Quantcast
Channel: The Kasihs
Viewing all 940 articles
Browse latest View live

LAUK BERBUKA.

$
0
0
Day 1, buka puasa kat rumah Wan.. tapi lapar sangat tak snap gambar pun.. Wan duduk kat depan kuali letak kerusi.. Sian Wan.. 

So ni lauk buka puasa Day 2

 Bayam

 Ni curik lauk Wan.. Wan masak lebih pastu Wan simpan supaya senang bila nak buka ke nak sahur Wan boleh makan dengan Atok.. so Wan bagi ni sebekas.. Daging masak lomak cili api..

 Dari haritu Pak Radie teringin nak makan Yong Tow Foo.. So dapatlah dia carik jugak haritu..

 Kak Pilla goreng bayam, goreng ikan dengan goreng karipap je.. hhahahaha nampak je macam meriah kan? meriah sebab Pak Radie rajin membeli dia angkut anak-anak dia so ni semua anak-anak yang nak.. kata dia lahhhhh huhu.. otak-otak tu favourite Amaani..

 Haritu angkut semua sekali dengan bibik sekali gi tarawih.. Dah pesan kat Amaani dengan Aleesya kalau penat boleh duduk kat belakang sikit sebab kat situ luas.. Icha solat sebelah Kak Pilla.. sebelah dia pulak Amaani.. Eh amazing sangat ni habis 8 rakaat sunat tarawih dia buat.. tiap kali bagi salam je aku tanya, ok tak? nak buat lagi? kemain angguk hahahha.. ok jommm... Amaani lak serba salah muka dah letih tapi bila tengok adik semangat terpaksa dia ikut jugak hahahhaah.. 

Day 3
 Semalam masak Asam Pedas Ayam letak bunga kantan.. pastu celur sayur buat sambal belacan, rebus telo asin.. tu je lauk Kak Pilla.. Sekali Pak Radie balik kemain plastik kiri kanan tangan..

Huwaaaa apa banyak sangat lauk?? Dah beli murtabak tak yah lah roti john??? Dia cakap "Awak sebut-sebut nak murtabak kan? roti john ni pa punya" Ok, habiskan ye.. tak habis siappp!! segala kek batiklah, popia sira.. tepung pelita 9 ketul huwaaaaa.. masak lomak cili api dua jenis, keli dengan daging salai.. sib baik habis.. aku paksa dia makan nasik sahur tadi.. terkulat-kulat muka dia makan nasi hahaha.. sebab dia kurang sikit makan nasi time sahur.. 

Bagus lain kali beli banyak-banyak lagi.. 

Hari ni takut memikirkan apa lagi yang dia bawak balik huhu.. 

Love, 
Filla.

RESEPI KARI IKAN TONGKOL (BUKA PUASA DAY 4)

$
0
0
Wow nampaknya bulan puasa Kak Pilla mengganas update blog hari-hari heheheh.. Ni pun tak tau lah tahap rajin dia boleh bertahan ke tak..

So dah masuk lauk berbuka Day 4.. Semalam gi pasar nampak ikan tongkol macam sedap je.. Seumur hidup tak pernah Kak Pilla beli pun ikan tongkol ni, bukan apa, sebab tak reti sebab tongkol ni kan ada dua jenis.. takut terbeli yang isi keras tu.. Tapi geram ikan ni fresh kat pasar.. Murah pun murah.. baru RM17 / kg.  Kalau ikan merah, jenahak semua tu RM40/kg kotttt.. Hoi apa ke mahal benau barang basah sekarang ni?  Kembung pun RM22/kg rasanya.. Udang XL tu RM39/kg.. Haritu sampai cecah RM40 keatas kot.. Rasa macam nak jadi nelayan je tangkap ikap sendiri :(

Eh sorry merepek.

Haritu Wan pun try gak beli tongkol ni dia buat masak kari.. Huishhh sedap pulak tu yang nak try buat sendiri jugak.. Usha gak resepi sana sini.. So Kak Pilla buat style Kak Pilla.. Kalau nak ikut jommm.. 

Bahan Tumis
 - 1 biji bawang merah (dihiris)
- 3 biji bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia dihiris
- 1 bunga lawang
- 3 biji bunga cengkih
- 2 tangkai daun kari
-1 sudu cili kering blend
- 3 sudu besar serbuk kari babas dibancuh pekat dengan air panas

Bahan masak
- 3/4 keping ikan tongkol
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam
- secubit ajinomoto (kalau nak)
- terung / bendi
- 1 biji tomato dibelah 4

Itu je punnnn.. senang kan? Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia.. dah agak layu, masukkan cili kering blend.. tumis hingga garing then masukkan paste kari.. dan masukkan daun kari.. dah garing boleh masukkan air asam jawa dan ikan.. pastu sukat lah air banyak mana yang patut bila dah mendidih boleh letak santan (kotak) dalam 1/3 cawan..siapa suka lemak lebih boleh letak lebih.. masukkan garam dan aji..bila dah nak siap masukkan terung dan tomato.. dah nak masak tu silakan tutup api.. 

Senang je kannn?

Ok next dah nak buka tu Kak Pilla goreng sayur pulak sebab tak lengkap kalau takde sayur.. Kak Pilla memang suka sayur so bila takde rasa sedih pulak hahahahha.. 


Petang tu Pak Radie bawak budak-budak ni gi Pasar Ramadhan mana tah dia cakap dekat je.. nak jalan kaki.. Hambikkkk hujan lebatttttt... Bawak payung seketul.. Maka bermain hujan lah budak-budak tu.. Aku risau Amaani je.. dah lah dia puasa, badan halus.. takut dia sejuk menggigil kelaparan pulak... Tapi balik tu ok je mandi semua dan masih bertahan lagi ;)

 So ini hasil membeli.. Aku cakap kat Pak Radie "ni mesti awak yang nak ayam ni kan???? 

Laju je dia cakap "taklah, Kasih yang nak"

Yang Kasih pulak cakap "Dah papa tanya, Kasih nak ni?? Kasih cakap bolehlah, pastu laju je papa beli"

Biasalah papa memang suka je tak mengaku hehehe

 Aku pun tak paham kenapa tiap kali buka dia kena beli popiah sira tu.. aku tak berapa suka.. dia dengan Kasih je pun yang suka... 

 Ni pun dia nak beli huwaaaaaa.. Alasan dia budak-budak ni yang nak sebab ada Angry Bird.  Leh caya ke??? 

 Ulang tayang masak kari den.  Eh sila percaya ikan tongkol sedap okayyy.. cari yang badan dia ada corak bintik-bintik tu.. tongkol hitam kot nama dia... kalau tak reti, tanya je abang pasar, "ni tongkol hitam yeh?" kalau dia tipu nasib kau lah labu hahhaha

 Ni ulam lebihan bukan puasa lepas.

 Uiii ikan masin talang tu power.. kalau masak kari kena lawan dengan ikan masin or telur masin baru power heheh.. Uiii kau pilla, kalau bab makan semua kau terror hihihi.. 

Ramai tanya alas meja ni..Ada yang ingat ni meja (table top).. heheh takdelah, ni kain langsir kat ikea, suruh dia potong untuk size 6 seater meja makan.. pastu jahitlah keliling.. Ikea pun ada tempat boleh tempah jahit keliling tu.. 

Last gambar si tukang masak.. Kot-kotlah ada yang windu kittewwww.. kahkahkah... 

Sekian, rasa-rasa nak masak nasi lemak pulak lah buka hari ni.. Dasyat kau pilla, baru pukul 7:45 pagi uollssssss hahahaha..


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 5 2017

$
0
0
Wowwww ada lagi entry hihihi... Sila support sis ya.. Berbuka kali ni ajak Wan dengan Atok datang umah.. Nasiblah Atok tu slow-slow pergerakan dia pun dia rajin jadi driver Wan.. Kesian Wan tak leh jalan sangat sebab sakit tu.. Pegi Pasar Ramadhan pun terpaksa Wan tunggu Atok dalam kereta je.

Kalaulah rumah aku ni besar ada banyak bilik, ada bilik bawah yang selesa katil dia dah lama aku heret Wan dengan Atok duduk umah aku je.. Ni kalau tidur rumah kadang Wan suka tidur kat bawah tu alahai sofa aku tu bukan selesa pun untuk tidur.. 

Bulan-bulan puasa ni asyik terpikir je apalah Wan ngan Atok berbuka ni?  Wan tak leh berdiri lama.. duduk lama pun tak boleh.. berjalan pun bila pijak kaki tu bisa.. dah buat MRI tu tulang belakang dari L1-L5 tu cuma L1 je yang ok.. L2-L5 rosak.. tapi paling teruk yang hujung sekali L5 tu.. Patutlah Wan sakit.. siapa yang ada masalah slip disc then taulah apa benda sakit ni.. So now Wan tengah belajar macamana nak handle sakit tu.. Doakan mak saya sihat ya.. I cannot tengok dia jalan slow-slow berpegang kalau jalan tu.. Wan tu kan jenis aktif ligat ke hulu ke hilir now kena slow dah.  Kesakitan penghampus dosa semoga Wan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

Ok cerita bab berbuka semalam.. Syukurlah Pak Radie tak berjaya beli banyak makanan semalam hahaha.. Dia cuma beli air teh bunga, popiah basah, puteri berendam dengan karipap je.. Dia cakap banyak dah tutup.. kuih dia tak masuk dalam gambar hahahha..

Semalam awal pagi lagi aku dah teragak nak makan nasi lemak.. Lagipun fikir budak-budak ni memang favourite diorang nasi lemak ai masak.. wowwww tu lah seronok jadi ibu ni.. sebab always mom's cook is the best hehehe.. walaupun takde lah sedap mana.. tulah mak dan anak.. (selain paksa diorang cakap sedap) muahhahahah

 Jangan pelik kenapa ada celery, ni dah 3 hari berturut ada atas meja hahaha.. selagi tak habis kita harus keluarkan letak atas meja :)

 Wan datang bawak ni.. Nama dia Acar Rempah.  Aku pun tak tau apa ni.. sebab selama dengan Wan tak penah pulak dia masak ni.. Rupanya dia pun baru try hahaha.. Tapi Wan tu try apa first time tu dah sedap.. Dia cakap orang dulu-dulu selalu masak ni.. Kira lauk orang kampung lah.. Masak benda ni semua ada bawang merah potong kasar-kasar, bawang putih sebijik-sebijik.. ntah apa lagi aku tak tau.. pastu goreng ikan tenggiri gaul dalam ni sekali.. Tapi aku takde ikan tenggiri so aku goreng ikan tongkol.. Pastu Wan suruh panaskan kat kuali gaul ikan tu sekali dengan acar ni.. dia cakap orang dulu-dulu suka masak ni sebab boleh tahan 2-3 minggu.. Borak dengan Peej, Peej google kata ni makanan orang Melaka.. no wonder lah hahahhaa..Jangan tanya resepi sebab ai tak tau.. sila google.


 Simple je semalam tapi happy berbuka ramai-ramai.. dan tiada pembaziran.

 Gambar last tetap gambar tukang masak.  Pagi ni kelam kabut terjun katil sebab terlambat bangun.. makeup kat office je.. Lipstick kita code Gossip from Fame Cosmetics.. Blusher kitew yang belum launch lagi tu.. Fame Cushion Blusher huwaaaaa so in love dengan cushion blusher ni.. ada bau cherry sweet-sweet gitu dan senang pakai.. x yah nak hangkut brush lagi.. tepek-tepek je Korea terus hehehe.. Soon ya, dalam next week korang dah boleh dapatkan.  Sementara tu boleh follow ig @fame_cosmetics atau FB Fame Cosmetics HQ untuk tau bila boleh dapatkan.

Sekian, Tata.


Love, 
Filla.

RESEPI AYAM MASAK HALIA BERSAMA CENDAWAN (BUKA PUASA DAY 6 2017)

$
0
0
Sebenarnya dah 2-3 hari teringin nak cuba masak Ayam Masak Halia bersama Cendawan Shitake ni.. Mengada sangat perangai kannn.. So google sana sini jugak tengok macam-macam version.. So ini version ikut tekak sendiri ;)


Bahan-bahan simple jer..


 Bahan-Bahan Tumis

- 2 inci halia dihiris
- 3 biji bawang putih dihiris


- potongan ayam jangan terlalu kecil (refer gambar)
- 3 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar sos tiram
- sedikit lada putih
-sedikit lada hitam
- 4 cendawan shitake dihiris kasar
- 1/2 capsicum (lada benggala) 
- 1 biji bawang besar dipotong-potong (refer gambar)
- 5 biji cili padi merah (kalau nak pedas boleh letak lebih)
- sedikit bancuhan tepung jagung
- sedikit daun bawang dipotong panjang

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih.  Bila agak garing masukkan ayam dan kacau sehingga hampir masak.. Masukkan kicap cair, sos tiram.. masukkan sedikit air dan tutup periuk sehingga ayam empuk dan cukup masak.  Kemudian masukkan lada hitam, lada putih, cendawan, capsicum, bawang besar dan cili padi.. kacau rata.  Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun bawang.  Tutup api dan siap untuk dihidang.  *tak perlu garam sebab dah ngam-ngam cun masin dia.

 Lauk lain ai tak kuasa yer... Goreng ikan cencaru je.. Semua kat rumah suka ikan cencaru ni, Kak Pilla suka beli yang size kecik sikit kalau untuk goreng.. kalau untuk cencaru sumbat boleh beli yang besar sikit ;)

 Ini hasil tangkapan Pak Radie kat Pasar Ramadhan.. Hitam tu paru.. Tak tau lah ada pembaziran ke tak semalam sebab aku kureng sikit kuih muih ni.. semalam aku makan samosa tu je seketul.

Sekian sahaja lauk berbuka ai semalam.. 

Ini gambar tukang masak pagi ni.. pink-pink gittew pipi ai pakai Fame Cushion Blusher.  Lipcream kat gambar ni Code Glam pon sila pantas sebab code ni takkan join family Fame Lipcream.. Once habis, sayonara.

Eh ramai gila pulak yang komen kata "Saya Nak" Fame Cushion Blusher yang kita akan start jual next week.. Sila beli awal ya sebab kita akan bagi potongan harga awal-awal nanti.. Lambat kalu, sayonara.




Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 7, 8, 9 dan 10.

$
0
0
Salam Ramadhan ;)

Fuyooo ni namanya entry marathon hehehehe.. tak sangka dah selamat berpuasa hari ke 10 dah kan? so hari ni hari ke 11.. Aku bab hari dan nombor memang selalu fail.. Rasanya betul lah kan hari ni hari ke 11.

So kita gabung jelah semua in one entry.. Hari Jumaat lepas aku teringin sangat nak makan Mee Hailam sebab dah jemu makan nasik.. So bahan-bahan semua memang dah ada so takde masalah. 

 Berpeluh-peluh makan ni sebab letak lada putih dengna lada hitam.  Siap hentak cili padi pulak tu.. 

Jom tengok apa yang kita perlukan.. gambar tak complete sebab tak tunjuk ada lada putih, oyster sauce, kicap pekat, kicap cair, bancuhan tepung jagung semua tak de dalam gambar..




 Untuk resepi Mee Hailam Fillanie korang leh click link SINI   hahhaha 2011 punya entry hamek kau.

Kasih still nak makan nasi tapi dia tak request memacam dia cuma nak telur mata kicap tapi cara masak kena macam ni.. 

 Habis selera dia makan kalau lauk camni.. Fuhh bagus, senang mak kau.

 Apak dia still tak leh move on dengan Yong Tow Foo pasar ramadhan.. Alasan dia ni yong tow foo pasar lain.. ni sedap, yang angry bird tak sedap sangat... Dasyat dia punya imagination bab makan.

 Ini pun favourite dia.. nyampahkan? semua fav dia jeeeee huh

 Nampak je meriah, sebenarnya ini je pun lauk hahahha... paru yang kaler hitam manis gila tu pon kegemaran dia.. i cannot manis melampau kalau lauk.. 

So masuk ke berbuka day 8 pulok..  Kali ni berbuka rumah mertua sebab nak celebrate birthday anak buah (Syasya and Azhar)

 Macam biasa kalau gi Shah Alam memang mak dah siap masak awal lagi.. Mak masak sambal udang dengan kari ikan jenahak dengan Jelatah.. Ayam tu my SIL beli.

 Tak tau nak tambah-tambah apa lagi.. so keluar jap dengan Pak Radie kitorang gi Restoran Hartinie Seksyen 11 tu.. Aku just teringin nak makan Daging Masak Hitam ni je.. Sebab MIL dah masak 2 lauk sedap..

Kak Tinie tu schoolmate Pak Radie dasyat perniagaan dia dah berapa lot kedai dia sapu.. 3 kot? Kalau korang pergi sana dah macam fiesta makanan.. berderet baekk punya makanan dia.. satu barisan panjang segala kuih-muih kelantan.. celah belah sana segala jenis bubur.. belah sini satu lorong semua masakan kelantan macam Nasi Kerabu, Ayam Percik, Nasi Dagang, Satay.. Eh pitam tengok makanan dia..

Segala tapai ubi, tapai nasik, ulaman, sambal belacan, tempoyak.. penuhhh satu meja.. lauk berabaris-baris ya.. gulai kawah dalam kuali lain cerita lagi.. tapi bila datang dah kul 6:30 macam tu elok je lauk semua dah tinggal sikit.. bayangkan berapa ramai orang yang datang membungkus lauk..  Well done Kak Tinie business masyuk... Makanan pun tak menghampakan.

 Kalau kat Shah Alam pun don't worry.. confirm habis.. kalau tak habis pon tak kisah, mak simpan semua dalam fridge esok leh panas-panaskan makan balik.

Ahad tu kitorang ke AEON sebelum balik.. Tapi Amaani tak ikut sebab dia nak tinggal kat Shah Alam..

 Tengok Sketchers ada sale.. Murah kot 50%.. Kalau tak harga dia semua RM300 ke atas je.. So belikan kasut raya Kasih.. Sila pakai kasut ni dengan baju kurung.

 Tengah jalan tu nampak ni kat dalam Aeon tu.. Elly memang tengah carik benda ni so hantar gambar... terus dia reply "Nakkkkkkkkkkkkkk" kemain banyak huruf 'k' dia.. So belikan dua ketul Elly kirim, 

Kak Pilla pun beli jugak doublepan (magic pan) tu sebab dari dulu macam nak.. walaupun tak tau lagi nak masak apa dalam tu, takpe janji bila nak masak benda dah ada hahahha.. Dah tua-tua ni kalau borak dengan Elly bab periuk belangan pinggan mangkuk macam best je.. Wow so tua.. old oredy.. hahahahha.. 


Berbuka Day 9
 Balik tu pening nak berbuka apa.. Kak Pilla memang tak suka berbuka kat luar.. dah lah ramai orang.. belum tentu datang lambat ada meja kosong.. satu hal nak buka ringan-ringan dulu pastu pukul 8:30 baru dapat makan.. Eh buang masa.. Lagi satu buka kat luar ni nak carik surau pulak.. nak solat ke nak makan dulu.. Haih pening, baik buka kat rumah..

Tapi tak sempat sebab dah pukul 7 masa ni.. Janji dah dekat dengan rumah jom lah McD pun boleh.. Tengok eh dah ada surau kat sini.. tapi baru siap kot belum buka lagi.. Tapi baguslah sebab fikirkan umat islam yang berbuka kat sini boleh terus solat.. kalau macam aku ni takpe.. dekat gila dengan rumah.. boleh balik terus lepas buka.. ni kalau orang yang jauh lagi perjalanan dah satu hal.. 

 Aleesya tu kegemaran dia Ayam Goreng.  Dua ketul confirm habis ;)

 Rindu kat rabbit Ami.. Hehehe muka dengan cousin Nurin dah nak sama dah.. 


Berbuka Day 10
 Ya Allah ni sedap gila ni.. Tauhu semedang ke apa nama dia? Kitorang pernah makan ni masa exhibition Fame kat mana yek?  MAEPs ke?

Tak kisahlah yang penting sedap gila.. elok dia angkat dari kuali terus cicah dengan cili kicap tu.. nak extra spicy gigit sekali cili padi tu powerrrrrrrr..

Ni Pak Radie beli kat mana tah? Kawan dia belikan pastu dia gi collect kat kawan dia kot.. Sodap!!

 Semalam Kak Pilla cuma masak Ayam Berlada dengan sup sayur je..  Pak Radie pun just bawak balik Tauhu tu je.. Bagus macam ni jimat dan tiada pembaziran..

Pot pet pot pet.. Sekian saja yer.. haus tekak banyak sembang ;)

Tata, jangan ponteng puasa yer... Bye.



Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 11, 2017

$
0
0
Alhamdulilah dah selesai puasa ke 11.. Sekejap je masa berlalu..

Semalam Kak Pilla terajin sikit masak lebih sikit lauk :)

Semalam kita ada sayur kailan ikan masin

 Ikan siakap masak macam-macam rasa hahahah.. Ok kelakar masa masak ada lah amik ig stories.. kemain explain siap tunjuk apa next nak kena masuk.. bersusunlah oyster sauce, fish sauce, tomato sauce sampai dua botol sebab ingatkan satu cili satu tomato.. Ni semua salah bibik sebab mintak tolong dia amikkan.. satu botol tu siap bukak seal yang baru.. Yang haku ni jenis masak main tuang je tak tengok-tengok.. Sib baik ok pulak rasa dia hehehe. 


 Ni haku tak paham.. kenapa hari-hari benda ni kena ada atas meja makan??? Stress ok.. Aku siap ugut cakap kat Pak Radie.. benda ni jangan tinggal seketul pun atas meja.. tolong habiskan!! sebab aku memang tak nak makan benda ni, so dia dengan Kasih makan berdua, tapi memang habis hahahahaah.. lantak lah korang dua beranak suka nau benda ni.. Aku sampai tahap kembang tekak tengok benda ni hari-hari.

 Teringin jugak fruit cocktail konon.. padahal tuang susu cair dengan tambah air sikit and ice cubes je pun.. tapi nampak macam dasyat dan sedap kotttt..

 Satu lagi Kak Pilla masak Tom Yam.  So itu lauk berbuka semalam..  Sayur tu tak agak-agak sampai dua ikat aku masak.. padahal kat umah aku berdua je dengan bibik.. Ni pun dia jugak.. aku tanya tak banyak sangat ke? Dia cakap takpe kalau tak masak nanti tak elok dibuang jugak.. Aku pun angguk jugak.. letik ratah sayur banyak gila.. aku half, bibik kena habiskan lagi half tu.. 

Hari ni tukang masak a.k.a tuan belog ada kembar hahahah.. pastu gigih posing ala-ala candid tak pandang camera hahahah.. Haku letih nak sengih macam kerang busuk selfie.. Macam ni bajet kewl sikit hehehe

Oklah sampai ketemu lagi di entry akan datang.. Selamat berpuasa.

Eh jap, kes nenek sedara berbangsa india yang pukul cucu tu haku rasa nak tendang and sebat dia dengan batang penyapu sekarang jugak. Kurang ajar buat budak macam tu.

Ok bye.


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 12 2017

$
0
0
 Alhamdulilah dah nak masuk 2 minggu kita berpuasa.. Anak-anak Kak Pilla pun so far makin ok puasa ni.. Kasih tu tak risau lah dah besar.. yang Amaani tu risau sikit dah lah badan tu kurus... So far hari pertama dia teruk sikit.. lepas tu makin ok.. 

Tapi ada jugak dengar cerita dia makan biskut tiger sekeping.. Pastu Kasih nampak, Kasih jerit dia pun menjerit.. Terkejut sebab makan waktu puasa..Kasih kata Amaani lupa time tu tengah puasa...
Tapi dengar bibik cerita lain pulak.. Bibik cakap Amaani lapar sangat sebab tu Amaani makan biskut sekeping hahahaha.. 

Kesian pulak dia.. Kak Pilla takde memaksa dia sangat.. Cuma dia sendiri rasa kena puasa macam kakak.. so dia puasa.. Nasib now cuti sekolah, kalau hari sekolah cemanalah dia tu huhu.. 

 Ikan bawal goreng garing-garing ni memang favourite seisi rumah.. Semua suka so senang kerja Kak Pilla sebab diorang tanak sambal ke apa.. nak goreng je pastu kicap cili bawang.  Kalau size besar camni goreng sekor je dah cukup.

 Udang masak lomak.. Teringin nak cari udang galah ke, udang kertas ke.. Udang ni kocik nauuuu.. tak puas makan.  Tapi tulah, tak terdaya gi pasar, ada yang aku merangkak bila sampai kat pasar.

Ok ni Tauhu Sumedang.. Dah dua kali makan ni waktu berbuka.. Ok masuk kali kedua ni suruh beli banyak sikit.. dan tak habis.. hahaha.. Ok dah muak, dah tanak dah.. Tapi aku pelik jugak beli sikit dia bagi dua bekas cili kicap yang dalam tu kicap dia suku je.. beli banyak pun tetap bagi dua je dan isi dia sama tetap suku je cili kicap dalam tu.. Mana cukup bangggg, 

Siapa nak try boleh check ig diorang @tauhusumedang_armaz boleh check out bulan puasa dia ada kat bazar ramadhan mano.

Ni Pak Radie beli jugak.. Apa benda nama dia? Tako tako apa tah hahahha.. tapi dah sejuk tak sedap.. macam makan tepung semata hahaha.. lembik-lembik lak tu.. kena makan panas-panas baru sedap kot.

Ini the best.. Mak Mertua kirim masa Pak Radie balik sana gi amik Amaani balik.. Semalam lepas dah makan nasi berbuka terus rasa dalam 2 sudu kot pulut.. pastu tuang kuah ni, makan durian dia sebijik.. huwaaaa nikmat betul.. Pak Radie dah usha, dia cakap janganlah makan nanti kecoh angin, angin, angin.. sakit sana sini.. Dengan pantas Kak Pilla jawab.. Jangan makan pulut masa perut kosong... ni dah berbuka makan nasi, dah kenyang, so ok je makan ni sikit..

Hambek, malam tu angin sampai rasa nak muntah.  Nyampahhhhh sebab ai suka puluttttttt!!!!! Biarlah sakit, redho jelah janji dapat makan huhu.. 

Hidangan semalam... Kacang buncis goreng macam tu sedapppnyee.. tumbuk bawang kasar-kasar je dengan ikan bilis dan lada merah.. tumis pastu pecahkan telur.. nyammmmssss..

Tuan punya blog yang kuat menceceh tu.. Wow kemain besar i cuba membuntangkan bijik mata sebab selalu orang tanya "mata mana mata?"

Nah mata.

Hahahah.. ok tata..

*Matte Lip Cream Fame Cosmetics code Gossip.


Love, 
Filla.

PUDING CARAMEL DAN BUKA PUASA DAY 13

$
0
0
Biasalah bulan puasa ni pantang tengok makanan semua rasa nak buat dan nak masak.. Tetiba pulak jadi teringin hahah.. Haritu scroll FB nampak Cikgu Aryati yang giler rajin masak ni buat caramel puding ni.. Terus menitis ailio dan air mata hahaha..

Kebetulan dia tepek resepi sekali.. Fuh macam senang sangat ni.. Dulu Wan selalu buat, mana tah resepi hhehehe.. Ingat lagi zaman bercinta dulu pernah buatkan untuk Pak Radie pastu masak nasik sekali lauk sambal sardin dengan ayam drumet.. Pack lelawa konon sweet hahaha.. Memang kelakar sebab aku ngan dia memang takkan nak mengada macam tu yer.. Pastu cakap kat dia "orang masak ni, jom makan" Sambil muka tebal 10 inci tapi kutahan jugak.. Dia dah macam "erkkkkkkk"

Pastu dah masalah pulak nak makan kat mana ni?  Last-last pegi area tempat orang jogging ke apa tah seksyen 11 tu.. duduk lah kat kerusi tepi-tepi tu then makan.. Aku tengok mata dia liar je tengok kiri kanan.. hahaha MALU GILER kot kalau kengkawan nampak... Ko giler? Rambut dahlah panjang sampai ke pinggang, dahlah selalu bajet kewl.. tetiba kalau kawan nampak dia duduk kat kerusi tepi taman dengan awek sambil makan bekal.. bekal pulak awek masakkan.. ko ghaserrrrrrrrr??? 

So sweeeetttttttttttt kan? hakhakhak.. 

Tulah antara kenangan.. sekali je kot buat macam tu.. sebab dia ada pesan kot jangan buat lagi, malu kalau kawan nampak.. Tapi dia ada puji puding caramel sedap dan tu favourite dia.. Wowww keluar love love love kat bijik mata Kak Pilla.. *tangkaplovesematdihati* puiii hahah..

 Haku ni ko jangan.. kalau aku cakap aku nak, aku akan buat jugak heheheh.. bahan pun semua ada sebab benda basic je.. Disebabkan terlalu senang, ajak anak-anak tolong buat.. Kasih handle caramel dia... Amaani tukang 'pukul telur bersama susu'

Ini hasil dia.. Tapi kenapa dah macam rupa cheese aku tengok??? hahah ada pulak lubang-lubang macam cheese tu.. Tapi lantok lah janji laku keras.. hampir licin ;)  Caramel dia tu siapa suka manis light-light tu bila cairkan gula tu kaler kuning cair dan boleh tuang air setengah cawan tu.. Kak Pilla suka gelap sikit baru ada rasa manis-manis pahit hahaha.. takde lah pahit pon.. tapi suka gelap sikit.. 

Thanks Cikgu Aryati.  So kalau nak resepi yang simple gila tu ni Kak Pilla ada screenshot dari FB Cikgu Aryati.. izinkan saya share ya cikgu ;)


Tengok cikgu punya puding caramel comel licin je takde lobang-lobang hahah.. adakah aku terlebih kukus? hehehe

 Kasih request nak sambal telur rebus macam mama masak haritu.. Baiklah anak.

 Terung cili ni Kak Pilla teringin sebab tengok Sis Elly masak ni.. Ok pulak semalam makan ni takde pulak 'angin' badan.. So nak buat lagi lah nanti.. sedap pulak.. tumbuk dengan bawang besar, bawang putih, lada merah, cili padi dan udang kering.. tumis pastu masuk je terung yang dah goreng sikit.  Sedap gilersss makan dengan nasik.. 

 Ayam Masak Kicap favourite Amaani.. Huih orang kalau anak ramai cemana yek nak ikut selera anak-anak? Mak ni bila anak sebut tak sampai hati kalau tak masak.. Kasih tekak dia memang lain gila dari Amaani.. Kasih tak suka benda berasaskan kicap.. benda lembik-lembik dia tak suka.. Amaani tak kisah.. Tapi Amaani paling suka masak kurma dengan ayam kicap.. Kasih paling tak suka kurma.. Memacam hal.. Aku kecik-kecik dulu jenis tak memilih makan.. Wan kata aku paling senang, semua benda aku telan.. dia kata ni kalau aku campak dalam hutan pun ko boleh hidup lagi ni.. hahahha..

 Ya Allah bestnya bubur lambuk ni.. Jiran depan rumah bagi 2 bekas..Dah lah sedappppp!!  Bubur lambuk memang favourite Kak Pilla.. Lantoklah kalau dah tak dapat yang Kg Baru punya pon takpelah.. Janji bubur lambuk.. 

Setiap kali bulan puasa Kak Pilla mesti pujuk Pak Radie tolong dapatkan at least sekali je pun jadiklah.. Dulu dia ada gak kirim-kirim kat kawan.. So puasa kali ni Kak Pilla tak bersuara lagi.. Tetiba je semalam bibik cakap jiran depan rumah bagi bubur lambuk.. Wow nak loncat je rasa.. Tq jiran!

 Walaupun lauk kurang matching tapi selero je makan hahaha..  Alhamdulilah tiada pembaziran langsung.. yesssss motto kita ialah "ZERO PEMBAZIRAN DI BULAN RAMADHAN"

Kelas kau Pilla.

Sekian..

Hari-hari tukang masak selpie.. pitammmmm.




Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 14 and 15

$
0
0
Assalamualaikum...

Kemain lama cuti kannn.. Mesti ramai balik kampung.. Kak Pilla kena pecahkan jadi 3 entry untuk cuti 4 hari sebab banyak pulak acara ;)

Hari Jumaat tu Kak Pilla laju-laju balik rumah lunch time masak asam pedas ikan kembung supaya budak-budak ni ada lauk nak berbuka.. Kak Pilla ada kerja dengan Peej and Elly.. berbuka dengan diorang kat Sg. Besi pastu ada discussion skit untuk Mood Republic Event 16,17 dan 18 Jun ni.. Memang gempak ya, sila datang ramai-ramai ke booth 3132, PWTC Hall 3 &4.

So lepas kerja terus drive ke Sg. Besi.. Tensi je bila anak-anak jerit "Mamaaaa, masak apa tu??? Papa janji nak belikan kitorang Nasi Ayam Kukus, mama tak yah masak"

Eh cantik muka korang? Aku dah nak siap dah asam pedas, tinggal nak campak terung je.. *matakeatas*

Cakap dengan bibik, dah sejuk pack je asam pedas ni masuk fridge, boleh bawak masa buka puasa rumah Wan esok.

 Ni yang malas berbuka kat luar.. Elly dah order dari pukul 4 ptg macam tu.. So bila kitorang datang balik pukul 7 macam tu.. relaks je lah lepak tunggu waktu berbuka... Last2 makanan sampai dekat pukul 8.. Air pun sampai pukul 7:45 kot??? 

Tapi sebab terlalu sedap.. ku tahan jugak lah amukan hahaha.. Lepas makan terus naik bilik discuss sampai pukul 10mlm then terus gerak balik..  wow siap amik bilik hotel ni sebab meeting sambil meniarap atas katil hahahahha.. 

Buka Puasa Day 15

Hari Sabtu berbuka rumah Atok and Wan pulak.. Dah cakap dengan Wan tak yah masak apa-apa, biar aku masak je sana nanti.. Wan kaki tu sakit.. 

 Ni lauk yang masak hari jumaat tu hehehehe.. 

 Wan beli sotong suruh masak goreng kunyit.

 Tapi Wan kan.. dia mana boleh duduk diam.. Tengok dia buat jugak sup tulang.. Sebab sup tulang senang hahaha.. Tapi Ya Allah sedap gila nie.. hirup panas-panas nyammm.. Kak Pilla buat cili kicap dia sekali..

 buat lagi sekali Puding Caramel ni hehehe.. Kali ni lebih lembut dan licin dalam dia.. walaupun tepi tu ada sikit lagi lubang-lubang tapi lantoklah janji sodap hahaha

So ini lauk berbuka puasa kami.. Alhamdulilah licinnnnnnn...

*next entry publish tengahari pulok ye :)


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 16

$
0
0
Hari Ahad tu tengahari berjalan jap ke IOI Mall Putrajaya.. Nak settlekan baju and kasut budak-budak ni.. Kak Pilla dah tua-tua ni memang takde untuk diri sendiri, apak dia pun sama.. Cukuplah untuk budak-budak je.. padahal Wan ada siapkan baju kurung batik crepe yang beli masa gi kelantan haritu ada 3 pasang kot muahahahahha.. tapi tu untuk nanti-nanti.. baju raya sepasang je pun..

 Bila dah besar ni Kasih lagi suka berkepit dengan aku.. Dengan apak dia asyik kena marah je hahahaha.. 

 Hari Ahad ni je yang free sebelum hari raya.. Eh sale gila-gila sana sini.. Clerks pun Sale up to 50%.  Saiko kejap.. Beli kasut Icha and Kak Pilla satu.. hehehe.. yang Kak Pilla pakai kat gambar ni clerks beli sebelum gi umrah haritu.. sedap pakai so asyik lenjan ni je.. pi keja pon pakai tu hahaha.. Tu satu perangai buruk Kak Pilla, kalau berkenan memang akan pakai tu sampai hancur dan tak reti bertukar-tukar kasut.. lantaklah orang tengok eh dia ni takde kasut lain ke?  Rak kasut kena pilih balik belambak-lambak yang tak pakai ada few tu dah peeling2 dah.. huhu..

 Next week 17 June birthday Amaani kesayangan.. Haritu borak dengan dia, sorry mama takde masa birthday Amaani.. so kita beli hadiah Amaani awal ye?? Nak apa??? 

Amaani jenis tak reti meminta-minta sangat.. Pastu tengah jalan dia nampak smiggle, kemain excited dia.. So belilah untuk dia.. Yang si kenit over ni pun samaaaaa.. nak jugakkkk... dia mana leh kalah.. pun belikanlah sebab birthday dia bulan 2 haritu Kak Pilla tak belikan apa-apa.. Apak dia je belikan dia scooter ke apa tah.

 Perasan macam birthday dia... Oh Mother Care pun lelawa and sale jugak.  Silalah gi serang..

Settle shopping jom balik rumah.. 

 Siap dah untuk gi berbuka puasa kat RUANG Shah Alam.

Kali ni buka puasa dengan kengkawan Pak Radie yang dah lama jadi kengkawan aku jugak.. Nilah member-member dari zaman belum kahwin sampai anak memasing dah remaja :)

 Makan kat RUANG ni steamboat.. Memang ai like.. ada kuah tomyam (sedap giler sebab pedas dia power) dan sebelah dia sup ayam.

 Grill pun ado

 Selesa sebab tak crowded sangat.. Kak Pilla tak suka ramai-ramai dan rebut-rebut.. kalau rebut-rebut terus rasa nak balik hahahaha.. apa ni makan berebut? hehehee

 Siapa baca blop ni dah lama mesti kenal Ieky anak Kak Nana yang pakai spec baju hitam tu..  Dulu dengan Kasih BFF hahahah.. gi Bandung sesama jalan berpegangan tangan hahahaha masa tu baru umur 3 tahun kot.. Now Ieky dah 13 tahun, Kasih 12 tahun.. Cepat betul masa berlalu..


 Kak Tini, Tuan Belog and Kak Nana.. First time Radie bawak jumpa diorang masa buka puasa jugak hehehe.. Masa tu Kak Nana baru kawin kot? Kak Tini ada anak baby baru sorang.. Aku bercinta acah-acah je masa tu hahahahhahaha.. Tak sangka jodoh kuat, kahwin jugak dengan Pak Radie.

 Korang mesti ada gang yang dari zaman bujang.. now bila lepak dengan anak-anak dah berderet dan dah remaja.. Paling besar anak Kak Tini yang pakai tudung dark blue tu dukung baby Kak Nana tu.. dah Form 3 uolssss.. Dulu masa gi buka puasa aku bercinta tu.. Ingat lagi dia mandikan anak dia tu kat sinki hotel kahkahkah... baru 5 bulan mcm tu kot.. 

Semoga talian persahabatan ni berpanjangan sampai ke akhir hayat..


 Wow tengah check apa yang hebatnya iphone 7 ni.. hehehe

 Tapi best gila kot gambar pakai phone Huawei ni kan???? Macam pakai DSLR je.. sebab camera dia Leica.. Rasa aku pernah cerita pasal Huawei ni dulu... Ish dari beli camera compact baik beli Huawei ni hahaha nipis dan senang bawak.. kita jadikan camera je boleh ke? sebab phone dah ada hahahhaha..

 Heheheh Nana yang peluk aku tu, kenal masa dia bercinta dengan laki dia Padil tu.. Kitorang gi makan kat SS15 masa tu sesama.. kira dua couple lah.. Huiiii masa tu kemain romantik lagi.. aku siap tendang-tendang kaki pak radie bawah meja muahahahhahahaha... sebab nak cakap "Fuyoooo jiwang betul diorang ni" dan sampai ke hari ni tetap jiwang... aku dengan pak radie couple gangster dari dulu hingga kini hahahaha.. 

 Dasyat ramai nye anak sapa lah nie.. aku 3 orang, Kak Nana dah 4, Kak Tini 3, Nana 3 orang.

Total 13 orang.. Semoga semua membesar jadi anak yang baik, berjaya dunia akhirat ya..

 Aleesya over kannnn.. Kalau gembira kemain lagi.. Eh napa muka Icha macam muka Wan hahahahahhahahaha

Nak jumpa kemain susahhhhhhh!!!! Ni pun ramai yang tak dapat join.. Kalau tak lagi penuh.. Kena jadikan tradisi berbuka setiap tahun, kalau tak memang payah nak jumpa :)


Couple of the year.


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 17

$
0
0
Hari Isnin.

Cuti Nuzul Quran tak kemana, duduk rumah je.. Tapi bila dah lepas zohor tu rasa macam tekak nak makan Chili's.  Hahahahah sebab dah bayangkan lepas ni sibuk memang tak lahhh nak keluar lagi.. Lagipun nanti sedih sebab tak dapat nak celebrate birthday Amaani.. So baik gi harini.. Siapa yang over? siapa yang banyak sangat alasan?

Pastu Elly plak whatsapp cakap MNG kids dengan Zara kids Mid Valley banyak baju lawa and sale sekarang.. Siap hantar video hahahaha... pastu Elly cakap tak ramai and jalan pun lengang.. So biar haku usap ubun-ubun kepala Pak Radie dulu hahahahha.. tak yah susah-susah, lepak dengan dia terus hulur telefon tunjuk gambar ni..

"Paaaa awak suka kan burger ni, jom Mid Valley ada Chili's"

Maka sampailah kitorang lepas Asar gerak.. sampai pun dah pukul 6:30.. terus order dan duduk.. Aku dengan Kasih lari kejap gi Zara and MNG.. tapi langsung tak beli apa sebab kelam kabut otak ingat makanan hahahah.. hati tak tenteram lagipun Icha dengan Amaani takde, tak reti nak ukur.. nanti lah lepas buka datang balik.. memang takkkk lahhh hahahahh


 Kesayangansss

 Kasih Aleeya

 teringin nak makan linguine carbonara.. tapi Chili's takde.. spaghetti bolognese pon takde.. So boleh lah amik Penne ni je.. 

Muak and nyesal order.. rasa pasta and cheese je..  tapi lapar kan telan je.. nasib soup sedap.

 Birthday girl nak Fish and Chips je

 Geram betul dia ni.. tak pernah serious kalau nak bergambar.. memang anak bapak betul.. kamcing betul dengan papa.

 Ni dia mengadu nak beli gummy kat Famous Amos.  Dengan papa bolehlah.. dengan aku terus "Nooo"

Tu yang terbalik-terbalik siap berpusing bijik mata dia kalau dengan mama hahahaha

Sekian saja.

Tak sabar nak masak berbuka kat rumah pulak.. Berbuka masak sendiri jugak best :)


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 18

$
0
0
Alhamdulilah dah selamat dah hari ke 18.  

Seronok dapat masak balik setelah berturut-turut buka puasa kat luar hehehe.. Takde masak bersungguh pun yang simple-simple je.. Wan ngan Atok berbuka kat rumah harini pastu Wan cakap teringin nak Mee Goreng.

Balik kerja sebelum sampai rumah singga kat kedai runcit cari sayur sawi.  Nasib ada, sebab tak suka mee takde sayur.. sayur taugeh Kak Pilla tak berapa suka sebab selalu 'angin' kalau makan taugeh, so i takutttt hahaha..

 Haishhh sedap pulak.. makan panas-panas.. Siap masak mee ni 5 minit sebelum berbuka.. 

 Ayam masak lomak cili api.. Wan ngan Atok kata tawar, tapi bagus kurangkan garam hehehe.. bulan puasa ni tak reti nak agak.. tapi sebenarnya Kak Pilla memang selalu masak tawar sikit.. biar tawar jangan termasin.

Ni lawan dia.. heheh tawar, letak je ikan masin lebih sikit.. Atok tu favourite dia ikan masin.. kalau takde ikan masin tak lalu tokak den kato yeh.

Buat cili kicap cicah tauhu goreng semalam.. sampai berbuka tauhu masih dalam kuali tak siap lagi hahaha.. so gambar tauhu pun lupa nak amik.. Tapi sedap tauhu goreng panas-panas cicah cili padi kicap ni.. 

Rasa macam nak buat mihun sup plak.. cili kicap ada lagi.. ayam potong kecik-kecik pun ada.. sawi ada.. perghhhhhh..

Tapi tulah orang kat rumah tak suka sangat mihun.. tengok lah kalau rajin leh buat sikit ;)




Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 19

$
0
0
Assalamualaikum..

Genap 19 hari dah kita berpuasa.. So lauk berbuka semalam ialah mihun sup dan nasi.

Yang teringin mihun sup tu ialah Kak Pilla.. Amaani pun suka noodle dari nasi.  Yang nak nasi tu Pak Radie and Kasih.. Nasib baik tak banyak cekadak, masak je apa-apa pun boleh janji ada lauk.

 Kak Pilla takut sebenarnya nak makan taugeh sebab takut angin.. Tapi semalam cantik je taugeh tu kat kedai.. muka sadin relax je haku amik plastik sumbat togeh. hehehe.. macam aku cakap, sakit belakang cerita.

Simple je pun..

 mihun sup takyah lah resepi yek sebab senang sangat hahaha.. letak fish ball and fish cake banyak-banyak sebab Aleesya suka.. ayam pulak pilih yang tulang-tulang.. masuk sekali kaki ayam :)
 tauhu goreng cicah cili kicap permintaan Pak Radie.. tapi always yang first is the best.. Kali kedua Pak Radie cakap tak sesedap semalam *matakeatas*

Dia cakap ni kuning lebih and kurang garing.. ko ghaserrrrr?? mengalahkan chef wan kalau komen.

 Buat cencaru sumbat bakar.. Saja nak test shogun magic pan tu.. Tapi goreng lagi sedap hahahahah.. tapi untuk kesihatan eloklah masak yang bakar-bakar tanpa minyak macam ni..

Pagi tadi sahur makan nasik dengan ikan ni.. aku sorang je lah..yang lain makan cereal.. licin pinggan.. sumbat dia tu tumbuk bawang besar sebijik, belacan, cili padi, cili merah, garam gula.  Tumis dulu dengan minyak sikit.. pastu baru sumbat kat ikan, pastu boleh bakar atau goreng ikan tu.. sambal sumbat dia tu yang sedap gaul dengan nasi panas-panas.. 

Hoi pagi lagi kot dah citer makan hahahha

 Semalam Pak Radie balik bawak balik roti-rotian satu plastik.. Dia memang suka beli roti-roti ni.. tapi aku cakap agak-agaklah.. ni untuk seminggu ke apa? Dia cakap biarlahhh..

Rupanya habis ya hahahah.. pagi tadi last dia sahur roti cheese dengan kopi.. so tiada pembaziran.. good job Radi Hamid.

Seram takut lepas ni 3 hari berturut-turut dia beli roti untuk menggantikan keobsesan kepada yong tow foo hahah.. now dah move on dari yong tow foo, syukurlah.





Love, 
Filla.

HOME DECO FILLANIE - FEATURE WALL

$
0
0
Bajetttttt hahaha... Well deco-deco ni antara kesukaan Kak Pilla jugak so sila redholah korang ya.. Jangan hencap kata ai poyo plis.

Rumah ni aku dah duduk masa aku sarat mengandung Aleesya.. Now Aleesya dah 4 tahun.. maknanya dah lebih dari 4 tahun aku duduk kat sini.. Rumah ku Syurga ku.. Walaupun kecil tapi aku tetap rasa rumah ni comel dan sesuai untuk aku sekeluarga.. Cuma rasa tak best bila Atok and Wan datang takde bilik yang lebih selesa untuk diorang.. 

So nak cerita pasal pengalaman aku dari dulu sampai sekarang boleh tahan lah panjang cerita dia hahahah.. Alhamdulilah ada rezeki untuk memiliki rumah sendiri.. Laki bini duduk bincang dan share sama-sama untuk beli rumah masa tu.. Aku nekad aku kena ada rumah sendiri.. 

Ingat lagi masa beli rumah ni ada, show unit betul-betul sebelah rumah aku hahahaha.. Tapi mana lah mampu nak amik show unit.. so masa dah confirm amik rumah ni kitorang kumpul duit sikit-sikit.. Ada satu kedai perabot betul-betul sebelah Ampang Point tu, sekarang dah takde dah.. Pegi sana berkenan kat arm chair dua ketul, sofa coklat kat gambar bawah tu and meja makan 6 seater.. Eh tak ingat meja makan tu beli situ ke tak hahaha.. 

Tapi duit takde nak bayar.. So borak dengan orang yang jual tu boleh tak bayar sikit-sikit? Dah settle baru arrange untuk hantar? Dia cakap bolehhhh no problem.. So ada rezeki bayar lah sikit-sikit.. Berbulan kot hahahah ada dekat 8 bulan kot kerusi je dua bijik kot.. hahahaha.. Kenangan manis sangat masa tu.. Bila sampai tu omg, kembang-kembang hidung aku laki bini.. Oh masa tu hantar ke kuarters kat Putrajaya.

Masa duduk Putrajaya paling sedih hahaha.. kitorang bukan jenis masuk rumah semua dah complete.. Sikit-sikit kitorang beli.. meja tv yang panjang tu beli kat TESCO je tak sampai RM100 hahahah.. kalau tak kitorang letak tv atas kotak hahahahah.. Tapi aku bersyukur sebab aku susah dan senang bersama Pak Radie tu.. Taklah susah mana kehidupan tu hahaha.. tapi bukanlah jenis senang nak membazir sana sini.. Contoh kalau nak gi bercuti (aku kan ratu percutian satu masa dulu)  Aku akan beli flight 6-7 bulan awal.. Simpan elok-elok dalam satu "kotak hijau" aku namakan kotak tu.. kejap-kejap aku tengok bila date flight padahal gi Bali je pun hahahah.. dapat tiket murah dalam RM400 return.  Korek sikit dividen ASB buat belanja hahahha.. Buat business sikit-sikit ada lah jugak duit nak berjalan ;)

Eh merepek banyak pulak.. Ok pastu aku pindah rumah sendiri pun sama.. sikit-sikit kitorang buat.. Dari dulu aku cakap berkali-kali kat bibik, paling penting bagi aku ialah DAPUR.  Aku tak boleh terima dapur lantai melekit, tempat masak melekit berkecah.. i cannot.  So aku cakap tolong jaga dapur elok-elok.  Aku jarang marah, tapi sekali kalau aku marah, aku akan diam tak bercakap, dan aku akan buat semua sendiri.. Nasiblah kalau bibik ternampak aku pulak yang berpeluh-peluh bersihkan segala tempat sudu sampai dah tak muat berasak-asak dalam tu.. macamkan 20 orang duduk dalam rumah ni.. sampai bekarat bontot sudu.  Kemut-kemut lah situ.. memang ngeri muka aku masa tu hahahhaha.. So lepas seminggu aku tengok dia takde, aku akan guna jari and rasa melekit ke tak.. lepas dia tengok aku berangin memang berkilauan dapur hahah.. takut lettew.

Jangan risau, Kak Pilla tak garang sangat pun, cuma kena tau je apa aku nak, jangan bagi aku cakap benda sama dekat doploh kali.. dan rumah aku bukan rumah banglo 10 bilik.. kocik yo.. kalau aku masih menegur maksudnya sis masih sabar dan tabah.. kalau sis dah diam dan buat semua sendiri, itu kene hati-hati sikit hahahha

Ok meh tengok hall rumah aku yang comel ni

Ni gambar before hahaha.. tengok atas tv tu.. sakit jiwa aku tengok wire berjuntai dah 4 tahun kat situ hahahha.. dah macam-macam gambar feature wall kat pinterest tu aku screenshot and bagi kat Pak Radie.. tapi sebenarnya aku nak yang rata je macam timber flooring tu.. 

 So inilah hall yang kurang seri tu hahahhaa




dan akhirnya siap jugak feature wall makkk ;)


 Masa Pak Radie bagitau dia dah design jenis kayu terkeluar-keluar tu aku dah berdebar and buat muka tak suka.. "Terkeluar???? Terkeluar macamana? Kayu tu kayu buruk ke apa??? Elok ke??"

Nasib Pak Radie tak bertukar menjadi Airil citer Andainya Takdir lalu menampar muka aku.. hahahha

Masa buat ni aku kerja so takde kat rumah.. Balik tu tengok dah siap.. tak berapa gembira sebab masa tu aku tengah tak happy.  Kesian Pak Radie mesti dia expect aku melonjak kegembiraan hahaha... Dah malam sikit baru aku ada masa dan belek betul-betul ;)



Aku memang suka design yang cozy dan banyak 'main' dengan kayu.. aku suka earth colour dan ala resort.. tapi tak suka terlampau resort sampai jadi seram hahaha.. kiranya kena ada element modern jugak untuk balancekan balik.

Aku dengan Pak Radie ada persamaan dan banyak jugak berbeza pendapat kalau bab deco ni.. Dia pulak tak leh terima pandangan aku sebab dia rasa dia best la kot hahahahah.. Aku pulak tak boleh kalau dia tak nak terima pendapat aku.. Tapi takpe, give and take jelah.. at least dia pun suka wood-wood ni, kira oklah tu.. Oh painting kiri yang gambar cafe tu eksyen je.. tak letak situ.. yang kosong tu nanti kita fikir nak hang frame apa.. 

Semoga tak ambil masa 4 tahun untuk gantung frame kat situ.

Kak Pilla nak pesan, pasangan muda-muda tu kena bincang bersama kumpul duit sikit-sikit at least ada down payment sikit untuk beli rumah.. share sama-sama.. biarlah kita bersusah-senang bersama ada duit jangan boros, ketepikan sikit untuk rumah dan lain-lain.. rumah tu aset, so kalau boleh belilah walaupun murah dan kecil ikut kemampuan masing-masing.  Beli rumah bukan macam beli kereta, rumah tiada susut nilai, makin lama makin berharga.. cari location yang strategik dan mudah untuk kedua-dua pasangan.  Jangan suka bertangguh-tangguh ok? Tangguh deco takpe.. hahahahah.. Ok bye semoga bermanfaat untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Rumahku Syurgaku.







Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 20

$
0
0
Buka puasa time ni Pak Radie takde sebab dia kena pasang booth Fame kat PWTC.  

Kak Pilla amik budak-budak ni balik sekolah terus tanya nak mama masak ke nak makan kat sushi king?

Dua-dua laju je jawab nak Sushi King.. hehehe.. Pastu memasing dalam kereta dah berangan, Amaani nak makan spicy noodle, Kakak nak makan bento Salmon.. Sekali bila sampai rupanya bulan puasa dia buat buffet pulak.. diorang cakap takpelah tetap nak jugak makan sushi.

 Kalau buffet ramadhan ni ada air boleh pilih, ada ice cream, dan amik je sushi yang berpusing kat tepi tu..

 Seronok tengok budak-budak ni makan.. Sampai sendawa kemain besar lagi tanjat mama

 Ni pun best.

 Oh ya, happy sebab dapat beli powerbank sekali hahahha.. Sebab aku memang jenis pemalas nak pakai powerbank.. pastu memikirkan nanti event kat Mood Republik mesti peej ngan elly jeling kalau nak tumpang powerband diorang hehe..

Comelkan? Harga display kat Digi tu RM139 kot.. kemain mahal.. pastu tanya lah takde diskaun ke? Staff tu pun call boss dia.. "Ada kak, RM50".. Oh diskaun RM50 yeh? so jadi berapa? "Tak kak, boss bagi harga RM50 satu"

Wow terus suruh bungkus dua hahahahah.. satu untuk Kasih ;)

So itu je nak cerita, banyak lagi entry nak publish ni, tapi Kak Pilla publish sikit-sikit ya..

Tata.


Love, 
Filla.

FAME COSMETICS DAN MOOD REPUBLIK

$
0
0
Assalamualaikum,

Rasanya almost every year Fame Cosmetics akan join Mood Republik kat PWTC.. Biasanya Raya dan Year End Sale.. Lain-lain tu kalau rajin kita join jugak kat Melaka pun pernah jugak.

So this time completely beza booth kita.. Tapi tetap nak konsep ala-ala hipsthurrrr gitewww hahahaha.. Sebab tu agak sibuk sebelum event ni sebab banyak benda nak bincang.. Berapa orang staff nak amik.. berapa banyak shift nak buat, siapa cashier, bilik hotel dan lain-lain perlu dibincangkan.. termasuk harga produk di Mood Republik.

Alhamdulilah semua berjalan seperti yang dirancangkan.

 So ini team hari pertama (pagi)  Hari pertama pembukaan tu pukul 10:00 pagi.. Mula-mula tu perasaan berdebar-debar sebab tak tau lah sambutan macamana since aku pulak shift pembukaan.. Berdoa je semoga semuanya akan ok.  

Pastu dah pukul 10:30am macam tu crowd still tak ramai.. sampai kitorang confuse.. ni orang tak masuk lagi ke apa? tapi staff kata nampak orang yang ada cop kat tangan (orang awam) so maksudnya dah masuk dah orang.. whyyyyy tak ramai??

 Staff booth yang rajin, peramah, pandai melayan customer.. thumbs up untuk semua termasuk yang shift lain tak de dalam gambar... so far takde yang memeningkan kepala.. sebab kitorang dah biasa jumpa macam-macam kerenah yang pernah kerja kat booth Fame ni hahahah... 

Ok sambung cerita,.. memula kan takde orang sangat.. Tapi lepas tu tetiba macam booth kene rempuh.. tak tau mana datang tapi tetiba je booth penuh gila bersesak-sesak macam orang beli goreng pisang hahahha.. Terus aku dengan Hetty (cashier) panik.. Radie lipatkan kerusi kitorang sebab kitorang dah tak boleh bekerja sambil duduk.. staff akan jerit "Kak, rusty, gossip, violet" so aku akan amikkan stok and pack dan pass kat diorang.. ko bayangkan kalau 4 orang staff jerit order serentak kat ko.. Aku siap "Okkkkkk lek, lek, satu-satu.." Yang cashier kitorang pulak tulis order sebab staff akan dapat comission untuk setiap jualan.. So kena kira duit and tulis nama staff.  Kira duit main sumbat-sumbat je dalam laci and bag hahaha.. tak sempat pun nak susun elok.

Aku hantar gambar kat Peej and Elly sampai diorang stress membayangkan turn diorang nanti camne.  Peej siap skip tanak tengok sebab dia takut membayangkan turn dia nanti cashier akan balik kul 10mlm.. so dia yang akan jadi cashier and takde sapa tolong siapkan order tu.. Nasib Pak Radie join shift Peej.

Kelakar gila sepanjang shift Peej, Pak Radie akan datang and tolong dari pukul 10mlm sampai 4pagi.. Diorang gi sahur sesama kat hotel, pastu naik bilik sesama kahkahkah... Kalau Airil dah kene tumbuk dah muka Peej tu.. dengan laki aku pun kene tumbuk sekali.. Sebab Pak Radie tak leh balik pukul 5 pagi macam tu bahaya.. So dia tunggu dalam pukul 7 atau 8 baru gerak.  Peej ngan Radie masuk bilik, aku pulak akan bangun bersiap sebab aku jaga pukul 7pagi.  








 Langsung tak pernah booth takde orang.. Sesak sampai ko takde masa nak gi toilet.. 

Memang dasyat orang perempuan kalau shopping.. this time kitorang tak expect sales akan ok dari last year sebab risau dengan economy sekarang macam orang tak spend sangat.. So kitorang cakap if dapat buat sales macam last year pun jadiklah... Tapi sangkaan meleset, alhamdulilah sales diluar jangkaan.  Seronok staff kita walaupun semua penat takde pun yang mengeluh atau muka moncong.. semua kerja keras.

 Biasanya aku akan balik hotel dalam pukul 3 aku sampai bilik.. Peej memang ada dalam bilik sbb dia shift malam.  So tugas aku and Peej ialah book room service.. Mulalah pening nak pilih apa.. pening sebab rasa nak makan semua hahahaha.. Hari pertama kitorang biarkan diri kitorang tamak hahahha.. Aku makan Nasi dengan Kari kepala ikan, Peej makan nasi dengan Asam Pedas Oxtail, Elly set nasi goreng.. siap pulak order olio oglio tambahan.. saiko hahah tak berusik, last-last bagi kat staff.  Sago gula melaka order sampai 3.. rupanya besar gila, 1 tu boleh share 3 orang.. dengan juice dia mahal nak mampos.. segelas RM24.. Sakit je hati aku, kalau food dia RM30++, dah tu juice ko dah nak sama harga dengan makanan?  So kitorang decide esok kita gi beli air kat Mall sebelah tu.

 Ni berbuka esoknya iaitu 17 June.  Aku dengan Peej order sama.. Elly chicken rice.  See dah bijak? Aku dengan Peej gi jalan mall sebelah tu apa nama dia? lupa pulak.. dapat Peej beli baju raya kaftan batik creep lawaaaa.. Beli air buah, beli fresh fruits, beli karipap kat kampung crave.. eh gitu ke spelling?
Sedih sebab 17 June birthday Amaani.. Tak dapat mama celebrate sekali.. so sad.. Nasib papa hari-hari akan makesure berbuka dengan budak-budak ni.. bawaklah birthday girl makan spaghetti kat SR.   Kasih cakap tomyam licinnnn.. ok nanti kita gi yeh? mama nak makan gak tomyam tu.. dapnyeee.

 Thanks Pa sebab selalu happykan anak-anak ;)

Amaani is my kesayangan.  Dia paling senang diurus jarang buat hal.. tapi kadang dia ada 'angin' sikit.. jangan suruh dia banyak kali sebab kepantangan dia hahaha.. Rajin dan sgt independent.  Ada masa manja sangat dengan aku selalu cium aku bersungguh kalau nak tidur malam.. Tak cerewet sangat bab makan.  Semoga Amaani membesar dengan sihat, berjaya di dunia dan akhirat ya sayang.. 

 Kalau dengan Papa memang memacam benda pelik korang dapat.. Patutlah Papa tu kesayangan sangat.. Kalau mulut kenit Aleesya tu lagi lah.. "Mama ni asyik nak marah jeeeeee".. "Sabar mama, sabarrrr".. Eiii rasa nak lenyek.. Tapi kenit tu mulut becok kadang kelakar jugak dia tu..  

 Ok ni ada sekeping gambar kitorang bertiga.  Masa borak-borak tu kitorang cakap lah founder lain selalu akan datang booth cantik-cantik bergaya, orang lalu akan tengok dan tau ko adalah founder brand ni.. tapi kitorang ni tetap dengan t-shirt takde beza dengan staff.. beza apron kitorang hitam je hahahahahhahaha..

Bukan apa, sebab masing-masing seronok sama-sama jaga booth, tak nak ada perbezaan dan jurang.. dan kitorang happy dan seronok sama-sama dengan staff buat kerja.. tak retiiiii nak tetiba bergaya-gaya hahahha.. Asal ada orang datang tanya, mana boss? Laju je kitorang akan cakap "boss tak datang" muahahahahhaha

Kitorang ni kadang emo boleh tahan.. bila duduk tengok orang ramai.. rasa happy.. aku pulak bila tengok customer datang dengan confident "I nak rusty, topaz, gossip, bb cushion Fair and mascara".. Terus rasa terharu hahaha gilo apa tu pun terharu.. Yelah korang mana tau.. kisah disebalik nama-nama lip cream tu.. Setiap kali lip cream nak keluar je kaler baru.. kitorang bertiga akan stress nak pilih nama hahahahhaha.. memacam lah nama keluar sampai tergelak-gelak pun ada.. tak sangka nama yang kitorang pilih bersama tu orang luar yang tak kenal kitorang pun dah hafal.. Alhamdulilah dalam masa 1 tahun setengah, Fame dah ada pengikut sendiri.. Terharu gila kot.

Dan latest news, Zalora contact baru-baru ni untuk arrangekan meeting lagi sebab Fame Cosmetics listed top brand kat Zalora.. Ya Allah terima kasih beri rezeki ini.. Berbaloi rasa penat lelah kami selama ni.  Semoga dipermudahkan segala urusan Fame Cosmetics selepas ni.

 Ni pun harapan bangsa sepanjang booth hehehehe.. terpaksa jadi runner dia dengan Win husband Elly kena amik stock habis.. 2, 3 kali kot kena runner balik amik stock.. 

 Wow kelas kau Jah hahahah.. Kalau retis tak berapa nak heran.. tapi sebab dia atlet yang mengharumkan nama Malaysia, ahkak bangga dik.. Terus tanya "nak amik gambar boleh?" muahahahha.. Ziyad Zolkefli atlet terbaik tabik spring.

Last day berbuka dah tak lalu nak makan nasi.. Oh sebelum tu aku balik bilik Peej macam akak-akak sangat.. 

"Filla kau tidur sekarang.. kau tak tidur nanti nak sambung lagi sampai malam, better ko tidur at least 2 jam" Aku cakap aku susah nak tidur siang.. lagipun Peej nak sambung kira commision staff so dia tak leh ada gangguan.  terus kene marah lagi.. ahhahahah laju-laju Kak Pilla tidur.. baiklah Dik Peej, akak tidur.  Rupanya masa aku tidur peej tinggalkan aku, dia gi mall tu beli karipap muahahahha.. 

Elly akan datang time 10 minit sebelum berbuka.. lepas buka dalam pukul 8 Elly akan pegi balik ke Mood Republik.. So aku akan bersiap dengan Peej pegi sana dalam kul 10 malam.. Gitulah rutin.. nanti aku balik dengan Elly kul 1 pagi macam tu terus gi sahur.

Walaupun jaga booth ni penat dia tak terkata, tapi kitorang happy dan selalu tertunggu-tunggu next exhibition.  Doakan perjalanan Fame Cosmetics ya.. dan Kak Pilla amik peluang ni untuk ucapkan terima kasih kat semua yang support Fame.  Terima kasih banyak-banyak.



Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 24 AND 25

$
0
0
Fuh tak sangka pantas betul masa berlalu.. dah 25 hari kita berpuasa ;)

Ni lauk first yang Kak Pilla masak sekembalinya dari outstation 3 hari.  Masa ni badan dah tak tentu arah, batuk teruk sampai sakit dada.. malam tu seram sejuk, tapi lepas sahur berpeluh-peluh pulak.. Huhu nasib dah recover sikit.. hopefully by raya dah sembuh.

 Masak lemak cili api Jenahak.. memula ingat ikan merah heheheh.. Gi pasar beli santan segar tu.. masak lemak ni memang beza pakai santan kotak dengan segar.. tapi aku tak rajin ya nak beli santan segar selalu hahaha.. 

Dah itu je lauk simple.. goreng ayam panas-panas.. cukuplah tu..

 Bibik buat bakwan.. Harini call bibik lagi cakap tolong buat lagi bakwan tu.. macam sedap pulak.. ada udang dengan sayur-sayur dalam tu..

Day 25
Try google siakap stim nak tengok orang masak cemana.. tapi ada yang pelik-pelik so Kak Pilla buat cedok sana sini and ikut tekak sendiri.

Masa kukus tu letak ikan dalam aluminium foil tu.. sumbat serai sebatang kat perot dia.. dan tabur halia dan bawang.. pastu perah sikit limau nipis.. dan lumur garam sikit.

Kuah 1
3 sudu sos ikan
3 biji limau nipis diperah
cili padi potong
1 sudu besar gula
sedikit garam

Kuah 2
1 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dicincang
1 batang serai diketuk
1 inci halia dihiris kasar
1 sudu besar oyster sauce
1 sudu tepung jagung dibancuh

Panaskan kuali, letak minyak 1 sudu, tumis semua bahan Kuah 2.  Last sekali masukkan Kuah 1 tu gabungkan sekali.. Bila ikan dah siap kukus (20 minit kukus) keluarkan pindah ke pinggan dan curahkan Kuah yang kita masak tadi.. 

 Daging Masak Merah pun google hahaha.. 

Tapi boleh tahan sedap, boleh buat lagi lepas ni :)
Cuma Kak Pilla tak rebus daging dengan pewarna merah sebab pewarna merah takde.. hijau adalah kahkahkah.. 

Kek ni beli kat kawan yang nama Aiza tu.. Kanan tu bukan marble cake.. tu Choc and Cheese cake... pekat, likat, moist gilersss... 

Ok sekian saja dari saya.




Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 26

$
0
0
 Semalam Kak Pilla masak ikut tekak anak-anak.. Amaani nak ayam masak kicap dengan telur rebus.  Kasih pulak memang tak suka masak kicap.. So dia request nak ikan bawal masak berlada dengan sayur masak lemak putih.. Bawal takde pulak, siakap ada so mari masak siakap lagi.

Pak Radie pulak, ingatkan dia buka kat luar dengan kengkawan, tapi tetiba dia balik pulak.. So makan jelah selera anak-anak ni.. 

Telur rebus pun suka.. tak paham aku.

 Dia bawak balik lagiiiiii.. yong tow foo dengan popiah sira.  Dasyat betul tahap ketaksuban dia dengan dua benda ni.. Tapi dia yang teringin so kita diam jelah hehehe

 Aku teringin Bakwan ni.. So dah cakap kat bibik awal-awal minta buatkan.. ada hirisan cili padi.. hirisan carrot, bawang, udang.. ntah apa lagi dalam tu tah.. tapi rangup and sedap tak macam cekodok biasa..


Lama tak masuk gambar selfie tuan belog.  Sila jangan menyampah.. Harini tuan belog kene pergi sekolah amik report card anak... Hmmm anak dua kenalah take turn, amik Amaani punya dulu baru amik Kasih punya..

Semalam amik result KAFA amaani.. sebelum tu dia ada cakap "Mama, Amaani dapat no. 23 periksa KAFA".. Aku cakap kat dia, takpe lepas ni boleh improve lagi, jangan main-main.

Pastu semalam masa jumpa ustazah, aku duduk pastu toleh-toleh tengok Amaani dah hilang.. Eh geram betul dia ni.. ikut suka dia je.. orang lain datang amik result, elok je anak duduk sebelah mak dia.. huh..

Pastu ustazah tanya, Puan tau tak Kasih Amaani dapat no berapa dalam kelas?  dengan confident aku cakap "Tau, no 23"

Ustazah pandang aku "Amaani cakap ke?" "A'ah semalam dia ada bagitau, kenapa salah ke ustazah?"

Ustazah gelak, "ishh Amaani ni, dia dapat no. 3 bukan 23" hahahaha aku terus macam blur sikit "oooooo dia confident je cakap 23 semalam"

Pastu ustazah cakap "Amaani dalam kelas pendiam, dia tak banyak cakap dan tak delah suka sangat angkat tangan atau excited nak jawab ke apa, cuma boleh tau potensi dia bila ada exam je.. dan dia ok, takde bising-bising dan bergaduh.. dia jenis layan diri je"

Huhhh lega dengar.. tapi dari dia kat Little Caliph itulah komen cikgu jugak pasal dia.. Amaani pemalu dan pendiam.. dia cuma akan bising bila dia ada kawan baik dia je.  Result sekolah pagi pun ok dapat no 2 dalam kelas.  Tapi aku tak tau dia pendiam ke tak sebenarnya sebab dia suka mengadu dia berjawab-jawab dengan budak lelaki.. Haritu balik sekolah dia cerita "Mama Amaani geram dengan sorang budak lelaki ni, dia cakap macam ni "Aku doakan kau dapat markah 18 bahasa arab.  Pastu mama tau? Amaani dapat 100 dia yang dapat 18, pastu Amaani cakap kat dia, tulah lain kali jangan doakan orang dapat 18, sekarang siapa dapat 18?"

Ok anak aku ada belagak sikit hahaha.. Tapi dia jenis kalau marah dia suka lawan balik.  Nampak je diam pemalu.  Haritu dia cerita dia ada kawan dengan budak kembar.. budak kembar tu darjah 1.. tapi dia cakap salah sorang tu suka tendang orang.. "Amaani panggil dia budak gusti.. dia selalu tiba-tiba datang je tendang kembar dia.. Kesian Amaani tengok" 

"Haritu dia datang je dia terus tendang Amaani" Aku pandang dia "Ha??? Amaani buat apa kat dia? kenapa dia tendang pulak?" "Mana ada Amaani buat apa-apa kat dia, dia datang terus tendang" "Dah tu?? Amaani buat apa?" "Amaani cakap kat dia, kenapa tendang?" Pastu Amaani tendang dia balik. Sekarang dia dah tak tendang Amaani dah.  Tak tau nak cakap apa.

Bila cerita bab result exam ni aku kena jaga sikit.. Tiap kali Amaani tunjuk result dia mesti aku sorok-sorok dari Kasih.. sebab nanti Kasih akan emo dan rasa down.. "Yelah, Kasih tak macam Amaani"

Ko nak kata apa? Aku cakap dia baru darjah satu.. panjang lagi perjalanan dia.. Kasih kena cuba improvekan mana-mana yang lemah, biar adik-adik jadikan contoh.. janji ada usaha pun mama dah syukur.. Kasih lemah sikit aku tak nafikan.  Anak ni lain-lain kita tak boleh compare-compare, kena terima dan cuba lah bantu apa yang patut.. Aku tak dapat nak tolong maths dia, so aku amik tuition kat sekolah dengan home tuition jugak.. takpelah berhabis duit untuk anak pun.. janji kita tolong mana yang mampu.. yang lain semua atas usaha dia.. mama sentiasa doakan anak-anak mama berjaya.. tak nak berjaya dunia je, biar berjaya dunia dan akhirat sekali.

Macam tulah anak-anak... ni baru dua yang dah masuk sekolah rendah.. esok-esok Aleesya tu tak tau lagi cemana.. orang dulu-dulu lagi selamba.. lantak kau lah janji aku dah bagi sekolah.  huhu.. anak makin membesar aku kena jaga sikit hati diorang.. tak boleh nampak ada jurang.. sebab tu aku rapat dengan Kasih sebab dia jenis emosi sikit.. aku nak dia selesa mengadu semua benda kat aku.. Dia cakap Papa garang, kadang bukan salah Kasih tapi papa marah Kasih.  Mama selalu dengar and mama tak tiba-tiba marah.  Takpe janji salah sorang tu dia selesa nak cerita masalah dia.  Aku pun garang jugak, tapi jenis tetiba meletop, tetiba baik gila.. hahahah nasiblah korang ada mak saiko mcm ni.. Amaani jenis buat hal dia je.. tapi jangan bagi dia marah.  

Semoga sama-sama lah kita jadi ibu terbaik untuk anak-anak.

Tata, jumpa lagi.





Love, 
Filla.

RAYA 2017

$
0
0
Alhamdulilah selesai dah puasa dan sekejap je rasa dah raya dah.. dan tak lama lagi berlalu je raya tu.. 

Raya tahun ni turn rumah mertua kat Shah Alam..  Hari last day puasa tu bertungkus lumus masak.. Mak buat rendang daging dengan Ayam masak kicap pedas ke nama dia? leh makan dengan nasik impit tu.. segala kuah kacang pun ada.. 

Esok pagi bangun awal-awal tolong mak kat dapur.. Raya kali ni biras aku Kak Liza tak de sebab kena jaga anak dia Nurin kat hospital :(  So tinggal aku dengan mak.. Pagi tu bersila potong segala sayur-sayuran untuk buat lontong.. potong nasik impit atur semua susun atas meja.. 

Settle kemas dan hidang semua lari naik atas urus budak-budak ni.. Kasih dengan Amaani ok dah besar, just tunjuk je baju mana kene pakai.. Aleesya pun senang sebab dia jenis semua nak buat sendiri jugak.. dah siap pakai baju aku sound "Baju putih, tolong jangan comot yeeeeee, jap lagi makan tunggu mama dulu" Punya aku takut baju diorang ni kotor hahaha..

Then bersiap dan tunggu diorang balik dari Masjid.  Kitorang jenis makan dulu kenyang-kenyang baru bersalaman di hari raya hahaha..

 Tolong lah kucing ni sampai jadi mengada-ngada sebab asyik kene belai je.. Aleesya paling suka kucing.. dia kelek ke sana ke sini.. jerit-jerit Nenek Ani hahahha.. Takut kucing masuk rumah sebab Sofea (anak buah aku) tak leh bulu kucing dia allergy, sama lah macam aku jugak hehehe..

 Selamat menjamu selera :)

 Hahah zalim mak kau.. siap balut dengan tuala.. aku balut dengan tissue dapur tu.. datang Nenek dia terus suruh balut dengan towel hehehe..

Lelain ni jom Kak Pilla introduce

 Sofea anak buah sulung.  Dia dua beradik je.. Now sambung college.. Nampak nau aku dah tua.. aku kenal Pak Radie masa Sofea ni umur 6 bulan kot.. Wow 18 tahun dah berlalu..

Ni adik dia Syasya.. Anak buah paling gila-gila suka menyakat ni.. paling genius jugak hahaha.. suka membuli dan x macam pompuan sangat hahahhaa.. takut nak salam dia ni.. sebab suka pulas tangan orang hahahah.. 

 Ni Sabrina sebaya Sofea, anak kepada Abang Pak Radie.. cucu sulung jugak.. serentaklah kiranya Mertua aku dapat cucu masa tu ;)

 Ini hero sebab anak buah aku semua perempuan.. ada 2 je lelaki.. pun jenis tetiba eh kenapa tinggi lampai dah budak ni??? 

 Ok ni Ziqry adik kepada Azhar dan Sabrina.. Paling pemalu hahaha.. lagi aku tau dia malu.. lagi best kalau dapat tangkap dia.. kuat menjerit leh tahan bergema suara dia.. dan kaki masjid.. tiap-tiap subuh akan ikut ayah dia ke Masjid.. anak syurga ni :)

Cara kitorang semua akan bagi duit raya.. Kakak and Abang ipar aku pun semua jenis takkan join duit raya, seronok tengok anak-anak buah terkejar-kejar collect duit raya.. Macam aku dengan Pak Radie kitorang takkan join jugak.. Aku akan bagi sendiri kat mertua dan anak-anak buah aku.. Saja seronok macam tu so anak-anak buah akan dapat banyak duit raya.. Nanti akan jerit... "Beraturrrrrrr.. Mokcu nak bagi duit raya" Berdesup semua beratur hahahaha.. pas aku dah settle jerit lagi "Beraturrrrr, Abah nak bagi duit raya" lari semua ke sana pulak hahahha.. Kat family sini aku dengan Pak Radie diorang panggil Pokcu and Mokcu.. kitorang je panggilan macam tu.. Kakak Radie diorang panggil Mama and Abah.. dan Abang Radie diorang panggil Ayah dan Ibu.. So anak-anak aku and cousins dia semua panggil macam tu.. Rasa rapat sangat dan best macam tu.. 

Kadang tu terlintas kat fikiran.. untungnya aku ada keluarga mertua yang baik-baik.. ipar duai aku semua best.. rezeki jugak tu.. Ramai jugak yang email dan dm kata seronok tengok family Kak Pilla close sangat.. semua baik-baik dan tak pernah berkira.. Alhamdulilah bersyukur sangat.. 

Marilah bersalaman anak beranak pulak hehe

 Kasih biasalah paling cengeng.. Baru nak mintak maaf dah cememeh.. banyak salah lah tu hahaha

 Amaani pun jenis hati mudah tersentuh.. dia kasar sikit perangai, cepat marah kalau dia tak suka.. tapi cepat jugak nangis dan terasa.. masa salah pun menitik-nitik air mata dia.. aduh aku yang sebak hahahhaha.. 

Pak Radie kadang tu geleng kepala anak pompuan ramai semua kaki melalak hahaha.. Anak buah aku pun selalu cakap "anak mokcu semua sensitip suka sentapkan?" hahahahhahaha.. dah nama pon pompuan semua memang jelly lah.. 

 Ok kecik ni jenis paling ceria dalam adik beradik.. Suka menyakat jugak dan suka dia je nak menang hehehe.. Penghibur dalam family.. mulut macam bertih goreng ni tak padan kecik.

 Wow pasangan paling romantik di abad ini hahaha.... Ini kerja anak buah aku lah ni.. Aku tak biasa nak salam-salam pastu orang dengar apa ayat aku hehehe.. pastu terus cakap bisik-bisik je kat telinga hahahha.. Icha kaki sibuk kat belakang tu "Wowww papa mama bercinta" 

 Masa salam MIL aku pun huwaaa sedih.. berkaca-kaca mata.. sebab Mak pun nangis.. aku tak leh.. orang nangis aku pun nak nangis :(


 Pak Radie dengan anak-anak dara dia ;)

Settle bermaafan terus ke DEMC nak melawat Nurin dan Ibu.

 Comel anak buah Mokcu ni.

 Kesian Nurin admitted kat sini sebab denggi.. Raya ketiga rasanya baru dapat keluar..

 Amaani lah sedih sebab Nurin lah BFF dia.. so raya kali ni kurang bermakna untuk Amaani hahahaha

 Kesian Nurin tak lalu makan, tak nak minum.. nasib dah sihat dah... 

Gambar raya 2017 dalam ward hehehehe..

 Gambar family paling proper adalah di perkarangan hospital hehehe.. Ramai tanya baju beli mana... Kain putih bersulam tu beli kat Bali masa gi sana dengan Elly and Peej tu.. Korang boleh cari kedai kain kat area Denpasar.. kedai bodoh-bodoh je hahha kena pandai cari.. dia macam shoplot banyak-banyak jual kain.. kain pulak beli dekat Euro Moda Ampang... Wan yang jahit.. 

 Free Style

 Gambar bosan

 Gambar gembira hahahaha.. Free style jugak best kannn..

Atok dengan Nenek tak free style.. tegak je hahaha.. Tapi mak ada jugaklah percubaan nak buat thumbs up hahhaha

 Kak Pilla with family MIL

 Anak-anak buah.

 Ini pun kerja anak buah jugak.. hahaha takde nye nak romantik macam ni sebenarnya.

Haaaa yang ini baru betul.. keras tegak je kahkahkah

Selesai melawat Nurin kat DEMC kitorang terus ke Ulu Klang, Kampung Mak.. Adik beradik mak selalu akan berkumpul kat sini.. Biasanya mesti akan ajak Wan ngan Atok sekali beraya sini.. Ada lah jugak gambar dengan Atok and Wan ;)

Tak dilupakan, yang dikasihi anak buah Kak Pilla, Dhya Jazlina (anak abang aku)... Ni gambar sebelum raya, Dhya dah sampai sini dari Kelantan.. so Wan minta tolong bawak Dhya beli baju 2-3 helai, beli kasut raya.. Wan tak larat jalan so Wan duduk je kat kerusi kat Alamanda tu.. Kak Pilla bawak Dhya.. 

Dhya ni pun kesayangan aku.. belanja Dhya blouse raya happy je dia.. budak-budak bukan susah nak bagi diorang happy.. kena ada kasih sayang.. aku anggap semua anak-anak buah aku ni macam anak-anak aku sendiri.. Sayang Dhya!

Raya kedua.. Ini je gambar yang ada hahahahahah.. Raya kedua balik Melaka dengan Atok and Wan sekali.. 

Sorry gamba takde hehehe


Raya korang confirm lagi meriah kan?? Balik kampung jauh-jauh mesti best.. 

So dikesempatan ini, Kak Pilla dan keluarga mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin jika ada penulisan Kak Pilla yang menyinggung perasaan readers semua.. 

Wow mcm dapat award.. retis sangat muahhahaha

Bye.



Love, 
Filla.

SIAPA PERLU KAMI BANTU

$
0
0
Rasa-rasa macam semua orang nak dibantu hehehe.. Lagi-lagi untuk Hari Raya ni kannnn.. Huishhhhhh dapat duit raya memang seronoklah..

Banyak lagi tak settle ni.. Open house belum buat lagi.. Nak kena sediakan menu untuk orang datang beraya kat rumah.. Saudara mara, ipar duai, mertua, kawan-kawan semua belum datang beraya lagi nie... Kuih raya haritu dah habis.. nak kena topup lagi.. Eish duit raya budak-budak yang nak datang beraya nak kena sediakan jugak tu.. 

Nasib baik Kak Pilla nampak kempen Ceria Beraya dari Bank Rakyat ni.  Sebenarnya kempen ni setiap tahun ada dan dah kira macam trademark Bank Rakyat.  Thank you Bank Rakyat sebab memahami masalah rakyat jelata yang memerlukan pertolongan di hari raya hehehe.. Kita pun sedia maklum bila menjelang raya ni macam-macam keperluan perlu disediakan.  Anak-anak yang paling excited bila raya tiba.. Susah macamana pun terpaksa sediakan jugak kelengkapan raya.  Uishhh belum lagi yang kampung suami hujung dunia sana, kampung isteri hujung peta Malaysia belah sini.. Duit tol, duit minyak, duit nak hulur sana sini.. Eh pitam ni.. Duit keluar seperti air sungai mengalir hahahha.. Tapi kena ikhlas ye, raya bukan selalu, setahun sekali je.. 

Nasib baik Bank Rakyat sudi bantu kita :)
Apa yang bestnya kempen "Siapa Perlu Kami Bantu" ni? Dah tentulah ada produk-produk yang ditawarkan kepada kita sempena Raya ni.  Ada 4 produk utama yang ditawarkan oleh Bank Rakyat sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni, antaranya:

Pembiayaan Peribadi-i
Pembiayaan Kenderaan-i & Motosikal-i
Pembiayaan Perumahan-i
Kad Kredit-i & Kad Debit-i

Menangi duit raya bernilai lebih RM280,000 dari 15 Mei -15 Ogos 2017 untuk keempat-empat key products di atas.  Kempen ni terbuka untuk semua tak kira sektor awam atau swasta sama-sama kita bagi Bank Rakyat bantu kita :)

Jangan kacau Kak Pilla ya, tengah nak usha Kempen Ceria Beraya Bank Rakyat ni, manalah tau murah rezeki boleh menang Duit Raya :)

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Ceria Beraya dari Bank Rakyat ni, anda boleh ke cawangan Bank Rakyat berhampiran atau call sahaja Pusat Panggilan di talian 1-300-80-5454 atau layari website http://www.bankrakyat.com.my/





Love, 
Filla.
Viewing all 940 articles
Browse latest View live