Quantcast
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

HOKKAIDO TRIP - DAY 5

Rasa macam lama je Kak Pilla kat Hokkaido haritu kan? Tapi sebenarnya yang betul-betul explore Hokkaido cuma 5 hari sahaja.  Bertukar hotel 5 kali sebab 5 malam tu semua hotel berlainan.

Tak letih ke asyik tukar hotel? Kak Pilla suka je sebab travel solo ni takde hal.. Kalau dengan anak kecik memang leceh sikit kot.. Kalau solo senang je.. Bukan nak punggah kain baju pun dalam bag tu keluarkan apa yang patut je pastu esok pagi pack and check-out.. Lagi best kot sebab boleh rasa duduk sana sini so experience pon akan jadi lebih :)

Hari keempat ialah hari terakhir kami di Sapporo.  Kalau kat Hokkaido ni, Sapporo adalah bandar dia.  Kalau korang ada plan nak bercuti kat Jepun tapi tak sure nak pegi which part of Japan, senang je.. korang suka salji? suka sejuk? suka nak rasa pengalaman musim winter? suka pemandangan yang cantik putih bersih dan macam berada di alam fantasi?  Ok citer banyak tak guna hahahaha.. HOKKAIDO lah tempat dia hehehehee.. 

Hokkaido kepulauan di Jepun yang paling sejuk dibandingkan dengan bahagian Jepun yang lain.. Snow ni pun rupanya ada macam-macam kategori.. ada yang kasar ada yang halus.. So snow paling halus dan cantik adalah di Hokkaido hahahaha.. Sila ke Rusutsu Resort kalau nak rasa pengalaman manis seperti di alam fantasi.

Matiklah baru permulaan entry dah macam rumusan penutup entry hahahaha.. I bagitau awal-awal kang lupa.. almaklumlah usia dan masuk 24 tahun ni cepat lupa.. Ehem.

Ok jom ikuti journey Kak Pilla menjejak Hokkaido di hari terakhir di sini.

Ni hotel yang kitorang stay last night.  ANA Crowne Plaza, Sapporo memang terbaek gilos, rasa macam ongkayo dok sini hahahha.. bilik spacious, toilet gempak, semuanya mewah :)

Ongkayo kena makan camni je, minum pon fresh orange je.. Tak leh makan banyak-banyak, tak style.
Heheheh gurau.

Selesai je breakfast kitorang check out dan menuju ke Hell Valley yang terletak di Noboribetsu Hot Springs.. Ishhh ni lagi satu masalah.. sepanjang haritu sakit otak nak ingat nama Noboribetsu.. Nak sebut je lidah terbelit hahahha.. Pastu dalam hati tertanya gak.. biar betikkkk kenapa nama dia "Hell Valley"  Hell??? 

Nama Jepun untuk Hell Valley ialah "Jigoku-Dani"

Jigokudani (地獄谷) or "Hell Valley" is a spectacular, appropriately named valley just above the town of Noboribetsu Onsen, which displays hot steam vents, sulfurous streams and other volcanic activity. It is a main source of Noboribetsu's hot spring waters.
So macam tulah cito ehhhh... Dari atas tu korang boleh jalan kaki sebab ada walking trails kayu menuju ke Oyunuma iaitu kolam air panas (sulfurous pond) yang suhu dia mencecah 50 degrees celsius.. Kolam dia kecik je dan ada air panas yang mengalir jugak kat situ.. 

Dari tempat Kak Pilla berdiri tu boleh nampak asap berkepul-kepul keluar dan ada bau sulfur yang agak kuat mencucuk hidung.

Walaupun korang nampak berasap panas gitu, cuaca kat sini rasanya -4c sahaja.. 

Kita berjalan kat sini dalam 20-30 minit kot untuk ke kolam kecik air panas.  Perjalanan maybe lambat sikit sebab tak leh nak laju.. Licin gila.. berapa ramai manusia buat pertunjukan jatuh terduduk, hampir jatuh, terslide sana sini.. Kak Pilla je tak hahahahah.. Leh caya ke?


Tahap sejuk kat Hell Valley ni rasanya lebih sejuk dari korang sumbat diri korang dalam petiais muahahahahha... snow turun lebat baju hitam semua jadi putih.. 

Sepanjang jalan tu kena berpegang pada kayu tu kalau tak dikhuatiri jatuh terduduk.

Hell Valley

Air panas semulajadi ni disalurkan di kebanyakan hotel dan traditional Japanase inns yang berhampiran.. So kalau korang check in di hotel berhampiran Hell Valley ni mesti diorang ada sediakan Public or Private Bath air panas dari Hell Valley.

Suasana di jalan masuk ke Hell Valley during winter.

Tak tahan sejuk giler, lelaju lari masuk toilet.. fuhhh lega panas sikit.. Kemain siap selfie, padahal hingus baru lepas meleleh hahahahah

Kat Hell Valley ni ada souvenirs shop jugak.. Kak Pilla beli gifts kat sini.. fridge magnets dia comel-comel.. Dah hari keempat baik beli, kang sia-sia je tak jumpa lagi dah fridge magnet hehehe

Ok dah puas berjalan kat Hell Valley jom kita gi lunch.. Ya Allah hidup aku kat sini jalan makan jalan makan... Itu je hahahah.. makan dah lah best hehehe.. 

Kali ni lunch kat area Noboribetsu (dekat dengan Hell Valley) tadi.. 

Sukaaaaaaaaa!!!! Barulah Jepun hehehe.. Comel kerusi dia kan? Tapi ahkak duduk bersila jelah.. tak reti duduk bersimpuh nanti perot terkepit tak leh sumbat banyak-banyak.. rugilah.

Experience yang tak dapat dijual beli.  Thats why Kak Pilla suka travel sebab boleh tengok budaya orang, boleh cuba makanan dari negara orang lain.  Tengok food presentation kat Jepun memang Kak Pilla kagum.. 

Sekisui-Tei, Noboribetsu.
Rindu makanan kat Japan.  

Tengok kaki ketam tu, Kak Pilla renung je.. Dalam hati acaner aku nak makan ni.. Malas betul nak kopek sebab selalu Pak Radie yang kopekkan.. Nampak ada gunting tapi hmmmmm..

Pastu tengok Jocko makan kemain sedap lagi.. Terus tanya dia "Jocko, camne nak kopek ketam ni? tak reti lah, malassss"

Pastu Jocko tunjuk, ek elehhhhh kacang je.. Sebab ketam tu kulit dia tak keras sangat.. gunting je terus kaut isi ketam tu.. Fuhhh rugilah sapa tak makan ketam hahahahha..

Selesai lunch kitorang dibawa ke tempat Public Bath Hotel Sekisui-Tei ni pulak.
Apa yang menariknya, air yang digunakan untuk mandi air panas kat sini ialah air dari Hell Valley.  So kira panas dia tu panas yang memang natural gitu.  Kat sini public bath untuk Lelaki.

Dia ada sediakan bakul bernombor untuk kita letak pakaian kita.  

Locker berkunci juga disediakan.

Duduk Hokkaido seminggu je Kak Pilla dah terror dah tulisan Jepun semua ni.. Tu dia cakap open from 5:00am sehingga 11:00pm.. Tapi malam minggu bukak 24jam dia kata.. Muahahhahah sila jangan percaya hahaha.. Ada orang leh translate tak apa yang 24:00 tu??

Ni peraturan menggunakan Public Bath.

Kita tak biasa kan mandi beramai-ramai macam ni, tapi kat Jepun mandi beramai-ramai macam ni dah macam tradisi diorang dah..  Mandi ramai-ramai tu satu hal.. Dalam kolam naked yer.. hahahahah tu syarat dia.. Ada sekali kat Hotel Toya Lake tu clients suruh Kak Pilla and Kak Namee pegi Private Bath, tapi untuk dua orang.. Hahahhahaha tergelak-gelak aku dengan Namee.. Memang tak laaaaaa!!! Aku tengok Namee ok lagi kot, takut Namee pitam tengok aku je muahahahhahaha.. 

Ala-ala jakuzi air panas.

Mesti lega duduk dalam air panas ni sambil tengok pemandangan salji kat luar..

Sebelum masuk dalam kolam tu, kena bersihkan diri dulu... Dah bersihkan diri sukahati lah ko nak jalan tebogel ke, or tutup dengan towel memana yang patut kahhkahkahhh i cannotttttt imagine lah.. kelaka plak..

Nak masuk dalam kolam ada cara dia.. tak leh main terjun je, no manners nama nya tu.. Kena masuk secara perlahan-lahan jangan sampai ter splash air kat muka orang yang tengah berendam.. 

Kat sini juga ada disedikan tempat bersauna.

Yang ni ke depan sikit jenis kolam yang 'open-air'  Sejuk gila kotttt tapi sedap ni kalau duduk dalam kolam ni panas jeeeee..

Jangan risau, Lelaki dan Perempuan diasingkan bilik macam ni.. Merah tu Perempuan.

Ni tempat Lelaki tadi.

Client cakap hotel depan ni antara yang termahal kat Noboribetsu.

Ok selingan jap.. nak share.. sesiapa yang pergi tempat sejuk musim winter ni, korang boleh beli benda ni kat Daiso.  Harga tak pasti, tapi murah je kot.. 

Dalam tu ada benda ni.. Kalau korang genggam lelama dia akan jadi panas.. Memang panas betul dan boleh bertahan kot untuk 3 hari macam tu?  Tak sure tapi masa Kak Pilla pakai 2 hari elok je masih panas bila kita ramas / genggam.

Letak dalam poket jacket korang... Sebab kat Hokkaido sejuk dia ialah terlalu sejuk sampai mencecah -5 macam tu.. Kalau terlalu sejuk jari jemari korang boleh kejung keras dan kebas.. hehehe.. Tapi make sure jangan letak dalam poket bersama dengan handphone takut handphone rosak.. Jangan tanya kenapa, dah orang cakap mcm tu Kak Pilla ikut je ;)

Ok lepas sesi lawatan kat Public Bath tu kita nak tengok Bear pulak... Ok yang ni Kak Pilla excited hahahahaha... 

Noboribetsu Bear Park
Yeszaaaa muka berkobar-kobar tu..

Fuh hebat sangat ni.. posing pegang kuku beruang plak tu...

Ini bukan main-main ya.. Ini beruang betul... Tapi kesian dia kena awet.. Umur dia tak panjang lah kot sampai 12 tahun je umur dia.. 

Tengok tu umur dia 12 tahun, berat dia 380kg. Bawah dari berat tu apo? Mato den rabun tak nampak.

Admission Fees

Adult : 2,592 yen
Child 4-12 yo : 1,296 yen
Group Adult (over 20 people) : 2,108 yen
Group Adult (over 50 people) : 1,975 yen
Group Adult (over 100 people) : 1,851yen

All entrance fee includes ropeway ticket

Nak murah sikit, pegi satu rombongan Cik Kiah tau heheheheh..

Ok lah, family Bear ni dah lambai-lambai Kak Pilla ni heheheh.. Nombor kat badan diorang tu ialah umur masing-masing.. Comey angat ni.. Nak bela yang umur 2 tahun tu boleh??

Nak naik ke atas tengok Bear tu kita kena naik ropeway dulu.

Time pergi ni 18 December 2017 temp ialah -4c.

Ropeway ni macam Genting je.. hahahha.. cuma pemandangan tu jelah lain sikit..

Jom kita naik atas tu..  Kat bawah tu ramai bear menanti kedatangan Kak Pilla ;)

Katanya kat sini dia panggil "Human Cage" hahahahaha.. Kita yang duduk dalam cage diorang bebas kat luar :)

Korang tak geram macam ni??? Eishhhh gerammm rasa nak pulas-pulas telinga bear ni.. Pastu nak gomol-gomol nak peluk leher dia yang gemok gebu bulu tebal tu.. 

Tetiba dia macam nak kiss pulak hhhahahaha.. Sebenarnya dia tunggu Kak Pilla bagi dia biskut tu.. Zalim tul pompuan ni, orang tu dah lapau ko main-mainkan plak perasaan dia hehehe

Siap sedia.... Ni biskut untuk bear.. Aduh kecik je punnn.. celah gigi beruang je ni.. Sian tauuu menunggu je memasing kita baling biskut dorang dah nganga kat bawah sana..

Untuk pengetahuan you all, brown bear ni adalah species haiwan terbesar di Hokkaido.dan disembah oleh kaum Ainu.. Ingat tak perkampungan Ainu Village? heheheh.. Diorang ni mengaggap bear ni sebagai tuhan mereka.  Ada lebih kurang 2,000 brown bears di Hokkaido.

Noboribetsu Bear Park ni terletak di puncak "Bear Mountain" yang terletak jauh di dalam hutan Lake Kuttara.  Bermula dari 8 ekor bear, sekarang dah mencecah ratusan bear :)

Comel kannnnn..

Eh duduk pulak dia... Adoiiiii rasa nak sepak-sepak je comel nau nau nauuu..

  jelir lidah pulak dia..

Ni cara nak bagi bear makan biskut dia dari tempat kaca tu.. Letak dalam tu and tolak je biskut tu keluar ke arah bear tu.. Jangan lambat ye.. nanti bear tu marah dia ketuk cermin tu hahahha

Alaaa shiannnnnn meleleh-leleh ailio tunggu biskut..

Biskut bear tu ada jual kat sini.. Harga sebungkus 200yen.

Jom kita tengok kumpulan bear betina pulak :)

Female bears ni size badan dia agak kecik sikit dari yang jantan tadi..

Eh yang kiri tu kenapa? siap genggam kaki pulak, sejuk eh? hhahahaha.. sakit hati kitew tengok awak.. yang awak kat belakang tu berdiri pulak dah kenapa.. gerammmm!!!

Dah puas melawat bear, marilah kita kembali semula ke Sekisui-Tei
Depan pintu masuk hotel ;)

Kenapa kita patah balik ke hotel yang kita lunch tadi?  Sebab kita dapat mandi kat private bath.. Kali ni special sebab dapat sorang satu bilik vip gittew.. Kelas kau Pilla.

Fuhhhhh masuk dalam kunci pintu.

Boleh berendam seorang diri dalam air panas dari Hell Valley..

Siap lengkap body shower semua ;)

Apakah ini semua??? Berendam dalam kolam air panas dari Hell Valley sambil melihat salji berguguran dari tingkap melitupi ranting-ranting pokok yang daunnya telah luruh.. kahkah berpujangga kau yer.. 

Setelah selesai marilah kita keluar.. Kau mandi ke tak ni Pilla? Hanya aku yang tahu hahahaha..

Destinasi terakhir kami ialah shopping di Rera Outlet Mall, Chitose.
Dulu masa pegi Osaka pun ada Prayer Room disediakan di Rinku Premium Outlet.  Japan sekarang best kalau kita pegi holiday sebab sangat Muslim Friendly.. Solat dah takde masalah kalau kat Japan.

Luas pulak tu.. Prayer room ni terletak sebelum pintu masuk Rera Outlet Mall ni.. 

Tu diaaaaaaa... Salji menggunung-gunung di sana sini.. Ko bayangkan sejuk ke idok..

Sebelum shopping korang masuk dulu kat Tourist Information ni dapatkan coupon discount dulu kat sini.. So bila shopping kat dalam ni dapatlah tolak lagi beberapa percent.

Oh my Gucci pon ado.

Pelbagai jenis jam tangan ada dijual kat sini.

Cookies dan segala macam makanan dari Hokkaido ada dijual disini.. So boleh beli sebelum balik KL... 



Corn ni ada jual pulak kat sini.. Tapi hakak kenyangggggg acaner ni..

Ni perghhhh sedap gilerssssss... gilers pon tak sedap macam ni.. Kalau korang ke Hokkaido kim salam Kak Pilla kat biskut King Crab nie.. I nak beli King Crab fresh tak mampu.. dapat beli biskut dia pun jadiklah hahahaha..

Bawak bag besar sikit kalau datang Hokkaido, banyak snacks yang sedap boleh borong heheheh..

Food Court.

Rasanya makan yang mcm ni takde yang halal.. So makan siap-siap sebelum datang.. Setakat nak beli snacks-snacks seafood dia boleh lah alas perot hehehe..

Next trip Kak Pilla ingat nak beli kasut.. haritu geram tengok kasut tapi bag tak muat hahahhaha.. Murah gilos kasut kat Japan.. dah lah latest design.. Huwaaaa acaner nie.. yellow boots timberland RM200 bersepah.. adidas, nike, vans semua pon murah.. Ingat yerrrr.. bawak duit lebih...

Blom haku citer jam G-Shock, Baby-G punya murah lagi... Baby-G kat KL dalam RM700 tapi kat sana tak sampai RM300 sila cryyyyyyyyy hahahaha.. Member blogger yang join trip ni dapat beli G-Shock yang used tapi still macam baru.. 3000 yen je dik.. RM108 je dik.. Ahkak hampir pitam.

Setakat jam SEIKO or CASIO yang jam getah biasa sesuai untuk budak-budak tu.. kalau pandai carik boleh dapat 99 yen.. Hellooooo RM36 jerrrr doooohh hahahhaha.. Lempang diri sendiri.. Terus beli 4 ketul hahahahahhahaha..

Tolonglah, ahkak terlalu excited, nak citer pasal Rera aku citer pasal lain... bagus pilla. hehehe

Dari Rera Outlet Mall ke Chitose Airport dekat je dalam 10 minit je naik bas... Bas pun ada disediakan ulang alik Chitose Airport - Rera Outlet Mall.

Station Bus

Waktu Operasi : 10.00 am - 7.00 pm 
Dibuka setiap hari.

Wow macam pegawai pemasaran hahahahhaha..

Shuttle Bus pula PERCUMA.

Sila shopping kat GAP tu.

Murah gilos i tell u.

Peminat jam SEIKO pun boleh berkunjung ke sini.. Kalau nak presentkan kat sesiapa diorang siap wrap lagi... Kemain suruh pilih nak wrapping paper kaler apa hehehe..

Memacam brands ada kat sini.. Cuma masa tak mengizinkan kitorang.. Berlari-lari macam haper je hahahaha.. Bab shopping ko bagi kat orang Malaysia.. mana boleh sejam? Paling-paling bagi 3 jam hahahahah...

Untuk maklumat lanjut tentang Rera Outlet Mall sila click SINI.

Selesai melepaskan geram di Rera, tiba masa untuk makan malam.. Kali ni kitorang makan kat dalam New Chitose Airport.  Ingat tak kat Entry Day 1 ada Kak Pilla mention nak makan sini dinner last day nanti.. 

So ni satu-satunya restaurant dalam New Chitose Airport yang ada sediakan Halal Menu for Muslims.

Donburi Chaya Restaurant

Kali ni lain sikit.. Kitorang duduk berempat semeja dan boleh pilih nak menu apa.. Memasing kemain lagi macam makan kat gerai kelantan je.. "

"Kita order ni dua pinggan makan ramai-ramai"

"Oiii sotong ni sedap, amik sepinggan, besar ni cukup ni"

"Ok tambah yang ada udang seketul tu semangkuk, kita share"

Namee pulak nak grilled potato... Semua orang nak.. so sila tamak, order 4 ketul hahaha.. pastu tak abis siap bungkus masuk henbag.. Siapa tu? Ahkak laaa hahahaha.. Perangai kg.com.  Eh tapi melepak sampai 1 pagi boleh lapar balik yer.. berguna potato ahkak :)

Dasyat tak kitorang hehehe.. Tapi kesian Ujang.. Dia makan kentang je dah lahhhh.. sapa suruh tak makan seafood muahahahahahhahahaha... adan uke!

Lepas makan kat sini kitorang bergerak balik naik coach untuk check in ke ANA Crown Plaza Hotel Chitose.. Hotel ni dekat je dengan airport.. Dalam bas masa nak sampai hotel tu nampak plak AEON betul-betul sebelah hotel.. Kitorang dah berpandangan sesama sendiri..

"Masami, what time AEON close?"

"9:00pm"

Semua tengok jam.. Ada dalam 35 minit lagi sebelum pukul 9:00 semua buat pandangan syaiton muahahahahaha.. Ada bran??? 

Namee nak mencari G-Shock sebab dia sudah menyesal tak beli masa kitorang beli aritu.. Dah semua berani, apa lagi menggelupur lari naik bilik campak luggage terus jumpa balik kat lobby..

"Masami, Kazu san, Wataru san, you all can go to room and have a good rest"

Muahahha ni budak kampung semua nak bekejar ke Aeon pulak.. Memang lawak malam tu.. dalam kesejukan salji penuh kat jalan tu kitorang redah.. jalan macam kartun nak sampai ke Aeon.. Dahlah kat car park dia licin.. nasib i tak jatuh gedebuk..

Masuk dalam tu lelaju lah naik atas nak cari jam.. Tanya pulak sales girl..

"you have G-Shock here? we are looking for watch, watch, watch"

Fuh dia punya angguk tu macam paham nauu.. berlari-lari dia bawak kitorang.. kitorang pun berlari jugak sebab tengok dia bersemangat.. Pastu Eh? kenapa dia lari-lari pegi kat kedai buku??? sambil cari buku kat rak.. Hadoiiii hahahaha..

"Aku rasa dia ingat watch tu tajuk novel jepun nie"

Pastu Kak Pilla tunjuk jam.. "i want thisssss thisss thissss" watch!

Baru dia "Ohhhhhh!!"

Lari lagiii hahahahha.. Matilanak.. dah nak tutup dah aeon tu tapi semangat diorang bekerja lain macam.. Kalau orang kita kedai nak tutup konpom moncong... 

Settle kat Aeon kitorang nak balik ke hotel.. Tapi macam biasa lahh.. pandangan syaiton tu tetap hahaha.. Nak jalan ke depan lagi? Mana tau ada cafe ke.. ada shops bukak 24hours ke.. 

So macam onggile lah berjalan lagi dalam kesejukan negative brapa darjah celcius pon eden tak pasti..

Janji semua kepala best dan happening.. Jalan punya jalan nampak 7Eleven.. Pon boleh lahhhhh hahaha.. lepak dalam tu beli air minum.. 

Pastu menapak balik hotel.. Bukan reti nak naik tido... Sambunggggg lagi lepak kat lobby hotel hahahaha berborak sampai kul 1 pagi.. 

ANA Crown Plaza Hotel Chitose
Fuh empuk giler tilam and quilt dia.. 

Toilet very niceeeee..

Bath tub pon best.. Hari-hari i mandi bath tub, cam ongkaya kahkahkahhhh.. Selalu malas jugak.. tapi sana sejuk dan badan letih.. dapat berendam air panas lega sangat..

Dah nak come to the end dah... so sad.... 

Pagi tu breakfast awal dari biasa sebab nak catch flight dari Chitose ke Narita.  Nasib restaurant dah buka so boleh makan dulu..

Bye ANA Crown Plaza Chitose Hotel.

Penginapan sepanjang kat Hokkaido sangat awesome.. Bilik semua best :)

Part paling sedih ialah part to say goodbye..

Nak say goodbye to Mr Kazunarikurosawa.. Yang berdiri no 4 dari kiri.. 

Kazu-san orang bertanggung jawab jaga kitorang sepanjang kat sana.. Selalu tolong tarik bag Kak Pilla dan Namee.. Selalu panik cepat kalau Kak Pilla minta apa-apa.. Sepanjang trip Kak Pilla selalu jatuh dan nak terjatuh.. Kazu-san lah yang cemas hahahah... Sebelum beli tapak kasut getah.. Kak Pilla asyik berpaut kat dia je hahahahah.. Ilek ler jangan gossip ai pulak.. baju tebal kot, i pegang lengan baju dia je kahkahkahhh.. bebudak ni asyik ugut je suh bank-in bulan-bulan kalau tanak gambar tersebar.. kongajo nie muahahahahahha

Thank you Kazu-san, hope to see you again :)

Yang kanan sekali tu Mr Wataru.. Dia ikut kitorang dari KL ke Hokkaido dan balik semula ke KL.. Agak pendiam but nice.. Sebab dia hensem i segan sikit nak dekat muahahahhaha matiklah kau pilla kena sambar petir hahahah.. 

Yang sebelah Kak Pilla tu Masami-san.. Dia satu-satunya client perempuan bersama dengan kitorang sepanjang trip.. Tapi dia orang penting dalam trip ni sebab dia yang akan communicate banyak dengan kitorang dan selalu explain tentang sejarah-sejarah tempat yang kitorang pergi.. Selalu remind pukul berapa berkumpul.. remind hotel ni akan bagi wake up call.. jumpa balik pukul berapa.. perjalanan amik masa berapa lama.. dan dia tak pernah tunjuk muka letih.. Sentiasa bersemangat, dan rasanya semua orang Jepun macam tu kot.. Dia suka lari-lari hahah comel sangat.

Huh sorrylah emo pulak.. Kak Pilla memang jenis mudah sayang orang hahaha.. Geng bloggers semua pon best, kelakar, kepala gila dan tak boring.. So trip Hokkaido ni jadi best sangat!!

Sebelum Kak Pilla lupa, ramai yang tanya cost trip ni.. Itu Kak Pilla tak dapat nak tolong sebab Kak Pilla pergi ni bukan trip yang Kak Pilla rancang sendiri.  Tapi Kak Pilla cadangkan korang catit itinerary Kak Pilla dari Day 1 sampai Day 5 ni.. Dan korang search mana-mana travel agency yang boleh aturkan percutian korang ke Hokkaido.. Search je Hokkaido ground tour package.. Boleh discuss dengan travel agency, korang nak trip yang macamana ;) 

Flight kalau nak jimat boleh book sendiri..

KLIA - NARITA - CHITOSE

CHITOSE - NARITA - KLIA

Itu kalau Japan Airlines lah... Rasanya yang direct flight ke Hokkaido cuma Air Asia je kot.. Kalau tak silap ler.. sila buat research ya.. i dah penat ni hahahahah.. Lagi satu tips, kalau naik mana-mana airlines luar tu.. korang boleh buat web check-in dulu and request Halal Food.

Harap korang enjoy baca kisah Hokkaido Trip Kak Pilla dan tanamkan impian untuk ke Hokkaido suatu hari nanti.. Kak Pilla memang suggest korang pegi during winter time.. Confirm puas hati :)

Korang boleh visit http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/sebab ada banyak info berguna for Muslim Traveller..

Ok itu je, i gerak dulu.. thank you for reading..

Bye..



Love, 
Filla.

NEW BABY :)

Pitam.. berzaman tak update belog.  Redho lah yer hehehe..

Sementara ada masa dalam 15 minit ni nak habaq maiii... Fame Cosmetics ada keluaran terbaru iaitu Cream Eyeshadow Stick..

Paling terbestlah rasanya produk ni sebab Kak Pilla suka something yang cantik tapi penggunaan sangat mudah.. Paling best sebab kalau outstation or gi travel senang nak bawak sebab dia dalam bentuk macam pen gituu.. So ada 5 codes semuanya.. Rasa nak bawak semua 5 batang terus gi travel hahaha..

Kenapa Fame Eyeshadow Stick ni best?? Of course ada macam-macam sebab.. Kalau tanya pendapat Kak Pilla sendiri, Kak Pilla suka sebab muncung (applicator) dia berbentuk sponge.. Sebelum ni Kak Pilla ada beli yang jenis crayon tapi susah sikit sebab kena blend beriya-iya sebab kaler dia melekat terus sebab crayon.. So kene tenyeh kuat-kuat sikit dengan brush baru dia blend elok..

Kalau guna Fame Eyeshodow stick ni.. korang boleh blend dengan brush or jari kalau nak.. Kalau tak nak blend pun ok jer..sambil pakai blend je terus dengan applicator tu sebab dia takdelah setompok kat mata.. dalam dia tu ala-ala cream dust tapi jangan risau sebab tak melekit walaupon nama dia cream.. Paham?


 Ni packaging Fame Cream Eyeshadow Stick.  Meletop semua kita pilih ni more to earth colour.. 

 Warna favourite Kak Pilla yang code 05.. Sebab dia lain dari semua 4 colour tu.. Kira naik seri lah gitu hehehe.. Tapi kaler wajib korang kena ada ialah code 03 sebab code ni boleh highlight kat eyelids sebab dia cerah.. Pastu pakai mascara.. Perghh barulah bulu mata nampak menyerlah..

Code 01 ngan 04 pon ai like.. Eh matiklah semua suka acaner.. Nasib ai ada semua code muahahahha..

Sebab gambar Kak Pilla pakai eyeshadow ni dalam phone.. dan tak tau apahal computer ni bila cucuk cabel phone ni tak keluar plak kat pc ni.. Acaner ahkak nak save gambar? Ai ada tinggal 3 minit je nak update ni.. So guna gambar model jerlah yer..

 Code 01

 Code 02

 Code 03

 Code 04

Code 05

Seeeeeee the colourssss.. so richhhh ok muahahaha.. 

Harga pun tak mahal cuma RM39 sahaja.. Sembang lebih tanak lah kan... Berani trylah sebatang.. Kak Pilla bet korang akan beli kaler lain selepas try sebatang hehehe... 

I takde masa ye nak makeup berjam-jam.. Eyeshadow je nak amik masa 5-6 minit huh tadek masa you alls.. Ni calit je siap.. i jamin kurang dari 1 minit dah cantik meletops :)

Korang boleh visit ig @fame_cosmetics untuk tengok-tengok kaler ya.. lagipun now kita ada contest korang boleh menang wang tunai RM200 and Fame Cosmetics product worth RM200.. So total RM400!! Terbuka untuk semua kecuali Dropship / Agent / Stokis.

Good Luck korang.

Eh lupa.. boleh jugak beli di website www.famecosmetics.com.my kita deliver terus kat depan pintu rumah :)

Tata..




Love, 
Filla.

DISNEYLAND TOKYO

Hi bersua kembali hahahha... Matiklah sebulan sekali ke apa konsep update blog ni? Bukan salah ai yer.. ni semua salah teknologi sebab sapa suruh cipta IG and FB? Berapa banyak tempat i kena update? heheheh

Harini nak citer Japan Trip bersama family thorcintaaaa haritu.. Sebelum Kak Pilla cerita lebih lanjut marilah Kak Pilla share tips dulu.

Kalau korang plan bercuti bersama rombongan cik kiah (anak berderet) sila plan awal.

Flight Ticket
Kak Pilla booked through expedia sebab kat situ dia akan listkan flight paling berbaloi.. Boleh terus click destination and return flight.. then pilihlah date dan time yang sesuai untuk fly.. Untuk trip ke Japan ni Kak Pilla pilih yang fly pukul 11:00malam macam tu supaya reach Japan morning kul 7am macam tu.. dan anak-anak boleh tidur dalam flight.. Bangun je Eh dah sampai Japan? Hebat macam dalam mimpi.. bangun je terus kat negara lain ;)  Kak Pilla pergi 9 Feb 2018 tapi dah book dari bulan May 2017.. Hahahha book awal bolehlah dapat murah sikit.. Tapi nak check cuti sekolah next year tu tak dapat pulak sebab belum keluar lagi jadual cuti sekolah.. So tibai jelah.. pergi tu ingatkan cuti CNY tapi silap percaturan hahahah terpaksa ponteng sekolah 3 hari.

Accommodation
Kak Pilla plan hari pertama dan kedua nak pergi Disneyland and Disneysea.. So haruslah Kak Pilla book hotel area situ jugak untuk memudahkan budak-budak ni dan mak apak dia.. Kak Pilla decided amik Hilton Tokyo Bay.. booked melalui booking.com.. Dia ada family room yang boleh muat 5 orang.  

2 malam kat situ then check out dan pikul bag untuk check in ke apartment di Hatagaya, Tokyo.  Train berlambak don't worry.. apartment pulak Kak Pilla booked dari airbnb lebih mudah dan murah.. Jangan lupa baca review orang yang pernah stay kat apartment tu.. Lagi satu sebab kenapa Kak Pilla pilih apartment sebab kitorang sefamily dah 5 orang so tak boleh amik hotel biasa sebab tanak amik 2 rooms pulak kann.. Lagipun apartment boleh masak ;)

Apartment di Japan
Hotel dan apartment kat Japan memang watt dia 100 sahaja.. So tak yah susah payah nak bawak rice cooker.. tak leh guna pun buat berat bag je.. Masaklah secara manual hahaha.. Oh ya, sabun samak boleh beli kat Mydin.  

Transportation
Ok ni pun penting.. Sebelum pergi sila buat research dulu.  Berlambak jenis-jenis lines yang ada kat sana.. Contoh ada JR Line, Metro, Subway, Keio Line.. dan lain-lain.. So kalau tak pernah pergi memang terpinga-pinga..  Walaupun korang duduk kat station-station yang sangat familiar contohnya Tokyo, Shibuya, Shinjuku, Akibahara semua tu.. tapi line dia banyak. Ko nak naik JR kat sini.. Metro kene pegi building belah sana sikit.. aku nak pitam hahaha.. Kak Pilla dah print train apa nak naik.. Sekali sampai sana terbangang-bangang hahaha.. Kak Pilla buat from Tokyo Station to Shinjuku Station.. tapi rupanya Shinjuku je ada 5 jenis Shinjuku.. Saiko hahahha.. Shinjuku Chrome3 lah.. Chrome apa lah.. Eh ai tau Shinjuku jelah!!!! Pak Radie tanya Shinjuku apa? Aku rasa nak telan je dia hidup-hidup.. Masa ai busy buat research dia tak tolong pun.. asyik cakap 'kacang je tuuu' sekarang ko makan kacang tu.. ko carik train apa kita nak naik hahhaa.. 

Kak Pilla advice korang amik JR Wide Pass.. Boleh pilih nak 3 days ke 7 days ke  atau berapa days tah lagi.. Memang agak mahal tapi berbaloi sebab rata-rata JR Line memang bersepah-sepah.. dan pass tu unlimited.. Korang nak turun naik 80kali pusing-pusing area Tokyo pon ok.. Dan dia include juga perjalanan dari Narita Airport ke mana-mana area Tokyo.  Cuma rasanya tak leh beli online.. korang kene beli kat Narita Airport ada office dia.. beraturlah sejam hahahah.. dan dia include perjalanan ke tempat best macam Mt. Fuji dan Gala Yuzawa (tempat ski paling dekat dengan Tokyo)  

Kak Pilla amik 3 day pass.  Tapi dari Shinjuku Station nak ke Hatagaya tu takde JR Line.. sbb dia guna Keio New Line.. Yang tu kitorang beli ticket kat machine je tiap kali nak balik ke apartment.  Lagi satu boleh beli Metro/Subway card.. Tu Kak Pilla beli kat Malaysia under company HIS.  Murah jugaklah.. amik yang 72jam valid kad tu.. 

Pocket Wifi
Kak Pilla amik dengan company yang sama iaitu H.I.S. Travel Malaysia atau korang boleh visit www.his.com.my/ atau IG dia @his.malaysia .  Beli siap-siap kat Malaysia ni.. office dia kat Bkt Bintang.. Bolech collect 3 hari sebelum fly.  Charge dia RM15 sehari.. Lebih dari 7 hari rasanya dapat free 1 day.  Boleh guna sekeluarga :)

Disneyland and Disneysea Ticket
Beli online 2 bulan sebelum pergi.. Rasanya tak leh booked online awal dari tu.. Jangan beli dekat kaunter Disney sebab kat sana dia tak jamin.. Ada hari yang Kaunter tutup sebab tiket sold out walaupun ko sampai sana pukul 10 pagi.. So tak pasal kena tunggu dia bukak balik dalam pukul 5 petang.  apa benda kul 5 petang baru nak masuk???? 

Ok tips sampai situ je.. Letih plak hahahha.. Nanti kalau ada tips lain Kak Pilla share kat next entry yer... Now jomlah tengok gambar je hahahha.. 

 Pergi tu naik grab car.. Satu lagi naik kereta Wan ngan Atok.. 

Pakailah kasut siap-siap dari rumah.. Tak kuasa nak bawak banyak kasut yer.. 

Hahahha dasyat anak-anak ai.. Menganga tido hehehe.. 

Eh belah sana pun tido kemain lagi hahahahha.. 

 Kak Pilla duduk dengan Amaani.. Yang lain dengan apak dia.. 

 Perjalanan lebih kurang 7 jam ke Narita Terminal 2


Semua muka bangun tidur.. Rambut pun kusut masai sakit hati ai..

Ni lah yang Kak Pilla cakap tu.. Office dia kat Terminal 2 ni hah.. Beratur panjang uolls.. 

Sebab Kak Pilla plan nak bawak budak-budak main snow kat Gala Yuzawa, sebab tu amik 3 day wide pass tu.. Tu price nyer ya.. Aleesya free tapi kena share seat.. Tapi masa pegi seat kosong so boleh duduk je kat seat sendiri.  Nak usha pasal wide pass sila ke https://www.jrpass.com/

Lagi satu benda yang kena beli ticket kat Narita Terminal 2 tu ialah limousine bus tiket untuk ke Hilton Bay Resort (area Disney)  Rasanya setiap half an hour ada je bus ke hotel.

 Hotel Kak Pilla pilih tu kena beratur kat no 12 ni hah.. Perjalanan dalam 40 minit kalau tak silap.

 Yeayyy dah sampai.. Tak boleh check in lagi sebab awal sangat.. tapi boleh register dulu dan tinggalkan luggage kat hotel.. malam kang baru kita masuk bilik.. now nak terus ke Disneyland.

Dari Hilton ke Disneyland kena naik train dia.. Boleh jalan kaki je depan sikit dari hotel ni ada station nak ke Disneyland.

 Beli ticket dulu kat station ni.. Boleh pilih nak 2 day ticket pon boleh.. 

 Simpan tiket ni untuk guna 2 hari kat sana..

 Nasib diorang ok tak letih sebab sepanjang flight tu bantai tidur.. sampai tak bangun makan huhu..

Comelll kann heheh... Seni lah tu snap gambar camni hahhaha

 My Kasih :)

 Mengada Icha ni hahahha


Kesayangan mama


Akhirnya tercapai juga cita-cita Kak Pilla nak bawak diorang ke Disneyland and Disneysea Japan.  Masing-masing dah besar dan dah tau nak appreciate trip ni.. 





 Masa ni tengah beratur naik roller coaster.. Tak pasal aku pun kena naik.. benci tauuu.. Sebab ride ni kena beratur 80 minit.. aku tak sanggup duduk kat luar sorang-sorang sementara menunggu dorang.. so marilah beranikan diri naik jugak.. Diorang naik tu gelak-gelak happy.. Ahkak je terpekik-pekik rasa nak lempang diri sendiri..






Wow hahaha

Sementara parade nak start mari duduk dulu dan makan keropok twisties dari Malaysia heheh

Kat dalam Disneyland ni pepandailah korang makan yang ringan-ringan.. Kak Pilla beli churros and pop corn jer.. Budak-budak ni happy so perot pon tak rasa lapar..




Parade tu Kak Pilla amik video jer.. tak amik gambar pun.. Kertu sangat ni semua nya pemalas hahaha

Comel.. Pak Radie nak cekak mickey tu dia nak pakai katanya.. Ko ingat comel? Noooo

Ni comel hehehe

 Ini lagi comel

Dah nak malam tu makin sejuk... Tapi kutahan jebat.. tadek hal lahhh. Hokkaido tu lagi petiais tahap beku dia ai ok jerrrr.. inikan pulak setakat Tokyo.. hahahha belagak kau yer..

Dia ni kannnn... Ingatkan dia lah photographer aku.. rupanya terbalik.. Kejap kang "Ma sini maaa.. snap ma"  Tumbuk kang...Dia tengok mata aku dah terbalik, dia suruh Kasih pulak snap gambar dia.. hahahha


Alhamdulilah Icha senang diurus sepanjang kat sana.. Cuma ada masa sentap-sentap tu normal hehe

 Bagusnya budak ni kebal tahap beku.. Relax je sejuk lah kau cemana.. siap ada masa campak glove tanak pakai..

Banyak lagi tempat kat dalam Disneyland tu boleh main.. Tapi semua kene beratur lama so semua tanak beratur.. Kitorang banyak jalan-jalan dalam tu.. and Pak Radie teman diorang naik Jumbo apa yang fly tu? aku tahap-tahap tukang jaga bag je hahahah.. 

Settle semua dah lemah je marilah kita balik hotel.. 

 

Ini Family Room yang Kak Pilla booked through booking.com.. Kasih tido atas.. Amaani bawah.. tapi gambar ni google jer hahaha.. takde katil tepi ni tu extra bed kot?.. Kitorang just nice untuk berlima.. Tapi harga sila maklum agak cekik darah.. 2 malam bolehlah pejam mata bayar.. 

So itu sahaja cerita untuk buat masa ni.. Nanti rajin Kak Pilla sambung lagi yer.. 




Love, 
Filla.

DISNEYSEA TOKYO

Hi... masuk hari kedua di Tokyo.. hari kedua ni kita menuju ke Disneysea pulak ye.. So bangun semua dan bersiap-siap..

Depan pintu bilik :)

Dalam lif pon bolehhh hahahha.. 

 Kecik ni malas nak jalan.. suruh orang tolak dia pulak..



Pon boleh lah amik gambar dengan abang jaga station ni hah


Nasib ada anak boleh harap snapkan gambar heheh

Tapi pagi tu tak dapat masuk Disneysea sebab full house.. Kena tunggu announcement maybe pukul 5 petang.. Kesian tengok muka budak-budak ni hampa huwaaaa Kak Pilla sebak time ni.. Sebab ticket Disneysea ni Kak Pilla tak book online so silap sikit kat situ.. Takpe kita boleh jalan dulu naik train turun kat Ikspiari Shopping mall.  Kat sana nanti akan ada announcement kalau park tu bukak balik.. 

Muka hampa :(

Dalam mall ni pon best jugak.. memacam ada... So mari tengok kasut dulu kat ABC mart

 Kasut Nike yang sama Kak Pilla pakai tu harga dia dalam RM200 je.. beli kat KL RM400++ bedebah betul hahahhaha.. Kalau korang nak shopping kasut memang berbaloi kat ABC mart ni berlambak kat memana area kat Japan.. Ada few tu tak lah banyak beza harga, dalam 100-200 je tapi yang bestnya semua latest design yang kadang tu belum ada kat Malaysia.

Tapi pegi ramai-ramai ni aku takde mood nak shopping mengenangkan bag penuh.. Baru sampai dah penuh, belum balik lagi hahahhaha.. 

Kat Ikspiari Mall ni ada small park jugak.. ramailah parents bawak anak-anak jepun diorang lepak sini.. Oiiii comel-comel tembam pipi gebu pink-pink.. ada aku gigit anak orang ni hahaha.. 





 Best lepak kat sini.. sambil tengok budak-budak ni main kat taman.. 

 Budak kerek hehehe

Peneman setia.. Salah satu matte lip cream Fame untuk travel kit yang akan launch Isnin ni.. 









Banyak amik gambar budak-budak ni nanti nak frame kan.. 

Penat memanglah penat travel bawak kids ni tapi satu kepuasan yang tak leh nak diungkapkan bila tengok diorang happy.. Belum cerita sentap, bergaduh, demam, tak larat jalan, lapar.. beli air pastu tumpah kat baju.. dah lah air manis.. huwaaaaaaa.. 

Jalan-jalan jumpa pulak LUSH kat sini... Kasih melompat-lompat tak paham aku.. Dia suka lush ni dia dok usha lama dah and dia memang nak sangat beli lush nie.. 



 Tapi kannn.. anak perempuan ramai ni best jugak hahahha.. Semua suka je benda-benda wangi-wangi ni.. Apak dia pusing-pusing terus duduk luar hahahah.. 

Esok aku dah tua, diorang ni bawak ke aku jalan-jalan tengok tempat-tempat macam lush ni hahahah

Dah membuang masa kat sini.. jom kita masuk Disneysea sebab dah ada announcement kata dah bukak balik.. 

 Disneysea ni terlalu luasssssss giler... Pitam ok nak jalan.. Gambar tak sempat amik banyak sebab masa masuk tu dah nak gelap.. matahari dah nak terbenam..


 Kitorang lebih banyak berjalan-jalan kat kawasan ni sambil tengok pemandangan.. 

 Macam-macam benda jual kat sini.. Semua orang akan pakai memacam cekak rambutlah, baglah semua character Disney.. Kitorang je tak hahahahha.. Malas aku kang bag tak muat.. tu jelah masalah kau pilla hahahha

 Dari dulu gila map dia ni hahahhaha... Ingat lagi masa kat aussie dulu.. map tak lekang kat tangan dia.. pastu tengok map beria-ia macamkan paham nau hehehe

 Sejuk masa ni.. tapi bila start gelap lagi lah sejuk.. huwaaaa dahlah angin kuat..

 Nasib nampak kawasan ni.. Mermaid apa tah namanya.. dalam ni semua indoor games.. Yessssszaaa!!

So diorang beratur lah dengan apak dia nak naik apa ntah dalam tu..  ahkak macam biasa... membawa diri hahahhaha.. nak jalan-jalan kat luar terlalu sejuk dan takut sesat.. tapi aku jalan jugak kat luar rasa macam orang tengok mesti pelik sebab ko ni datang disneysea sorang-sorang ke apa? hehehe

Bagi diorang puas-puas main games dalam tu baru kitorang keluar.. 

Olooo lo looo amaani macam teddy bear.. 

 Sebenarnya nak tunggu ada fireworks ke apa tah show malam tu.. semua orang dah amik tempat keliling tasik tu.. Tetiba ada announcement kata show tu cancel sebab weather tak ok.. Aduhhhh cancel pulakkkk.. Tapi eloklah, aku dah kesejukan hahahha..


Ok anak-anak.. Jomlah kita balik hotel.. korang boleh berendam dgn Lush bath bomb tu dalam bath tub.. Mama dah bagi green light.. 

Family photo :)

Sekian sahaja entry Day 2 di Disneysea..

Harap kita ketemu lagi untuk entry seterusnya ;)


Love, 
Filla.

SAMBUNG CERITA TOKYO.

Day 3 ni kitorang dah check out from Hilton Tokyo Bay ni.. Duduk dua malam cukuplah now nak pindah ke apartment pulak.

Apartment pulak boleh check in pukul 3:00 petang so tak yah nak keluar awal sangat dah lah bag berlambak.. 
Ok jom mulakan perjalanan..

Dari hotel ni boleh naik transport dia free je dan hantar ke Maihama Station yang ada train untuk ke Tokyo Station.. 

Agak kelam kabut sikit sebab cuaca macam terlalu sejuk plak time ni. Budak-budak dah menggigil.. Sampai kat Maihama Station, aku dengan Pak Radie sibuk nak usha cemana nak beli Suica Card.. Card ni actually boleh guna untuk naik train-train sekitar tokyo nanti.. Kalau habis leh top-up je.. 

Masalahnya bila tanya kat orang kaunter tu dia cakap beli kat machine.. Masalahnya machine tu macam bengong ke apa.. Lama gila jugak kitorang ke hulu ke hilir area machine tu.. sampai Kasih cakap dia nangis jugak sebab kesejukan.. Dahlah takde tempat bertutup untuk tunggu kitorang settlekan pasal tiket.. Huwaaa bersalahnya kat budak-budak ni.. "Sorryyyyy, mama nak settlekan dulu pasal tiket ni.. tunggu jap yaa.. tahan sikit je lagi"

Ok lega sikit dah naik train.. Bag kitorang luggage tarik tu total ada 3.. Aku pikul bag galas satu.. Pak Radie pikul haversack besar satu.

Oh ada buggy plak lagi seketul.. Ko bayangkan peluh ke tak peluh nak tarik semua ni turun naik train hahahha

Sebenarnya senang je.. Korang cuma perlu google je..  Apartement tu kat Hatagaya Station.. so google je 'from Tokyo Station to Hatagaya Station"  Nanti dia akan keluar macam gambar kat atas tu.. Dia ada tulis sekali "Line" apa yang korang kena naik.

Macam tu lah keadaan dia orang Malaysia travel bawak anak berderet hahahha

 Tu belum kira anak tak selesa itu ini.. Eh silap ni gambar dalam bas Hotel nak ke Maihama Station tadi hahaha.. lantoklah..

Muka Amaani pucat.. Malam tu dia tetiba demam.. Huwaaaa ni lagi satu kalau bawak anak travel tempat yang cuaca dia sejuk.. Macam-macam boleh jadi ya.. Dia demam teruk jugak time ni.. Aku panik jugaklah sebab risau kat apartment tu kalau dia demam teruk apa aku nak buat??? Kat luar tu sejuk gila.. Mana klinik kalau apa-apa hal.. Eiii takutt.. Memalam sepanjang kat apartment aku tido dengan Amaani sambil lap badan ketiak dia semua dengan air sejuk..   

 Amaani memang jenis tak tahan sejuk.. kalau kat rumah pun dia jenis yang tidur awal.. Tak suka main lasak-lasak sangat.. tak macam Kasih and Aleesya.. 

 Kesayangan..

Tu diaaa bagggg
  
 Soft toys memasing sila bawak sendiri yee

Muka memasing hehehe

Akhirnya jumpa gak apartment ni hah.. Konon akan sampai sebelum pukul 3 kan? Kitorang sampai dalam pukul 7ptg kot hahahahha.. Muka semua keletihan.. 

Ni bilik pertama

 Bilik kedua

 Hall.. Kat sofa bed purple tu lah Kak Pilla tidur tiap malam sambil jaga Amaani demam.. Sakit badan tau hahaha.. 

 Ada dapur comel jugak untuk aku masak hari-hari..

 Bilik air comel.. 

 Ada washing machine jugak.. Walaupun takde dryer tapi ada ampai kain.. leh sidai kat luar balcony atau penyidai kat gambar ni belah kiri tu.. Masukkan dalam bilik air.. tutup pintu and pasang heater.. Elok je kering kain hehehe.. 

Boleh amik Heating atau Drying of clothes tu.. hehehe.. 

Apartment ni kat area Hatagaya.. Dekat jugak dengan Shinjuku Station.. kalau korang pergi satu family better book dengan Airbnb dan cari harga dan location yang sesuai dengan budget you all.. Yang penting tempat tu dekat dengan mana-mana station (walking distance)

 Sejuk jugak kat luar time ni.. Malam tu aku dengan Pak Radie keluar jalan-jalan gi kedai jap.. Masa tu tak tau lagi Amaani demam..

 Sebelum keluar, Aleesya dengan Amaani dah tidur.. Kasih tak yah cakap lah tu memang jenis burung hantu sikit.. So dia duduk apartment tolong tengok adik-adik jap..

 Rindunya nak travel berdua je... Lama gila kot dah tak de vacation berdua :(

  
 Memang jadi tukang amik gambar jelah aku ni hahahah.. Tapi bestlah jalan berdua memalam sejuk-sejuk boleh borak macam-macam.. Balik je apartment rupanya Amaani demam.. Huhuhuuuu.. So perjalanan dan plan semua rombak habis.. Kena ikut tahap kesihatan anak dulu.. dia ok baru keluar..

Nanti sambung yer..

Bye



Love, 
Filla.

ROPONGGI, SHIBUYA, HARAJUKU.

Pagi hari ke 4 tu keluar agak lewat.. Tunggu sampai Amaani betul-betul ok dan dia rasa dah sihat.. Keluar pun dah dekat tengahari..

 Budak kecik nilah penghibur hati.. Ceria je dia kat Japan hehehe.. Siap mintak makeupkan muka dia sebelum keluar hehehe..

 Ni nak berjalan dari apartment ke Hatagaya Station.

Ok perjalanan menuju ke Hard Rock di Roponggi.  Kalau duduk kat Hatagaya ni memang kena amik train and turun ke Shinjuku Station.. Dari Shinjuku tu baru boleh pegi banyak tempat.. 

Amboi sebelah patung pun boleh hehe
 

  
  
 Macam biasa apak dia suka feeling lebih.. Gambar dia je 80 keping hahahaha

 Papa and Mama


 Anak first

 anak 2nd

 Anak 3rd








 

 Ok saja tepek gambar lelebih hehehe

Lepas beli barang sikit kita bergerak ke Shibuya pulak..  

 Sementara tunggu traffic light hijau.. kita tido dulu hehehe

 Ni yang orang dok kata "Shibuya Crossing" 

So mari bergambar 

  
  
Kasih Aleeya

Ok masa ni perot aku dah lapar.. Mari google apa nak makan..

 Ok jumpa ni so mari try

 Best makan kat sini sebab MURAH NAK MAM.. hahahah lagi mahal sushi king tu hah.. Makan banyak gila siap takeaway lagi.. Total dalam RM150 hihih..

Banyak lagi gambar makanan tak snap.. Siap amik ice cream lagi.. dengan tempura bagai..

Kalau korang gi Shibuya boleh try Genki Sushi.

Perot kenyang diorang ajak gi Blush puler nak beli lagi bath bomb segala.. So kita layankan jerlah.. Later kitorang amik train pegi Harajuku pulak.


 Tengok muka Icha hahahaha.. tu kes berebut stroller lah tu hahaha.. Masa ni kan Amaani demam so dia tak larat.. kita bagilah dia duduk..  

Sepatutnya kena pegi awal sikit baru best.. sebab tempat ni malam dah tutup.. Pukul 7 dah banyak tutup dah.. 

Squisy mahal.. hahahah..

Pastu masa baru sampai nampak pulak Cat Cafe.. dalam tu penuh kucing.. tapi ada time dia.. 10 minit ke.. 20 minit ke.. gitu.. bayarlah ikut berapa lama nak duduk.. harga termasuk package minum sekali.. tapi vending machine hehehe



Geramm kucing dia teling tekepet hahaha


 

 

 Atas kepala pun ada

Claire's pun murahhhhh




 Memacam ada kat sini.. tapi mostly dah nak tutup.. Takpelah janji dah sampai bawak bebudak hehehe

 Icha dan lampu LED dia.. Ni kerusi favourite dia tiap kali sampai kat Hatagaya Station.. Mesti dia cakap nak duduk dulu.. So layankan jer..

Lepas tu jalan slow-slow balik ke apartment :)

Ramai yang tanya kalau bawak budak-budak travel ni ok ke? Memang letih sebab nak uruskan bag dan kain baju diorang.. baju dah lah tebal-tebal.. Kena fikir pulak tiap malam tu kena susun baju masing-masing.. Kena fikir tahap kesihatan diorang jugak.. So apa yang kita plan tu kadang tak pakai pun sangat.. Ikut kepada kesesuaian.. Patut keluar pukul 9 pagi tapi akhirnya keluar pukul 12 tengahari.. Patut pergi certain2 tempat tapi tak dapat pergi.. 

Kadang meragam.. bergaduh.. mengadu letih.. berebut stroller.. eh memacam lagi hahaha.. Tapi tulah yang buat kita happy.. Semua tu kenangan.. Kena fikir kalau perot diorang lapar kena sentiasa ada sediakan makanan.. breakfast kena buat dulu kat apartment.. Dinner nak masak jugak janji diorang kenyang.. 

Nasib husband Kak Pilla banyak membantu.. Layan anak dan tolong Kak Pilla kat dapur jugak.. Bila dia tengok aku stress kain baju belambak.. mana yang nak basuh, nak sidai, nak lipat, nak asingkan kotor ke tidak.. nak susun untuk baju esok pagi.. laju je dia datang tolong hahahaha.. 

Ok nanti sambung yer.. 

Bye..


Love, 
Filla.

HARGA PROMO FAME DI FAHRENHEIT88

Hi korang... 

Sempatlah Kak Pilla nak menceceh sikit ni hah.. Baru balik cabut jahitan kat ibu jari kaki sebenarnya.. then terus ke Fahrenheit depan Pavilion ni sebab Fame Cosmetics now tengah buat promo dari 23 March - 5 April 2018..

So sesiapa yang datang shopping ke berdating ke.. silalah singgah sebab most of our products ada harga promo up to 30%  hanya di Play Up, Fahrenheit.. Tapi depends harga promo semua produk tak sama.. so korang kena datang sendiri dan check it out :)

 Play Up ni jual barangan kosmetik termasuklah jenama Fame Cosmetics.. Kalau tak de promo ni pun you all boleh datang untuk grab produk Fame.. Tester juga disediakan kat sini..

 Kesemua Matte Lip Cream Fame ada kat sini termasuk 3 colour baru (Diva, Mocha and Ruby)

 Boleh cuba Fame Eye and Lip Makeup Remover jugak kat sini.. baru korang tau betapa best remover ni.. langsung tak pedihkan mata dan tak perlu tonyoh bagai nak gila untuk remove mascara and eyliner korang.. sikit-sikit je guna habis tanggal yang degil-degil tu..

 Of course Cream Eyeshadow Stick pon ada kat sini.. Boleh test ya :)

 Siapa yang tak reti code apa yang sesuai korang grab.. sila datang sini dan cuba sendiri Fame BB Cushion ni hah.. Of course ada harga promo jugak.. Rugi tak dapatkan..

 So itu Great Sale kita untuk you all.. Weekend ni sempat lagi singgah :)

Untuk pembelian RM100 and above korang berpeluang spin sekali je untuk dapatkan free gift product fame.. Beli RM200 leh putar dua kali hehehehe

Bergambar kenangan bersama sahabat-sahabat saya, Kak Elly and Kak Peej.  

Fahrenheit ni betul-betul building sebelah SEPHORA tu.. 

Happy Shopping you all..






Love, 
Filla.

RESEPI SAMBAL BILIS KENTANG DAN PETAI

Last update berbulan lepas kot heheh hampunnnnnn..

Selamat menjalani ibadah puasa korang ;)

Jangan marah yer.. Harini Kak Pilla nak update Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang dan Petai.

Disebabkan terlalu sedap, Kak Pilla makan ni berbuka sampai bawak ke sahur hahahah

Disebabkan terlalu senang meh kita share resepi kot ada adik-adik baru lepas SPM nak masak ni muahahahahha..

Bahan-bahan:
3 biji kentang (potong wedges)
1 mangkuk bilis
sedikit petai dipotong kecil-kecil

Bahan Tumis:
2 sudu bawang besar
3 biji bawang putih
4 sudu cili kering blend


1 keping asam keping
garam
gula

Cara-cara:

Goreng kentang dan asingkan.. Kemudian goreng ikan bilis dan asingkan.  

Panaskan 2 senduk minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili kering (bahan tumis) Pastikan masak dengan api kecil dan agak lama.. masukkan sedikit garam, gula dan asam keping.  Masak sehingga cili kelihatan berbuih-buih.. Masukkan petai, ikan bilis dan kentang.  Gaul hingga betul-betul sebati.. tutup api,, dan boleh makan dengan nasik panas.

Bebaik pitam, sedap sangat ni.. hehehe


















Love, Filla.

RESEPI KUPANG MASAK CILI PADI

Wow sehari dua kali update blog.. 

Sebenarnya saja park resepi sendiri dalam blog sendiri.. sebab selalu je refer balik kalau terlupa hahaha..

Actually Kak Pilla bukanlah terlalu gemar makan segala kepah or kupang ni. Tapi haritu buat shell out so benda ni berlebih.. Sayang pulak tak masak takut nanti dah tak fresh..

So mari kita cuba resepi rekaan sendiri :)


KUPANG CILI PADI

Sebenarnya tak tau apa nama yang cengkerang putih tu? hahah... rasa dia sedap je lebih kurang lala..

Kupang ni kat Giant murah giler.. sekampit besar baru RM6 ke RM7 ntah.. ni pon lebihan dari shell out haritu.. Yang putih tu sekampit RM4 pon dah bahagi dua.. 


Bahan-Bahan
1 paket kupang
1 sudu kecil perencah maggi cukup rasa
4 helai daun limau purut dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kering blend
garam


Bahan-Bahan Blend
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
6 biji cili padi merah
4 biji cili padi hijau
1 cili merah


Cara-cara

Panaskan 2 senduk minyak dan tumiskan bahan-bahan blend.  Kemudian tambah maggi cukup rasa, sos tiram, cili kering blend, sedikit garam dan daun limau purut.  Kemudian masukkan kupang.. kacau rata dan tutup kuali dengan penutup untuk 3 minit.

Kemudian kacau lagi sehingga kupang masak.. Tak perlu tambah air kerana kupang akan mengeluarkan air dan lauk ni akan jadi berkuah.  Jangan masak terlalu lama sebab kupang akan mengecut kalau terlalu lama..

Selamat Mencuba.. Sedappp sangat kuah dia kalau gaul dengan nasik.. cukup rasa manis kupang and rasa pedas berdesing dia.. Perghhh meleleh ailioq..

Selamat berpuasa ;)







Love, 
Filla.

BAPA TENDANG ANAK.


Hari ni saja nak share tentang topik lelaki panas baran.  Benda ni menghantui jugak diri aku ni beberapa hari lepas kejadian tu.. nasib ni dah ok dah..

Rasanya last week kot aku gi lepak kat NZ dengan Pak Radie, Elly and Win.. Minum dan makan-makan pukul 10 malam macam tu.. Lama sangat dah tak makan sup dengan roti dan nak release tension sikit so marilah kita lepak kejap pun jadiklah.. NZ ni kalau duduk kat open area dia tu boleh mengadap KLCC lawa gila lah.. memang ramai orang amik gambar dari NZ tu.. So kita perhati jelah gelagat orang yang macam-macam ragam tu. 

Tengah makan/minum tu tetiba ada sorang lelaki lalu marah-marah sambil pegang car seat carrier tu. Nampak ada sorang perempuan (isteri dia) dan sorang anak lelaki berumur lingkungan 5 tahun.  Aku pulak memang duduk tepat-tepat mengadap arah lelaki tu lalu.. Tiba-tiba lelaki tu tendang belakang budak lelaki yang umur 5 tahun tu.. Ya Allah terkejut beruk aku terpinga-pinga tak tau apa masalah kau ni????? Mak budak tu terus paut anak dia.. kalau tak dah tertiarap dah budak tu kat jalan tuu.. Aku rasa yang dia tendang belakang budak tu tak ramai orang perasan.. Aku pulak perasan sbb kejadian betul-betul depan aku.. Orang yang lepak kat NZ tu start berdiri sebab bapak budak tu melintas jalan nak ke kereta dia yang parking seberang jalan tu sambil menjerit marah.. 

Pastu aku nampak dia campak carrier tu dalam kereta.. Rupanya dalam tu ada baby!! Eh tolonglah.. apa ke saiko sangat bapak dia ni.. Sorang dah meluru pegi kat kereta tu bukak pintu kereta and suruh lelaki tu keluar dari kereta nak bawak ke balai.. Pastu Win husband Elly bangun meluru ke sana jugak.. Siap ada orang tahan tak bagi pegi.. Wadehek tak bagi pegi??? Kalau dia bantai lagi budak tu cemana? Tak yah campur urusan orang jugak ke?

Pastu aku dengan Elly duduk diam-diam dan perhati dari tempat duduk kitorang.. Pak Radie, Win dan ramai orang dah kepung kereta tu.. Polis yang jaga kawasan situ pun ada.. Tetiba aku nampak dia start kereta blah macam tu je.. Ishhhhhhhhhhhhhhhh sakitnya hati.. kenapa boleh blah camtu je? Ko tendang budak kecik kot?  Aku takut nanti dah balik rumah ntah apa dia kerjakan lagi budak tu.. Depan orang pun kau boleh buat anak macam tu.  Mak budak pulak menurut je ke kereta masuk dalam kereta tu..

Rupanya Pak Radie cakap dalam kereta tu dia bantai lagi anak dia.. Patut lah bergoncang kereta kitorang tengok.. dia libas kepala anak dia kot.. Radie cakap budak kecik tu handsome gila dan tak melawan dan langsung tak menangis.  Pastu rupanya ada mak dia sekali.. Tak pasti mak mertua or mak kandung lelaki kurang ajar tu.. Menangis kat luar kereta sebab ketakutan nak masuk dalam kereta.  Mamat saiko tu pulak peluk baby dia sambil usap-usap kepala baby tu.. Orang kat luar dah naik geram dah kot.. Tapi polis suruh dia sabar... tu yang sabar sangat agaknya usap-usap kepala baby tu.. aku rasa ntah-ntah baby tu pun tercampak dalam kereta sebab aku nampak dia campak je carrier tu dalam kereta.. Tu yang aku tak rasa pun ada baby dalam tu.. Jilake betul lah manusia macam ni.

Terus aku dengan Elly sambung discussion.. Aku cakap kat Elly yang aku takkan maafkan orang yang sanggup buat anak aku macam tu.. Kaki kot ko naik kat badan anak aku? Boleh jalan jantan macam ni aku tak harap pun nak hidup dengan jantan keparat macam tu.  Mungkin isteri-isteri kat luar sana ada alasan kukuh kenapa masih bersama dengan jantan kaki pukul macam ni.. Mungkin tiada pendapatan sendiri? Mungkin jika suami takde, mereka tidak boleh hidup berdikari dan memberi anak perlindungan dan makanan?  Belum bersedia untuk menjadi single parent?  Terlalu bergantung?

Tak kira apa pun alasannya aku tak boleh terima jantan pukul bini, ni kan pulak pukul anak.. Anak tiri ke kandung ke aku tak pedulik.. Tapi budak kecik kot?? Apa kesalahan dia yang kau tak boleh maafkan sampai kau kene tendang sepak terajang dia?  OMG memang ada masalah otak betul lah orang macam ni.. Kalau si ibu tak bertindak sekarang, bila lagi? Nak tunggu anak terkulai kat atas pangku sampai tak bernafas lagi?

Bila benda ni jadi depan aku, terus aku emo dan asyik terbayang-bayang kat otak aku dia tendang belakang budak tu.. Huwaaaaaaaaaaaa... Terus aku terbayang kisah-kisah yang pernah jadi kat Malaysia ni dulu.. Yang mati kena pijak, usus pecah.. kena terajang sampai mati.  Sebab tu bila ada video viral kat FB macamana budak kena sepak terajang tu aku seboleh-boleh tak nak tengok.. Tapi kadang tertekan jugak 'play'.. Terus tak leh tido malam mengenangkan ada manusia kat muka bumi ni yang kejam, zalim dan takde otak.

Rasanya peranan ibu paling besar untuk menangani masalah ni.. Kau yang tengok depan mata sendiri macamana jantan ni buat kat anak kau.. Kenapa masih bertahan? Kenapa tak fikir kemungkinan yang akan berlaku kalau tak bertindak sekarang.  Sanggup ke kalau anak tu meninggal dunia di tangan bapak dia sendiri?  Kalau aku, apa nak jadi lepas tu nanti baru kita pikirkan.. Yang penting, selamat tinggal kau pegi berambus.. Memang aku buat report polis terus.  Bapak sepatutnya melindungi anak tu.. ini dia pulak yang sepak anak dia sendiri.. Gilo ke apa..

Aku terbayang budak kecik tu.. Lagi-lagi bila Pak Radie cakap dia langsung tak menangis.  Kenapa? Dia dah lali ke kena tendang terajang?  Dia nanti akan membesar dengan dendam? Apa perasaan dia bila tengok orang lain hidup normal.. ada bapa penyayang.. tertekan kot? Balik rumah asyik kena pukul.. Dia mungkin jadi pendendam, mungkin jadi pemarah, jadi seorang yang takde keyakinan diri dan macam-macam dia boleh jadi.. Kesiannya :(

Untuk orang kat luar sana yang ada sikap panas baran, tolonglah kawal diri.  Anak dan isteri bukan tempat untuk melepaskan rasa marah..  Banyak cara lain seperti pegilah hantuk kepala kau kat batu biar bagi belobang kepala tu baru kau rasa sakit ke tak kan.

Huh terus emo ni.. Take care kengkawan.. kalau tau dan nampak kes macam ni sila pergi report kat balai polis.. biarlah orang nak cakap kita ni Makcik Bawang ke apa.. Sebelum kejadian tak diingini berlaku kannnn.. 






Love, 
Filla.

Entry SEBELUM HARI RAYA.

Assalamualaikum..

Lebih kurang 2 hari lagi kita nak raya.. Kali ni lain sikit sebab kali ni turn beraya kat Enstek.. Tapi cemana ntah aku terpikir nak ajak Atok and Wan beraya kat umah aku hahahaa..  Wan tu kejap ok kejap tak ok.. Last-last dia ok.. Tapi Wan cakap dia nak masak rendang kat rumah dia hari ni.. Esok dia akan buat sambal sotong kering pulak.. Dah siap baru datang rumah hahaha.. Dia cakap rimas masak umah orang.. rumah sendiri jugak best.. Tak kisahlah janji happy :)

Setiap keluarga mesti ada 'menu tetap pagi raya' kannnn.. Macam aku and family yang wajib ada ialah Nasi Impit, Kuah Lodeh, Sambal Sotong Kering, Rendang.. Rendang pulak favourite Atok ialah rendang daging campur dengan hati sikit and limpa sikit.. Tapi Atok tak kuat pedas dah tua-tua ni.. homaiiiiiii.. how lah? Ahkak kuat pedas... Tadi sembang dengan Wan.. cakap kat Wan "mama tolong sedut-sedut dulu daging tu baru bagi ayah".... muahahahahah

Ada orang makan kuah lodeh dengan kuah kacang.. Aku tak leh... hahahah bagi aku kuah kacang hanya sesuai dimakan dengan satay hahahah.. Bagi aku pulak kuah lodeh wajib dilawankan dengan sambal.. and normally sambal sotong kering memang thorbaek.. pejam-pejam mata kalau makan.. slurpppppppppppppp..

Aku akan makan seperately lodeh tu dengan rendang.. cannot go in together hahah.. Nasi impit kene makan dengan redang je.. cannot campur-campur dengan yang lain.. Barulah kau rasa kenikmatan makanan raya tuuu..

Kalau orang selalu excited dengan baju raya, aku pulak lebih excited moment pagi raya dapat makan lauk pauk raya.. hahaha.. itu lebih bermakna :)  

Tapi teringat zaman dulu-dulu.. kitorang kecik-kecik lagi.. Wan selalu akan jahit baju aku lastttt sekali.. Kadang malam raya baru siap baju kurung sebab Wan settlekan baju customer dia dulu.. Aku tak pernah tempah kat luar sebab Wan terror.. jahitan Wan kemasss dan kalau pakai cantik terletak kat badan.. Zaman uitm aku dulu badan slimmmm woww.. so aku akan cerewet cari kain dengan Wan.. pastu siap aku lukis nak kurung modern sekian-sekian.. Wan hebattt... Apa Wan jahit mesti sama yang aku bayangkan.. Rasa bila jalan dengan kengkawan tu, baju kau paling hebat dan up to date muahahahahha..

Pastu bulan puasa Atok ngan Wan akan ajak kitorang shopping baju raya.. Zaman tu shopping kat Sungei Wang je.  Dulu zaman Feminin dengan Elite tu.. Aku teringin gila nak ada boots Doc Mart.  Tapi mana mampu nak beli.. Nak cakap kat mak bapak pun tak sanggup.. I nak pakai dress yang button kat depan tuuuuu sampai ke bawah.. pastu unbutton kan sampai ke lutut.. kasut kene pakai Doc Mart yang high cut colour hitam tu.. Perghhhhhh... Wan siap jahitkan aku dress tu hahahahaha... Feelinggg sangat ni.. Pastu jumpa kasut ala-ala boots highcut tapi tapak putih pastu jenis canvas tu.. Pun bolehlah sebab murah... hahaha.. Janji ada iras-iras Feminin muahahaha..

Kalau dah beli baju jalan dengan kasut raya, aku adik beradik akan susun and pandang je.. pastu kejap kang pakai bergaya depan cermin.. pastu lipat susun balik.. berulang-ulang buat hahahahah.. Teruk betul.. tapi itulah moment paling tak leh dilupakan.. Budak sekarang kurang appreciate.. sebab petik je dah dapat.. Zaman aku dulu bukan jenis senang.. Dapat baju jalan lawa sikit pun setahun sekali je.. Oh ingat lagi Wan pernah belikan aku skirt kembang colour pink pekat and ada bunga-bunga besar.. Fuyoooooo aku berpusing-pusing dengan skirt tu dan kagum gila rasa seperti princess hahahah.. Wan beli semata-mata sebab nak naik kapal terbang hahaha..  

Budak sekarang kita belikan baju.. mana yang dia rasa biasa je pada dia.. Terus buat pakai duduk rumah.. Sakit je hati aku tengok..belikan jeans.. dia rasa tak best lah.. panas lahh.. tak selesa lah.. terus simpan tak pakai-pakai... Ko ghaser???? Aku ni pulak 3 beradik dan aku je sorang pompuan.. Paling aku ingat.. pagi raya Wan mesti panggil aku kat bilik Wan pakaikan aku rantai ngan gelang emas.. Fuhhhhh hebat lah tu? hahahahha.. Nanti lepas raya Wan cabut balik simpan hahaha.. So kita rasa Raya is so speciallllll... 

Tapi aku takde emas-emas pun untuk anak-anak aku.. sebab aku sendiri kurang suka pakai emas.. So acaner tu?  Sambung citer lagi.. Time raya of course balik Melaka umah arwah Atok ngan Nenek.. Cousin semua pun balik sana.. Aku merasalah macam iklan TNB baru-baru ni tu.. Berebut bilik air.. berebut iron.. Malam cousin-cousin semua main mercun dengan bunga api.. Aku akan main bunga api je sebab ai wanita jelita yang penakut mercun hahaha.. Benciiii yerr.. pop pop pun aku takut hihihi.. Diorang lagi tau aku takut lagi nak baling kat aku.. Last-last aku masuk dalam rumah tengok dari tingkap je.. Siap ada pulak sesi perang mercun dengan rumah depan.. berbalas tembakan... menakutkan hahahah.. Aku jenis suka duduk menyangkung kat laman pepagi or petang.. amik batang kemuncup pastu ludah and jolok dalam lubang kat tanah.. nanti keluar semut ke apa ntah.. Itu permainan aku kalau balik kampung.. Lagi satu main masak-masak.. petik segala daun sirih, daun duit-duit.. bunga kertas.. masak untuk hidangan sepupu-sepupu hahahah.. 

Oih rindunya zaman kecik... Now zaman tu dah berlalu dan zaman anak-anak aku dah bukan macam dulu.. Semua busy dengan gadget.. so sad.. Yang penting zaman dulu lagi happening dari zaman sekarang dan aku bersyukur pernah melalui zaman tu :)

Harap Raya kali ni akan memberi kenangan terindah buat kita semua.. Selamat Hari Raya in advance.  Maaf zahir dan batin.. 





Love, 
Filla.

HARI RAYA 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam.. Semoga Raya kali ini memberi kenangan terindah buat semua..

Raya 2018 turn beraya kat umah parents Kak Pilla sebenarnya.. Tapi sebab kitorang ni semuanye dekat-dekat je.. family mertua pun Shah Alam je.. and normally kalau kitorang takde, PIL takde pun kat Shah Alam sebab diorang akan tidur kat umah adik beradik mak kat Kampung Pasir, Ulu Klang.

Kali ni suggest Wan ngan Atok sambut raya kat rumah Kak Pilla.. Nasib baik plan menjadi jugak.. So datanglah Wan malam tu.. siap bawak rendang dengan sambal sotong.. Malam tu aku dengan Pak Radie pegi amik lontong (nasi impit daun) yang Wan dah order kat area Ampang.  So dah selamat sebab tak yah rebus nasi impit :)  Tinggal masak kuah lodeh je pepagi raya.. Wan tu biasalah, cakap tak yah susah-susah.. dia pun cakap tanak buat.. tapi kang tetiba siap jeeee..

Menyambut raya ni aku takdelah excited sangat.. Macam baju raya semua tu aku buat tak tau je.. hahah buruk betul perangai dah lah anak 3 orang dapat mak jenis malas nak pikir baju raya.. Ko ingat ko anak dara?  Macam Pak Radie pulak jenis senang diurus sebab dia bab pakaian dia sendiri dia akan urus sendiri.. Dia cuma tetapkan tema kita tahun ni Blue Black.. So pepandailah dia cari kain dia sendiri dan hantar tempah.. Bukan aku tanak amik tau, tapi dia lelaki paling cerewet aku pernah jumpa.. Aku tak berani beli kain baju melayu untuk dia sebab dia tak suka jenis licin, tak suka satin, tak suka kain lembik-lembik, tak suka ada garisan halus (contoh SB Line) tu.. Fuhhh tarik napas.. untuk elakkan pergaduhan, sila pegi cari sendiri.

Anak-anak pulak.. Kasih dah besar so dia cerewet jugak.. Eh tapi dari kecik memang dia cerewet.. nyampah.  Kang kalau tak berkenan kang sakittt je hati aku tengok muka dia.. So angkut dia sekali gi cari kain haritu.. Settle masalah.. Tapi lepas ni nak start awal sikit lah beli kain ke apa.. Pastu aku jenis mementingkan keselesaan.. Aku akan cari kain yang sedap pakai dan tak ketat sana sini muahahah.. Langkah selamat mari buat baju Kedah tahun ni hahahha.. 

Kali ni nak abadikan gambar-gambar kat entry ni muahahha.. Kalau tak memang hilang camtu jelah gambar semua hehe..

Gambar dimulai dengan gambar makanan dulu muahahah

 Rendang daging + hati + limpa by Wan.. Sedap gilers ni makan dengan nasi impit / lontong.


 Nilah nasi impit daun pisang yang orang panggil LONTONG tu..

 Lontong Wan

 Sambal Tumis Sotong Kering by Wan.

Kak Pilla tak buat apa pun kahkahkah.. I contract buat air ;)

Adoiiii dah lah puasa ni hah.. Tengok ni tertela pulak ailio kiter..

Ok masuk bab bermaafan di pagi hari raya..
 Ayah paling disayangi.. Bila tenung lama-lama rasa macam bila masalah ayah ni dimamah usia.. Kecut dah kulit tu.. Kurus banyak pulak tu.. Pastu bila dah umur macam ni, Atok selalu cepat sedih.. Salam macam ni pun sebak-sebak dia.. Ishhh aku dah lah tak boleh situasi macam tu :(  Semoga Ayah dikurniakan kesihatan yang baik dan sihatlah selalu..

 Mama alhamdulilah sihat.. Selalu jadi peneman setia Atok.. Kalau atok sakit Wan lah yang jaga paling terror.. Terkejar-kejar Wan ke sana sini nasib terror bawak kereta.. Atok cakap je teringin makan apa.. Laju Wan pegi beli or cari untuk masak..

 Menantu hantu.. Eh.. heheh gurau je..


Alhamdulilah dah 15 tahun perkahwinan.  Susah senang bersama.. Perang dingin, perang saudara, perang dunia ke berapa.. semua ada je sebenarnya.. melampau sangat kalau takde perang kan? Tapi marilah kita tempuhi bersama hehe.. Janji memasing tau diri memasing.  Benda boleh settle kita settle, tak leh settle kita perang. Eh?

Semua orang tau Icha ni kesayangan Pak Radie.. Yes, bukan sikit-sikit punya kesayangan intan payung ni sorang ni.. Kadang aku jeling je.. Selalu jugak tu aku sound.. "anak awak sorang je yeh?" hahaha laju dia jawab, "ni kecik leh gusti peluk lambung semua.. lagi dua orang dah besar"

Kasih ratu air mata.. Paling mudah tersentuh and emo selalu.. Tapi air mata dia kejap je.. nanti buat balik huh.. 

Tengok tu nangis lagi.. haihhhh lah Kasih.. 

Amaani pun mudah tersentuh gak.. Dia ni jarang buat salah, pandai amik hati.. dan paling rajin menolong kat umah.. tapi tak leh ditegur.. Pening kepala mak hahaha.. Belum tegur, baru cakap sikit meleleh air mata, muka masam.. Aduiyaiiiiii.. Eh tapi memang perangai aku sangat tu kahkahkah.. 

dan Amaani paling kelakar dengan cara dia sendiri.. Kalau dia start borak tu mesti ada je buat orang ketawa :)

Pak Long pun datang rumah aku jugak.. Tapi ni lah masalah dia.. Butang baju melayu aku mana pahhhhh? Mencari butang tak jumpa last-last pakai lah macam tu.. Len kali siapkan semua awal-awal.. Idoklah kelam kabut pagi raya.. Aduiyaiiii..

Mak Long.. memasing konfius siapa cium tangan siapa.. haha







Sekian saja cerita Raya Kak Pilla.. Lepas bergambar terus ke Kg. Pasir jumpa keluarga mertua pulak.. Shah Alam sunyi sepi hahaha.. Gambar dengan mertua tak complete sebab semua berterabur.. ada yang balik Negeri Sembilan.. Ada yang sampai lambat.. Pastu mak ke sana.. bapak situ.. Hahahah tak dapatlah bergambar..

Semoga Raya korang pun meriah :)

Bye..


Love, 
Filla.

PEMINAT CARPET.

Assalamualaikum..

Hari ni jom citer pasal carpet.  To be honest Kak Pilla sebenarnya penggemar carpet.. Tapi lebih kepada carpet-carpet yang Iran design gitu.. Yang modern-modern i don't like hahaha..

Pastu pulak kena yang jenis lembut halus gitu.. tapi tulah dia carpet ni harga dia jangan main-main.. puluh-puluh ribu lah kalau nak yang handmade dan betul-betul berkualiti.. memang tak lahhh nak beli macam tu kan.. pembaziran amalan syaitonnnn hahah..

Bila hari raya nak menjelma, orang paling excited cari barang hiasan rumah ialah Kak Elly.. Pasal baju raya pun dia jugak paling excited hahahaha.. Kitorang dah terbiasa dah dengan keadaan dia macam tu.. Sedikit sebanyak mempengaruhi jugaklah... hahahah.. Walaupun lambat :)

Ada sehari tu kitorang berwhatsapp.. aku ni perati je Elly dengan Peej hari-hari ke hulu ke hilir cari barang rumah.. Yang Peej pulak pokok hiasan hunting, gelas and jug hunting dan paling aku tak tahan bila dia tunjuk carpet baru beli hahahah.. Cik Bedah sangat perangai kannnn... 

Terus aku dengan Elly tak senang duduk nak carpet baru.. Yang diorang ni syaiton boleh tahan.. "Filla ko kene beli something.. Raya tu biarlah ada satu benda baru kat rumah.. kalau tak duit habis jugak".. Huhhh..

Aku plak hasut Elly... "Ly, meja makan ko tu dah cantik.. tapi macam takde finishing.. kalau ada carpet lagi letopppppppp.. seriousssss"  Perghhh terus start engine angkut laki gi beli carpet kahkahkah.. misi menghasut Elly berjaya.. syabas.

Aku pulak berbuka puasa kat Shah Alam.. Lagi 2 hari kot nak raya time tu.. Terus tanya mak, kat mana ada kedai carpet yang lawa-lawa and harga pun janganlah bagi aku terjun bangunan..  Mak cakap mak baru pegi semalam adik mak suruh bawak situ nak beli carpet.. "Ok mak, jom kita pegi jap lagi"  Lajuuuu MIL aku bersiap hahaha..

 Tengok ni terus hati terpaut.. Aku bajet tanaklah lebih dari rm2k.. muahahaha kedekut nak mampos.. tapi taste kemain nak lembut nak halus nak lawa.. sepak nak? 

 Ni suka gak sebab kemas.. Pak Radie suka jugak yang ni.. Tapi aku rasa corak dia keras, kelelakian dan tak de kelembutan.. Amboi kauuuuu.. jeling rizalman tengok kau ni..

 Hehehe tersandar mak mertua ai..

 Kaler dia macam peach dan dia ada few colours jugak dengan corak yang sama.. tapi aku berkenan yang ni... Gila babeng aku tawar kahkahkahhhh.. Dapatlah kurang dari 3k.

Pastu menyampah tau.. Aku takde pun plan nak beli carpet untuk dalam bilik tidur.. Tapi jilake betul ternampak pulak ni... Uiiii lembut ni.. letak sejadah atas dia, solat memang empuk ni.. 

Akhirnyaaa kahkahkah.. senang betul Pilla tewas.  Takpelah aku jarang berbelanja untuk diri.. Eh type-type ni baru ingat.. yang untuk bilik ni Pak Radie yang belikan muahahahahaha.. Aku suka corak dan warna dia, tapi dia tak cukup panjang aku rasa.. Tapi nak buat camne carpet ni ada size-size tetap dia bukan sukati kau nak ikut ukuran ko sendiri.. 

Akhirnya.. Dia punya kegembiraan tu lain macam.. tiap kali makan aku akan duduk sambil makan, kaki tu gerak-gerak bawah tu rasa carpet tu.. Bila tersentuh je ada macam biji halus or mcm berpasir ke apa terus ai sentap.

Kat rumah ni banyak yang aku tak minat sebenarnya tapi malas nak bergaduh.. Macam section coke tu aduhhh sakit mata, sakit hati.. Tak sukaaaa... Kalau nak buat konsep cafe, buat betul-betul cafe.. rumah ai bukan cafe huh.. Kat hall tu pun aku tak berkenan rak-rak yang Pak Radie susun barang-barang tu.. mostly barang dia je banyak.. aku rasa dia lupa lah dia dah kawin ada anak.. hiasan dia konsep rumah bujang ala cafe cozy-cozy gitu.. Ai feremfuannn fuhhh ok... Ai nak hiasan lain.. 

Itulah bila laki pun jenis sibuk nak amik tau hiasan rumah.. Setau aku kebanyakan lelaki tak peduli pun, lantak kau lah nak kemas or hias cemana.. Tapi aku amik lah sebagai satu benda yang positif.  At least dia pandai jugak mengemas.. Tapi satu yang aku appreciate pasal dia ni.. Dia bangun pagi akan kemas katil.. licin jeee.. So tiap kali aku balik kerja lepas siap masak semua buka pintu bilik terus rasa lega hati.. Tapi ada lagi satu aku menyirap.. Aku suruh dia beli perfume untuk toilet.. Pastu dia beli yang bau kopi.. Ehhh tak sukaaaaaa lahhh... Bukak pintu bilik je bau kopi.. Ko pehal? Kau ingat bilik tidur tu pun cafe lek lek chill kopi-kopi.. I cant brain this.

Berilah kekuatan kepadaku Ya Allah *tadahtanganmohondoa*




Love, 
Filla.

ATOK BRAHIM.

Kisah ni dah beberapa bulan berlalu.. Tapi sebab ada gambar so mari kita abadikan di blog ni.. Few months back Atok tak sihat.. Tahun lepas pun ada sekali atok betul-betul tak sihat almost sebulan dia teruk sangat..

Kali ni berulang lagi.. Atok kalau tak sihat badan dia akan lesu, kadang tetiba peluh.. pastu tak boleh buang air besar. itulah punca kepada segala masalah dia sebenarnya.. Pegi klinik kerajaan Doktor bagi ubat bagi buang air pun alahaaiii tak membantu.. So bila jadi macam tu dekat sebulan of courselah badan tak menentu.. rasa sebu semacam..

Sampailah dapat appointment kat Hospital Putrajaya untuk buat colonoscopy untuk check jika ada lain-lain masalah usus.. So aku datang jugak tengok atok sebelum buat benda tu.. Mama kat atas dengan ayah masa tu.. Tak boleh duduk atas tu ramai-ramai.. sorang pesakit, sorang penjaga je boleh duduk sama.. So mama turun aku pulak sambung naik atas..

 Masa sampai tu Atok tengah lelap mata.. Alahai comel.

Terus terperanjatkan dia "Bahhhhh!!" hehehehe.. terkulat-kulat muka... dia cakap sejuk sangat tu yang bungkus dengan sweater.. Ada banyak lagi kerusi penuh orang duduk tunggu turn buat benda yang sama jugak.. So duduklah aku berborak, membawang, bergossip ngan Atok.

Disamping tu bagi semangat sikit supaya jangan takut.. Takde benda pun.. setakat masuk camera je.. Amboiii macamkan kau tu berani sangat.. hahaha.. Aku biasalah bab motivate orang no 1, bila kena kat diri sendiri tak leh pulak.. Sebab atok tu manja sikit.. semua nak berteman and cuak nak buat ni..

 Dulu aku suka belek tangan arwah Atok aku (ayah kepada ayah aku) Ingat lagi kat Kampung.. aku duduk sebelah arwah Atok.. aku tarik-tarik kulit tangan dia.. aku kedutkan.. pastu aku lepas.. slow je kulit tu nak rata.. pastu aku buat lagi sampai aku bosan hehehe.. Now tangan ayah pulak dah start macam kendur tu.. pon aku suka picit ke cubit ke nanti slow je dia nak tegang..

Pastu dengar orang sebelah tu baru je keluar dari bilik.. Nurse tu tanya "Ok tak encik? Kalau sakit tu dari 1 hingga 10, Encik rasa tahap mana sakit tu?"  Orang tu jawab "tak sakit langsung"

Terus aku kuis Ayah.. muahahhaha bawang leh tahan.. cakap kat dia.. "See??? orang tu tak sakit langsung... apa nak takut.. relax jeee"  

Pastu dengar nurse cakap "maybe nanti akan ada rasa tak selesa sikit kat perut tapi tu normal sebab baru je buat kan".

Ok terus aku tengok Ayah.. "ok nanti ada rasa sakit sikit tapi normal je tu.. jangan risau"..

Tak lama lepas tu ada nurse datang nak cucuk tangan nak pasang jarum tu.. Eh Atok tak pandang langsung.. pandang tempat lain pulak.. Muahahahhaha patutlah aku pun penakut.. sama je anak ngan bapak hehehe.. 

Ingat nak temankan sekejap je.. Atok pulak bersembang non stop huhu.. So layankan je sembang sampai aku tengok jam dah nak masuk tengahari dah.. So call mama suruh tukar turn, mama naik balik.. 
Alhamdulilah now atok dah sihat.. Makan selera sesangat.. masa sakit tu huwaaaaa makan nasik sesudu je.. Tapi kalau aku yang suap bubur mc d tu boleh tahan tahap sampai nak licin.. Terlalu manja ni hahahhaha.. 

Pas aku dah balik tu Wan whatsapp.. dia cakap "Ayah ko ni kelakar, masa nurse tolak nak masuk bilik tu.. dia tanya boleh ke isteri saya masuk sekali teman?"  Memang doktor tu tak bagi lahhhh hahaha.. Anja nauuuuu hahahhahaah.. 

Now bila sihat aku pun happy dan hati pun lega.. Bila aku masak dia makan bertambah-tambah sampai sengkak perut aku mesti tanya "Sedap sangat ke"  nanti dia jawab "Sebab makan ramai-ramai dengan budak-budak ni rasa selera".. aku tambah "Ohhh tak sedap sangat lah?"  "Yelah, lagi satu sebab memang sedap"

Yessss tu yang ai nak dengar hahahahhaa.. Habislah makan kat meja makan aku memang syarat dia kena jawab soalan aku sampai aku puas hati.. Ai memang kijammmmmmmm muahahahahah..


Love, 
Filla.

SKIN WRITING OR DERMATOGRAPHIA.

Harini Kak Pilla nak jadi doktor pulak hahaha...

Siapa tau pasal skin writing ni?  Aku pun baru-baru jugak tau sebab Kasih ada dermatographia ni.. Aku taknak lah panggil benda ni penyakit.. Tapi dalam beribu orang mungkin ada sorang yang ada dermatographia ni.

Aku perasan Kasih tu jenis kulit dia takde lah allergy sangat ke apa.. Cuma nanti tetiba kat pipi ke ada bengkak mcm bergaris.. Tanya dia kenapa tu? Dia cakap ntah.. tadi gatal garu lah.. Terus bengkak.. Pastu kejap kang hilang pulak bengkak tu.. 

So muka dia kadang bergaris bengkak sana sini tapi sekejap je.. Sampai lah ke kulit dia yang lain-lain especially kat badan.. Dia tak boleh scratch kulit dia nanti akan jadi bengkak bergaris.
Rupanya memang wujud benda ni.. Contoh macam gambar kat atas ni.. Semalam Kasih pakai baju kelawar.. tetiba dia datang kat aku dia cakap "Mama tengok belakang kasih"

Tekejut beruk aku... bergaris penuh gila mengerikannn.. Padahal dia garu-garu biasa je mcm kita garu kalau gatal.. 

 Contoh macam ni.. Tapi ni corak bunga hahhaha.. Kasih penuh macam ni kesan dia garu tu.. Seram tau tak... 

 Ko mampu tulis kat kulit macam ni? (Gambar semua google ya)




So aku pun startlah buat research sikit pasal Dermatographia / Skin Writing ni..


What is Dermatographia?

Dermatographia is a condition also known as skin writing. When people who have dermatographia lightly scratch their skin, the scratches redden into a raised wheal similar to hives. These marks usually disappear within 30 minutes.
The cause of dermatographia is unknown, but it can be triggered in some people by infections, emotional upset or medications such as penicillin.
Most people who have dermatographia don't seek treatment. If your signs and symptoms are especially bothersome, your doctor may recommend allergy medications such as cetirizine (Zyrtec) or diphenhydramine (Benadryl).
Triggered by:
  • stress
  • a history of allergies
  • excessive rubbing from clothing or bedding
  • infections
  • certain medications, including penicillin
  • exercises that cause excessive skin rubbing (such as wrestling)
Alternative treatments:
  • oatmeal
  • tea tree oil
  • aloe vera
  • rice bran broth
Prevention:
  • Avoid itchy clothes and bedding. Wool and synthetic materials are common skin irritants.
  • Use soaps without fragrance. These added chemicals and dyes can make your skin itchy.
  • Take cool or lukewarm showers.
  • Use a humidifier during cool, dry months.
  • Moisturize your skin daily. For best results, use a moisturizing lotion or cream within a few minutes of bathing.
  • Avoid scratching your skin if possible. Treating itchy skin can help avoid scratches.
  • Manage your stress. Exercise, adequate sleep, and meditation can alleviate a stressful lifestyle.

Lifestyle therapies:
Stress management may also reduce the risk of dermatographic flare-ups. Yoga and meditation utilize deep breathing exercises that can decrease stress. Regular exercise can also boost feel-good endorphins in the brain that can, in turn, prevent stress before it happens.
According to the NCCIH, relaxation techniques tend to be most helpful in children with the condition. If these types of lifestyle changes fail to improve your stress levels and subsequent skin symptoms, see your doctor for help.
Ok sampai part Stress Management tu aku macammmmm ermmmmm... Adakah Kasih ada ciri-ciri seorang yang sentiasa stress? Pastu baca jugak dermatographic ni selalu kena kat young adult.  Hmmmmm... Tapi kadang memang nampak dia suka stress benda yang ntah apa-apa... Sesikit mengadu itulah inilah... Chill sudah Kasih... Jangan stress-stress.. Kadang dia kalau cakap slow dan aku tak paham.. Bila tanya dia balik dia akan jawab "takde apalah".. Ehhhh tu menaikkan darah tu... So muka terus berubah macam stress sebab aku tak paham tapi sibuk suruh dia ulang balik.. Dah tu cakap tekemut-kemut mana aku nak paham or dengar.  

Atau adakah disebabkan dia stress dengan mak dia ni??? Hmmmmmmm... 

Tapi nasib baiklah Dermatographia ni bukan satu penyakit yang berbahaya ke apa.. So ibu-ibu yang ada anak Skin Writing ni jangan risau ya... Suruh je anak tulis kat badan "I LOVE U MAMA" 

Chill :)





Love, 
Filla.

GALA YUZAWA WITH THE KASIHS.

Woiii ni dah bulan Julai hahahha.. Trip ni bulan Feb hahahaha.. 

Tetiba teringat nak buat entry supaya ada kenangan nanti.. Rindu-rindu boleh baca blog sendiri hahahaha... 

Nak citer pon dah tak ingat ni hari keberapa.. Yang aku ingat time ni Amaani demam teruk.  Malam tu aku tidur kejap-kejap je sebab aku kan mak yang paranoid.. bukan aku je kot.. Aku asyik risau, kalau panas sangat nak buat apa? Nak gendong gi hospital kat mana? Itu je yang aku asyik fikir..

Aku tidur kat sofa dengan Amaani.. Tangan sentiasa kat badan dia.. Kejap-kejap aku bangun tukar air sejuk kat gayung nak lap dia.. Tiap kali lap dia mengerang-ngerang.. Huwaaa aku duduk tengok je muka dia.. So saddddd..

Aku cakap kat Pak Radie.. Esok awak pergi je tempat ski tu dengan Kasih n Aleesya.. Ma duduk kat apartment jaga Amaani.. Tapi aku risau pulak.. kang apa-apa hal aku tak reti buat apa cemana?  Pak Radie cakap tengok lah cemana.. Aku cakap tu impian budak-budak ni nak main snow.. Diorang siap plan sesama diorang akan snap gambar tiarap bertiga sambil pegang snow.. OMG i'm sad.

Takpelah kalau dua orang je dapat merasa.. Nanti kumpul duit kita pegi main snow lagi dengan Amaani pulak.. 

Esok pagi-pagi buta aku dah buat roti salut telur kot dengan maggi goreng untuk bawak jalan (kalau jalan lah)  Amaani still tak ok :(

Aku pandang je Pak Radie huhu... Takpelah kalau takde rezeki sebab tempat ski tu kene pergi haritu jugak sebab dah cop kat tiket tu date tu.. tak leh tukar.  Pastu nak masuk tengahari Amaani ok.. dia cakap dia ok dan dia nak pergi..  Uiiii aku serammm kang kat sana lagi sejuk, kalau makin teruk macamana? Oklah tawakal je..

Plan asal ialah keluar pukul 8:00 pagi sebab tempat ski tu ada 2 session (half day) kalau pagi sampai tengahari boleh duduk situ.. Kalau tengahari sampai kul 5 ptg kot.. Pastu ko kena turun dah..

Alahaiiii comelllnyee anak-anak ai.. kahkahkahhhh sila bagi laluan puji anak sendiri.

Semua dah excited.. Amaani muka pucat je... huhu

Sebab dah lama aku dah lupa hahahaha.. Yang aku ingat.. kene pegi kaunter tiket kat Shinjuku Station kot.. then tunjuk 3day pass aku tu dan dapat tiket ke Gala Yuzawa (Tempat Ski)

Aku google sorang-sorang je pasal trip ni.. Aku check, ski paling dekat dengan Tokyo ialah Gala Yuzawa (1 hour by speed train)

Ticket free seating dan Aleesya FOC je.. tapi kalau seat penuh aku kene pangku dia sbb dia takde seat.. Nasib baik kosong hahahha

Kena naik Shinkansen ni.. 

First time diorang pegang snow.. hahahah.. Aku punya kepuasan dapat tengok muka diorang melopong tu tak yah cakap lahhh hahhaha.. Sampai sini dah 4:00 petang kot hahahahha..  Tutup pukul 5:00 ptg macam tu.. Hambekkkk kauu.. Takpelah nak buat cemana.. janji sampai..

Aaaahhh rindunyaaa tempat ni dan rindunya nak bawak budak-budak ni pegi main snow lagi..

Budak demam.. Amaani senyap je risau aku.. Tak ceria macam selalu.. i cannot.. rasa sebak tengok dia..

Sepanjang trip ni Icha paling bertenaga.. Dia tu tak reti penat... terkinja sana sini.. tak reti sejuk.. hahaha

My 3 angels

Ni lah posing diorang dah janji sesama diorang tu.. Aku selalu terdengar diorang berangan sesama diorang hahahha.. 



Eh Icha berbungkus.. mata mana mata? hahaha

Kesayangan.. Korang tengok je macam ni.. Tau tak ni kat mana? Ni kat tempat ski tu lah.. Tapi kat pintu keluar je hahahahahhaha... Orang pun dah takde.. Kelam kabut kitorang keluar sebab ada 1/2 jam je main snow.. 

Padahal aku plan nak rent segala jacket boots glove semua.. siap ketepikan duit naik gondola pegi tempat ski paling atas tu.. dah siap ketepikan budget tu elok-elok dalam envelope.. huwaaaaa.. Plan nak bagi diorang main slide duduk atas papan tu ntah apa nama dia aku lupa.. Tapi tak kesampaian.. Ko golek jelah slide atas snow tu pakai bontot je kahkahkahhh..






Budak kecik ni dasyat.. dia bergelumang dalam ais tu.. Siap bukak glove dia macam menggelupur kat snow tu hahahhaa.. 







Pucat sangat anak mama time ni.. 






Pastu dah kena masuk dalam... 

Request nak ice cream.. Ye boleh boleh bolehhh...Time ni dia minta apa pun aku bagi.. hahaha.. 

Takde pulak gambar kitorang makan bekal tu hahahha... Lepas settle makan bekal, kitorang bergerak naik transport dia tu ke main station.. 

Sini station untuk balik ke Tokyo balik..

Walaupun sekejap dan benda tak jadi as apa yang aku plan.. Aku bersyukur jugak dapat pergi bawak diorang main snow tu.. Alhamdulilah dipermudahkan utk kitorang semua.. 

Nasiblah ada mamat ni.. Time aku stress, time aku gabra, panik, letih dan macam-macam perasaan bercampur baur masa kat sana.. Dia kewl je.. Kalau dia pun sama macam aku ni.. habislah.. Aku kalau panik akan menggelabah.. Terus dia cakap "lekk lekkk lekkkk.. kita tengok macamana.. kalau ok kita pegi.. kalau tak kita semua tak yah pegi.. kita jalan dekat-dekat je.. ok tak?"  Terus aku hembus nafas.. baru aku rasa normal dan lega balik.. Teruk nau kau ni pilla.. Rasa nak penampar je.

So seharian haritu memang ke tempat ski je.. kenangan terindah sangat :)

Kalau korang plan bawak anak-anak gi travel, bersedia dari awal kemungkinan-kemungkinan lain.. Dan jangan expect itinerary yang korang siapkan tu akan perfect jadi macam apa korang rancang hahahah.. Memang takkan lah hahahhahaha..

Nanti Kak Pilla update lagi ya..

Bye.



Love, 
Filla.

KENAPA KAK PILLA NAK KURUS

Gittewwww... Hahhaha.. Akhirnya ada entry khas harini.. Well siapa follow ig stories Kak Pilla kat @fillanie korang taulah yang ai dah start eat healthy food katernyeeee... Lom cukup seminggu lagi kohkohkohh.. doakan sis ya..


Kenapa orang nak kurus ni ada macam-macam sebab.. Tapi antara sebab Kak Pilla nak kurus ialah:

Kesihatan:  
Cehhh ayat standard ni hahha.. Tapi itulah kenyataanya.. fyi umur Kak Pilla now 39 tahun.. Tahun depan dah masuk 40 uolls.. So dah mula sakit sana sini.. Badan selalu angin sebab tak semua makanan Kak Pilla boleh makan.. ada certain food buat Kak Pilla angin dan muntah-muntah.. Tapi dalam dunia ni ada banyak makanan lain kita boleh makan hahahha.. Sebab tu lah misi kurus tak pernah berjaya.  Baru-baru ni Kak Pilla ada terjatuh kat lantai office sebab lantai tu ada air so licin.. Dahlah kat kaunter huhu.. Malu nyeeee.. Jatuh tu pulak lutut dulu yang jatuh.. Dah sebulan kot.. tapi still terasa lutut kiri ni sakit kadang tu.. Tu lagi satu alasan x nak bersenam dan asyik baring hahhaha macam cedera parah pulak hihi.. 

Ramai kawan-kawan Kak Pilla yang tetiba sakit mengejut.. padahal gaya hidup dah cukup sihat.. selalu buat medical check up.. badan pun tak gemuk.. tapi sakit ni tak kira siapa.. Selagi kita boleh jaga kesihatan ni jom lah kita jaga.. 

Anak-anak:
Dah tentu nak lebih kurus dan sihat sebab anak-anak.. Tapi sebenarnya lebih kepada mulut diorang ni.. 
"Mama omg besarnye paha mama?"
"Mama ni comel, dagu berlapis"
"Mama tak gemuk, tapi besar sikit je"
"Mama tak boleh makan ni, mama dah gemuk"

Dannnnnn banyak lagi ayat diorang... Budak-budak kan jujur tak menipu.. Sakit hati ai tauuuu... So untuk bagi mulut diorang tak mengata mak dia lagi.. kita cuba kurus sikit hahahahha..

Suami:
Of course lah salah satu sebab utama sebab suami.. Dia takdelah kisah pun.. Katanyaaaa lah.. Tapi kitorang kan suka mengutuk sesama sendiri.. nanti dia cakap 
"Uihhhhh besarnya kaki" 
Kalau letak kaki kat atas kaki dia nanti dia buat-buat aksi macam kayu balak yang hempap dia.. ko rasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Aku takde lah emo pon.. Kang ada je cakap "Eiii apa lah suami dia tu.. macam bagus nak kutuk-kutuk bini dia sendiri.. dia tak tau ke pengorbanan bini dia bla bla bla".. Hellooo chill sudah hahahah.. aku lagi tau laki aku.. Sebab aku pun kutuk dia toyol lah.. badan kurus perot boroi lahh.. Muahahhaha so adil dan saksama lah kan..

Cuma sendiri rasa tak best bila bersuamikan seorang yang badan macam tiang letrik dari sebelum kawin sampai dah anak 3 ni gitulah badan dia.. Now adalah isi sikit tapi jenis makan, perot je naik.. pastu buang.. kempis balik.. kong aja kan jenis badan macam ni? Dia bukan kisah pun makan ke tak.. kadang dia cakap dia lupa makan lunch.. Eh??? ada ya manusia lupa nak makan?

Dia very supportive jugaklah.. Last week dua hari berturut gi jogging kat Cyberjaya.. Dia yang ajak.. Dia pusing 4 round.. Kak Pilla buat 10 round (walaupun tak lari sebenarnya, jalan laju-laju je) complete lah sejam tu 10 round.  Pastu kannn.. dia amik video masa Kak Pilla lari tu.. depan Kak Pilla tu ada pompuan slim jogging pakai t-shirt kecik kaler kelabu dengan legging hitam.. Kak Pilla pakai t-shirt besar kelabu dengan seluar hitam.. Pastu dalam video dia cakap 

"Itu diaaaaa... hebat berlari.. Eh tu orang lain lahhhh... Haaaa ni baru betul"

Kak Pilla tengok video tu.. selim gilers pompuan depan tu.. pastu sampai part Kak Pilla tu Ya Allah montelnya kau pilla... Kongajo laki aku tu.. Tak kelaka ye banggg.. 

Lagipun bila ai besar.. husband ai kecik.. rasa macam makcik pulak diri ini.. huhu.. kalau sesama besar maybe ai tak kisah sangat.. Hate uuuu... So mari kurus.

Baju / Kain Ketat:
Ni salah satu faktor penting kenapa nak kurus.. Baju kurung Kak Pilla habis dah semua Kak Pilla lipat and asing nak pass kat anak buah.  Part punggung and pinggang tu tak dapat nak ditolong.. Menangis kain tu mintak tolong hahhahahaa.. Sendat uollssss... Banyak gila seluar and baju kurung dah tak muat.. Baju pun dulu muat je.. sekarang ni blouse dulu-dulu semua dah tersekat kat punggung.. Gilo lahhh... Aritu lagi best masa exhibition kat Kedah.. Kak Pilla bawak kemeja jeans.. Tapi tersilap terbawak yang lagi satu tu.. Hamekkk tak leh button okayyyyy... Ini tidak kelakar ya.. Terpaksa pakai t-shirt kat dalam and unbutton kemeja jeans tu.. Ya ampun dah macam minah rempit kau dah kenapa Pilla.  Kena gelak dengan Elly and Peej.. Dahlah bawak baju ngam-ngam je.. Balik terus singgah mall kat Kedah tu beli blouse uniqlo 2-3 helai yang besar-besar hahahahhaha.. 

Sayang tau jeans and seluar-seluar yang dah tak muat tu.. tu kan pembaziran namanya.. So Kak pilla kena kurus supaya tak membazir dan boleh pakai balik jeans kegemaran.. Ni bila nak beli baru pun ngeriiiiii nye tengok tang paha tu... dah macam nangka kau kenapaaaaa huwaaaaaa... berlaga-laga dah paha ya amponnnn.. 

Tu belum lagi cerita badan berlapis seperti muffin terlebih gebu hahahaha.. Korang cakap "Kak Pilla gemuk tang mana????" Hoiii dia tersembunyi korang mana tau.. 

Letih dan Lesu:
Sejak gemuk ni rasa lemau je selalu.. Jalan malas.. nak keluar malas.. semua benda jadi slow and malas.. Rasa nak baringgggggg je 24 jam.. Huwaaa tak bagusnya macam tu.. Kak Pilla nak kembali aktif dan cergas.. Ke hulu ke hilir takde masalah keletihan.. gituuu.. So Kak Pilla rasa semua berpunca sebab badan dah berat so pergerakan jadi lambat dan malas.  Bila badan ringan confirm rasa nak berlari sambil meloncat-loncat buat kerja kahkahkah.. So mari turunkan berat badan supaya lebih cergas dan aktif.


Rasanya itulah faktor-faktor kenapa Kak Pilla rasa perlu kurus.. Setakat ni baru turun 1 kg kahkahkah.. last week 61kg... Yeeeeeeeeeeeeeee!!! berat saya 61kg ko rasaaaa??? Kak Pilla dapat turun jadi 55kg pun jadiklah.. Hahahahaha berani cakap macam ni sebab ramai yang share kat dm ig tu.. yang turun 15kg, 20kg 7kg ramai gila ok...So terus rasa konpiden nak turun 6 kg hahahhahaha.. 

Tak taulah akan berjaya atau gagal.. Korang pun tau Kak Pilla ni food lover kan.. Aku kalau makan breakfast tu.. sambil makan otak dah pikir apa nak makan lunch.. Muahhahaha saiko gila.. Pastu tengok makanan sedap terus nak gi makan sana masa tu jugak.. Siapa macam kak pilla angkat tangan hahahhaha.. 

So sekarang ni kita try diet ni:

Breakfast
Boleh makan wholemeal bread, scramble egg, overnight oats, chicken wraps, telo rebus dan lain-lain yang healthy.. Tapi Kak Pilla terpaksa say good bye to my oldtown white coffee buat sementara waktu.. Kalau tak macam sia-sia je rasanya usaha ai ni.. hhuhuhuuu.. once a week maybe boleh ;)

Lunch
Boleh makan nasi tapi sikit.. segenggam katanya.. or kalau tupperware tu.. 1 petak kecil yang suku tu.. then suku lagi boleh letak buah.. dan yang besar sikit tu boleh letak sayuran.. boleh makan bergrill ayam / ikan.. nanti nak try soft tofu tu.. 

Dinner
Elakkan carbs.. so tengahari dah makan nasi / roti / wraps kan.. so makan dinner tu awal sikit dan lebihkan protin gitu.. contoh chicken grill, salmon grill wow tanak kalah nak salmon jeeeee... padahal baru lepas makan ikan kembong grill je sebenarnya hahahaha.. 

Air
Kak Pilla memang jenis susah minum air kosong.. air manis pon takdelah terlalu suka sangat kecuali coffee je huwaaaa.. So ikut perkiraan dia :

25kg = 1 liter air

So agaklah sendiri berat masing-masing berapa liter air sehari badan korang perlukan.

Senaman
Buat masa ni Kak Pilla nak jogging setiap weekend or public holiday.. at least 1 jam.. Kalau tak jogging pun takpe.. kita jalan laju-laju je..  Dan buat masa ni at least workout 20 minit setiap hari.. minggu ni penuh kak Pilla buat kecuali sehari je haritu terlalu tak larat hahahaha.. Ikut suka lah senaman macamana pun janji peluh keluar hahahaha..

Masa jogging haritu terus insof sebab masa tu asyik berselisih dengan orang yang kurus tapi tetap nak jogging.. so jogging itu bukan untuk orang yang gemok sahaja ya... Ramai yang dah tua bertongkat jalan slow-slow.. budak lelaki kurus-kurus je elok berlari beround-round.. kemain dengan earphone.. Akak mana boleh kalah... earphone tak bawak.. akak terus bukak lagu kat youtube Havannahh ohhh nanaaaaaaaaa... letak phone dalam poket seluar.. kemain lagu kauuuu hahahhaa.. Kasih geleng kepala tengok aku ni.. dia cakap "omg mama, download lah aps bla bla bla"  Apoooo???? Mak kau tak reti ya.. janji ada lagu ok lah tu..

Pastu masa lari tu, cukup je kat check point kak pilla tu ada makcik sefamily duduk kat playground tu.. Dia boleh bawak bekal pulakkkkk.... Huwaaaaaaa sambil lari tu ekor mata ai tengok diorang makan olio oglio kot.. Huwaaaa bau diaaaa sedapppppppppppppppp!!!! Makcik so rude.. why u do this to me???? Tiap kali nak sampai kat makcik tu aku sedut udara kuat-kuat.. tak dapat makan, dapat amik bau pun jadiklahhhhhhh muahahhahahaha.. 

Ok berbalik kepada senaman tadi.. boleh buat plank 30 saat tu.. rasa nak mampos 30 saat tu hahahahhaha.. Banyak juga senaman kat youtube tu semua ada.. nak kecikkan paha, nak kecikkan bontot, nak perot berketak.. haaaa kak, pilihhhhhh je... zumba kalau kat youtube Kak Pilla kurang suka sebab ai terlalu lembab nak paham step hahahahha.. dahlah tgk kat phone je, mata rabun hahahhaa.. habis besepah aku menari apa pun aku tak tau.. geleng kepala tengok tarian sendiri kat cermin... No Pillaaaa.. No.... 

Okaylah sakit tengkuk aku ni.. Nanti kita jumpa lagi ya.. Doakan Kak Pilla istiqomah kali ni.. Korang pun bila lagi nak start.. Jomlah kita start sama-sama...

Ikuti kak Pilla kat igs @fillanie 

Bye.




Love, 
Filla.

DOLLY DIM SUM

Siapa yang suka ala-ala chinese food sure korang suka makan kat Dolly Dim Sum ni.. Cawangan dia aku tau ada kat Sunway Putra Mall, IOI Mall Putrajaya dan lagi satu kat Avenue K, KL tu.. 

Aku selalu makan dengan Peej and Elly sebab kitorangkan memang suka makan-makan hehehe.. Pastu tiap kali makan confirm teringat kat anak.. 

So haritu aku gi melawat booth Fame kat PWTC masa ada event MissFit tu.. Kasih temankan kitorang naik grab je ke pwtc masa tu.. Settle je terus bawak kasih melintas jejantas tu kita gi makan dim sum jom.. 

So nilah first time Kasih try Dolly Dim Sum.. Heheheh sian diaaaa... 

Ni menu wajib.. Fried Rice dia ada berapa jenis tah.. Tapi aku suka yang ni.. apo tah nama dia? Dolly Fried Rice ke apa tah..

 Selalu amik Chicken Congee tapi haritu diorang takde benda tu.. so tukar amik Fish ke apa tah.. Sedap gak nyammmmmsss

 Sorry tak tau nama kahkahkah.. 


Ok atas ni terpaling sedap huhu..

  
 Kasih suka gilaaaaa.. Licin habis takde apa yang tinggal hahahha

Dia cakap "Mama, sedap gilaaaaa!!"

Ai kan tak boleh.. terus rasa sedih hahaha emo tak tentu pasal.. Pastu kali kedua makan kat IOI Putrajaya.. Pun berdua jugak hahhahaha.. Kasih ni memang kalau bab makan kitorang kamcing gila.. Suka je explore makan itu ini.. 

Tapi no more ya kasih.. Mama dalam misi nak kurus... hahahhaa... Tunggulah if ada cheat day nanti kita onzzzz balik.. 



Love, 
Filla.

JAPAN TRIP WITH THE KIDS - last part

Ini pagi bila ntah... Plan pusing-pusing sekitar Tokyo jer.. dan nak pegi makan King Crab demi merealisasikan impian anak pertama ai.. hahhaha...

So banyak lah yang bagi info jugak kat mana nak makan yang halal tu.. 

 Tokyo masa ni cahaya terang tapi angin dia sejuk nak mampuih.. Lagi-lagi keluar pagi tu.. peghhh angin tiup rasa nak cari tiang sembunyi kan diri hahaha

 Kitorang ke sana sini memang naik publich transport sahaja.. 

 Dalam perjalanan cari Restoran Crab.. Rasanya ni dekat Asakusa.. kalau tak silap lah hahhahaha. 

 Kesayangan papa


Gambar bawah ni semua menu Crab yang Kak Pilla amik (Package)  

Tak puas makan sebab dia serve halus-halus je.. dia tak tau tekak orang melayu ni macamana.. hahahhaha.. Tapi Japan terlalu mahal makanan dia.. Baru amik yang kecik-kecik macam ni kena RM700 fuhhhhh nak buat macamana kannn.. telan jelah..









 Settle makan kitorang sambung berjalan lagi.. 

Kalau tak silap ni hari last day kat Tokyo City ni.. lepas tu esoknya kitorang nak check out dan pindah hotel yang dekat dengan Narita Airport.





 Don Quijote ni kalau korang nampak kat mana-mana area Japan tu.. Silalah masuk sebab murah sangat... Lagi banyak berbelanja korang boleh dapat free tax harga lagi.. bawak receipt ke kaunter dan tnjuk passport.. dapat refund duit masa tu jugak..

 Souvenirs macam keychain, chopstick dan segala macam mak nenek ada jual dalam ni :)





Esoknya kitorang berangkat dengan segala bag-bag gedabak tu naik train untuk ke Narita Airport.. Dari Narita tu nanti ada Free Shuttle bas untuk ke Narita Excel Hotel Tokyu.

Sampai je ke Airport dengan pantas cari restoran Halal :)


 Ishhh favourite sangat ni Udon Tempura nyamssss


 Apahal tak leh rotate gambar ni.. lantaklah kau sana senget hahaha

Amaani dah beransur sihat.. Dia amik Kids Meal.

 Budak happy go lucky 


 Kasih memang fav dia tempura so sila makan sampai habis.


Selepas lunch kat Narita Airport kitorang terus check in Hotel yang dekat dengan Narita Airport ni pulak.. Sebab plan malam tu nak jalan-jalan naik Free Shuttle Bas ke AEON hehehehe... Dalam 20 minit kot trip dia..

Ternganga tengok AEON dia besar gila dah macam satu bandar hahahaha..

Ni syorga Pak Radie lah... Aku tak ingat apa nama kedai ni.. dia kat Aeon tu sebelah dengan Daiso.. Segala macam toys dan barang second hand jual kat sini..

 Tapi gempak kan?

 Membuang masa tunggu last shuttle untuk bawa kitorang balik semula ke hotel.. lepak starbucks dulu.. Oh sebelum tu kitorang tinggalkan budak-budak minum kat sini and kitorang lari naik atas pegi kedai jam and accesories.. Beli untuk family members souvenirs jap.. Sana best sebab terus boleh dapat tax refund. 

 Papa with Acih

 Papa with Amaani

 Papa with Icha

 Papa with ratu cantik donia muahahhahaha

Dah settle sampai hotel bagi budak-budak ni berendam kat bath tub main bubble yang beli kat Lush.. Berendam lah korang lelama sana.. Sebab esok pagi kene bangun awal dan checkout.. Flight kitorang balik ke KL awal jugak.. So pukul 6:00am kot kitorang dah check out hotel.

Flight delayed huhu.. Sampai pilot Japan Airline tu keluar dan explain sendiri kenapa flight delay.. Dia cakap Engine Problem and we are trying our best to fix it now..The engine is very hotttt... Give us at least 1 hour to fix it.. Pastu dia minta maaf kemain tunduk kepala sampai ke lutut.. 

Engine very hot? Oiii takut hahahha... Tapi sejuk hati ai bila pilot tu ada inisiatif untuk explain sendiri dan minta maaf berkali-kali.. Well itulah budaya jepun.. Kalau dia rasa bersalah dia akan bersungguh-sungguh minta maaf ;)

Pak Radie dah terbaring kat airport huwaaaaaaaaa boring sebab takde halal food kat area depature gate tu.. 

 Anak-anak dah start keletihan and bosan..

Alhamdulilah semuanya lancar.. Kenangan yang takkan dapat dilupakan.. Macam-macam pengalaman sepanjang kat Japan ni bersama keluarga kecilku.. Semoga ada rezeki nak melawat negara orang lagi bersama-sama..

Tata.




Love, 
Filla.

SPECIAL ENTRY FOR KASIH ALEESYA.

Harini nak citer kisah anak dara kesayangan Pak Radie Hamid ni... Muhahahahah sebab dah lama tak tulis blog maybe ada yang dah lupa anak Kak Pilla berapa orang.. 

Ni anak bongsu ai.. Anak ketiga.. Macam Kak Pilla cerita dulu semua anak Kak Pilla lain-lain peel dia.. yang Aleesya ni memang paling close dengan apak dia.. 

Kitorang panggil dia Icha dari kecik.. Sebab dulu dia pelat teruk kahkahkah.. Tapi sekarang mulut dia kalau becerita macam orang tua.. Now dah 5 tahun and next year masuk 6 tahun dah kat Little Caliphs.

 Kalau apak dia balik dari kerja dia akan kelam kabut lari amikkan air.. Kesian nau kat papa tu haus katanya.. Sampai tumpah-tumpah air sebab kelam kabut nak bagi papa punya pasal.. Kalau ai yang balik takde pulak nak lari-lari amik air? huhhh

Kak Pilla dah tulis sikit pasal Little Caliphs ni kat IG.. Tapi sebab caption ig tak leh nak tulis panjang sangat.. so Kak Pilla abadikan entry ni kat sini mana tau esok-esok dah besar rindu leh baca balik.. since zaman icha ni Kak Pilla dah jarang update blog hehehe..

Actually LC yang Kak Pilla hantar ni.. dulu Amaani pun kat sini masa umur 5 and 6 tahun.. Masa 4 tahun Amaani kat Smart Reader.. masa tu agak tak puas hati sangat.. so Wan suggest kita tukarkan Amaani kat LC kita tengok camne.. 

Well teruja gila sebab banyak improvement Amaani masa tu.. sampailah habis dia belajar kat sana.. Amaani naik darjah 1, Kak Pilla hantar Icha pulak kat LC ni.. Icha start dari umur 4 tahun.

LC ni ada FB yang aktif gila.. Kadang Kak Pilla yang selalu terlepas pandang FB tu hahaha.. tau-tau dah belambak aktiviti dan muka anak dalam tu hahahhaha.. Diorang akan share aktiviti ikut kelas masing-masing.. 

Antara aktiviti dia ada market day.. masa ni murid kena bawak sayur.  Nanti diorang buatlah jual beli macam kat pasar tu.. Siap label kan nama jenis buah dan sayur in English.. so ada lah yang jadi penjual dan pembeli.. gituhh.. Ada science day buat kat Bangi haritu tapi Kak Pilla tak dapat join sebab apak dia bawak ke Putrajaya hari merdeka tu.. Concert pon best buat kat hall cantik and selesa.. Eh macam-macam lagi aktiviti diorang.. 

Memula Kak Pilla risau sikit sebab Icha ni agak pelat sikit.. Lancar bercakap tapi pelat hahahha.. pastu dia dah biasa dari lahir membesar dengan bibik.. sebab tu umur 4 tahun Kak Pilla dah hantar ke LC supaya dia leh mingle around dengan kengkawan.. dan kenal orang lain jugak selain keluarga dia je.. Umur 4 tahun kat LC takde push budak-budak on akademik pon.. Banyak bermain sambil belajar gitu.. Banyak menghafal doa-doa ringkas.. Belajar instruction pendek-pendek.. Contoh:

"Teacher, i want to go to the toilet"
"Teacher can i go home"

Banyak lagi yang simple-simple..

Start umur 5 tahun Icha dah start banyak tahu pasal doa, surah, membaca in Malay and English.. Tetiba macam Eh?? Bila dia pandai baca ni? hahhahaha.. 

Pastu Icha pulak jenis akan membaca berpuluh kali.. Dia ni pelik sikit perangai.. Dia suka buat puzzle and dia akan bukak pasang sampai puluh kali.. Muntah lah dia paksa mengadap dia buat puzzle.. Sama macam dia membaca.. dia akan baca and ulang-ulang banyak kali sampai lancar.. tapi dia suka paksa huwaaaa.. Paksa dengar and duduk dengan dia.  

Now dia akan amik latihan Kumon Amaani yang dulu-dulu tu.. and padam semua dia buat maths pulak tambah dan tolak tu.. Bagus anak mama, tapi suka paksa tu tak bagus ya hahhahaha.. 

Baru ni diorang ada buat praktikal mengerjakan umrah kat school.. So teacher dah message utk pakai telekung dari rumah.


 Alahaiii comel-comel semua..

 Hahahhah gambar-gambar ni semua Kak Pilla amik kat FB school dia.. syabas teacher rajin share gambar setiap murid-murid.. so mak apak pun happyyy tengok muka anak masing-masing hahha

Pastu dalam last month kot ada school trip ke tempat kuda kat Shah Alam.. Kemain pagi tu apak dia tengok sampai Icha naik bas dari sekolah.. Malam tu dia excited gila cakap nak naik kuda.. Kak Pilla pun apa lagi.. berkali pesan kat dia.. "Icha, nanti kat sana ramai tu kawan-kawan nak naik kuda.. nanti mama takut icha tak sempat naik kuda.. so Icha kena berani.. Jangan duduk belakang-belakang nanti tak dapat naik kuda.. pegi depan-depan sikit ok?"

Icha angguk tanda paham.



 Napa anak aku nampak besar tinggi dan gemok? muahahhahaha



 Yeay dapat sikat bulu kuda.. 

 Pergh dapat naik kuda jugak hahahha.. Misi mak kau berjaya.. Balik tu tanya dia.. macamana dapat naik kuda?

"Icha pegi depan-depan sekali pastu Icha angkat tangan cakap Teacher, saya nak naik kuda"

Muahahahahahhaha... dasyat anak aku.. Ini kalau kat sekolah menengah akan dipulau ni.. minah poyo muahahahha.. Icha cakap terus teacher bagi naik.. Ramai kawan Icha tak dapat naik sebab diorang tak cakap nak naik... pastu ada yang takut nak naik.. 

 Pastu tunjuk gambar ni kat dia.. Dia cakap "Mama, kitorang makan nasi goreng... sedap gila.. Nasi goreng Icha je habis licin"

Muahhaha ni lagi satu.. jangan kau tapau amik orang punya pulak hahahha

 On the way nak gi naik kuda :)

Inilah dia anak dara buah hati pengarang jantung.. Dia kuat menyakat and panjang akal ni kalau kat umah.. Pastu kalau panggil suka buat tak tau.. Pastu bila cakap harini tak hug mama lagi kan? Dia rasa dia nak hug dia akan datang.. kalau dia tanak dia akan jerit "Tak nakkkk" Perghhh pastu dia gelak and lari tinggalkan kita... Amaani dulu mendengar cakap ai tau.. walaupun dia garang sikit.. Amaani dulu dan sekarang suka cakap "Ye nanti.. Ye jap mama" tapi dalam nada tak menyakitkan hati.. tapi terlalu banyak alasan.... hahahahhaa tulah kerenah anak namanya.

 Fuh lentik hahahha.. dan dalam ramai-ramai Aleesya paling suka berangan depan cermin.. paling suka bergaya.. suka rambut berdandan tocang bagai.. baju seluar skirt semua dia yang tentukan mana nak pakai... Overrrrrr.. 


Walaupun papa lah segala-galanya bagi dia.. Tapi bila nak tido malam-malam dia akan paksa mama teman dia tido and peluk.. Peluk tu sebab dia takut mama lari secara senyap tinggalkan dia hahaha.. Tu jelah buat ai rasa macam orang penting sikit huhh..

Eventhough papa is everything for you, i still love u so much daughter.



Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live