Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

LAGUNA REDANG 2017

$
0
0
Sebenarnya idea bercuti semua akan datang dari Kak Pilla.. Harap Pak Radie dia mesti akan bising and cakap membazir hahahha.. Tapi kalau dah pergi dia paling excited kot hahaha.. 

Kalau dulu Kak Pilla pernah cakap at least setahun sekali Kak Pilla akan jadikan kebiasaan untuk bercuti berdua je dengan Pak Radie kan.. Tapi bila anak-anak dah besar ni huwaaaaa tak sampai hati nak tinggalkan dan kesian pulak nak menyusahkan Wan ngan Atok uruskan hantar amik budak-budak sekolah.. 

Bila percutian melibatkan semua of course cost akan meningkat.. bukan sikit ya, now dah 5 orang semuanya.. flight lagi.. hotel lagi.. dan lain-lain.. tapi Kak Pilla ni jenis yang takde sangat membazir kat shopping ke apa.. lebih suka bercuti.. habis duit bercuti ni seronok dapat tengok muka diorang gembira.. so itu je dah cukup buat Kak Pilla tak menyesal dan rasa berbaloi duit habis ke situ.

Kasih pulak busy for UPSR this year.. So kena plan betul-betul supaya tak ganggu persekolahan.  So pergilah hari ke4 Raya.. kebetulan sekolah cuti seminggu dan takde lah homework menggunung macam selalu.

Flight Kak Pilla booked 3 bulan awal kot.. Lepas book flight baru book hotel.  

Flight awal supaya boleh catch up boat transfer dari Jeti ke Pulau Redang.  Ada 2 kali transfer sehari..  Rasanya pukul 9:30 pagi dan pukul 12:00 tengahari.

Breakfast dulu sebab nak makan lambat lagi.. takut kebuluran semua nanti.. Rombongan bawak anak-anak ni kena plan betul-betul.. kita lapar takpe.. 

Anak bapak ;)
Sampai je ke Airport Kuala Terengganu tu, laju-laju collect luggage and gi kaunter beli ticket teksi.. Nasib muat satu teksi je kena dalam RM30 to Jeti area Pasar Payang.

Sampai ke Jeti tu cari Kaunter Laguna.  Kita kena tunjukkan confirmation booking letter tu dan dapatkan pass untuk Boat Service ke Laguna Redang.

Selepas tu kena dapatkan kupon untuk Marine Park (hari kedua) nanti.. Senang semua claim kat kaunter ni je.. Rasanya murah je, adults RM10 kot? and Kids RM5..

 Ini contoh ya.. Katalah amik Promotion Year End untuk 3 hari 2 malam.. Dia akan charge per head.  Kalau nak extend night boleh click kat "show extenstion nights"


 Sebab tu Kak Pilla suka Laguna Redang ni sebab harga dia Inclusive banyak benda.. Maksudnya kita sampai je tengahari tu terus ada lunch.. dan selama ada kat sana tu.. breakfast, lunch and dinner semua inclusive dengan price yang kita bayar.  Untuk anak below 4 years old tak perlu bayar.. Maksudnya kalau anak korang ada dua orang.. sorang 7 tahun sorang 3 tahun.. masa book tu pilih je 2 adults (suami isteri) dan 1 anak (7 years old)
Dekat website tu boleh tengok terus Itinerary selama 3 hari korang kat sana.. Senang kan? 

Tapi macam Kak Pilla haritu sebelum book hotel tu, Kak Pilla call dulu

KUALA LUMPUR SALES OFFICE

Address: 11-B-1 Medan Imbi, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur,Malaysia.
Telephone: +603-2141 1188
Fax: +603-2141 2333

KUALA TERENGGANU SALES OFFICE

Address: S-1, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Malaysia.
Telephone: +609-631 0888
Fax: +609-631 3322


Boleh je korang nak call KL or Terengganu office.. cakap je nak book online and bagitau umur anak.. dan reconfirm dengan dia boleh tak amik package sekian-sekian dekat website diorang tu.. Once dia cakap ok baru boleh book dengan tenang ;)

Ok sambung cerita.. Selepas settle urusan amik pass boat and Marine Park tu, terus tunggu je kat situ sampai diorang jerit "Lagunaaaaa Lagunaaaa".. so beratur lah nak naik boat.

Kak Pilla lupa berapa jam dari Jeti ke Laguna.. Rasanya 1 jam setengah.. Kak Pilla bantai membuta dalam boat hahaha.. yelah bangun awal gila kot nak siap-siap datang sini.. hehehe

First time datang sini dulu Kasih baru 4 tahun.. Kak Pilla pregnant 6 bulan kot masa tu Amaani dalam perot hehehe..

2nd time datang sini dengan Peej and Elly and husband masing-masing.

Kali ketiga datang dengan semua anak-anak :)


So kali ni Kak Pilla pilih room yang dekat dengan Swimming Pool.. dan tak jauh sangat dengan tempat makan.. Oh ya, rasanya ada jugak boleh book kat booking.com kot? Tapi tak sure yang tu include semua package makan ke or breakfast je ke.. tu ai tak tau.. tapi don't worry kalau datang honeymoon takde anak, boleh je lepak cafe dia.. ada je banyak makanan ala-carte.. sepanjang persisiran pantai pun banyak hotel-hotel lain dan belambak cafe or bar yang ada jual food.. 

Katil king size.

dan 2 single bed.

So sangat selesa.. Aleesya je tido dengan Kak Pilla and Pak Radie.. Kasih dengan Amaani ada katil sendiri ;)

Sila layari website di bawah untuk maklumat lanjut


*ini bukan sponsored post*

heheheh ikhlas review ni sebab ramai yang mintak Kak Pilla share detail.  Pasal costing sila check sendiri ya.

Lunch dulu.. Tapi diorang macam kelam kabut je makan sebab nak gi laut.. OMG tengahari kot kul 1 matahari terpacak.  Lantaklah korang.. pergi turun dulu mama nak makan lagi ni..

Food kat sana ok lah.. banyak pilihan tapi takdelah ikut selera aku nak asam pedas ke.. hahah.. semua lauk dia masak ikut selera antarabangsa kot.. lebih kepada chinese skit lauk-lauk dia.. tapi western setiap masa ada.. segala beef and lamb grill tu ada sentiasa lunch and dinner kaunter dia.

Diorang dah siap salin baju ya.. pukul 1 tengahari.. Aku rasa selama aku pegi memana hotel memang anak-anak aku je yang akan berendam dari tengahari lantak sampai ke petang.. Anak orang akan turun bila dah pukul 4 - 5 macam tu.. Selalunya dari pagi lepas breakfast sampailah ke maghrib.. Tapi akan balik bilik jugaklah solat dan siap-siap nak makan je.. selebihnya kat laut atau swimming pool.  

So aku pulak kejap ada kat tepi laut, kejap balik baring kat bilik.. dah bosan kat bilik aku turun balik tepi swimming pool.. hahahha kesian kan.. 

Tengok dalam gambar biasa je kan.. Tapi panas ya.. yang kulit ko akan jadi bisa dipanah matahari gitu.. Habis aku lumur sunblock pon tetap sunburn teruk lepas balik cuti tu.. 

On the way makan malam.. romantik je pemandangan ;)

Ini malam yang first tu hahahah.. Tapi Amaani sempat makan jugak sebelum tertidur..

Icha tak sempat langsung.. Pak Radie kata dia jalan depan Pak Radie.. dah nampak hurung hayang... habis tepi-tepi tiang tu dia langgar.. ingat apa hal.. sampailah tetiba dia nak jatuh tersungkur.. rupanya jalan dalam tidur.. Apak kau ni punnnnnnnnn... hahaha.. terus apak dia tangkap and dukung.

Setiap kali makan memang ramai orang.. tapi aku ok je sebab teratur.. Oh tempat makan kat tingkat atas ya.. so kalau bawak orang tua yang tak boleh panjat tangga agak susah sikit sebab aku tak rasa ada lif.. 

Kat tingkat bawah diorang akan check coupon kita dan tanya berapa orang.. pastu dia kana bagi nombor meja ikut section A-E kot.. so meja tu khas tuk kita tak yah berebut.. naik terus je amik makanan takde sapa nak sibuk duduk kat meja kita ;)

Kalau dapat kat sini best sebab pemandangan cantik :)

Ini hari kedua.. Nak snorkeling kat Marine Park.  Oh ya, life jacket dengan peralatan snorkeling tu boleh sewa kat Laguna je.. Rasanya RM25 kot satu set.  Nanti hari last dah tanak pakai boleh return balik.

on the way tu Icha sempat tidur hahaha.. padahal dekat je dalam 20 minit.

Geram tengok ikan ni.. 

kejap je kat sini dalam sejam setengah kot..

Best sebab semua pandai swimming.. Icha tu tak padan kecik, leh tahan dalam air.. So bila snorkeling tu kitorang akan pergi berlima.. Ingat lagi dulu time Kasih 4 tahun tu.. dia tak nak masuk dalam laut ya.. sebab dia takut dengan ikan tu.. Erghhhh tu pun takut hahahah.. Amaani dengan Icha ok.. Icha tu lagilah.. ikan pon dia nak tangkap.. ikan pun takut dengan dia... hehehehe

Settle jom balik ke Laguna

Balik mandi dulu siap-siap nak gi lunch.. Kasih dengan Amaani tanak pegi lunch.. diorang terus terjun kat swimming pool.. Lantak korang lah.. so aku, Pak Radie and Icha je gi makan.


Sepanjang kat sana, Pak Radie tak makan nasik langsung.. asyik makan beef, lamb, salad.. huh omputeh sangat tekak tu.

Cantik sungguh.. 

Oh ya.. petang dalam pukul 4-5 bar dekat tepi pantai dah bukak.. so boleh order ABC atau set keropok lekor and popiah.. 

Ada satu petang aku lepak order ABC dengan makan petang sikit.. pastu tetiba datang dua orang pompuan tak sure korea ke cina ke.. tapi lawa lah muka diorang dan sexy ler memasing dengan 2 piece nya and sorang lagi dengan dress gitu.. siap handbag kaler merah u ollss matching dengan lipstik merah menyala.. tu takpe.. aku buat-buat tak tengok je, tapi sebab dia berdua tu memang lepak depan aku.. berdiri kat bar tu.. aku tak tau ada orang yang tahap selfie dia sangat kronik.. dia order air apa tah.. dekat lapan puluh kali angkat gelas tu mengadap laut dia snap gambar.. lapan puluh kali ya... pastu kawan snap gambar dia.. and dia snap gambar kawan dia.. pon samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! lama gila sampai dia puas hati.. 

Pastu datang pulak wedges dalam mangkuk besar.. pon sama ya!! dia angkat mangkuk besar tu nak snap gambar muahhahahaha aku nak gelak tapi tahan.. ada couple matsalleh yang tengah baring kat pantai tu siap meniarap dua-dua pastu ketawa tengok keletah pompuan dua orang ni.  

So kira oklah.. aku takde tahap kronik camtu ya.. dan aku tak kuasa nak selfie ke ootd ke.. ootd apabenda nya??? Aku gi sini bawak tudung instant stretchable tu je ya.. pastu tudung tu kan jenis panas.. aku bukak, jadikan selendang supaya angin masuk.. pastu nampak tudung bawal kasih pon aku tibai sebab bawal tak panas hahahahaha.. 

Aku tabik spring lah orang yang siap bawak baju nak ootd bagai tengah panas terik tu.. siap makeup bagai.. sepanjang kat sana aku tak makeup langsung hahahahhahaha.. tak kuasaaaaa.. jap lagi nak terjun laut nak makeup mende nya.. and takde sapa nak tengok muka aku kat situ hahahaha.. 

Kalau cenggini lah perangai, acaner nak gi Maldives nak ootd? hahahha.. aku lebih appreciate percutian tu untuk aku baring.. tengok pemandangan yang cantik... rehattt gittew... aku tak cantik takpe hahahhaha.. 

Icha cayang ;)

Balik 15 minit je makan.. pastu hilang lagi..

Aku risau kenit tu je.. dalam jugak ni dia selamba je terjun sana sini.. siap terjun tiruk tu.. rasa macam nak hantar dia gi kelas swimming lah.. biar betul-betul pandai so aku tak risau sangat.. aku ni tak leh sikit.. cepat rasa cemas tengok anak-anak mandi laut or swimming pool.  Pak Radie memang menyampah je dengan aku.. eh biarlahhh hahhhahah

tengok kulit memasing.. Amaani paling teruk sebab dia paling cerah.. pastu sunburn paling teruk..



Boleh tahan lah makanan dia.. Senang hidup sebab 3 kali sehari ada makan.. 




Sayang semua :)

Kasih Aleeya
Kasih Amaani
Kasih Aleesya

Walaupun anak aku semua perempuan tapi aku happy je.. 

Pinjam tudung kasih hahhahaha..

Itu jelah sekali kot aku bergambar hahahahha

8 tahun dulu pon ada pose mcm ni kat sini jugak kot.. malas nak carik ;)



Kawan bertekak kawan baik jugak.. memana pun boleh ;)

Dan berakhirlah percutian 4 hari 3 malam di Laguna..

Turun kat jeti je terus ke Pasar Payang.. Hoih hazab dengan bag tarik lagi.. panas berpeluh-peluh.. nak beli keropok kering, keropok lekor, baju kaftan dan kain sarung untuk mama ayan and mertua.. Tu jelah kerja aku kalau gi sini hahahah.. pastu amik teksi terus ke airport bertapa kat airport pulak.

Balik tu 3 beradik ni nak duduk sama-sama..

Gulp sedapnya kepok lekor Ganu ni..

Ok itu je percutian sekeluarga tahun ni.. InshaAllah tahun depan dah plan lain.. Sekarang pun Kak Pilla dah start survey and usha-usha segala macam hahaha..

Kalau korang nak pergi Laguna ni silakan.. Memang best! Untuk honeymoon pun best.. untuk family pun best.. Tapi untuk ke sini bulan Januari - March tutup rasanya.. so check dulu ya.

Tata.





Love, 
Filla.

FAME RAYA

$
0
0
Alhamdulilah berjaya jugak organized Open House Fame Cosmetics.. Kitorang buat kat RUANG, Shah Alam.. Tempat ni memang tempat untuk buat event so boleh sewa ;)

Memang niat kitorang tahun ni nak buat Open House untuk Fame supaya dapatlah berjumpa orang-orang yang selalu support Fame.. Nak ajak semua sekali peminat Fame tak dapat hahhaa.. so kita ajak family members, MUAs yang selalu bekerjasama dengan kita, client-client Fame, agent dan stokis Fame dan sahabat handai.. Thank you yang dapat datang haritu dan yang tak dapat datang haritu pun ramai yang reply balik cakap tak dapat datang almaklumlah Raya banyak sangat open house dan kerja-kerja lain.. InshaAllah ada rezeki jumpa lagi..

Dibelakang Fame Cosmetics ada tiga orang ni yang hari-hari takde cerita lain selain mengatur strategi meningkatkan sales dan mengukuhkan nama Fame Cosmetics.  Bukan kerja mudah, tapi tiada yang mustahil, InsyaAllah berkat doa semua..

Menu raya kita discuss bersama.. Tapi Elly paling terror bab pilihan makanan hahaha.. Kalau boleh semua menu raya di angkasaraya ni dia nak hahaha.. Tapi bestlah beraneka gitu.. Bukan selalu nak jamu orang makan.. kena berlebihan sikit hahahha.. 

Ni segelintir yang sempat snap je heheh







Yang takde dalam gambar, Satay, Kambing bakar, Buah-buahan tempatan, Cendol, Ice Cream Potong, Kuih muih dan segala jenis air minuman.  Tak sempat dah nak amik gambar sebab sampai je terus makan hehehe.. stall tak habis bukak lagi Kak Pilla dah melantak dulu..

 Bersama suami tercinta gittewwwww hikhikhikkk

 Kak Pilla sakit kaki so sarung kasut raya Kasih je hahahhaha.. Kasih pegi camp UPSR masa ni.. so bye kasih :)
 Bersama suami-suami.. Eh Hannah Cikonah pon ado dalam gambar.. Geram betul budak ni tau..

 Family Kak Pilla.. Atok dengan Wan stay lama sampai ke malam.. Seronok sebab tempat selesa, sejuk ada aircond dan ada band nyanyi lagu raya..

 Family Mertua.. pun tak cukup quorum ni.. Kasih and Sabrina takde..

 Founder cosmetics jugak.. Kadang bila berniaga ni kita kena kenal ramai orang.. Persaingan secara sihat, share tips, share pengalaman dan hati kena sentiasa bersih.. support each other pun penting.  Bila tengok member-member seangkatan jatuh janganlah kita pandang sebelah mata.. sebab roda tu bulat.. kadang kita di atas kadang kita di bawah.. Stay humble :)

Persaingan secara sihat ni ok actually, persaingan tak sihat bila ada hasad dengki dan sindir menyindir dan menjatuhkan orang lain ni i don't like.. Takde masa untuk negativity kalau agak-agak negative vibes tu nak datang kita elakkan lah.. contoh mengelakkan negative vibes ni senang je.. Jangan tengok, jangan layan dan ignore.

 ni adik MUA kita yang paling comel.. heheheh.. Suka Yana ni so humble and manja.. 

 Rakan-rakan MUA yang sentiasa ada.. Thanks koranggggg!!

 Kak Nana sahabat / client penting Fame Cosmetics.. Thanks Kak Nana sentiasa advance, very professional walaupun kita kawan.. Mintak apa semua akan dapat on time.

 Kak Tini atau Hartinie orang penting untuk Majlis ni.. Caterer yang kita pilih kali ni dari Restoran Hartinie Seksyen 10.. Orang Shah Alam semua tau restoran ni kat mana.. Always crowded restoran dia... kalau bulan puasa tak yah cakap.. pitam tengok hahaha.. Makanan sedap dan staff semua pantas.. Thanks Kak Tinie.

 Semua kengkawan jugak.. 

 Bobo and Mel in da houzeeeee!!! Mua kesayangan yang sentiasa ada.. Thanks Bobo and Mel.. InshaAllah kita jumpa 31 July.. Pitam takde baju Bobo oiiiii..

 Ni adik-adik kesayangan Fame.. Staff kita yang bertungkus lumus selalu.. Kadang boleh tepuk tampar, kadang kalau buat salah kena jugak.. hehehehe.. Ada yang tak dapat datang jugak dan ada lagi 2 ketul tu hilang mana tah tak dapat bergambar..

 Malam tu ada Dazrin datang.. boleh lah dia nyanyi atas permintaan ;)

Lagu Raya dari Elly and Peej.. Kak Pilla tak naik sebab Sorrrrryyyy guys, i really can't do this.. muahahahhaha.. bising-bising ai kene marah sebab tak naik stage tu.. Aku tak boleh ya.. lagu raya pun i cannot.. ko gila apa orang ramai depan tu nak suh aku nyanyi??? Noooooooo.. Karaoke 3 orang pun kadang-kadang je aku nyanyi hahaha.. Pak Radie suruh naik jugak, tak nyanyi tak pe, berdiri je.. Eh lagi malu macam kayu je tegak.. Noooooo!!

 Last but not least... Siapa tu??? Hahhaha bibik Kak Pilla u olllsss.. Biarlah dia teringin nak nyanyi.. OMG pitammmm.. tapi takpe dia berani gila kot.. selamba je nyanyi lagu Hetty Koes Endang, suara boleh tahan sedap.. Radie lagi kongajo, dia cakap ntah-ntah bibik ni dulu sebelum datang sini dia memang penyanyi kot kat sana? Bongok ni hahahahha..

Oklah tu je nak citer.. gambar dari photographer takde kat Kak Pilla.. kalau ada akan up lagi satu entry mesti Kak Pilla jelita dalam gambar tu..

Thanks korang sesama menjayakan majlis Open House Raya Fame..

Muah Ciked.




Love, 
Filla.

LELAKI LEMBUT.

$
0
0
Eh tajuk mengundang sangat.

Saja Kak Pilla nak borak harini tentang topik lelaki lembut.  Aku ramai kot kawan dengan lelaki yang lemah lembut so aku rasa diorang ni ok je.. takde masalah pun untuk orang nak pandang serong or nak sisihkan dari masyarakat.  Orang kita cepat sangat menilai dan menghukum tanpa usul periksa so sad.

Aku tak pandai nak explain keadaan diorang ni dan macamana diorang boleh menjadi lembut.  Tapi apa yang Kasih cerita dekat aku sedikit sebanyak membuka minda dan buat aku terfikir.  Hati anak-anak ni normally ikhlas dan takde niat lain pun.. So cerita dia Kasih ada sorang kawan lelaki lembut.  Agak rapat jugak sebab dia kata dia BFF dan sentiasa bersama-sama.. Tak perlu aku mention nama dia kat sini.  Dah lama kot Kasih cerita pasal dia kat aku.. Kasih cakap ada buat business slime dengan dia.. Ok aku namakan dia Ali.  Kasih business slime bertiga dengan kawan perempuan sorang lagi dan Ali ni.

Kasih cakap Ali ni best dan kelakar.. Pastu Ali so niceeeee baik gila tak pernah buat orang.  Sebab tu Kasih suka kawan dengan Ali.  Dah bertahun-tahun Kasih kawan dengan Ali ni mama, tapi Ali tu bukan saja-saja buat lembut, tapi dia memang lembut.. Aku tanya lembut dia macamana?  Kasih pun tiru aksi Ali berjalan dan kengkadang tu tangan Ali macam 'patah'.  Hehehe acaner tu?

Kasih cakap dia benci orang yang buli Ali kat sekolah.. 

"Mama, takde budak lelaki nak kawan dengan Ali.. diorang suka ejek dia.. Kasih tak bolehlah.. Kasih kesian kat dia.. Mama tau tak budak lelaki panggil dia apa???? Panggil dia Nursajat!!"

Ok aku geram jugak tapi rasa kelakar jugak.. Well ko tau lah perangai anak-anak lelaki ni, even aku takde anak lelaki pun.. Anak perempuan jiwanya tu lebih lembut dari lelaki.  Kasih pun dia bukan jenis gegirl sangat.. dia jalan pun macam gangster, aku rasa sebab tu Ali suka kawan dengan Kasih.. Sebab Kasih kasar tapi tak sekasar lelaki.. So dari kawan dengan lelaki yang suka mengutuk dan membuli dia baik dia kawan dengan Kasih yang kasar-kasar lembut ni.

Kasih dari dulu perangai dia suka terlebih concern dengan orang lain.. Kira cepat kesian dengan orang.. suka buat surprise kat orang bagi orang happy.. Bagi kad kat aku tak yah cerita belambak hahaha.. sensitif dan penyedih pun iya.. tegur sikit berkaca mata.. Ok tu aku tak leh blah sikit hahah tapi nak buat cemana dari kecik memang camtu perangai.

Ada dia cerita kat aku pasal budak sekolah dia ni selalu terberak dalam seluar hahha.. budak lelaki.. "Kasih kesian tengok dia mama, dia berkurung dalam toilet pastu dia nangis.. masa tu darjah lima.. pastu orang semua ejek-ejek dia.. benci betul Kasih orang yang ejek-ejek dia tu.. Bukan dia sengaja pun.. Pastu Kasih pegi kat dia Kasih cakap "Dah lah weiii, tak yah nangis, jangan layan je diorang ni."

Pastu budak tu jerit kat Kasih "Jangan sibuk lah!!" dia baling Kasih dengan bag pastu dia lari amik balik bag dia.. dia terus lari keluar sekolah balik rumah.  Hahahah ok kalau aku pun akan terus lari keluar sekolah balik rumah.. padan muka Kasih, sibuk lagi... muahahhahaha.. 

Ok berbalik kepada kisah Ali ni.. aku pun tanya "Kalau orang ejek-ejek dia panggil dia Sajat semua tu, dia tak melawan ke?" Kasih kata dia tak melawan langsung.. Kasih pulak yang geram.. "Dia cuma cakap BIARLAHHHH" Eh baik sangat budak ni.. Paling teruk dia pernah jawab orang yang kutuk dia "Ko apahal??? Sukati akulah"

Ok itu je cara dia melawan orang yang ejek dia.. Kalau akuuuuu, satu sekolah aku kejar baling dengan kasut "Ko apahal? sukati aku lah, aku mintak duit nenek kau ke?" muahahha tu kalau aku lah.. So Kasih cakap tiap kali Ali kena ejek, Kasih akan sound jantan-jantan ni semua "Korang apahal???? Blah lah jangan sibuk hal orang boleh?" Amboi ada hati nak lawan budak lelaki.. kena tampar baru tau... 

Kasih cakap hari-hari Kasih gi makan Nasi Kukus dengan Ali.. Tapi bukan berdua lah.. Dia pergi makan tu berempat.. dengan gang-gang pompuan lain.. dan yang aku tau gang pompuan Kasih pun bukan lembik-lembik and gegirl sangat.. Kawan dia sesama netball dan ada yang bola tampar tu dia jenis lek lekkk jalan pon tak gegirl sangat hahahha.. Pandaikan Ali cari kawan?

Semalam time balik sekolah aku dok tunggu Kasih.. sebab dia ni memang suka balik lambat-lambat ntah apa dia bertapa dalam sekolah tu.. Mesti Amaani yang akan sampai dulu.. Lepas tu nampak dia berjalan kat kereta.. "Sorry mama, Kasih lepak kat padang dengan Ali ngan kawan-kawan Kasih yang lain" Kesian Ali tu, Kasih nak balik terus sedih muka dia.  Hahahahhahaha.. cepat tersentuh ni perasaan dia hehehe..

Pastu Ali tu kan Mama, kalau dia nampak Kasih dari jauh mesti dia jerit "Kasihhhhhhhhhhhhhhh!!" dengan gaya ala-ala lembut dia lah.. Heheh lawak sebab Kasih kalau cerita siap gaya-gaya sekali.. 

Left : Syasya (cousin) Right : Kasih (budak penyedih tapi jalan macam gangster)


So sekarang ni aku fikir balik, Ali ni memang dari kecik kot jiwa dia lembut.. Dia sendiri tak nak kot pilih untuk menjadi lembut.. Dia cakap kat Kasih dulu dia selalu nak kawan dengan budak-budak lelaki kat sekolah tu, tapi semua tak nak kawan dia.. dah tak nak kawan tu satu hal, siap ejek-ejek pulak.. Bila aku cerita kat Pak Radie dia cakap memanglah tak nak kawan, kitorang main bola kot, main pedang main pistol, kalau dah dia datang ajak main slime, main squishy, main anak patung.. nak ke???

Huhh tak membantu lah orang lelaki ni.. Tapi ada betulnya apa Pak Radie cakap tu.. Tapi orang-orang macam Ali ni tak salahkan??? Dah jiwa dia lembut nak paksa macamana pulak?  Mungkin dia boleh paksa diri dia untuk jadi 'keras' sikit macam lelaki lain.. Tapi aku rasa jauh disudut hati dia tetap ada kelembutan tu yang dia tak boleh tolak.  Bila kawan-kawan lelaki lain menolak untuk berkawan dengan dia.. dia takde pilihan lain selain berkawan dengan orang yang boleh terima dia.. dan orang tu perempuan!!!.  Kawan-kawan perempuan pulak memang suka lelaki yang lembut sebab lelaki biasa tu kasarrrrr!!! suka sepak-sepak, suka ejek orang, suka berlagak gangster.. 

Tapi biasalah budak-budak baru nak up ke level remaja ni.. Apa kau boleh nasihat pun? Nak marah sebab buat Ali? Memang pedulik apa dia.. Dia dah ada gang-gang lelaki yang gempak dan poyo.. Bila Kasih cerita pasal Ali aku selalu bayangkan Ali ni putih dan montel pakai spek mata.. hahahhaha dasyat suka-suka imagine muka orang.. Semalam Kasih tunjuk musically ke apa nama video yang lagu-lagu tu.. so first time aku tengok budak Ali ni.. Jauh melencong dari sangkaan aku hahaha.. boleh tahan budak Ali ni.. Kurus je dan kulit biasa-biasa je.. boleh tahan lah muka tu.. kemain musically menari bagai hahahaha.. 

So aku nasihatkan Kasih.. Kawan je elok-elok dengan Ali.. Orang lelaki tanak kawan dengan dia.. takpe.. Kasih dengan kengkawan lain kawan je dia macam biasa.. Kalau tak kesian dia nanti sorang-sorang takde kawan kat sekolah.. 

So apa aku nak sampaikan kat sini, tolonglah jangan nilai orang dari luaran.. Korang tak tau apa yang dia lalui dari sekolah rendah lagi... disisih, diejek... Bila berlarutan macam tu akan terbawa-bawalah sampai ke dewasa dia jadi macam tu.. Takde kawan lelaki yang nak kawan.. perempuan je yang sudi kawan dengan orang macam ni.. dan semakin ke arah itulah jiwa diorang nie.. Siapa salah? Tak salah pun jadi lelaki lembut ni.. cuma diri dia sendiri kena kawal supaya tak berlebihan.. Lembut ni elok, sampai bila-bila dia akan biasa cakap lembut dengan orang nanti.. Ko nak lelaki kasar yang stok lempang-lempang bini ni??? Ramai je lelaki lembut yang berkeluarga, kahwin dan ada anak.. Pastu dari segi kehidupan pun jauh lebih berjaya dari orang yang tau nak mengutuk dan menghina je.. Lelaki lembut ni pandai buat kerja-kerja perempuan.. pandai masak, pandai mengemas, pandai makeup orang.. Bahagia korang kalau dapat orang macam ni hahahha..

Janganlah kita berlagak macam kita ni dah sempurna.. Jangan menilai orang dari luaran... Kenal dulu hati budi, amik tahu dulu kenapa dan mengapa.. Bantu mana yang boleh.. Barulah jiwa tu bersih.

Hari Jumaat kannnn.. haruslah Kak Pilla bertukar menjadi penasihat.. Setajah gittew.





Love, 
Filla.

KUMON

$
0
0
Rasanya dah sebulan kot.. ke dah nak masuk 2 bulan Amaani masuk KUMON.. Tak sure sebab bab Amaani ni Pak Radie yang uruskan.. Kak Pilla tak sempat nak urus semua.. Bab Kasih memang Kak Pilla yang urus deal dengan home tuition ngan segala kelas tambahan dan exams sekolah.  So dah bagitau Pak Radie minta tolong sangat dia uruskan hantar dan amik Amaani kat Kumon tu.


Memula aku confuse jugak nak masukkan ke tak dia kat Kumon.. Ada macam-macam feedback aku dapat masa tanya kat FB.. Tapi ramai yang positive lah suruh masukkan.. Aku nak masukkan dia pun sebab dia sendiri yang nak.. Dia cakap dia suka maths.  Bila aku tanya "Amaani ok ke pegi kelas tu sorang-sorang nanti.. papa hantar dah siap papa amik".. Dia laju je jawab "ok".

Eh dia ni.. Amaani ni jenis takde banyak songeh sangat.. Dahlah garang.  Kalau dia cakap nak, ko ikutkan jelah.. gituuuu.. Tapi kalau dia cakap tak nak, maksudnya memang jangan dipaksa-paksa, dia takkan nak.

Kumon ni apa konsep belajar dia?  Setau aku yang dah pernah ikut hantar dia sekali je haritu.. Dia takde konsep belajar.. Dia akan duduk macam meja bulat tu.. ramai lah orang lain pun duduk situ, cikgu dia duduk tengah-tengah.. Pastu memasing siapkan kerja depan cikgu tu.. Aku siap tak puas hati tanya Pak Radie, apa yang diorang belajar? Kenapa dia belajar tapi tak bercakap dengan cikgu tu? Macamana nak faham kalau buat je tapi cikgu tak ajar? Hahhahaha gila saiko mak dia banyak pertanyaan.  Pak Radie cakap memang macam tu.. Kat Kumon diorang tekankan latihan, latihan, latihan.. sampai cekap.. Bila siap je buat depan cikgu, boleh balik.. Nasiblah siapa siap dia balik.. Amik homework kat depan sebelum balik.. Hahah macam kelakar kan konsep dia.  Latihan / homework tu dia ikut date.  Tapi Amaani tu suka siapkan banyak-banyak supaya nanti dia takde homework dah.. Huh dah bagitau, kenalah ikut date supaya kelas akan datang tu kita tak lupa.. Tapi dia degil, dia cakap biarlah Amaani nak siapkan semua.  Eh melawan nombor satu.. Suka menjawab dia ni.. Tapi sukati ko lah janji buat.

Setiap homework tu ada TIME.. So start je nak buat tu tulis time.. Contoh mula 10:00, settle je siap tulis 10:10.. So cikgu akan tau ko amik masa 10 minit untuk siapkan kira-kira tu.. Aku tak tau sejak bila pulak Amaani kira laju camtu.. Mungkin sebab asyik buat soalan sama otak dia dah boleh hafal.

Ramai yang kata Kumon bagus tapi cara Kumon tak sama dengan silibus sekolah.. Sekolah ada jalan untuk kira-kira.. Kumon pakai otak je.. So nanti takut budak akan confuse sebab cara berbeza.  Tapi sebenarnya bagi aku pulak.. tak kisahlah tak ikut silibus ke apa.. Janji otak dia mencongak pantas.. Sebab bila otak pantas, benda tu akan banyak membantu untuk selesaikan masalah maths kat sekolah jugak.. Maksudnya ko tengok je ko dah tau apa jawapan dia.. Jalan kerja tu apa susah.. buat jelah hahahah.. Dasyat mak kau Amaani.

Aku rasa berbaloi je Amaani masuk Kumon ni.. Untuk umur 7 tahun aku anggap tu laju dan ok.. Sejak bila dia mengira laju aku pun tak tau.. Macam eh tetiba je dia laju al maklumlah, tiap kali dia buat homework Kumon dia akan duduk dengan Pak Radie atau dia buat sorang-sorang.. Kalau buat homework sekolah je aku akan monitor dia.  

So kalau korang berkira-kira nak hantar ke Kumon ke tak.. Kak Pilla cadangkan hantarlah sebulan dua tu tengok sendiri ada improvement ke tak..  At least try sebab takut aku cakap bagus.. korang hantar tak bagus macam aku gambarkan.. Nanti korang serang Kak Pilla pulak hehehhe.. Ada yang komen kat IG aku cakap dah hantar anak dari umur 4 tahun and dia pun puas hati.. Aku tak pasti kalau 4 tahun tu camne konsep dia.. Aleesya tu nantilah tunggu dia 6 tahun ke apa.. Tulis nombor pun tonggang terbalik lagi hahahhahhaha.. 

Yuran berapa? RM160 sebulan.. Kelas 2 kali seminggu dan flexible.. Boleh pilih pukul berapa nak hantar.. Tak semestinya sama setiap minggu.  Hari apa pun boleh pilih rasanya.. Kelas weekend pun ada.. weekdays pun ada.. Malam pun ada.. Pak Radie cakap memula Amaani slow jugak dan mengira still pakai jari.. Dah masuk kelas ke 5 macam tu baru dia start laju sikit.. mungkin sebab dia dah familiar soalan tu berulang-ulang kot.. So korang boleh decide sendiri nak hantar atau tak.

Boleh lah google cari Kumon terdekat dengan rumah.. 

A post shared by fillanie (@fillanie) on

Video Amaani semalam.  Tapi kalau homework sekolah aku tengok dia still pakai jari kaki dengan tangan kahkahkahhhhh


Love,
Filla.

LUAHAN HATI.

$
0
0
Tahun ni bulan November genap aku 38 tahun.  Tu pun baru amik calculator 2017-1979.

Tetiba terus terkenang apa yang aku dah buat dalam masa 38 tahun kat muka bumi ni.. Sorry teremo pepagi ni.  Zaman kanak-kanak aku, zaman remaja aku, zaman belajar, bercinta, berkahwin, ada anak.  Wow banyak dah rasanya pengalaman aku lalui.

Bila tengok adik-adik yang baru habis sekolah tu, terus rasa macam "Eh, aku dah tua yeh?" Bila makeup je terus nampak garisan halus bawah mata.  Confirm dimamah usia tanpa disedari atau buat-buat tak sedar.

Banyak yang aku lalui dah dalam hidup ni.. Buat silap, buat salah, salah langkah, kenal orang tu, kenal orang ni.. bercinta dengan ntah sapa-sapa ntah.  Zaman remaja yang kau rasa kau je betul.. Mak tu always tak faham naluri remaja kau.. Bila remaja kita rasa diri dah hebat.. dah boleh fikir baik buruk.. gamble dan boleh amik risiko lah konon nye.  Padahal mak tu makan garam dulu.  Mak tu risau sebenarnya, kau berkawan dengan siapa? bercinta ke? dengan siapa? boleh bagi kau makan tak? Baik ke budaknye? kaki pukul tak? Berapa ramai adik beradik? Orang mana?  Kerja apa?  Huii masa tu rimassss.. Dalam dada tu bengkek je.. kenapa semua nak tau??? Cukuplah sekadar tau dia baik, dia sayang aku.. Eh cantik muka kau?  Esok dah kahwin 2,3 tahun takde deeee nak tau dia sayang ke tak..

Paling penting dalam perkahwinan ialah pasangan kau boleh hormat mertua atau tidak.. Boleh hormat kau sebagai isteri ke tak? Boleh jadi bapa yang baik untuk anak-anak kau ke tak?  Boleh susah senang bersama? Boleh tolong bantu-bantu kerja rumah?  Kalau tak boleh sila tinggalkan boyfriend tu sekarang.. Eh tapi susah jugak sebab selalunya masa bercinta dia akan tunjuk yang best je.. Yang tak best kau tunggu lepas kahwin dah 2-3 tahun baru nampak :)  Ini aku bercakap selepas 13 tahun berkahwin lah.. 

Sebenarnya jodoh ni pun nasib dan ketentuan Allah SWT jugak.. Macamanalah kau pilih orang yang hebat, yang baik, yang soleh.. tapi kalau dapat tak seperti yang diimpikan tu silalah jangan frust.  Doa banyak-banyak.. Rezeki tu kan luas.. Ada orang dapat suami handsome, tapi kaki pompuan.. Ada orang dapat suami buruk, tapi rajin tolong kerja rumah.. ada orang dapat suami kaya, tapi tak pernah ada masa untuk isteri.. Ada orang dapat suami tak berapa nak senang, tapi sentiasa ada masa untuk anak isteri.. Gitulah hidup ni, takyah tamak sangat nak yang perfect-perfect macam dalam drama tu.  

Kadang manusia ni banyak kepelikkan dia.. Macam haritu ada orang komen-komen kat Kak Elly kata suami tak handsome.. Eh kau dah kenapa????? Suami orang kau pulak sibuk nak komen cakap handsome ke tak? Ramai manusia yang langsung takde sensitivity dan komen orang ikut suka macam dan kenal lapanploh tahun pulak.  Simpan-simpan sikit mulut jahat tu.. Jangan lukakan hati orang.  Bagi aku Elly tu happy dapat suami macam Win tu.. Aku sebagai kawan pun tumpang happy.. Susah nak cari suami yang sentiasa dahulukan isteri dan anak-anak.. Elly takde outstation, suami dia yang masakkan untuk anak-anak.. Hantar anak-anak sekolah, bawak gi jalan-jalan supaya anak happy.. Anak lapar tengah malam, dia yang turun masakkan untuk anak-anak.  Tu namanya give and take dan itu namanya rezeki dapat suami yang banyak membantu besarkan anak-anak.. 

Aku pun pernah jugak zaman dulu orang kutuk kata laki kurus kering.. tak handsome lah apa lah.. Aku tak tau apa masalah orang yang macam ni.. Laki aku sukati aku lah kalau aku rasa dia macho ke, handsome di mata aku cukuplah.. Nak buat apa handsome di mata orang aku tak pedulik pun.. Orang cakap jangan hebah-hebahkan kebaikan laki tu takut dicaras.. Aku tak hebah pun cuma kadang tu nak cakap kat dia direct segan pulak.. So luahlah sikit kat sini.. Aku bersyukur anak-anak aku ada bapak macam Pak Radie tu.. Ko percaya sepanjang aku kat China haritu, anak-anak aku langsung takde facetime dengan aku pun.. Asyik nak cakap dengan papa je.. Kalau time cuti sekolah pun sama.. Diorang akan facetime dengan papa dia je.. berjam-jam dia melayan je anak dia.. Kalau aku ni, cakap lima minit cukup, mama sibuk nak buat kerja.. nanti cakap lagi.. hahahah.. 

Cuma satu jelah, Pak Radie tu jenis takkan call aku.. takkan nak saja-saja whatsapp.. Kadang sentap jugak kalau aku ada kerja yang habis malam dan kena drive sorang balik rumah.. Langsung dia tak call ye.. dari pagi sampailah aku sampai kat rumah.. takde dia nak call.. Tapi nak bising pun tak guna.. Dari zaman bercinta kot dia jenis takde perasaan macam tu.. Dia cakap dia risau.. tapi bila aku balik tengok dia dah terbongkang.. Fuhhhh atit ati iter tau.. Mak aku pulak yang asyik call.. "Kat mana?? Jangan balik lambat sangat.. Drive tu baca ayat Qursi, zikir sambil bawak kereta tu.. dah sampai rumah call bagitau".. Muahahahhaha comel kan Wan Jijah tu?  Anak dah nak masuk 40 tahun dah ni.. Tapi aku rasa bila aku dah tua, anak aku dah besar panjang anak berderet pun aku akan jadi macam Wan.  Good luck The Kasihs.

Now aku rasa aku dah senang sikit bila ada maid.  Aku dah tak risau sangat kalau aku ada kerja kat luar.. At least bibik dah pandai masak.. Apa aku masak semua dia dah pandai masak.  Contoh aku outstation, Wan ngan Atok akan tidur kat rumah aku and tengok-tengokkan budak-budak ni.  Tu pun rezeki jugak.  Syukur Alhamdulilah.. Mana yang remeh temeh masalah bibik tu malas lah aku nak fikir.. Janji yang penting-penting semua ok dah cukup dah bagi aku.  Bila umur dah macam ni rasa macam hidup aku ni takde apa pun.. Aku nak anak-anak aku ada masa depan cerah.. Aku nak bantu mana-mana yang aku boleh bantu untuk mak ayah aku.. Aku nak bahagiakan diorang supaya hari tua diorang tak sedih.. 

Untuk umur 38 tahun ni aku bersyukur sangat dengan jalan yang aku pilih dan yang dah memang ditakdirkan untuk aku.  Walaupun aku bukanlah dari keluarga yang susah sangat.. senang sangat pun tak.. Maksudnya dari keluarga yang biasa-biasa je.. Tapi aku suka berdikari.. Aku suka nak cari duit sendiri.. Aku selalu fikir dulu aku kecik sampai aku belajar, mak ayah tak pernah berkira pun duit.. Ntah ada ke tak duit, tapi tetap hulur kat aku.. Tetap bayarkan untuk itu ini.. Banyak lagi lah pengorbanan Atok and Wan.  Dapat duit tak pernah fikir untuk diri sendiri.. Selalu fikir untuk anak-anak dia dan orang lain.. Seriously aku banyak belajar dari situ.  Betul orang kata, semua tu didikan dari orang tua dan apa yang kita lihat sendiri.. dan aku membesar depan mata diorang.. so aku tengok sendiri.  Susah senang diorang sama-sama kumpul duit masa kerja kat Sabah dulu.. Mak aku kerani, bapak aku polis cabuk je.. Tapi tiap bulan sama-sama simpan duit.. Dapatlah beli rumah kat Ampang.. So pindah sini.. Mak aku kerja kerani tapi part time amik upah jahit baju.  Kumpul duit.. Dia cakap seronok laki bini sesama kumpul duit.. So dia banyak ajar aku hidup ni jangan nak enjoy je.. kena rancang elok-elok.. So terima kasih Atok dan Wan sebab membesarkan aku dengan sempurna.. Walaupun perangai aku dulu memang hauk nak mampos.  Nasib sekarang dah kurang hauk dia tu hahahhahaha.. 

Rasa dah melalut kemana-mana dah ni.. Cuma rasa nak berborak je dan dalam hidup ni dah tertulis dah jalan kita.. Usaha pun wajib jugak... Tapi satu je Kak Pilla nak pesan.. Berbuat baiklah kepada orang tua kita, InshaAllah hidup kita berkat dan dipermudahkan.  Jangan berkira dan kedekut dengan mak ayah sebab mak ayah tak pernah berkira pun dengan anak-anak.. Dah kerja, ada gaji sikit tu hulur sikit.. Kalau mak ayah cakap takpe.. jangan susah-susah, takpe bagi je.  Gaji kecik bagi kecik, gaji dah besar bagi lebih sikit.. Dengan mertua pun sama jangan kedekut.. Hulur-hulur jugaklah.. Kalau kemana-mana beli lah buah-buah tangan untuk mertua.. Bukan susah pun... Macam mak mertua Kak Pilla dia rock dan kelakar.. Kalau belikan apa-apa tu mesti dia happy and cerita kat gang-gang marhaban dia hahahahah... "ni menantu kita belikan niiiii" untunglah awakkkk kahkahkah.. nampak macam kelakar tapi hati aku tersentuh sebenarnya.. 

Syukur selalu :)

Eh dah habis cerita takde penutup.. I is sad bila terkenang apa yang aku ada sekarang ni.. So bagi laluan ai nak end this entry.. semoga mana yang baik boleh dijadikan panduan.. mana yang salah Kak Pilla mohon maaf ye.

Tata.







Love, 
Filla.

FAME X TUNETALK FOR KLFW2017

$
0
0
Perghhh bersawang dah blog ni heheheh... Takde idea dah nak borak apa.. Since IG and FB dah update so dah rasa blog ni tak tau nak citer apa.. takkan nak repeat cerita yang sama..

Tapi entry kali ni saja nak abadikan kenangan attend KL Fashion Week 2017.. Wow macam gah sangat pulak attend KLFW tu.. Aku tak reti benda-benda glamour macam ni.. Pening nak pakai baju apa.. dan boleh buat aku stress.. Theme ialah NEON.. wth neon?? Baju apa nak pakai kaler neon? Erghhhh.. Tapi kenalah menghormati majlis.. orang dah kata theme Neon so supportlah.. Tapi masalahnya tuan rumah and jemputan lain semua boleh dibilang dengan jari ye yang ikut tema *matakeatas*

Event KLFW kali ni atas jemputan Tune Talk atas collaboration dengan Fame Cosmetics untuk keluarkan matte lip cream dengan nama FameXTuneTalk.

Boleh dianggap ianya satu kejayaan besar bagi Fame sebab rasa berbesar hati dan terharu company besar macam Tune Talk proposed Fame untuk collaborate with them for big event like KLFW.  Alhamdulilah selepas ZALORA recognised Fame, Tune Talk pulak and InshaAllah soon ada lagi projek besar bersama Tune Talk.. Doakan kami terus maju ke hadapan.. Support dari semua pun menentukan dimana kami berada sekarang ni.  Kitorang nak buktikan yang untuk menempa kejayaan ni takde mengira pun siapa kita.. janji usaha dan doa jangan putus.  Kitorang sendiri tak tau macamana boleh sampai ke tahap ni sebab kita terus jalan kedepan tanpa toleh kebelakang lagi.. Apa orang nak rendahkan or patahkan semangat kami.. kitorang ignore dan cuba buat yang terbaik.

Dalam perjalanan menaikkan nama Ellfie dan Fame ni bermacam-macam dugaan dan cabaran dah kitorang lalui.. dan tak semua susah payah dan pahit getir tu kita share.. Hanya kitorang bertiga yang tau.  Banyak yang kitorang belajar dan cuba perbaiki, pengalaman tu berharga sangat.  Kadang duduk sorang-sorang selalu berangan satu hari nanti nak semua orang tahu pasal Fame Cosmetics.. Maybe Fame dah ada dimana-mana.. Sephora ke.. Guardian ke apa ke.. Wow besar impian, tapi takde yang mustahil.. Kalau pikir mustahil.. sekarang pun dah rasa tak percaya.. Alhamdulilah ni semua pun sebab team work Stokis dan Agen juga dan sumbangan paling besar ialah dari peminat-peminat Fame tu sendiri.. Siap ada team #FameLovers lagi.. terharu huhu *nangis*

Uiiii kalau dah bercakap, macam menang award hahahhaha.. Ok jom tengok gambar-gambar sepanjang TTXKLFW.

 Makeup haritu kat Shu Eumura Pavi.. Senang dah siap terus turun je kat event bawah tu..


 Fake Eyelashes bawak sendiri.. sekali tengok apa ke hal panjang nak sampai ke kening dah? 

 Sepet betul mata huhu.. 

 Nak posing cemana ai tak reti hahahahha.. Nasib ada Kak Elly.. Selalunya Kak Elly akan cakap "silang kaki, tangan macam ni.. senget sikit" hehehe.. lepas dia tolong snap dia akan cakap "Yessss very good" hehehe.. Kak Elly so funny kalau buat kelakar.. tapi kalau dia tengah serious agak scary hihihi..  Oh Kak Peej tak attend event.. Kak Peej membersihkan rumah baru.. Sebab dia cakap NANTI NAK AJAK KITORANG DATANG DIA BUAT BBQ KHAS UNTUK KITORANG.

mihihihihii... 


 Wow berdiri macam ni pandang tepi dah habis style lah tu hahahah

 Sesekali tolong bagi laluan ye.. 

 Kak Elly with Fara orang kuat Tune Talk.

 Ada yang nak beli pack lip cream ni.. Yang ni tak jual sebab khas for Tune Talk sahaja.


 Booklet Fame

 Simpan satu untuk kenangan ;)

 Aku dengan Elly memang tak leh tengok fashion show lah.. ada je tercuit-cuit paha.. pastu orang semua muka serious menghayati fashion.. yang kitorang dok tahan gelak pon ada.. Well tengok model tu pakai.. tu fashionnnnnn okehhhhhh!! ko mana tau.. Pastu Elly cakap "dik muka jangan sedih kalau tengah cat walk".. Memang sedih macam nak menangis dia buat catwalk hahahha.. Bengong betul.. Penat lah kitorang asyik tahan gelak.. tak leh bawak majelis betul.  Dah lah kelaparan.. dalam hati bila nak habisssssss... Lapaaaaaa Lapaaaa helpppp!!

 Yesss ini baru best.. Duduk tunggu food sampai.. Acih dengan Icha ikut datang dengan papa dia..

 Nah hamek kau.. kitorang makan sorang satu set Nasi Kerabu kat Serai.. Thorbaekkk licin memasing hahahahhahaha.. Dasyat perangai.

Pastu nak OOTD tak reti.. Ni jelah yang paling ok.. Posing tegak pinggang senget sikit.. Tempat OOTD melambak lawa-lawa kat Pavi tu.. tapi ai is segan.. Kat parking sebelum balik pon boleh lah hahahhaa.. 

So sekian sahaja cerita dari Kak Pilla hari ini.. Bertemu lagi erkkkkk bila yeh?


Love, 
Filla.

SUP TULANG PERTAMAKU.

$
0
0
Wowww tajuk macam tajuk karangan Darjah 6.

Syabas baru reti nak update blog hehehe.. Nak dapat rentak tu susah sikit.. Semoga adanya entry sup tulang ni akan menambah kerajinan mengupdate belog.

Actually tulang ni dapat masa Raya Korban haritu.. Percaya atau tidak ini pertama kali Kak Pilla masak sup tulang.. Korang tak yahlah nak cakap Kak Pilla ni rajin and pandai masak.. Sup tulang pun tak pernah masak, pandai mender nye?

Tapi InshaAllah bila basic masak tu ada sikit-sikit.. ko hentam ikut mana pun takde lah dia turn out menjadi tulang masak asam pedas ke apa.. dia tetap menjadi sup tulang hahahhaa..

Reason why tak pernah masak ialah Kak Pilla takde pressure cooker.. hahahah alasan boleh terima tak?  Pressure cooker yang best pun harga dah RM600-RM700 gitu.. baik beli kasut, eh?

Tapi mengenangkan diri dah mak-mak dan Sup Tulang ni favourite laki den.. Tu yang gedik beli Primada kat GoShop tu.. Tu pun Wan lah bagitau.. ko tanak ke? Murah tu RM499 je.. Boleh buat macam-macam.. pressure cooker untuk tulang, beans, masak nasik tomato, nasik minyak, nasik daging dan segala lapanploh macam jenis nasik lagi.. Padahal boleh je guna rice cooker biasa kan? hahahha.. Eh pakai ni nasi akan jadi lapan kali ganda sedap, ko mana tau?

Niat tuuu.. nak suami makan sup tulang kegemaran dia air tangan isteri.. Wowwww besar pahala ai.. kahkahkah.. Cara Kak Pilla senang je.

 Lupa nak snap gambar sup tulang.. So tengok jelah gambar semangkuk nasi dan sup tulang Kak Pilla semalam ;)

Gambar penuh Pressure Cooker Primada ni pun takde.. So tu function dia.. masukkan tulang bersama air dalam lebih sikit dari setengah periuk dia tu.. then tekan Bean/Lamb.. Nanti dia automatically set 30minit.  Tapi satu nyampah tu.. ingatkan ko dah set 30minit tu dia terus deduct minit tu.. rupanya berzaman baru dia deduct.. Dia kena panas betul kot baru dia start tolak minit tu.. So bukanlah 30 minit kan??? Dalam 45 minit mungkin.. Acah sangat ni mainkan perasaan ahkak.

So bila dah lembut tulang tu.. Kak Pilla tuang dalam periuk tenggek atas dapur pulak.. Lantaklah nak buat 2-3 kali kerja.. Ai kan rajin?  

Then amik kuali kecik letak minyak sikit.. tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.  Tumis hingga hampir garing.. pastu amik campak dalam sup.. Minyak dia tak yah masuk sekali pulak.. Ok pastu amik setengah senduk rempah sup Adabi tu letak sekali dalam sup bersama 1 sup bunjut Adabi jugak.. Masuk kentang dan garam.. biarkan kentang empuk.  Last sekali tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.  Siappppp! kembang hidung hahahahahha..

Pastu kuah kicap pedas tu blend je segenggam cili padi, 1 biji bawang putih, 2-3 sudu gula dan kicap manis.. Blendddddd sampai halus.. 

Oiiiii musim hujan sedap oiiii hirup sup tulang pedas-pedas makan dengan nasik.  Gembira ahkak tengok Pak Radie makan bertambah semalam... Tanya dia sedap tak??? Soalan Kak Pilla tak delah banyak kali... 4 kali ada kot. bahahahahahhaha

So itu je cerita Kak Pilla hari ni.. Semoga terhibur dengan entry yang haku tak taulah nak kata apa.. ni entry ke apa muahahhahaahah..




Love,
Filla.

RAYA HAJI 2017

$
0
0
Berlalulah sudah raya haji... Kali ni beraya rumah Wan and Atok dulu.. Petang raya baru balik ke Shah Alam pulak...

So kitorang dah plan nak masak Nasi Daging dengan Wan.. Sib baik jadik since ini yang pertama kali kita cuba ;)

Kalau tak, balik-balik rondang, nasik impit, lontong.. Ituuuuu je berbelas tahun dah lauk tradisi raya keluarga Atok Braim hahaha.

So jom tengok table setting umah Wan ni..

Wan memang terlalu suka meja makan hias hidang semua nak perfect teratur dan lawa.. Nampak tu siap ada pinggan pink and hijau tu peninggalan arwah nenek Melaka rasanya.. Wan buat wajik.

Eh macam lawa pulak Kak Pilla belikan Wan table runner masa gi China aritu.. Kemain berseri-seri.. wow puji diri sendiri hahahah.. 

 Harap satu hari nanti aku pun macam Wan.. Rajin menghias meja makan macam ni.. Teruja sangat hahahah.. Makan pun semua jadi sedap.

Baru perasan takde family photo hahahah.. Nasib lah kau sana labuuu.. Yang ada cuma gambar tengah makeup anak-anak heheheh.. Kemain lagi masing-masing dapat pakai lipstik mulut ternganga je semua takut nak makan.. nanti lipstick habis hahaha.. 

 Icha anak dara bongsu ai.. Sekejap je dah 4 tahun.. Next year bulan 2 dah 5 tahun.. Phewwww anak dara dah ni.. Kesayangan Papa.  Eh dia yang sayang papa lebih.. Mama selalu disisihkan.. Tapi dia takut jugak dengan Pak Radie.. Kalau Kak Pilla cakap cepat kiss mama.. dia akan buat tak tau je.. Bila aku jerit "Paaaaa Icha tanak kiss".. Pak Radie pandang sound sikit je "Icha, kiss mama".. Terus dia akur hahahahha.. takut lettew. 

So far kat school pun ok.. Dia suka menghafal.. Hari-hari ko akan dengar dia ulang-ulang Monday sampai Sunday.. Pastu hari-hari dia akan tanya "Hari ni hari apa" Omagaddddd dah bertahun dia terlalu suka soalan tu hahahahahha.. Now dia pengganti Amaani masak kecik.. Mulut terlalu becok dan cakap macam orang tua.. Walaupun dalam adik beradik dia paling pelat hahahha.. Nasib dah tak pelat dah hehehe.. 

 Ni Amaani buah hati Kak Pilla.. Anak dara yang suka bangun awal.  Tapi dia ada perangai jugak.  Dia cepat naik hangin dan sensitif.. Tak leh cakap sikit terus menangis and sentap.  Tapi cepat sejuk.. Tangan memukul orang pun laju ni.. main libas je.. Kak Pilla selalu tanya Kasih.. "Amaani kat sekolah cemana? gangster ke tak?" Nanti kasih cakap "Tak, dia selalu pukul Kasih je.. kat sekolah tak pulak".. Ko jangan macam-macam ya Ami.. Ko buat anak orang ko siap ye... Bab belajar pun dia terang hati sikit.. cepat pickup and rajin buat homework.. Harapnya berkekalan lah kerajinan tu ya.. 

Amaani ni bahaya sikit sebab dia jenis tak pernah meminta-minta.. tak pernahlah nak ini nak itu.. Dia kewl je.. tapi jangan main-main ya.. ada masa dia akan luahkan jugak.. Haritu bibik bagitau Amaani mengadu "Semua asyik beli untuk Kakak dengan Aleesya je, untuk Amaani takde pun.. Amaani ingat, bukan Amaani tak ingat"..

OMG.. ko ghaser aku nak cuak ke apa ni? huhuhuu so hati-hati if ada anak yang jenis memendam rasa.. Bahaya yer.. Jenis simpan dalam punya huhu.. Pastu dia da perangai kalau dia cakap dia TAKNAK ikut kitorang gi berjalan.. tolong jangan paksa dia.. haritu gi IOI mall, aku nak bawak diorang makan-makan.. sampai bergaduh nak ajak dia.. Tapi dia tak merajuk pun, just dia kata dia TAKNAK ikut dia nak duduk rumah.. pelik-pelik je.. tapi aku monitor gak.. Tanya bibik apa dia buat kat rumah? kenapa dia tak nak ikut? Bibik kata ok je takde pulak dia merajuk ke apa.. nanti dia makan, tengok tv, borak-borak dengan bibik or siapkan kumon.

So ada masa aku akan lebihkan dia sikit dari orang lain.. Sebab Amaani ni jenis manja jugak walaupun dia cepat naik hangin.  Dia yang jenis suka kissing-kissing muka aku ni.. Harap yang lain huhhhhhh.. 

 Aku tak nafikan Kasih anak sulung memang segalanya lebih.. Dalam pada aku nafikan tu, aku tak leh tipu diri sendiri jugaklah.. Walaupun aku selalu sentap dan sakit hati kadang tengok perangai dia.. Sebab Kasih ni siapa baca blog ni dari dia kecik memang tau perangai dia ni cemana.  Ada dia punya perangai yang kadang saja nak sakitkan hati kita hahahha.. Haritu aku cakap dia tak nak dengar dan lengah-lengah dekat 3 kali kot aku suruh mandi dia buat bodoh.. Aku terus lari kat depan dengan batang mop.  Dia relaks je naik tangga.. takde pulak macam kecik-kecik dulu nak drama macam kena dera tu.. Ni relaksssss je malassss je naik tangga tu.. fuhhhh lagi aku sakit hati.. Dapatlah aku libas kaki dia dua kali.. 

Tapi aku dengan Kasih macam bestfriend sikit hahahha.. Selalu kalau dapat peluang keluar berdua rasa gembira kahkahkah.. Kasih dah meningkat remaja dia lebih rapat dengan aku dari bapak dia.. Maybe tak lama lagi, aku akan heret dia je teman shopping.. sebab kalau keluar beramai-ramai memang muka memasing macam bengang je kena teman aku gi carik baju heehehe.. 

Good luck for your UPSR kasih... 

Eh nak citer pasal raya, tercerita pasal anak puler.. 

 Aduh tengok lauk lapar la puler..

 Peh peh perghhh.. Air asam tu buat sedap tu..

 Kesayangan ni.. 

Atok tak boleh kalau takde kuah lodeh.. Ai pun sama hahahaha.. Pitam Wan tu nak melayan hehehe.. Aku tukang tokok tambah.. "betul tuu.. mana cukup nasi daging je.. kuah lontong ni wajib pagi raya, so memang kene masak"

Last-last duduk kau bersila sana tolong potong sayur-sayur semua hahahha.. Makan pulak dengan sambal udang / sambal sotong.. Perghhh meghecikkkkkk...

Ok lah tanak bebel dah.. Lapauuuu..





Love, 
Filla.

UPSR.

$
0
0
Assalamualaikum..

Minggu ni minggu busy dan stress buat Kak Pilla.. Al-maklumlah anak UPSR tahun ni.  Tahun-tahun sebelum ni bila tengok orang update pasal UPSR pun aku dah stress, ni bila kena anak sendiri lagi lah aku stress.. Memanglah aku selalu fikir, UPSR je kot? Tak menjamin masa depan pun.. Bukannya result UPSR tu yang menentukan anak ko nak masuk University ke tidak. 
Tapi dah namanya kita ni mak.  Bila tengok sepanjang tahun ni diorang study.. (walaupun taklah study mana pun Kasih tu) hahaha.. Selalu jugak kena marah sebab mainnnn jee.. Tak pernahlah aku nampak dengan rela hati dia nak gi amik buku dan duduk study.. Perangai macam apak kau dulu. Eh? hahahha perangai aku tu sebenarnya.. Pemalas belajar.  Masa zaman UiTM dulu lagi lah perangai ya Rabbiii... Kawan dengan orang pandai bukan main lagi.. Orang tu esok exam, baring letak buku atas muka.. aku pun buat benda sama.. Tapi dia dapat A, aku dapat E.  Hambek.

Pastu takut tak leh graduate pandai pulak panik.. Eishh janganlah ikut perangai mak kau ni.. Lately ni sebelum nak exam aku tengok dia study hard jugak.. Tiap kali cikgu Tuition datang rumah dia tak pernah moody dah.. Sentiasa bersemangat.  Terus terang aku cakap Maths dia lemah sangat.. Dalam banyak-banyak subjek upsr ni aku cuma risau Maths je.

Pastu masakkkkkk... Semalam kertas Maths susah gila katanya.  Aku cakap aku tak datang tengok dia.. Mama amik petang je sekali dengan Amaani.  Tapi tak boleh tahan aku pergi gak cari dia kat sekolah tengahari tu.. Sebelum tu aku whatsapp kawan aku yang ada anak sekolah sama sebab dia ada kat sekolah.

Aku : Jumpa Kasih tak? Apa dia kata kertas Maths 2 tu?  

Kawan : Aku tanya, Kasih cemana? boleh jawab tak? Dia cakap bolehlah

Wowww bab konpiden macam bapak dia... Dahlah kawan aku citer budak-budak pandai semua keluar dewan menangis peluk mak, peluk cikgu.. Gulp.

Then aku pun pergi lah ke hulu ke hilir cari dia kat sekolah.. Pastu jumpa dia tengah plaster jari luka sikit.. Dia dengan kawan dia masa tu.

"Cemana Kasih?"

"Oklah... kertas 1 Kasih rasa susahhhhhhhh sangat sebab Kasih tak cukup masa.. Ada 13 soalan Kasih bulatkan sebab susah lepas tu dah tak sempat Kasih tembak je"

Gulp.. Tembak 13.  Aku selalu tengok orang komen-komen sana sini "anak saya tembak 4 soalan".. "anak saya tak sempat jawab 2 soalan"

ANAK AKU TEMBAK 13 SOALAN.

Ok agak kelakar jugak huhuhu... Pastu aku tanya.

"Kertas 2 cemana?"

"Kertas 2 ok sikit, Kasih jawab semua"

Ehhhhhh hebat sangat ni hahahhaha.. Tapi aku syak dia syok sendiri dengan jalan kerja dia sendiri kahkahkah.. Takpelah Kasih, mama dulu teruk jugak, tapi Alhamdulilah jadi orang jugak sekarang ni.. Pastu dia cakap Kertas 1 tu semua yang tembak tu dia amik pensil sambil baca "Allahuma Yassir Wa ala tu asirrrr" tengok pensil jatuh kat mana.. Ada jatuh kat B, kat C.. 

Apa dia ingat kalau baca doa macam tu so lebih berkat lah.. confirm jawapan tu besar harapan betul hahahha.. Aku dulu "Bismilahirrohmaaa nirohim".. TEMBAK!.. kalau asyik pegi kat B je aku tukar panjang sikit harakat.. muahahhaa..

Eh anak UPSR ko ketawa pulak buat entry.  Relaks sikit malas nak stress dah.  Semalam dia tuition kat rumah untuk Sains.. Aku duduk sekali.. Dia main soal jawab dengan cikgu.  Wowww macam terror ni.. semua teacher tanya dia boleh jawab.. Terus mak kau kagum nak.. Semoga hari ni dipermudahkan buat anakku Kasih Aleeya dan anak-anak UPSR yang lainnya.. Kesian diorang dah stress and sedih semalam.  Harap untuk Sains muka akan ceria balik. 

Dahlah sebelum exam tu macam-macam.. Dapat pulak info peratus lulus tu macam haremmm jugak.. 
Markah 90 baru A.. Gila apa.. Dapat markah 79 dapat C.. Eh kalau aku dapat markah 79 dah kembang hidung zaman aku dulu.. Macam-macam betul.. Dahlah nak lulus susah, soalan kau bagi tahap amik PHD pulak tu.. melalak-lalak budak tak dapat buat kertaas Maths tu.. (anak aku je tak melalak) hahahahhahaha... kagum aku tengok dia.. budak scorer menangis-nangis, dia gembira je.. hahaha

Pastu kesian jugak tengok dia.. Dia tengok korang komen-komen kat IG and FB yang aku share video peluk Kasih kat sekolah tu.. lepas bacaan Yassin tu.. Ramai yang bagi kata semangat dan wish good luck kat dia.. Esok tu dia cakap kat aku.. "sebelum tidur Kasih baca semua komen tu.. Kasih tak boleh tidur sebab Kasih takut... semua orang harap Kasih akan ok UPSR tu.. Kasih bukannya pandai macam orang lain.. dah lah ramai orang kenal mama.. nanti kesian mama"..

Dari dulu aku cakap kat dia.. Mama takkan share result Kasih kat mana-mana pun.. tak kira lah Kasih dapat bagus gila ke teruk gila ke... Sebab aku tau sedihnya rasa bila tahun-tahun sebelumnya aku baca kat FB/IG semua mana yang anak dapat 6A share result.. pastu mana yang result anak dapat teruk akan tertelan-telan air liur. So ko boleh tengok ada dua kategori.. Kategori gembira dan kategori sedih.. Eh terus benci social media.  hahahahahah.. Tak salah pun parents nak share kegembiraan kat social media.. Ko ingat tak kembang hidung anak dapat 6A?? mestilah share.. aku tumpang happy, tapi yang anak tak berjaya tu lebih menusuk jantung aku.. confirm ada rasa rendah diri ke apa.. Nak mengadap pulak kat sana sini orang akan tanya "Anak dapat apa?"

Ehhhhh kau sibuk kenapa hahahahah.. Terus emo.  Sebab aku tak macam tu kot.. Aku tak pernah pegi kat orang dan tanya "Anak kau dapat apa UPSR?" Eh gila ke apa hahahaha.. walaupun sesetengah orang rasa benda tu biasa je.. tanya je kot.. No i cannot.. Sebab aku tak tau dia suka ke tak soalan aku.. Kalau anak dia 6A sukalah soalan tu.. Tapi kalau teruk, tak ke terkulat-kulat orang tu nak jawab.. So aku akan tukar kepada "alhamdulilah dah keluar result.. tak kisahlah anak dapat apa pun markah.. tahniahhh" So dia takde terdesak untuk menjawab soalan kau tu.. Samada dia akan sambung "Tulah alhamdulilah, dapat jugak 6A, ni nak sambung study kat London ni" bahahahhahahaha... atau kalau yang result biasa-biasa akan jawab "Tulah alhamdulilah, janji dah selesai dah semua" ok dah, tiada sambungan disitu... hahahaha.. tu kita pon paham-paham lah jangan nak menyibuk hal orang.  

Untuk sedapkan hati ibu-ibu yang anak ada amik exam-exam besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.. Good luck semua.. dan jangan pressure-pressure anak tu... Doakan je yang terbaik... Apa pun result anak-anak nanti terimalah dengan hati terbuka.. Janganlah meninggi suara atau cakap yang kasar-kasar kat anak tu.. Kita tak tau ada sesetengah anak-anak akan simpan ayat kita hingga bila-bila.. Aku pernah dengar orang cerita, masa dapat result mak dia marah anak dia kat kantin sekolah.. siap tunjal kepala anak dan cakap anak bodoh.. Allah... kenapa macam tu? Apa yang keluar dari mulut ibu tu satu doa.  So hati-hati bila berkata-kata.

Periksa ni atas kertas sahaja, bukan penentu masa depan dia.. Bukan penentu berjaya ke tidak dia nanti.. Ada orang berjaya tanpa perlu score straight As sana sini pun.. Itu namanya rezeki setiap orang tu berbeza-beza.. Cuma pelajaran tu penting, bila educated, itu satu bonus untuk lebih berjaya. Itu je.  

So tak sabar nak tunggu Kasih habis paper Sains ni.. Dia pulak tak sabar nak habis exam sebab nak makan Samyang Ramen tu.. OMG itu je sebab dia tak sabar nak habiskan exam hahaha.. sebab aku dah tak bagi dia makan segala makanan-makanan macam tu.. 

Good Luck Anak-anak UPSR

Salah ke ayat aku tu? Anak-anak or Anak-Anak?  

Matiklah sejak upsr ni aku pulak yang over.







Love, 
Filla.

MASALAH JARI KEMATU SEBAB PHONE.

$
0
0
Assalamualaikum,

Selamat hari isnin hehe.. So tajuk hari ni ialah masalah jari kematu.  Korang jangan tipu, mesti ada antara korang yang menghadapi masalah yang sama macam aku jugak.

Macam Kak Pilla masalah kematu ni dah jadi few months back kat jari kelingking sebab tiap kali guna handphone aku akan sendal jari kelingking kat bawah phone tu untuk support bila nak type.  So bila dah selalu sangat tetiba dia jadi keras dan kematu dan bertukar gelap.. Ai is sad.

Tapi nak buat cemana dah memang selesa pegang phone cara macam tu.. Kalau tak memang susah nak type.

Nampak tu?  Dikhuatiri makin lama akan makin teruk pulak.. Walaupun ai tau, ai bukan lagi jari anak dara yang kena nampak halus, runcing, tegang dan warna sekata but i still sad. hahahahha.. Pastu bila bukak tangan jari kelingking kanan tu akan bengkok ke kanan.. means dia tak rapat dengan jari manis.. paham tak? macam bukak sepuluh jari tu semua elok lurus.. yang kelingking tu pulak jauh dari jari manis.. omg dah oku pulak :(

Kesian kan?  Sebelum dia jadi bonggol yang lagi teruk baik kita buat sesuatu.. Bab accessories phone ni Kak Pilla bukan amik tau dan minat sangat.. Tapi Kasih lah bagitau dia nak beli Pop Socket.. Apobondo tu??? hahahha.. Tak urban lah mama ni. hehehe.. Dia cakap ada tengok kat Lazada nanti mama tolong belikan plis.. Herghhhh.. Pastu semalam masa jalan-jalan kat IOI mall tu nampaklah banner besar jual benda tu kat Flash Gadget kot nama kedai dia..

So mari kita tengok.. Kak Pilla tanak beli pun.. dia yang nak.. so belikan untuk dia.. RM45 kot dia punya.. pastu budak-budak yang kerja situ suruh aku beli jugak.. diorang pun ada masalah yang sama jari sampai kematu kahkahkah.. 

 So ni lah bendanya.. dia ada gam boleh tepek kat casing dan boleh tepek berkali-kali kot-kot korang jenis suka tukar-tukar casing kan.. Kalau beli yang murah dikhuatiri gam dia tu melekit-lekit bila bukak.. yang ni tak melekit.. Tapi nyampah sebab surface casing merah ni dia tak kuat sangat melekat.. dia depends jugak jenis surface casing.. Kalau casing plastik dia akan lekat kuat.  boleh jadikan dia stand jugak.. dia jenis leh tekan kebawah (rapat dengan casing) kalau tak guna.. kalau guna tarik dia keluar dan boleh selit jari supaya comfortable nak menaip.  So bila guna ni jari kelingking tu tak perlu lagi selit bawah phone to support the phone.  

Eh paham ke tak korang? Hopefully selepas beberapa bulan akan hilang kematu tu dan jari tak bengkok dah hahahah.. Aku amik plain black mcm tu RM69 siap ada penyangkut untuk sangkut phone kat kereta kalau guna waze.. Kasih punya jenis bercorak RM45.. Bercorak ada banyak choice so kalau remaja nampak ceria lah katanya.. Dia kata senang nak buat musically.. Herghhhh..

So kalau korang ada masalah jari kematu disebabkan phone, sila cuba Pop Socket ni.. 

Bye.





Love, 
Filla.

FAMILY OUTING.

$
0
0
Lama tak update belog.

Haih tak tau nak update apa heheh.. Meh lah Kak Pilla update hari bersama keluarga haritu.  Hari Ahad haritu Kak Pilla betul-betul free so dah plan nak bawak Atok ngan Wan jalan kat KLCC.. Atok tu suka kopi-kopi and Wan suka jalan-jalan.. Alhamdulilah kaki Wan pun makin ok.. Setakat jalan kat KLCC tu takde hal.. Penat cepat-cepat lah carik kerusi.. Dengan ai sekali duduk melangok hahaha.. 

Gerak dari umah sama-sama aku drive sebab Pak Radie takde dia sibuk ada ride apa tah dengan husband Elly.  

Sampai je KLCC kitorang berjalan kejap, Cik Kasih tu biasalah tempat dia Typo tu je.. Lemak banyak budak tu.. dapat pulak birthday dia 30hb ni Wan ngan Atok bagi duit sebab tak tau nak belikan apa.. Memang bertapa lah budak tu kat Typo.  Sementara tu aku dengan Wan jalan kat Uniqlo.  Belikan Wan jeans kat Uniqlo.. Eh korang tau tak jeans dia ada yang sesuai untuk orang berisi / gemok.. Eh kongajo sangat cakap gemok hahahaha.. Wan ada sehelai dia beli kat Uniqlo mana ntah.. dia cakap sedappp pakai.. Pastu kitorang carilah size XL.. tapi macam pelik kenapa Wan muat pulak XL ni?? Aku pun pakai kalau jenis skinny tu XL.. Nak jugakkkkk sebut skinny padahal XL kahkahkah.. 

Pastu Wan fitting kata ketat.. Pelik tu.. Pastu Wan gi tanya budak Uniqlo tu.. rupanya seluar tu seluar lelaki size XL muahahahha... Merasalah pakai jeans lelaki.. Pastu Wan pun try.. Memang lawa and sedap gila... Now dah tau, kalau Wan nak beli seluar kena amik yang lelaki punya size XL.. tapi cutting dia ok sebab pinggang belakang tu jenis getah and depan zip and button.. So Kak Pilla suggestkan kalau mak-mak you all size ehem ehem boleh try seluar lelaki XL kat Uniqlo.

Dah jalan-jalan lapar.. Jom nak ajak diorang makan kat Aseanna.  

 Wan makan mihun tomyam, boleh tahan sedap.. share dengan Amaani.

 Tak pernah try kueyteow goreng dia.. Oiiii sedap!!! Pedas semua cukup.. Nyammmmsss

 Paksa Atok makan Set nasi asam pedas tenggiri.. Sebab atok tak makan nasi lagi.. Ok-ok jelah sebab ada rasa manis sikit.. wth asam pedas manis?

Cik Kasih tekak omputih.

 Belek gambar ni.. Sama betul kan muka kitorang ni?  Tengok hidung hahaha.. Sama gila kot.. bibir? and gigi samaaaaa.. mata also sama.  Anak bapak betul ni muahahhaha..

 Banyak dugaan bawak anak-anak jalan tanpa bapak dia.. Memasing kaki mengadu.  Yang kecik tu lagi kuat mengadu.. semua benda nak mengadu.. Kejap kang sorang merajuk bawak diri duduk sana duduk sini.. Kejap kang sorang lagi jalan seret kaki.  Aku buat tak reti jeeeeee..

 Dah petang baru Pak Radie datang.. dia naik grab dari umah.. so senang balik kang dia yang drive.

 Sementara Pak Radie ngan budak-budak gi Kinokuniya tu bawak Atok and Wan kopi-kopi.

 Favourite Wan ialah kek hahaha.. Dapat kek semua senyap pejam mata.

 Wan ngan Atok next year nak travel inshaAllah.. So teman Wan cari kasut skechers sebab Wan cakap selesa... so ni pilihan Wan.. 

My hensem daddy.. Wow daddy :)

Ok tu je nak citer.. nanti jumpa lagi k..


Love, 
Filla.

AKU URANG SABAH BAHHH..

$
0
0
Zaman dulu-dulu aku pernah kot mention kat blog yang aku ni Sabahan.  Lahir dan membesar di negeri di bawah bayu.

Bangun tidur pagi-pagi subuh waktu matahari nak naik tu dah jadi biasa nampak kelibat puncak gunung kinabalu.  Tapi tak pernah naik pun hehehe.. Beza dengan Pak Radie yang orang Semenanjung tu tapi dah 5-6 kali tawan puncak Kinabalu.  Ingat lagi cita-cita aku dulu nak tawan puncak kinabalu dengan Pak Radie.  Tapi tak kesampaian sebab now pon dah tak seaktif dulu.. Kalau dulu aku suka je outdoor activities ni.. Now aku lagi suka baring terdampar macam ikan paus kat katil heheheh..

So sambung cerita, Sabah ni sangat dekat dihati.. Zaman dulu pernahlah hubungan Semenanjung - Sabah tak berapa baik.. Zaman aku membesar kat sana pulak tu.  Ada gap sikit bila kau orang semenanjung.  Tapi aku pedulik apa aku kecik lagi kot.  

Tapi satulah, walaupun aku anak semenanjung yang lahir dan membesar kat Sabah, percakapan aku tetap Semenanjung.  Padahal kawan sekolah semua orang Sabah.. Kawan-kawan mak aku yang orang Semenanjung tu, anak diorang semua cakap Sabah dah tak cakap semenanjung dah heheheh.. Maybe sebab kat rumah memang cakap macam biasa dengan mama and ayah.. so tak de lah berubah bahasa tu.

Tapi ko jangan, kat sekolah memang aku cakap Sabah.  Heheheheh pengalaman ko lahir dan membesar di negeri orang.  Lepas tu aku selalu confuse aku orang Sabah ke orang KL ke orang Melaka.  Sebab parents aku both asal Melaka.. So aku orang Melaka ke?  Tapi dari form 2 sampai aku kahwin dulu aku duduk Ampang.. So aku orang KL ke?  Atau mana kau lahir so kau orang negeri tu?  Lama juga aku dalam dilema tu hehehhe.. Kalau gi kursus yang dia suruh pecahkan ikut group negeri masing-masing.. Aku confirm akan terbangang-bangang tak tau nak pegi mana.  Benci ye situasi tu.

Kenapa aku lahir dan membesar kat Sabah? Sebab both parents aku kerja kat sana.. So aku adik-beradik semua made in Sabah.  

What is so special about Sabah for me? 

Makanan
Orang sabah ni ada banyak jenis makanan tradisi dia.. Paling terkenal ialah Ambuyat.

-pic googled-
Nah ni gambar Ambuyat.. Diperbuat dari tepung kanji kalau aku tak silap.. so cara makan ialah ko kena tarik dia (macam cheese pizza tu) tarikkkkk pastu gulung-gulung kat chopstick tu.. sampai dia melekat elok bulat kat chopstick tu ko cicah dengan lauk dia.. Lauk wajib tak silap aku kuah asam ada ikan.  Tak tau nama dia.. Pastu tak yah kunyah, ko telan je. Rasa dia tak tau nak cakap.. sebab ko tak kunyah hahahah ko telan je terus.  

Ada banyak gak makanan lain tapi aku pon lupa.. Oh ada satu buah ni aku rasa kat Sabah je ada.. nama dia buah Tarap.

Aku tak sure if buah ni ada kat Semenanjung jugak.. Tapi aku selalu makan buah ni kat Sabah.  Buah ni manissssssss.. dan macam adik beradik cempedak tapi isi dia warna putih ;)


Arwah Atok Sabah

Ye aku memang panggil dia Atok Sabah.  Arwah ni adik beradik kepada Bapak Atok Brahim.. So Bapak sedara Atok Brahim lah.  Atok Braim tu bapak aku ye kalau ada yang tak tau hahaha.. Tapi Arwah Atok Sabah ni jugak ialah Abang Angkat mak aku.  Sebab mak aku ialah anak Cina yang dibagi ke keluarga melayu.  So Arwah mak kepada Atok Sabah yang besarkan mak aku kat Melaka.  So mak aku and bapak aku adalah sedara??? Sedara takde pertalian darah? Ok sooo complicated i don't know... Yang pasti mak aku tu kesayangan Arwah Atok Sabah sebab dia dah lama duduk kat Sabah... setiap bulan dia akan pos surat dan duit kat Mak dia.. Yang jadi tukang baca surat ialah Mak aku hahahha sebab Arwah tu buta hurup.. Nanti dapat duit belanja dari 'abang' dia.. mak aku lah gi kedai runcit cina kat kampung tu beli keperluan harian.. So sangat kesayangan ;)

Arwah Atok Sabah tak kahwin dan dia duduk dengan sorang lagi Atok yang aku panggil Atok Omputeh.  Hahahha... Arwah Atok Omputeh ni memang mat salleh masuk Islam, kalau tak silap Nicholson ke apa nama dia, tapi nama Islam Mohd Nor? Mohd Noh?

Sepanjang kitorang kat Sabah, setiap sabtu or ahad akan ke rumah Arwah bersihkan laman dia.. Habis bintat-bintat aku kene gigit nyamuk.. Asik kena cabut rumput je huwaaaaa.. So aku membesar dengan mencabut rumput setiap weekend dan korbankan darah tiap minggu kena gigit nyamuk.. Rumah arwah ni kat Likas.. and dia buat business printing dulu kat Sabah.. Boleh tahan lah kayo, tapi aku kenal mak and ayah aku langsung tak heran duit dia.. Walaupon orang tohmah macam-macam dulu.  Bapak aku tu lagi lah rajin dan lurus orang dia.. Weekend je habis dia bersihkan satu rumah tu.. So aku tersangatlah sayang kat Arwah Atok Sabah.. Tapi bila aku nampak Atok Omputeh tu aku takut, nanti dia panggil aku dia spiking.. Eh takuttttt laaaaa hahahaha.. Dahlah pembersih gila mat salleh tu.. aku kalau amik gelas ke basuh gelas ke tak berbunyi langsung.. takutttt.. heheh

Aku habis form 1 kitorang pindah Ampang.. Arwah Atok Sabah orang paling menentang kitorang nak balik duduk Semenanjung.. Walaupun berat rasa hati nak tinggalkan dia dan Sabah, tapi hidup kena teruskan.. Setiap tahun kadang Arwah Atok Sabah bagi duit suruh kitorang balik Sabah.. or dia akan datang KL jumpa kitorang.. Sampailah dia sakit, Atok Braim cuti tanpa gaji untuk jaga Arwah sampai dia meninggal ada kot 3 bulan.  Sampai dia hembuskan nafas terakhir, orang last dia sebut-sebut nama ialah Mak aku.. So sad... nasib sempat datang tengok arwah sebelum meninggal.

So itu kenangan arwah Atok dengan kitorang.. Yang korang dok tengok pinggan potmeirion kat umah Wan tu semua Arwah Atok Sabah punya.. Siap panggil aku dulu, "Kalau atok dah takde, pinggan ni semua kau punya"  Belambak lagi pinggan aku tak tau mana ntah.. bibik dia bungkus bawak balik kot.. Cissssssss..  I miss him.. Al-Fatihah buat Abdullah Baba.

Life
Dah aku membesar kat Sabah kan.. Of course kawan aku semua orang Sabah.  Aku dulu pegi balik sekolah naik truck polis tu.. Jalan kaki dari rumah pegi dewan terbuka tu berkumpul.. Sebelum truck sampai, peluh-peluh main galah panjang heheheh.. Aku suka panjat truck tu paling last supaya aku boleh duduk paling last.. berangin je.. kalau break confirm aku orang first tercampak keluar hahahah.. So aku geram kalau budak-budak ni manja semua tak reti buat.. Aku dulu kecik-kecik semua dah buat sendiri kot?  Mak aku masak, pandailah kau cedok dalam periuk tu makan sendiri.. Takde sapa nak hidang cantik-cantik untuk ko yer.. Beza betul dengan apa yang aku buat sekarang.. Sebab tu budak-budak sekarang banyak lemak.  Haritu aku mengamuk kat rumah bila Kasih cakap nak makan.. Aku suruh dia amik sendiri makanan.. Ko tau dia cedok nasi kat rice cooker tu pakai sudu..  pastu tinggal sudu dalam tu... Memang aku jerit kat situ jugak.. Kau dah tak boleh beza sudu dengan senduk nasik ke apa?  Uihhhhh berbulu jugak Pak Radie dengan aku time tu.. sebab asyik nak marah.. Memang lah aku marah.. Dah besar kot, jgn malas sangat yeh.. main sauk je sudu buat senduk nasi kau dah kenapa?  Pastu aku pekik sekali "Mulai hari ni bangun pagi kemas katil sendiri, siapa tak kemas pagi-pagi siapppppppppppppppppppp!!!!".. tekemut-kemut muka Amaani.. yang kasih apa lagi air terjun la nangis.. Huh. Nak jadi apa anak dara tempat tidur macam kucing beranak???? Uii tu ayat mak aku.. lekat sampai harini dalam kepala otak aku.. well, tiap pagi aku jenguk bilik nasib baik memasing dah pandai kemas.. dia nak tengok aku menjerit macam pompuan gila, dia buatlah tak kemas.. Aku kalau naik hantu lain macam yeh.. dengan bibik pon kena jerit "Bikkkkkkk, mulai hari ni kamu jangan kemas katil budak-budak ni" terkemut-kemut bibik tu.

Sekolah
Sekolah rendah dulu aku belajar kat St. Francis Convent.  Sampai darjah 6.  Sabah ni agama Cristian dia kuat sikit.. So seminggu berapa kali ntah mesti kena nyanyi lagu church tu.. Tapi yang Islam ko berdiri jelah diam-diam situ.. tak yah sibuk nak menyanyi jugak.. Sekolah tu sebelah je dengan church.. Aku turun truck kat luar church tu pastu jalan kaki masuk dalam sekolah.. Ada beberapa kejadian aku kena kejar anjing kat church tu.. Jilake betul.. Macam watson nyambek aku lari.. pucat lesi muka hahahhahaha.. 

Form 1 senyap-senyap mak aku masukkan aku Sekolah Menengah Agama Inanam.. (SEMAI) aku dah tak tau apa nama sekolah tu sekarang.. Fuh sentap gilaaaaaa... Aku takde basic sekolah agama kot??? Aku dari sekolah convent kot.. mak aku nak hantar sekolah agama?  Tapi ko mana boleh protes... Kena pegi jugak.. Bermulalah life aku sebagai budak sekolah agama.. yang keluar kena pakai socks ye.. dahlah aku tak reti buat kerja rumah.. Tetiba basuh baju sendiri? Iron baju? Huwaaaaaa bukan senang yeh.. kena beratur panjang tunggu turn nak iron.  Aku basuh baju pastu dah 3 hari baru ingat kain kat ampai.. tu pun nampak dari jauh "eh macam kenal je baju tu" rupanya baju sendiri.  Orang rendah cadar katil, aku pun sibuk rendam dalam baldi.. Aku rendam sebulan kahkahkah.. baldi bersusun letak luar dorm.. sampai kulat hijau aku buat dek je.. Sampai makcik cleaner yang muka seram tu bertempik kat luar bilik "P*k*m*k mana pengotor rendam cadar sampai berkulat ni?" Dia jerit ya dari luar.. aku senyap jantung pon macam berhenti hahahhaa.. dia campak dengan baldi aku sekali dalam tong sampah hahahahha.. Mampos.

Pegi kantin beli fish ball tuang kuah cili... makan sikit, lebih masuk poket.. habis tumpah kuah lada dalam poket.. OMG selekeh nak mampos.  Aku sorang je kot takde basic bahasa arab atau sekolah agama..  Tapi masa panggil sorang-sorang, aku terpilih masuk Tahfiz.. Tahfiz ke untuk perempuan? Akan dapat elaun tiap-tiap bulan.. Tapi aku kena hafal Quran.. Huwaaaa aku nangis kot tak nak.. hahahaha.. Sebab sehari macam 1 page kena hafal.. Dalam diam aku gi jumpa Ustaz cakap aku tak nak.  Eishhh kalau tak aku ni dah jadi budak hafaz Quran dah.. Bodoh sangat dulu pegi tolak pulak.

Honeymoon
Aku kahwin je, memang aku plan nak honeymoon kat Sabah.  Sebab situlah tempat aku membesar, sangat istimewa dihati aku.. Pak Radie tak leh bantah hahahha.. Aku lupa pulak nama hotel tempat honeymoon tu huahahahhha.. Pastu aku ajak Pak Radie lalu kat rumah Arwah Atok Sabah.. Aku confident cakap kat dia "Pa, nilah rumah arwah Atok.. eh tapi lain dah sebelah rumah dia ni".. Rumah tu dah rumah tinggal ke ada orang sewa tah.. Pastu Pak Radie kerut kening "Macam bukan jeeeee".. Eh melawan pulak dia ni, aku taulah... aku membesar kat sini yer.. Sekali salahhhhhhh!!! Huwaaa bodoh ke apa hahahhaha. Pak Radie yang tunjuk, "bukan tu lah gila, tu hah rumah dia" Rasa nak lempang diri sendiri... Sebab pernah tunjuk gambar rumah tu kat Pak Radie dulu... Mak aku punya terbahak-bahak sampai menangis nak terkencing gelakkan aku bila radie cerita.. Blur nak mampos.

Pastu masa honeymoon tu jugak aku bawak Pak Radie gi kubur Arwah Atok Sabah dengan Arwah Atok Omputeh.  Dia jeling tajam je kat aku.. "Betul ke ni kubur dia?".. Eh aku tampa kang.. Takkan lah kubur atok aku pon aku salah?   Eh tapi berdebar gak takut salah.. Nasib ada batu nisan tulis nama muhahahaha.. Pillllllaaaa why u like this?

Sabahhhhhh sangat istimewa untuk aku dan aku super excited sebab Mood Republik kali ni kitorang decide untuk join yang kat Sabah ni... Rasa nak nangis gembiraaaa!!! 

OMG tak sabar nya nak cakap Sabah sambil jual Fame hahahaha... Buleh bah kalau kauuuuuuu!!!! Cantik bah sama kau kalau pakai Violet.. Kau cuba dulu bah.. Kawan kau ndak mau kah??? Beli la bahhhhh.. Kau beli sepuluh, aku bagi kau diskaun.. Ok ka??? Ya begitula bahhh.. 

OMGGGGGGGGG masih boleh lagi cakap Sabah.. 

See you guys on 7th and 8th Okt at Sabah Trade Centre, KK.



Love, 
Filla.

KENANGAN DI SABAH

$
0
0
Assalamualaikum..

Dah lama balik dari Sabah dah pun hehehe... Macam biasa busy tahap melampau.  So haritu ada masa resize gambar dan hari ni curi masa update blog.

Haritu flight pagi ke Sabah.  So berjanji kat KLIA dengan Elly and Peej.  Aku and Pak Radie macam biasa amik grab je.  Waktu ni hari Jumaat.. kena sampai sana tengahari so ada masa petang untuk set up booth.. Booth kat Mood Republic Sabah pun tak boleh nak set up macam kat KL sebab pempahamlah.. kita naik katebang kan.. mana leh bawak segala meja kiter tu..

Tersampai awal so mari lepak dulu.

Kali ni naik MAS pulak.

Pakai selesa senang nak berlari.. Eh nak lari ko dah kenapa?

 Flight ni aku yang booked.. Tensi je dah kenapa kat seat aku takde tingkap??? 

Banyaklah benda kelakar jadi kat KK ni.. Benci tau dorang asyik kenakan aku je.. Sebab baca kisah aku lupa rumah arwah Atok Sabah hahaha.. Pastu aku cakap lah dulu aku duduk sini (Kepayan) nama tempat tu.. Diorang pandang aku pastu Radie sound "Bukan ni lahhh"

"Ehhhhhh rumah aku dulu, aku taulahhhhhh!!!"

Pastu lalu kat satu flat area Karamunsing tu.. Pak Radie tunjuk "Ni, awak duduk sini dulu"... "Takkkkkkkkk!!! Ni rumah Pakcik Zaki" 

Semua dah bantai kenakan aku.. asal lalu je situ laki Elly mesti ulang dialog aku "Ni rumah Pakcik Zakiiiiiiiiii"

Benci tau... Pastu lalu kat Kg. Air.. (rumah atas air).. aku pun cerita lah..

"Korang, dulu-dulu kawan mak aku duduk sini.. Kalau berak nanti taik jatuh kat laut pastu ikan makan"

Pon kena bahannnnn... Asal lalu sini je diorang ulang dialog aku "Kawan mak aku duduk sini.. berak je taik jatuh, ikan makannnn"

Ko rasa nak lempang tak sekor-sekor?

Pastu dah balik sini Peej tanya.. "ko ni peliklah, dah sampai sabah aritu kenapa tak nak lalu tengok rumah ko duduk dulu ke.. atau mana-mana yang ada kenangan ko"

Huhhhh aku baru cerita pasal rumah pak cik Zaki dengan kisah Kg. Air pun diorang bahan aku tak ingat... Dasyat ni siapa ada dalam group ni memang hati dan jiwa kena kebal dan tabah.. Bab membahan orang no.1.  

Naik satu kereta nak gi Pulau pon sama.. Orang lain akan tanya bahasa-bahasa Sabah yelah nak belajar kan?.. Kitorang tanya "orang Sabah kalau cakap BODOH tu apa?"

"Ohhhh di sini panggil PALUIIII, BABAL"

Dah lah terbahak-bahak semua membahan.. ko la Palui.. Ko babal... macam jilake diorang nie.

Ok sampai je airport kitorang memang dah booked kereta sewa.. So terus amik kereta kat airport dan terus gi Tanjung Aru.

Tanjung Aru ni area laut.. Dulu aku kat Sabah selalulah gi laut ni.. Lagipun aku dulu tadika kat Stella Marris area Tg Aru ni.. Kadang picnic dengan family memang takde tempat lain lah.. ke sini je.. 

Now tanjung Aru banyak tempat makan-makan.. so mari singgah.

Harga meletup kat Tg. Aru ni agak terkejut jugak.  Air ni layer-layer dengan Durian Belanda, Mango, Dragon Fruit dengan Kelapa kot.. Harga berapa yek.. dekat RM20..

Semua orang tau kalau gi Sabah jangan lupa try Sayap Ayam and tongkeng.. Aku tak makan sangat tongkeng.. hehehe.. Radie lagi teruk.. dia langsung tak leh makan tongkeng ayam ni.. 

Service punya lambat rasa nak amukannnn... 


Apa tah lagi lauk.. Makan tak habis coz not nice.. Harga je meletop.

Tengah makan tu.. ada reader datang.. Jom kita bergambar dulu ;)

Ok siang tu melepak kat Mood Republik, Sabah Trade Centre.. siapkan booth dulu baru balik apartment.

Malam keluar lagi carik makan.. Kali ni best :)
Nyammmmmsss.. makan kat mana ni?? Sederet dengan pasar philipine tu tapi ni yang kat depan Promenade hotel tu..

Fuhhhh rumpai ni memang thorbaekkk sedap gila... cukup pedas dan masam

Kalau makan dengan diorang ni memang x reti sikit-sikit.. Makan lah ko sampai sengkak perot..

Dah kenyang jom kita lalu kat Pasar Philipine tu beli Amplang ngan kuih cincin.. Ikan bilis udang kering semua tu nanti kita beli..

Kuih tradisi Sabah.

Pagi dah sampai brief staff dulu..



Thanks orang Sabah yang turun ramai-ramai ke Booth Fame Cosmetics.. Serious ni pertama kali Mood Republic buat kat Sabah, dan ini pertama kali kita menjual di Sabah, so kita tak letak high expectation pun.. 

Tapi Alhamdulilah.. Stok bawak balik tinggal sikit gila.. few codes matte lip cream habis licin hari pertama lagi.. huwahahaha.. tak reti nak agak nak bawak code mana lebih.. Orang sabah memang best.. datang try kat tangan.. ok saya mau ini.. ini apa? oh bb cushion, ok saya mau.. hahah ko tunjuk apa pun semua "saya mau"

Dan paling best bila orang lalu lalang tau pasal Fame and terus berhenti beli. Aku perati je hahahaha.. Tak tau sampai bila kitorang bertiga akan turun meniaga kat booth macam ni.. Kalau tengok booth lain founder takkan datang duduk sama-sama pagi ke malam macam ni ye... Datang turun sejam dua dengan baju lawa sebab founder gitu kannnnn... Kitorang dengan staff sama je, beza kitorang apron merah, staff apron hitam.. hahahahahah..

Well aku suka dan happy turun duduk kat booth.. Tengok meriah orang datang beli Fame pun dah bagi satu kepuasan.. Kadang ramai readers yang datang beli dan nak jumpa dan snap gambar.. so ada rasa bersalah kalau takde kat booth.. Pastu kena serang dengan famous Mua-Mua Sabah pulak.. So rasa berbaloi-baloi duduk kat booth ;)

Booth Selfie kena ada satu heheh

Ni so far colours matte lip cream Fame.. Ada berkenan tak? Meh whatsapp 019-35888139

Ok malam sambung lagi makannnn... 
Ni kat Pasar Phillipine.. Tak sebest yang kat depan Promenade tu... tapi ok lah boleh makan..

Sehari sebelum balik kitorang gi snorkeling kat Pulau Sapi dengan Pulau Manukan.

Ni je sekeping gambar hahaha.. yang lain boleh tahan buruk so tak boleh up hahaha.. Untuk orang nak merasa snorkeling kat KK boleh lah amik package yang siap ada lunch mcm ni.. 

Tapi Pulau dia kurang cantik.. Kalau nak betul-betul cantik ko gi Sipadan je kot.. Tapi oklah dari takde kannn.. 

Malam tu kitorang mencari Ambuyat makanan tradisi Sabah.. Win husband Elly pernah kerja lama kat Brunei so kat Brunei pun makan ambuyat ni.. So semua ok boleh terima makan nie.. 


Peej and Pak Radie first time makan ni.. Ok je diorang telan hahahahaha.. cicah sambal belacan memang ngammm bahhh

Esoknya flight balik KL tengahari.. So itu jelah perjalanan dan pengalaman saya balik ke Kampung Halaman.

Thanks orang-orang Sabah... Sabah BEST!!!



"Tu bukan rumah pilla, tu rumah Pakcik Zaki"

Korang ulang lagi ni siap ye.



Love, 
Filla.

ISU PANTANG KE TAK BERPANTANG.

$
0
0
Amboi gossip retis plak hahahaa..

Takdelah aku ternampak kat FB pasal isu Amyra Rosli ni kena hentam sebab gaya macam tak berpantang.  

Video yang Amyra Rosli dengan stroller atas belah kiri tu.. Amboi hebatnya orang yang mengecam pon macam kan orang tu takde perasaan je bila baca.

Tapi tulah harapnya artis ni memang dah lali apa orang nak hentam terima jelah dik.. 

Orang dok kecam dia kenapa baru 9 hari macam tu dah berjalan-jalan?  Adoi korang pun, dia gi check up kat sepital je pun siap dia tag location takut orang hentam kot.  Paling dipertikaikan kenapa pakai seluar? Seluar ketat plak tu.. Hahahha aku pun tak pasti, tak boleh yeh??? 

Majoriti komen lah kisah diorang pulak yang pandai berpantang.. 

"saya memang dengan kain batik je 24jam.. dari mula pantang sampai habis pantang"

"saya gi hospital check up pun memang berkain batik je"

"Tu dah jalan laju ke tu? Jaga elok-elok, saya dulu jalan kepit-kepit je"

"Rambut tu kenapa tak ikat tinggi-tinggi???"

Eh matikkkklah nak jawab semua soalan... Elok orang tu sihat boleh meroyan dengan persoalan orang lain hahaha.. Yelah tapi paham jugak ramai yang komen tu akan cakap..

"kitorang sayang awak, sebab tu kitorang tegur"

Amboi dasyat korang punya level sayang retis yeh? hahahahahhahaha... 


Katalah si Amyra ni pakai kain batik gi Prince Court Medical Centre ni.. agak-agak orang komen apa pulak??? 

"kain batik je gi hospital?? pakai lah kain tapi takyahlah kain batik"

"awak tu retis, jagalah penampilan, kang laki carik lain kang"

"akak ni menasihatkan je, sebab akak sayang kat awak"

and list goesssss onnnn and onnnnn.. hahahhaha.. 


Oklah tak yah citer hal orang kita cerita hal kita pulak.. lagi bagus.. Aku dulu berpantang biasa jelah.. Ni nak cerita pengalaman aku pulak.. Masa discharge hospital dulu aku duduk kat wheelchair mohon janganlah aku bertembung dengan orang aku kenal sebab muka aku pon tak muka orang hahahahha.. dengan kembang semangkuk tak surut-surut hahahah.. 

Balik rumah berpantang lah macam orang lain.. PAKAI KAIN BATIK okeh.. Tapi modern, mak mertua jahit pinggang jadi getah dia takut aku berdiri kain aku terlucut kot hahahaha.. Pakai lah segala bengkung tu.. Pakai sendiri.. elok je aku bentang kat lantai pastu aku baring dan aku golekkan diri sendiri atas bengkung sambil mengah-mengah ikat sendiri.. hahahha.. hidup mesti berdikari.

Rasanya dalam seminggu luka jahitan akan pulih.. Kalau nak pakai seluar tak boleh eh??? Apa beza orang pakai kain batik duduk tak rapat dengan orang pakai seluar tapi duduk kepit.. Hahhaha isu yeh?  Bagi aku lah janji ko jaga jahitan luka tu supaya cepat sembuh dan kering.. lepas tu duduk rumah pakai lah kain batik.. kalau keluar aku pon tak reti pakai kain.. Maybe pakai seluar tapi jalan elok-elok lah, jangan lah kau nak berlari ke apa.. Amyra tu pun tau kot apa dia kena buat?

Hahah wow tak habis lagi kisah Amyra.  Rambut ikat tinggi dan ketat tu aku pun buat.. Tapi takde lah sampai 44 hari aku buat camtu.. Masa free hair dulu aku gi checkup bawak baby takde lak aku ikat sanggul tinggi klcc tu muahahahaha...

Aku tak moden yeh, aku sangat ambil kira jugak hal pantang larang berpantang ni.. aku pakai socks dengan selipar.. dan korang percaya atau tak.. orang yang dapat appointment checkup saing dengan aku tu semua lebih kurang aku.. baru sebulan kot bersalin.. Dalam ramai-ramai tu rasanya adalah sorang dua pakai socks.  Orang lain relax je dengan sandal / selipar tak pakai socks.. Amyra Rosli tu tahan jugak lah dia pakai kasut bertutup lah jugak.  Aku siap kerut kening, aku je ke yang berpantang kat sini?????? So bayangkan berapa ramai orang tak peduli pasal pantang ni.. which aku rasa benda-benda penting tu ikut lah jugak demi hari tua.. 

So aku rasa menghentam orang lain dan bandingkan dengan diri kita yang lebih hebat ni memang tak perlulah kot.. Bila kita cakap camni kang, orang akan kata, kita bukan hentam, kita nasihatkan je.. Nasihat dan hentam dua benda berbeza ye.  Mana yang nasihat dengan cara tak menyakitkan hati tu baguslah.. Ni jenis-jenis yang menasihatkan orang tu macam dia lah pakar mengalahkan mak bidan.. hehehehe... 

Tau tak ayat-ayat yang boleh annoyed orang lain?  Ni contoh:

"Elok sangatlah tu.. esok tua baru kau rasa"

"Retis macam tulah, mana berpantang, janji stylo"



Senang ikut jelah cara memasing.. Kalau cara korang berpantang macam tu, teruskan lah hingga ke cucu cicit korang macam tu.. Kalau cara dia macam tu biarkan lah dia dengan cara dia.. Jangan suka sangat nak mengecam orang je kerojenya... Sama jugak macam bangsa-bangsa lain ada cara berpantang masing-masing.. ada makanan kesihatan yang diorang makan jugak untuk panaskan badan... Kita tak kata pun kan cara diorang salah.. sebab tu cara dia berpantang..

Positif jelah yer..

Eh membebel pulak.. Jangan kecam Kak Pilla ye, Awas!! 







Love, 
Filla.

ESOK RESULT UPSR KELUAR.

$
0
0
Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog ni.  Sebenarnya bila dah umur-umur macam ni rasa dah tak tau nak share apa hahaha.. Takut apa kita share tu tak bermanfaat, takut nak merepek hahaha.. Dulu sukati aku lah blog aku hahahaha... Faktor usia mungkin.

So harini curi sedikit masa untuk menulis.  Nak tulis apa lagi? Hari ni nak share pasal debaran menanti keputusan UPSR esok.  Buat masa ni Kak Pilla takde rasa debaran tu.. Maybe malam ni baru terasa debar kot?  


Sekarang ni timbul isu macam-macam tentang cara penyerahan / pemberitahuan result UPSR kat sekolah.. Kementerian Pendidikan dan keluarkan amaran supaya result tidak diumum dan tidak diraikan di Sekolah.  Sebenarnya ramai bertelagah tentang isu ni.. Mana yang ada anak-anak bijak dah tentu tak setuju dengan arahan ni.  "Mereka dah usaha, apa salahnya diraikan di sekolah? Ini untuk menghargai usaha gigih anak-anak bijak tu"

Mana yang anak tak mampu untuk dapat banyak 'A' pulak memang bersetuju dengan arahan Kementerian Pendidikan tu.  Last year ramai kawan Kak Pilla ada anak yang amik UPSR.. Cukuplah tengok ke'stress'an parents ni semua.. Haku pulak jadi stress masa tu.. 

Anak-anak dikumpulkan di dewan, parents menanti di sebelah tepi dewan.. Still boleh eye contact dengan anak... Result pelajar 6A diumum satu persatu.. Nama disebut berkumandang di dalam dewan.. Nama anak yang dapat 6A confirm menangis, melonjak kegembiraan.. Stress berterusan bila sebut nama untuk pelajar 5A.. kemudian 4A.. kemudian 3A.. 

Mentally abused ni.  Eh betul ke ayat tu... Pendapat Kak Pilla majlis macam ni sangat tak sesuai.  Anak kita berperang dengan perasaan masing-masing masa tu.. Kawan satu persatu maju kedepan dengan result cemerlang di tangan.. Awak duduk tercongok tak dipanggil-panggil pun nama.  Mak Ayah duduk tepi tak dapat nak peluk or sokong dia masa tu.. Kita yang melihat usaha gigih anak-anak study siang malam, buat homework menggunung hari-hari.. Perasaan malu dan rendah diri mereka waktu nama tak dipanggil di depan.. Kecewa, hampa dan sedih.  Ok, aku memang orang yang suka sebak dan fikir terlalu mendalam.. Now type ni pun dah sebak.

Masa nama tak dipanggil maybe anak tu dah tunduk tak berani angkat muka.. Please aku tak boleh berdepan dengan situasi macam ni.. Ada yang aku tak pegi sekolah sebab tak sanggup mengadap situasi penuh emosi macam tu.  Cara nak sedapkan hati sendiri "UPSR je punnnn, bukan penentu masa depan pun"  

Kita tak boleh lihat satu sudut sahaja.  Berjaya akademik tak bermaksud berjaya dunia akhirat dah.. Kalau seimbang Alhamdulilah, bonus, sejuk perut ibu mengandung.  Tapi kalau ada kelemahan dari segi akademik kita masih tak tahu apa janji Allah SWT untuk kita.  Yang penting akhlak kena mulia.  Ramai jugak kita dengar anak berjaya akademik, memang bangga..  Tapi ramai juga kita dengar, anak yang tak bijak akademiklah kadang bila kita tua, dialah yang menjaga kita di hari tua.. So janganlah berbelah bagi kasih sayang untuk anak-anak.. 

Sorry melalut sikit.  Kasih Aleeya anak sulung aku.  Biasa sahaja dalam pelajaran.  Kesungguhan tu ada, tapi selalu jugak kecundang.. Banyak kali aku nasihat dah naik berbuih mulut.. Aku selalu kata kat dia "Mama tak kisah apa pun result Kasih, janji Kasih berusaha, mama tak boleh buat apa kalau dah usaha pun result still tak menyebelahi Kasih.. masa masih panjang..ada banyak lagi exam besar lain selepas ni.. result UPSR nak keluar mama redho je apa result Kasih.. kalau tak ok, ada banyak masa untuk Kasih improvekan lagi diri Kasih.. berkawan dengan kawan-kawan yang baik, yang rajin belajar, InshaAllah sikit-sikit akan berjangkit juga ke kita"

Kawan-kawan yang ada anak UPSR tahun ni, selamat berjaya buat anak-anak semua.. Mana yang tak dapat result yang cemerlang, peluk juga lah anak tu.. Kejayaan bukan terletak hanya di kertas, baru 12 tahun lagi pun.. Banyak lagi soal kehidupan yang diorang kena belajar.  As parents, support je anak-anak.

Berbalik kepada isu atas tu tadi.. Kak Pilla sokong je kalau rasa perlu diraikan kejayaan anak-anak yang straight A's ni.. Tak salah pun.. Cuma kalau boleh, janganlah raikan dihadapan anak-anak yang sedang kecewa.  Buatlah di hari lain.. Kumpulkan mereka setelah result semua dah dapat ditangan anak-anak semua.. Biar semua dah balik, then berkumpul dan bergambar lah.. Tak salah kan?

Zaman Kak Pilla dulu, amik result sendiri je kot.. Tak pernah ada mak bapak datang ke sekolah pun.. Dari UPSR sampai ke SPM haku gi sendiri je amik result hahahhahaha... Kewl gila parents dulu-dulu, ahkak suka!!!!! 

Lagi satu nak share, Kak Pilla berkaca mata bila baca penulisan kat bawah ni.. So ni Kak Pilla share, bagus betul penulisan dia... sebak hati keibuan ku..


Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan,
"Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."

Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.
Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.
"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."
Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.
"Abang, dah gerak dari ofis belum?"

"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.

Ya, saya gugup.

Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.

Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.
Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.
Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.
Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.

Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya. 

Tetapi dia. Bagaimana dia?

Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.

Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.

"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.

Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.

"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.

"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.

"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.

Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.
Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.
Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.

>>>

Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.

Ammar Kamilin
Tidak kuat melihat anak-anak berduka.




Love,
Filla.

CARA HIDUP SIHAT DENGAN MARIGOLD PEEL FRESH

$
0
0
Baru-baru ni Kak Pilla rasa bertuah sangat dapat join MARIGOLD PEEL FRESH Daily Fruit Goodness roadshow.  Roadshow kali ni dianjurkan di Angsana Johor Bahru Mall.



Duta MARIGOLD PEEL FRESH, Lisa Surihani sedang bagi penerangan dan cerita tentang experience Lisa dan family tentang Jus Buah-buahan Pasteur No.1 di Malaysia ni.. Jangan memain yer, Kak Pilla memang pasang telinga dengar betul-betul sebab Kak Pilla dah lama mencari jus yang terbaik tanpa gula tambahan di dalam minuman.

Untuk pengetahuan korang, Kak Pilla terus terang, rumah Kak Pilla memang jarang ada buah-buahan segar... Hahhahaha dasar pemalas sangat.. Kalau rajin belilah pisang. hahahhaha.. itu je.. So macamana nak dapatkan khasiat dari buah-buahan kalau jarang beli buah?  Itu yang Kak Pilla jadi excited sangat bila dapat tahu MARIGOLD PEEL FRESH mempunyai 9 regular flavours of Pasteurized Fruit Juice.

9 Perasa tu ialah Orange, Apple, Tropical Mango, Guava, Pink Guava, Mixed Carrot Fruits, Mixed Apple Aloe Vera, Mixed White Grape Aloe Vera and Mixed Blackcurrant Cranberry.  Kesemua juices ini mengandungi Vitamins A,C,E and antioxidants.

Now Kak Pilla tengah cuba untuk consume healthy food and drinks dalam diet harian.  Alhamdulilah dah turun dalam 2kg hahaha.. Tapi sebenarnya lebih kepada nak kekalkan healthy lifestyle jugak.  Kak Pilla cuba untuk kurangkan minuman bergula, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbo dan boleh memudaratkan kesihatan.  

Masa attend Roadshow Kebaikan Buah-buahan ni barulah Kak Pilla tau yang at least kita kena makan buah-buahan at least 2 kali sehari.  Gulp memang tak buat semua tu selama ni.

Bila Kak Pilla dapat tahu MARIGOLD PEEL FRESH juices ni ada keluarkan No Sugar Added range with 6 flavours ni.. Terus melonjak gembira.. Kak Pilla teringin tau nak minum buah-buahan, tapi MALAS gila nak beli buah dan nak blend bagai.. Takde masa ok.. Nak kena keluar gi beli buah lagi.. So senang je sekarang ni.. beli je range yang No Sugar Added by MARIGOLD PEEL FRESH.  Ada perisa Orange, Apple, Mixed Powerberries, Mixed Powerveggies & Fruit, Mixed Fruit & Mangosteen,  and Mixed Kale and Veggie.


with Blogger friends.


with Kathyjem

Ok penat sembang jom tengok dulu apa Kak Pilla buat kat Roadshow ni..

Ada pelbagai games disediakan sepanjang roadshow nie..

 Kita kena timbang supaya sama berat dan balance.  Fuh senang sangat ni hahaha

 Oren bergolek nama the next game nie.. Tapi Kak Pilla kalah teruk.

 Lima kali pukul pon langsung tak masuk dalam lubang tu.. Haihhhhh.. 

 Ok game ni senang.. Just cari 3 buah kat dalam ni.. 

 Hahah senang yeh? Main tipu ni, staff tu tolong Kak Pilla hahahaha

Ok dah penat bermain games ada pulak disediakan minuman..

 Ok nampak tak yang Kak Pilla sambut dari tangan staff tu?  Ni keluaran terbaru MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Mixed Kale & Veggie.  Apaaaaa??? Sayuran dan Buah-buahan with No Added Sugar?? Terbaik untuk orang-orang yang mementingkan cara pemakanan yang healthy.  Kat rumah Kak Pilla majoriti tak makan sayur.. Penat tau ajar semua makan sayur tetap memilih ada certain sayur je diorang makan.  Bagus ada flavour MARIGOLD PEEL FRESH No Sugar Added Kale & Veggie ni untuk orang yang tak makan sayur dan buah sebab ia diperbuat daripada 17 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran! ;)

Boleh ke nak telan ni?  I'm surprised that rasa dia sedap dan langsung takde rasa sayur ke or rasa yang pelik-pelik.. dan kalau korang minum ada rasa manis sikit tu, itu rasa manis asli dari buah-buahan tu sendiri.. Sebab tu jangka hayat / expiry date setelah kita buka minuman ni agak pendek.  Once open kalau tak habis kena terus refrigerated kan dia.. Letak kat luar lelama di khuatiri akan rosak..

Siapa ada ahli keluarga yang tak makan sayur dan takde masa nak beli buah now we have solution hahahahhahaha.. Hidang je MARIGOLD PEEL FRESH ni hah.. At least 2 servings a day pun dah cukup bagus untuk dapatkan khasiat tu.  Now Mixed Kale & Veggie ni favourite Kak Pilla sebab ianya dari sayuran dan buah-buahan asli ;)

 Bestnya kalau kat rumah ada fridge khas untuk Fruit Juice Kak Pilla muhahahhaha.. Mulai sekarang Kak Pilla dah jadikan rutin, sehari Kak Pilla akan bawak 1 kotak kecil Peel Fresh with no added sugar tu.. Jangan kutuk i tak makan buah lagi lepas ni ok??? I take fruit everyday okkkkk..

Now Kak Pilla akan bawa bekal sehari sekotak Mixed Kale & Veggie.  My current favourite drink :)

 Thanks to MARIGOLD PEEL FRESH and thanks to Lisa Surihani juga sebab bagi detail explanation tentang kebaikan MARIGOLD PEEL FRESH dan kepentingan mengambil buah-buahan setiap hari.

Now takde alasan tak makan buah dan sayur tau.. for more infos jom click fb.com/ilovepeelfresh.my




Love,
Filla.

HOKKAIDO TRIP - DAY 1

$
0
0
Assalamualaikum..

Dah ready ke untuk entry day 1 Kak Pilla ke Hokkaido hehehe.. Kemain laju update blog kan? Bukan apa, dah tua-tua ni mudah lupa sikit so kena up awal-awal sementara otak tengah ingat lagi ni hehe..

Kak Pilla ke Hokkaido 13 Dec haritu flight Japan Airline ke Narita pukul 10:50 malam macam tu.  Bagus jugak amik flight time-time macam tu sebab boleh tido dalam flight ;)

Macam biasa ada declaration form yang korang kena fill in dalam flight tu nanti.. So isi semua lengkap-lengkap baru sambung tido yer.. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam.. Landed kat Narita International Airport Terminal 2. Lepas tu terus proceed ke Terminal 3 sebab transit untuk ke next destination ke New Chitose Airport, Hokkaido.  Transit dalam 2jam setengah untuk catch next flight pulak.  Oh disebabkan tukar airline, kenalah collect luggage dulu yer..

Naik bas je ke Terminal 3.

Dalam flight Japan Airline tu dalam toilet ada toothbrush, so mari amik dan sementara tunggu next flight silalah gosok gigi bagi harum dan fresh sikit hehehhe..

Kalau korang tanya nak pakai baju winter bagai tu dari mana? Kak Pilla terus je pakai kasut sesuai untuk winter tu dari KLIA hahaha.. Sebab tak kuasa nak bawak banyak kasut.  Pastu bawak bag galas dalam tu sumbat socks tebal, thermal, winter coat/jacket dan gloves.. 

Dari Narita Airport Kak Pilla naik Jetstar (Domestic Flight) untuk ke New Chitose Airport.  Tengok bawah huwaaaa dah nampak semua putih-putih je dilitupi snow.. Tak sabar nak explore ;)

LeTAO ni apa? Ni lah yang popular kat Hokkaido ada banyak outlet dia termasuk kat New Chitose airport ni..

Dapatlah merasa tester dia kat sini.. Fuhhh halus gila cheesecake dia.. lemak lazat berkrim.. pejam mata kalau makan.. Tapi tak leh nak beli sebab leh tahan pun up to 6 hours.  Ingat nak bawak balik Malaysia hehehe..

Dalam New Chitose Airport ni ada satu Halal Restaurant.. Kalau korang ke sini bolehlah makan dulu siap-siap kat sini ;)

Tu ada Halal sign.  Dalam tu ada menu halal, nanti Kak Pilla cerita sebab malam last kat Hokkaido Kak Pilla dinner kat sini..
Paling best sebab dalam New Chitose Airport ni ada tempat sesuai untuk kids.. Besar pulak tu i likeeee!!  Ada doraemon and Hello Kitty semua tu.. Siap ada Smile Road.. 

Smile Road ni kalau korang lalu akan senyum je hahahah

Pergh nasib tak bawak anak.. Berlambak jual macam-macam dalam ni hahaha.. Kang baru day 1 dah pokai acaner?

Kedai dia siap open concept leh tengok diorang proses chocolate.

See? Boleh tour dalam building ni.. Teringat kat Aleesya sebab dia paling suka Hello Kitty..

Gempak ni..



Eh ada orang naik flight Hello Kitty airline :)


Ishhhhh siap restaurant dia deco macam ni.. Melonjak lah anak korang kalau masuk sini hahaha


Ice cream doraemon pon ado..


Gila tak pitam budak-budak kat dalam ni? Sediakan je poket korang tebal-tebal sikit hahahaha

Sebab orang Jepun comel-comel, Kak Pilla kenalah tiru aksi diorang hehehe

Ok pastu Kak Pilla masuk dalam Doraemon Park.. Dalam tu semua tentang Doraemon dan suku-sakat dia Nobita, Sizuka, Giant semua tu.. Hoih zaman bebudak dulu, arwah adik Kak Pilla memang collect buku doraemon ni berlambak-lambak.. Best gila kot tumpang baca ;)

Hellooooo? 

Eh Giant ni... jahat ni dia ni suka buli Nobita.

 Eh ni Giant mana pulak ni?  I takut tau.. 

Ish rasa nak tumpang baring tapi tak leh masuk pulak kawasan ni.

Doraemon dan kawan-kawan

Ya Allah comel betul i masa ni muahahahahhaa..

Eleh tak yah nak tekejut sangat, tumpang naik tangga je kot

So kalau korang wish nak bawak anak-anak travel ke Hokkaido ni, turun kat New Chitose Airport dan bawak masuk dalam Doraemon Park ni.. Tu harga RM ikut currency time Kak Pilla pegi ni untuk masuk dalam Doraemon Park.

Adults : 800yen (RM29)
Age 13-18 : 500yen (RM18)
Age 3-12 : 400yen (RM15)

Settle bersuka-ria kat dalam airport jomlah kita bergerak for lunch.
Left is Mr. Wataru yang hensem dan yang kanan tu Mr. Kazu yang banyak membantu sepanjang trip ni.. 

Kani Goten Restaurant at Shiraoi

Fuh sepanjang trip Hokkaido ni food semua tak mengecewakan.. Tekak Kak Pilla kan tahap-tahap international hahaha sumbat apa pun i ok jer.. So basically makanan kat sini of course hari-hari makan Japanese food.. Semuanya rebus or grill dengan miso soup macam tu.. pastu complete dengan seafood and vege.. Memang sebulan duduk sini confirm jelita dan kurus sebab takde oil dan spicy food pon.. 

Perghhh dahlah kat luar tu sejuk.. Masuk dalam restaurant ni rasa warm je.. Pastu mengadap laut pulak sambil makan.. Eh rinduuuuuuuu Hokkaido huwaaaa..

Semuanya fresh dan lazat.. segala scallop tu jangan cakaplah, hari-hari kot makan hahahha

Nasik pulak sorang semangkuk.. siap ada tauhu, mushroom dan segala-gala nikmat seafood ada kat sini.. 

Kenyang perot senang hati, jom Kak Pilla bawak you all ke Ainu Village kat Shiraoi.

Pergh semakin berseni gambar Kak Pilla lately ni hahahhaha

Pergi musim winter ni memang seronok bagi yang tahan sejuk, kalau tak tahan tu kena pakai tebal lagi kot.. Kalau korang perasan Kak Pilla jarang pakai glove sebab leceh nak snap gambar je nak bukak glove.. walaupun beli glove yang konon boleh touch screen phone tu sila jangan percaya sangat hahaha.. 

Zizan pon dah sampai kat sini... Terlalu cantik, tenang dan bersih perkampungan Ainu ni.. 

with Namee-San... Actually kitorang pergi berempat, sekali dengan Ujang and Jocko.. Nasib kepala semua best dan gila sporting.. so trip ni jadi lebih fun dan best ;)

Korang tak tau al-kisah Kak Pilla asyik jatuh je.. Licin lagi-lagi bila snow dah jadi keras macam ketulan ais tu.. Posing kemain lagi kan.. sebelum tu dah jatuh terduduk macam nangka busuk dah pun kat sini hahahahhaha.. So pastikan boots korang sesuai untuk snow.. Kalau tak sesuai jangan risau, boleh beli tapak getah kat kasut tu.. nanti Kak Pilla tunjuk kat entry yang ke10 hahaha gurauuuu..

Dalam Ainu Village ni ada bear besar gebu betul dapat pelok sedap ni..

Kat sini actually ada lake yang terbentang luas.. dan lake ni kalau musim winter akan bertukar menjadi ais.. Boleh je kalau nak jalan atas ais tu, tapi sis takut sebab sis kan berat.. kang retak dan tenggelam acaner? hahahahha

Dah puas merayap kat luar jomlah kita masuk dalam ni ada show..

Ainu tu bermaksud human.  Ainu ni salah satu perkampungan terbesar di Hokkaido yang ada culture mereka sendiri, ada language sendiri.  Disebabkan perkampungan ni salah satu perkampungan terbesar di Hokkaido, beribu-ribu masyarakat dari kaum Ainu ni masih tinggal di Hokkaido dan area-area lain.. 

Masa show ni diorang buat persembahan Ainu Folk Dance.  Culture diorang still sangat kuat dan kita boleh tengok dari persembahan tarian dan nyanyian.. Ada dance for sending bear's spirits back to heaven, ada yang guna musical instrument mukkuri (mouth harp) ada juga lagu untuk dodoikan anak.. 


Ok yang ni instrument guna mulut dan merdu je musik yang keluar tu..

Ni pula ibu menyanyi sambil mendodoikan anak.. so sweet..

Tarian ni best.. Diorang keliling unggun api.. Kitorang berpeluang menari sekali dengan diorang hehehe.. boleh tengok video 1 minit Kak Pilla menari jugak kat ig fillanie.

Silap ni.. patut kena pakai macam diorang ni baru i bertambah jelita hahaha


Ainu Museum
Next kita nak ke museum bersebelahan pondok-pondok tadi.  


Peralatan yang digunakan masyarakat Ainu.


Aktiviti kesenian

Pakaian masyaratakat Ainu

Wow amik gambar dengan bear :)

Ok perjalanan diteruskan untuk check in ke Hotel dan terus makan malam.
The Lake view Toya Nonokaze Resort

welcome drinks, katanya air ni dari buah yang popular kat Hokkaido.

Perghhhh meh Kak Pilla bawak korang tour dalam bilik hotel ni.. 
Kak Pilla tidur sorang je kat bilik nie.. Perghhh terus duduk kat sofa sambil silang kaki hahahah.. Dekat langsir sana tu balcony.. tapi bukan balcony tingkat atas.. so balcony dia terus ke rumput yang dipenuhi snow dan depan sikit lagi ada laut terbentang luas :)

Luas giler kot room ni.. memang puas hati sangat.. 

Datang sini takyah bawak baju tidur.. hair cream, face wash, body wash segala complete perghh.

Bidet toilet asing bilik lain..

Tempat shower also so canggih.


Shiseido semuanya..

Baju tido pon ada..



Settle, jom kita gi dinner pulak.
Kat The Lake view Toya Nonokaze Resort nie memang gempak food dia.. Ko nak apa? Semua pun ada don't worry.. Muslim senang ke nak makan? Of course lah senang.. sebab segala salmon, scallops, sotong kurita semua pon ada hahahaha... 

Salad

Seafood soup

Fuhhhhh boleh makan raw atau dia celup skit dengan air panas.. Kak Pilla nak makan raw, i kan orang Jepun.. tapi Jepun tu tengok muka Kak Pilla terus dia amik and celup dalam air panas.. Whyyyyy??? tak percaya yeh i boleh telan? hahahha

Hotel ni dia sediakan tray petak macam ni.. So boleh letak macam tu.. So comel, i tak leh tahan hahaha.. 

Got prawn tempura also.. Teringat kat laki ai...

Dah konyang jom kita jalan kat luar hotel pulak.. Luar hotel ni ada kedai serbaneka gitu..

Slippery so hati-hati.. 

Jalan-jalan dalam kedai tetiba nampak Hello Kitty ni.. Terus teringat budak kenit tu... Dia bab bergaya nak jadi princess no. 1.. So belikanlah, lagipun kecik senang nak pack bawak balik..

Tak sabar nak sambung cerita part 2.. Nanti Kak Pilla share ye.. Doakan Kak Pilla pantas update blog kali ni heheheh..

Ada apa-apa soalan atau tips ke apa ke boleh share kat komen bawah ni ya :)


Love, 
Filla.

HOKKAIDO TRIP - DAY 2

$
0
0
Assalamualaikum... Kembali bersiaran hehehe.. Kali ni Day 2 ni terus terang Kak Pilla cakap, terpaling best sekali aktiviti harini.. Eh tapi hari lain pon best... Acaner tu?

Gambar pertama haruslah yang feeling-feeling sikit hehehe, kasi chance sikit ler.

 Bangun pagi sebelum check-out dari The Lake View Toya Nonokaze Resort ni kita abadikan lah sekeping dua gambar.. Sayang nak tinggalkan tempat ni huwaaaaaaa..  Pagi-pagi bangun je lepas bersiap terus keluar ke balcony tengok pulak snow tengah turun manja-manja gitu..

 Ni sapa tak kenal kan? My Namee-sannnnn hahahhaa.. Selalu je pegi event sama-sama so dah biasa dengan Namee ni.. Tapi trip kali ni lagi kenal Namee ni.. comel je glove asyik hilang kahkahkah... tu belum lagi kalau dia duduk bersila punggah bag dia cari barang tak jumpa.. Apa pun Namee comel je and baik hati.

 Ok lah last gambar view dari room Kak Pilla.. Ok bye.

 Breakfast kat tempat yang sama kita dinner semalam.. Tapi bila breakfast ni nampak view dari glass tu perghhhhh lawa namati.


 Gila tak lawa macam ni? Makan duduk kat tepi tu hah tengok snow dan laut.. 

 Pepagi buta dah memacam food ada.. Tapi pagi Kak Pilla makan simple jer..

 Simple kan macam ni? Muahahahhaha.. Nak jugak penuhkan tray tu, rasa tak lawa kalau kosong..

 Siap dengan poyonye sekali hahahahha... Eksyen je tu.. pastu Ujang plak pinjam tray haku nak feeling gak amik gambar.. tampa kang.. hahahahha.. 

 Sayonara hotel nan indah..

Lepas check-out perjalanan diteruskan ke Mt. Usu Ropeway.. Dari hotel tak jauh sangat, lebih kurang 20 minit je.. 

Ok frankly cakap lahhh.. Mt. Usu ni best nak mampos jugak hahahahha.. matilanak semuanya best kau ni Pilla.. Korang tak caya cakap aku, meh tengok gambar..

Korang boleh pegi sini dalam 4 musim.. Tak taulah musim lain lawa ke idok.. Tapi of course winter is the best lah view dia.. Ewah pepandai je kau kan...

 Welcome to Mt. Usu Ropeway.

 Dalam building Mt. Usu Ropeway

 Gambar kat pintu gerbang adalah wajib.

 Tu harga tiket kalau tak silap hahaha.. dah tulisan Jepun, manalah aku tau.. agak-agak jela yer..

Adult : 1,500 yen (RM54)
Kids : 750 yen (RM27)

Currency masa ni lah.. Murah je kan nak masuk sini :)

 Ok adik-adik, now kita naik ropeway dulu untuk sampai ke puncak Mt. Usu.


 Terlalu cantik view dia..

 Ini staff kat sini, from Hong Kong.. Ingatkan orang Jepun.. hehehe

Kalau korang nak tau, Gunung Berapi Usuzan ni dah 4 kali dalam abad ke-20 dia meletus.. Still aktif hingga kini.

Kali pertama - 1910
Kali kedua - 1943
Kali ketiga - 1977
Kali keempat - 2000

Lebih kurang 30 tahun sekali biasanya gunung berapi ni akan meletus dan biasanya ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan.


 Mendaki ke atas ni rasa tergamam sebab pemandangan terlalu indah.. Sejuk jangan cakaplah, tapi kuredah jua.. 

 Kelas kau Jah.

 Orang kampung cengginilah hahahahah

 Dekat 8 kali snap kot ni hahahaha.. Pening Jocko melayan ahkak.. "Lompat tinggi sikit, tinggi lagi"

Eh dia ingat berat aku ni 43kg?? hahahahah.. Akhirnya berjaya lah nampak macam tinggi je loncatan ahkak padahalllll hehehehe..

 Berapa kali nak tergelincir kat sini.. hehehe.. cantik kan tengok laut kat sana..


 Kat bawah sana tu lah tempat meletusnya gunung berapi..


 Dah macam hantu pocong kenapa nie hahaha

 Merenung masa depan ke sis?

 Ok ni gempak walaupun loncatan sampai takat tu je.. mencikkk tauu.


 wow macam terlebih pakai blusher jer ni hehehe


  Kalau korang singgah sini leh cuba main gelongsor ni.. Fun gila hahahahah.. Tergolek-golek kitorang jatuh kat bawah tu..

 Gaya kena ada... Jatuh ke tak belakang kira hehe

 Mencapai bintang nama album baru tak lama lagi nak release, nantikan.

 Bersama orang kuat Mt. Usu, lupo lak aih nama heheehe..

 Jangan lupa pesanan Kak Pilla ye.. Kalau ke Hokkaido make sure singgah sini.. snap gambar banyak-banyak tau.. 

Now jom Kak Pilla bawak you all naik boat pulak ;)
 Toya Lake Boat

 Ni dekat je dengan Hotel The Lake View Toya Nonokaze Resort tu.. belakang dia je.. sebab ni kan Lake Toya..


Adult : 1420 yen (RM51)
Kids : 710 yen (RM26)

Beratur di dalam kesejukan..

 Dalam boat tu bertingkat-tingkat.. Nak keluar ni naik ke tingkat paling atas pastu hergggghhhh sejuk gilers.. Snap lebih kurang lari turun bawah.. tak tahan sebab windy..

 Sambil boat tu round korang boleh tengok keindahan kawasan Lake Toya nie.. 

 Dalam boat ada jugak jual souvenirs.

Snacks and drinks pon ada jual kat sini..

 Yeayyy ini yang Kak Pilla nanti-nantikan.. Lunch at "Mingei Goten" yang terkenal dengan Scallop dia.. Jangan risau sebab restaurant ni serve Scallop Meal yang Muslim friendly.

 Boleh tahan ramai orang makan kat sini..

 Pemandangan pun cantik je..

 Tu diaaaaaa.. Siap ada cold noodle eh ye ke nama dia? hahaha.. Pastu ada fresh scallops yang kita grill sendiri.. 

 Ada demo macamana nak cungkil isi dia keluar.. 

Dahlah kat luar tu sejuk, perot lapar.. dapat pulak makan sup panas-panas mcm ni memang heaven.. 

Habis je lunch kitorang bergerak ke Rusutsu Resort pulak.. Agak jauh sikit perjalanan dalam 45 minit.

 Rusutsu Resort

 Sampai je terus di bawa ke Prayer Room.. Besar gila hotel ni korang mungkin akan tersesat hahaha.. Kitorang pon kena refer map sebab besar nau hotel ni..

 Then kita melawat tempat training budak-budak sebelum nak main ski.. 

Untunglah ada training dulu hahaha.. 

 Eish cute je peluk dua orang tu..

 Ala-ala food court pon ada selain lebih kurang 10 restaurants dalam hotel nie..

 Kitorang ni dah tak sabar nak main ski sebenarnya.. Tapi katanya kitorang kena pegi Ski Snowmobile dulu.. Baiklah, sis ok je.. banyak aktiviti kita nak join ni hhehehehe..

 Fuyooo merasa pakai baju and boots salomon ni..

 Dah siap pakai seluar, jacket Salomon tu jom kita naik monorail pulak pergi tempat Snowmobile.

 Sepanjang jalan tu menikmati keindahan alam.. Subhanallah terlalu indah..

Bagus betul baju ngan seluar ni.. kalis sejuk.. Eh tapi kalis-kalis pon menggigil-gigil jugak..


 Pilih size boots dulu.. Lepas pakai boots tukar gloves yang dia bagi pulak.. setakat gloves biasa tu boleh kejung keras tangan kesejukan.

 Fuyoooo first time in my life gittew... 

 Sebab first time, gambar kena up dua.. satu senget sikit, kena up jugak.. ingat senang nak dapat? hahahahah

 Lepas dengar briefing, kita dah nak start dah.. 

Hoiiiii sejuk gila lahhhh!!!! Phone bila terlalu sejuk memang akan buat hal.. Terus jammed phone aku cisssss!! camera pon jam.. aduhhh sayang nye tak dpt amik gambar lebih.. orang lain pun sama.. habis phone jammed hehehe.. Tapi masa ride tu Kak Pilla sempat seluk poket keluarkan phone amik video 15 saat.. Sambil ride yerrrr.. 

Pastu tengok depan Namee dah hilang hahahahah.. Pucat kejap sebab depan tu ada dua jalan kiri or kanan.. terstop kejap.. orang lain berderet belakang tunggu mana lah si Pilla nak pegi.. tulah sibuk lagi amik video hahahhaha.. Nasib jalan ku pilih tu betul kalau tak, semua sekali sesat hahaha..

Dahlah perjalanan dia agak scary sebab cuaca macam dah nak senja.. Pastu sunyi sepi semak-semak putih je semua.. terus terbayang kalau sesat sorang-sorang kat sini orang tak jumpa aku.. memang sadakallah lah kau Pilla.  Sayonara.

Habis je aktiviti Snowmobile, rupanya ada lagi satu aktiviti!! Yeayyy kali ni aktiviti snow rafting pulak.. Tak taulah betul ke tak nama dia cenggitu.. 

 Ni jelah gambar yang kitorang ada sebelum battery semua mampos sebab sejuk hahahhaha..  Guide tu tanya nak yang slow ke nak yang ganas.. Eh apa kelassssss slow-slow romantik.. Kita nak yang lasak-lasak laaaaaaa!!!

Hambek kauuuuuuuuu!! Ujang tu yang duduk belakang Kak Pilla tu.. Penuh dengan snow macam kena kambus kahkahkah... Menjerit-jerit aku dengan Namee dalam tu nasib tak tercampak kat gaung hahahaha.. sampai last sekali paling ganas dia libas kitorang, tali tersangkut kat pokok, boat kitorang jatuh ke lereng.. Guide tu tak leh tarik hahahah.. Dia suruh semua turun panjat ke atas... 

Eh nak panjat cemana??? Dahlah sejukkk.. pastu pijak je snow tenggelam sampai lutut.. Huwaaaa matilah ahkak di Rusutsu Resort ni.. Jadi semua tergelak-gelak tak nak lah panik kann.. Dah main tolak-tolak ke atas and bertarik-tarik nak sampai ke atas.. Teamwork sangat katanyeeeeeee hahaha..

Kenangan terindah sangat kat Rusutsu Resort ni... 

 Lepas tu tangan aku nak tercabut dah sebab masa main snow rafting tu tarik tali tu bertahan takut tercapak kannn.. Ingat boleh rehat, rupanya ada lagi satu aktiviti Ski.. Hambekkkkk nak sangat kannn.. Yang Ujang kemain takut kalau tak jadi main ski..

"Tolonglah nak bergambar dengan batang ski tu kak.. Dapat pegang sambil eksyen amik gambar pun jadilah" Ish ish ishhhh Ujang Ujangggggg.. hahhahaha

Akhirnya impian dia tercapai bila kena pegi main ski jugak.. Rupanya sampai malam boleh main ski kat sini.. 

 Lutut ahkak dah gigit penat ni.. tangan dah lenguh.. kena pulak pakai kasut ski tu.. Korang yang tak pernah try, sila pikir 80kali hahahha.. berat nak mampos kasut ski ni rupanya.. Dia grip macam roller blade tu.. Dah jalan pulak macam robot.. Adoiiii susah lah ongkampung sorang ni.. 

Dressing kemain lagi kau Pilla hahahhaa..

 Dah alang-alang nak poyo mari kita poyo habis-habisan.. Macam budak hip-hop perghhh hahaha

 See?? I told yaaaaa... Gempak gila sis main ski muahahahhaha.. Tapi agents kitorang 3 orang tu sangat baik dan sangat helpful.. Sejuk gila ya kat luar ni.. Tapi diorang kelam kabut pegang kitorang takut jatuh.. Jatuh?? Jangan cakap lah.. semua merasa bergolek hahaha.. Jocko 3 kali kot.. Ujang jgn cakap lahhh.. Namee tersasar kemana tah hahahah tetiba menurun je eiii takuttttt.. 

 Pilla-san.

 Ok ni jatuh kahkahkah... Bila dah menurun aku dah panik eh apa laju je ni mampos depan tu ada pondok kayu mau aku melekat kat pondok tu.. So solutionnye jatuhkan diri hahahaahah.. Masami agent Kak Pilla tu cakap "I told u to stop like this hahahah" Ewahhh dia siap tunjuk kaki bentuk V terbalik tu.. Ko ingat kalau dah laju je turun bukit ko sempat nak hurup V bagai? hahahhahaha

 Ok enough.. I'm tired already.. Kalau main lebih lagi ni mau aku libas kepala orang dengan batang kayu tu..

 Yesss ini i suka.. Dinner time kat Hotel Sekkatei Restaurant nama dia and pilih Halal Meal.

 Memula ingat ni je makanan yang ada, boleh mendatangkan amarah ni.. I lapaaaaaaaaa okayyyyy!!!! Rupanya ni appetizer sahaja.. 

 Nah sila habiskan..

 Semua pun sedap.. Okay badan dah letih.. ni kalau dapat berendam air panas kat bath tub perghhh best ni..

 Bilik kat Rusutsu Resort pon thorbaekkkk... Panjang dan luas.. Tido sorang pulak tu.. syorga rasanya..



 Yessss.. sementara gosok gigi, kita tadah air dulu jap gi terjun tiruk je..


 Toilet pon asing macam ni.. tersangatlah best dan comfortable..

Kak Pilla memang suka teratur je.. Penat cemana pun mesti mandi.. Kemas baju.. keluarkan apa nak pakai esok.. mana yang dah tak pakai terus lipat elok-elok masuk bag.. So esok pagi senang kerja.. tinggal masukkan barang sikit-sikit je..

Bangun pagi selak curtain dan tengok nie depan mata.  Sayangnya nak tinggalkan Rusutsu Resort ni.. Huwaaaaaaaaaaaaaa ntah bila akan sampai lagi :(

End of Day 2.

Nak entry Day 3 tak korang?



Love, 
Filla.

HOKKAIDO TRIP - DAY 3

$
0
0
Assalamualaikum :)

Perjalanan diteruskan lagi... Bangun pagi bersiap untuk check-out from Rusutsu Resort.. Sayang nak tinggalkan tempat ni sebab pemandangan terlalu cantik.. Tapi apakan daya ada banyak lagi tempat menarik yang menanti.. 

Bangun pagi haruslah ceria.  

Macam biasa kita breakfast dulu ya.. Ni breakfast kat Restaurant yang sama kita dinner semalam tu..
Tapi disebabkan sebelum breakfast, kitorang dah gasak snap gambar dan amik video, so breakfast jadi kelam kabut sebab coach nak gerak dah kejap lagi..

Ya hamponnnn banyak gila makanan dia..

Set meal ni pulak sorang satu.. Pitammm hahaha.. Ingatkan tu je... sekali dia hantar pulak telur..

Huwaaa ni sapa nak makan.. Terlalu dimanjakan dengan makanan hehehehe.. Takpe sebab perjalanan dari Rusutsu Resort nak menuju ke Otaru memakan masa lebih kurang hampir 2 jam.  Biar perut kenyang dulu :)

Tapi kitorang singgah dulu kat satu tempat ni.. 

Nama tempat ni Kimobetsu.. Kalau kat Malaysia ni lebih kurang macam R&R lah hahahah.. Perhentian ni ada souvenirs shop, toilet dan tempat ni paling terkenal dengan Ageimo iaitu cekodok kentang... Garing di luar dan lembut di dalam.  

Tempat ni pulak memutih dengan salji.. Apa lagi semua turun berkejaran kat sini hehehe

Kesian camera sejuk sangat tetiba keluar pink plak bawah gambar..


Dah sudah bergambar jom naik balik bas sambil nak rasa Ageimo ni.

Tengah sejuk tu dapat plak makan benda ni panas-panas..

Sedappppp patutlah terkenal Ageimo ni kat sana.. Luar tu garing dalam tu lemak dan lembut potato dia.. Mengah kekenyangan asyik makan je huhu..

Memula dalam hati tertanya juga, best nauuu ke Otaru Canal ni... Takpelah jalan je nanti kita tengok best ke tak..

Sebelum tu meh Kak Pilla cerita sejarah bandar Otaru, Hokkaido ni.  Bandar Otaru merupakan sebuah kawasan yang bergunung, berbukit dan berdekatan dengan laut dan dibentuk daripada budaya dan sejarahnya sebagai tapak pembangunan Hokkaido dan merupakan bandar pelabuhan yang mempunyai pelbagai keunikan.  Bandar ini mengalami empat musim dan kekayaan alam semulajadi di Otaru membolehkan pengunjung di bandar ini mendaki gunung pada musim bunga, mandi di pantai pada musim panas, menikmati pemandangan indah di musim luruh dan bermain ski di musim sejuk.. Bandar Otaru dikunjungi 7 juta pengunjung setiap tahun.

Salah sorang pengunjung dia dah tentulah ahkak heheheh.. 

Otaru ni sebenarnya banyak lagi sejarah dia.. Bandar Otaru ni antara yang paling terkenal di Hokkaido sebab sejarahnya yang menarik.. Nama "Otaru" berasal dari nama dahulunya "Otarunai" iaitu sungai di dalam pasir.. Otaru adalah penyumbang terbesar dalam ekonomi di Hokkaido dengan aktiviti pemancingan ikan hering suatu masa dahulu.  Selepas tu dah makin maju banyak bank-bank ditubuhkan di sini diikuti syarikat-syarikat perdagangan dan pasaran bijirin Otaru menjadi kuat dan memberi kesan kepada harga pasaran di London.

Pelabuhan Otaru pula memainkan peranan yang besar dalam pembangunannya sebagai pelabuhan penghantaran arang batu.  Pelabuhan Otaru juga popular sebagai tempat persinggahan kapal persiaran mewah kerana Otaru terkenal sebagai pusat pelancongan terkemuka di Hokkaido.  

So siapa ke Hokkaido wajib singgah di bandar Otaru :)
\
Pemandangan indah musim salji di Otaru Canal

Kagum tengok pemandangan kat sini..

Bersama orang kuat Otaru city.

Boleh dapatkan info tentang bandar Otaru kat sini jugak..

Kat sini mudah tergelincir hehehe hati-hati yeeee... 

Tapi jangan risau, korang boleh beli tapak getah ni kat semua mini-mart kat sana ada jual ni.. Harga dalam 1000 yen (RM36) tersangat membantu dari jatuh tergelincir atau tersembam hahahahaha.. 



Cantik bandar Otaru ni tak sabar nak explore..

Sepanjang jalan kat sini Kak Pilla rasa macam di alam lain hahaha.. bukan alam yang tu yer.. alam fantasi gitu.. putihhhh cantik dan bersih..

Tapi tulah clients ajak makan dulu, lepas makan baru boleh explore Otaru City.. So jom ikut Kak Pilla gi makan dulu yer..

Kali ni lunch kat Aotsuka Dining nama Restaurant ni. 

Ok lunch kat sini Kak Pilla suka sebab dia macam area perkampungan nelayan dan restaurant ni mengadap laut.  

Meh nak kenalkan ni uncle Kak Pilla hahahahha.. Kat sini diorang akan bakar seafood fresh-fresh macam ni.. Ikan ni sangat terkenal kat sini, nama dia ikan hering.

Besar pinggan dah scallops dia tu..

Siput laut pon ada..

Bilik khas for lunch.. Memang best rasa macam makan kat rumah.. 

Sorang satu set macam tu.. Ikan tu rasa dia macam ikan terubuk.. jenis banyak tulang.. ke memang terubuk sebenarnya??? hahahhaah

Kak Pilla memang kagum dengan makanan Jepun macam ni.. Presentation dia meletop.. Semua fresh dan yang penting healthy food sangat.. Takde minyak, takde pedas.. semuanya jenis rebus, stim dan panggang.  

Settle makanan kitorang bergambar kenangan di kawasan restoran.

wowww ko ingat ko new kids on the block? hehehehe


Masami san salah seorang client kita sepanjang Hokkaido trip ni..  Sangat perfect kerja dia menjaga kitorang dan memastikan semuanya teratur mengikut masa dan plan.  Kak Pilla terlalu kagum dengan cara orang Jepun menepati masa.  Kalau korang join trip ke Jepun sila punctual sebab orang Jepun sangat baik, tapi diorang sangat particular tentang masa.. Kalau terlambat 1 minit pun bagi diorang adalah satu kesalahan yang kita kena minta maaf berkali-kali kepada orang yang menunggu.

Thank you Masami San selalu tolong kitorang kat sana.. Dia lah orang yang akan berlari-lari ke sana sini.. Make sure restaurant semua dah readykan makanan kitorang.. Arrangement dia sangat tip top.. Main ski dia yang peluk kitorang takut kita jatuh.. dalam kesejukan dia akan cabut gloves dan gigil-gigil bantu kitorang.. I miss u Masami.

Musim salji pakailah boots yang sesuai takut boots basah.. Tapi Kak Pilla hentam je hahahah.. cuma boots ni tapak licin.. now dah ada tapak getah tu baru confident sikit berjalan ;)

Masjid Al Noor, Hokkaido, Otaru-Shi, Inaho 5-4-27

Berjalanlah merata dunia sekali pun, solat jangan dilupa. Selepas lunch kitorang dibawa ke Masjid Al Noor untuk bersolat.

Ruangan solat yang bersih dan selesa.

Boleh lah bersedekah juga ya..

Untuk maklumat lanjut tentang masjid Al-Noor sila click SINI

Selesai solat, kita akan patah balik ke Otaru City untuk berjalan-jalan kat situ.. Yeayyyy!!

Kitorang ada masa lebih kurang 1 jam untuk explore jalan di sepanjang Otaru Canal tu.. Ada banyak kedai-kedai kat situ termasuk ice cream, makanan dan lain-lain..

Terlalu sejuk dan macam biasa, phone terus battery habis dan camera pon berkabus-kabus dan hampir habis batt jugak.. Huwaaaa ini jelah gambar yang sempat Kak Pilla snap.


Banyak outlet LeTAO cheesecake ni..

Syok background semua lawa..

Orang beratur nak rasa cheesecake kot ni..

Macamnilah pemandangan sepanjang jalan yang kitorang lalui..




Siapa suka ice cream boleh dapatkan juga kat sini bersepah-sepah kedai jual ice cream.. Kak Pilla mampu pandang je sebab kejung tangan semua sebab sejuk, memang taklah nak telan ice cream dalam kesejukan mcm tu hahahha..

Buah-buahan pun ada jual kat sini..


Sampai kebas-kebas muka berjalan dalam kesejukan tu.. 

Tetiba jumpa nie.. Yesssss!!! Jom duduk jap dalam ni panaskan badan.. benda tu alat untuk memanaskan badan.. boleh lah korang berdiri or duduk berhampiran benda tu memang lega sangat..

Gitu hahahahaha.. Feeling dulu sebelum meneruskan aktiviti lain..

Selepas 1 jam berjalan di Otaru tu.. jom kita buat Music Box pulak..

Otaru Music Box

Kat Otaru ni, Music Box Museum adalah salah satu tempat paling popular untuk dilawati.. Korang berpeluang untuk create Music Box korang sendiri ;)

Boleh pilih untuk hiasan music box korang.

Ni lagu untuk korang pilih.. boleh pusing dan dengar dulu lagu mana yang korang nak..

Nampak tu memacam tajuk lagu ada.. 

Ni pon antara music box design lain.. Pon banyak gila lagu.. Terus Kak Pilla confuse mana satu haku nak niiii..

Accesories music box

Contoh Music Box yang dah siap..


Kalau bawak anak-anak memang best kat sini.. Mesti diorang excited memilih.. Poket mak lah rabak hahahahhaa..

Jom create Music Box sendiri.. Ada macam-macam jenis.. Kak Pilla pilih yang tapak ada frame.. nanti boleh letak gambar aiiiii main snow hahahaha...

Fuh siap muncung-muncung punyalah beria sangat.. 

Susun dulu accesories korang tu then baru gam kan satu-satu.

Ok siap Kak Pilla punya muahahahha.. Takde tema apa pun.. Tapi Hello Kitty 3 ekor tu mewakili The Kasihs.  Lain-lain tu Kak Pilla pilih sebab terlalu comel hahahahah.. and saja pilih yang pendek-pendek supaya tak menghalang gambar ai nanti hihihi..

Settle je jom kita ke Otaru Music Box Museum

Huuuiiii siapa suka Music Box, lagu-lagu romantik, lagu yang menangkan minda dengan bermacam konsep music box kat sini silalah beli.. Banyak gilaaaaaa design kat sini...


Tapi ni macam bekas telo kat nilai 3 je? muahhahahaha.. kongajo ko Pilla.





Wow Music Box Sushi pon ado..




Terlalu banyak Music Box dalam ni.. Ada dua tingkat tau dalam ni.. Ini sikit je Kak Pilla share dengan you alls.. Kalau nak tengok dan tau lebih lanjut tentang Otaru Music Box Museum sila click SINI.

Selesai sesi lawatan dalam museum ni kami diajak kembali ke Otaru Canal untuk menyaksikan pemandangan Canal ni diwaktu malam.. Oh lain eh siang dgn malam?

Fuhhhh malam lagi terbaik pemandangan dia.. dipenuhi cahaya lampu berwarna biru.. Romantik dan terlalu cantik.. 

Masa tengok pemandangan ni cuaca sejuk sehingga -3c.. Menggeletar jugaklah time nie..

Selesai menikmati keindahan waktu malam di Otaru Canal kami meneruskan perjalanan untuk makan malam pula..

Eh tetiba ayat skema pulak hehehe..

Kita dinner kat Sapporo pulak.. Salah satu bandar yang terkenal di Hokkaido.  Perjalanan ke Sapporo city mengambil masa kira-kira 1 jam dari Otaru.

Makan malam di Kaniya Hontan.

Kani bermaksud Ketam.. So makan malam kali ni menunya ialah ketam.. Makanlah kau ketam sampai lebam hahahha.. 

Tauhu dihiasa isi ketam.. dan jeruk sayuran.. Pepandai je kau jeruk sayuran hahahha..

Isi ketam yang distim bersama wasabe.

King Crab

Sup sayuran bersama ketam.

Cheese bersama isi ketam.. 

Nasiblah Kak Pilla tak allergy kepada seafood.. Tapi sepanjang kat Hokkaido ni ada 2 kali kot jari tangan bengkak sikit.. Nasib tak teruk. Dalam sejam dua dia surut.. Tapi tak pasti allergy seafood atau maybe pergi tempat ramai orang dan pegang sana sini.. 

Perot kenyang gila alhamdulilah.. Now clients semua dah check in hotel.. Kitorang berempat merayap pulak kat Sapporo city ni.. Perghhh best betul kat sini.. Banyak tempat shopping dan ada yang buka 24 hours.


Kasut banyak yang new arrival kat sini dan of courselah murah dari Malaysia..  Kira kalau ko pakai, ko orang first lah pakai kat Malaysia hahahah..

Lorong shopping kat Sapporo ni sepanjang-panjang ok.. Semput jugak nak menghabiskan jalan dari hujung sini ke hujung sana..

Used branded handbag pon banyak kat sini.. 

G-Shock antara brand dari Jepun dan OMG murah nak mampos hahahahha... Pak Radie memang penggila jam G-Shock so gigihlah Kak Pilla send gambar kat dia sebab nak hadiahkan seketul upah tolong jaga anak hahahahhaha..

Baby G pun murah gilos hahahahhaah.. Tapi tak belikan sebab ehem ada rezeki InshaAllah Kak Pilla akan turun lagi Japan dengan Pak Radie and The Kasihs lepas ni.. Masa tu boleh beli ;)  Nampak tak betapa I love Japan hahahahah.. 

Squisy pon berlambak.. Sabar ye Kasih.. nanti kita gi carik puas-puas..

Muka keletihan kami tapi sempat makan apa ni yek? ice cream kot hehehe..

Richmond Hotel Sapporo

Hotel ni best sebab tempat dia sangat strategik dengan shopping area kat Sapporo ni.. Terletak sepanjang lorong shopping yang Kak Pilla tunjuk kat gambar atas tu.. 

Bilik tak terlalu luas tapi cukup selesa :)



Selesailah sudah pengembaraan Kak Pilla di Hokkaido untuk hari ke tiga.  

Jangan bosan tau, nanti Kak Pilla update Day 4 dan 5 ya..

Bye..



Love, 
Filla.

HOKKAIDO TRIP - DAY 4

$
0
0
 Al-pitamssss kena habiskan jugak publish entry Hokkaido ni.. 

So korang bertabah jugaklah yer.. Sila setia, kalau tak i tutup blog ni terus muahahhaha main ugut-ugut plak.. Sedih i tau, update blog takde komen hahahahaha.. macam bercakap sorang plak.. Majuk kangggggggg...

Seperti yang semua tahu, trip ke Hokkaido ni kitorang pergi berempat dengan gang blogger lain iaitu 


Kesian timberland kanan tu.. Baru day 2 kot tapak kasut half tercabut kahkahkah.. Sambil jalan kelepek-kelepek tapak kasut dia.. nasib ada makcik nampak and baik hati bagi dia getah suruh ikat bagi tak kelepek-kelepek.  Ko kena ingat jasa Auntie tu Janggggg... 

 Ejaan nama salah tu.. Tapi tak kisahlah janji sis tido dengan lena malam tu.. Eh baru perasan, aku dah tak penakut sekarang ni hahahha.. Tapi macam biasa takkan buka tv.. Sepanjang 5 malam tido hotel lain-lain tak pernah sekali aku bukak tv.. Sebab aku kan penakut.. Kang buatnye on je tv keluar muka hantu mampos lah aku hahahaha.. Time tido selimut tarik sampai half muka.. biar hidung je keluar supaya senang bernapas.. hehehe.. selimut diorang ni pulak semua bangsa tebal-tebal terus tertutup pandangan ke depan.. so amanlah aku tidur.. 

 Macam biasa sebelum bergerak ke mana-mana kita kena amik breakfast dulu.. Ahkak tak leh kalau tak makan pagi.. Kat sini makan roti je dengan kopi.

 Depan hotel bertimbun-timbun dah salji dorang sodok ke tepi menjadi bukit.

Pagi ni kita nak gi melawat pasar jap..

 Nijo Fish Market

 Pasar ni terletak di Sapporo, Hokkaido dan dah beroperasi sejak 100 tahun dahulu semenjak nelayan dari Ishikari Bay mula menjual hasil tangkapan mereka di sini.  Nijo Fish Market juga menjadi popular di kalangan pelancong sebab senang untuk dapatkan scallops dan ketam yang dijual dengan harga yang agak rendah disini.  Penduduk tempatan pun memang akan berkunjung ke sini untuk restock barang harian..

 Dried food pon banyak boleh dibeli kat sini dan senang untuk dibawa balik ke negara masing-masing..


 Eh memang geram tengok ketam besar gedabak kat sini.. Kalau stim ketam tu kita ratah macam tu je fuhhhhhh sedap ni..

 Barang yang dijual kat sini kita boleh tawar menawar..

 See siap boleh masakkan untuk kita lagi..

 Jagung ni pun popular kat Hokkaido ni.. Tapi tak berkesempatan nak cuba sebab 24jam perot penuh dengan makanan je..

 Dia bagi kita rasa ni.. Chocolate Corn kalau tak silap.. Aduii sedap pulak..

 Terus beli 4 bungkus.

Kita beli dengan Auntie ni.. Eh muka dah nak samalah.. mata sepet ni tapi kening tak mungkin sama hahahahahhaa..

 Kat sini pun ada disediakan restaurant jugak.. Kata dalam pasar kannnn.. pilih-pilih terus dia masak ;)

 Masami tunjuk ni makanan dalam tin.. Eh sebelah tu beruang huwaaaaaaa kenapa nak makan beruang.. kesiannn tauuu...

 Ni crackers anak ketam.. Kak Pilla dah rasa, sedap tapi bag tak muat nak beli semua benda so kita rasa jelah hahahah..

 Ok ni ngeri.. Nampak 2 ketul kaler coklat atas tu? tu kepala sotong kurita.. dan macam kepala budak aku tengok.. serammmm..

 Ini telur ikan salmon kalau tak silap.. Kalau silap maapkan saya hahaha

 Buah Apple ni unik sikit cerita dia.. Dijual di Nijo Fish Market ni.. Nampak yang ada tulisan jepun tu.. Kat sana diorang akan tempah apple yang ada tulisan tu sempena wedding sahaja.  Kira special lah.. 

 Ni i dah makan dah haritu.. Amboi eksyen... Dah puas merayap kat fish market jom kita naik TV tower pulak..

Dekat je Sapporo TV Tower ni dengan pasar.. tu ha je belakang Kak Pilla tu.

 Fuh camera Jocko ni hebat betul.. runcing kaki ai hehehehehe.. 

Ketinggian Sapporo TV Tower ni ialah 90.38 meter dan korang boleh tengok keindahan bandar Sapporo dari atas ni.. 

 Wow hebat Pilla dengan jacket bulus hahaha

 Duduk tepi ni pulak.. Gayat jugak sebab pintu tu senget, siap pintu macam tu.. agak-agak kalau boleh bukak lah memang sayonara.

So ni fees untuk naik ke atas..

 Eksyen lagi sekali.

 Perghhh terror Kak Pilla amik gambar..


 Jangan lepaskan peluang untuk engrave nama korang kat coins ni.. Ada bayaran tapi tak hengat plak berapa.. murah je..

 Boleh tulis apa je janji muat..

 Fuyooo bukan senang tu.. Akan kusimpan sebagai kenang-kenangan..

 Hebat sangat ni staff dia bagi kitorang naik ikut pintu rahsia.. Boleh tengok lagi clear dari atas ni sebab open air terus.. Tapi nak naik turun tangga tu macam seram sikit..

Ok dah puas tengok bandar Sapporo from TV Tower jomlah kita ke next location pulak.. Dengarnya kat sini boleh buat cookies sendiri..

 Shiroi Koibito Park Factory

Memula Kak Pilla macam tak berapa pasti apa benda yang ada kat tempat ni.. Memanglah tau kita nak buat cookies kat sini.. Tapi takkan cookies je? Nampak macam hebat tempat ni..

 Masuk je ke dalam ni rupanya dia macam Taman alam fantasi.. Masa ni terus terbayang anak-anak Kak Pilla berlari-lari main snow dalam ni.. Hahahha siannnnn..

 Lawa kannnnn...

 Murah je admission fee kat sini.

 Kena ada passport ni kalau nak naik ke atas.. Yang dalam plastik kecik tu biskut sedappp gilos.

 Dalam bangunan ni cantik.. Hiasan dia macam bangunan dulu-dulu..

 Ada banyak course ni buat biskut.. Pilih je nak amik course apa..

Coat semua kena bukak letak dalam bakul.. Pastu kena pakai topi chef tu.. heheheh.. Kebersihan no.1 ya.. kena basuh dulu tangan sebelum buat cookies.

 Setiap orang akan dapat sekeping biskut bentuk love yang plain macam tu..

 Amboi Kak Pilla jangan nak over sangat yer.. Kemain semangat nak hias cookies hehehehe

 Ok koranggggg, readyyyyyy tak nak siapkan cookies kita ni.. Mulalah memasing pening nak buat design apa ni??? Adoi nak design cookies pon semua stress hahahahah..

 Hahahah korang vote cookies sapa paling gempak?

 Ok kita biarkan dorang tolong bakar cookies kita.. Nanti dia akan pack lawa-lawa bagi kita bawak balik.. Dah selamat pun Kak Pilla bawak balik.. Dah ada kat perot Aleesya dah hahahahah..

 Kat dalam ni ada Chocolate Time Tunnel dah boleh tengok proses awal pembuatan coklat.


 Siap ada kilang yang kita boleh tengok dari kaca luar.. Bersih dan sistematik je kilang biskut dorang ni..

 Masa lalu kat lorong-lorong dalam building ni ada nampak bendera Malaysia tanah airku.. Wow bangga ahkak tau..

 Halus betul buatan cake dia.

 Baru ku tahu nak minum Hot Chocolate pon ada cup khas yer..

 Diorang kumpulkan dari pelbagai negara.. 

Katanya tempat ni ramai orang bergambar sebab tiles dia dibina dari tiles termahal.. 

Dah penat sembang, boleh lepak kat cafe dia.. Pilih je nak mana, bayar sendiri. hhahahaha.. 

 Dalam building ni semuanya cantik..

 Ada jugak kita boleh tengok dorang gentel gula-gula

 Pastu sila shopping bawak balik untuk anak yer..

Kat dalam Shiroi Koibito Park juga ada disediakan Prayer Room.



Comel je..

Puas jugaklah kitorang meround kat dalam tu.. Sebelum balik mari bergambar last..

 Masa ni dah dekat pukul 12 tengahari.. Snow turun lebat gila dah macam hujan.. Berlari-lari kitorang kesejukan..

 Ok last bergambar sebelum berlari masuk bas ;)

Perjalanan diteruskan untuk lunch pulak.

 Lunch at Taj Mahal

 Ujang muka ada sinyummmmmm... Korang tau tak budak Ujang tu langsung tak makan seafood.. Ikan pun tak!!! Kesian tau dia.. bukan tu je.. sayur pun tak makan hahahaha.. Tapi dia takut nak cakap dengan clients, kang clients cop dia mengada hahahaha.. So dia cuma cakap tak makan seafood.. So tiap kali makan dia akan dapat menu yang kebanyakannya sayur muahahahha nak gelak ke nak kesian ni?  Pastu slow-slow dia letak sayur dia kat pinggan kitorang takut nanti sayur pun tak luak, client kecik hati.. Kitorang risau gak dia kebuluran tapi nampak ok je dia.. 

So bila lunch tak sini, gila tak happy dia? hahahahhaha.. 

 Pilih Janggggg jangan tak pilihhhhh.. hahahah

 Harga dalam RM60 gitu lah.. hahahah pitam.. tapi tak pe portion besar gila.. boleh share berdua sebenarnya..

 Orang tamak memang macam ni.. Aku, Ujang and Namee amik ni sebab kitorang tamak, nak roti dan nak nasi dan nak ayam tandoori jugak dan nak kari ayam jugak.. hahahahahha.. 

Dah makan kenyang dan sedap marilah kita ke toilet ahhahahaha

 Comel sangat.. Patut semua mall dalam Malaysia pun kena ada toilet khas yang ada tempat letak baby macam ni.. Barulah mesra ibu gitu.. Sambil kita buat kerja kat toilet, anak pun boleh lah tumpang duduk mengadap kita kat dalam ni hahahahah

 Tanak bagi orang dengar bunyi-bunyian semula jadi boleh je tekan sound on tu.. nanti keluar bunyi bising macam flush tu hehehehe.. cover line skit..

 Pantang nampak cermin.

 Cantik kan view kat sini..

Ok jom kita sambung lagi.. lepas makan kitorang ada masa dalam 30 minit untuk shopping kat bawah tanah..

 Balik semula ke area hotel Richmond yang kitorang tido tu.. situ kan banyak area shopping.. nama dia ialah Tanuki Koji Underground City.

 Masa shopping tu kitorang jalan laju-laju takut lambat.. Bagi masa shopping 30 minit tak cukup yer.. hhehehehhe

 Lawa tak?

 Pastu aku dengan Ujang nampak ni.. Aku pandang ujang.. Ko nak??? laju je dia "Jommm"

 Kalau kat Jepun memang fail nak bagi duit syiling.. so biasanya aku punggah coins tu suruh cashier tu yang pilih duit tu heheheh.. 

 Memang thorbaek nie.. Kalah Hokkaido Cheese Tart kat KL sana hahahahha.. 

 Hahahha sodap Jang?

 Kalau gi Japan jangan lupa cari ABC-Mart ni jual kasut.. memang murah gila dan latest design dari Malaysia ;)

Ok settle shopping jom naik bas kita nak ke Mt. Moiwa yang paling terkenal di Sapporo, Hokkaido.

 Snow tebal dan bila malam sejuk dia lain macam..

Masa nak menuju ke dalam ni aku jalan depan.. Tetiba dengar bunyi berdentum, terus toleh belakang.. Rupanya Mr Jocko kita jatuh gedebuk kat jalan... Sambil peluk camera dia.. Tekojut den.. Fuh nasib dia pandai, jatuh sambil peluk camera dia.. puluh ribu kottttt camera hahahah.. cuakkk.

 Masa ni dah agak letih.. Muka pun macam tak siap dah tu hahahah.. Tapi nak tengok scenery dari Mt. Moiwa tu so mari kita naik..

 Harga ticket.

 Jangan hilang yer ticket ni kecik je.. sebab dia akan punch setiap kali kita bertukar ropeway tu..

 Gitu dia ada transit gitu.. Hari yang kitorang naik tu weather kat puncak -5c tapi aku rasa lebih sejuk dari tu kot.. 


 Begemerlapan lampu neon dimalam hari.. Wow berpujangga pulak dah.. Lawa gila kot bandar Sapporo waktu malam dari puncak Mt. Moiwa ni..

 Siap ada kunci ya... kau kunci cintaku di puncak Mt. Moiwa gittewww..

 Eh sejuk nak mampos ya atas ni..

 Thanks Jocko tolong snap gambar ai yang jelita kat sini.. Semua orang akan amik gambar kat sini, ahkak pun ikut jelah orang.. Patutlah orang snap gambar kat sini, hasil dia mengkagumkan.. 

Lepas tu i cannot tahan.. terlalu sejuk stok hingus meleleh, pipi kebas, bibir rasa tebal je hahaha.. Terus lari masuk dalam..

Malam tu kitorang dinner kat New Ottani Inn Sapporo

 Besar nau meja ni.. 

 Macam biasa.. Japanese food lagi.. Ahkak ok je tak pernah muak pun makan ni.. Sedap kot soup-soup panas mcm ni.. I eksyen ok, makan nasi dengan chopstick.. Sampai sekarang tau.. berbulu je Peej ngan Elly makan fried rice kat Dolly aritu pakai chopstick heheheh..

 dessert ni sodappp nak mampuih.

Ok korang yang membaca pun letih kannn.. Perjalanan harini sangatlah best tapi agak meletihkan.. Nak tercabut kaki Kak Pilla.. 

Malam tu check in kat ANA Crown Plaza Hotel Sapporo




 Fuhhh besar gila bilik dia... Dahlah toilet semua lawa gila.. Silang kaki jap kat sofa hahahha..



 toilet bowl seperate kat bilik lain..

Datang Japan jangan lupa bawak international charger.. Sebab dia guna plug mata dua.

Kemain plug vitagen hahahahah.. banyak jasa dia tauuu..


 Ini jelah kerja Kak Pilla tiap malam.. Charge segala gadget.. Tempat sejuk battery cepat habis.. make sure korang bawak power bank jugak tau..

Yeay berjaya jugak beli untuk Pak Radie :)

Good nite you alls..

Nantikan entry Day 5 ye..


Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live