Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

JUALAN MURAH ELLFIE!!!

$
0
0
*sticky post*

 Hari tu tak sempat Kak Pilla nak share dengan korang.. Maybe ada yang tak perasan yang Produk Ellfie now ada sale menggila sempena Year End Sale (YES)

So kalau korang memang pengguna tegar produk Ellfie Beauty nilah masa yang sesuai untuk korang stock up sebab harga runtuh dan korang akan dapat FREE SHOPPING BAG!!

Sementara stok masih ada je tau..

Set Ellfie Essence harga asal RM120.00 (SM) dan RM130.00 (SS) dan harga YES promo hanya:-

RM100.00 (SM)
RM110.00 (SS)
Percuma Free Shopping Bag 


*Free Postage*

 

 
Set Gold Serum harga asal RM130.00 (SM) dan RM140.00 (SS) dan harga YES promo hanya:-

RM110.00 (SM)
RM120.00 (SS)
Percuma Free Shopping Bag 


*Free Postage*


Loose Items pon dapat harga YES yang meletop-letop murah!!

Cleanser 50ml = RM55.00 now RM40.00
Toner 50ml = RM55.00 now RM40.00
Day Cream = RM50.00 now RM40.00
Night Cream = RM60.00 now RM50.00

Postage RM8.00 (SM) / RM12.00 (SS)


Untuk pembelian whatsapp 013-2755 197
Promosi YES
1 December - 31 December 2016






Love, 
Filla.

Nak Makeup Bag Fame ke Pocket Mirror Fame?

$
0
0
 Assalamualaikum :)

Just nak inform you all, hari ni semua peminat fame cosmetics dah boleh beli merchandise from Fame.. Kita keluarkan makeup bag dan pocket mirror istimewa dari Fame..

Kenapa korang kena dapatkan makeup bag ni? sebab kualiti make up bag ni best giler.. material dia jenis berkualiti tebal dan bukan jenis lembik nipis cepat koyak tu.. dalam dia ada lapisan sponge nipis.. 
 
 Design makeup bag ni nampak funky dan ceria, space dia luas dan muat untuk letak segala barang-barang makeup termasuk segala jenis brush, Fame Matte Lip Cream, Fame BB Cushion, Fame Mascara, Fame Eyeliner dan segala macam produk Fame yang akan menyusul tak lama lagi wowwww hehehehe..

If korang peminat tegar Fame Cosmetics sila miliki ;)

Pocket mirror ni kita dah bawak beratus pieces masa exhibition kat Mood Republik haritu.. Hari kedua dah licin... So hari ketiga takde dah stok kat booth hahahaha...Orang suka sebab murah dan senang campak dalam handbag.  Pocket Mirror Fame ni ada dua cermin (kiri dan kanan) satu jenis cermin biasa.. sebelah dia cermin yang illusion besar tu boleh nampak bulu roma semua tu kahkahkah.. senang nak picit black head hahahahahha.. 

Order produk Fame, selit sekali beli merchandise lagi power hehehe..

Comel kannnnnnn? Oh ya, lupa nak bagi tau.. Fame BB Cushion now dah ada 3 code..

Natural : Sesuai untuk kulit gelap
Fair : Sesuai untuk kulit sederhana (tak gelap tak putih)
Ivory : Sesuai untuk kulit cerah

Jom dapatkan produk Fame Cosmetics ya.. Harga merchandise Fame:

Makeup Bag : RM29
Pocket Mirror : RM5

*postage RM8 (SM) RM12 (SS)


Saja type balik harga, kang mesti ada yang tanya berapa harga kak? hahahahha.. maybe gambar lambat loading ;)

Whatsapp : 013-3760466
Instagram : @fame_cosmetics

atau dapatkan dari agent-agent berhampiran anda di:

Instagram : @agentfame



Love, 
Filla.

Kasih Amaani Darjah 1.

$
0
0

 Kau ni Pillaaaa makin malas ye hidup.. hahahha.. Baca wish list Vivy nak rajin update blog hari-hari.. ahkak cuba untuk rajin.. tu jelah ayat hahahha.. #siscuba tak habis-habis.. tapi #sistakcuba sebenarnya heheheh

Ok bermula entry pembakar semangat 2017.. Entry anak masuk darjah 1 kahkahkah.. Ko tengok? tajuk entry pon macam tak sesuai je.. kalau anak pertama dulu lain macam semangat menulis entry anak darjah 1 hehe.. 

Takpelah ye, kita share-share je kisah budak-budak ni di hari pertama persekolahan.. Actually ni 28 Disember 2016 orientation day..

Anak semua lain-lain peel dia kan? Kasih dulu pun jenis menyendiri kat sekolah masa first day.. dia biasa je tak de nangis tapi sorang-sorang je macam takde kawan.. Sama jugak lah dengan kes Amaani ni.. Cuma Kasih dulu drama queen lah.. siap muntah sebelum masuk sekolah sebab nervous.. omg over sangat *matakeatas*

Amaani lebih relaks.. Masuk sekolah macam biasa.. tengok orang keliling.. suruh duduk dia duduk je masa assembly tu.. Aku tak tau if dia berdebar-debar ke tak.. tapi muka biasa je takde perasaan hahahah.. Kalau aku masuk darjah satu mesti muka aku dah keras sebab nervous, takut dan malu.. wow malu hahaha..

 Anak kedua masuk darjah satu, perot apaknye pon dah kedepan hahahahhaa.. macam Dato-dato gaya nye tu huhhh..

 Aku kan over sikit.. Asal panggil je "Amaani smileee, buat tangan peace" hahahah menyampah agaknya dia nak melayan mak dia punye kerenah.. tapi Amaani okay je.. Sorry anak.

 Ni ada penyerahan bag.. sponsor dari YB mano ntah heheh.. so panggil lah wakil setiap kelas darjah satu.. masa ni taklimat untuk parents dalam dewan.. pastu tengok.. eh tu anak den tu hehehe.. Macam biasa tangan peace T___T

 Mak dan anak.

 Mak-mak ni feeling dia sama je.. anak no berapa pun tetaplah ada rasa excited mata nak focus kat anak je.... Anak ko ler paling comel, paling sopan santun, paling behave kahkahkah.. 

Amaani duduk sorang situ dok buat colouring.. 

Amaani ni senanglah jaga dia.. dan dia suka je kejap-kejap peluk aku kat rumah... kejap-kejap nak kiss... tapi gitu-gitu jelah.. dia rasa nak peluk sayang tetiba dia peluk.. dia rasa nak kiss tetiba datang kiss-kiss.. pastu dia jenis relaks buat kerja sendiri je kat rumah.. layan ipad ke.. main ke.. dia jenis tak banyak sangat nak bercakap ke apa.. lebih kepada ikut mood.. rasa nak cakap banyak dia cakap.. rasa ada masa dia nak diam, dia akan diamm je.. dan dia suka tengok Kak Pilla masak ;)

 bertukar-tukar tempat anak aku.. heheheh ni first day at school 3 Januari 2017.  Settle dia masuk kelas pagi tu.. Kak Pilla pon keluar membawa diri gi breakfast..

 Baru nak makan tetiba ada orang tegur.. Kawan lama kittew Mai Okinokiyo nama dia... so join breakfast sekali borak panjang lebar hehehe...

Pukul 9:30am aku masuk balik sekolah nak ajar Amaani cemana nak beli makanan.. Kat kantin sekolah boleh juga kalau bagi nama murid dan no tel emak.. so amik apa nak makan.. tunjuk kat makcik kantin.. dia kira masuk buku.. nanti cukup bulan bayar je.. memula ingat nak buat camtu.. tapi tak yah lah over sangat.. Amaani tu boleh je bayar sendiri, so kenapa aku nak kena manjakan dia pulak kannnn... hehehehe... 

 Testing beli food.

 Cepatnya Amaani besar.. dulu kecik jeeeeee... Siapa follow keek aku dulu taulah keletah Amaani kan.. becok mulut dia hehehehe.. Zaman dulu semua panggil Ani Tomatomato.  Tapi bila tengok balik keek dulu boleh nampak Amaani memang rajin je layan aku hahahha... walaupun dia tengah main ke apa.. kalau aku suruh buat apa-apa dia mesti akan buat.. love u Ani.

Aleesya memang berperang je dengan aku hahahahah.. Icha anak papa.

 Wow bentuk love hahahahha

 Selesai hari pertama sekolah dengan jayanya.. Seronoknye tengok Kasih jalan beriringan dengan Amaani... 

Kasih jenis jiwang dan very protective gitu.. Kemain semalam dia cakap "Kasih takkan benarkan orang kacau Amaani"

Yo yo je Kasih hahahahahha... padahal dia lah si cengeng sampai dah masuk darjah 6 ni... cakap sikit meleleh air mata hahahahah Kasih oh Kasih..

 Penat tau mak kau ulang alik urus korang kat sekolah... Best jugak jadi full housewife yang buat semua kerja termasuk hantar / amik anak sekolah... 

Selalu Pak Radie sentiasa ada kalau time anak masuk sekolah ni.. tapi what to do... dia soooo busy sekarang ni... Esok first day Aleesya nak gi Little Caliph pon dia takdok sbb outstation.. terpaksa lah ai menjadi Watson Nyambek esok.. Doakan sis ya.

 Anak mama bersendirian lagi.. kengkawan depan tu semua dah berkawan heheheh.. aku tak risau dia lambat berkawan sebab dia takde pressure ke apa.. dia relaks jenis macam dalam hati dia kata takde kawan pun no hal lah.. i still can survive and i don't care much pun.. janji aku sekolah, janji aku makan.. hehehe

 meja dia pun budak lelaki kat depan dia hahahaha.. acaner nak kawan.

 Ni time rehat kul 9:30 pagi tadi.. aku duduk tepi je suruh dia pilih sendiri nak makan apa dan gi bayar sendiri.. Amaani LULUS cemerlang hahahahah... siap pilih kueyteow goreng kegemaran dia hehehe.. licin plak tu dia bedal.. lepas makan ajar dia buang pinggan tu kat tong sampah.. pastu dia duduk minum air jap.. tetiba dia selamba je amik botol air pastu blah.. aku jerit "Amaaniiiii nak gi mana?"

"Nak pegi kelas lah"

Omggggg... apa dia ni? 

Aku beria-ia budget ibu mithali ni datang teman anak makan kat kantin.. anak buat tak tau je..

Ok petang ni naik bas balik lah rumah sendiri kalau terror.




Neway itu saja cerita kisah Amaani darjah 1.. Jumpa lagi di entry akan datang bertajuk "Aleesya darjah 1"

Bye.

Love, 
Filla.

Kasih Aleesya pegi School.

$
0
0
Assalamualaikum..

Semalam first day Aleesya pegi school.. Kak Pilla memang pilih Little Caliph sekolah Amaani dulu.. Aleesya excited gila nak gi school dari zaman Amaani lagi dia tak sabar nak pegi school..

Seminggu sebelum gi sekolah ni dia asyik tanya je hari ni hari apa.. Dia tak sabar nak naik bas sekolah macam Ani.. 

So bila tiba hari pertama gi school tu memang excited giler lah dia.. Aku gi antar Kasih dgn Amaani dulu gi sekolah pastu kelam kabut balik rumah.. Nak tengok dia first day naik bas dari rumah ke school.. Dia eksyen yer.. tak bagi aku naik bas dengan dia.. jumpa kat school je nanti.

Tapi pagi tu dia dah buat perangai tak nak pakai kasut lain.. nak pakai kasut pink yang dah sempit tapak dah tercabut tu jugak.

Pujuk-pujuk last baru nak pakai kastu princess lagi satu.. suruh pakai selipar tak nak.. sukati ko ler Cha... malas nak gaduh pepagi..

 Pagi tu muka dah masam.. rupanya dia takut hahahahha

sementara tunggu bas datang.. kita amiklah gambar dulu ye

 ni pun pujuk-pujuk baru nak amik gambar..

 Ok je naik bas.. janji jumpa kat school..

Turun je bas, teacher pimpin bawak ke school.. aku terus bawak dia naik dan suruh dia duduk kat sini.. aku terus keluar tengok dari tingkap luar kelas.. ala-ala akuarium gitu.. dia senyap je tak bergerak.. ada few budak-budak dah start main-main.. tapi dia tak.. dia duduk dengan muka masam.. mata dok perati keliling dia..

Pastu silap aku gak.. sebelum nak balik aku panggil dia jap.. so dia datang, aku cakap "Icha kalau nak gi toilet bagitau teacher tau"..

Terus dia peluk tangan aku tak lepas.. kuat gila ye.. siap peluk paha hahahaha.. Adoi sudahhhhh!!! mata dia start berkaca tetiba nangis... adoiiiiii... 

Teacher datang terus dukung and pujuk dia.. Teacher tanya "Puan, saya bawa dia kebelakang.. kejap je ni nangis nanti ok.. Puan ok tak?"

"Ok tak pe, saya pun nak gerak dah ni"

Laju je aku pergi.. dalam hati huwaaaaa sedih tapi ku tahan hahahah.. masuk kereta duduk jap.. terfikir lama ke dia nangis? nak naik atas balik ke intai dari jauh?  Ah tak payah lahhh.. terus start engine and blah.

Ada lah aku whatsapp teacher dalam pukul 10 macam tu.. Teacher kata don't worry puan, semua anak-anak dah ok takde yang nangis dah.. Fuhhh lega..

Ok pastu aku kat office Ellfie/Fame dengan Peej.. aku call rumah bukak loud speaker.. So Peej pun dengar aku borak dengan Icha.

Aku: Hello Ichaaa..

Icha: Hello mamaaa..

Aku: Best tak school?

Icha: Bestttttt!!! Icha nyanyi-nyanyi tadi.. ada 3 lagu... best sangat.. Pastu Icha makan dengan kawan-kawan.. 

Aku: Icha tak nangis ke lepas mama balik tu?

Icha: Icha nangis kejap je.. Kawan nangis lama..

Aku: Icha makan apa?

Icha: Icha makan maggi kaler putih.. sedap.. habis Icha makan.

Aku: Wahhh hebatttt...

Icha: Mama, tadi Wan datang tengok Icha kat school.

Aku: Hah? Betul ke? Dengan sapa? Dengan Atok ke?

Icha: Atok takde.. Wan je.. 

Ok itu cerita dia.. aku terus call Wan.. tanya Wan datang ke? Wan cakap "Mama kat kampung lagi lah!!" Omg anak aku ni create story ke memang dia nampak muka macam Wan ke apa ni... Wan siap "Eish kenapa anak ko niiiii huwaaaaaa" Peej pun tergelak-gelak sebab dia dengar Icha borak tu confident gila... 

Hahahah aku tak cerita kat korang lagi kes Aleesya ni kan.. Aku pernahlah google pasal imaginary friend ni.. Dan aku rasa dia memang suka berangan lah kenit ni.. Dia selalu cerita dia ada kawan.. Nama kawan dia Kasih Aleesya Muhamad Radzi.. Oiiii tu kan nama dia??? Tapi bila kau argue pasal kawan dia punya nama nanti dia marah.. Dia akan cakap itu memang betul kawan dia.. Dia cakap kawan dia tak suka mama, tak suka papa, tak suka bibik, tak suka semua orang.. dia suka Icha je.. Hari-hari dia datang rumah main dengan icha.. Nanti petang dia balik rumah dia... sebab papa mama ada dia tak suka... Dia suka pergi rumah Wan sebab kat rumah Wan ada playground.. Rumah nenek dia tak nak pergi sebab rumah nenek ada ramai orang dia tak suka..

Ko ghaser?????? hahahahhaha aku kadang nak tergelak.. aku rasa dia cakap pasal diri dia sendiri.. Dia berimaginasi tapi bila cerita kat kita muka serious gila.. ko jangan nak buat muka tak percaya apa dia cakap ye.. so bila dia cakap Wan datang school tu terpaksa lah aku buat-buat percaya.. Bibik pun mengadu semalam..

"Ya puan, dia cerita Wan datang school tengok Icha.. Wan cakap Wan tak boleh lama-lama, Wan datang kejap je ni".. Bibik cakap saya terus cakap "Kenapa Wan tak datang rumah kita?" "Kan Icha cakap, Wan cakap Wan datang kejap je tengok Icha".. Pastu bibik cakap "Icha tipu kannnn?" Muka Icha serious je sambil buat kerja lain dia cakap "betul lah bibik" Bibik cakap dia tau Icha ni kalau dia tipu nanti dia ketawa.. tapi ni muka serious.. siap marah pulak kalau tak percaya T__T


Huwaaaaaa seram ni.. hahahaha.. Icha oh Icha.. memacam hal budak ni.  As long dia happy dan takde memudaratkan dia ke aku ok je.. Tapi malam tadi dia mengadu "Kasih Aleesya Muhamad Radzi tendang Icha petang tadi" hahahaha ko nak kata apa kalau anak cakap camtu? Macam biasa aku kena buat-buat percaya je.. "Cakap kat dia jangan tendang orang, Allah marah.. berdosa" 

Korang ada anak macam ni tak? and benda ni biasa yeh? aku fikir antara dua je.. first dia create story sebab imangition dia tinggi.. atau 2nd sebab memang 'kawan' dia exist.

_______________________________________________


Ok bab sekolah day 1 tu aku legaaaaaa.. tapi dia punya eksyen tu tetap yaaa.. kawan nangis lama dia nangis sekejap.. eksyen citttttt poraahhh.. 

Malam tadi masa baring-baring borak pasal school.. Dia happy and cakap esok nak gi school lagi.. Wow lega gila hati aku ni hah.. Risau takut dia phobia tak nak gi school pulak kan..


Hari kedua dan drama pagi tadi pun bermula hahahaha.. Bas datang pukul 7:40 macam tu kot.. Dalam pukul 8:30 bibik call aku.


Bibik : Hello puan.

Aku: Ye bik.

Bibik: Saya risau lah, Aleesya tadi nangis.  Tak nak pegi sekolah.

Aku: Hah? Semalam ok je..

Bibik: Itulah maka nyaaa... Pagi tadi ok.. tapi lagi 5 menit bas nak sampai dia nangis tak nak pegi sekolah.. Dia cakap bibik naik bas dengan Icha.. Saya tipu saya cakap tak boleh.. tapi nanti bibik pinjam motor papa, Bibik datang sekolah Icha.

Aku: Dah tu dia naik bas nangis lagi?
Bibik: Iyaa.. habis dia jambak (tarik) rambut saya.. dia tarik tangan saya peluk tak mau pergi.  Nasib Cik Syam (driver bas) cakap 'tak pe bibik, biasa ni.. nangis kejap je ni.. nanti ok, jangan risau"

Aku: Hmmmm... takpelah nanti ok lah tu.. 

Bibik: Tapi saya risau puan.. Nanti puan telepon cikgu tanya Icha ya?

Aku: Tengoklah, malas saya nak kacau teacher tu.. kalau teruk nanti teacher call lah tu..

Bibik: Oklah puan.. cuma saya risau.. Jangan lupa ya puan telepon cikgu?

Aku: Ok..


Eh bibik ni.. anak aku ke anak bibik ni... hahahahhahaha.. cemas lebih lah.

So now aku tak tau lah kenit tu apa cerita dia.. dia memang kelakar sikit.. kalau bercakap tu confident.. mata ke atas.. cakap macam orang tua.. eksyen tak ingat... 


Hopefully Icha akan ok kat school ya... Jangan kuat berangan ye Cha... Nanti kak pilla borak lagi ya.. 





Love, 
Filla.

SEMBANG.

$
0
0
 Assalamualaikum..

Lamanyer tak update belog.  So mari borak sikit kita campur-campur rojak jelah ye..  Last week kot ada pergi Majlis Akikah anak kepada Shukri Yahaya and Tya.
Sempatlah cekup Shukri ni kejap suruh duduk bergambar kejap... hahahaha dulu sikit tak heran kat dia masa blum jadi pelakon.. dulu kecik-kecik selalulah jumpa sebab sedara.. now dah besar dah dia.. ada anak sorang dah ;)

Dahlah masa datang ni aku tengah marathon tengok citer Hantu Punya Boss kahkahkah.. citer yang korang dok tengok 7 Hari Mencintaiku tu Kak Pilla tak tengok.. tak sempat sebab time tulah kita sibuk nak masak, maghrib, nak makan.. Eishhhhhh... 

Wan punnnnn.. heheheh... Actually Wan rapat dengan Mak Shukri ni dari kecik bersama sampai ke remaja.. kira tau lah boipren kepada mak shukri ni dulu.. kelakar kalau Wan citer balik percintaan mak pak shukri ni.. Oh yang belakang tu sedara jugak (bukan mak shukri yer)

 Alahai Baby Aaira Ameena sleep pulerrrr..

Takpelah.. bergambar dengan mak baby jer lah hehehe

 Siap makan, siap jenguk baby.. kitorang pun balik dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira.. Terima kasih jemput kami datang ya ;)

Haritu ada lunch meeting kejap dengan Bobo Cinta gittew.. 

 Sampai awal lalu termenung menghabiskan keropok belinjau.. ni kalau lambat, kita makan dulu.. hehehe kalau bab makan memang dasyat team Fame nie.. 

 Gila banyak makanan rasa nak meletop perot.. 

 Settle discussion.. Terus kelam kabut balik.. Thanks Bobo and Mel ;)

Next kerja di hari Ahad pulak.. Now jumpa Financial Controller / Planner pulak.. Alhamdulilah banyak yang kitorang belajar.. Business boleh, tapi hentam kromo yang tak boleh.. Kena atur cantik-cantik.. kena tahu profit loss semua.. kena tau over spent ke tak.. kena ada monthly sales target.. target setahun.. semua kena plan dan laksanakan... 

 Lipcream : Fame (Violet + Candy)

Oh ya sebelum tu nak bagi tau.. Soon Fame Cosmetics akan keluarkan dua lagi kaler baru yang akan join FMLC family.. Tapi jumpa satu gambar je pakai 1 kaler ni.. satu lagi mana tah hhahahaha..

 Code: Wild

Heheheheh wild ke aummmmmmm... I is love.. Orang ni macam-macam kannn.. Kak Pilla suka warna-warna gelap dan garang.. Kalau lembut pun Kak Pilla suka lembut macam Code Violet.. dan warna biasa macam Gossip gitu.. candy and nude muka Kak Pilla macam tak sesuai.. or maybe tak biasa... 

Satu lagi kaler tu nanti nama dia Rusty.  Ok itu kesukaan jugak sebab kaler dia ala-ala bricks.. macam batu-bata tu.. 

Nak bagitau juga projek baru fame cosmetics kat bawah ni:

Cantik meletop.. Rugi besar lah korang kalau tak collect ni.. Apa ni? Ada lerrrrr.. sabar yeee... nanti kita bagi tau... Mur Mur jeee don't worry.. Sementara tu boleh follow ig @fame_cosmetics untuk latest update.  Nak tunggu update belog ala siput sedut lambatnye kannnn... 

Oklah, itu je story mory today.. 

Tata.




Love, 
Filla.

BAWAK BEKAL.

$
0
0
Wow amazinggggg... hari-hari update belog hehehe

Dah nak masuk 2 minggu anak kita gi sekolah kan.. So acaner you all? anak-anak dah ok ke still menangis lagi... Amaani so far so good.. Independent sikit dia tu ;)

Semalam ada reader comment kata nampak Amaani lunch sensorang... Sebab waktu rehat darjah 1 tak sama dengan waktu rehat darjah 6.  Dah pesan kat dia Amaani makan je dulu.. nanti kakak datang sebab kakak rehat lambat sikit... Semalam dia mengadu.. Mana ada kakak datang pun? Lepas makan Amaani berdiri kat dataran tengok tingkat 3 (kelas kakak) tapi kakak takde pun.. Pastu Amaani terus masuk kelas.. kat kelas Amaani kawan dengan Daniel tu dia gemok tapi dia tak nakal.. tapi kitorang main kejar-kejar lepas tu Daniel penat.. Amaani cakap kat dia "tulah awak suka makan banyak, sebab tu cepat penat" hahahahha apa lah Amaani ni..

Pastu dia cakap sekarang ni hari-hari ada test kena jawab soalan.. Amaani tak nak dah bawak pencil box yang zip warna pink tu sebab tak boleh berdiri.. Kawan sebelah Amaani tu suka tanya jawapan.. Cikgu tak bagi tiru kena buat sendiri.. Dia nak eja nama dia pun dia tanya Amaani macamana nak eja nama dia.. Amaani cakap "kat name tag kan ada nama awak, awak tulis je sama macam kat name tag"
Erkkkk.. So now dia bawak pencil box keras tu boleh berdiri.. sebab semua budak-budak berdirikan pencil box supaya orang sebelah tak boleh tiru.. hahahhaha macam comel je budak-budak ni.. so jujur.

Semalam Kak Pilla bangun awal sikit gorengkan kueyteow favourite Amaani.. Kasih tak nak bekal sebab dia suka char kuey teow tak suka kuey teow goreng.. So balik semalam Kak Pilla tanya bibik 

"Bekal Amaani habis tak bik?"

"Habis.. macam dia basuh je bekal tu sebab licin"

Wowwwwww berbunga-bunga hati ai hahahahhahaha... bila tanya Amaani dia basuh ke? Dia cakap dia just basuh sudu je.. very good anak mama :) siap basuh hehehehe..

Mama : Amaani selalu rehat sorang-sorang ke? tak makan dengan kawan?

Amaani : Kalau rehat semua beratur.. Amaani beratur dengan kawan pegi kantin.. Tapi nanti kawan Amaani semua hilang.. Amaani makan je lah sorang-sorang.

Alahaiii sian dia.. Semalam balik dari KAFA kemain lambat.. Ada setengah jam haku menunggu dalam kereta.. Pastu masuk kereta Amaani membebel dia cari kakak kat kantin takde.. pastu dia pegi kat tangga pun takde.. Amaani pegi balik kantin pun takde.. Penat Amaani carik kakak.  Kasih pulak cakap Kasih gi surau.. tapi aku tengok kemain merah menyala muka Kasih balik sekolah.. Aku syak dia main kejar-kejar dengan kawan then terlupa dah janji hari-hari tunggu kat kantin.. 

Seronok jugak dengar cerita anak-anak kat sekolah... Kes Aleesya pulak kemain dia eksyen sekarang ni pegi sekolah..

Mama: Aleesya ok pegi sekolah? Nangis lagi tak?

Icha: Tak nangis.. Kawan je suka nangis lama-lama, Icha tak nangis.

Mama: Very good.

Icha: Mama, Icha kat sekolah paling pandai, paling comel, paling cantik,..

Mama: *MUNTAH*

Pitam aku dengan Aleesya ni hahahahhaha... Perasan macam bapak dia.  Confident level tinggi gila, eksyen je memanjang.. semua hal dia je paling terror paling best.  

Haritu ustaz datang ajar mengaji kat rumah.. So semua budak-budak ni mengaji.. Aku tak sihat sakit kepala so naik atas baring kejap.. Tetiba Aleesya naik atas panjat katil baring kat sebelah.

Mama: Eh dah habis ke mengaji?

Icha: Dah.

Mama: Icha ngaji apa?

Icha: Alif dengan Ba.

Mama: Tu je????

Pastu dah settle mengaji, Kasih mengadu tadi Aleesya mengaji Alif dengan Ba je mama.. Pastu dia cakap kat Ustaz dia mengantuk.. dia terus naik atas.. 

Pitam lagi sekali.  Takpelah budak-budak kann.. tapi kalau sampai ke besar perangai macam ni awas ko ye.

 Kueyteow bodoh je... Dah bekalkan Amaani, Kak Pilla pun tumpang lah bawak sekali.

Hari kedua punya bekal.. Ya Allah, semoga licin bekal budak-budak hari ni *tadahtangan*

Kak Pilla bawak bekal air sekali.. Now amalkan lemon+honey setiap pagi.

Esok tak sure lagi nak masak apa untuk bekal.. Any suggestions?




Love, 
Filla.

Kisah anak-anak dan sekolah.

$
0
0
Semalam Kak Pilla pergi sekolah budak-budak ni sebab ada taklimat for parents yang anak UPSR tahun ni.. Dalam 3 jam jugaklah taklimat tu.  So far bagus parents kena pergi dengar sendiri taklimat UPSR ni baru kita tau apa yang sekolah akan laksanakan sepanjang tahun untuk bantu anak-anak kita.

Bila dah dengar taklimat baru Kak Pilla jelas dan faham.  Tetiba diserang rasa bersalah sebab banyak jugak kecuaian Kak Pilla sebagai ibu.  Kalau zaman kita dulu, result tu lah yang paling penting.. Tapi kita tau prestasi anak masing-masing.. Macam Kasih dia lemah Matematik.  Sampai Kak Pilla rasa takpelah kita dah usaha macam-macam tapi kalau dia tak boleh jugak nak buat cemana.. Tapi Kak Pilla selalu cakap, janganlah sampai gagal.. Sebab kalau gagal satu subjek UPSR tu, akan gagal lah keseluruhan.. Kak Pilla pun dengan Pak Radie bukan jenis pandai matematik.. So nak expect tetiba anak kita pandai Maths rasa melampau sangat lah expectation tu.. Tapi bagi jelah tuition at least boleh bantu mana yang dia tak paham.  Nak harap Kak Pilla ni bila dia tunjuk je soalan maths tu berpinar terus bijik mata sebab tak paham..

Apa yang Kak Pilla faham semalam Kak Pilla cerita kat sini ya.. Mana salah tu tolong betulkan ya.. 

Untuk UPSR 2017 ni, student akan dinilai melalui 4 perkara ni:


 Kalau zaman kita dulu bawak balik slip/sijil UPSR je kan.. Sistem hari ni untuk UPSR dah lain.. Bukan sekadar akademik yang diambil kira.. Penglibatan anak-anak UPSR dalam aktiviti yang dianjurkan sekolah akan diambil kira.. Disiplin, kehadiran, tingkah laku, penglibatan sukan semua diambil kira dan ada markah yang akan dicampur dan ditolak.. Untuk masuk ke sekolah berasrama atau sekolah sukan semua faktor di atas akan diambil kira.  Kita tak nak pelajar cuma cemerlang akademik sahaja tetapi lemah dalam sukan, tidak terlibat dalam aktiviti anjuran sekolah, tak membantu kawan, tak membantu para guru.. Cemerlang bukan hanya di atas kertas.. Anak yang cemerlang ialah anak yang cemerlang juga perilaku.  Kita nak anak yang berkualiti, anak yang baik budi pekerti.. So benda-benda macam ni yang cuba diterapkan sekarang ni.

Kak Pilla rasa terpukul juga masa dengar taklimat semalam.. Sebab Kak Pilla larang Kasih dari terlibat dalam sukan bola jaring sedangkan dia aktif dalam sukan tu.. Huhuuu.. Kak Pilla tak nak dia terlibat dalam bola jaring sebab takut dia penat, takut bila badan dah penat dia tak nak fokus untuk UPSR.. Sedih bila dengar kawan Kak Pilla yang anak dia satu sekolah dengan Kasih cakap haritu nampak Kasih berdiri kat tepi kelas je bila ada meeting bola jaring dengan cikgu.. Gulp berkaca mata, tapi Kak Pilla kuatkan hati demi kebaikan dia.. Dan kawan Kak Pilla cakap haritu nampak Kasih bersorak dari tepi bagi sokongan kat kawan-kawan dia yang tengah ada latihan netball.. Siap dia pergi kat kawan dia and cakap 'u can do it' gitulah lebih kurang cerita dia.. Kadang bila Kak Pilla tunggu dia balik sekolah selalu Kak Pilla marah sebab kenapa keluar lambat sangat???? Mama dah tunggu lama dah ni, kang nak balik masak lagi, jalan jam kalau kita lambat balik.. Rupanya dia duduk tepi padang tengok kawan main netball.. 

Banyak kali dia minta nak masuk netball tapi Kak Pilla cakap tak boleh.. Cikgu pun ada panggil Kasih ajak masuk netball balik.. tapi Kasih cakap mama tak bagi.. Oiiii malunya kat cikgu huhuhu.. Bila kasih hint-hint pasal netball aku tak layan... dan dia pun dah tau Kak Pilla tak bagi so dia buat tak tau tapi aku tau dia kecewa tu.. Last year kot dia main wakil sekolah ke apa tah, sampai ke sekolah lain pun dia pergi main jugak.. berjanggut aku tunggu dia 3 jam kat bus stop sekolah hahahahha.. Dia terlalu suka netball sampai kadang bila tengok kat 'search hashtag' kat ig pun dia tengok international netball player semua pasal netball huhu.. Tapi korang tau lah kan aku jenis keras hati, bila aku cakap No memang No lah jawapan dia.

Tapi lepas dengar taklimat tu rasa kesal dalam hati.. Kenapalah aku halang-halang sangat minat dia.. So terus jumpa cikgu kat bilik guru semalam.. hahahaha.. mengadu dekat cikgu yang aku nak Kasih masuk balik netball.. aku tak tau sekarang dia masuk sukan apa.. tapi rasa ko-kurikulum dia pilih bola tampar kot.. cikgu cakap takpe, balik nanti tanya Kasih dan suruh Kasih jumpa cikgu yang incharge Netball cakap nak join je netball.. Fuh lega sikit hati..

Semalam masa amik dia balik dari sekolah aku terus cakap kat dia.. "Kasih, mama ada benda nak cakap, mama bagi permission Kasih masuk balik netball tapi kena promise, jangan abaikan study untuk UPSR ni"..

Dia terlopong terus dari seat belakang dia peluk aku sampai tercekik mak hahahaha.. Dia cium-cium satu muka cakap "Betul ke ni mama? betul ke??? Thank you mama" Haishhh habis muka aku kena cium.. rimasss hahahahah.. ko tak belajar lepas ni siap yeeeeehhh...

So itu jelah nak cerita.. kadang dalam hidup ni kena consider jugak minat anak-anak kita.. Belajar tu belajar lah jugak.. tapi biarkan dia aktif benda-benda yang dia suka.. Kehidupan dan akademik kena balance.

Oh lepas tu masa jumpa cikgu Sains kat sekolah tu dia tanya nama anak siapa ya.. Aku cakap lah Kasih Aleeya.  Dia cakap "Ohhhhh saya ingat.. murid saya tu.. saya tak lupa sebab dia je yang buku teks ada tulis Hari"

 Hahahah now aku apply benda ni dekat Amaani pulak.. Dah confirm je jadul waktu memang aku akan buat macam ni sebab aku tak kuasa ye nak susun buku sekolah dia asyik nak refer jadul waktu sampai lunyai.. Dari zaman Kasih aku buat camni.. Nak susun senang, amik je ikut hari, as long as jadual tak berubah.. now dah cerdik sikit, tulis dengan pensil je.. nanti jadual berubah boleh padam je tulisan kat sticker tu ;)

Ni susun buku KAFA semalam.. pun banyak menyenangkan kerja aku hahahhaha.. 

So korang boleh cuba jugak cara ni ok?

Sekian, ntah bila nak update next entry pulak.. doakan sis rajin ya.



Love, 
Filla.

Kaler Baru keluar lagi!!!

$
0
0
Assalamualaikum..

Harini nak announce korang dah boleh dapatkan colour baru Matte Lip Cream dari Fame Cosmetics.

Kita start jual bermula hari ni tau..


 Wild (RM29)

 Rusty (RM29)

Kaler tak matte lagi dah snap pic hehehe.. so sebenarnya dia akan matte lagi dari gambar di atas ya.



So itu je perkhabaran dari Kak Pilla harini.. Rugi tak dapatkan kaler ni sebab Fame Matte Lip Cream ni laku keras ya.. Stokis restock selang sehari sebab habis dah di pre-booked.. Lagi-lagi dua kaler baru ni.. 

Boleh visit dan follow kami di:



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 013-3760466


Love, 
Filla.

CITRA EMBUN, Projek baru by SERI PAJAM.

$
0
0
Haritu Kak Pilla sempat lah menjejakkan kaki ke show unit Citra Embun projek Seri Pajam Development Sdn. Bhd. di area Pajam.  Tak jauh pun dari rumah Wan kat Enstek tu..

Bab pegi tengok show unit ni memang Kak Pilla happy sangat nak tengok.  Seri Pajam memang property developan yang terkenal dengan affordable single-storey terrace houses sampailah ke projek rumah bungalow yang ada di Pajam, Nilai, Sepang, Seremban dan Senawang.

Kali ni Citra Embun pula yang berkonsepkan Town Villa (3 dan 5 Storey) freehold strata.  Keluasan dari 956sf - 1,317sf dan bermula dari harga RM250,000.  Pitam harga semurah ni dah tak dapat ye... 

Citra Embun ni ada Block A,B,C,D dan E.  So total ada 5 blocks semuanya dan yang bestnya kawasan perumahan Citra Embun dilengkapi dengan landscape yang modern dan akses yang mudah seperti KTM station, LEKAS highway yang kurang daripada 2 minit sahaja.  Yang penting lepas kerja balik rumah tak de traffic jammmm.  Balik rumah happy je nak drive :) 

Kalau kita nak shopping pun senang je sebab dekat dengan speedmart99, Tesco, Giant, KLIA, Mitsui Outle Park dan lain-lain.  Wowwww sangat.. Pastu soon AEON akan masuk kat Nilai jugak.  Cuba imagine, masa tu harga property market akan naik lagi kot.. Tadika, Sekolah dan University pun banyak pilihan untuk ibu bapa.  Senang sebab banyak institusi untuk pembelajaran ada berdekatan kawasan ni antaranya INTI University / Nilai College University / Nottingham University pun dekat dengan Citra Embun project.


Selain dari tu terdapat 4 Concept Parks sesuai untuk kita beriadah bersama keluarga.  Reacration area pulak sangat luas meliputi 80,000 sq.ft.  Takde bersesak-sesak di kawasan perumahan sendiri.. rasa lapang dan tenang boleh bawak anak-anak ke parks yang disediakan.

Selain dari tu disediakan juga track untuk berjogging.. tak perlu keluar dari kawasan perumahan.. jogging dalam kawasan Citra Embun je.. best kan? Now nak jogging sorang-sorang kat taman-taman luar tu pun seram dan rasa tak selamat je.. Sini lagi best.. tak yah nak bawak kereta.. pakai je pakaian sukan dah boleh start jogging.. dah penat terus balik rumah ;)

Citra Embun juga menyediakan Yoga Alcove,
BBQ Pit, Gazebo, Eco GYM
.. Rekaan modernnya juga menyediakan 4 Concept Parks seperti Into the woods, The Terrace, Hanging Garden, Edu-ture Lane... Best sambil berjogging dan beriadah kita boleh mendapat ilmu antara ibu bapa dan anak-anak.. tak payah susah-susah nak keluar dari kawasan rumah.. Segala-galanya yang cantik, moden, mesra alam sekitar semua ada di sini.. 

Jom Kak Pilla bawak you all kita tengok show unit Citra Embun ni. 


Ada beberapa jenis rumah yang berkeluasan berbeza-beza dan pastinya harga pun berbeza.  Rumah ni dilengkapi dengan 3 Bedrooms dan 2 Bathrooms.

Dari pintu masuk..

Rumah ni cantik dan moden.. Kak Pilla kalau pilih rumah dan tentu akan cari yang ada balcony.  Lemas rasa kalau rumah takde balcony.. Boleh lepak-lepak dengan husband sambil hidangkan kopi ngan cekodok.. Romantiknyeeeeeee...

Wow Atok feeling hehehe.. Luas jugak balcony ni.. Citra Embun menitik beratkan persekitaran yang mesra alam.. So pasti menghijau je mata memandang duduk kat balcony ni..

Ni kawasan dapur.. Ok, ni lagi satu paling penting untuk mencari rumah idaman.. Kak Pilla akan pilih rumah yang dapurnya selesa, luas dan kemas.. Sebab kita sebagai wanita ni memang ke dapur je lah kerja nak masak untuk keluarga.. Citra Embun memang faham naluri wanita.. dapur dia soooo spacious ;)

Susah sekarang nak cari rumah yang dapur dia besar macam ni.. senang nak bergerak kalau nak masak ;)

Ni lagi satu yang buat Kak Pilla jatuh cinta.. kat pintu dapur tu keluar terus ke yard dan yard dia besarrrrrr!!!!! Bestlah untuk kita letak washing machine, mop, penyapu, baldi hahaha.. sebab benda-benda tu semua kita kena sorok, nanti sakit mata tengok dalam bilik air ada segala mop, baldi, peralatan membasuh lantai, sabun cuci.. not nice okayy.. So boleh lah kita hias cantik-cantik kat yard ni..

Kira bentuk macam L lah dari pintu dapur.. terus dan belok sikit ke kiri.. best kannnn?

Ada satu bilik air bersebelahan dapur.. 

Master Bedroom attached dengan Master Bathroom.

Sebenarnya, master bathroom bahagian kiri senanglah tu.. Bagus sebab ada privacy area.

Bedroom 1


Bedroom 2

Yahoooo luasnya bilik kanak-kanak ni.. Dekorasi yang bijak sebab dia design katil di tingkat atas macam ni so anak-anak ada ruang untuk bermain.. Mak ayah pun seronok sikit nak teman anak bermain sebab ruang ni spacious.


Dining table pon centre.. Mudah nak ke dapur, hall atau bilik.  Wan berpusing-pusing round rumah ni dan cakap geram gerammmnyeee.. Cantik sangat rumah ni.. susun atur pun bilik, dapur dan hall pun cantik.. boleh beli untuk investment ni.. Zaman anak-anak kita nanti ntah berapa juta lah pulak harga rumah.. So ada duit sikit silalah melabur dan beli rumah :)

So good luck guys, belilah propeties dengan bijak.. Citra Embun ni salah satu projek perumahan yang berbaloi-baloi kalau nak beli.



Kalau nak tengok segala maklumat tentang Citra Embun jom click link di bawah:


Ramai orang datang ke Seri Pajam Development Sales Gallery ni untuk mengunjungi "Citra Embun Private Preview"

Jangan lepaskan peluang ni!! Hubungi Seri Pajam Development untuk maklumat yang pantas di talian 067581988 atau email : marketing@seripajam.com.my





Love, 
Filla.

Nasi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock

$
0
0
Semalam pening kepala tak reti nak masak apa... Bila tanya Pak Radie confirm dia akan cakap apa-apa jelah.. So semalam Elly suggestkan masak Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock.. Aku pernah makan sekali, macam nak meletop bibir sambal belacan dia power betul.. 

So okay jugak tu, kerja pun senang hehehe.. Ni versi mudah je kalau korang nak buat ;) Kalau korang follow ig @fillanie lagi senang tengok Kak Pilla tunjuk kat ig stories tu.. hehehe

Bahan A
Ayam dipotong kecil (ikut suka)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit kacang panjang
1 bawang besar holland (kulit orange tu)
5 tangkai cili padi merah

Bahan B ( sambal belacan )
segenggam cili padi merah (campur hijau sikit pun boleh)
1 ketul belacan dah dibakar (size ibu jari)
3 sudu cuka makanan
secubit garam
2 sudu gula
2 sudu perahan limau nipis (limau kasturi pun boleh)

Cara-cara:
Panaskan minyak.. minyak biar lebih sikit dan panaskan dulu.. sambil tu gaulkan ayam tadi dengan kunyit dan sedikit garam.. Pastu terjunkan dalam kuali masak hingga keemasan.. Kemudian tak perlu angkat ayam tu.. terus masukkan kacang panjang, bawang besar dihiris ring dan potongan cili padi.. Agak-agak bawang dan kacang panjang tu dah layu boleh angkat dah toskan.. kemudian hidang kat pinggan... siap!!

Untuk buat sos dia senang je.. guna blender.. campak semua Bahan B tu.. dan blenddddddd.. tak perlu nak campur air ya sebab dah ada cuka tu.. Kak Pilla masukkan perahan limau tu last sekali masa dah masuk dalam mangkuk.. perahkan limau dah kacau rata.. Siapppp!!


 Ayam lagi best campur je tulang-tulang macam ni.. boring asyik makan yang isi dia je.. kalau ada tulang sedap nak gigit-gigit.. dan jangan lah potong ayam halus-halus bebenau.. nanti dah goreng secotet je jadik dia.. so potongan tu agak-agak ya.. 

 Ko jangan bawak main yeee.. cili padi merah ni berdesing pedas dia.. boleh bengkak bibir.. so agak-agak lah ye.. time makan tu titis-titis try dulu jangan cedok terus lambak atas nasik.. dijamin bengkak lah bibir kau.. tak dapek den nak nolong...

 Berdebar-debar masa tunggu Pak Radie suap dalam mulut.. Dia tu omg so poyo.. selalu cakap dia tak kisah.. tapi mimik muka tu ko boleh tau sedap ke tak sedap masakan kita ni.. bisa bikin guwe sentap.... Nasib semalam dia cakap sedap tapi sambal belacan membunuh hahaha terkeruk-keruk kepala dia sambil makan hahahaha... 

Syarat wajib ialah makan panas-panas wajib tuang kicap... Ni sebungkus RM5-6 hinggit.. Masak sendiri lebih jimat :)

Harap mudah paham cara Kak Pilla buat Nasi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock.  

Selamat mencuba ;)




Love, 
Filla.

KENDURI AKIKAH ANAK PEEJ.

$
0
0
 Dalam seminggu sebelum majlis akikah ni kitorang dah terslurp-slurp dah asyik membincangkan lauk apa untuk kenduri.. hahahahaha 

Akhirnya Peej pilih lauk seperti di bawah ni.. Memacam ada, segala rojak buah, air, ada kambing golek, bubur kacang kot, roti jala kuah kari dan lain-lain dah tak ingat dah..

Peej pon buat majlis kecil-kecilan tak ajak semua.. jemput keluarga terdekat, aku and Elly dan kengkawan baik dia MRSM kot dengan kawan BBGS dia.. sebab tiap kali kenduri akan jumpa muka yang sama jugak sampai aku dah kenal dah few kengkawan Oling.

So tanpa melengahkan masa jom kita tengok.

Pitam asyik  makan je..

 Kambing ;)

 dan rojak buah..

Lawa baju Hannah kan? Baju ni pun kelam kabut teman Peej carik kat Parkson Setapak Central tu.. Nasib ada yang berkenan..

 Masa datang aku ngan Elly perati je si Konah ni hah kemain orang dukung dia.. Ai is jeles u know? Eksyen ko yer Hannah??? Dulu mommy Pilla dukung kemain cebik-cebik lagi.. Mommy Elly pun terima nasib yang sama masa datang sekali tu dia cebik and nangis.. ni orang lain dukung kemain melentok-lentok.. Siap ko kejap lagi..

Pastu Hannah ngantuk tertidur.. Tak dapatlah kitorang dukung.. takpe kita makan dulu.. Lepas makan aku dengan Elly masuk dalam buat-buat nak tengok Hannah tidur.. pastu kitorang bercuit-cuit.. "usik je Hannah tu.. kuis dia.. jap gi mesti bangun".. Hahaha matiklah kalau mak dia tau ni hahahaha..

Pastu seperti di ramalkan, Hannah Cikonah pon bangun hehehe... slow-slow kitorang dukung dia.. jangan ko menjerit sudah.. Amazing tak nangisssss!!!!

 Wow penuh kasih sayang hahaha

 Nak bagi hannah ketawa ni bukan senang ya.. Elly tukang geletek.. aku tukang snap gambar hahaha.. dapat gak satu kemain maneeeessss macam gula.

Pastu apaknya si Ben sibuk nak amik Hannah... Aku dengan Elly bangkang sekeras-kerasnya.. "Nooooooooo"!!!! Cannottttt!!! 

Terkebil-kebil Ben terus keluar muka sedih hahahahaha.. bagi chance sikit yerrrr..

 Macam sesuai je Elly ada anak kecik kan?.. Sila cuba sis, masih belum terlambat hahahah

Hannah kesayangan semua... Why so serious Hannah??? 

Semoga Hannah membesar jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat,.. jadi anak yang baik dan sentiasa sayang Daddy and Mommy Hannah ok..

Thanks Oling and Ben.. jemput kitorang ;)


Love, 
Filla.

BIBIK KU.

$
0
0
Rasanya aku jarang cerita pasal bibik kat blog heheh.. update blog pon tak, ada hati nak cakap x pernah cerita pasal bibik hahahha..

Meh aku cerita dari first bibik aku dulu.. Masa zaman aku 4 years back macam tu still boleh uruskan sendiri.. Setahu aku now dah tak boleh, now kena melalui agent sah yang ada syarikat maid kat sini.. Makan belanja RM10 and above kot.. So aku bersyukur jugak part tu sebab aku still sempat buat cara amik dan urus sendiri.

Ingat lagi masa tu aku sarat mengandung Aleesya.. Dah pernah cakap kat Pak Radie dulu.. anak ketiga aku memang memerlukan helper sebab aku tak mampu nak handle semua sendiri... So jumpalah sorang 'agent' ni aku tak recommend sebab aku pun hampir tak dapat maid tu.. tapi korang taulah Pak Radie ni sampai ke lubang cacing dia boleh carik orang yang buat pasal ni hahaha..

So back to the story, aku dah deal dengan agent ni untuk dapatkan sorang maid ni.. Dia bagi gambar lain, sampai pulak orang lain hahaha.. Dengan perut sarat lagi sebulan nak bersalin kot, aku pergi jugak jumpa agent yang dah siap bawak maid ni.. OMG tua gila kot hahaha.. tapi kat passport dia umur lebih kurang baya Pak Radie.. tapi lantaklah janji ada..

First time jumpa kat kedai makan masa tu.. bibik ni tunduk je tak bercakap.. Pastu bawaklah dia balik kat rumah.. Kasih dengan Amaani dua-dua cannot accept hahaha.. Diorang macam ngeri je hahaha.. agak scary kurus dan tak banyak cakap.. Tapi perghhhh rajin gilos.. hahaha.. tekejut ahkak dia bersihkan toilet bersinar-sinar putih melepak dinding.. Pak Radie pun ternganga tengok sebab kitorang sental pon tak leh jadi putih camtu.  Apa benda dia pakai ni sampai bersinar-sinar bilik air.. tu belum lagi mop lantai.. belah atas rumah tu aku nampak dia bersihkan guna kain basah.. tak guna mop ya.. bersih.. pastu lipat kain pun gempak gila.. susun cantik je lipatan dia..  Tapi masa tu aku cuit Pak Radie, apa ni gantung kain good morning kat bahu.. itulah ko lap pinggan, itulah ko lap dapur hahahah.. omggg terus aku tegur.. lap pinggan guna kain lain.. jangan sangkut kat bahu,

Pastu dia tak reti makan sedap-sedap.. mungkin dia tak biasa sebab dia terlalu susah kat sana.. so makanan dia suka ialah ikan bilis, ikan masin.. pastu dia akan makan kat dapur.. duduk kat kerusi ikea kecik tu.. pastu dia makan mengadap pintu dapur huhu.. Pak Radie cakap oiihh ni kalau turun kul 2 pagi nampak plak orang tengah makan mengadap pintu mau pitam ni hahaha..

Aku ingat lagi aku drive balik dengan anak-anak balik sekolah.. masa tu hujan.. bibik dah siap tunggu dengan payung kat depan rumah.. masa tu Kasih tidur kot dalam kereta.. dia siap dukung kasih dengan payung.. hari-hari dia akan tunggu depan rumah sampai aku balik.. tak suruh pun hahahah..

Dia kerja dengan aku dalam 10 hari je kot.. sampailah time Pak Radie pegi imigresen dan kantoi dia consider "LARI" dari majikan lama kat Penang tahun lepas macam tu.. so dah black list dan tak dibenarkan bekerja di Malaysia.. Masa Pak Radie call bagitau aku hampir pitam.. huwaaaaaa cemana ni? so tarik nafas jap.. fikir apa nak kene buat ni..

Aku dah bincang dengan Pak Radie dan mak and mertua aku jugak... Agent gila tu call memang dah tak nak angkat.. sakit hati ahkak tau.. cemana nak dapat ganti? duit aku camne?? So Pak Radie tu bijak sikit hahaha.. dia whatsapp agent tu cakap dia nak maid 2 orang untuk kakak dia.. urgent.. duit semua dah ada ni tinggal nak bagi kat agent je... Wow dengan pantas agent jawab "Ok" so mari jumpa.

Malam tu aku panggil bibik tu duduk jap aku nak bincang.. ingat lagi nangis kot aku malam tu.. biasalah ai kan emo lagi-lagi sarat mengandung masa tu.. Aku cakap aku dah mula suka dan percaya dengan dia.. tapi aku tak sangka yang dia dah kene black list sebab lari.  Dia explain cakap dia memang pernah kerja kat Penang tapi dia minta balik kampung sebab saudara terdekat meninggal dunia.. dan majikan still pegang duit dia dalam rm1k-2k kot tak ingat.  tapi dia tak sempat balik ikut date yang dia janji dengan majikan dia.. so itu cerita dia lah..

Malam tu aku bagi dia duit gaji dia selama 10 hari kerja dengan aku, dan aku bagi jugak dia duit lain sebab sedih kot.. Wan pun bagi jugak.. nangis dia.

Masa jumpa agent tu Pak Radie tak bawak dia turun hahahah.. dah ntah apa dia sembang pastu baru amik bibik bawak kat agent tu.. nganga jugaklah dia hahahah... Pak Radie bisinglah cakap kenapa tak check dulu maid ni boleh kerja ke tak kat Malaysia.. bla bla bla dia janji akan ganti maid baru dalam masa 2 minggu.

Aku redho je lah sebab aku tau agent ni memang pandai janji je.. tapi nak buat cemana? duit dia tak leh pulangkan.. so aku berpegang jelah pada janji dia untuk bagi maid baru.  Aku berdoa hari-hari mohon kalau aku dapatlah maid seperti yang dijanjikan, aku mohon biarlah dia orang yang baik, orang yang akan sayang anak-anak aku sepertimana aku sayangkan anak-anak aku.. Kalau takdir aku takde rezeki pakai maid, aku akan hantar anak aku ke nursery, dan merangkak lah ko buat kerja rumah tu Pilla hahah..

Cukup sebulan kot aku bersalin, bayang maid pun takde.  Nasib aku tak meroyan hahahaha.. Tetiba je dia call cakap maid dah ada.. Dia akan hantar sendiri ke rumah aku.. Eiii berdebar-debar ni..

Dipendekkan cerita maid pun sampai.. Wow muda.. Nasib aku lagi lawa kahkahkah.. yang aku geram, si agent ni (indon) cakap dia akan tidur kat rumah aku sebab nak ajar maid ni sikit-sikit apa dia perlu buat sebagai maid.. Eh? bukan aku ke yang kena ajar dia kerja rumah? Sukati kaulah labu.. Pagi tu kelentang kelentung kat dapur aku.. Eh? Siapa suruh diorang masak pulak ni? without my permission?

Then aku turun tanya kenapa masak? Dia cakap nak ajar maid ni.. Erghh apa-apa lah.. pastu agent tu pun balik.. dan bermulalah hidup aku dengan bibik dari detik tu hingga kini.

Aku masa tu still berpantang so katil aku kat bawah.. hari pertama tu bibik duduk je kat tangga mengadap aku.. OMG apa dia ni mengadap aku pulak sambil duduk.. jadi kekok aku time tu.. pastu aku ajar dia nak handle baby cemana.. dia cakap dia dah biasa, dia ada 2 anak perempuan ;)

Seminggu tu aku perati je perangai dia.. Dia jenis makan banyak gila tekejut ahkak nasi macam gunung hahahah.. pastu relax je bawak makanan naik atas makan dalam bilik.. pastu aku tegur elok-elok cakap makan kat dapur jangan makan dalam bilik nanti bilik berbau aku tak suka.  Bibik tak reti masak sebab kat sana dia selalu beli lauk je dan masak nasi.. "Di sana kalau masak mahal puan,. lebih jimat jika lauknya dibeli aja"

Ok slow-slow aku train dia masak yang basic-basic ni.. Alhamdulilah bibik ni fast learner.. Bibik ni belajar pandai, kira habislah sekolah.. dan pernah kerja part time kat mall.. maksudnya dia jenis modern lah.. boleh mengaji and matematik pun terror.

Bukan bibik ni sentiasa positif je.. ada lah yang buat aku marah sampai nak hantar dia balik Indon dah time tu.. Tapi masalah dapat diselesaikan.. dan Alhamdulilah dah masuk 4 tahun bibik dengan kitorang.  Aku bersyukur sangat-sangat sebab dia tak memeningkan kepala aku dan aku happy dia ada dalam family aku.. Aku dah anggap dia macam family dah sebab dialah orang yang besarkan anak-anak aku bila aku takde.. Bila aku banyak urusan, outstation, event ke apa.. dia lah yang aku harapkan untuk tolong tengok budak-budak ni dan tolong masak.. Oh aku tak cerita ya.. bibik terror gila dah masak.. kalau korang rasa dia masak memang tak leh beza masakan ai ke dia hahahha... sup ayam, masak lemak cili padi, asam pedas, kari, masak berlada, spaghetti.. eh semua dia terror lah.. nasi lemak, nasi ayam pon dah ala master chef hahaha.. siap hiasan ko mampu?

Dan dia dulu bukan tak suka masak, tapi masa kat tempat dia.. barang basah mahal tak mampu nak beli.. Sekarang ko jangan main-main, siap ada buku resepi ya.. aku masak pelik-pelik je laju dia catit hahahah.. paling sedap dia punya sambal ikan bilis kering + kentang hiris nipis-nipis tu.. ranggup je.. so terror.. aku pon tak kuasa ya nak goreng kentang nipis-nipis tu.. lambat.. aku kalau buat buat kentang potong wedges jeh sudah.. ai tak de tahap kesabaran hahaha..

But still macamana pun bibik dah pandai masak, bila aku ada tetap aku akan masak.  Bibik tolong keluarkan barang je.. petang je aku sms dia cakap nak masak apa, then dia dah tau dah apa bahan-bahan kene ready kan.. wow Chef Wan sangat perangai ko Pilla.. bahan semua dah siap ye.. ai akan turun masak je hahahahha... Syukur ya Allah.

Sayang betul bibik kat Aleesya especially.. sebab Aleesya baru sebulan kot masa dia sampai.. dia selalu cakap Aleesya ni mukanya lain dari Kasih ngan Amaani.. Aleesya ni itulah inilah.. ewaahhhhh dia tak nampak mata aku dah keatas ni.  Aku selalu tanya budak-budak ni ada tak bibik cubit? bibik marah? bibik pukul?  Semua jawab takde pun mama.. Mama je selalu marah.. bibik tak pernah marah.. omg hahaha, ai takpe ye, ai mak. hehehehe..

Bibik senang sikit sebab dia jenis tak makan malam.. dia cakap kalau dia makan malam dia lagi gemok dari sekarang.. apa-apalah bik... so kerja aku pun senang.. lauk aku masak untuk makan malam dia akan simpan utk dia makan esok.. Aleesya dah take turn dengan Amaani.. sebelum pergi sekolah akan order kat bibik nak makan apa.. bibik akan jawab "Okkk siappppp!!!" heheh

Ni kat ig Wan.. bibik buatkan cekodok Bak Wan Medan nama dia.. aku happy sebab tiap kali Wan dengan Atok datang tido kat rumah.. esoknya kadang bibik siap buat breakfast.. kadang mihun goreng.. ni masa dia buat cekodok aku takde.. aku gi Kedah so Wan ngan Atok tido rumah mintak tolong uruskan budak-budak sekolah.. nanti bibik dah siap masak..

Apa lagi yang aku nak? Alhamdulilah doa-doa aku dimakbulkan.. she might not be the best maid in the world, tapi aku lebih dari bersyukur ada dia.. at least bibik sayang anak-anak aku, bibik pandai masak.. sikit lebih kurang mana yang aku rasa perlu ditegur aku just tegur elok-elok.. sometimes aku bagi dia baju-baju aku yang aku tak nak.. baju aku yang aku suruh dia bawak balik bagi kat anak-anak dia.. kalau pergi overseas or outstation aku tak pernah lupa belikan something untuk bibik sebab aku dah anggap dia part of family aku dah.. raya aku bagi duit raya, bonus and duit raya untuk anak-anak.. Ai is cannot sebab kita ada anak-anak juga.. besarnya pengorbanan dia berjauhan dari anak-anak demi mencari rezeki untuk sekolahkan anak dan tanggung perbelanjaan anak-anak dia.. kalaulah aku ditempat dia, aku tak mampu kot nak buat.

Yes aku akui aku orang yang cerewet.. garang sometimes.. bibik pun tau tu.. aku bukan jenis moody, tapi aku jenis kalau aku tak berkenan aku akan terus cakap aku tak suka, dan mungkin cara aku macam kasar hahahahah... tapi pernah lah luahan hati dengan bibik.. "Kamu rasa saya garang ke bik?" "Ya kadang-kadang, tapi dah lama, saya dah faham puan, Puan tu kalau marahnya sebenter aja, tak berpanjangan.. saya tak kecil hati, sebab memang saya yang salah" "Sama macam puan marah budak-budak ni saya selalu tengok, puan garang tapi marahnya tak lama.. marahnya yang betul sebab salah".

Sama jugak kalau petang-petang aku tengok bibik pakai seluar dah nak naik ke lutut.. aku tak pandai bebel.. tapi aku turun dari kereta je terus sound "seluar pendek sangat ni, malu kat jiran depan".. tak sempat dia jawab aku dah masuk dalam.. tu maknanya aku tak suka apa dia buat.. kadang nak ajak dia keluar.. dia turun-turun baju atas bontot.. "baju pendek sangat ni, nampak bontot, gi tukar".. terus aku blah hahahaha.. kebil-kebil bibik tu gi tukar baju.. sapa suruh hahaha dah banyak kali cakap pun buat jugak.. kalau iron baju aku macam tak iron.. aku tak marah, tapi aku pegi balik "bik baju ni gosok tak? macam tak gosok" aku letak baju kat iron board, then aku pegi.. hahahah kejam ke?

Aku ni jenis tak reti sembunyi-sembunyi, bermuka manis kat orang tapi hati di dalam sakit.. aku tak pandai.. Biarlah orang cakap aku takde hati dan perasaan, aku lebih selesa dari jadi orang yang hipokrit.  Aku rasa aku tak boleh dengan orang ni aku akan elakkan dari berkawan dengan orang-orang ni.. better like that.. aku marah aku cakap aku marah, aku tak suka aku cakap aku tak suka.. aku bukan jenis pandai bertanya khabar sana sini dan menjaga hati orang sana sini.. aku tak pandai.. tapi deep in my heart aku je yang tahu.  Sama macam aku dengan mama, ayah, abang aku.. aku tak reti nak call cakap rinduuu rinduuuu.. Nooooo tak reti.. hahahah.. tapi aku lah paling sayang kot kat diorang semua..

Aku tahu banyak pengalaman orang kat luar sana yang dapat maid tak seperti yang diimpikan.. Sebab tu aku terlalu takut untuk letak high expectation dalam apa-apa hal pun.. aku berserah, berdoa sehabis mungkin.. mungkin rezeki aku... Berbuat baiklah kita dengan orang lain, nescaya orang akan berbuat baik kepada kita.. Tapi kalau sebaliknya janganlah salahkan takdir, janganlah salahkan Allah SWT sebab tak makbulkan doa kita.. ada kurang kat mana-mana mungkin.. dan perancangan Allah tu yang terbaik.. setiap sesuatu tu mesti ada sebabnya..

Ok tu je cerita bibik ai harini.. bukan memuji sebab manusia bisa berubah hati.. bimbang hari ni aku puji melambung esok lusa lain jadinya..  tapi cukuplah aku post entry ni sebagai menghargai jasa-jasa bibik dahulu hingga saat ini dia elok dengan aku.. masa depan kita doa banyak-banyak semoga semuanya baik-baik aje.. wow #doayangbaikbaik katanya... Lopattah sangat ni hekhek..

Till we meet again :)






Love, 
Filla.

IBU TAK SEMPURNA.

$
0
0
 Hari ni Kak Pilla nak share kisah Kak Pilla sebagai ibu.. Namanya entry luahan perasaan heheheh... I emo ya harini so nak luahkan kat you all kalau sudi dengar dan share... 

Sometimes Kak Pilla confuse, Kak Pilla ni ibu yang perfect ke tak perfect?  Orang mungkin nampak Kak Pilla macam ibu yang perfect kan?  Selalu sediakan macam-macam untuk anak, selalu pastikan masak makanan sedap untuk diorang.. tapi realitinya Kak Pilla terpaksa kerja dari Isnin hingga Jumaat.  Subuh gelap dah keluar dari rumah.. petang balik rumah kelam kabut masak.


Dari ruang social media menampakkan kelengkapan diorang cukup dan hidup diorang selesa tapi realitinya Kak Pilla sibuk bekerja di luar demi mereka.  Weekend selalu ada events yang Kak Pilla kene attend.. Kadang Kak Pilla kena outstation untuk promote business pulak.

Terus Kak Pilla terfikir.. untuk menjadi ibu yang perfect memang bukan perkara yang senang.  Kak Pilla guilty sometimes..

Bonding time tu kurang sebenarnya.. Kadang diorang nak bercerita.. Kak Pilla bukan tak dengar.. Selalu memang dengar tapi kadang-kadang otak fikir benda lain.. selepas hari yang panjang dari event, Kak Pilla rehat sekejap dan teringkat kena update social media terus tak faham diorang cerita apa.. Bila tanya balik, semua dah merajuk :(

Anak perempuan 3 orang bukan senang nak jaga.. Semua sensitif dan kuat merajuk.. Post gambar ni kat instagram, Kasih pulak merajuk.. Kenapa takde gambar dia.. Erkkkk.. How how how???

 Bila rapat dengan Amaani, Aleesya pulak merajuk... "Mama ni asyik dengan Ami je, jangan cakap dengan Icha lagi.. mama tak sayang Icha"

Muka Icha merajuk la tu.

OMG how? Nak kerat 3 ke badan ni?  Kak Pilla seriously cuba berlaku adil tapi tetap gagal.. 

Ada sekali kisah ni Kak Pilla tak pernah cerita kat blog.. Amaani ada rakam video kat ipad dia tengah main-main dengan Aleesya.. Lepas tu dalam video tu dia marah Aleesya dan tak sengaja dia tolak Aleesya jatuh terlentang ke belakang.. Then Kasih datang tunjuk video tu kat Kak Pilla.. Berhenti kejap jantung Kak Pilla tengok video tu.. Kenapa tolak Aleesya jatuh sampai macam tu???? Terus pandang muka Amaani.. 

Kak Pilla tak marah dia.. cakap elok-elok dengan dia "kenapa Amaani tolak adik sampai macam tu?"  Dia terus menangis.. tapi dia menangis ketakutan.. menggigil-gigil badan dia dan dia berundur ke belakang sambil peluk tubuh menangis.. Kak Pilla cuba nak dekat dengan dia.. tapi dia takut.. makin lama dia makin berundur sampai dah takde ruang dia nak pergi..

Huwaaa Kak Pilla tak pernah pukul anak-anak ni.. Kak Pilla cuba nak slow talk dengan dia supaya jangan buat macam tu lagi sebab bahaya.. Kak Pilla tak sangka Amaani menangis ketakutan macam tu.. Kak Pilla pegang tangan dia sejukkk menggigil.. Kak Pilla memang kesal dia buat adik macam tu.. tapi at the same time Kak Pilla nak bagitau dia buat macam tu tak elok.. Malam tu dia tidur sambil menangis.. Kak Pilla datang slow-slow cuba nak peluk dia..

Kak Pilla cuba usap kepala dia.. Kak Pilla bisik kat dia "mama sayang Amaani.. mama sayang semua anak-anak mama.. mama tegur Amaani sebab apa yang Amaani buat tu salah.. mama takut nanti Amaani buat kat kawan-kawan"

Seminggu Kak Pilla rasa bersalah sangat.. Tapi Amaani dah ok.. dia faham teguran Kak Pilla.  Tengok muka mereka gembira kat sini siapa sangka Amaani sedih sebelum ni kan?  Tapi semuanya dah okey sekarang, Kak Pilla pun lega sikit.

Bukan senang nak menjaga hati anak-anak ni.. Bukan senang untuk jadi ibu yang perfect..

Dasyat kan sebenarnya ibu nak bahagi-bahagikan kasih sayang.. Macamana Kak Pilla cuba untuk jadi ibu yang terbaik pun, tetap akan rasa gagal juga.

Kak Pilla akui apa yang kita tonjolkan di social media tulah tanggapan orang kat kita.. Bagus Kak Pilla ni rajin masak, rajin kerja, rajin itu, rajin itu ini, padahal hahahahhahah... Social media ni biasalah, semua yang sedap dipandang mata je kita akan share.. yang tak best tu tak share pulak.. Realiti kita jarang share sebab rasa terlalu privacy atau pun sebenarnya sebab tak best nak share hahaha.. 

Haritu Kak Pilla ada ternampak satu video menarik tentang Mamee Monster Biskidz.  Bila Kak Pilla tengok video ni terus tersentap hati.  Bila difikirkan balik, betul juga Biskids ni.  Memang tiada ibu yang sempurna pun di dunia ni.. so don't worry you are not alone... Kak Pilla pun tak sempurna, sama je dengan ibu-ibu lain.  Kak Pilla pun ada jugak try bagi anak-anak makan biskut tu.  Biskutnya nipis je so mudah lah anak-anak nak mengunyah sambil tunggu Kak Pilla nak masak..

Mujurlah ada Mamee Monster Biskidz ni.. Semua anak-anak Kak Pilla suka :)  Tiap petang balik dari kerja Kak Pilla akan bagi upah biskut ni sementara Kak Pilla sibuk siapkan makanan untuk dinner.. Tak yah risau sebab Mamee Monster Biskidz ni mengandungi DHA dan vitamins yang baik untuk anak-anak.. Ada 3 perisa iaitu Coklat, Seaweed dan Milk. 


Kak Pilla nak share dengan you all video by Mamee Monster Biskidz ni...  Thank you sebab memahami situasi ibu-ibu ni.. Rupanya Kak Pilla tak keseorangan.. Semua mesti anggap Kak Pilla sempurna pada social media ni kan tetapi ingat bahawa realiti Kak Pilla tak banyak perbezaan dengan ibu-ibu lain.

Ia mungkin kelihatan sempurna dalam gambar, tapi semua ibu tetap akan rasa imperfect.  Hanya ingat reality dengan social media mungkin sangat berbeza, jadi kita sebagai ibu akan melalui fasa ini bersama-sama.  Rasa lega sebab Kak Pilla ni ibu yang normal sama macam ibu-ibu yang lain jugak.

Kak Pilla nak nominate 3 orang bloggers untuk share cerita diorang kat blog masing-masing dengan hashtag #ImperfectMOMents.. sebab Kak Pilla nak jugak dengar dari you all cerita ibu tak sempurna.. 3 orang yang Kak Pilla teringin nak dengar stories dia tu ialah:

1. Moon
2. Tina
3.  Peej

 Semua 3 orang ni ialah ibu-ibu.. Perfect tak? hahah jom share cerita jom ;)

For more infos boleh visit www.facebook.com/MameeMonsterBiskidz


Love, 
Filla.


ROBI SI ROBOT COMEL.

$
0
0
Siapa suka Robot angkat tangan.  Masa Kak Pilla bawak balik kotak-kotak Robi ni melompat-lompat anak-anak semua.. Masa tu jugak diorang suruh assemble benda tu.. Hoihhhh sabar yaaaa.. benda macam ni kena tunggu Papa sebab mama kurang pandai >___<

Tapi bila baca pasal Robi ni macam menarik je.. Robi ni bukan robot biasa ya.. Robi can talk Manglish (Malay / English)  Robi can talk, sing, dance dan macam-macam lagi.. bukan setakat tu, Robi ni ada lebih kurang 250 phrases dan boleh berinteraksi dengan humans.  Eh Chinese also can.. Wow hebat ni robot leh bercakap.

Robi ni sebenarnya dari teknologi Japan dan so canggihhh...

Ada berkotak-kotak yang dalam dia ada part-part Robi untuk kita assemble kan.. siap ada instruction so jangan risau.

So canggiih... Anak Kak Pilla walaupun semuanya perempuan, tapi diorang tetap happy dapat pasang robot ni sama-sama..

Boleh nampak muka masing-masing excited sangat... Kelam kabut memasing terpaksa Kak Pilla tenangkan diorang supaya sabarrrrr sabarrrr kang hilang salah satu part tu pitam kita semua.. 

Fuhhh nasiblah Papa korang ada boleh tolong settlekan bab-bab assembling robot ni.. Kak Pilla bukan tak reti hahaha.. tapi maybe yang boleh settle within 1 jam akan menjadi 3 jam hahahahah..

Icha pun sibuk kemain confident lagi dia..  Dia lah paling terror sibuk nak tolong heheheh

Kalau budak lelaki ni tak tau lah diorang punya excited macamana agaknya dapat buat Robi nie..

Kasih pun ada sibuk nak tolong papa jugak.. Tengok Aleesya tu kemain lagi dia hahahaha... well memang fun assembling Robi dengan family macam ni.. Kalau tak tu.. lepas makan terus naik atas memasing dengan urusan memasing.. susah sangat nak berkumpul macam ni.. Good job semua hehehee..

Robi ni available di 7-Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jasons Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH, myNEWS.com, Pansing, Popular, RadioShack, Times, WHSmith, FPX payment (through website)

Kak Pilla nak invite you all semua bawak anak-anak sekali confirm anak-anak akan teruja nanti.. Jom datang roadshow Robi ni pada 10th-12th March 2017.

Launch Event Dan Roadshow

Date : 10th-12th March 2017.


Venue : One Utama (High Street)


Jangan lepaskan peluang untuk lihat 100 Robis yang akan perform and ddance in sync to music.. Now pun dah boleh bayangkan 100 ketul Robi menari ikut rentak lagi.. Hebat sangat ni.. Ada banyak lagi activities yang akan dianjurkan masa Event tu nanti.. korang akan berpeluang untuk interact dengan cik Robi kita, ada customized games for parent and child, ada Robi giveaways, Robi balloons giveaway dan Robi merchandise jugak!!! Seronok kot anak-anak kalau dapat bawak balik Robi merchandise ni.

Jom tengok jugak video Robi ni:





For customer support information / General inquiries
03-2168-3738 (Mondays to Fridays, 9am - 6pm)

Email
service@deagostini.my




Love, 
Filla.

TRYPOPHOBIA.

$
0
0

Semalam borak dengan Pak Radie pasal satu penyakit phobia yang dinamakan Trypophobia.  Sebab laki aku pun ada phobia benda ni jugak hahahahah... 

Aku tak tau selama ni sebab biasalah dia kan eksyen mana boleh dia tunjuk ketakutan dia.. Lepas tu aku tau pun sebab Peej phobia dan laki aku pun sama hahahhaha.. apa lagi ni lah time nak serang dia heheheh.. 

Bila aku post satu video yang muka dia lubang tu bergerak-gerak tu ramai pulak yang comment cakap nak muntah, geli, meremang bulu roma, seram,, berdiri bulu tengkuk dan macam-macam lagi.. So aku kaji sikit apa Trypophobia ni.


Ini salah satu gambar yang orang-orang yang ada Trypophobia tak boleh tengok.  Kita yang tak de phobia kepada benda berlubang ni tengok macam takde memberi apa-apa kesan pun.  Tapi tak bagi diorang ya.. 

So semalam aku interview Pak Radie, apa dia rasa kalau tengok benda-benda macam ni? Dia cakap dia tak leh tengok sebab dia rasa meremang bulu roma hahahahah.. semalam kelakar.. aku tunjuk kat phone gambar macam ni.. masa tu tengah lepak kat kedai mamak.. terus dia meremang-remang.. padahal tertengok pun sekali imbas je hahaha.. tetiba dia tekibas-kibas tangan dia.. eh tu kalau aku rasa lipas terbang kat aku.. aku akan tetiba panik sengsorang terkibas sana sini padahal mana ada lipas.. so itu apa yang dia rasa.

 Contoh haritu dia ada tengok kat channel apa tah pasal ikan.. tetiba ikan tu ada banyak telur.. so english kata 'repeated patterns' 

Dia geli and tak leh tengok.. 





hahahahah jahat eh share gambar banyak-banyak? Peej baru masuk ni and nampak benda ni terus dia "Apa kau niiiiiiiii... tak suka lahhhh"

Hahahhaha aku nak print besar-besar letak kat tepi Pak Radie and tepi Peej.. hahahahaha.. 

So siapa ada Trypophobia ni jangan risau sebab ramai yang phobia.. Kendall Jennar pon ada you alls... Tapi rasanya kalau korang biasakan diri tengok benda ni lama-lama akan kurang kot phobia kepada benda berlubang ni.. Eh pepandai je kau Pilla hahhahaha..

Ok itu sahaja entry ai hari ini.. see you soon.


Love, 
Filla.

COLLABORATION FAME COSMETICS DAN NUEX ROSLI

$
0
0
Assalamualaikum :)

Ada dekat sebulan ke tak update blog? So sorryyyy Kak Pilla busy sangat.. Sampai ada lah anon yang komen kata Kak Pilla sengaja buat entry Trypophobia tu lama-lama supaya orang tak masuk blog ni.. siap Good Job.. hahahha lawak tak? Chill sudah, jangan stress.. Takde Kak Pilla nak lari mana, dugaan cabaran tu kena hadapi..

Ok abaikan dia.. now nak cerita Event Fame x Nuexrosli hari Selasa haritu.. Alhamdulilah event berjalan lancar dan berjaya.. Konsep Fame dari dulu kitorang nak semua orang happy... sebab kitorang pun jenis happy.. So takde itinerary bagai ya.. semuanya spontan dan semua sporting dan gila-gila kat event tu.. Siap tarik-tarik orang menyanyi kat depan.. siap kitorang buat cabutan untuk 5 prizes.. So memang pecah perut masa tu.. Siapa yang nama dipanggil tapi takde kat tempat duduk sebab keluar ke toilet atau lepak luar memang kitorang kira ramai-ramai sampai 10.. hahahah siap bergendang bagai diorang.. memang meriah gila.. Pastu buat best dress jugak.. so pilih 5 orang dan kena catwalk kat depan.. terbahak-bahak riuh rendah sampai waiter kena tutup pintu takut ganggu orang lain hahhaha

Event berlangsung di Ciao..

Tujuan event ni diadakan of course untuk perkenalkan kepada lebih 40 orang Make Up Artist (MUA) terkenal Malaysia dan few social media influencers tentang collaboration antara Fame Cosmetics dan Nuex Rosli.

Nuex Rosli adalah antara MUA lelaki yang terkenal di tanah air.. sentuhan dia sangat magic.. Dari pemilihan warna semua Nuex yang pilih.. So terhasillah Code Audrey dan Code Riri.

Left : Code Audrey
Right : Code Riri

Terhasilnya dua warna pilihan Nuex Rosli ni sebab dia nak semua jenis warna kulit sesuai pakai dua warna ni.. Dia sebagai makeup artis tau masalah kebanyakan wanita atau client-client dia yang berkulit agak gelap.. Memang susah nak cari warna lipstick yang sesuai.. kalau pakai Nude nanti muka macam orang sakit.. pakai merah kang seram pulak.. So memang Audrey sesuai untuk yang berkulit hitam manis sebab tak terlalu pucat.. still ada warna yang menaikkan seri kepada si pemakai.. Untuk code Riri yang agak gelap pulak memang sesuai sebab warna tu membuatkan si pemakai kelihatan yakin dan seksi.  

So meh Kak Pilla share dengan you all warna dari Code Audrey dan riri ;)

 Left : Audrey
Right : Riri

 Riri

 Audrey

 Riri

 Audrey

 Audrey

 Riri

 Riri

 Riri

Jap selingan.. seksi terus muka kannnn... ala-ala dramatic gitu.. terus feeling Rihanna gittew.

 Ari - Syedewa - Erinleola


 Riri

 Left : Audrey
Right : Riri

 Riri

 Nuex - Syazreeyana - Leen Zakaria

 Makeup Retis tersohor bernama Peej Burhan.. hehehehe

 Kak Pilla dengan bulu mata bak penyapu.. makeup retis tepek 2 bulu mata bertingkat sbb nak bagi mata nampak besar hahahahah.. *dilemasimatasepet*

 Kak Elly pakai code Audrey

 both are wearing Riri

 in Audrey

Riri

Audrey

Audrey..  nampak tak? Kalau kulit cerah pakai Audrey or Riri pun takde masalah.. Tapi kalau kulit gelap pun now dah takde masalah.. Audrey and Riri pilihan Nuex Rosli terbaik untuk semua skin colour.

Nisa Kay in Riri

Audrey

Audrey

Audrey

Sorang kulit cerah, sorang hitam manis.. Dua-dua ni pakai Code Audrey.. lawa kannnnn..

Kak Elly in Audrey

 So inilah dia Nuex Rosli

 Sedikit ucapan dari Kak Elly

All in Audrey and Riri ;)


 Thanks semua yang menjayakan Event Fame x Nuex Rosli ni.. Happy dengar Fame Cosmetics ternyata pilihan MUA Malaysia.. Ada yang cerita kat Kak Pilla.. bila diorang ni makeup kat artis-artis tanah air, lepas dah pakai few hours, Artis-artis ni akan tanya balik ni lipstik apa? Siap mintak kat MUA hehehehehh.. maka menangis lah mua terpaksa bagi Fame diorang kat artis hahaha..

Majoriti suka Fame Matte Lip Cream sebab seriously 'ringan' dan langsung takde rasa sticky bila ketap bibir.. and of course harga sangat affordable.. MUA yang duit dah berkepuk pun nak Fame walaupun diorang lebih dari mampu untuk beli international brand ;)

Oittt gambar banyak nak share lagi yang bukan event pulak.. 

 Ni model photoshoot Fame haritu.. kulit gelap dan dia mengadu susah gila kulit dia nak match dengan mana-mana kaler lipstick.. tapi bila try Collection FamexNuexrosli ni dia suka gilaaa kot.. siap melonjak bila kita bagi dia lipstick ni.. Thanks kerana telah menyelamatkan kami yang berkulit tak cerah ni Kak ;)

 Nuex Rosli makeupkan Ayda Jebat

Eyeliner : Fame Cosmetics
Lip : Code Audrey FamexNuexrosli

Code Riri

Code Audrey

 Fame X NuexRosli

Harga cuma RM45/pc.. Stok untuk FamexNuexRosli adalah untuk one time production sahaja.. Licin so memang tiada ulangan.. Stokis tak putus-putus restock so kalau habis sila jangan meratapi di bucu katil.

Whatsapp : 0133760466



 






Love, 
Filla.

FAME COSMETICS TU JUAL APA???

$
0
0
Maybe reader dan follower dah memang tau apa tu Fame Cosmetics.. Dah tau dah jual apa kan? Tapi mungkin ramai yang dah confuse sikit... Berapa banyak warna Matte Lip Cream dah Fame Cosmetics ni jual?  Berapa banyak produk dah diorang ni ada?  Aku pernahlah try matte lip cream dia.. tapi yang lain tak sure apa lagi yeh diorang ada???

So meh usha sikit bawah ni.. mana tau ada yang berkenan kat hati korang ;)

Dulu kita pernah bawak masuk dua warna Limited Edition for Autumn Collection.. Dalam satu set tu ada dua warna iaitu Glam dan Topaz.. Dua warna ni ramai yang PM, DM dan Whatsapp cakap tolonglahhhh nak lagi kaler ni.. kenapa berhenti jual???? MUA pun semua gila dua warna ni hahahah.. Nama pun Limited Edition kan.. so very limited lah penjualannya pun.  Setelah asakan demi asakan yang nakkan dua warna ni kembali.. Kita decide untuk bawa masuk kembali tapi kali ni dijual secara loose.  Dan kita decide hanya satu warna yang akan join kekal dalam Fame Cosmetics Matte Lip Cream.

Topaz akan kekal dalam family Fame ;)  Tapi Glam kita jual juga tapi while stock last.. Kalau habis memang ampun dan maaf tiada lagi untuk anda..

TOPAZ and GLAM

 For limited time only!!! RM29

 Topaz akan kekal ada... So dah boleh dapatkan sekarang.. Only RM29.

 Code Glam

Left : Glam
Right : Topaz

Left : Topaz
Right : Glam


__________________________________________________________


Ok habis kisah Glam dan Topaz.. Now kronologi seterusnya.. wow kronologi hahahahah... Baru-baru ni kita come out dengan satu lagi projek.. Kali ni collaboration Fame X Nuexrosli.. Siapa Nuex?  Nuex ni famous MUA kat Malaysia.. Dari pemilihan warna semua Nuex yang pilih based on kerjaya dia sebagai MUA yang memang pakar dan tahu citarasa wanita Malaysia dan apa yang dia rasa cantik dipakai oleh wanita yang berkulit cerah mahupun gelap.

So dua warna ni (RIRI dan Audrey) adalah warna selamat untuk semua tone kulit ;)

Sila baca sekali caption kat sebelah gambar ye.. so Kak Pilla tak yah explain lebih..

Pemilihan dua orang model yang berkulit agak gelap.. Tetap terserlah dengan dua warna pilihan Nuex Rosli.. 

Left : Audrey
Right : Riri

Riri - RM45
Audrey - RM45

Masih dijual sehingga stok habis.. Stok limited sila dapatkan sekarang :)

______________________________________________________________________

Ok kita ke kronologi seterusnya hehehe

Baru-baru ni juga kita dah keluarkan 2 lagi warna baru untuk join family Fame.

WILD and RUSTY

Dua warna fast selling sebab nampak vogue gitew.. Wild sesuai digayakan untuk wanita yang berani dan inginkan kelainan dan nampak klasik.  Sesuai juga untuk menghadiri makan malam glamour gitus.  Wow ayat macam ayat magazine hehehe.. 



Rusty antara warna selamat.. Warna selamat memang ramai suka sebab kita ni rakyat Malaysia memang suka yang selamat je hhahahahaha.. 

Kalau korang tengok model pakai nampak macam shining and glossy tu disebabkan lighting dalam studio.. sebenarnya dia akan matte in few seconds untuk lighting biasa ;)

Kalau ada antara you all nak beli tapi tak pasti Fame ni ada berapa kaler sebenarnya???


Kita ada :
RM29
Candy
Nude 
Desire
Party
Fuschia
Gossip
Violet
Wild 
Rusty
Topaz
Glam (while stock last)

RM45
Audrey (Fame x Nuex) - Limited time
Riri (Fame x Nuex) - Limited time

_________________________________________________________________

Kita ke kronologi seterusnya ;)

Selain tu kita juga ada Fame BB Cushion.. Now dah ada 3 code.. So dah takde masalah warna tak sesuai dengan kulit :)  RM55 each.

 Baca caption kat tepi gambar untuk tahu kebaikan Fame BB Cushion

_________________________________________________________________________

Next kita ada Fame Eyeliner dan Fame Mascara.. Harga of course mampu milik.

 Orang suka Fame Eyeliner sebab harga mampu milik iaitu RM29 sahaja.. Jenis liquid dan paling senang untuk melukis line.. sangat sharp dan tak smudge.  Paling best sebab eyeliner kita very black dan mudah dibersihkan.. 

 Mascara Fame cuma berhaga RM45 sahaja.. Packaging yang sempurna dan menjadi kegilaan MUA juga sebab sangat affordable dan dari fiber yang berfungsi untuk melebat dan memanjangkan bulu mata.. Selain dari tu.. Mascara Fame mudah dibersihkan, tiada comot-comot macam panda lagi... Nak solat pun rasa yakin sebab senang dibersihkan..

Alhamdulilah itulah produk-produk yang ada di bawah jenama Fame Cosmetics..
InshaAllah soon kita akan keluar satu lagi produk yang best!!!! Tunggu tau..



So pilihlah nak yang mana dan boleh dapatkan dari Agent-agent kami diseluruh negara termasuk Brunei dan Singapore jugak..  Boleh follow ig agent kitew @agentfame

IG : @fame_cosmetics 
Facebook : Fame Cosmetics HQ

Untuk maklumat lanjut boleh whatsapp Fame Cosmetics di 013-3760466




Love, 
Filla.

PERCUTIAN KELUARGA KE PD.

$
0
0
Ingat tak kisah Kak Pilla, Kak Elly and Kak Peej bawak family bercuti kat Port Dickson.. Hahhaha punya lama dah kisah tu.. Sebenarnya percutian tu tak dirancang.. Rasanya tetiba je cakap "Hoiii penatttt kerja, asyik fikir Fame, Ellfie semua, nak rehat please!!"

Tetiba sorang jerit "Apa kerjaaa??? PD jom, 3 hari 2 malam, ada brani?" Masa tu rasanya hari Rabu.. dan Jumaat kitorang pergi hahahahah.. Kerja book hotel macam biasa diserahkan kepada PA hebat siapa lagi kalau bukan Kak Pilla muahha.. Laju je aku book.. sebab diorang ni tak boleh, kang tetiba "Eh cancel lah"

So bersiaplah kitorang Jumaat tu lepas solat Jumaat baru semua gerak dari rumah memasing.. Jumpa terus kat Avillion sana..

 Ni jelah seketul gambar yang ada sebelum bertolak.. Now umur dah macam ni, memang pemalas nak beria bergambar berselfie bagai.. macam buang tebiat plak hahahahha

Kejatahan social media yang lain seperti FB dan IG segala ig stories, videos semua tu membuatkan blog seperti dipinggirkan.. Buat haters sorry i tak update blog sampai u meroyan.. ni haters ke hapo??? hahahha benci, hina kutuk bagai, tapi ternanti-nanti ahkak update blog.. acaner tuh.

Kali ni booked water chalet yang dekat dengan beach.. 

 So lepas budak-budak berendam kat swimming pool, terus singgah beach dekat dengan bilik ;)

 Anak-anak aku dengan anak-anak Elly memang jenis malu ke apa.. tak reti borak and bercakap.. Mak dia mulut macam bertih, anak senyap pulak.. Tapi Amaani and Aleesya ok je dengan Ameera.. Sebab Yaya dah remaja sikit.. 

Tapi masalah pulak bila Ameera selalu gang dengan Amaani.. tapi Aleesya jealous.. hahahha.. berebut-rebut nak jalan pegang tangan dengan Ameera.. Ameera selalu lari pegi kat Amaani kalau swimming ke apa.. Nanti Aleesya jeling tepi je terus sentap dan melayan perasaan swimming sorang.. 

 Ni budak yang semua orang kena dengar cakap dia.. semua kawan dengan dia tak leh kawan dengan orang lain.. Ameera dengan Yaya kena dengan dia je... Eh kakak-kakak sendiri ada dia tak heran ya.. heran dengan kakak-kakak lain pulak.. *matakeatas*

 Malam tu macam biasa ke restoran seafood kegemaran.. Pantai Ria.. Eh betul ke tu nama dia? Pon sama gambar makanan takde hahahaha.. betul lah kalau dah umur camni, blog pon dah 12 tahun lama dia.. terus malas nak amik gambar.. nak cerita apa pon penat.. Rasa macam percutian kena nikmati betul-betul.. kena spend time betul-betul dengan family and kawan-kawan.. dah takde dah percutian gambar kene meletop sebab nak update belog hehehe.. 

Tapi percutian kali ni memang betul-betul dapat rehat.. Kitorang terlalu penat menguruskan Fame dan Ellfie so rasa kena refresh balik.

 Lunch pulak.. Pak Radie dengan anak-anak tak join makan sebab diorang swimming.. Gilo anak aku paling terror takde rehat langsung.. Pitam Elly ngan Peej tengok diorang tak reti penat.. 

Dah kenyang perot mak dia.. terus balik hotel.. tunggu anak-anak and laki balik baru orderkan diorang room service je.. Pastu keluar balik sambung swimming.. huhuhuuu

Aku ni nasiblah ada laki yang betul-betul boleh melayan anak-anak, so amat bersyukur kat situ.. Terus aku fikir, kalaulah aku sorang je nak bawak budak-budak ni bercuti.. Mau bergaduh kot suruh naik.. Aku pulak jenis cepat panik.. Asal diorang mandi laut je aku tak senang duduk ya tepi pantai tu.. Sentiasa rasa takut kalau laki aku tak perasan ombak kuat ke apa.. Teruk sangat imaginasi.. Pak Radie menyampah je nak layan tahap saiko aku.. dia buat tak tau je.. kongajo sangat ni hahaha

 Peej banyak lepak dalam bilik sebab memula ingat Hannah tak leh kena panas nanti naik rashes kat muka, kat belakang... 

Rupanya bila time balik tu tengok balik, ni bukan ruam ni.. Ni demam campak ni Peej.. Wan (mak aku) pon tengok cakap ni confirm campak ni..

 Malam tu join buffet je.. Kemain berbakat sis Elly kita.. anak lelaki sorang boleh lagi ni muahahahhaha

 Ni lah dia anak-anak kami.. Anak Peej dalam bilik muahahah.. Elly kena gerak terus sebab anak-anak ada aktiviti gym.

Wan pulak ajak singgah dah alang-alang balik tu lalu je kat Enstek tu mama masak sikit.. Yes jom.. Peej pon tak pernah datang lagi Enstek tu..

Adoiiiii tengok ni lapar balik cissssss.. Thank you Wan, tak sihat sangat kaki and pinggang pun boleh masak.. Bibik banyak tolong jugak.. Eh gambar pulut kuning dengan rendang tak de sini.. tu yang sodap tuuu...

Lepas semua kenyang tu, suruh Peej balik dulu sebab Hannah tu kena bawak gi klinik.. Kitorang lepak sampai petang then terus balik rumah dengan hati yang gembira..

So itulah happy endingnya percutian kami.. Ada rezeki kita cuti lagi ;)

Tata..




Love, 
Filla.

TEMPAT BEST MAKAN DAN LEPAK DI PUTRAJAYA

$
0
0
Baru-baru ni kitorang menyinggah jap kat Ayer 8 Putrajaya.  Siapa tak tau sila waze kat sini ada banyak kedai jual shawl, tempat lepak makan pun best sebab view cantik mengadap tasek putrajaya.

Baru lepas amik Kasih baru lepas training netball hari Sabtu petang kot masa ni.  So dah dia pun memang lapar marilah kita pegi carik makan jap kat Ayer 8 tu.. Pernah pergi sekali je masa emergency cari tudung biru untuk kelas Kafa Amaani haritu.. 

Tengah lalu tu nampak ada Shell Out.. Macam menarik je? So mari kita try tengok apa yang ada.  

 Kalau teringin nak try dan baru first time tak tau nak order apa.. Marilah kita amik yang package je senang.. Dah lah aku bukan reti nak pilih sauce apa, tahap spicy keberapa.. Just tanya orang tu je sauce apa sedap? tahap pedas apa yang best dan masuk akal? hahahah.. Portion dia tak besar mana dan harga agak pricey sikit.  Untuk kitorang berlima (actually 3 jelah kot) sebab Amaani dengna Aleesya tu bukan makan sangat pun.. So kita amik package ni.. Apa tah nama dia tapi harga dalam RM150 - RM180 kot sebab air dan nasi harga asing kot.. Hoi kalau ala-ala shell out kat Belanga opis Fame kat Setapak sana tak sampai RM50 hahaha.. Tapi tulah ni rasa dia jauh lagi sedap lah.. rasa nak sedut-sedut je segala cengkerang yang ado.. hehehe

Ni belum ko amik lobster.. kalau lobster punya set dalam RM400 kot satu package untuk 4 orang camtu.. 

Dah kenyang budak-budak ajak turun bawah nak tengok-tengok sebab nampak ada macam kereta berhias.

 Budak-budak happy lah sebab ada jual belon ni.. Mainlah korang puas-puas.. Ada tempat sewa basikal jugak.. sewa ala-ala beca pun ada.. Rasanya kalau malam lagi happening kot? ke tak? hahahha

Lupa pulak nak snap pic view depan ni.. Depan tu lah ada tasek terbentang luas cerah pandangan gitchuuuuu.. 

 Pak Radie dengan anak-anak daranya.. Kadang aku rasa aku terlalu depend sangat kat dia ni sebab bab-bab macam ni memang aku banyak bergantung lah kat dia ni.. Kalau pegi hotel ke swimming pool ke memang dia boleh layan dari pagi buta sampai ke malam pun dia suka je layan budak-budak.. Kalau harap mak kau ni memang bosan lah kehidupan korang hahahah.. So thanks Pa sebab jadi "papa pilihan" hahahha.. 

Dengan haku sekali dia paksa naik basikal.. Pastu saja nak buat mengah-mengah macam angkut kayu balak.. berani yeh tak menjaga hati isteri??? 

So itu je nak cerita, kalau dah sangap dan bosan boleh lah turun Ayer 8 ni.. Papa Rich pon ado jugak kat sini.. 

Bye..



Love, 
Filla.

FAMILY

$
0
0
Selamat Berpuasa semua :)

Heheh dah masuk hari ke 4 puasa baru reti nak update blog.. Dah takde nak meriah lauk pauk buka kat sini heheheh.. Ni pon nak cerita entry sebelum puasa.. 

Selalunya nak cari time yang semua free susah sikit.. Kena set betul-betul baru jadi.. Nak keluar makan dengan mama ayah tetaplah aku kena fikir kat mana nak pegi.. Memula ingat nak gi concorde dah siap booked.. Pastu masa dia call balik untuk confirmation tu Jalan kat KL tutup so dia kata kena naik train pegi concorde tu.. Eh malas. Nak mengangkut budak-budak tu lagi.. tak kuasa. So mari kita cancel.. Last-last kita makan kat Pavillion je senang boleh jalan-jalan sikit..

 Makan kat Tony Roma's senang.

Dah sama bulat pipi we olls heheh.. Sedih Wan kurang sihat sekarang ni.. Kaki Wan sakit bila pijak sampai ke pinggang.. Dah lama dari sebelum Wan gi Umrah haritu.. tapi baru ni the worse lah.. masa keluar ni ok je.. Dah buat MRI dah baru ni dan memang ada masalah slip disc macam tu rasanya.. Doakan Wan cepat sembuh ya..

 Kasih je takde time ni sebab dia ada Netball friendly match kat Singapore.  
Kenyang sampai termengah.


 Pak Long ni jarang jumpa dia.. Kalau tetiba ada hal kita main whatsapp je.. Ni jelah seketul abang yang aku ada.. 

Dah sudah makan kita jalan jap.. tak ke mana pun.. sebab lepas tu aku nak balik umah Mertua pulak kat Shah Alam.

 Pak Long belanja ice cream.

 Papa tolong snap gambar.. Atok tengok apa tu tokkkk.. hehehhe... So itu jelah kisah aku dan family kecilku.. doakan semua baik-baik je dan Wan cepat sembuh.. 


Pasni kalau rajin kita menyusul ke entry lauk buka puasa ok.. 





Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live