat tak tau je.. heheheheh.. mulut kunci tak moh komplen apa-apa, istighfar je..

 Aku dengan Kasih suka cuba solat sana sini.. Kadang nak merasa tingkat atas.. kadang nak rasa solat kat bawah.. semua tempat Alhamdulilah kitorang dapat.. ada kosong je.. berdesup kitorang bentang sejadah hehehehe...

 Waktu selepas Maghrib nak ke Isya' tu kadang ada kurma.. ada orang tuang-tuangkan air zam-zam... ada sekali ni air teh tarik panas.. saja lah nak try.. tapi kelat sikit.. 

 Kasih kadang tu rajin mengaji.. sejuk hati tengok dia mengaji macam tu.. dan dia rajin bangun amikkan air zam-zam sejuk.. ahhh sedapnya air zam-zam sejuk tu..

 anak dara dah kan?

 Balik solat subuh mengecek nak ice cream ;)

 Sedappppppp tapi tak berani nak makan banyak.. boleh batuk and sakit tekak nanti.. 

 Mango slurpppp

Seronok tengok ramai orang berniaga kat kaki lima.. jual jubah, jual baju, bag semua ada.. tapi tertarik tengok budak kecik ni... comel je ada lah umur dalam 5 tahun kot.. Kat sini ada jugak macam orang bandaraya tu.. sekali datang berdesup semua lari.. 

Esoknya ada lawatan melawat kota Mekah.. 

Hilang ingatan jap.. Rasanya ni belakang ni bukit Sur tempat Nabi Muhammad SAW bersembunyi selama 3 hari bersama Saidina Abu Bakar sebelum hijrah ke Madinah.. 


Belakang tu Jabal Rahmah.. Afdhal berdoa untuk jodoh dan kasih sayang kat sini.. Yang lelaki dah kahwin tak perlulah nak doa dapat jodoh lain yer.. hahahhaha.. 

Kak Ina ni lah kawan baik masa mengerjakan umrah.. Cikgu Maths sekolah rendah.. Selalu berkepit dengan Kasih jugak... 

Sejuk hati tengok anak dara tudung labuh ustajah ni heheheh.. 

Boleh naik sampai ke atas kalau nak.. yang belum berkahwin boleh lah doa dipertemukan jodoh dengan lelaki yang solehhhhh gittew.

Kasih kata dia tak leh lupa ice cream kat food truck depan Jabal Rahmah ni paling sedap.. Memacam ler Kasih heheheh..

Pastu lalu di Mina. InshaAllah suatu hari ada umur ada rezeki untuk tunaikan Haji pulak.. Seluas-seluasnya Mina ni.. Rasa kerdil je diri kalau duduk kat sini.. 

Ready untuk Umrah lagi..
Kali ni tawaf sebelum masuk waktu zohor.. Sempat habis 7 kali tawaf.. Tak lama lepas tu azan pulak.. so patah balik ke depan kaabah dan duduk menunggu waktu zohor.. Masa ni matahari tegak atas kepala.. Aku risaukan Kasih sebab muka dia merah padam sebab terik matahari.. tapi dia diam tak merungut.. Aku plak risau tengok dia tapi aku diam je.. Masa tunggu azan zohor Kasih tetiba landing kepala kat paha aku.. dia tutup mata.. nampak air mata keluar sikit.. "Kasih boleh tahan tak?""Boleh""kenapa Kasih nangis? tahan sikit yaaa lepas zohor kita pegi Saei nanti dalam tu sejuk".. aku pujuk lah dia sikit bagi dia bertahan... budak-budak kannn.. Pastu dia jawab "kasih nangis bukan sebab panas, Kasih sedih sebab Kasih suka Mekah.. bila Kasih boleh pegi sini lagi?"

Ok time ni kalau korang jadi aku nak kata apa?  Tertelan airliur kejap.. Ya Allah sungguh memang hati aku kuat nak bawak Kasih buat umrah ni.. Memang dia suka sangat dapat pegi Mekah dan Madinah ni.. dan aku happy ada Kasih sepanjang kat sini.. Dia langsung tak de bising-bising.. sikit-sikit adalah bab makan tu kan dia cerewet sikit... hehehehe.. tapi pegi Masjid dia ok je tak pernah lah dia tunjuk malas ke penat ke.. dia ok je...

Air zam-zam merata-rata ada.. yang biasa, yang sejuk semua ada..Asal dahaga laju je kitorang ke sini ;)

Batu-batu yang masih dikekalkan di Saei ni.. bayangkanlah Siti Hajar berjalan 7 kali ulang alik di kawasan berbatu macam ni.. Kita yang saei jalan licin tiles siap aircond pun agak semput..

Selesai Tahlul.. Abang cleaner sebelah Pak Radie nak join sama ;)

Setiap kali duduk dalam Masjidil Haram ni.. mesti pandang ke atas cantik sangat.. 

Ada satu malam kitorang naik 2 taxi gi makan Nasi Unta.. Aku, Kasih, Kak Ina dengan Ustaz Hilman (mutawif) naik satu taxi.. Pak Radie and the gang taxi lain.. Dahlah taxi diorang bawak gi tempat lain hahaha.. terpaksa turun, tahan taxi lain.. nak cakap Arab tak reti.. sib baik sampai jugak hehehe

Sebelah Pak Radie tu lah mutawif kitorang... muda lagi ;)

Gang-gang rapat

Makan untuk 7-8 orang.. 

Fuyo teringat-ingat.. nasi dia je pun dah sedap... gulppp sedapnye...

Ni ntah hari keberapa dah.. saja breakfast kat D' Saji pulak..

Macam-macam ada.. so ni amik Nasi Goreng... dalam 15 riyal kot? tapi banyaklah boleh makan 2-3 orang. Ada rendang daging, teh tarik, nescafe tarik sedap ;) Masa ni lepak dengan Kak Ina and husband.

Roti Canai pon ada..

Lauk kat dewan makan Andalusia.. Sedap kot hahahahah.. 

Pak Radie pulak.. pizza and western memang kegemaran dia.. segala kebab, pizza dengan burger memang banyak.. so dia suka lah ;)

Kali kedua pekena ice cream ;)

Ada satu malam program ke Gua Hira' pulak.. Ni takde paksaan, siapa nak join boleh join and bayar sorang 25 riyal.  Sejarah Gua Hira' adalah tempat turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW.. 

Kasih naik dengan Pak Radie.. Aku semput so tak naik hehehe.. tunggu kat bawah je ada kedai kat situ..

Kasih kata cantik sungguh boleh nampak Menara Jam dari sini..

Yeay good job Kasih!!! Kasih dahlah aku takde plak bawak track suit dengan long sleeve tshirt.. so dia pakai jubah, dalam ada seluar panjang hitam.. Pak Radie ikat jubah dia sampai ke pinggang masa naik bukit hahahahah.. hentam jelah janji sampai ;)

Aku jadi tukang basuh baju je kat sana.. Tapi best sebab baju semua kering.. Gembira je kalau baju kita basuh tu kering ;) Korang kalau nak pegi jangan lupa bawak hanger.. senang nak basuh baju ;)

Cantik sangat kan perkarangan Masjidil Haram..

Ada yang sedekah-sedekah duit masa nak datang sini.. beli candy bagi budak-budak.. nak beli coklat cari tak jumpa pulak.. Ajar Kasih jugak sebab dia malu-malu.. dia cakap "Kalau Kasih bagi pastu dia tak nak amik cemana?" Bagi je, kalau tak nak amik tak pelah... kita ada rezeki kena selalu share dengan orang lain.. Kasih kalau ada duit boleh sedekah kat orang-orang yang susah.. ada sikit bagi sikit, ada banyak boleh bagi lebih" So meratalah Kasih bagi candy dalam masjid sebelum solat maghrib tu.. ramai budak-budak kecik dalam masjid tu.. seronok je budak-budak dapat candy :)

Now pun terasa rindu.. 
Kasih Aleeya

Al-Quran tersusun rapi je.. kejap-kejap kang ada orang datang susun bagi tak senget sikit pun..

Ada kisah masa tawaf Wida' (tawaf selamat tinggal) ni.. Aku cakap dekat Kasih.. Doalah apa sahaja sebab kita tak tau bila lagi kita akan datang kat sini.. Jangan lupa minta kat Allah SWT supaya jangan jadikan ini umrah kita yang terakhir.. jemputlah kita lagi ke sini... Sepanjang tawaf tu rasa sedihnya hati.. Tengok air mata Kasih mengalir tak henti.. dia genggam tangan aku kuat, aku genggam tangan dia kuat.. 

Habis tawaf dia pandang aku.. "Mama Kasih sedih sangat.. Kasih nak datang lagi".. Ok berkaca-kaca mata adoiiii anak emo mak pon emo.. Tapi siapa dah lama kenal Kasih korang tau kan hati dia jenis jelly dan sensitif.. dia senang sedih.. senang kesian.. cepat cair.. Semoga Kasih tak lupa dan semoga Kasih terus jadi anak yang baik, anak yang menjaga solat, kakak yang menjadi contoh terbaik buat adik-adik..

Semoga suatu hari nanti akan sampai bersama semua anak-anak (Kasih Amaani ngan Kasih Aleesya sekali)

Perjalanan diteruskan ke Kota Madinah pulak.. Perjalanan dalam 8 jam naik bas.

Singgah untuk solat dan makan.  Macam kat padang pasir.. Angin kuat berterbangan jubah dengan tudung heheheh..


Eh apa sedap sangat ni heheheh.. Pitam betul.. Kak Pilla ni ko campak memana pun ok bab makan.. Banyak camni untuk makan berlima.

Sampai je hotel dah malam so terus berehat dan tidur.. Esok subuh kita gi solat kat Masjid Nabawi.

Solat Subuh hujan renyai-renyai.. kat dalam agak bersesak-sesak.. tapi seronok dan macam biasa, terpegun tengok Masjid Nabawi terlalu cantik.

Selepas tu pukul 7 pagi terus berkumpul di lobi ada briefing dari ustazah untuk sama-sama ke Raudah.. Bag jangan cuai.. masa solat sling je bag tu jangan letak kat lantai.. nanti sujud tetiba lesap pulak.. ada jemaah yang baru je sampai hilang 6,000 riyal masa kat Raudah.. hilang masa tengah sujud bag letak tepi.. so sila berhati-hati.. 

Masuk Raudah bagi jemaah wanita memang sangat sesak.. Ikut je apa ustazah cakap.. lepas tu bayang ustazah hilang pepandai lah.. Carpet hijau bermaksud Raudah.. Ada je peluang untuk solat sunat terus je solat... Sepanjang mengerjakan umrah.. masa solat sunat di makam Rasulullah SAW ni lah hati aku paling sayu... baru angkat tangan "Allahuakbar" terus menggigil dan bergetar dada.. Allah sayupnya rasa hati.. mohon shafaat baginda dan mohonlah ampun sepuas-puasnya.. sedihhhhhhhhhh :(

Keluar dari Raudah.

Cantik sungguh Masjid Nabawi


Sepanjang kat Masjid Nabawi ni dia tak bukak pulak payung.. adakah mengikut musim? 

Setiap hari akan lalu jalan ni untuk ke Masjid

dari luar Masjid pun dah penuh orang solat.. Sepanjang kat Madinah, ada sekali je solat Asar kot kat perkarangan Masjid.

Lauk di dewan makan hotel.. Mana lah tak debab pipi ai hahahaha..

Madinah ni modern sikit.. Mac, mothercare, H&M, starbucks semua ada..


Kemudian ada lawatan di Kota Madinah pulak :)
Solat sunat di Masjid Quba' iaitu Masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam dan dibina oleh Rasulullah SAW.. 

Kat perkarangan masjid banyak jual kurma.. antaranya kurma frozen ni.. tapi kena makan masa tu jugak.. kalau simpan dia akan lembik.. so telan sejuk-sejuk sedap :)

Then singgah ladang kurma untuk sesiapa yang nak beli kurma bawak balik..

Ini Jabal Uhud tempat berlakunya Perang Uhud.. 

Besar betul Jabal Uhud ni.. aku kuat berangan.. so aku dah bayangkan Rasulullah kat atas bukit ni bersama para sahabat masa perang Uhud.. 

Tengok tu ramai naik atas bukit tu.. tak silap bukit yang ramai orang tu tempat Rasulullah dan sahabat memanah dari situ..

Ni makan malam.. gang ustaz bilik sebelah panggil Pak Radie suruh hantar nasi kat aku and Kasih hahahha.. Pak Radie kena cekup dengan diorang suruh makan kat bilik sebelah :)

Banyak betul kedai-kedai jualan segala macam benda.. 

Dia berdua ni kaki berjalan jugak.. Mama je pemalas heheheh


Bahagian luar Masjid Nabawi

Kalau nak beli sejadah berkualiti sikit boleh beli kat sini.. betul-betul kat main entrance Masjid Nabawi.. Harga mahal sikit tapi puas hati..

Antara breakfast kat Madinah under Andalusia.

Sepanjang mengerjakan umrah.. ada jumpa 3 orang reader yang tegur.. Seronok betul bila jumpa kat sini ;)



Baik-baik semuanya..

Ok sebelum nak sampai ke garisan penamat.. ni Pak Radie beli untuk souvenir rumah sendiri ;)

Sukaaaaa sangat :)

Dapat solat kat Airport Madinah ;)

Kak Pilla amik package Andalusia dan amik flight Saudi Airlines.  Alhamdulilah seronok je tak de complaint dan tak de masalah... 

Huwaaaa sedihnya nak berpisah dengan Kak Ina.. Kasih siap buatkan loom band bracelet untuk anak Kak Ina yang sebaya Kasih tu.. nanti Kak Ina balik boleh bagikan from Kasih.. anak aku kan jiwang hahahahahah...

Itu saja perjalanan umrahku semoga apa yang Kak Pilla share ni korang seronok baca.. dan aku akan abadikan entry ni kat blog supaya bila rindu boleh jenguk dan baca... Semoga ada rezeki kita semua dapat jejakkan kaki lagi suatu hari nanti.. Alhamdulilah Kak Pilla dah sampaikan salam kepada Rasulullah bagi yang berkirim salam.. dan bagi yang menghantar doa untuk Kak Pilla bacakan, dah pun Kak Pilla doakan dan bacakan di Mekah dan Madinah haritu..

Harap entry ni takde mendatangkan rasa tak suka ke di hati korang.. kalau ada Kak Pilla minta maaf ye..

Sekian.


Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live